JOM KE GRAND FINAL....

 Ibrahim Mat Isa


Kalau PH masih memerintah kan, walaun lompat siang malam macam kera kena belacan bingit satu negara protes. Yang paling tak tinggal, hancing hancing hancing.

Sekarang ni, jubah lebai bukan takat hancing je, taik kering berselepat! Jahaney punya lebai..

😁😁😂😂




MAMPUKAH PERSONA NON GRATA DILAKUKAN TERHADAP PENJENAYAH?



Kemudian, pada 29 November, sembilan anggota polis dan seorang awam ditangkap kerana mengedar dadah di dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata hasil pemeriksaan polis berjaya merampas sejumlah dadah jenis syabu seberat 38.65 gram bernilai RM3,865; 42.25 gram dadah jenis heroin bernilai RM2,112.50 dan sejumlah tembakau.


Nama Stadium Ffira Mikah dibatal, Hakim Ariff akan dikenakan tindakan


Salim Aziz
Nama Stadium Ffira Mikah dibatal, Hakim Ariff akan dikenakan tindakan
Stadium kontroversi Ffira Mikah telah dibatalkan serta-merta penggunaan namanya dan kerajaan negeri Kedah akan ambil tindakan terhadap pihak bertanggungjawab yang memilih nama berkenaan, tegas Menteri Besar. - Gambar fail
ALOR SETAR: Stadium mini kontroversi Ffira Mikah di Kuala Nerang telah dibatalkan serta-merta penggunaan namanya kerana tindakan berkenaan dibuat tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan kerajaan negeri.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, Ffira Mikah yang menjadi nama pilihan untuk stadium mini terbabit hanya dibincang pada peringkat kerajaan tempatan sahaja tanpa dibawa ke mesyuarat Exco yang dipengerusikannya untuk diluluskan.
Beliau menegaskan, sudah menjadi kelaziman sebelum ini bahawa setiap nama jalan, lokasi, taman atau stadium perlu terlebih dahulu dibincang di peringkat kerajaan tempatan dan seterusnya diangkat ke mesyuarat Exco yang berlangsung setiap minggu untuk diluluskan.
Dalam isu berkaitan, Sanusi berkata, pentadbirannya tidak menerima sebarang maklum balas mengenai perbincangan di peringkat kerajaan tempatan mengenai penukaran nama stadium tersebut.
"Berkaitan dengan stadium itu (Ffira Mikah) telah dibatalkan nama yang bahasa Greek campur Arab kerana proses menamakan stadium itu tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan, tidak dibawa ke mesyuarat Exco, tidak dapat kelulusan,” kata Sanusi dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim untuk mengambil tindakan yang sewajar bersesuaian dengan urusan pentadbiran terhadap Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md. Nor.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai nama Stadium Ffira Mikah yang didakwa diabadikan sempena nama Hakim Ariff yang dieja terbalik.
Bagaimanapun, Hakim Ariff dalam reaksinya menafikan tindakan berkenaan dengan mendakwa nama stadium berkenaan tiada sebarang kaitan dengannya dan hanya secara kebetulan dengan namanya sekiranya diterbalikkan.
Ffira Mikah, tegas Hakim, merupakan gabungan perkataan dari bahasa Sepanyol dan Arab.
Ffira, katanya, bermaksud sesuatu yang hebat dalam bahasa Sepanyol atau Greek manakala Mikah dalambahasa Arab merupakan nama malaikat.

PENEROKAAN REE ANCAM BEKALAN AIR DI TIGA NEGERI UTARA


“Dalam hal perlombongan berskala besar, ancaman tidak terbatas pada kekurangan air mentah dari Ulu Muda. Kualiti air mentah dari sungai ini juga akan terjejas,” jelasnya. Beliau memberi DUA impak buruk operasi perlombongan berskala besar yang akan menghasilkan sisa toksik, serpihan dan tanah yang tercemar.



Isu KWSP: Rakyat kesal, kecewa dengan Najib

 

Sinar Harian
Isu KWSP: Rakyat kesal, kecewa dengan Najib
Najib berkata, realitinya ialah parti Barisan Nasional (BN) telah sehabis mungkin memperjuangkan hak rakyat. - Gambar fail
SHAH ALAM: Rakyat melahirkan rasa kesal dan kecewa kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dikatakan memberi harapan palsu mengenai permohonan pengeluaran akaun satu i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Najib dalam satu kenyataan di Facebook miliknya berkata, beliau menerima dengan hati yang terbuka tindakan rakyat itu walaupun keputusan akhir sebenarnya terletak pada tangan orang lain.
Beliau berkata, realitinya ialah parti Barisan Nasional (BN) telah sehabis mungkin memperjuangkan hak rakyat.
“Daripada tidak diberi langsung oleh Perdana Menteri sehingga ke 600,000 ahli layak memohon pengeluaran ditingkatkan kepada dua juta ahli dan kemudian dinaikkan lagi kepada lapan juta ahli yang layak.
“Pengeluaran akaun dua KWSP dan moratorium pinjaman pertama juga cadangan saya pada Mac 2020 sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula. Ramai dah tak ingat,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, ramai tidak nampak usaha yang diperjuangkan itu malah menuduh pihaknya tidak ikhlas sedangkan mereka sudah lama berusaha untuk memperbaiki skim berkenaan.
Katanya, bagi kategori satu syarat permohonan pengeluaran i-Sinar, ia dilihat sudah baik yang mana rakyat termasuk suri rumah boleh keluarkan dengan kelulusan secara automatik tanpa perlu sebarang maklumat ataupun dokumen.
“Kini cuma tinggal kategori dua sahaja yang perlu ditambah baik. Berjuta-juta rakyat berharap syarat dipermudahkan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan minta pihaknya menunggu dan memberi sedikit masa untuk mereka perbetulkan dan menunaikan janji.
“Seperti saudara dan saudari, saya pun tak gemar dikencing (ditipu).
“Justeru, kita tunggu sahaja minggu depan,” katanya.

Gelombang tidak percaya terhadap Muhyiddin, Perikatan Nasional dijangka berterusan - Penganalisis

 

Fareez Azman
Gelombang tidak percaya terhadap Muhyiddin, Perikatan Nasional dijangka berterusan - Penganalisis
Profesor Dr Sivamurugan berkata, desakan parti politik terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional dijangka berterusan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Gelombang desakan ketidakyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dijangka berterusan, kata Profesor Dr Sivamurugan Pandian.
Menurut penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia itu, desakan tersebut akan terus kedengaran susulan kegagalan blok pembangkang menolak Belanjawan 2021 ketika bacaan kali ketiga Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Parlimen pada Selasa.
Beliau berkata, pemimpin dan parti politik dijangka menggunakan platform lain untuk menterjemahkan rasa tidak yakin itu selepas gagal berbuat demikian di Dewan Rakyat.
"Masing-masing tahu bahawa Parlimen adalah tempat terbaik menyoal tahap kepercayaan dan keyakinan Perdana Menteri dan itu tidak berjaya apabila kerajaan Perikatan Nasional di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin mengekalkan sokongan walaupun tiga majoriti.
"Sudah pasti mereka (pembangkang) akan mencari ruang-ruang yang lain barangkali secara berterusan akan mempengaruhi persepsi dan juga melahirkan ketidakyakinan ke atas kepimpinan Perdana Menteri kerana masing-masing (mempunyai) pendirian yang sama melihat bahawa membuka ruang persoalan ke atas kedudukan kepimpinan Perdana Menteri," kata Sivamurugan .
Dalam perkembangan sama, Sivamurugan berkata, desakan itu juga dilihat seperti memberi tekanan agar Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dipercepatkan meskipun ketika negara berdepan pandemik COVID-19.
"Saya pasti ruang baharu akan diterokai mungkin akan membawa kepada kerjasama dengan pihak yang lain dan ketiga mungkin juga akan mendesak dipercepatkan PRU walaupun kita masih berhadapan dengan pandemik COVID-19,” kata beliau lagi.

*SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA DATO SERI ANWAR IBRAHIM DAN PH*

*SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA DATO SERI ANWAR IBRAHIM DAN PH*

Sebagai penyokong dan pendokong Pakatan Harapan saya melihat kemenangan pengundian di parlimen kali ini terlalu rapuh bagi kerajaan Perikatan Nasional dan bagi pembangkang satu kejayaan kerana kita berjaya mewujudkan satu pakatan yg besar serta padu dan mampu menjadi mimpi ngeri setiap malam pimpinan PN selepas ini.

Ye kerajaan PN masih kekal tetapi ini bukan bermakna mereka di hati rakyat kerana peralihan kerajaan bukan melalui pilihanraya di luar tetapi melalui pengundian di parlimen yg kita sendiri tahu kisahnya.

Tidak pernah berlaku dlm sejarah Malaysia pembangkang sekuat ini. Bagi saya ia bukan kekecewaan bagi pakatan harapan tetapi ia pembuka jalan kearah penapisan pimpinan negara yg lebih telus dan ikhlas selepas ini.

Kini masanya pimpinan pakatan fokuskn diri berbakti kepada rakyat seperti biasa dan kukuhkan perpaduan dan gerak kerja kita menghadapi pilihan raya.

Perubahan tidak berlaku dengan mudah dan setiap kesusahan pasti ada hikmah dan ganjarannya di sisi Allah. Sesungguhnya kejayaan sedang menanti dan pasti cuma masanya mungkin belum sesuai utk kita kini. Allah memberi apa yg kita perlukan bukan apa yg kita hajati.pasti ada hikmahnya

Apapun syabas kepada semua ahli parlimen Pakatan Harapan dibawah pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim yang telah membuktikan kesatuan dan kesepakatan bersama. Itu yg paling penting..

Ikhlas dari

Mohd Fakhrulrazi bin Mohd Mokhtar

Adun Meru

 


TERIMA KASIH YB USTAZ ATAS KENYATAAN ITU...

 

TERIMA KASIH YB USTAZ ATAS KENYATAAN ITU...


Image may contain: text that says "berkata, PH masih memerlukan sokongan daripada ahli Parlimen di luar 'circle PH' untuk meyakinkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. "Sebab itu kami sentiasa berinteraksi dengan ahli Parlimen di luar PH dan meninjau peluang untuk menukar kerajaan yang tidak stabil ini. PN dan Muafakat Nasiona juga sentiasa bercakaran sesama mereka. "Oleh itu, PH kena bertindak segera untuk selamatkan negara dengan meluaskan kerjasama dengan ahli Parlimen lain kerana menyedari bahaya jika terus mengekalkan kerajaan tidak stabil ini," katanya. ~Petikan daripada Sinar Harian 16 Disember 2020~ htts//wwsahaian.com.my/articl"Image may contain: 1 person, standing and suit



Terima kasih YB Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus kerana masih meyakini bahawa DSAI, Pengerusi PH masih calon PM paling layak terajui negara dari kalangan Pembangkang. Yang sorang lagi tu dari PEMBANGANG agaknya?

Saya tahu Ahli Parlimen Hulu Langat ini pernah berbincang dgn DSAI sebelum ini ketika kecoh Option 1 & 2. Sebab tu saya TIDAK PERCAYA bila ada AJK Amanah Pusat personally call dan bagitahu saya yg YB Ustaz Hasanudin KUNUNnya TURUT hilang percaya kepada DSAI apabila secara Split Second dia buat keputusan TIDAK MAHU UNDI BELAH BAGIAN pada Bacaan Kali Kedua Undi Kali Pertama B2021 pada 26 November yang lalu.

Fitnah boleh sahja akeluar dari puak-puak yang dok ber ana enta nih. Ia tidak mustahil demi memburuk-burukan DSAI.

Wallahualam.

- Zus Din

16 Disember 2020

Penamat dalam usaha Anwar jadi PM?

 

Penamat dalam usaha Anwar jadi PM?

Penganalisis berkata, sokongan diraih Anwar Ibrahim terhad kepada 108 Ahli Parlimen yang mengundi untuk menolak Belanjawan 2021.

PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik melihat Belanjawan 2021 diluluskan di peringkat jawatankuasa sebagai isyarat Anwar Ibrahim sudah sampai ke penghujung jalan dalam usahanya menjadi perdana menteri seterusnya.

Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Azmi Hassan memberitahu FMT, ia kini menunjukkan sokongan diraih ketua pembangkang itu terhad kepada 108 Ahli Parlimen yang mengundi menolak belanjawan itu.

Belanjawan tahunan negara itu diluluskan di peringkat jawatankuasa, selepas bacaan kali ketiga semalam, dengan 111 undi menyokong dan seorang Ahli Parlimen tidak hadir.

“Ini sebab utama kenapa Anwar teragak-agak untuk undian blok ke atas rang undang-undang itu pada bacaan pertama. Beliau juga mungkin menolak undian belah bahagi dalam bacaan kali ketiga.”

Beliau juga mendapati UMNO tidak mengendahkan gesaan untuk Ahli Parlimen mengundi berdasarkan hati nurani mereka, bukannya pendirian parti.

Gesaan itu dibuat bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dalam sidang media Isnin lalu.

Semua Ahli Parlimen UMNO, kecuali Razaleigh, hadir untuk mengundi belanjawan itu.

Dalam sidang media itu, dua veteran politik itu berkata, Malaysia memerlukan kerajaan yang benar-benar mengutamakan rakyat dan pembangunan negara, memberi bayangan mereka sedang berusaha menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Mahathir berkata, beliau akan menolak kerjasama dengan bekas perdana menteri, Najib Razak dalam penubuhan kerajaan baru.

“Apabila Dr Mahathir kata beliau tidak akan bekerjasama dengan Najib, saya rasa itulah titik perubahan. Mesej lebih besar, bukan hanya daripada UMNO, tetapi juga Pakatan Harapan (PH), adalah masanya sudah berakhir untuk Mahathir dan Tengku Razaleigh,” kata Azmi.

Tetapi, beliau berkata, 111 undi menyokong belanjawan tidak boleh dianggap sebagai penentu sama ada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya sependapat yang sokongan untuk belanjawan perlu diasingkan daripada sokongan untuk perdana menteri.

Katanya, kekuatan Muhyiddin sebagai perdana menteri hanya boleh dibuktikan melalui undi tidak percaya.

Awang Azman Pawi.

Bagaimanapun, beliau berkata, majoriti tipis untuk belanjawan menunjukkan kedudukan PN tidak stabil dan sukar diramal.

Tetapi, katanya, PN mungkin dapat bertahan sehingga tiba masa untuk pilihan raya umum akan datang, jika ia mampu menawarkan manfaat politik sebagai balasan untuk sokongan.

Beliau percaya pembangkang akan berusaha untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan akuan bersumpah bantahan terhadap Muhyiddin terus menjadi perdana menteri.

Katanya, undi untuk belanjawan bagi menjamin kebajikan awam dan mengelakkan kejatuhan kerajaan tidak sama dengan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin.

Iktibar daripada kegagalan untuk tolak Bajet

 

Iktibar daripada kegagalan untuk tolak Bajet

SUSUPAN MALAM


Muhyiddin dan the geng berdoa selepas
Bajet diluluskan.
DENGAN lulusnya Bajet 2021 hari ini setelah diadakan undi belah bahagi 111 sokong 108 tolak dan seorang berkecuali, maka tamatlah senipol
(sinema politik) untuk rampas kuasa dan menjatuhkan Muhyiddin Yassin dari kerusi perdana menteri menerusi Bajet 2021. 

Usaha secara insentif yang mula digerakkan awal bulan Disember berakhir hari ini dengan penuh kedukacitaan bagi penonton senipol yang menanti dengan harapan ia berakhir secara happy ending. 
Harapan untuk melihat Muhyiddin jatuh sudah khalaf. Atas berkuburnya harapan itu sama-samalah kita mentalkinnya dan meredakan kekalahan berganda untuk menolakkan Bajet itu.

Tidak perlu untuk saya mengungkitkan larangan dan peringatan saya terhadap projek berkenaan yang sesia. Awal-awal saya sudah katakan projek itu akan gagal apabila pada pusingan pertama di peringkat dasar pembangkang sudah gagal mencari nombor untuk menggeser Bajet itu dengan membawa kepada pengunduran Muhyiddin. Bila awal kalah akhir juga akan kalah. Kalah tetap kalah.

Ada alasan kenapa saya mengata demikian dan optimis ia gagal. Pertama kerana pembangkang sudah berpecah dan tidak seiya sekata lagi, apabila OT95 membawa caranya dan Anwar yang jadi ketua pembangkang dengan haluannya. Keadaan ini menterjemahkan kegagalan itu. Walaupun mereka masih duduk dalam blok pembangkang tetapi masing-masing sudah membawa mimpi berlainan. Dalam hati masing-masing sudah tidak suci dan tulus, yang mana sikap begitu tidak akan direstui Tuhan. 

OT95 dengan agendanya untuk mengagalkan impian Anwar bersikeras dengan caranya dan terus menggoncang locing untuk menarik sang tikus yanga da dalam kelompok PH. Ternyata tarikan locing OT95 itu berjaya apabila PH tidak berada dalam keadaan solid dan sekata. Keyakinan kalangan pembangkang sendiri berbolak balik. 

Jadi berdasarkan itu, pembangkang yang awal-awal lagi kekurangan nombor dan memerlukan dukungan daripada parti mendukung kerajaan tidak mungkin akan berjaya. Apa lagi janji-janji dipihak pembangkang pula dibuat oleh mereka yang ada masalah yang banyak melihat kepentingan mereka daripada kepentingan rakyat. 

Beberapa oknum dalam Umno walaupun menunjukkan sokongan dalam masa sama menjadikan sokongan kepada pembangkang itu sebagai modal untuk menebus kedudukannya yang bermasalah. Dalam erti kata lain sokongan itu hanya pura-pura sebaliknya ia digunakan sebagai strategi untuk melepas diri. 

Apa jadi setelah Zahid menyatakan akan sokong pembangkang. Tidakkah dia dipanggil dan berunding dengan Muhyiddin?

Zahid Hamidi, Najib Razak adalah orang bersalah dan memerlukan syufaat Muhyiddin sebagai PM. Mereka berdua memikirkan nasib diri dan kebebasan diri lebih penting daripada menjatuhkan kerajaan walaupun atas kepentingan rakyat. Bagi mereka pergi mampus soal rakyat.  

Sudah tentu apabila ia ditawar sesuatu untuk kepentingannya ia akan mungkir janji. Iyarat apa yang dikehendaki Zahid dan Najib itu sudah nampak apabila Teuku Adnan Mansor yang didakwa atas kesalahan rasuah telah dibebaskan walaupun tanpa dilepas. Itu trip sahaja. 

Saya yakin selepas ini akan ada pula bahagian untuk Zahid dan Najib. Perlepasan aset Umno Pahang yang disita SPRM hari ini juga sebahagian tanda dan hadiah atas apa yang berlaku. 

Berdasarkan senario itulah makrifat politik saya membisikan penolakan Bajet itu dengan mengharap sokongan Umno tidak akan berjaya. Bukan sahaja Umno tetapi ada dua pihak lagi tidak senang kalau Bajet itu ditolak dan Muhyiddin berundur, yakni OT95 dan Warisan dari Sabah.

Ternyata apa yang saya ramalkan menjadi kenyataan hari ini. Sebenarnya senipol ini tamat lebih awal lagi, apabila pusingan pertama gagal. Tetapi manusia itu degil dan orang politik itu sendak dengan pengharapan dan kejeluahan nafsu. Dicua dan ditry juga akhirnya terjerumus jatuh berdebak makan tanah. BNA.

Apa pun ada beberapa pengajaran dapat dikutip daripada apa yang berlaku, khasnya kepada orang yang ingin jadi PM dan didambakan untuk jadi PM dan juga PH. Ambillah iktibar atas apa yang berlaku itu kecuali anda suka dipatut ular yang sama berulang kali. Antara apa yang boleh dikutip ialah:
  1. Jangan lagi selepas ini percaya dan mengharapkan muafakat dengan musuh. Muafakat dan mengharap untuk mendapat sokongan daripada Umno yang dipimpin Zahid Hamidi samalah dengan mengharap sokongan daripada OT95. Kedua-duanya sudah ada sejarah busuk yang perlu diingati sepanjang masa. Anggaplah mereka anjing yang akan menghidu tahi walaupun tidak makan.

  2. PH hendaklah bermuafakat dan saling mempecayai sesama sendiri apa pun akan terjadi. Tiga buah parti yang bertompok dalam PH, PKR, DAP dan Amanah sudah melalui suka duka bukan baru tetapi sudah berdekad, mereka hendaklah istiqamah bersatu dan senantiasa ingat api dan bara perjuangan lampau. Malangnya di hujung-hujung ini ada semacam keraguan sesama sendiri. Kenapa? Tertelen syiling ke?

  3. Kehilangan kerajaan PH disebabkan pengkhianatan tidak boleh dibalas dengan pengkhianatan kerana ia meletakkan PH sama kotor dengan PN. Kesucian dan integriti ini akan dinilai oleh rakyat dan politik immoral bukan sesuatu yang diharap dan dibanggakan dan ia bukan termasuk dalam reformasi.

  4. Sesudah semua selesai, baiklah PH memberi tumpuan kepada Piraum ke - 15. Jadikan pilihan raya itu sebagai peluang untuk menebus kehampaan dan mencapai kemenangan sejati serta memenuhi aspirasi rakyat. Dalam kesediaan ini PH perlu bulat tekad sesama sendiri dan tidak lagi berbelah bagi untuk ikut sama bekerjasama dengan mana mana pihak. Masing-masing perlulah bertaubat nasuha dan mandi air kubang Pak Haji Mahmod yang "bergotu" buta tu.

  5. Carilah angka daripada rakyat dalam pilihan raya nanti untuk memerintah bukan mengharap angka tambahan daripada musuh yang khianat.

  6. Angan-angan dan keyakinan PH akan berjaya dalam pilihan raya akan datang apabila bergabung dengan OT95 dan Warisan tidak perlu dijadikan agenda utama. Jangan letak itu sebagai perioriti. Idea mewujudkan gagasan perdana pembangkang itu mengarut sahaja. Tiga buah parti yang ada dalam PH sudah mencukupi bertindak menjadi gabungan besar. PH kena terima mereka itu (parti-parti kecil) sesudah pilihan raya kelak bukan sebelum apa lagi menghadapi secara bersama dengan pembahagjan kerusi. Kalau hendak berpakat tunggulah selepas pilihan raya.
Pada pilihan raya itu nanti, pemimpin veteran termasuk Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Lim Guan Eng dan lain-lain jadikan pilihan raya itu pertarungan terakhir, selepas ini kalau kalah berhenti dan berundurlah. Politik ini harus diserahkan kepada golongan muda pula. Janganlah menjadi mamia politik. Cis sekali lagi. BNA.

Itulah beberapa iktibar dan pengajaran yang boleh diambil daripada apa yang berlaku hari ini. Kalau apa disebutkan itu tidak dipedulikan dan PH tidak mahu move ke hadapan, ibarat kata perjuangan pembangkang yang dipikul oleh oder ini akan berlalu begitu sahaja. Ingat kekalahan dalam Piraum akan datang akan memberi kekuatan dan kelebihan untuk pengkhianat terus menguasai negara ini. Justeru pastikan Piraum ke-15 menjadi milik rakyat, dan jadikan medium untuk kembalikan mandat rakyat.

Sebelum itu ingin hendak sebutkan di sini, pengkhianatan yang disebut itu ia juga termasuk diri PH sendiri, bukan semata-mata pihak pengkhianat. Pengkhianatan oleh diri sendiri lebih bahaya daripada pengkhianatan di luar. Tak percaya cuba ambil najis sendiri dan letakkan di hidung, ia lebih busuk dari wap yang keluar dari jambtan Ali Baba Bujang Lapok. Wallahualam. [wm.kl.10:03 pm 15/12/2020]

AGAK AGAK NAK DEKAT SAMA JUGA NI ???? TANG MANA BEZANYA ?


IBRAHIM MAT ISA


Koi nak sama dah. Tak lama lagi dah boleh cop Pas harbi la Kan.. opssss.. maaf!



 Image may contain: text that says "SOUTHERN TROLL Persamaan DAP dan PAS 1. Benarkan penjualan arak. 2. Tak tutup Genting. 3. Tak tutup kelab malam. 4. Benarkan kedai Judi ekor. 5. Benarkan October Fest. 6. Tidak menghalang LGBT. 7. Tidak halang pelacuran. 8. Tak tutup Kilang Arak. sama sama sama sama sama sama sama sama Bezanya DAP tidak menutup masjid dan surau, tetapi PAS ya!"

DARURAT LAGI

 Image may contain: text

Jika tiada nombor, tumpukan saja PRU 15


Malaysiakini - YOURSAY | Will PKR using its own logo matter in Sabah polls?

Jika tiada nombor, tumpukan saja PRU 15

  1. Mulakan perbincangan agihan kerusi di kalangan parti komponen. Ianya tidak sukar kerana agihan ketika PRU14 sudah boleh dijadikan asas. Hanya kerusi-kerusi dari PPBM dan Warisan sahaja yang perlu diagihkan kepada tiga parti komponen Pakatan Harapan (PH).
  2. Pengarah Komunikasi dari ketiga-tiga parti komponen perlu mengadakan sidang media secara bersama dan berkala (setiap dua minggu atau setiap bulan) bagi menjelaskan segala isu-isu politik yang melibatkan kepentingan negara, rakyat, dan PH.
  3. Unit Media PH perlu ditubuhkan segera dengan peruntukan yang munasabah bagi menggerakkan dan menyebarkan ‘messagging’ kepada rakyat secara bersepadu.
  4. Mesyuarat Majlis Presiden PH perlu lebih fokus di dalam menentukan hala tuju dan pendekatan Pakatan Harapan. Setiap gerakan politik hendaklah diputuskan bersama di dalam Majlis Presiden secara konsensus.
  5. Program turun padang atau jerayawara (roadshow) oleh pemimpin ketiga-ketiga parti perlu dibuat lebih kerap dan disesuaikan dengan prosedur operasi standard (SOP) pandemik Covid-19.
    Sekiranya perkara-perkara asas ini tidak dapat digerakkan dalam masa yang terdekat, saya fikir rombakan besar-besaran perlu dibuat di peringkat kepimpinan tertinggi ketiga-ketiga parti komponen PH.
    Para pemimpin utama PH juga wajar diperingatkan tentang amanah kepimpinan, akauntabiliti, dan kebertanggungjawaban. Harapan dan pengorbanan para pendokong jangan dipersia-siakan.


NAK BERTINDAK MACAMANA LAGI NAJB....DAH KENA KENCING PUN KWSP DAN MORATORIUM DIMANA........

 


Najib warning kerajaan PN, akan bertindak jika tertipu

Najib warning kerajaan PN, akan bertindak jika tertipu

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) akan bertindak jika kerajaan Perikatan Nasional (PN) menunaikan tuntutan moratorium automatik dan pengeluaran akaun i-Sinar KWSP kepada semua pencarum.

“Saya dan kami akan terus menuntut kerajaan PN untuk tepati janji mereka sehingga kedua-dua isu ini diselesaikan sebaiknya.

“Kerajaan PN juga memberitahu kita bahawa mereka masih akan berusaha untuk memperbaiki kedua-dua perkara ini.

“Jika hasrat kami masih tidak tercapai dan kami masih rasa tertipu selepas satu tempoh masa yang munasabah maka BN masih berpeluang untuk membuat sesuatu kelak,” katanya.

Mengenai sokongan meluluskan Belanjawan 2021, kata Najib ia adalah kerana ini bukan platform yang sesuai sebab kekurangan masa sebelum tahun 2021 bermula.

“Saya faham ada yang kecewa kenapa BN tak tolak bajet hari ini walaupun kedua-dua tuntutan untuk mendapat sokongan kami masih belum sempurna.



“Tetapi pendirian kami ialah kini sudah tinggal dua minggu lagi sebelum tahun 2021 bermula dan perbelanjaan kerajaan akan berjalan mengikut bajet,” katanya.

Jika bajet digagalkan sekarang, kata Najib, kerajaan tidak ada masa lagi untuk perbetulkannya.

“Dalam isu pengeluaran akaun 1 KWSP, perlu ingat bahawa BN telah perjuangkan dari tidak diberi langsung sebelum bajet 2021 ke 600,000 orang diberi ke 2 juta orang diberi dan akhirnya ke 8 juta ahli yang layak sekarang.


“Kategori 1 sudah elok. Kini cuma tinggal kategori 2 untuk ditambahbaik.

“Dalam isu lanjutan moratorium pula, kita fight dari tiada moratorium ditambah sebelum bajet ke moratorium diberi cuma kepada golongan B40 dan akhirnya ke kelulusan automatik diberi tanpa dokumen kepada sesiapa dari golongan B40, M40 dan perniagaan kecil sederhana yang memohon,” katanya.

Oleh itu, kata beliau, adalah tidak benar bahawa BN beri harapan palsu kepada ramai yang meminta sebab jelas ada kemajuan dalam dua perkara ini.

Namun, katanya, masih ada kekurangan dari segi implementasi dari bank-bank yang degil.

Fitnah tentang Pas: Annuar Zaini buat laporan polis

 


Fitnah tentang Pas: Annuar Zaini buat laporan polis

Fitnah tentang Pas: Annuar Zaini buat laporan polis

Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini membuat laporan di Balai Polis Kampung Rapat semalam berikutan tular satu kenyataan dalam laman sosial Facebook yang memfitnah beliau berkaitan pelantikan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Perak yang baharu.

Menurut Mohd. Annuar, tuduhan bahawa dalam kenyataan itu bahawa pelantikan lima exco hari ini tidak melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas bukan sahaja tidak benar dan berunsur fitnah malah dilihat menjatuhkan kredibilitinya sebagai Ahli Dewan Negara Perak.

“Saya tidak pasti siapa yang menularkan kenyataan itu dalam laman sosial FB dan tujuan laporan ini dibuat adalah menafikan dakwaan tersebut sekali gus membolehkan pihak polis menjalankan siasatan.

“Saya bimbang kenyataan itu menjejaskan nama baik istana Perak dan mendatangkan kegusaran kepada penduduk di negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Rapat di sini hari ini.

Kenyataan yang tular hari ini ialah ‘5 lagi Exco kerajaan Perak angkat sumpah petang ini. Namun pelantikan itu tidak melibatkan ADUN Pas. Kata Mohd. Annuar Zaini. Cukup dah 10 Exco. Amacam?’.

Mohd. Annuar berkata, setiap pihak harus bertanggungjawab dan beretika dalam menyiarkan sebarang berita yang seharusnya berfakta dan benar bagi mengelakkan timbul sebarang polemik dan fitnah.

“Saya rasa benda (dakwaan) ini berniat tidak baik. Kita sudah sampai ke peringkat dapat menyelesaikan (krisis politik) dan Sultan Perak juga sudah pun memperkenankan ditubuhkan sebuah kerajaan.

“Kerja-kerja melagakan dan lebih-lebih lagi melibatkan nama saya yang mana saya dilihat sebagai jurucakap bagi pihak istana, seolah-olah apa yang ditularkan itu orang akan percaya.

“Dakwaan seolah-olah ADUN Pas tidak akan dilantik sebagai Exco kerajaan negeri itu juga bagi saya tidak baik dan berniat nakal pada saya,” katanya.

Dua ADUN dari Pas merupakan antara lima exco yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini hari ini.

Mereka ialah ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria dan ADUN Selama, Mohd. Akmal Kamaruddin.



UNDI TOLAK BELANJAWAN TAK SAMA DENGAN JUMLAH SOKONGAN YANG DIMILIKI ANWAR UNTUK TUMBANGKAN MUHYIDDIN

 

Ramai yang cuba menyalahkan Anwar Ibrahim berikutan kegagalan blok pembangkang menolak Belanjawan 2021 dalam bacaan kali ketiga di Parlimen semalam.

Mereka berkata, kegagalan itu membuktikan Anwar pada hakikatnya tiada sokongan untuk menjatuhkan Muhyiddin Yassin.

Tidak kurang yang membidas, di mana sebenarnya pengakuan beliau sebelum ini bahawa sokongan di belakangnya untuk mengambil alih kerajaan adalah kukuh dan meyakinkan?

Seterusnya, terutama daripada kalangan penyokong kelompok yang tiada parti, lancang saja mulut mereka menyarankan agar Anwar meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang dan Pengerusi PH.

Kenapa hanya Anwar yang dipersalahkan?

Siapa yang sehari sebelum pengundian belanjawan semalam tiba-tiba mengadakan sidang akhbar menawarkan diri untuk menjadi Perdana Menteri kononnya mereka mampu mengembalikan kegemilangan Malaysia sebagai Harimau Asia?

Berapa sokongan Ahli Parlimen yang mampu mereka bawa melalui angan-angan untuk kembali menerajui negara itu?

Dalam hal ini, barangkali ramai yang keliru dan tidak mampu membezakan antara undi menolak belanjawan dengan sokongan yang didakwa dimiliki oleh Anwar untuk mengambil alih kerajaan.

Walaupun pelbagai pihak mengharapkan Muhyiddin dapat ditumbangkan melalui penolakan belanjawan, realitinya beberapa kerumitan akan timbul jika perkara itu itu menjadi kenyataan.

Antaranya ialah belanjawan baru terpaksa dibentangkan semula oleh kerajaan baru dan faktor masa sebelum ketibaan tahun 2021 adalah kekangan utamanya.

Barangkali ia akan menyebabkan beberapa perbelanjaan kerajaan akan terganggu dengan sendirinya.

Selain itu, UMNO dan BN juga tidak mahu dilihat mengingkari titah Agong yang mahu Belanjawan 2021 disokong serta diluluskan.

Ini yang menjadi antara alasan mengapa BN terus menyokong belanjawan, meskipun diketahui beberapa Ahli Parlimennya sebelum ini turut memberi sokongan kepada Anwar untuk mengambil alih kerajaan.

Lagi pun, dengan Tun Mahathir Mohamad bersama Tengku Razaleigh Hamzah tampil mengadakan sidang akhbar menawarkan diri untuk menerajui negara, siapa akan jadi Perdana Menteri jika belanjawan ditolak semalam?

Bagi Ahli Parlimen UMNO atau BN yang menyokong Anwar, mereka tentu saja tidak mahu jawatan Perdana Menteri menjadi rebutan, apa lagi jatuh ke tangan Tun Mahathir, setelah Muhyiddin dijatuhkan.

Mereka hanya mahu Anwar sebagai Perdana Menteri, bukan Tun Majathir atau Ku Li.

Berbeza dengan usaha Anwar untuk mengambil alih kerajaan melalui sokongan SD atau surat sokongan yang telah dipersembahkannya kepada Agong sebelum ini, usaha itu jika berjaya dan Agong memanggil ketua-ketua parti berkaitan untuk pengesahan, hanya nama Anwar sebagai pilihan untuk menjadi Perdana Menteri.

Tiada gangguan dan peluang pemimpin lain mencelah di saat akhir kononnya mereka lebih layak menjadi Perdana Menteri.

Begitu pun, di sebalik usaha Anwar itu banyak terganggu kerana pandemik Covid19 yang masih berterusan, difahamkan ia tetap berjalan seperti yang dirancang, malah pertemuan serta perbincangan juga tidak putus-putus diadakan.

Untuk itu, selepas Belanjawan 2021 diluluskan, serangan semula untuk menjatuhkan Muhyiddin bila-bila masa saja boleh timbul atau digerakkan kembali.

Dengan tidak perlu lagi merangka belanjawan baru, pengambilalihan kerajaan selepas ini akan jadi lebih mudah kerana Perdana Menteri bary hanya tinggal melaksanakannya saja apa yang telah diluluskan itu.

Dalam erti kata lain, kerajaan Muhyiddin yang bentang belanjawan, tetapi Perdana Menteri yang lain melaksanakannya.

Keyakinan bahawa Muhyiddin bakal dijatuhkan, meskipun Belanjawan 2021 telah diluluskan, ternampak lebih kukuh apabila Najib Razak selaku Pengerusi BNBBC masih menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan berhubung UMNO berkaitan pengeluaran KWSP dan lanjutan moratorium pinjaman bank.

Beliau masih menunggu janji PN untuk mereka memperbaiki syarat kedua-dua isu berkenaan sehingga ia benar-benar menepati sebagaimana dijanjikan.

“Jika hasrat kami tidak tercapai dan kami rasa tertipu, selepas suatu tempoh masa yang munasabah, BN masih berpeluang untuk berbuat sesuatu.

“Tapi belanjawan ini bukan platform yang sesuai untuk memperjuangkannya kerana kekurangan masa sebelum tahun 2021 bermula,” tulis Najib di laman sosialnya.

Maknanya apa?

Tidak lain ia bermakna nasib Muhyiddin belum tentu selamat sepenuhnya selepas ini, walaupun beliau dilihat cuba bergembira dengan kelulusan belanjawan yang disokong melalui undian 111-108 itu.

Tambahan lagi, majoriti tiga undi semalam adalah tanda kelemahan yang boleh digoyang pada bila-bila masa.


 (Shahbudindotcom 16/12/2020)







(function() { var d = document, w = window; w

Anwar doesn’t rule out possibility of working with Umno