Bagaimana kementerian boleh beri kebenaran jenama arak guna nama, imej lelaki berkopiah?

 


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyifatkan penggunaan nama ‘Timah’ pada satu jenama arak yang tular diperkatakan sebagai penghinaan kepada umat Islam.

Bahkan, iklan dan promosi arak tersebut dianggap biadap apabila menampilkan imej lelaki berkopiah dengan janggut panjang, seolah-olah memaparkan individu berimej agama.

Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow, berkata CAP kesal mengenai jabatan yang memberi kebenaran penjualan arak berkenaan di pasaran tempatan.

“Selain kandungan alkohol, CAP tidak faham bagaimana pihak kementerian boleh memberi kebenaran menggunakan nama dan gambar yang boleh mencetuskan kemarahan.

“Nama Timah itu bagai satu penghinaan kepada umat Islam apabila jenama yang ditonjolkan berkait dengan nama Melayu dan Islam iaitu Timah yang disingkatkan daripada Fatimah.

“Malah, nama arak Timah itu sendiri dianggap sebagai hasil usaha berterusan dalam sejarah Tanah Melayu membawa kepada kemajuan pembangunan negara pada awal abad ke-20,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, arak tersebut dijual pada harga RM190 sebotol dengan kandungan alkohol sebanyak 40 peratus.

Tegasnya, jumlah itu menunjukkan kandungan alkohol adalah tinggi, sekali gus menimbulkan masalah sosial dalam kalangan peminumnya.

“Ia menggunakan label, gambar dan perkataan tidak masuk akal. Justeru, CAP mendesak kerajaan menjelaskan pendirian terhadap isu ini,” katanya.

Sehubungan itu, Subbarow menggesa kerajaan supaya segera mengharamkan penjualan jenama arak Timah keluaran Malaysia di pasaran negara ini.

VIDEO 2 MINIT :PENDEDAHAN DARI ALLAHYARHAM USTAZ NIK MAT- MAHATHIR KENA SOUND DENGAN ANWAR DISEBABKAN ARAK




ANWAR BERJAYA SELAMATKAN MAHATHIR DIKETIKA  ZAMAN TENGKU ABDUL RAHMAN.


 

TERIMA KASIH DUTA KHAS ATAS LAWAK ANDA HARI INI!! BIKIN NGEKEK GUE....!!



Siapa faham apa yg lebai ni merapu? Dia tahu ke tugas dia sebenarnya? Siap kertas skrip tu...hahaha...

Jangan sombong tangani grup antivaksin, Anwar tegur Khairy

 



Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, berkata beliau tidak bersetuju dengan cara ugutan terhadap golongan antivaksin kerana kerajaan boleh berperanan sebagai badan memujuk. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyifatkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, menggunakan cara sombong kerana membuat ugutan dan menghukum golongan antivaksin.

Beliau berkata, golongan berkenaan perlu didekati kerana pihak kerajaan sepatutnya berperanan sebagai badan memujuk, memberi penerangan dan jawapan berdasarkan dapatan kajian saintifik lebih berkualiti bagi mematahkan hujah kumpulan terbabit.

Menurutnya, kerajaan sepatutnya menyelesaikan pemberian dos vaksin kepada individu yang ingin menerimanya dan memberi baki selebihnya kepada golongan yang ingin mengambil dos berkenaan.

“Saya tidak sokong golongan antivaksin ini tapi adakalanya hujah mereka agak kuat, jadi kita perlu balas mereka dengan hujah yang lebih kukuh.

“Jika mereka kemukakan hujah menggunakan kertas kajian saintifik, kita perlu utarakan kajian yang lebih berkredibiliti dan kuat untuk patahkan hujah kumpulan itu.

“Saya tidak setuju kita guna cara ugutan,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Semalam, Khairy menjelaskan kumpulan antivaksin kemungkinan terpaksa berdepan kehidupan yang sukar kerana tidak akan dibenarkan menikmati kemudahan kelonggaran seperti individu lengkap vaksinasi secara berterusan.

Beliau juga dengan tegas berkata, kerajaan akan ‘menyusahkan’ kumpulan itu yang terus enggan divaksin tanpa sebab yang dibenarkan.

DAULAT DAN MARUAH


May be an image of 1 person


1. PRU nak dekat. Kenapa? Kerana slogan Daulat dan Maruah Melayu semakin kuat kedengaran.
2. Isu kedaulatan negara dibawa baru-baru ni berkenaan dengan Pulau Batu Putih. Jenuh dicanang isu ini kononnya Kerajaan lama menjual negara. Walhal, mereka yang bising ni la yang kalahkan kes pada tahun 2008 dan lambat ambil tindakan untuk tujuan semakan kes. Bekas Peguam Negara punya bising, walhal penasihat yang beliau lantik sendiri yang kata jangan buang masa dan buang duit, untuk semak balik keputusan kes.
3. Yang heran, kes pulau batu konkrit dijadikan modal untuk lawan Singapura. Namun, kes Tanjung Pagar dibuat lupa. Imnesia pula. Takkan kita lupa, macam mana seorang Perdana Menteri hanya lepas satu tahun memerintah, senang lenang beri CIQ Tanjung Pagar pada Singapura. Lee Kuen Yew punya suka. Satu2nya “bargaining chip” Malaysia dilepas begitu saja.
4. Semua tahu, LKY paling sakit hati dengan isu Tanjung Pagar. Satu2nya tanah Malaysia yang “right smack in the middle of Singapore”. Itu isu kedaulatan negara mereka. Jadi modal kita berundingan isu air dan isu lain dengan mereka. Namun, datang satu PM Cash is King, buta mata dengan tawaran Singapura gantikan tanah CIQ di Marina Bay. Kononnya nilainya berlipat kali ganda.
5. Namun hanya kena gula2. La ni tanah Marina Bay dah ke mana. Ada yang dijual pula. Untungnya adakah pergi ke Rakyat jelata? Ikut syarat, kena berkongsi juga dengan Singapura. Ini bukan ke bahana.
6. Kononnya, nak buat baik dan bagi muka pada Singapura, nanti Perjanjian Air akan disettle. Namun apa yang jadi? Perjanjian air lagu tu juga sejak tahun 1963. Singapura hanya bayar RM0.03 untuk 1000 litre. Orang Johor kena pula bayar RM0.50 pada mereka. Kita cuba nak naikkan, sampai sudah mereka tak terima.
7. Dikatakan juga, kalau kita setuju lepaskan CIQ, pelaburan orang Singapura akan mencanak naik. Namun, Wilayah Iskandar dan Forest City dipandang sepi oleh orang sebarang. Punya sikit yang melabur. Dah kena cari negara lain pula. Di selatan negara dah jadi macam mini-China. Itu dibuat lupa. Makanya, terbukti Singapura telah mainkan kita.
8. Belum lagi cerita pasal High Speed Rail (HSR). Semua orang setuju ianya baik untuk negara. Boleh bawa pembangunan merata. Namun yang dipersoal, kosnya terlampau tinggi dan kenapa semua benda perlu dapat kelulusan mereka. Kita kena game sebab masa Kerajaan PH nak berunding untuk buat sambungan ke KLIA, Singapura tak setuju. Itu pada mereka akan menjejaskan Changi. Pandai mereka jaga kepentingan negara. Yang kita, apah pun tak guna. Projek tak jalan, kena bayar pampasan pula.
9. Jadi tuan-tuan tengoklah. Orang yang menjerit daulat negara ni, boleh ke kita percaya? Cerita Malaysia-Singapura ni boleh dijadikan contoh. Hanya gebang semata. Boleh tanya pada mereka. Mana pergi kedaulatan negara bilamana Malaysia digelar Kleptokrasi terteruk dalam sejarah dunia? Itu jangan buat lupa!
10. Yang orang Melayu diajar agar normalkan rasuah dan salahguna kuasa. Kata mereka, itu tidak seteruk sampai bagi orang lain berkuasa dan kita buang agama dan raja. Ditakutkan kalau orang lain memerintah, negara akan bertukar jadi negara Republik. Tuan puan pulangkan balik pada mereka. Ia adalah IMPOSSIBLE!
11. Untuk buang raja, buang agama Islam dan tarik keistimewaan Bumiputera, itu semua perlukan undi 2/3. Bukan itu saja, ia tidak boleh dibuang daripada Perlembagaan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja (MRR). Kalau nak buang kena lepas dengan 9 orang Raja. Nak putuskan Malaysia ini tanpa raja, agama Islam bukan agama rasmi dan Bumiputera disisih? Ikut akal kita, adakah MRR akan setuju dan terima?
12. Makanya, tuan puan janganlah termakan lagi kata mereka. Hanya auta bertingkat2 nak butakan kita. Buat kita marah pasal benda mustahil ni, agar lupakan mereka yang salah guna kuasa. Sama juga pada yang blok sana, yang warwarkan Malaysia Malaysians. Katakan pada mereka, sampai kiamat pun takkan boleh Malaysia jadi negara Republik. Ia adalah mustahil.
13. Wajar pula kita tanya pada mereka-mereka ini, mana slogan maruah Melayu bilamana—
(i) Pegangan Ekuiti Melayu dan Bumiputera pada tahun 2011 dari 23.4% jatuh kepada 16.2% pada tahun 2016; dan
(ii) Tanah Rizab Melayu hanya dalam 64 tahun negara merdeka, tinggal 12% sahaja;
(iii) Kes dadah dikalangan remaja Melayu adalah terteruk dan sekarang dibuat2 lupa, lagi kisahkan isu arak yang dijual sekian lama;
(iv) Orang Melayu adalah yang teramai dalam kategori miskin tegar dan miskin bandar.
14. Kini, kita dipimpin oleh Kerajaan Melayu Islam. Cara mereka berpolitik adalah menakut-nakutkan kita. Buat kita benci rakan senegara. Politik pecah belah yang bertentangan dengan prinsip dan matlamat Rukun Negara. Sibuk dianjingkan orang lain, semua salah mereka. Arak dan judi dijadikan modal sepanjang zaman. Namun masa zaman mereka, lahirlah “Timah” whiskey pertama negara. La ni, mana nak letak muka?
15. Macam saya cakap, PRU nak dekat, maka kita kena beringat. Jangan lagi dipercaya langungan maruah dan daulat Melayu dari parti keramat. Selagi mereka tak berubah, jangan la kita pangkah. Pikirkan anak cucu cicit kita. Ya, Hang Tuah cakap “Takkan Melayu hilang di dunia”. Tapi hidupnya bagaimana? Adakah hanya terkenal dengan rasuah dan salah guna kuasa….
Wallahu a’lam…
Salam hormat,
Liyana Marzuki


BYE..BYE MANA YANG LANGGAR PENGERUSI : 3 pemimpin Umno konsensus pilih calon, namun keputusan akhir milik Pengerusi BN, kata Ahmad Zahid

 

Tiga orang yang akan memutuskan perkara itu iaitu Perdana Menteri sendiri, Timbalan Presiden dan Presiden Umno yang juga menjadi Pengerusi Barisan Nasional (BN), kata Ahmad Zahid Hamidi.

PETALING JAYA: Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden Umno menjadi tiga pemimpin tertinggi parti itu yang akan memuktamadkan senarai calon pilihan raya negeri (PRN) Melaka, termasuk calon pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, berkata pemilihan calon bukan lagi diputuskan Presiden sahaja, malah kuasa itu diperuntukkan kepada dua lagi pemimpin Umno, membabitkan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Presiden Mohamad Hasan.

“Yang akan memuktamadkan calon-calon pilihan raya negeri dan juga pilihan raya umum akan datang bukan daripada Presiden saja.

“Tiga orang yang akan memutuskannya iaitu Perdana Menteri sendiri, Timbalan Presiden dan Presiden Umno yang juga menjadi Pengerusi Barisan Nasional (BN). Tiga orang ini yang akan memuktamadkannya.

“Namun jika ketiga-tiga mereka ini bersetuju tetapi tidak dipersetujui Pengerusi BN, maka watikah itu tidak akan ditandatangani,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Sementara itu, Ahmad Zahid, berkata perkembangan terbaru itu menunjukkan kerjasama yang baik dalam kalangan mereka bertiga.

Katanya, mereka juga sepakat bahawa kriteria kebolehmenangan (winnable), kebolehterimaan (acceptable) dan kebolehsenangan (likable) akan digunakan untuk memilih calon yang sesuai.

“Ini bukan soal lobi, bukan soal kipas tetapi kami bertiga bersetuju dengan calon yang mempunyai kriteria ‘winnable’, ‘acceptable’ dan ‘likeable’,” katanya.

CAKAP MESTI SERUPA BIKIN DAN BIKIN SEPERTI CAKAP. ANWAR TIDAK MAHU DIKATAKAN MULUT PENUH SAGON DAN MAKAN GAJI BUTA DAN TAK TAHU BUAT KERJA

 


Tolak gaji, elaun tambahan ditawar kerajaan, Anwar kekal tidak mahu jadi umpama mulut penuh ‘sagon’.Sementara setuju dengan tawaran kerajaan tentang jawatan Ketua Pembangkang dinaikkan kepada taraf menteri, Anwar Ibrahim yang sekarang menyandang jawatan tersebut sebaliknya menolak semua gaji dan elaun kenaikan yang diberikan itu.

Berikut adalah gaji, elaun serta kemudahan sebagai Ketua Pembangkang bertaraf menteri yang ditolak Anwar:-

• RM14,907.20 gaji bulanan

• RM12,320 sebulan elaun keraian

• RM1,500 sebulan bayaran khas

• RM4,000 sebulan elaun rumah

• RM833 sebulan elaun selenggara rumah

• RM6,000 elaun pakaian panas (sekali dalam tiga tahun)

• RM1,500 elaun pakaian upacara rasmi (sekali dalam tiga tahun)

• RM1,500 elaun bayaran pakaian ‘black tie’ (sekali dalam tiga tahun)

• Sebuah kereta rasmi serta penggunaan kenderaan peribadi untuk tugas rasmi.

Pengerusi PH dan Presiden PKR itu mengumumkan semua gaji dan elaun yang tidak setuju diterimanya itu akan diserahkan kepada tabung rakyat miskin.

Menaikkan jawatan Ketua Pembangkang setarat menteri adalah antara beberapa perkara yang dipersetujui dalam MOU transformasi dan kestabilan politik antara PH dengan kerajaan yang ditandatangani sebaik Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri.

Oleh kerana MOU itu mengandungi persetujuan yang memberi nikmat dunia secara langsung kepada Anwar atas kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang, seperti juga penyokong Perdana Menteri yang menerima jawatan lain yang bertaraf menteri, pelbagai pihak terlihat mula mengkritiknya kerana dianggap telah menerima dedak daripada kerajaan.

Kata mereka, patutlah MOU itu begitu cepat ditandatangani kerana ia ada ganjaran secara langsung masuk ke poketnya.

Tetapi, dengan Anwar mengumumkan menolak segala gaji dan elaun bertaraf menteri yang sepatutnya beliau terima itu, ia dengan sendirinya mengesahkan beliau bukanlah seorang kaki dedak.

Sejarah panjang perjuangannya selama ini, jika kita singkap, dengan mudah membuktikan beliau sebenarnya tidak hairan pun dengan dedak, walhal jika itu kemahuan dan keinginannya dalam hidup dan menyertai politik, sudah lama beliau dan keluarganya tidur di atas tilam berlapikkan duit yang berkoyan-koyan.

Namun, itu bukanlah matlamat serta keinginan, bukan saja kepada Anwar, tetapi juga kepada isteri dan didikan kepada anak-anaknya.

Dengan gaji dan pelbagai elaun yang ditolaknya kini, beliau boleh dikata menjalankan tugas serta peranannya sebagai Ketua Pembangkang dengan percuma dan tidak sesekali untuk meraih nikmat peribadi.

Apa yang beliau perjuangkan sebenarnya tidak lain ialah untuk mengangkat jawatan Ketua Pembangkang itu agar diberi pengiktirafan sewajarnya seperti di banyak negara demokrasi lain di dunia ini.

Selebihnya, ini juga suatu perjuangan Anwar dan PH untuk kesejahteraan serta keselesaan mereka yang memegang jawatan Ketua Pembangkang selepas ini.

Begitu pun, jika kita perhati, tanpa semua ganjaran itu beliau tetap berperanan dengan baik serta sangat berkesan di Parlimen, malah merupakan Ketua Pembangkang yang terbaik setakat ini.

Kritikan kepada kerajaan, membela rakyat dan mengangkat isu-isu sejagat tetap menjadi keutamaan serta matlamat perjuangannya.

Selain telah banyak perkara diperjuangkannya selama ini, terbaru dalam isu Pandora Papers misalnya, kesungguhan dan kegigihan Anwar bercakap di Parlimen mengenai hal itu jelas memperlihatkan kesungguhannya sehingga akhirnya siasatan sudah pun bermula dan Ismail Sabri sendiri turut memberi jaminan tentang kebebasan siasatan yang bakal diadakan.

Dengan sikap Speaker yang bak peguambela dan usulnya pula ditolak begitu saja, manakala suara di pihak kerajaan dan pejuang Islam tidak kedengaran apa-apa, beliau terus bersuara dan tidak mudah mengalah agar Pandora Papers itu ada tindakan penyelesaian akhirnya.

Itulah Anwar yang hanya Ketua Pembangkang jawatannya, bayangkan jika sosok punya jiwa segagah ini dan tidak pula gila harta, dapat menerajui negara dan memperjuangkan nasib kita sebagai rakyat yang perlukan pembelaannya?

PAS LEBIH PENTINGKAN SOKONGAN DARI AKIDAH UMMAT ISLAM ? BILA BERKUASA TIDAK MAMPU MELAKSANAKANNYA ...

 

Risau ditolak rakyat, Pas gesa Hamzah buat kerja kawal industri arak



Risau ditolak rakyat, Pas gesa Hamzah buat kerja kawal industri arak



Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa supaya lebih tegas dalam menangani dan mengawal industri arak di negara ini, kata Ketua Penerangan PAS Kamaruzaman Mohamad.

Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertanggungjawab juga perlu meletakkan syarat yang lebih ketat berkaitan minuman keras.

Menurutnya, desakan itu dibuat kerana PAS konsisten dengan pendirian menolak semua perkara yang bertentangan dengan syariat termasuk industri minuman keras yang jelas membawa mudarat kepada sistem sosial, kekeluargaan dan keselamatan masyarakat keseluruhannya.

“Isu yang tular kini mengenai arak berjenama Timah hakikatnya telah wujud di negara ini sejak 2013 lagi. Namun, perlu diingatkan bahawa minuman keras walau apa jenama sekali pun adalah tetap dilarang oleh Islam.

“Oleh itu, ia perlu dikawal seketat mungkin bagi mengelakkan daripada berlaku lebih banyak kerosakan sebagaimana yang dibuat negeri Kelantan yang merupakan antara model terbaik dalam mengawal industri berkaitan arak dari sudut jualan dan kebenaran meminumnya,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Justeru itu, PAS menyeru kepada semua pihak untuk berganding bahu dalam usaha membangunkan sebuah negara baharu yang lebih baik dan bebas daripada kemudaratan kesan daripada minuman arak yang berleluasa.

Isu arak jenama Timah tular di media sosial sejak beberapa hari lalu kerana ia dikatakan produk keluaran negara ini.

PADA WALAUN HANG SURUH SETIA ,IKLAS, TAAT BAGAI...HANGPA BALON ELAUNS GAJI PULOH PULOH RIBU TAK RASA NAK TOLAK KAH-BUKTIKAN KEIKLASAN DULU//LEBIH KURANG UMNO SAJA..TAK DAK FULUS..

 

Idris seru ahli Pas agar sentiasa ikhlas dalam perjuangan

Idris

Idris seru ahli Pas agar sentiasa ikhlas dalam perjuangan.NAIB Presiden PAS, Idris Ahmad menyeru ahli parti itu sentiasa bermuhasabah dan mengikhlaskan diri dalam perjuangan panjang nafas parti berkenaan.

Beliau berkata, selain kesetiaan terhadap parti, akhlak hidup berjemaah sangatlah ditekankan dalam memastikan ahli akar umbi sentiasa berpegang teguh dalam apa juga keadaan.

“Akhlak hidup berjemaah sangatlah ditekankan dalam memastikan kita sentiasa bermuhasabah, mengikhlaskan diri serta tetap setia dalam perjuangan nafas panjang ini.

“Istiqamahlah dan berpegang teguh dengan apa juga keadaan dan tidak meninggalkan program-program tarbiyah yang menjadi nadi jemaah PAS,” katanya menerus Facebook.

Idris berkata, beliau mengharapkan supaya niat keberadaan ahli parti dalam PAS adalah kerana dasar yang dipegang jemaah iaitu Islam.

“Janganlah sesekali kita menyimpang daripada nawaitu ini. Hakikatnya, inilah yang menjadi pengubat dan penguat kepada kita,” katanya.

Terdahulu, Idris yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memaklumkan beliau berkesempatan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Bukit Gantang kali ke-54, hari ini.

“Saya rakamkan ucapan tahniah buat saf kepimpinan PAS Kawasan Bukit Gantang. Siiru ‘ala baratillah,” katanya.

MEDIA ISLAMNYA MANA PULAK ? YANG SELALU CARI TAPI ERROR404 TU KAH MEDIA ISLAM? ATAU BAYAR KE KEPALA MEDIA SARAWAK REPORT AKIBAT KALAH ATAU MAKAN GAJI BUTA TU PUN HARAM JUGA...

 


Pas dakwa ada pihak sedia berbelanja besar jadi dalang kepada media musuh Islam


Pas mendakwa terdapat pihak yang bersedia untuk berbelanja besar dan menjadi dalang kepada media musuh Islam yang semakin canggih meredah langit terbuka tanpa sempadan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihak terbabit sama ada terdiri daripada kalangan parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), sehinggalah pihak kedutaan asing yang bersedia memberikan bayaran yang paling mahal.

“Malah, terdapat ramai dalam kalangan yang bersedia menjadi alat atau tentera upahan semata-mata untuk mencari makan tanpa mempunyai wawasan yang sebenar.

“Akhirnya, ia menjadi perniagaan yang menghasilkan harta haram yang dimasukkan ke dalam jasad diri dan keluarga masing-masing,” katanya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian menerusi Minda Presiden Pas yang dimuatnaik di Facebook rasminya pagi tadi.

Duta Khas ke Timur Tengah berkenaan berkata, media musuh Islam pada masa sekarang menjadi senjata yang paling penting kepada syaitan-syaitan yang berkeliaran untuk menggoda manusia dengan kata-kata yang indah dan menarik.

“Tujuan mereka supaya masyarakat terpesong daripada Islam dengan dilakukan pelbagai uslub dan pendekatan yang halus lagi beracun.

“Antaranya, disuntik racun ke dalam pemikiran mereka yang tidak mempunyai kematangan berfikir bersama petunjuk Allah SWT dan tidak mempunyai ketahanan jati diri beriman dan berakhlak termasuklah dalam kalangan mereka yang merasakan dirinya sangat bijak, tetapi bersifat takabur seperti Iblis,” tegasnya.

Sehubungan itu, Hadi menyifatkan golongan tersebut tidak layak mendapat hidayah Allah walaupun sebenarnya bijak.

“Apatah lagi dalam kalangan mereka itu sebenarnya jahil murakkab (tidak sedar dirinya jahil),” tambahnya lagi.

TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA SIASAT PANDORA PAPERS – AMK


IDEA TURUN GAJI, PINDAH UM KERANA PAS DIPIMPIM ORANG POLITIK

PKR PELBAGAI KAUM, PN PECAH DAN PERINTAH


TIMAH NI BANYAK- KALAU BIJIH TIMAH KERAJAAN KELUARKAN . ITU HASIL BUMI...KALAU TIMAH ARAK..BUKAN KELUARAN KERAJAAN .KATA TIM MENTERI PAS..SEBAB TIMAH TU BUKAN JANDA....JANGAN POTONG DOUBLE LINE....KAH...KAH...

 

Panas! Ustaz Zolkharnain dakwa timbalan menteri Pas terdesak nak tutup isu arak TIMAH


Panas! Ustaz Zolkharnain dakwa timbalan menteri Pas terdesak nak tutup isu arak TIMAH



Bukan saja aku, tapi aku yakin orang lain pun tergelak apabila baca kenyataan timbalan menteri yang kata, arak jenama timah bukan hasil keluaran kerajaan.

He he … ada sapa² yang kata ke timah tu hasil produk kerajaan?

Bagi aku, respon timbalan menteri tu macam orang kata, minah tu lahir di kelantan. Tiba² timbalan jkkk kampong kata, minah tu bukan anak pak ali.

OOrang tak kata pun timah tu hasil produk kerajaan. Tiba² timbalan menteri respon macam tu pasai apa? Orang cuma kata, timah hasil produk zaman kerajaan melayu iselang memerintah. Tu saja.

Nampak sangat timbalan menteri terdesak untuk respon akibat serangan bertalu-talu netizen. Timbalan menteri jangan terdesak sangat. Jangan sampai ngamuk² macam satu isu tu…ehem ehem.

Kalau timbalan nak tutup isu ni senang saja. Tubuh j/kuasa untuk kaji kesesuaian nama timah tu. Atau j/kuasa kaji kesesuaian gambar pada botol arak tu.Mungkin isu ni akan senyap. Macam tubuh j/kuasa isu kematian anggota bomba tu lah…! La ni orang senyap sekejap sebab nak tunggu keputusan j/kuasa tu.

Kalau j/kuasa tu keluar keputusan seperti asal, penyebab kematiannya tak ditangkap juga, isu tu meletup baliklah.

Tak pa, kami sabar sekejap. Lepas ni kami main baliklah isu tu. Tungguuuu….! Zap zap zap…!

JAGA-JAGA KJ SEKARANG NI UMNO DAN PAS BUKAN DALAM MN LAGI- TAK PASAI PASAI JADI KAPIR..DAK PUN TANAM JIRAT CINA...KAH...KAH...

 


Khairy kata kerajaan akan susahkan hidup rakyat yang anti-vaksin, apa pula kata menantu Hadi?



Khairy kata kerajaan akan susahkan hidup rakyat yang anti-vaksin, apa pula kata menantu Hadi?


Kementerian Kesihatan komited untuk terus menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menerima vaksin malah akan ‘menyusahkan’ kehidupan harian golongan anti-vaksin jika mereka terus menolak penerimaan vaksin.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, walaupun vaksin tidak diwajibkan namun kerajaan tidak akan memberi muka kepada golongan anti-vaksin kerana mereka sendiri memilih untuk menolak vaksin.

“Kita mungkin tidak akan melaksanakan satu undang-undang Persekutuan iaitu mewajibkan di peringkat negara tetapi saya menggalakkan adalah undang-undang sektoral.

“Mungkin berbunyi sedikit kasar tetapi pendekatan kita juga adalah untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang memilih untuk tidak menerima vaksin.

“Ini adalah kerana anda sendiri memilih untuk tidak menerima vaksin melainkan anda tidak boleh menerima vaksin atas faktor kesihatan dan dikecualikan juga dalam sistem MySejahtera tetapi jika sebaliknya, maka memang kami akan susahkan hidup anda,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas pelancaran 11th National Acute Myocardial Infarcation Course (NAMIC) 2021 di sini hari ini.

Khairy turut menegaskan, Kementerian Kesihatan berkemungkinan mewajibkan golongan yang menolak atau melengahkan pengambilan vaksin untuk menjalankan ujian calit Covid-19 secara mingguan dan kerajaan tidak akan menanggung perbelanjaan itu.

Setakat ini, golongan yang belum menerima vaksin tidak boleh makan di restoran dan masih tidak boleh memasuki pusat beli-belah. Dijangkakan lebih banyak batasan yang akan ditetapkan kemudian.

Menurut Khairy, pihaknya tidak mahu hanya fokuskan pada sektor pendidikan tetapi juga untuk sektor awam keseluruhannya.

“Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan pekeliling iaitu pada November nanti adalah wajib untuk penjawat awam divaksinasi. Kita juga menggalakkan perkara ini untuk syarikat swasta,” katanya menurut laporan Utusan

KAH..KAH...KAH...KALAH LA PULAK .FITNAH TABUNG HAJI KOT PUNCA KEKALAHAN .....CERDIK SIKIT LA PARA WALAUN DI SHAH ALAM....BUAT SOLAT DAN LETAK NO ACC LAGI SEKALI...

 Terkini! Ustaz Dusuki kalah pemilihan Pas Kawasan Shah Alam


Terkini! Ustaz Dusuki kalah pemilihan Pas Kawasan Shah Alam

Dikhabarkan dalam pemilihan Pas kawasan Shah Alam, penceramah terkenal dengan solat tahajud sambil letak nombor akaun ketika PKP1.0 yang lalu kalah pemilihan Pas kawasan Shah Alam, lapor portal Watan Daily.

Cita-cita beliau untuk menjadi YDP Pas kawasan Shah alam digagalkan jemaah sendiri.

Gerakan pencatur Geng Langgau President Lebai Haji Hadi telah tewas satu persatu. Bermula dari Osetad Takiri mawar ku sawit kini giliran Osetad Thorsuki the lightning pulak gagal menyakinkan jemaah sendiri untuk dapat undi jadi YDP Shah Alam.

Gambau penghias posting tiado kena mengena yang hidup atau pong yang telah Syahid.

Al-Fatihah….