Pakar ekonomi dakwa kerajaan bukan tiada wang, tapi salah belanja

 Pakar ekonomi dakwa kerajaan bukan tiada wang, tapi salah belanja


Kerajaan bukan tiada wang namun dilihat salah belanja, demikian tegas pakar ekonomi, Muhammed Abdul Khalid.

Beliau yang juga Pengarah Urusan DM Analytics berkata, wang banyak dibelanjakan kepada perkara yang tidak perlu ketika negara berdepan krisis ekonomi akibat pandemik COVID-19, sekali gus menjejaskan tahap kepercayaan terhadap kerajaan.

“Kepercayaan adalah perkara yang paling penting untuk melaksanakan dan memastikan segala perancangan berkesan dan mencapai sasaran.

“Kepercayaan adalah perkara yang paling penting untuk melaksanakan dan memastikan segala perancangan berkesan dan mencapai sasaran.

“Kepercayaan juga penting untuk memberi isyarat. Jika anda memberi isyarat bahawa anda tidak utamakan kepentingan utama, contohnya apabila kerajaan kata tiada wang namun berbelanja RM30 juta untuk perbaiki rumah,

“Apabila anda kata tiada wang tetapi belanja untuk membina tiga dewan, ini sangat tidak bertanggungjawab. ini aadalah isyarat jelas anda tidak serius,” katanya dalam webinar anjuran MIER.

Muhammed merujuk kepada kerja kerja pengubahsuaian Seri Perdana bernilai RM30 juta.

Justeru Muhammed berkata penting untuk kerajaan memastikan ketelusan dalam perbelanjaan dalam tempoh pemulihan ini.

Sementara itu, beliau turut menegaskan kerajaan tidak membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana dengan bersungguh-sungguh ketika sektor itu terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

“Jika kita lihat dalam jumlah satu juta PKS dan agihan bantuan melalui TEKUN dan modal kerja, ia tidak sampai tiga peratus pun (daripada jumlah PKS).

“Setiap bulan majikan kita membayar upah sebanyak RM25 bilion dan kerajaan hanya menyediakan RM1 bilion subsidi upah. Itu baru empat peratus. Kalau saya bayar upah RM100, kerajaan hanya beri RM4. Bagaimana nak bertahan?.

“Jika anda lihat Singapura membayar sekitar 75 peratus, UK juga sehingga 75 peratus dan 80 peratus. Kita tidak serius (dalam membantu PKS),” katanya.

Tambahnya lagi, ekonomi negara belum lagi pulih namun masih dalam pemulihan dan keadaan ini memerlukan langkah rangsangan sedia ada diteruskan.