MAHATHIR.MESTI BERTERUS TERANG. NAK SERAH JAWATAN, ATAU NAK JADI PM SAMPAI HABIS PENGGAL

Isu peralihan kuasa sekali lagi menjadi perbualan ramai apabila hari ini enam Ahli Parlimen UMNO secara tiba-tiba tampil menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir Mohamad agar terus kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal.
Enam Ahli Parlimen terbabit ialah Shahar Abdullah (Paya Besar), Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Ahmad Nazlan Idris (Jerantut), Adham Baba (Tenggara), Ismail Mutalib (Maran) dan Abdul Rahman Mohamad (Lipis).
Mereka ini bukan saja bertindak demikian sebagai menyokong kenyataan Azmin Ali dua hari lalu yang mahu Tun Mahathir dikekalkan sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal atau sehingga tahun 2023 akan datang, tetapi ini juga merupakan suatu penentangan terhadap peralihan kuasa kepada Anwar yang dijadualkan pada tahun depan.
Walaupun sudah kerap kali dinyatakan soal peralihan kuasa ini adalah hak Majlis Presiden PH menentukannya, namun Ahli-Ahli Parlimen UMNO ini tetap mahu jadi penyibuk dalam urusan yang bukan berkaitan parti mereka.
Memang ternampak pelik – pembangkang sokong Perdana Menteri kerajaan – tetapi pepatah lama selalu mengingatkan, kalau tidak ada apa-apa, takkan tempua sanggup bersarang rendah.
Begitu juga dengan enam Ahli Parlimen UMNO ini, tentulah tindakan mereka ada maksud atau dalang yang memukul gendang di belakangnya.
Saja-saja mereka tampil menyokong Tun Mahathir, ternampak mustahil sekali kerana entah-entah Tun Mahathir pun tak kenal mereka “enam jahaman” ini.
Selain sebelum ini diperkatakan bekas Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein sedang mengatur perancangan melalui pintu belakang untuk membentuk kerajaan baru dengan sokongan beberapa menteri PH sendiri, hari ini dilaporkan pula tentang cubaan beliau cuba membawa 30 Ahli Parlimen BN untuk menyokong kepimpinan Tun Mahathir.
Bagi mereka yang biasa dengan UMNO, bukanlah rahsia lagi bahawa “enam jahanam” Ahli Parlimen yang mengadakan sidang media hari ini adalah mereka yang memang dikenali sebagai penyokong dan pendokong kepada Hishammuddin.
Dikatakan jika Hishammuddin memegang jawatan Setiausaha Agung BN, boleh jadi lebih ramai lagi Ahli Parlimen UMNO akan tampil menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir.
Hishammuddin bolehlah terus membuat penafian demi penafian, tetapi barangkali sepupunya sendiri, Najib Razak pun hanya tersenyum sinis dengan penafiannya itu.
Soalnya, apakah tindakan enam Ahli Parlimen UMNO ini tidak bersalahan dengan prinsip perjuangan UMNO dan BN yang kini sedang mengumpul kekuatan untuk menumbangkan PH pada PRU akan datang?
Tiadakah apa-apa tindakan disiplin boleh diambil terhadap mereka kerana perbuatan mereka ini jelas memalukan maruah Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang sedang berdepan puluhan kes mahkamah yang mana pernah disebut oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu sendiri bahawa kes-kes yang dihadapinya adalah disebabkan keengganannya tunduk kepada kehendak Tun Mahathir agar membubarkan UMNO dan beramai-ramai menyertai Bersatu?
Meskipun Zahid Hamidi mengatakan tindakan mereka berenam itu hanya berbentuk peribadi, tetapi kesan perbuatan mereka adalah sesuatu yang tidak boleh dibiarkan berlaku dalam etika berparti.
Daripada sudut yang lain, apa yang berlaku ini juga memperlihatkan seolah-olah khabar angin mengenai kerajaan pintu belakang tajaan Hishammuddin serta desas-desus keengganan Tun Mahathir menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar sebagaimana yang sudah dipersetujui dan dijanjikan, nampak seperti ada kebenarannya.
Setelah 17 bulan memegang jawatan Perdana Menteri dan tidak banyak perubahan berlaku dalam negara, kecuali isu politik yang satu demi satu terus dikocakkan, perkembangan terbaru ini tidak lagi memberi kewajaran kepada Tun Mahathir untuk sekadar berdiam diri saja atau terus mengulang-ulang kata “saya tetap akan mengotakan janji serah kuasa kepada Anwar” tanpa berani membuktikan segala kata-katanya itu.
Tun Mahathir kini mesti berani berterus-terang sama ada beliau benar-benar mahu melakukan penyerahan kuasa kepada Anwar atau sedang merancang untuk menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal, malah kalau boleh sehingga ke hujung nyawanya.
Jika benar mahu menyerahkan jawatannya kepada Anwar, beliau sekarang tiada pilihan selain mesti membuktikannya dengan segera menetapkan tarikh pengundurannya.
Hanya dengan langkah itu saja dapat meredakan segala ketidaktentuan berhubung peralihan kuasa itu, sekaligus menjadikan pihak luar yang tidak tahu malu menyokongnya untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal, menjadi tidak laku lagi.
Jika Tun Mahathir terus enggan menetapkan tarikh penyerahan kuasa, maka beliau bukan saja akan terus diragui, malah akan dilihat sebagai dalang di sebalik kerajaan pintu belakang dan sokongan oleh kumpulan “enam jahanam” itu.
Begitu pun, jika Tun Mahathir mahu menjadi Perdana Menteri dalam tempoh yang lebih lama atau sehingga tamat penggal atau sehingga mati sekali pun, beliau juga mesti berani berterus-terang mengenainya.
Tun Mahathir tidak seharusnya terus menerus berbohong dengan mulut mengatakan akan menyerahkan jawatan kepada Anwar, tetapi hati dan perancangannya di belakang ke arah yang lain.
Sebagaimana beliau berani bersuara dan tidak berselindung di pentas-pentas antarabangsa menegur sesiapa saja, Tun Mahathir tidak seharusnya takut menyatakan apa yang dimahukannya di negaranya sendiri dan berkenaan dirinya.
Kecualilah jika Tun Mahathir sekarang benar-benar sudah jadi “paper tiger”. (ShahbudinHusin 24/10/2019)

BANYAK-BANYAK ISU AMANAH JUGA DITEGUR MUFTI PERLIS?

KEMENTERIAN ARAH UTUSAN BAYAR GAJI PEKERJA

CUBA JATUH KERAJAAN PH MUSUH NEGARA’

SOKONG HINGGA HABIS PENGGAL SERTA MAHU TUN PEGANG JAWATAN ADALAH KHIANAT PADA PH.



Semua orang secara umumnya tahu mengenai adanya perjanjian penyerahan jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim.
Apa lagi bagi para pemimpin utama PKR, DAP, Amanah dan Bersatu yang menganggotai PH, mereka tentu lebih maklum mengenai perjanjian itu kerana semua mereka hadir dalam Konvensyen PH di Shah Alam ketika mana perjanjian tersebut dimetrai pada 7 Januari 2018 iaitu kira-kira lima bulan sebelum PRU14 lalu.
Dalam perjanjian itu dipersetujui jika PH menang PRU14, maka Tun Mahathir akan menjadi Perdana Menteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Anwar Ibrahim sebagai calon PM ke-8 setelah beliau dibebaskan daripada penjara dan diberi keampunan penuh yang membolehkannya tiada sekatan lagi untuk memegang jawatan dalam politik serta kerajaan.
Sebab itu, selain tiga ketetapan di atas, turut dipersetujui untuk segera dilakukan setelah PH menjadi kerajaan ialah dua perkara lain iaitu membebaskan Anwar daripada penjara dan memohon pengampunan penuh baginya daripada Yang Dipertuan Agong.
Secara tersiratnya, permohonan membebaskan Anwar dan pengampunannya dengan segera adalah bagi membolehkannya memegang jawatan Perdana Menteri dalam tempoh yang tidak terlalu lama selepas Tun Mahathir menduduki kerusi empuk itu.
Bermakna, setelah menjadi kerajaan, oleh kerana perjanjian itu merupakan ketetapan serta konsensus bersama PH, empat daripadanya sudah pun dilaksanakan.
Hanya yang belum dilaksanakan ialah penyerahan jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir kepada Anwar.
Meskipun tiada tempoh masa disebutkan bagi penyerahan jawatan itu, ia merupakan suatu ketetapan yang statusnya adalah sama dengan empat perkara yang sudah dilaksanakan setakat ini.
Adanya perjanjian serah jawatan itu dengan sendirinya bermaksud bahawa Tun Mahathir bukanlah Perdana Menteri selama sepenggal penuh sehingga PRU15 akan datang.
Perjanjian penyerahan jawatan tersebut dengan jelas bererti Tun Mahathir hanyalah Perdana Menteri sementara sebelum Anwar menggantikannya.
Perkara itu bersesuaian kerana Anwar adalah calon Perdana Menteri sebenar bagi Pakatan Rakyat yang kemudian ditukar kepada Pakatan Harapan.
Tun Mahathir dipersetujui sebagai calon Perdana Menteri sementara adalah kerana Anwar berada di penjara ketika itu.
Jika beliau berada di dunia bebas, meskipun setelah Tun Mahathir keluar UMNO dan bersama PH, sudah tentu calon Perdana Menteri PH adalah adalah Anwar.
Perkara ini tidaklah sukar difahami kerana bermula dengan gerakan reformasi, penubuhan PKR, menyatukan parti-parti pembangkang, mewujudkan Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan kemudian Pakatan Harapan, semuanya bermula daripada sosok tubuh serta aura perjuangan insan yang bernama Anwar.
Tanpa Anwar, gelombang reformasi dan gerakan perubahan yang akhirnya berjaya menjadi kerajaan tidak akan ada di negara ini.
Memahami semua itu bersama dengan perjanjian peralihan kuasa yang dipersetujui pada 7 Januari 2018 tadi, kedudukan Anwar sebagai satu-satunya calon Perdana Menteri ke-8 PH sangat jelas dan nyata.
Memahami perjanjian itu juga menunjukkan kedudukan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara dan bukan sehingga habis penggal adalah seterang malam ketika disinari bulan purnama.
Ia tidak boleh dipertikai dengan apa-apa alasan atau dalih sekali pun.
Dalam hal ini, mana-mana pemimpin PH yang cuba mempersoalkan peralihan kuasa tersebut, termasuk bertindak menghasut Tun Mahathir agar berkhidmat sehingga habis penggal dan melengah-lengahkan penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar, mereka dengan jelas dan tidak diragui lagi telah mengkhianati perjanjian yang telah dipersetujui PH itu.
Dalam erti kata lain, mereka yang berbuat demikian adalah juga pengkhianat kepada PH.
Dengan tindakan Azmin selaku Timbalan Presiden PKR yang secara terbuka mahu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal dan sesiapa juga yang bersuara dengan nada yang serupa selama ini, bermakna mereka ini dengan terang cuba menjadi pengkhianat kepada PH.
Memang benar rakyat mengundi PH untuk menjadi kerajaan selama lima tahun sehingga ketibaan PRU15 akan datang, tetapi ia tidak sama sekali bermakna rakyat setuju untuk meletakkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga tempoh yang sama.
Jika tiada perjanjian peralihan kuasa sebelum PRU14 lalu yang menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri ke-8, disertai pula dengan banyak ulangkata Tun Mahathir sendiri yang mengatakan hanya mahu memegang jawatan Perdana Menteri buat kali kedua hanya selama dua tahun saja, percayalah, keputusan PRU14 mungkin berbeza jadinya.
Jadi, baik Azmin atau sesiapa saja, malah termasuk Tun Mahathir sendiri, jangan mudah lupa hakikat itu. (ShahbudinHusin 24/10/2019)

(function() { var d = document, w = window; w

Aliran wang haram: 'Kerajaan akan siasat, walau dah berlaku sejak 2012'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob akan men...