PANAS! - AZMIN ALI 'BALAS' ANWAR - SAH PKR TAK TERIMA KEMBALI | Parodi P...



Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, telah memutuskan untuk tidak akan berbincang, atau bekerjasama dengan Azmin Ali! Inillah kenyataan resmi oleh Pengarah Komunikasi PKR - Fahmi Fadzil! "Majlis pimpinan pusat memutuskan, bahawa Keadilan tidak akan berbincang, atau bekerjasama dengan Azmin Ali, yang dianggap oleh anggota dan penyokong parti, serta orang ramai, sebagai salah satu punca utama, berlakunya pengkhianatan Langkah Sheraton! " Azmin Ali mengamuk! "Kepala bapak kau lah!



KOMINIH DAPAT BANTUAN RUPANYA...KAH..KAH..KAH


 

[[LIVE]] RAFIZI RAMLI! INGATKAN BOSSCOW berlakon MAHU JADI JUARA RAKYAT!



RAFIZI RAMLI! INGATKAN BOSSCOW berlakon MAHU JADI JUARA RAKYAT!



SPRM AKAN SIASAT SIAPA PULA?



Dalam keterangannya, Wan Quoris, yang juga saksi ke-16 berkata, UKSB percaya bantuan kewangan yang diberi kepada Ahmad Zahid dapat mengukuhkan kedudukan syarikat itu sebagai kontraktor KDN. Menurut Wan Quoris ia terbukti apabila sokongan Ahmad Zahid terhadap syarikat berkenaan menyebabkan berkurangan gangguan daripada pesaing yang menjalankan perniagaan sama.


HAAA...DAH KACAU KA PAS ? NAK KELUAR PAS KE ?


 

PULAK...KERAJAAN NAK HAPUS SUBSIDI MINYAK MASAK ???


 



Subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram akan dimansuhkan bermula 1 Julai ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Alexander menjelaskan, keputusan itu menyebabkan harga minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram akan mengalami kenaikan.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, subsidi bagi minyak masak paket satu kilogram (kg) masih diteruskan.
“Ini (pemansuhan subsidi) tidak termasuk yang RM2.50 dijual dalam polybag 1kg, itu diteruskan untuk semua warganegara dan pengguna, itu diteruskan.
“Tetapi yang dimansuhkan subsidinya, saya sebutkan sekali lagi yang berbotol, yang diberi subsidi pada tahun lepas… sepatutnya secara sementara, mula-mula untuk tiga bulan sahaja, tapi dilanjutkan sehingga hari ini.
“Jadi kerajaan buat keputusan, subsidi untuk minyak sawit masak yang berbotol yang dijual 5 kg yang RM29.70 tidak lagi diberi subsidi dan dianggarkan akan naiklah beberapa ringgit,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Sesi Libat Urus Mengenai Isu Harga dan Bekalan bersama pemain-pemain industri, persatuan pengguna, ahli akademik, ahli ekonomi dan ketua-ketua pengarang media di sini, hari ini.
Advertisement
Dalam pada itu, beliau menjelaskan, pihaknya menerima pandangan dan cadangan yang positif daripada pihak-pihak yang menyertai sesi libat urus kali ini.
Menerusi sesi tersebut antara cadangan yang dikemukakan adalah untuk memperkasakan kesedaran pengguna dan mengubah gaya hidup dalam menghadapi isu kenaikan harga.

KENYATAAN MEDIA

 KENYATAAN MEDIA


21 Jun 2022


Majlis Pimpinan Pusat telah mengadakan mesyuarat malam tadi bagi membincangkan, antara lain, perihal Pemilihan 2022 dan persiapan Kongres KEADILAN.


Berhubung Pemilihan 2022, setelah selesai seluruh proses aduan dan audit, pihak Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dalam masa terdekat akan mengumumkan secara rasmi saf kepimpinan yang baharu Cabang serta pimpinan utama KEADILAN. Saf kepimpinan baharu ini perlu bergerak pantas, sederap dan dalam satu pasukan yang kukuh bagi menghadapi musuh-musuh politik KEADILAN pada Pilihan Raya Umum ke-15.


MPP memutuskan bahawa Kongres Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN akan diteruskan pada 15 Julai 2022, bertempat di IDEAL Convention Centre (IDCC) Shah Alam. Kongres Nasional juga akan diteruskan pada 16 dan 17 Julai 2022, juga bertempat di IDEAL Convention Centre (IDCC) Shah Alam. Kongres kali ini akan menumpukan kepada kesiapsiagaan jentera parti bagi menghadapi PRU-15 serta pembubaran Parlimen yang boleh berlaku pada bila-bila masa selepas 31 Julai 2022.


MPP juga memutuskan bahawa KEADILAN tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Azmin Ali, yang dianggap oleh anggota, penyokong parti serta orang ramai sebagai salah satu punca utama berlakunya pengkhianatan Langkah Sheraton.


Fahmi Fadzil

Pengarah Komunikasi KEADILAN



Kah..kah..Mudah MB Pas bagi tau rakyat negeei dia soh cipta pekerjaan sendiri...woiii...mudah mudah jadi MB ...Rakyat Terengganu digalak cipta pekerjaan sendiri - MB*





*Rakyat Terengganu digalak cipta pekerjaan sendiri - MB*


Diterbitkan:  Jun 21, 2022 



Rakyat di Terengganu digalakkan untuk mencipta peluang pekerjaan sendiri bagi menghadapi suasana ekonomi selepas tempoh pandemik Covid-19.


Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata iklim dunia pekerjaan hari ini amat berbeza berbanding 10 tahun lepas dengan peluang pekerjaan lazimnya disedia dan ditawarkan oleh sesebuah organisasi atau syarikat kepada orang ramai.


Justeru, beliau berkata rakyat perlu lebih kreatif dan berinisiatif untuk mencipta peluang pekerjaan sendiri sama ada sebagai pelengkap kepada industri sedia ada atau mencipta pasaran baharu.


"Seperti yang saya selalu sebut, pelaburan pada waktu sekarang juga bukanlah bersifat intensif buruh, bukan seperti zaman dahulu.


"Sebagai contoh, jika dulu satu pelaburan berjumlah RM200 juta mampu membuka peluang pekerjaan kepada 200 orang, tetapi dengan perkembangan sains dan teknologi hari ini perlu kepada 50 orang sahaja," katanya selepas merasmikan Seminar My Local Stat and Sustainable Development Goals (SDG) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di Kuala Nerus hari ini.


Turut hadir, Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Tengku Farouk Hussin Tengku Abd Jalil.


Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri melalui agensi berkaitan termasuk Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) telah menyediakan banyak inisiatif dalam pelbagai bentuk sebagai sokongan kepada rakyat.


Oleh itu, rakyat perlu merebut peluang tersedia di depan mata, katanya.


Terdahulu, Mohd Uzir dalam ucapannya memaklumkan bahawa Terenggganu telah merekodkan pencapaian SDG yang baik bagi beberapa indikator mengikut lima bidang tumpuan.


Ia termasuk penurunan kadar pengangguran daripada 4.1 peratus pada 2020 kepada 4.0 peratus pada 2021.


- Bernama



TUUUU...DIA Cikgu Fadli tuduh pegawai PPD ‘Little Napoleon’ tutup isu silibus aras tinggi, sedia diambil tindakan

 


Guru berpengaruh di media sosial, Mohd Fadli Salleh tidak menolak
 kemungkinan dikenakan tindakan tatatertib kerana bersuara mengenai
 isu silibus aras tinggi di Facebook. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Sistem pendidikan negara rosak disebabkan kewujudan “Little Napoleon” di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang “menyorok” kebenaran isu silibus aras tinggi yang dibebankan ke atas guru dan pelajar sekolah rendah.

Pandangan lantang itu ditegaskan guru berpengaruh di media sosial, Mohd Fadli Salleh, yang sering mengupas keluhan guru dan ibu bapa mengenai standard silibus pendidikan negara.

Fadli atau lebih dikenali Cikgu Fadli mendakwa, pegawai PPD tertentu cuba mengunci mulut guru yang meluahkan pandangan mereka mengenai isu silibus aras tinggi untuk murid Darjah 1 hingga 6.

“Sepatutnya suara cikgu ini, PPD yang bawa. PPD bawa ke JPN (Jabatan Pendidikan Negeri). JPN bawa kepada Kementerian Pendidikan (KPM). Ini apa PPD buat? Dia diamkan guru. Dia tak mampu buat, dia hubungi JPN, suruh diamkan guru (yang mengkiritik silibus).

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“JPN tak mampu, dia hubungi KPM, KPM pula diamkan guru ini dengan tindakan ugutan dan sebagainya. Itu yang berlaku dalam sistem pendidikan kita sebenarnya,” kata beliau yang mempunyai kira-kira 600,000 pengikut di Facebooknya.

“Sudahlah PPD tak perjuangkan (isu silibus terlalu laju). Orang (guru) tolong perjuangkan, kau (PPD) pula nak tutup (mulut guru). Itulah perangai yang merosakkan. Itulah Little Napoleon,” katanya dalam sesi secara langsung di laman Facebooknya semalam.

“Little Napoleon” merujuk kepada pegawai yang sombong dan berlagak dengan kuasa.

FMT telah menghubungi pejabat Menteri Pendidikan, Radzi Jidin untuk mendapatkan respons.

Fadli sebelum ini konsisten mempersoalkan kewajaran silibus Matematik, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 yang didakwanya terlalu sukar dan “laju” bagi tahap kefahaman pelajar berumur tujuh hingga 12 tahun.

Ujarnya, silibus yang “dibanggakan” pihak tertentu tidak disokong dengan fasiliti dan kemudahan secukupnya di sekolah, termasuk capaian internet dan khidmat guru pembantu.

Malah, pembelajaran subjek Matematik di sekolah kerajaan hanyalah lima waktu seminggu, katanya.

Ini berbeza dengan di China yang memperuntukkan 20 waktu untuk subjek itu, manakala 15 waktu di Singapura, kata beliau.

Fadli berkata, semakin ramai guru Matematik mengeluh tidak mempunyai masa mencukupi untuk mengajar dan memastikan pelajar memahami apa yang diajar.

Malah katanya, ada guru yang tidak sempat menghabiskan silibus tahunan.

Merujuk kepada ungkapan “little Napoleon”, Fadli berkata, beliau pernah ditekan oleh pegawai pendidikan hanya kerana mempersoalkan kewajaran silibus Matematik dalam kursus orientasi buku teks baharu pada 2019.

“Penerangan diberi oleh pegawai PPD dan JPN Gombak. Saya bangun dalam kursus tersebut, saya persoalkan kenapa silibus begitu, begini. Dia nak bersilat dengan saya, tentang kepakaran saya. Jadi sampai mereka tak boleh jawab.

“Orang (pegawai) PPD mengaku kalah. (Mereka) panggil orang JPN suruh jawab, pun sama. (Mereka) panggil pegawai…dari Putrajaya turun tiga hingga empat orang, mereka ini panel penggubal silibus.

“Berdebat dengan saya, tapi sampai sudah tak nak mengaku kesalahannya. Dia kata dia paling betul. (Dia dakwa) cikgu yang tak pandai mengajar menyebabkan murid tak faham,” ceritanya.

Beliau berkata, pandemik Covid-19 yang memaksa sekolah ditutup membawa hikmah tersendiri dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai kesusahan pembelajaran dan pengajaran silibus aras tinggi.

“Syukurnya hikmah PKP (perintah kawalan pergerakan), sangat ramai ibu bapa mula buka mata betapa susahnya silibus anak-anak mereka. Mereka terpaksa belek buku untuk ajar anak ketika PDPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah), baru mereka sedar tingginya silibus anak mereka,” ujarnya.

Fadli tidak menolak kemungkinan, sebagai kakitangan kerajaan, beliau akan dikenakan tindakan tatatertib kerana bersuara mengenai isu ini dalam siaran langsung di Facebook.

“Sekarang bila sudah viral, orang mula bertanya. Orang dah sedar, apa tindakan pertama mereka (PPD, JPN, KPM)? Tindakan pertama adalah mereka akan cari siapa yang hebahkan? Mereka akan cari Cikgu Fadli lah. Tak mustahil saya kena panggil oleh Unit Integriti (KPM).

“Tak mustahil ‘live’ ini telah dirakam untuk dijadikan bukti untuk tindakan tatatertib, dikenakan hukuman, buang kerja, tak naik gaji, buang sekolah, disekat kenaikan pangkat. Tak mustahil, sebab memang begitu cara dia,” katanya.

Namun Fadli memberi amaran bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang jika pihak atasan mengambil apa jua tindakan ke atasnya.

“Kalian, ‘Little Napoleon’ ini, yang suka ugut-ugut ini…kalian boleh ugut orang yang takut. Aku tak takut dengan itu semua. Ugut orang takut…dia undur, ugut orang tak takut, dia makin masuk…lagi rapat.

“Nak buang (kerja), buanglah. (Nak kenakan) tindakan tatatertib…tatatertiblah. Negara kita bukan hanya ada kuasa kau sahaja. Kita negara demokrasi berparlimen. Kita ada undang-undang persekutuan.

“Jika tindakan kepada saya, contoh ditukar sekolah, disekat kenaikan pangkat, dibuang (kerja), saya akan perjuangkan isu ini (sehingga ke) Mahkamah Persekutuan sebab saya anggap itu salah guna kuasa. Hak bersuara dijamin Perlembagaan Malaysia,” tegas Cikgu Fadli.

Periksa SPRM kerana tak siasat nama besar berhubung dana UKSB, kata C4

 

SPRM digesa mengeluarkan kenyataan umum mengenai kegagalannya melancarkan siasatan terhadap ahli politik yang dikaitkan dengan UKSB

PETALING JAYA: Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) menggesa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara memeriksa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tidak bertindak menyiasat individu yang didakwa menerima sogokan daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

C4 juga meminta SPRM mengeluarkan kenyataan umum mengenai kegagalannya melancarkan siasatan terhadap ahli politik lain yang dikaitkan dengan UKSB walaupun mempunyai akses kepada kandungan lejar syarikat.

“SPRM perlu disiasat atas tindakan yang kelihatan selektif ini,” katanya dalam kenyataan.

Ia mendakwa ketiadaan undang-undang mengenai pembiayaan politik menyebabkan orang ramai tidak sedar bagaimana sumbangan kepada parti dan pemimpin politik boleh dikaitkan dengan politik.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Ini juga mengaburkan garis antara derma politik dan rasuah, tambahnya.

“Walaupun ia mungkin sumber pembiayaan politik yang sah, tanpa peraturan dan pengawasan yang sewajarnya, ia bukan sahaja membuka pintu kepada kemungkinan berlakunya rasuah besar-besaran antara ahli politik yang berkuasa dan syarikat yang mencari pengaruh, tetapi juga merosakkan kepercayaan orang ramai terhadap sistem politik,” katanya.

David Tan, saksi utama dalam perbicaraan rasuah bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi, memberitahu mahkamah minggu lepas bahawa komputer ribanya yang mengandungi senarai pembayaran dan pemacu pena USB yang mengandungi salinannya dirampas oleh SPRM pada Oktober 2018.

Menurut keterangan bekas pengurus pentadbiran UKSB itu, antara individu lain yang menerima dana daripada UKSB adalah bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, bekas ketua menteri Sabah Shafie Apdal, bekas menteri luar Anifah Aman dan Menteri Rerumahan dan Kerajaan Tempatan Reezal Merican Naina Merican.

Minggu lepas, bekas pengarah UKSB Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani juga memberitahu mahkamah bahawa syarikatnya memberikan wang kepada bahagian Umno Rembau, tetapi bukan secara langsung atau peribadi kepada Khairy Jamaluddin, yang ketika itu merupakan menteri belia dan sukan dan antara pemimpin bahagian itu.

Zahid, 69, berdepan 33 tuduhan menerima rasuah berjumlah SGD13.56 juta (RM42 juta) daripada UKSB sebagai dorongan atas kapasitinya sebagai penjawat awam dan menteri dalam negeri ketika itu untuk menyambung kontrak syarikat itu sebagai pengendali pusat sehenti (OSC) di China dan sistem visa asing (VLN), serta mengekalkan perjanjian membekalkan peralatan sistem bersepadu VLN kepada syarikat itu.

Dalam tujuh tuduhan lagi, beliau didakwa sebagai menteri dalam negeri memperoleh SGD1,150,000, RM3 juta, 15,000 franc Swiss dan wang tunai USD15,000 daripada syarikat yang sama berhubung tugas rasminya.




NAK JADI PEJUANG MACAMANA? KALAU NAK BERJUANG KENA IKUT SPRM...BAIK JADI PARTI KERAJAAN...KAH..KAH...ELOK PUN JADI PARTI KERAJAAN.

 

Saya dinasihat beritahu anak saya supaya sokong kerajaan’, dakwa ibu Syed Saddiq




Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz berkata, beliau menganggap anaknya
 yang berdepan empat tuduhan pecah amanah dan pengubahan wang
 haram, menjadi mangsa politik.

KUALA LUMPUR: Ibu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menasihatkannya untuk memberitahu anaknya supaya menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang baharu ditubuhkan ketika itu, jika beliau mahu siasatan terhadap diri dan suaminya dihentikan.

Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak dapat melupakan apa yang pegawai SPRM beritahunya ketika disoal siasat di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 2020.

“Secara jujur, dia tak beritahu pasal kerajaan, tapi yang saya tak boleh lupakan, mungkin mereka bergurau, tapi mereka beritahu lebih bagus beritahu anak untuk ikuti kerajaan yang ada supaya puan dan suami tak disiasat lagi.

“Bagi seorang ibu yang sayang anak dan tahu pengorbanan anak, bukannya senang. Maafkan saya Yang Arif, saya anggap anak saya jadi mangsa politik,” katanya dalam pemeriksaan balas perbicaraan rasuah Syed Saddiq.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Syed Saddiq berdepan empat pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), penyalah gunaan dana dan pengubahan wang berjumlah RM1 juta milik Pemuda Bersatu, Armada. Hari ini merupakan hari pertama perbicaraan membabitkan presiden Muda dan Ahli Parlimen Muar itu.

Mahani berkata, Syed Saddiq ada mengingatkan diri dan suaminya, Syed Abdul Rahman Abdullah Al-Sagoff, dua kali, pada 2020, supaya berwaspada kerana kerana “mungkin akan dipanggil” SPRM.

Katanya, pegawai SPRM yang menyiasatnya dianggap “baik”, namun butir percakapan itu “menakutkan”.

Mahani tidak menamakan pegawai yang didakwa memberi nasihat itu.

Beliau berkata, siasatan berhubung kes itu memberi kesan terhadapnya selepas disahkan menghidap barah, pada Jul 2020.

Saksi pendakwaan, pegawai penyiasat SPRM, Muhamad Taufik Awaludin, memberitahu mahkamah bahawa Syed Saddiq “mencipta naratif” bahawa RM250,000 yang didakwa hilang dari peti besi di kediamannya merupakan miliknya dan ibu bapa dan bertujuan digunakan bagi pengubahsuaian rumah.

Katanya, terbukti dalam perbualan di kumpulan WhatsApp membabitkan Syed Saddiq dan rakannya, di mana beliau mengakui kehilangan wang itu sebenarnya daripada dana pengelolaan.

“Pada mulanya, Syed Saddiq memberitahu kumpulan WhatsApp itu bahawa wang itu merupakan dana pengelolaan (discretionary fund). Kemudian, beliau mencadangkan satu kenyataan media akan dikeluarkan.

“Beliau mengambil keputusan membuat laporan polis (berhubung kehilangan dana) dan mengeluarkan kenyataan media yang menyatakan wang berkenaan kepunyaannya dan ibu bapanya,” kata Taufik.

Beliau mendakwa siasatannya terhadap kehilangan dana, pada Mac 2020, membawa kepada satu lagi kes disyaki pecah amanah membabitkan RM1 juta milik Armada.

Ambiga Sreenevasan, Gobind Singh Deo dan Lim Wei Jiet mewakili Syed Saddiq, manakala Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shahruddin Wan Ladin, mengetuai pasukan pendakwaan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azhar Abdul Hamid bersambung esok.

SUPAYA PN NAMPAK LEBIH CERDIK-MAKA YANG LAIN BIAR NAMPAK VODO...KEH..KEH


 


ZUNAR CARTOONIST FAN CLUB




LOAN KERETA 9 TAHUN.


MOHD SHAH RIM





 

MENGHARAP FILEM MAT KILAU DIBAWA KEPERINGKAT ANTARABANGSA








Hafidzi Mohd Noor

npdtroeSso9n2i:uaet J64hf11tat1181t038a  2488  · 

Saya nak menulis tentang filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dari perspektif sejarahnya pula. Saya sangat berharap filem ini diangkat pula dalam bentuk drama epik bersiri. Ia telah mengangkat jatidiri generasi hari ini berdasarkan kepada maklum balas dan sambutan masyarakat.

Bahkan saya mencadangkan filem epik ini di eksport dengan sarikata bahasa Inggeris/b.arab/b.hindi-urdu/turkiye/china-korea-nihon untuk tontonan di rantau ASEAN, timur tengah, sub continent India, Pakistan, Bangladesh, timur jauh (China, Korea, Jepun).

Mat Kilau adalah salah satu watak yang muncul dalam sejarah penentangan ke atas pencerobohan British. Ia bermula hampir 2 dekad sebelum kemunculan Mat Kilau dalam pentas sejarah. Kerana itu wajar para penerbit mengimpikan untuk mengembangkan filem ini ke tahap drama epik bersiri.

Sebaik perjanjian Pangkor ditanda tangani British mula menyusun langkah untuk menakluk seluruh tanah melayu (jangan terpedaya dengan 'notion' British hanya melindungi Tanah Melayu sebagai Protectorate). 1874 adalah tarikh mula untuk menduduki Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Andrew Clarke berusaha untuk memujuk Bendahara Wan Ahmad supaya bersetuju untuk melantik seorang 'British agent' di Pahang.

Dengan pelbagai tipu daya akhirnya Sultan Ahmad (Bendahara Wan Ahmad diangkat menjadi Sultan Ahmad) bersetuju untuk melantik seorang penasihat British di Pahang pada tahun 1888 (selepas 14 tahun sejak 1874). Di rengkas kan cerita seorang pembesar Datuk Bahaman yang dilantik sebagai orang besar di Semantan oleh Sultan telah menolak campurtangan British. British telah mendirikan balai polis di Lubuk Terua (Semantan) dan menangkap orang melayu yang mengutip hasil hasil hutan.

Sejak tahun 1890 Datuk Bahaman telah melancarkan serangan bukan sahaja di Semantan, di Sg Jempul (Negeri Sembila), di Raub, Bentong, Bera, Temerloh, Jerantut, Kuala Lipis, Kuantan, Hulu Kelantan, Tanah Merah, Besut dan Kuala Berang. Pada tahun 1892 seorang lagi tokoh imam/khatib Rasu (Tok Gajah) dan anaknya Mat Kilau menyertai perjuangan menghalau penjajah British. Sultan Ahmad sendiri telah mengistiharkan Dato Bahaman sebagai penderhaka

Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau telah mendapat sokongan moral dari Sultan Zainal Abidin Terengganu dan Tok ku Paluh di Kuala Berang/Besut. Residen Pahang Hugh Clifford menyusul dan berbincang dengan Tok ku Paluh (seorang ulama tersohor) supaya tidak menyokong pejuang pejuang Pahang (yang menariknya Hugh Clifford mengakui dlm catatan peribadi 'ketika hendak bangun dia terlekat pada kerusi sehingga di izinkan oleh Tok ku Paloh).

Dalam movie Mat Kilau rasanya yang di highlight sebagai event besar ialah pertempuran di Jeram Ampai (lebih kurang 2 km dari Jerantut) di sungai Tembeling (saya mungkin silap belum tonton lagi). Pertempuran ini sangat sengit di mana Datuk Bahaman kehilangan 40 orang pahlawan. Di pihak British juga mengalami kehilangan yang besar dan komandannya A E. Wise terbunuh.

Kalau diperhatikan peta yang saya lampirkan, peperangan dan insiden serangan berlaku sehingga Kuantan dan Ulu Kelantan. Panjang jika hendak diulas. (Saya cdg rujuk dua buah buku sebagai permulaan yg ditulis oleh Cikgu Hj Buyung Adil terbitan DBP - Sejarah Pahang dan Sejarah Orang Melayu Menentang Penjajahan). Naratifnya lengkap dan boleh dibuat panduan untuk menjejaki pahlawan Pahang dalam rangka educational trip. Amin Raider dan cikgu Kamariah Sidek boleh kongsi gambar gambar edutrip Terengganu masa singgah di pusara Imam Rasu/Tok Gajah dan rumah persinggahan Mat Kilau di Pasir Nering (homestay) Kuala Berang.

Jejak perjuangannya sangat panjang untuk dibentang di sini. Dato Bahaman dan rombongannya akhirnya ditangkap (termasuk adek Mat Kilau dan isterinya) dan dipenjarakan di Chengmai, Thailand. Pada tahun 1926 Dato Bahaman berhijrah di Kuantan dan meninggal pada tahun 1977 di bawah identiti Datuk Peramu. Adapun Mat Kilau yang disangka terbunuh pada tahun 1895 diserahkan oleh orang orang Siam kepada Sultan Kelantan. Mat Kilau sebenarnya masih hidup lalu untuk mengabui British Sultan Kelantan telah mengkebumikan batang pisang dan Mat Kilau muncul pada tahun 1969 (berumur 122).

Tetapi seperti Filem Mat Kilau, cadangan drama epik bersiri ini juga akan menghadapi pelbagai rintangan (terutama dari institusi di raja P dan J). Malah begitu ramai sebenarnya dari kalangan anak negeri Pahang yang bersekongkol untuk menjayakan agenda penjajahan British di Pahang.

Mohon maaf jika ada yang tersinggung. Kebenaran sejarah tidak dapat diselindung dan ia tetap merupakan hakikat yang tidak mungkin dimungkiri.

Sekian. Salam hormat

Dr Hafidzi Mohd Noor

 

ILUTRASI DAN KENYATAAN

 ASYRAF JEFFRY


Sapa dah gi? Ejas location

😛
No photo description available.
Fan Page
 19 June 2013  
[002] PROJEK: Lagenda Tunjong International Hotel & Mall, Bandar Baru Tunjong.