KERAJAAN PN SEMASA JADI KERAJAAN TERUK. KINI SIBUK KERAJAAN PERPADUAN .


 

UCAPAN PM10 DI CHINA


 

BANTAHAN BERKAITAN BAHASA INGGERIS DALAM SISTEM KEHAKIMAN TIADA ASAS SELAIN POLEMIK ISU.


 

PM BERTEMU PRESIDEN CHINA


 

KERETA DINAIKKI PM10 KETIKA BERTEMU PRESIDEN CHINA



 Imej dari Oriental Daily menunjukkan kereta yang membawa PMx untuk bertemu President China Xi Jinping. Ia jenis Hongqi L5 dan bullet proof. Kereta ini setaraf Roll Royce.


BILA DATANG BERITA DARI PUAK MUNAFIK PAS....KENA BACA BEBERAPA KALI DAN KAJI LEBIH MENDALAM






Dah makin parah rupanya penyakit mental Sanusi ni. Sebelum ni kata dilarang sertai acara Kerajaan Persekutuan. Bila minta bukti, dia kata pegawai dia dah tengok surat tu. Tapi setakat tengok je la.


Padahal Menteri KKD, Fahmi Fadzil dah kata tidak ada larangan tersebut. Malah Fahmi sendiri jemput semua anggota kerajaan negeri sertai acara yang dianjurkan oleh KKD. Tiada masalah pun.


TPM Zahid pun kata tak ada pekeliling yang larang Sanusi ikut acara kerajaan pusat. Malah Zahid siap minta Sanusi tunjuk surat yang larangan tersebut  sekiranya betul wujud.


Malah Menteri Besar Terengganu juga berkata yang dia tidak ada masalah menyertai mana-mana acara yang dianjurkan oleh Kerajaan Pusat. Dia sendiri tak mengalami larang seperti yang didakwa Sanusi.


Tak habis di situ, Sanusi bikin gempar lagi konon majlis berbuka puasa yang dianjurkannya pula telah dihalang hinggakan dia terpaksa tukar lokasi acara dari MAEPS ke Kuala Lumpur. Tapi betul ke?


Rupanya tempat yang diwar-warkan itu belum rasmi lagi. MAEPS pun belum keluarkan sebut harga lagi. Entah macamana Sanusi dah kata jadi dan boleh pula sebarkan poster tentang acara itu.


Nampak sangat Sanusi bermain sentimen di sini. Dia yang cipta isu, kemudian dia talakan kesalahan kepada Kerajaan Pusat dengan niat supaya rakyat lihat kerajaan sebagai jahat. Samalah taktik dengan Mahathir dalam kes Proklamasi Melayu yang dia dakwa dihalang.


Tapi begitulah cara PAS. Meskipun tak mampu beri bukti dan ada penafian dari pihak terbabit, mereka masih mainkan isu itu. Tak kisah walaupun itu dah seakan memfitnah asalkan hasrat mereka tercapai.


Ketua Pemuda PAS Kedah tak semena-mena buat kenyataan yang keputusan halang Sanusi hadiri LIMA'23 perlu dikaji semula. Nak kaji apa kalau dia tak dihalang pun. Nampak tak cara dia reka isu?


Mereka akan terus mainkan isu ini agar fitnah jadi sehampir realiti. Kemudian mereka gunakan isu itu sebagai kempen. Begitulah modus operandi mereka yang seperti tak percaya wujudnya Hari Akhirat.


Sebab itu bila datang berita daripada puak ini, kena ambil masa untuk percaya. Mereka tak kira berita sahih atau fitnah. Mereka langgar semua kerana mereka lebih takut kehilangan kuasa dari mendapat dosa. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


PEMBOHONG TAHAP YAHUDI


 

INGAT NAK LIHAT RAZMAN BANGRAP...TAPI TAK PA..SANUSI ..DAN BEBERAPA YANG LAIN SEDANG KUMPUL DUIT.

 

Biarlah bankrap. Dah mulut takde insurans. Sendiri bayar lah.



JANGAN LAH MEMFITNAH.

 

Rayuan Najib untuk semakan terhadap rayuannya ditolak oleh mahkamah. Dengan itu Najib kekal di penjara. Mari kita dengar komen puak pemfitnah tegar. Tak nak kata ada campur tangan PM juga ke? Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



LANG SIAR-SUPAYA PENYOKONG PAS DAN BERSATU SEDAR BAHAWA JIKA PH TIDAK BERGABUNG DENGAN UMNO, MAKA SUDAH TENTU PN AKAN MEMINTA UMNO BERGABUNG. JIKA UMNO BERGABUNG SAHIH UMNO AKAN LINGKUP.


 

PAS DAN BERSATU AKAN BERPECAH JUGA- KENAPA PAS BERIYA MEYAKINKAN AHLINYA TETAPI BERSATU TIDAK? KERANA BERSATU HANYA BERADA SEBAGAI PENGIKUT TETAPI MENJADI KETUA....PAS HANYA JADI HAMBA SAHAYA ...


 

HUBUNGAN DENGAN KERAJAAN PUSAT TIDAK BAIK..SANUSI MB PINTU BELAKANG MENYUSAHKAN RAKYAT KEDAH


 

MB LAIN TAK TERUK CAM DIA NIE


 

NAJIB KEKAL BERSALAH- DUDUK DULU . PENGALAMN ADALAH WAKTU YANG SANGAT BERGUNA.


 

GELABAH BEWAK JUGA BILA HULU LANGAT TANYA...JANGAN DOK SEMBANG PANDAI.


 

JASA ANWAR MENYELAMATKAN AQIDAH UMAT ISLAM MALAYSIA


 

LAWATAN PM 10 KE CHINA DAPAT LIPUTAN DI SPAIN


 

PEMBOHONGAN HADI AWANG DAN MENCARI PENYOKONG YANG JAHIL ADALAH MODUS OPERANDI PAS DAN BERSATU MENIPU


 

KES NUSI RAPTOR NI BUKAN ADA ARAHAN HITAM PUTIH PUN..SAJA JA DEPA MP PN YANG TAK BERAPA CERDIK NI BUAT KECOH...KALAU BAWA ORANG TAK CERDIK P PROGRAM KERAJAAN ..BALIK DOK FITNAH..PEMBOHONG .TAK PAYAH JEMPUT PUN OK. MENYEMAK SAJA..

 


PADAN MUKA MP BESUT...DIA SAJA PERASAN DIA HEBAT...MAJESTRET JA KOT....TAPI BENGONG BAB UNDANG UNDANG....

 


KISAH LAMA DALAM DEWAN- TAPI TAK BERANI BILA ANWAR CABAR....KALAU TAKAT SANUSI...BOLEH BLAH CAM TU SAJA LA.

 


KESIAN ANG SANUSI- KENA CARI DEWAN LAIN . CARI LA DEWAN GERAKAN MANA KA..


 

JIWA KACAU VS JIWA TENANG. MASA JADI TIM MENTERI DULU..DIA BANYAK HINA RAKYAT....HARGA MAHAL TAK APA..IKAN KEMBUNG CAP AYAM....PADAN MUKA DENGAN PENGUNDI DIA.


 

TANAH MELAYU KENA TANYA NEGERI KEDAH


 

KEH KEH...


 

PEMBANGKANG NI MASA DIA BERKUASA PUN DIA SURUH KOREK TABUNG..ZAMAN JADI PEMBANGKANG PUN SURUH KOREK TABUNG


 

SIDANG MEDIA DIATAS FITNAH TERHADAP BAHASA MELAYU


 

LAPORAN POLIS TERHADAP PEMUDA PAS


 

PM 10 BIJAK DALAM BERKOMUNIKASI


 

CIA MENGESAHKAN INI


 

PESAN MAT SABU PADA SANUSI- IF TAK PASTI ,PLEASE DONT KONGSI-

 



Mat Sabu

 

Pelik juga saya bila MB Kedah kata - kelulusan sewaan dewan telah ditarik balik oleh KPKM sedangkan Pengurusan Dewan MAEPS belum keluarkan apa-apa surat setuju terima. Sebutharga pun belum keluar. 

 

Lagi satu - macam mana MB boleh sebarkan dulu poster program sebelum lokasi telah disahkan sudah dapat? Biasanya dah pasti baru kongsi. 

 

Untuk makluman YAB, program Anak Terengganu di MAEPS tiada apa-apa masalah dan akan berlangsung seperti dijadualkan. 

 

Oleh kerana YAB dah kata program Anak Kedah akan dibuat di tempat lain - kami kira tak jadilah noo. 🤭

 

“If tak pasti, please don’t kongsi.”

 

 


KISAH PEMBOHONGAN SANUSI DI KEDAH- KITA BELAT AYAQ KE PENANG- KITA ADA REE 43 BILLION- KITA BAGI KERJA PADA 2500 ORANG AKHIRNYA BUNGKUIH



Ana Tahu

 

 Kita sekat air ke Penang… PENYOKONG BERSORAK… Penyudahnya air Penang elok je ada, Kedah plak tak dak air…

 

Kita dapat pelaburan bina kilang buat glove RM280 juta beri peluang kerja 2,500 orang… PENYOKONG BERSORAK… Penyudahnya kilang tutup, tinggal hutang kepada kerajaan RM25 juta….

 

Kita nak buat airport… PENYOKONG BERSORAK… Penyudahnya pelabur lari, permohonan pun tak setel lagi….

 

Kita ada REE bernilai RM43 trilion… PENYOKONG BERSORAK… Penyudahnya REE kena curi di Dun MB sendiri…

 

Jenis sembang lebih ni susah…. Menang sorak, negeri boleh tergadai woooo…

 

 


SANUSI NI KURANG KASIH SAYANG SEJAK KECIK KOT...TU DIA SUKA MERACAU

 



Kan dah kata,  Sanusi nakkan perhatian je. Sanusi dakwa keputusan kabinet tak benarkan dia hadir majlis Kerajaan Persekutuan. Tapi YB Fahmi yang merupakan salah seorang ahli kabinet sendiri pun tak tahu menahu.

 

Malah dalam lawatan kerja KKD, menurut YB Fahmi,   semua anggota kerajaan negeri, ahli parlimen dan Adun dijemput. Jadi dari mana Sanusi dapat berita tu dia tak boleh ikut majlis kerajaan persekutuan, itu kekal misteri.

 

Apa jenis MB la mudah percaya khabar angin. Tapi sebenarnya aku hampa juga. Aku lebih suka kalau memang betul dia dilarang. Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Guane boh?

 

 

Raja Gelap 

.

BETAPA STRUGGLENYA PEMBANGKANG

 


Aku boleh faham struggle yang dihadapi oleh pihak pembangkang waktu ini. Mereka memang sentiasa cari silap dan kelemahan DS Anwar setiap masa.

 

Jenis celik mata je, terus tanya "PMX buat silap apa hari ini?". Niat mereka cuma untuk timbulkan benci di kalangan rakyat supaya, jika ditakdirkan mereka berjaya tebuk atap, rakyat takkan salahkan mereka dan akan sokong kejahatan mereka.

 

Tapi kalau nak tonjolkan kelemahan DS Anwar pun, tak perlu sampai besarkan segala isu hinggakan hal yang remeh pun mahu dijadikan isu antarabangsa.

 

Pergi Arab Saudi tak jumpa pemimpin sana pun nak dijadikan isu. Tak masuk Kaabah pun nak bising. Sedangkan DS Anwar jumpa pemimpin OIC, hadir saksikan tandatangan beberapa MoU.

 

PM berlari nak masuk sidang dewan pun nak ejek. Sedangkan PM baru balik dari luar negara di hari sebelumnya. Yang gagal hadir sidang dipuja pula.

 

Hingga ada timbalan menteri yang tak sedia jawab soalan pun nak suruh DS Anwar letak jawatan, aku rasa agak keterlaluan dan menggelikan hati.

 

Memang aku akui PM kena bertanggungjawab jika ada menteri yang tak perform. Sebab PM yang buat semua lantikan. Tapi dari 50 orang ahli kabinet, ada satu yang lemah, sedang yang lain mampu jalankan tugas dengan baik, masih nak hukum PM juga?

 

Kalau begitu, aku nak ingatkan. Sebelum ini pernah ada Menteri Kesihatan yang dakwa virus Covid-19 boleh dibunuh hanya dengan meminum air suam.

 

Menteri yang sama juga terkeliru antara pandemik Spanish Flu dengan ubat peransang nafsu wanita Spanish Fly. Bukankah itu lebih memalukan?

 

Kita juga pernah ada menteri yang curi-curi keluar sewaktu rakyat dikenakan sekatan. Ada menteri yang pergi ke Makkah jadi janitor di Masjidil Haram.

 

Ada banyak lagi kes kalau nak disenaraikan tentang menteri-menteri komedi waktu PN memerintah dulu. Semua menteri ini lantikan siapa lagi kalau bukan Mahiaddin.

 

Jika DS Anwar disuruh letak jawatan cuma kerana seorang timbalan menteri yang kurang pengalaman gagal, maka Mahiddin langsung tak layak jadi PM kerana berderet menteri yang dia lantik lebih gagal dalam menjalankan tugas serta berlagak dungu!

 

Aku harap MP pembangkang cuba berlaku matang. Usahlah kebudak-budakan sangat. Berhentilah dari cubaan menebuk atap buat masa sekarang ini.

 

Cuba bawa isu yang menguntungkan negara dan membela nasib rakyat. Ini tidak. Setiap hari kerja mereka hanya untuk burukkan nama PM. Tapi tiada isu cerdik yang mampu mengangkat nasib rakyat.

 

Kita semua tahu Mahiaddin dan kabinet lantikannya gagal teruk masa memerintah. Tapi sedihnya jadi pembangkang pun mereka masih lagi gagal.

 

Kalau berterusan dengan sifat gila kuasa begini, pasti rakyat makin lama makin meluat melihatkan perangai mereka. Sebelum terlambat, berubahlah. Guane boh?

 

 

Raja Gelap 

.

MMMM- KASIHAN KAMU ZURAIDA-


Zainuddin omar



 Beginilah pengakhiran bila khianat pada perjuangan PKR. 

 

******************

BEKAS Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini beliau terpaksa menandatangani beberapa dokumen yang disediakan oleh parti itu sehari sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

 

Zuraida, 65, berkata dokumen-dokumen itu diserahkan kepadanya untuk ditandatangani tanpa diberi penerangan berkenaan terma atau syarat.

 

“Waktu itu memang saat-saat getir dan saya tidak mempunyai kesempatan untuk membaca mahupun meneliti dengan baik isi kandungan dokumen yang saya tandatangani. 

 

“Saya hanya diberitahu saya perlu menandatangani dokumen-dokumen tertentu untuk membolehkan saya bertanding di bawah nama PKR membuatkan saya berfikir ia hanyalah dokumen biasa tentang kebenaran untuk saya bertanding menggunakan nama parti itu dan saya sama sekali tidak diberikan apa-apa pilihan lain selain daripada menandatangani dokumen yang disediakan oleh parti.

 

“Pada ketika itu, saya menandatangani dokumen-dokumen tersebut di bawah paksaan tanpa diberikan pilihan sebenar kerana saya ingin terus memberikan perkhidmatan saya kepada rakyat khususnya di kawasan Parlimen Ampang,” katanya.

 

Zuraida berkata secara jujurnya beliau tidak tahu sama ada telah menandatangani bon bernilai RM10 juta yang mengikatnya kepada parti atau dokumen lain.

 

Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes saman difailkan PKR terhadapnya yang didakwa melanggar syarat bon berkenaan di hadapan hakim Akhtar Tahir.

 

Zuraida selaku defendan dalam kes saman itu turut menegaskan beliau tidak menandatangani mana-mana dokumen berhubung PRU14 atas pilihan sendiri dan tidak akan memilih untuk menandatangani dokumen-dokumen itu jika diberi pilihan sebenar. 

 

“Begitu juga dengan calon-calon PKR yang lain, mereka juga tidak mempunyai pilihan sebenar melainkan untuk menandatangani dokumen-dokumen yang disediakan oleh parti jika ingin bertanding semasa PRU14,” katanya dan menambah dokumen berhubung PRU14 disediakan dan ditetapkan oleh parti secara unilateral (sebelah pihak).

 

Ahli politik itu berkata adalah tidak masuk akal untuk PKR membelanjakan RM10 juta untuk beliau sahaja bagi PRU14 selain mendakwa tuntutan PKR dalam saman itu tidak berasas dan merupakan satu cubaan jahat untuk parti tersebut mengambil kesempatan bagi mengayakan parti.

 

“Saya tidak mempunyai pengetahuan tentang jumlah (wang) yang dibelanjakan oleh PKR dan saya tidak menerima apa-apa wang perbelanjaan daripada parti untuk menjalankan kempen semasa PRU14.

 

“Jika saya ingin mengupas tentang perbelanjaan yang dibelanjakan menggunakan wang keringat sendiri untuk kempen pilihan raya sepanjang penglibatan saya di bawah parti itu, saya boleh nyatakan di sini jumlah tersebut tidak terhitung.

 

“Namun saya tidak pernah menganggap perkara itu membebankan kerana saya percaya kepada matlamat parti. Seingat saya, sepanjang saya bertanding di bawah PKR, saya hanya pernah menerima sekali sahaja dana daripada Anwar Ibrahim (Presiden PKR) sebanyak RM10,000 untuk digunakan sebagai dana kempen Pilihan Raya Umum pada 2008. 

 

“Selepas itu tiada lagi wang yang diterima daripada PKR dan saya terpaksa menggembleng tenaga dan masa penyokong-penyokong saya mencari dana untuk berkempen termasuklah untuk PRU14. Ibu pejabat PKR juga pernah tidak cukup wang untuk bayar gaji kakitangan parti dan pihak pengurusan pejabat menghubungi saya untuk meminta bantuan sebanyak RM40,000,” katanya.

 

Mengenai tuntutan berjumlah RM10 juta oleh PKR, Zuraida berkata tuntutan itu tidak berasas, sangat melampau dan tidak munasabah.

 

Pernyataan tuntutan PKR yang difailkan pada 28 September 2020 mendakwa Zuraida menandatangani bon itu yang mengikat dirinya untuk membayar sejumlah RM10 juta berdasarkan terma dan syarat bon berkenaan.

 

PKR mendakwa Zuraida bersetuju untuk membayar parti sejumlah RM10 juta selewat-lewatnya tujuh hari sekiranya berlaku beberapa perkara selepas memenangi pilihan raya atas tiketnya seperti meletak jawatan dalam parti atau bergabung dengan pihak lain atau menjadi wakil rakyat bebas.

 

Mahkamah menetapkan 23 Jun ini untuk keputusan.

 

Pada prosiding yang berlangsung secara dalam talian, Zuraida diwakili peguam Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid manakala PKR diwakili peguam Navpreet Singh. – Bernama, 30 Mac, 2023.

 

 

 



 

Wan Azizah mendapat pujian isteri Dr Zambry

Wan Azizah mendapat pujian isteri Dr Zambry

 

Baru2 ini tular mengenai video isteri Perdana Menteri, Wan Azizah menghulurkan tasbih kpd Perdana Menteri ketika beliau menghantar suaminya berlepas China. 

 

Ya kisah Wan Azizah atau lebih mesra di panggil Kak Wan sebagai ahli zikir bukan baru kpd mereka yg rapat dgnnya. Ia bukan pertama kali saya mendengarnya.

 

Cerita pertama saya dgr dari Ustaz Zamri Zainal Abidin II ketika beliau bertugas sebagai Pegawai kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu. Beliau berkata gelang ala mutiara yg dipakai oleh Kak Wan itu sebenarnya adalah tasbih.

 

Ke mana sahaja Kak Wan bergerak di dlm kenderaan beliau akn bertasbih. Malah antara sifat terpuji Kak Wan selalu bertanya kpd staff2 beliau ketika itu samada mereka sudah solat atau tidak.

 

Yg paling menyentuh hati ketika pegawai2nya masih belum bergaji… Kak Wan menghulurkan bantuan dgn duit poketnya sendiri. Begitulah mulianya hati Kak Wan yg ramai tidak mengetahuinya.

 

Baru2 ini ibu saya ada bercerita ketika Datin Saripah bertemu dgnnya. Datin Saripah isteri kpd Menteri Luar, Dr Zambry sgt menyantuni ibu saya sejak dulu lagi. Jika pulang ke Manjung kadang2 Datin akn dtg ke rumah atau bersiar siar dgn ibu saya bersama rakan lain.

 

Datin Saripah memberitahu ibu saya Kak Wan seorang yg alim. Ceritanya yg selalu ke luar negara bersama Kak Wan… isteri Perdana Menteri itu ke mana sahaja akn berzikir. Malah ke mana sahaja ke luar negara Kak Wan tidak ke shopping mall tetapi akn berkunjung ke masjid2. 

 

Bersyukurlah kita bukan sahaja mendapat Perdana Menteri yg mengangkat agama Islam ini dgn pelbagai2 aktiviti agama malah juga mendapat isteri yg sgt taat kpd perintah Allah. Pimpinan tauladan kpd rakyatnya.

 

 


MASA KAMUBERKUASA- MASA TAK BERKUASA KITAB KAMU BERUBAH UBAH MACAM KOKKE

 

ANA TAHU


Masa PN berkuasa, Haram jatuhkan Kjaan, bila PN tak ada kuasa, Tak Salah Jatuhkan Kjaan..

 

Kitab PAS sentiasa berubah ubah

 



..

JHO LOW BERSALAH DI MAHKAMAH KUWAIT

 

Zainusdin Omar



Sebuah mahkamah di Kuwait mensabitkan kesalahan ahli perniagaan Low Taek Jho tanpa kehadirannya semalam atas tuduhan pengubahan wang haram berhubung skandal 1MDB.

 

Menurut laporan akhbar Kuwait Al-Qabas seorang sheikh, bersama rakan kongsinya, dan dua warga asing telah dijatuhkan hukuman penjara sepuluh tahun, manakala seorang peguam dijatuhkan hukuman tujuh tahun, atas tuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana Malaysia itu.

 

Mereka juga diarah memulangkan AS$1 bilion (RM4.4 bilion) selain membayar denda berjumlah KD145 juta (RM2 bilion).

 

Akhbar itu tidak menamakan syeikh tersebut, rakan kongsinya, mahupun peguam berkenaan, tetapi hanya menyebutnya sebagai "dana Malaysia".

 

Menurut laporan itu, ini adalah kes pengubahan wang haram terbesar. Ia juga mengenal pasti warga asing itu sebagai Low dan ahli perniagaan Syria-Perancis Bachar Kiwan.

 

Sementara itu laman Sarawak Report pula berkata dana Malaysia yang dimaksudkan tersebut ialah 1MDB.

 

Ia juga menamakan syeikh itu sebagai Sheikh Sabah Jaber Al-Mubarak Al-Sabah, yang adalah anak kepada bekas perdana menteri Kuwait. Rakan kongsinya dikenal pasti sebagai sekutu Low, Hamad Al Wazan, dan peguamnya sebagai Saud Abdelmohsan.

 

Menurut Al-Qabas, kelima-lima mereka didakwa melakukan pengubahan wang haram dalam bentuk mata wang China bersamaan dengan KD343,700,000 (RM4.95 bilion) dengan mengetahui bahawa ia adalah hasil haram yang digelapkan daripada dana pelaburan Malaysia.

 

Akhbar itu juga melaporkan bahawa kes berkenaan telah ditangguhkan selama dua tahun sebelum dibuka semula kerana pihak pendakwaan menghadapi halangan mendapatkan maklumat dari luar negara.

 

Laporan itu tidak menghuraikan mengenai kesukaran tersebut atau siapa yang terlibat, tetapi Sarawak Report berkata ia menunjukkan kurangnya kerjasama daripada Malaysia.

 

“Sarawak Report dimaklumkan bahawa Kuwait tidak menerima kerjasama yang berguna daripada kerajaan Malaysia sepanjang tempoh ini dalam usaha mengembalikan berbilion-bilion negara yang dicuri.

 

“Sarawak Report hanya boleh merumuskan bahawa kegagalan Malaysia untuk bertindak berpunca secara langsung kepada hasrat (bekas perdana menteri Najib Razak) dan sekutu BN yang menyokong kerajaan Muhyiddin (Yassin) untuk menutup bukti lebih lanjut tentang rasuah oleh Najib.

 

“Kekurangan kerjasama ini nampaknya berterusan sehingga hari ini, menyebabkan pihak berkuasa Kuwait meneruskan kes itu tanpa kerjasama Malaysia dan sememangnya tanpa Malaysia membuat tuntutan sewajarnya terhadap wang berkenaan.

 

“Sememangnya, laporan media Kuwait hari ini (Selasa) menjelaskan bahawa perkara ini berlaku, membawa kepada kegusaran kepada pihak berkuasa Kuwait mengenai 'kegagalan menerima maklumat daripada pihak antarabangsa' (yang bermaksud kurang kerjasama dari Malaysia),” katanya.

 

Pada tahun 2020, The Wall Street Journal melaporkan bahawa penyiasat Malaysia menemui jejak wang dari China ke sebuah bank China di Kuwait dan seterusnya ke entiti di Kepulauan Cayman yang dikawal oleh Low, dan digunakan untuk membayar hampir AS$1 bilion untuk aset yang dikuasainya di Malaysia untuk membayar hutang-hutang 1MDB.

 

Urus niaga itu dilakukan dalam mata wang China, Yuan untuk mengelak pemeriksaan daripada pihak berkuasa AS yang sedang menyiasat aktivitinya.

 

Low menafikan salah laku tersebut, tetapi setakat ini tidak mengulas mengenai laporan WSJ itu.

Tahun lalu, Bachar yang berasal dari Kuwait memberitahu Malaysiakini bahawa dia ada menawarkan diri untuk membantu siasatan SPRM.

 

Low didakwa menggunakan syarikat Bachar, Al Waseet untuk mengubah  wang. Bachar berkata apabila dia enggan bekerjasama, pegawai Kuwait mendakwa dirinya bersama keluarga dan rakan kongsinya, sehingga memaksa dia melarikan diri dari negara itu ke Perancis.

 

Bachar berkata dia percaya bahawa dana itu adalah komisen yang diterima Low daripada firma China yang terlibat dalam projek infrastruktur besar di Malaysia.

 


PESAN PADA PRESIDENG MU

 

ANA TAHU


Ya ya… Pesan ke presideng tu, parlimen jangan ponteng. Tegur dalam tu atas muka Anwar setiap hari selasa…




Luahan Rasa Guru :Siri 210


Anuar Ahmad

 

"Dr, mohon hide identiti saya... 

 

Saya adalah pemeriksa kertas peperiksaan SPM. Saya telah memeriksa kertas bertulis SPM bermula tahun 2007 lagi. Hanya berhenti sekejap² ketika cuti bersalin. 

 

Dulu..kami menyemak kertas jawapan murid lebih mudah sbb kami menerima script jawapan murid. 

 

Tetapi, kami menyahut perubahan yang dilakukan. Bila bertukar kaedah penyemakan, kami masih teruskan tugas yang bukan semua orang nak buat ni. Kami menyemak secara online. Tetapi, tahun² sebelum ini kami diberikan skema hardcopy.

 

Malangnya, pada tahun ini, kami tidak dibekalkan dengan skema secara hardcopy. Sangat sukar untuk kami menjalankan tugas kami. Sangat sukar kerana kami terpaksa menggunakan segala gajet yang ada. Kami tidak dibenarkan untuk screenshot jugak utk print sendiri. Semua perlu dilakukan secara online.

 

Ada antara pemeriksa berpengalaman sudah tarik diri.

 

Mata rosak.. dan kali ni lebih parah...jawapan pon terpaksa rujuk secara online. 

 

Soalan yg kami tanda adalah soalan struktur dan essay. Boleh tak tuan bayangkan kesukaran untuk kami jalankan tugas?

 

Dengan bayaran satu skrip masih tidak berubah... Data/internet sendiri...mata semakin kabur...semua tu menjadikan usaha kami sangat tidak berbaloi. Bukan semua guru sanggup untuk menjadi pemeriksa. Boleh buat survey.

 

Kami bukan minta lebih cuma permudahkan tugas kami untuk menyemak. Sangat sukar dan tertekan. Group saya...seorang dah tarik diri jadi kami dah kurang seorang... 

 

Tolong mudahkan tugas kami pemeriksa kertas peperiksaan SPM.

 

Terima kasih Dr"