KENAPA BEGITU CEPAT SPRM TAHAN TAJUDDIN?

 

Tajuddin Abdul Rahman diberikan surat pemecatan sebagai Pengerusi Prasarana Bhd pada lewat petang Rabu, 26 Mei iaitu ketika cuti umum Hari Wesak.

Semalam 27 Mei, beliau diberitakan pergi ke Balai Polis Dang Wangi untuk diambil keterangan berhubung dakwaan tidak memakai pelitup muka ketika sidang akhbarnya berkaitan perlanggaran tren LRT pada pagi 25 Mei lalu.

Tetapi, yang tersembunyi rupa-rupanya semalam juga Ahli Parlimen Pasir Salak itu telah dipanggil ke pejabat SPRM untuk disiasat berhubung dakwaan rasuah terhadapnya.

Berita mengenai penahanan Tajuddin oleh SPRM itu hanya mula tersebar pagi tadi, 28 Mei iaitu dua hari selepas beliau dipecat pada 26 Mei.





Bagaimanapun, dilaporkan Tajuddin telah dibebaskan dengan jaminan lisan oleh SPRM selepas keterangannya diambil.

Beberapa rakan dalam UMNO menyebut adalah dijangkakan Pengarah Pilihanraya UMNO itu akan didakwa di mahkamah dalam waktu terdekat ini.

Perbualan di sekitar PWTC di mana terletaknya Ibu Pejabat UMNO juga difahamkan rata-ratanya percaya pendakwan akan menyusul terhadap beliau.

Begitu pun, SPRM sehingga ini masih lagi berdiam diri dan belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penahanan Tajuddin.

Persoalan yang timbul di sini ialah, mengapa Tajuddin begitu cepat ditahan dan disiasat SPRM yang mana ia berlaku hanya sehari selepas dipecat sebagai Pengerusi Prasarana Bhd?

Jika beliau dipecat kerana sikap dan perlakuannya dalam sidang media yang dianggap memalukan kerajaan, mengapa pula SPRM menyiasat dan menahannya hanya sehari selepas disingkirkan?

Benarkah Tajuddin dipecat kerana sikap dan perlakuannya yang dilihat mengarut dan dianggap tidak wajar dalam sidang media berhubung kemalangan tren LRT?

Jika benar itu alasannya, kenapa SPRM begitu cepat menahan dan menyiasatnya berkaitan dakwaan rasuah?

Apakah sebenarnya kes rasuah Tajuddin memang sudah di peringkat akhir untuk menuju pendakwaan dan perlakuannya yang tidak wajar ketika sidang media itu hanya merupakan alasan saja untuk memecatnya?

Jika begitu, apa nasib Pengarah Pilihanraya UMNO itu selepas ini?

Apakah Tajuddin merupakan pemimpin terbaru UMNO yang akan senasib dengan Zahid Hamidi, Najib Razak dan lain-lain pemimpin parti itu yang akhirnya terpaksa bergelut dengan dakwaan rasuah di mahkamah?


 (ShahbudinHusin 28/05/2021)


VIDEO LIVE NOW : Hak Rakyat dan Darurat - dari sudut Perlembagaan Negara

VIDEO : (LIVE) Mat Sabu: Kenyataan Khas

VIDEO SEBELUM NASI MENJADI BUBUR? HARAP KU LI BOLEH DUDUK SEMEJA BERSAMA DS AN...

VIDEO HASIL MAINAN ‘SCHEME OF THING’ GAGAL

VIDEO : PN Gagal Sekarang bukan lagi kerana rakyat tidak bersiplin, tapi kerajaa...

Rosmah kata Tommy Thomas, Sri Ram aniaya beliau

 Rosmah kata Tommy Thomas, Sri Ram aniaya beliau

Rosmah Mansor mendakwa bahawa bekas peguam negara Tommy Thomas dan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Gopal Sri Ram bersekongkol untuk menganiayainya dengan cara yang sama terhadap suaminya, bekas perdana menteri Najib Abdul Razak.

Rosmah membuat dakwaan ini dalam afidavitnya sebagai balasan yang diajukan untuk sebahagian daripada permohonannya membatalkan perbicaraan rasuah terhadapnya yang berkaitan dengan projek tenaga hibrid suria bernilai RM1.25 bilion yang melibatkan 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Rosmah menjawab pernyataan Thomas yang diajukan untuk menyokong usaha Sri Ram agar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Rosmah untuk membatalkan perbicaraan rasuah berkenaan. Sri Ram adalah DPP utama dalam kes rasuah itu.

Pada 6 Mei, Rosmah mengajukan permohonan pembatalan perbicaraan, dengan alasan bahawa surat pelantikan Sri Ram sebagai DPP untuk mendakwa kesnya, tidak sah dan tidak dilakukan dengan betul. Sri Ram adalah bekas hakim mahkamah persekutuan dan kini dalam praktik undang-undang persendirian sebagai peguam.

Rosmah meminta pengisytiharan mahkamah antara lain, bahawa pelantikan Sri Ram sebagai DPP untuk kes rasuahnya, di bawah Seksyen 376 (3) dan 379 Kanun Prosedur Jenayah (BPK) melalui surat pelantikan, adalah tidak sah, tidak teratur dan cacat menurut undang-undang .

Kemudian pada 17 Mei melalui pengajuan afidavit, Thomas menekankan bahawa dia ketika itu sebagai peguam negara telah dengan tepat melantik Sri Ram untuk mendakwa banyak kes jenayah berprofil tinggi, termasuk kes rasuah Rosmah.

Melalui afidavitnya, Thomas berpendapat bahawa pelantikan itu sesuai dengan Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (BPK), kerana Sri Ram berada di bawah bidang kuasanya dan berada dalam posisi untuk menggunakan semua kuasa sebagai pendakwa raya.

Sebagai tindak balas sehari kemudian (18 Mei), Rosmah melalui pembantunya telah membuat laporan polis terhadap Thomas mengenai afidavit itu, dengan mendakwa bahawa bekas peguam negara itu telah berbohong atau melakukan sumpah palsu (perjury) melalui afidavitnya.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Sri Ram juga dilantik sebagai pendakwa dalam kes rasuah 1MDB bernilai RM2.28 bilion yang sedang berjalan.

Dalam penyerahan mahkamah terakhirnya, Rosmah mendakwa bahawa laporan polis yang lain juga telah dibuat terhadap Thomas oleh seorang bernama Hamidah Osman pada 20 Mei, berkenaan dengan tuduhan penipuan dan sumpah bekas peguam negara yang dikaitkan dengan afidavitnya.

Dia mendesak mahkamah untuk mempertimbangkan laporan polis yang dibuat ketika meneliti pernyataan afidavit Thomas untuk menyokong pertikaian Sri Ram agar permohonan Rosmah membatakan perbicaraan ditolak.

“Yang jelas ialah Tommy Thomas bersama-sama dan berkomplot (bersekongkol dan berkomplot) dengan Gopal Sri Ram untuk memastikan agenda jahat mereka untuk menindas (menganiaya) saya tercapai, seperti yang mereka lakukan kepada Mohd Najib Abdul Razak,” katanya.

“Thomas jelas mempunyai niat pakat jahat dengan Gopal bagi menganiaya saya secara zalim melalui pendakwaan yang tidak sah dan terbatal ini,” katanya.

Dia juga menggambarkan afidavit Thomas sebagai ‘pemikiran semula’ (afterthought).

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Zaini Mazlan akan mendengar permohonan Rosmah pada 3 Jun.

Pada 18 Februari, Rosmah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membela diri dalam kes rasuah solar.

Pada 8 April, Mahkamah Rayuan mengizinkan rayuannya untuk mendapatkan salinan surat pelantikan Sri Ram, setelah pihak pendakwaan mengizinkan untuk memberikannya kepada pasukan pembelaan.

Dia kemudian membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tahun lalu untuk menolak tawarannya mengakses salinan surat pelantikan Sri Ram.

Selain permohonan pembatalan perbicaraan sekarang, pasukan perundangan Rosmah juga telah mengajukan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan kesahihan pelantikan Sri Ram sebagai DPP ad hoc.

Menurut notis usul yang bertujuan untuk membatalkan perbicaraan rasuah, Rosmah meminta, antara lain, pengisytiharan mahkamah bahawa prosiding jenayah Mahkamah Tinggi, yang telah berlangsung sejak 15 Nov 2018, adalah batal dan tidak sah serta ‘mistrial’.

Dia meminta pengisytiharan mahkamah bahawa pelantikan Sri Ram sebagai DPP untuk kes rasuah solar, di bawah Seksyen 376 (3) dan 379 Kanun Prosedur Jenayah (BPK) melalui ‘fiat’ (surat janji), adalah tidak sah, tidak teratur dan cacat di bawah undang-undang.

Rosmah turut meminta perisytiharan mahkamah agar dia dibebaskan dan dilepaskan daripada semua tuduhan yang dihadapinya dalam kes rasuah solar.

Rosmah juga meminta perintah untuk menangguhkan kes rasuah solar yang sedang berlangsung sementara menunggu permohonan pembatalan perbicaraan.

BETUL TU WAK...BAGI KAT PARTI TUNGGANG NI PAYAH ...

 


Zahid kata Umno perjuangkan Islam, Pas perlu bubar?

Zahid kata Umno perjuangkan Islam, Pas perlu bubar?

Pindaan Perlembagaan UMNO bagi Fasal 3 berhubung asas dan tujuan parti dibuat bukan sebagai retorik semata-mata dan jauh sekali hendak memancing sokongan.

Pindaan yang dibuat pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019 dengan meletakkan Islam paling hadapan dalam perjuangannya adalah manifestasi kejujuran dan keikhlasan berterusan parti dalam memartabatkan syiar Islam yang berdaulat.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, sebelum pindaan, perlembagaan itu hanya menggariskan UMNO sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu.

Tetapi, katanya, selepas pindaan dilakukan, UMNO telah meletakkan Islam di hadapan, kemudian disusuli dengan bangsa dan negara.

“Pindaan 2019 ini bertujuan meletakkan Islam paling kehadapan dalam perjuangan UMNO parti keramat agama, bangsa dan negara, malah kewujudannya demi mengekalkan maruah dan martabat abata.

“Pindaan ini selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan UMNO sebagai parti terbesar Melayu, malah menjadi tonggak utama kekuatan UMNO selepas PRU ke-14 dan denyut nadi perjuangan parti yang berterusan,” katanya dalam hantaran Facebooknya hari ini.

Ahmad Zahid berkata, pindaan terhadap Fasal 3 itu juga dengan pengharapan perjuangan UMNO sentiasa dalam limpahan rahmat, keredhaan dan keberkatan Allah.

Katanya, dengan keimanan dan keikhlasan dalam perjuangan berlandaskan kerana Allah, maka segala ranjau dan kesulitan yang dihadapi pasti akan terlerai.

Beliau juga menzahirkan sifat istiqamah, bersabar dan tidak berputus asa dalam kalangan pemimpin, ahli dan para penyokongnya.

“Saya menyeru kepada semua pemimpin, ahli dan penyokong UMNO terus berpegang kepada asas perjuangan ini, kerana pindaan dibuat tidak bermaksud UMNO sebagai parti politik yang mengenepikan hak penganut agama lain.

“Fasal 3.3 Perlembagaan jelas menyatakan UMNO menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama.

“Mendukung asas-asas Perlembagaan Persekutuan selagi mana ia membela Kepentingan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu, bumiputera, anak Negeri Sabah dan Orang Asli serta lain-lain perkara sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Prinsip Kontrak Sosial dan Undang-Undang Tubuh Negeri-Negeri di Malaysia” kata beliau. 





Total lockdown' seluruh negara bermula 1 Jun - Perdana Menteri


Faris Danial Razi
'Total lockdown' seluruh negara bermula 1 Jun - Perdana Menteri
Pejabat Perdana Menteri berkata sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi KECUALI sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector).
KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada malam Jumaat, berkata sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi KECUALI sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.



MKN pertimbang secara serius 'total lockdown' seluruh negara - Sumber

 

Firdaus Azil
MKN pertimbang secara serius 'total lockdown' seluruh negara - Sumber
Sejak dilanda gelombang ke tiga COVID-19 bermula Mac tahun ini, negara terus menyaksikan pertambahan kes COVID-19 secara mendadak, dengan 8,290 kes baharu dicatat. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bersidang awal hari ini telah memberi pertimbangan penuh untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh, seperti mana PKP 1.0 yang dijalankan pada tahun lepas.
Sumber memberitahu Astro AWANI, mereka yang terlibat dalam mesyuarat tersebut telah membincangkan dengan penuh teliti semua langkah dan pilihan yang dirasakan terbaik.
Menurutnya lagi, langkah sebesar itu perlu mengambil kira bukan sahaja keselamatan dan nyawa rakyat, tetapi juga demi meminimakan sebaik mungkin kesannya ke atas ekonomi negara, seperti mana pengajaran yang boleh diambil pada PKP pertama.
Sejak dilanda gelombang ketiga COVID-19 bermula Mac tahun ini, negara terus menyaksikan pertambahan kes COVID-19 secara mendadak dengan 8,290 kes baharu dicatat pada Jumaat.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan di Twitter sebentar tadi turut memaklumkan, Selangor terus kekal sebagai negeri tertinggi dengan 2,052 kes baharu.
Menurut beliau, negeri-negeri lain dengan kes tertinggi ialah Kelantan (851 kes), Kuala Lumpur (830 kes), Johor (762 kes) dan Sarawak (698 kes).
Dalam pada itu, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ciapan terbaharunya berkata, beliau mengambil maklum bilangan kes yang meningkat mendadak hari ini.
“Langkah yang perlu diambil dalam situasi begini bukanlah jalan paling mudah tetapi jalan yang terbaik untuk keselamatan kita bersama.

AGAK AGAK LAH...RAKYAT PECAYAKAN SIAPA....AZMIN ATAU NOOR HISYAM?

 May be an image of 1 person and text


BUKTI UMNO TONGGAK #KerajaanGagal #KerajaanBodoh #KerajaanXsahHilangMajoriti..

 

May be an image of 4 people, people standing and text that says "menteri COVID orang UMNO menteri VAKSIN orang UMNO menteri SOP PKP orang UMNO JURLIINTAN AGUNG UMNO UMNO2020 27 28MAC 2021 terpaling perasan pembangkang kutuk kerajaan pasal COVID, VAKSIN dan SOP pun orang UMNO Selamat Ulang ahun UMNO PERHIMP NAN AGUNG UMNO 2019 SELAMAT Bersidang 'of khairykj KHAIRY JAMALUDDIN DARI NEGARA UMNO Sebuah erjuangan! DATO RLISMAIL SABRIYAAKOB NAIB SIDE ...mangkukni wayang je lebih"

MALAYSIA ANTARA NEGARA YANG AKAN HANCUR AKIBAT COVID19

 

MUHD YUSMI


Baru-baru ini kita dilaporkan dengan keruntuhan sistem kesihatan di India yang

 terkesan dengan lonjakan kes wabak COVID-19. Selain dari India, Biro

 Kewartawanan Penyiasatan menganalisis data yang disediakan oleh Breath

 Counts Coalition, NGO Path dan Clinton Health Access Initiative (CHAI)

 mendapati bahawa terdapat sejumlah negara lain yang bakal menghadapi

 situasi sama disebabkan peningkatan kes wabak COVID-19 […]


Panas !!! Media luar lapor Malaysia antara 19 negara mungkin 'hancur' kerana Covid-19
Baru-baru ini kita dilaporkan dengan keruntuhan sistem kesihatan di India yang terkesan dengan lonjakan kes wabak COVID-19. Selain dari India, Biro

Panas !!! Media luar lapor Malaysia antara 19 negara mungkin 'hancur' kerana Covid-19

USAHA " MEMBUNUH RAKYAT SENDIRI " UNTUK MENGEKALKAN KUASA XSAH SEDANG LAJU BERJALAN

 

MUHD MUFIZ II

 


USAHA " MEMBUNUH RAKYAT SENDIRI " UNTUK MENGEKALKAN KUASA XSAH SEDANG LAJU BERJALAN

XBERNILAI LANSUNG NYAWA RAKYAT SENDIRI DI MATA #KerajaanGagal #KerajaanBodoh #kerajaanxsahhilangmajoriti MAHIADDIN !!

#DaruratCovidGagal

#PKP3.1Gagal

 

Pecahan setiap negeri (kumulatif) mengikut negeri seperti berikut.

Selangor – 2,052 (179,502)
Sabah – 308 (61,582)
Johor – 762 (56,993)
KL – 830 (56,862)
Sarawak – 698 (45,436)
Pulau Pinang – 421 (27,705)
Kelantan – 851 (25,574)
Negeri Sembilan – 520 (24,686)
Perak – 405 (19,895)
Kedah – 544 (17,555)
Melaka – 380 (11,192)
Pahang – 254 (8,903)
Terengganu – 207 (8,164)
Labuan – 6 (3,170)
Putrajaya – 44 (1,822)
Perlis – 8 (473)









MENCABAR KEKUASAAN UMNO SAJA...KALAU S/U AGONG KENA..LAIN LAIN TAK BOLEH TANGKAP KAH?

 May be a Twitter screenshot of 1 person and text that says "09:53 3G TheVibes.com @thevibesnews JUST IN Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman was arrested by the MACC on two charges of abuse of power yesterday. @SPRMMalaysia @TerenceFnandez Read more of this developing story here thevibes.com com Tajuddin detained Tajudineainelybusofoer by MACC on abuse of power charges"

ADAKAH J/KUASA KHAS DARURAT BENAR-BENAR BEBAS?


Jawantankuasa Khas Darurat in ditubuhkan oleh kerajaan selepas pengistiharan Darurat pada 11 hb Januari 2021.

Tidak pernah dalam sejarah negara yang telah banyak kali mengistihar darurat ada sebuah Jawatankuasa saperti ini untuk memberi nasihat kapada DYMM Yang DiPertuan Agong.

Dibawah Perlembagaan, tanggungjawab ini di beri kapada Cabinet atau Perdana Menteri bukan Jawantankuasa Khas Bebas.

Jawantankuasa ini bukan sahaja khas tetapi bebas. Sesebuah Jawatankuasa itu bebas dan bukan “rubber stamp” jika tindakan mereka bebas dari arahan atau pengaruh orang lain.

Misalnya jika Jawatankuasa itu mendapat taklimat dari orang Kerajaan semata mata ; maka ia tidak bebas.

Jika mereka hanya mendengar taklimat dari PM ,Takiyuddin dan Azmin Ali atau Ismalil Sabri; tetapi tidak pula mendapat input dari Tun Mahathir, Najib Razak, Anwar Ibrahim dan lain lain, termasuk pakar pakar dari bidang perubatan lain; maka sukar nak percaya mereka ini bebas.

Beranikah Jawatankuasa Bebas ini memamgil Tun M dan Anwar dan Najib, dan Rafidah Aziz misalnya untuk mendapat nasihat yang baik?

Tentu tidak sekali.

Yang paling mengejutkan saya ialah kenyataan jawatankuasa ini semalam. Pada perenggan akhir kenyataan itu Jawatankuasa telah menetapkan beberapa kriteria yang akan menetukan samada Darurat akan di lanjutkan atau berakhir.

Bila pulak mereka diminta membuat penetuan ini?

Bukan kah darurat akan berakhir pada 1hb Ogos 2021 seperti yang diwartakan?

Dari kenyataan Pejabat PM semasa mengumumkan penubuhan Jawatankuasa ini mereka di tugas kan untuk menasihati DYMM Yang Di Pertuan mengenai pengurusan kerajaan ( yang mesti transparent dan orderly) dalam waktu darurat ini.

Waktu darurat ialah dari Januari hingga 1 Hb Ogos. Tidak pernah kita diberitahu ada perkara lain yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Khas bebas ini.

Ada baiknya Jawatankuasa bebas tunjuk kapada orang ramai apa kah terma atau terms of reference perlantikan mereka.

Kalaulah niat Kerajaan hendak meneruskan darurat pada tarikh lain, dan bukan Ogos 1 2021, kepada tarikh baru sehingga PM puas hati darurat tidak lagi diperlukan, apa guna janji bahawa darurat akan berakhir pada 1 hb Ogos.

Rakyat tidak lah perlu kepada penubuhan sebuah Jawatankuasa 19 orang yang ternama untuk membuat keputusan samada darurat perlu di sambung; PM seseorang pun cukup dan boleh buat keputusan itu dan menasihati Yang Di Pertuan Agong.

Tidak perlu rakyat habis duit dan membazirkan wang menubuhkan Jawatankuasa Khas dan bebas.

Pakatan Harapan ada dua orang wakil; Dr Zulkifli dan Anthony Loke dalam Jawatankuasa Khas Bebas Ini. Mungkin kerana kehadiran mereka maka Jawatankuasa ini jadi Bebas.

Tetapi saya percaya mereka akan jadi macam UMNO. UMNO sentiasa kritik kelemahan kerajaan tetapi mereka juga kerajaan. Mereka tidak sedar yang mereka dipergunakan.

Bagitulah nasib Pakatan Harapan dalam Jawatankuasa Bebas ini. Apa apa keputusan Jawatankuasa ini untuk melanjutkan darurat selepas Ogos ini , mereka akan terikat, kerana mereka juga menganggotai Jawatankuasa yang mereka sendiri percaya ia bebas.

Inilah nasib kita wahai rakyat bawahan.

DATUK ZAID IBRAHIM

Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

28 Mei 2021.

 

PM AKAN DATANG SIAPA LAGI KALAU BUKAN ANWAR?

 

Keluhan & Harapan MSO



May be an image of 1 person

Selepas Dr Mahathir Mohamad berundur daripada menjadi perdana menteri kali pertama pada (2003) kita terus menanti-nanti kehadiran seorang yang sama

hebat

dengannya. Penggantian beliau oleh Abdullah Ahmad Badawi tidak memenuhi harapan kita semua. Abdullah gagal meneruskan legasi yang ditinggalkan Mahathir.

Abdullah dapat merasakan ketidakmampuannya lalu mengambil keputusan meninggalkan jawatan (2009) dan diserahkan kepada Mohd Najib Razak. Najib dikira sebagai pemuka atau angkatan muda, tokoh pemimpin pasca Merdeka. Najib dianggap jenerasi ketiga negara ini.

Awalnya Najib berjaya mengarcakan dirinya sebagai pemimpin disayangi, berjiwa rakyat, lemah lembut. Tetapi sayang rona itu tidak cukup untuk menjadikan beliau terus disayangi. Kerana kurang cermat dan terkambus dengan kuasa, akhirnya Najib memusnahkan dirinya sendiri.

Dengan kekalahan BN dalam Piraum 2018 kita kira negara akan berubah dan memasuki dimensi baru apabila PH membentuk kerajaan baru. Bagaimana pun kemenangan PH itu tidak dapat memenuhi harapan rakyat untuk melihat perubahan secara total kerana ia dikapalai untuk kali kedua oleh Dr Mahathir Mohamad, bukannya Anwar Ibrahim, atau tokoh yang bernuansakan reformasi.

Dengan kedudukan politiknya yang sudah lemah tidak sehebat seperti tahun 1980an, sepanjang tempoh menjadi PM fasa pertama Dr Mahathir tidak dapat bertahan lama. Kedegilannya dan perasaan beliau masih

hebat

mendapat sokongan rakyat walhal kemenangan dan menjadi PM kali kedua hanya atas simpati PH, menyebabkan beliau tidak bertahan lama.

Dr Mahathir menyedari kelemahan dan berundur secara dramatik dan penuh taktikal.

Pengunduran Dr Mahathir memberi peluang kepada Mahiaddin Md Yassin menjadi perdana menteri orang yang tidak pernah dibayangkan. Kerana itu kemampuan, kebolehan dan masalah sedang dihadapi Mahiaddin kini sudah diketahui umum. Mahiaddin tidak mampu menjadi perdana menteri. Kelemahan beliau menjadi seorang ketua negara menimbulkan persoalan umum kepadanya yang memperolehinya secara non halal.

Kesimpulan, Dr Mahathir, Abdullah Badawi, Najib Razak dan Muhiaddin sudah diberi peluang oleh rakyat menjadi pemimpin utama negara ini. Namun ketiga-tiga pengganti Dr Mahathir tidak mampu memuaskan hati semua orang berbilang kaum di negara ini kerana mereka gagal menandingi kehebatan Dr Mahathir.

Suka atau tidak, yang ditunggu kini adalah Anwar Ibrahim untuk diangkat sebagai perdana menteri. Jawatan itu bukan mutlak hak Anwar, tetapi dilihat kepada iltizam dan komitmen beliau dan harapan orang ramai, maka beliaulah satu-satu calon akurat. Tunjuk siapa lagi tokoh yang setanding dengan Anwar? Kalau ada pun Musa Hitam, tetapi Musa pun sudah melewati musim, sama seperti Tengku Razaleigh Hamzah. Apa lagi Musa sudah lima meninggalkan jelumun politik. Sementara Abdul Hadi Awang awal-awal mengatakan tidak minat dengan jawatan itu.

Justeru selepas Mahiaddin berundur kita berharap berilah peluang kepada Anwar. Sekiranya pilihan raya akan datang, ayuh kita menyokong Anwar untuk beliau menjadi PM, kerana selain Anwar kita tidak memiliki orang lain sepantas beliau buat dewasa ini. Trims.

- MSO

 

DULU KATA DARUDAT NAK BENDONG COVID. TETIBA NAIK MENCANAK PULAK...

 May be an image of 1 person and text that says "Darurat untuk mengekang Covid-19, Covid- tiada muslihat lain- PM SEBELUM DARURAT 2,232k kes Bisnes HM bisnes@hmetro.com.my SR Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. FOTO ASYRAF HAMZAH SELEPAS DARURAT 8,290 kes 28-29/5/21"


w.faudzin

Tak payah keluar statement la...buat menambah dosa orang maki hang je....letak je jawatan, apa susahnya? Gila sangat nak jadi PM tapi tak tahu apa satu tu buat apa?




TAK PAYAH TANYA- DULU DIA KUTUK BAB TANAM BULOH, LEPASTU DIA MENGAKU BULOH BENILAI BILLION...SEKARANG BAB GETAH...ADA HATI DIA DIAM ?

 


Betulkah tiada skandal di Lembaga Getah Malaysia? Kok tanya menteri PAS


Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mendesak Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali menjelaskan mengenai dakwaan “skandal tanah” membabitkan Lembaga Getah Malaysia (LGM) sekiranya perkara itu benar.

Kok berkata beliau terkejut membaca surat ditularkan di media sosial yang mana terdapat arahan daripada pejabat Khairuddin dan kementerian kepada Ketua Pengarah LGM, Zairosani untuk membatalkan moratorium dan membenarkan dua urus niaga terbabit.

“Sekiranya dokumen dan dakwaan di atas adalah benar, Khairuddin wajib segera menjelaskan mengapa beliau mengarah penjualan dan pajakan tanah perdana LGM di bawah harga pasaran itu,” kata bekas Menteri Industri Utama ketika pemerintahan Pakatan Harapan dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau turut mempersoalkan arahan Khairuddin membatalkan moratorium penjualan serta sewaan hartanah LGM.

Kok turut mempersoalkan bagaimana Khairuddin membenarkan pajakan lot hartanah agensi itu terletak di Jalan Ampang kepada Al-Noor Foundation, yayasan yang rapat dengan PAS di bawah harga pasaran iaitu 70 sen per kaki persegi sedangkan harga pasarannya dianggarkan RM2.50 per kaki persegi.

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) turut dikatakan menjual tanah seluas 8.8 ekar yang merupakan tanah warisan di Jalan Ampang pada harga RM1,032.92 per kaki persegi, di bawah harga pasaran (RM1,400 kaki persegi) kepada Syarikat Eurowhite Sdn Bhd.

Kok berkata, sebelum beliau meninggalkan kementerian itu LGM mempunyai rezab wang tunai berjumlah RM1.5 bilion dan keadaan kewangannya juga baik yang boleh disahkan bekas Pengerusi LGM, Sankara Nair.

“Saya pernah mengarahkan Sankara Nair mengenakan moratorium penjualan semua hartanah milikan LGM kerana saya mahu LGM kembali ke objektif asal iaitu memberi fokus terhadap penyelidikan getah dan tidak beralih daripada objektif ini.

“Khairuddin mesti faham semua dana LGM dimiliki industri dan juga orang awam. Beliau mesti memberi justifikasi sekiranya ingin menyentuh urusniaga hartanah LGM dan tidak campur tangan dalam keputusan agensi itu,” katanya.

Beliau juga mendesak Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Aziz mengarahkan siasatan segera dakwaan ditularkan di media sosial itu berkaitan salah laku Khairuddin.

“Penafian LGM dalam kenyataannya hari ini agak kabur dan merupakan gimik sahaja. Surat-menyurat rasmi oleh MPIC dan pejabat MPIC yang tular di media sosial harus disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Semalam, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendedahkan beberapa surat rasmi bertarikh 18 Disember, 6 Januari dan 11 Mac yang didakwa berkait dengan tanah dimiliki LGM dan turut membabitkan penglibatan Khairuddin.



COVID 19 TIDAK TERKAWAL, UBAH STRATEGI, BUKA PARLIMEN


KERAJAAN KELANTAN TIDAK BERI BANTUAN, RAKYAT GELISAH


BUKAN HANYA PRASARANA, HENTI SEMUA LANTIKAN POLITIK DALAM GLC


(function() { var d = document, w = window; w

Sudah boleh balik kampung dengan syarat 90 peratus vaksinasi dewasa

  Astro Awani September 22, 2021  KKM dan MKN hari ini membenarkan aktiviti rentas negeri dengan syarat mencapai 90 peratus kadar vaksinasi ...