MGID

ANWAR BERTEMU MUHYIDDIN



Pertemuan saya dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berlangsung di Pejabat Perdana Menteri petang tadi.

Dalam pertemuan selama 45 minit itu, beliau jelaskan berkenaan langkah menangani Covid-19 dan saya menyatakan penghargaan atas khidmat jentera kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat.

Saya turut bangkitkan soal penyampaian maklumat yang mesti telus dan keupayaan ujian ditingkatkan.

Pakej rangsangan yang diumumkan turut disambut baik, namun harus dipastikan keberkesanan pelaksanaannya agar tidak dipolitikkan di peringkat akar umbi.

Beliau juga menyinggung cadangan sidang Parlimen pada 18 Mei ini dan masalah terkait Covid-19.

Saya akan mengadakan perbincangan lanjut bersama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan serta pembangkang, dan akan mengemukakan pandangan kepada beliau.

ANWAR IBRAHIM

Kredit foto: Berita Harian


BILA BUDAK BARU NAK UP TIBAI OTAI LAMA, SINERGI MAHASISWA ISLAM, BENAM FB..KAH..KAH..KAH...TU NAK BERJUANG?


IBRAHIM MAT ISA

Jangan main-main dengan kuasa bawang kami. Sekali kami membawang, terus kena redam posting. Dua kali kami membawang, silap haribulan dengan page tu sekali kami benamkan.
Buat masa ni, mujur Makcik Kiah tolong sabarkan 😁😂


Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks




RAJA AHMAD ADRIANNE

Baru kene getah bawang kat FB, page dah ilang!!..
Mcmane nak ajak berdebat😆..
Baru nak suaikenal 2 orang awek..yang jantan tak payah laa
Imej mungkin mengandungi: 8 orang, termasuk Hadi Bin Najib, teks



HABUAN DAPAT : Dr Maza akan dilantik Mufti Wilayah?

Dr Maza akan dilantik Mufti Wilayah?


Khabar angin kini bertiup kencang bahawa Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainol Abidin akan dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baru.
Menurut sumber, Mohd Asri akan menggantikan Datuk Dr Zulkifli Mohd Albakri yang kini sudah dilantik sebagai Menteri Agama.
“Saya dapat maklumat Dr Maza akan dilantik sebagai Mufti Wilayah,” kata satu sumber kepada Malaysia Dateline.
Mohamad Asri telah dilantik semula sebagai Mufti Perlis pada Januari 2015 yang lalu bagi menggantikan Dr Juanda Jaya yang tamat perkhidmatannya pada tahun 2014.
Mohd Asri, yang berasal dari Kampung Mengkuang , Bukit Mertajam, Pulau Pinang, dilantik sebagai Mufti Perlis pada 1 Nov 2006 sehingga November 2008 sebelum digantikan oleh Juanda.Kampung Mengkuang dibawah DUN PENANTI,Parlimen Permatang Pauh.

Sekitar tahun 1999 -2000 beliau telah berdebat dengan Astora Jabat , dimana ada masa itu, Astora jabat tidak tahu bahawa ianya dibuat secara terbuka di Ibnu Qayyaum Mengkuang. Puluhan ribu hadir untuk mendengar.Sejak itu nama Astora Jabat hilang dari Utusan Malaysia.
Selepas menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai Mufti Perlis, beliau kembali menjadi pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM).
Beliau menerima tawaran memegang jawatan itu buat kali kedua selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Jika Dr Asri dilantik sebagai Mufti Wilayah, bermakna Permatang Pauh mempunyai 2 Mufti dari kawasan yang sama dimana dilantik sebagai Mufti Wilayah. Terdahulu Allahyarham Dato Hashim Yahya . Allahyarham merupakan bekas  YDP ABIM Wilayah.Beliau menjadi Mufti antara 1996-2003.Dato Hashim berasal dari Kubang Semang, Permatang Pauh, Bukit Mertajam, 
10632679_10152660259952766_1354509728446876787_n

MAKLUMAN




Untuk baca berita awal anda ke older post dibahagian bawah  kanan.Oleh kerana pengunjung blog ini hampir 96 percen menggunakan hp, maka berita awal mungkin terlepas pandang. Terima kasih atas sokongan anda.

KENAPA AKU BERAMBUT PANJANG DAN PROTES AKU SELAMA INI


Malek  Hussein

Ada kekawan sentuh hal peribadi. Dia bertanya:‬

‪“Nak tanya kenapa Pak Malek simpan rambut panjang. Dan mohon jelaskan adakah sejak dari dlm pas lg rambut panjang atau bila bermulanya gaya rambut Pak Malek..juga boleh dihuraikan penerimaan masyarakat ttgh gaya rambut panjang. Terima kasih Pak Malek.”‬

‪Aku jawab:‬

‪“Berambut panjang, berambut pendek atau tidak berambut langsung bukan menjadi masalah kepada aku, selagi kepala dan isi di dalamnya (otak) diurus dengan baik dan betul.‬

‪Kebanyakan yang berambut panjang atau pendek itu cuma penampilan diri. Asasnya, apabila berambut, uruskanlah — basuh selalu dari masa ke semasa — supaya sentiasa bersih dan kemas.‬

‪Aku menyimpan rambut panjang sejak beberapa tahun. Ada sebabnya. Ia adalah cara aku menzahirkan suatu manifestasi perjuangan dalam hidup aku.‬

‪Pada 25 September 1998, aku ditahan oleh Kerajaan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berikutan penglibatan aku dalam gerakan Reformasi bagi menyokong agenda perubahan negara yang dipelopori dan dipimpin oleh Anwar Ibrahim.‬

‪Dalam tahanan ISA itu, aku disiksa dengan begitu kejam oleh polis. Aku pernah menulis panjang berkaitan penyiksaan yang aku alami dalam tahanan ISA. Ringkasnya — aku digari, dibogelkan, ditutup mata, dipukul beramai oleh anggota-anggota polis Cawangan Khas, ditendang, dipaksa ke dalam bilik sejuk dalam keadaan bertelanjang dan dipaksa minum air kencing polis. ‬

‪Aku turut dipukul oleh Ketua Polis Negara dalam keadaan aku digari dan dibogelkan.‬

‪Aku dikurung dalam sebuah sel tahanan di Ibupejabat Polis Bukit Aman selama hampir dua bulan tanpa dapat melihat cahaya matahari. Aku ditahan tanpa bicara, tanpa menghadapi sebarang tuduhan di mahkamah dan tanpa hak akses kepada peguam selama dalam tahanan.‬

‪Pada 21 November 1998, aku dibebaskan tanpa syarat. Kerana trauma akibat penyiksaan dalam tahanan dan ugutan polis untuk menahan aku semula, aku mengambil masa untuk pulihkan semangat dan mengembalikan keyakinan diri.‬

‪Pada 16 Mac 1999, aku failkan saman terhadap tiga pihak yang bertanggungjawab menahan aku tanpa bicara di bawah ISA dan menyiksa aku dalam tahanan. Aku saman Kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara dan ketua pasukan polis Cawangan Khas yang menangkap aku.‬

‪Kes saman itu didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Hishamudin Mohd Yunus.‬

‪Pada 18 Oktober 2007, setelah menjalani perbicaraan selama lapan tahun, Hakim Hishamudin memutuskan penghakiman bahawa Kerajaan sabit dalam menyalahgunakan ISA dan menyiksa aku semasa dalam tahanan polis. Kerajaan dikehendaki membayar RM1,000,000 atas penahanan salah, RM500,000 untuk gantirugi kecederaan akibat disiksa dan RM1,000,000 lagi sebagai gantirugi tauladan. Kesemua gantirugi yang perlu dibayar oleh Kerajaan kepada aku berjumlah RM2.5 juta, dengan kadar faedah 8% setahun dari tarikh penghakiman sehingga pelaksanaannya.‬

‪Aku berambut pendek pada ketika itu.‬

‪Kerajaan memfailkan rayuan bagi menyemak semula penghakiman Hishamudin di Mahkamah Rayuan. ‬

‪Pada 25 Mac 2010, Mahkamah Rayuan menolak keputusan penghakiman Mahkamah Tinggi dan segala gantirugi yang perlu dibayar oleh Kerajaan kepada aku dibatalkan. Di samping itu, aku diperintah membayar kos RM50,000 kepada Kerajaan.‬

‪Sejak itu, aku mula menyimpan rambut panjang sebagai manifestasi protes aku terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memihak kepada Kerajaan.‬

‪Berikutan itu, aku pula failkan rayuan balas di Mahkamah Persekutuan. ‬

‪Pada 12 Ogos 2010, Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk menolak permohonan aku bagi merayu keputusan Mahkamah Rayuan. Aku pula dikehendaki membayar lagi kos RM20,000 kepada Kerajaan.‬

‪Aku masih terus menyimpan rambut panjang pada ketika itu.‬

‪Pada 13 Februari 2018, secara bersurat melalui Pejabat Peguam Negara, Kerajaan menuntut aku membayar kos sejumlah RM70,000 yang berkaitan dengan keputusan-keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Aku diberi amaran, jika gagal membayarnya, aku boleh didakwa menghina mahkamah dan boleh dipenjarakan.‬

‪Aku enggan membayarnya. Aku tegas berpendirian, tak mungkin aku akan membayar “upah” mereka yang menyiksa aku. Aku lebih rela ke penjara daripada tunduk kepada penghinaan sedemikian rupa.

‪Pada 26 Mac 2018, aku dikehendaki hadir ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk sebutan Saman Penghutang Penghakiman atas dua penghakiman Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang difailkan oleh Jabatan Peguam Negara yang menuntut pembayaran berjumlah RM70,000 itu.‬

‪Aku hadir mahkamah. Namun, tiada seorang pun representatif mewakili Jabatan Peguam Negara hadir apabila kes mula didengar. Lalu, Hakim memutuskan tuntutan Kerajaan itu dibatalkan, dan aku dilepaskan daripada membayar sebarang kos.‬

‪Semasa bertugas di Parlimen, aku berambut panjang. Pada mulanya aku diusik ramai kawan-kawan, tak mengira parti.‬

‪Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Nazri Abdul Aziz menggelar aku “Rock”. Sementara Karpal Singh memanggil aku “Tarzan”.‬

‪Pernah juga aku menerima nasihat mengenai bagaimana mengurus dan menjaga rambut panjang dari Dr Wan Azizah Wan Ismail. ‬

‪Perjuangan belum berakhir kerana tuntutan aku terhadap penahanan salah di bawah ISA dulu dan penyiksaan polis semasa dalam tahanan masih belum diperolehi keadilan dan pelasanaannya.‬

‪Apabila BN tumbang dalam PRU ke-14 dan PH menang menubuhkan Kerajaan, aku memutuskan tidak akan mengemukakan tuntutan keadilan di bawah pentadbiran Kerajaan pimpinan PM Dr Mahathir Mohamad. Tidak sekali-kali di bawah Mahathir!‬

‪Aku pernah bangkitkan isu ini kepada Anwar Ibrahim. Dia menasihatkan aku supaya bersabar. Katanya, insya Allah, keadilan akan terserlah jua di kemudian hari.‬

‪Kesimpulannya, hidup menggalas perjuangan mesti cekal penuh tekad membela orang yang tertindas, mendukung kebenaran, menolak kebatilan, menegakkan keadilan dan menentang kezaliman selagi hayat dikandung badan.‬

‪Aku sudah sebati dan tidak akan berganjak menggengami prinsip perjuangan, walau masih kekal berambut panjang hingga ke saat ini.‬

‪Bukanlah penampilan zahir seseorang itu menjadi ukuran dan ikutan, tetapi kekentalan jiwa perjuangannya dan kewarasan akal fikiran serta kebijaksanaannya.

APA SUDAH JADI



Betul tak apa aku unjurkan sebelum ini.., Kemungkinan aku jangkakan.. 3 Juta akan terpinggir jika senarai nama BSH diguna pakai dalam Pemberian BPN jika kaedahnya tidak bersasar..! 

Baca laporan Awani kenyataan Menteri Kewangan Tebuk Atap..Setakat ini 6.6 Billion jumlah isi rumah dan bujang telah diagihkan Bantuan melibatkan Kos RM 5 Billion.. Ini tak termasuk bayaran fasa kedua, dan Bonus Kakitangan awam...

Berapa semua jumlah permohonan yg Menteri Kewangan bagi tahu..? 8.3 Juta pemohon...2.7 Juta pemohon baru..itu pun jenis mcm aku tak mintak... Itu tidak masuk senarai pembayar cukai kelompok M40 yang sepatutnya dapat bayaran secara Automatik.. baki 2-3 juta ini kena tunggu sehingga May..?

Aku dah Sebut.. Unjuran kewangan RM 10 Billion tak tepat jika guna senarai BSH, sepatutnya bantuan perlu bersasar..Jika mahu luaskan BPN.. ia mesti ada tambahan peruntukan, dan bagi aku sekurang kurangnya melibatkan tambahan RM 3 Billion..

hari ini jelas, Kerajaan setidaknya perlu cari lagi sekurang kurangnya RM 3 Billion atau kelompok pemohon ini hanya akan ditipu.. Itu sebab orang suruh buat Sidang Parlimen..

Aku tak tahu bagaimana otak Menteri tebuk atap,..hat Menteri Ekonomi..Finance Minister yg katanya bekas CEO sebuah Perbankan tak boleh buat unjuran.. Aku sendiri boleh congak.. Bagaimana depa sebutkan pertukan RM 10 Billion tapi pada jumlah dan senarai nama BSH akan buat ramai takkan dapat... tang mana takda yg terpinggir..tertinggal tu..?

Nampak tak usaha kerajaan gagal..Bantuan tidak bersasar..yang ada gaji mcm kakitangan Kerajaan..GLC seperti TNB dan telekom depa ada Gaji bulanan depa dapat duit dan bonus berganda..hat kais pagi makan pagi..Kelompok peniaga kecil dan pertengahan..merempat cari makan.. Lepas tu sibuk buat roadblock sana sini nak cari salah rakyat..

Sepatutnya hari ini dah hari terakhir MCO/PKP..bayangkan ada yang diminta tunggu sehingga Mei.. Singapura pakej ransangan dibuat 2 minggu sebelum PKP..seminggu PKP dah dapat Bayaran.. Kerajaan tebuk atap, dah 2 Minggu berkurung baru buat pakej rangsangan.. lepas tu kena tunggu pulak dekat 2 bulan..

Betul lah depa ni Kerajaan tebuk atap.. patutnya tebuk otak.. :)

Ipohmali

KENDURI POLITIK GLC - WAJARKAH?





Rakyat pula sedang menderita terkepung kerana perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang belum nampak di mana noktahnya. Mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung PAS itu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail secara sinis menyindir: "Rakyat penjaja kecil, pekebun, penoreh, nelayan, penanam sayur, peniaga pasar malam .. PKP, pendapatan terjejas, kebimbangan hilang kerja "Menteri Takiyuddin ..semua MP akan dilantik pengerusi GLC. "TAHNIAH" Setiausaha Agung Pemuda AMANAH, Muhamad Fadzil mempersoalkan sama ada Kerajaan Perikatan Nasional kisah tentang kehidupan rakyat bawah-bawah.



SEJARAH BERULANG KEMBALI LAGI


Faizul Bin Ahmat

Sejarah cekau menyekau,samun menyamun dan kantau mengantau akan berulang.
Sebab itu aku sik suka dengan parti BN.
Lagi-lagi di sarawak rakyat dan orang kampung terpaksa tutup mata dan pekak kan telinga saja melihat kerakusan pemimpin BN/PARTI TEMPATAN membolot kekayaan negeri sarawak untuk penuhkan kantung sendiri,keluarga dan rakan-rakan proxy.
BETUL KAH SIK BETUL??

(Sidang Media) Anwar Ibrahim: Prospek Ekonomi Harus Mencerminkan Cabaran Semasa

PAKAR PERUBATAN BANTAH BAZAR RAMADAN


DALAM BANYAK-BANYAK PERKHIDMATAN KENAPA PILIH GUNTING RAMBUT?


*KENYATAAN MEDIA* *PROSPEK EKONOMI HARUS MENCERMINKAN CABARAN SEMASA*





Dunia hari ini terus dicengkam krisis kesihatan, kemanusiaan dan ekonomi terburuk dalam sejarah. Krisis ini turut memberi kesan besar kepada negara dari sudut kesihatan dan keselamatan warga. Ekonomi kita juga tidak terlepas dari hentaman wabak Covid-19, dan juga ketidaktentuan politik tatkala kerajaan ini mengambil kuasa sekitar bulan Mac yang lalu.

Badan-badan tempatan dan dunia telah meramalkan penguncupan ekonomi kita dari -1.0% kepada -4.6% pada tahun 2020.

Pembalikan pertumbuhan ekonomi ini memerlukan dua perkara:

1) penilaian yang jujur oleh kerajaan terhadap masalah yang dihadapi kita hari ini

2) perencanaan yang luarbiasa yang harus mencakup ekonomi domestik, terutamanya sejumlah besar rakyat Malaysia dan peniaga-peniaga kecil yang tidak mempunyai simpanan yang cukup bagi menepis kegawatan ini.

Keyakinan yang dihamburkan Menteri Kewangan baru-baru ini terkait ramalan bahawa Malaysia akan segera pulih kepada pertumbuhan 5.8% pada tahun 2021 ternyata bermasalah, jika mengambilkira capaian penuh impak Covid-19, dan bagaimana ia akan mengesankan kuasa-kuasa ekonomi yang berkait dengan kita.

Sebagai contoh, PKP yang akan berlangsung kira-kira enam minggu, dan berkemungkinan dilanjutkan. Kita tahu bahawa sejumlah besar kelas pekerja di Malaysia mempunyai kira-kira satu bulan simpanan untuk menempuh krisis ini, menurut kajian dan laporan oleh INCIEF. Menurut Jabatan Perangkaan pula, 35% yang bekerja sendiri akan hilang sekurang-kurangnya 90% dari jumlah pendapatan mereka, dan tambahan 46% yang akan terus hilang kerja sekaligus.

Saya bimbang bahawa tahap perbelanjaan pakej rangsangan yang diumumkan baru-baru ini sehingga kini belum memadai untuk merapatkan jurang pendapatan bagi melindungi warga dari ketidakjaminan makanan dan kebuluran, terutamanya kanak-kanak.

Dalam saat yang serba mencabar seperti hari ini, kepimpinan yang berwibawa bermaksud mengurus krisis dengan penilaian yang jujur dan berfakta, dan bukan dengan memberi gambaran palsu dan bersifat selektif.
 
Setelah meneliti laporan dan capaian impak Covid-19 ke atas Malaysia, saya menggesa kepimpinan hari ini untuk lebih berhemah dan mendasar dalam perencanaan mereka. Gesaan saya ini adalah setelah mengambilkira kejatuhan harga minyak dan harga komoditi kita, termasuk dampak yang berterusan kepada rakan-rakan dagang terpenting seperti China, Amerika Syarikat dan rakan-rakan kita di rantau Asean.

Tambahan pula, dengan lanjutan PKP ini, saya menggesa agar ketelusan dapat dijamin dalam pembayaran melalui peruntukan dana Prihatin kepada rakyat yang terkesan dan peniaga- peniaga kecil yang terhimpit dengan kemelut ini.

Saya menyeru agar kita mengutamakan “Barangan Buatan Malaysia” bagi mendukung perniagaan dan ekonomi tempatan dalam menampan kemelut ekonomi, dan juga memperkuat dampak rangsangan ekonomi.

Akhir sekali, saya mencadangkan agar perencanaan baharu difikirkan bagi melindungi warga dan perniagaan yang terdiri dari golongan B40 yang terkesan dengan kemelut ini sehinggalah ekonomi kita pulih dan kembali bangkit.

Dalam konteks ini Pakatan Harapan menyeru agar satu sesi khas Parlimen diadakan bagi membincangkan permasalahan ini sesegera mungkin.

*ANWAR IBRAHIM*
*14 APRIL 2020*

Sejarah “Takbir” dalam PAS‬





Oleh : Abd Malek Hussin

‪Bertakbir tidak menjadi budaya yang kini berakar umbi dalam PAS, sebelum era kepimpinan ulama yang diasaskan pada 1982.‬

‪Aku menyokong aktif PAS mulai 1978 dan menganggotainya pada 1981.‬

‪Aku mula membantu PAS, khasnya dalam pilihanraya umum Negeri Kelantan yang berlangsung pada 11 Mac 1978. Ini diikuti dengan tumpuan membantu Ustaz Fadzil Mohd Noor di Kedah semasa pilihanraya umum parlimen pada Julai 1978. Ketika itu, aku menganggotai ABIM dan menjadi pegawai di Ibupejabat ABIM Pusat di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim.‬

‪Aku mengikuti ceramah-ceramah pimpinan PAS Pusat dan aku sendiri berceramah di depan khalayak penyokong PAS, namun tidak kedengaran sesiapa mengajak orang bertakbir pada masa era itu. Sebaliknya, mereka bertepuk tangan gembira apabila naik semangat menyetujui intipati pidato.‬

‪Aku dilantik sebagai Setiausaha PAS Kawasan Setapak, Wilayah Persekutuan oleh Yang Di-Pertua PAS Kawasan Setapak, Subky Latif pada tahun 1981. Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan kemudian melantik aku sebagai wakil negeri bagi membahaskan Ucapan Dasar Yang Di-Pertua PAS dalam Muktamar Tahunan PAS di Dewan Bahasa dan Pustaka.‬

‪Dalam Muktamar 1981 itu, tiada sesiapa mengajak laungan “Takbir” terhadap ucapan sesiapa, malah amalan menghisap rokok di dalam Muktamar masih belum terhenti. Masih terdapat pimpinan PAS Pusat yang duduk di hadapan yang merokok — menjadi kegemaran mereka ketika itu ialah kretek Gudang Garam. Kretek itu apabila dihisap boleh menyemburkan serpihan bara api yang membakar berhalus pada baju atau jubah mereka hingga nampak berlubang kecil.‬

‪Pernah aku hadir sebagai pemerhati Muktamar Khas PAS pada 2 Mac 1980 di Dewan Bahasa dan Pustaka. Sungguh ramai dalam dewan itu merokok atau berkretek. Tidak pelik jika ramai dalam Muktamar Khas itu pedih mata akibat kepulan asap dalam dewan. Aku boleh sebutkan, pedihnya mata ketika itu bagaikan FRU menembak gas pemedih mata.‬

‪Muktamar Khas 1980 itu membincangkan isu demonstrasi para petani di Alor Setar, Kedah pada 19 Januari 1980 yang membantah Kerajaan berkaitan isu harga padi. Ekoran demonstrasi itu, pada 23 Januari 1980 seramai 14 ahli PAS ditahan di bawah ISA. Walaupun pembahas demi pembahas berucap berapi membidas Kerajaan , namun tiada ajakan dan laungan “Takbir” di dalam Muktamar Khas itu.‬

‪Maka, dari mana dan bila bermula perubahan bertakbir berlaku dalam PAS?‬

‪Pada Februari 1979, revolusi rakyat berjaya menumbangkan Shah Iran. Kejayaan revolusi di Iran itu menarik perhatian dunia, lebih-lebih lagi kepada berbagai gerakan Islam banyak negara. Mereka terpegun dengan kejayaan pembentukan Republik Islam Iran di bawah kepimpinan Ayatullah Rohullah Khomeini. ‬

‪Ramai pimpinan dan aktivis gerakan-gerakan Islam berpusu ke Iran. Dari Malaysia, tidak terkecuali.‬

‪Anwar Ibrahim selaku Presiden ABIM adalah antara yang awal ke Iran selepas kejayaan revolusi. Beliau hadir menyertai delegasi WAMY berkunjung ke Iran pada awal Mac 1979 dan menemui Imam Khomeini.‬

‪PAS juga tidak ketinggalan. Ramai pemimpin PAS, terutama pimpinan Dewan Pemuda PAS berkunjung ke Iran dalam tahun 1981-1982. Malah Dewan Pemuda PAS Pusat menganjurkan secara bersiri lawatan ke Iran ketika itu dan mengikuti kursus-kursus politik di Teheran.‬

‪Aku juga turut menyertainya pada 1982 bersama beberapa pimpinan Pemuda PAS Pusat dan Negeri. Kami mengambil dan membawa pulang banyak iktibar dan pengalaman baru perjuangan dari Iran.‬

‪Dari kursus-kursus itu, kami menggarap gagasan perjuangan Islam yang bersifat alami, antaranya mengenai penentangan terhadap imperialisme kuasa-kuasa Barat dan Timur, penegasan perjuangan membebaskan Palestin dan penghayatan terhadap kepimpinan ulama dalam gerakan.‬

‪Seperkara yang aku amati di Iran ialah kekerapan berselawat dan bertakbir dalam majlis sebagai pernyataan roh perjuangan Islam di dalam majlis dan juga di khalayak awam. ‬

‪Apabila diseru bertakbir, rakyat Iran dalam era tersebut akan melaungkannya dengan nada yang lembut tapi padu. Mereka yang menyambutnya akan laungkan “Allahu Akbar” tiga kali berturut-turut dan disusuli sejurus itu dengan laungan slogan “Mar barg Amriko! Mar barg Syurowi! Mar barg Israil!” Maksudnya, “Jahanam Amerika! Jahanam Russia! Jahanam Israel!”‬

‪Dari Iran, kami Pemuda PAS membawa pulang dan menerapkan amalan bertakbir di dalam parti, dan ia berkembang dengan begitu pesat hingga ke cawangan-cawangan bawahan dalam parti. ‬

‪Berbeza dengan Iran yang rakyatnya bertakbir dengan nada lembut, di Malaysia menjadi lain. Orang-orang PAS mungkin lebih melaung dek berjiwa Melayu yang sifatnya mudah panas melenting akan bertakbir sekuat suara sehingga kekadang nampak tegang urat tengkok.‬

‪Pada waktu itu, PAS mengalami krisis dalaman. Kepimpinan Datuk Asri Muda selaku Yang Di-Pertua disanggahi hebat oleh berbagai peringkat organisasi dalam PAS, terutama sekali Pemuda PAS berikutan kekalahan teruk PAS dalam pilihanraya umum Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Mac 1978 dan pilihanraya umum Parlimen pada April 1982.‬

‪Kemuncak perbezaan ini menjadi tersangat nyata dan tajam apabila buat pertama kalinya Dewan Pemuda PAS Pusat mengadakan Muktamar secara berasingan dari segi jadual dan lokasi dengan Muktamar Tahunan PAS Pusat.‬

‪Muktamar ke-23 Dewan Pemuda PAS Pusat diadakan pada 12 Jun 1982 di Madrasah al-Masriyyah, Bukit Mertajam. Sementara, Muktamar PAS ke-28 diadakan pada 23-24 Oktober 1982 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.‬

‪Muktamar Dewan Pemuda PAS turut mengundang tetamu khas dari Iran untuk berucap, iaitu Dr Fakhruddin Hijazi seorang Ahli Majlis (Parlimen) dari Teheran. Ketika berlangsung ucapan Dr Fakhruddin, buat pertama kalinya laungan “Takbir” bergema dalam majlis rasmi PAS. ‬

‪Gema laungan “Takbir” itu berkemuncak pada Muktamar Tahunan PAS Pusat 1982 di Dewan Bahasa dan Pustaka.‬

‪Sebagai pernyataan sanggahan terhadap kepimpinan Datuk Asri, anak-anak muda dalam dewan muktamar dengan sengaja bertakbir berulang kali bagi mengganggu Asri ketika beliau menyampaikan Ucapan Dasar pada 24 Oktober 1982. Terdapat juga sebahagian anak-anak muda PAS melaungkan “Mar barg Asri!” berkali-kali. Ungkapan Farsi itu bermaksud, “Jahanam Asri!”‬

‪Segelintir penyokong Asri amat marah kepada laungan “Takbir” itu. Aku masih ingat, beberapa orang ‘gedebei’ penyokong Datuk Asri jalan berkeliaran di celah-celah perwakilan dan pemerhati sambil memberi amaran, “Sesiapa yang bertakbir, kami tampar!”‬

‪Tidak tahan dengan gangguan “Takbir” dan jeritan slogan menentangnya, Datuk Asri segera menghabiskan ucapannya. Namun, Ucapan Dasarnya itu kemudian ditolak perwakilan. Tidak pernah berlaku dalam sejarah mana-mana parti politik di Malaysia, Ucapan Dasar Presiden parti ditolak, kecuali PAS. Ini membawa kepada peletakan jawatan Asri sebagai Yang Di-Pertua PAS Pusat secara mengejut di dalam Muktamar itu.‬

‪Kesimpulannya, budaya “Takbir” PAS itu bermula dari Muktamar Dewan Pemuda PAS di Bukit Mertajam pada 12 Jun 1982 dan‬
‪berkemuncak dalam Muktamar Tahunan PAS di Kuala Lumpur pada 24 Oktober 1982.‬

‪Laungan “Takbir” 1982 menjadi strategi yang berkesan untuk menumbangkan Datuk Asri Muda sebagai Yang Di-Pertua PAS Pusat yang ke-4, dan kini laungan itu berkembang menjadi laungan semangat penyokong-penyokong PAS.‬

‪“Takbir” dalam Muktamar PAS 1982 itu tidaklah berkaitan dengan memuji Allah, tetapi dilaungkan untuk menghalau Presiden yang digelar ‘thoghut’ dari partinya sendiri.‬

‪Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!‬



PERTANIAN KITA KETINGGALAN 20 TAHUN KEBELAKANG

MAT SAMAN KATI

Ramai yang akan setuju kalau aku kata pertanian kita ketinggalan 20 tahun berbanding negara maju. Singapura yang tak ada tanah, boleh menjadi negara nombor satu dalam index jaminan makanan global. Semalam, ada empat orang tag aku dalam satu posting yang sama tentang bagaimana Singapura menggunakan Pulau Bulan milik Indonesia sebagai pulau stok makanan.
Aku tak pasti sama ada Singapura mencontohi China atau China yang follow Singapore, tapi modus operandi depa sama. Maklumat intelligence tentang Singapore tak banyak, tapi tentang China ada banyak. So, aku cerita tentang China.
Pertanian kita selalunya dipengaruhi sistem pertanian barat sebab depa dianggap advance kerana "saintifik", walaupun aku lebih berminat dengan sistem pertanian Cuba yang lebih mapan. Selama ini, teknologi pertanian dikuasai barat, tapi sekarang, China sedang memberi saingan. Justru itu, mahu atau tidak, kita akan tunduk kepada salah satu kuasa ini. Barat atau China.
Barat memerlukan beratus tahun untuk sampai ketahap kemajuan sekarang, tapi China hanya memerlukan 60 tahun untuk bangkit dari bencana dan menjadi kuasa besar pertanian sekarang.
Pada tahun 1959 hingga 1961, China mengalami kebuluran. 34 juta penduduknya mati kelaparan.
Dean Gooderham Acheson, U.S State Secretary pada zaman Harry Truman pada masa itu pernah membuat kenyataan, China tidak akan mampu menyediakan makanan kepada 546 juta penduduknya. Pada tahun 1974, World Food Conference mengeluarkan kenyataan, "There's no way China could feed its population of 1 billion people.".
Oleh kerana China menutup pintunya kepada dunia luar, tidak ramai yang mengetahui, pada tahun 1973, Yuan Longping, telah berjaya menghasilkan padi hibrid pertama di China. Dan sejak 1980, team Yuan telah menawarkan latihan, kajian dan usahasama dibeberapa negara yang merangkumi 7 juta hektar. Itu agro-diplomacy awal yang dibuat oleh China.
Tiada penerangan foto disediakan.


Singapore juga menggunakan strategi yang sama dengan menggunakan Temasek Rice untuk berusahasama dengan Myanmar dan Vietnam
China tidak mempunyai kawasan pertanian yang luas macam USA. Topografi China berbukit dan majoriti ladang di China bersaiz kecil.
Keluasan 'arable land' di China hanya 1.4j kilometer persegi dan daripada itu, hanya 1.2% (116,580 km persegi) yang ditanam dengan tanaman utama seperti beras, gandum dan jagung. Keluasan ini hanya 9% dari jumlah keluasan ladang global tetapi China mampu memastikan SSL pada paras 95%. 9% keluasan ladang mampu menyara 20% penduduk dunia.
Yang kurangnya, walaupun 'availability' dan 'affordability' China mendapat markah tinggi, tetapi 'food safety' China fail. China menggunakan terlalu banyak baja kimia dan racun serangga. Itu sebab, kedudukan China dalam GSFI jatuh ketangga ke 35.
Dari negara yang kebuluran, China bangkit menjadi negara yang "self sustainable". Bukan setakat itu, sekarang mereka sama level dengan Amerika dan Eropah. Macam mana depa buat?
China mengamalkan pertanian konvensional dan cubaan untuk membawa bioteknologi mendapat tentangan dari rakyatnya yang menentang GMO. Pada tahun 2013, Presiden Xi Jinping berpendapat, "we cant let foreign companies dominate GMO market." Kalau tak boleh dibuat di China, depa buat diluar China. Dari situ, China menjadi lebih agresif.

Imej mungkin mengandungi: teks
Padi, gandum dan jagung sudah cukup untuk rakyat China tapi mereka terpaksa mengimpot 88 juta tan soya bean dari US setahun dengan harga USD40-50 billion untuk kegunaan ternakan. Lantas China memulakan penanaman soyabean di Brazil dan Peru. Landasan keretapi sepanjang 5000km dibina tanpa perlu melalui Terusan Panama. Pada tahun 2016 saja, China membelanjakan USD26 billon dihampir 100 negara dan sejak 15 tahun yang lalu, China sudah menguasai 66 juta hektar ladang pertanian diseluruh dunia.
Tahun 2017, China meluaskan penguasaan dalam pertanian apabila mengambilalih Syngenta dari Switzerland dengan harga USD43 billion melalui ChemChina. Syngenta merupaka pengeluar racun serangga dan pengeluar benih ketiga besar didunia. Sekarang hanya ada tiga syarikat pengeluar racun dan input pertanian didunia. Du Pont telah dibeli oleh Dow Chemical manakala Monsanto telah ditelan oleh Bayer.
Chemchina juga mengambil alih syarikat tayar Pirelli dan syarikat pengeluar jentera pertanian Jerman, Krauss-Maffei.
Berbanding dengan kita, keluasan sawah padi kita semakin hari semakin mengecil. Tu pun ada hajat nak buat airport kat tengah bendang di Bagan Serai.

KRISIS EKONOMI AKAN BERPANJANGAN



Apabila kerajaan umumkan inisiatif bantuan pengeluaran KWSP selama 12 bulan, moratorium automatik selama 6 bulan, penangguhan bayaran takaful 3 bulan, tempoh PKP dilanjutkan sebulan serta segala macam pakej rangsangan ekonomi yang “no one will be left behind”, hati kecil saya melihat ia sebagai mesej amaran untuk kita semua bagi menghadapi situasi sukar yang lebih panjangKerajaan berikan bekalan awal untuk kita bersedia musim “kemarau” yang panjang.
Paling kurang ia akan berlarutan selama 12 bulan sebelum ekonomi kita pulih. Itupun belum tentu pulih sepenuhnya sebab ia baru sahaja bermula.

1. Sekarang ramai yang sudah terjejas pendapatan mereka. Akan datang pasti ramai lagi. Yang belum terjejas, jangan selesa dengan kedudukan yang ada. Jika tidak berjaga-jaga, kelak akan merana.

2. Ambil peluang untuk keluarkan wang KWSP RM500 sebulan untuk keperluan. Jika tiada keperluan, boleh juga dijadikan tabung kecemasan. Pastikan ia digunakan ketika kecemasan untuk keperluan, bukan untuk emjoy sakan. RM500 x 12 = RM6,000 kita dapat simpan.

3. Dengan moratorium secara automatik juga kita boleh ambil kesempatan untuk tambah simapanan apabila tidak perlu membayar ansuran selama 6 bulan. Jika RM1,000 sebulan 6 bulan kita dapat tambah lagi RM6,000. Jika RM2,000 maka lagi lebih.

4. Hutang kad kredit sangat tinggi kadar keuntungan yang bank ambil. Lagi tinggi daripada personal loan dan hutang lain. Bincang dengan bank utk buat pengstukturan semula. Kemudian potong terus kad tersebut jika nak dapat impak drastik.

5. Kerajaan tak mampu untuk terus menerus untuk menanggung bebanan ini jika keadaan bertambah teruk. Jadi untuk kita sama-sama ringankan beban kerajaan yang secara automatik bebanan kita, tolong patuhi perintah kawalan pergerakan ini. Kalau arahan semudah duduk diam di rumah / stay at home pun sukar kita patuh, apatah lagi yang lain-lain?

6. Selepas tempoh 6 bulan moratorium berakhir, kita kena bayar balik ansuran kita tadi. Jika pendapatan kita terjejas, usahakan untuk berbincang dengan bank jalan terbaik untuk atasinya. Jangan Lari daripada bank. Mereka boleh pertimbangkan untuk pengstukturan semula atau pembiayaan semula hutang. Ia disebut juga RNR; refinance and restructure. Utamakan dulu untuk restructure balik hutang berbanding refinance.

7. Gunakan peluang berada di rumah untuk belajar memasak. Lepas habis tempoh PKP, boleh kekalkan makan masakan dari rumah berbanding makan luar. Ia jauh lebih menjimatkan. Selain itu ia juga menyihatkan.

8. Dalam tempoh PKP ini juga, boleh belajar untuk bisnes online. Boleh mulakan dengan bisnes yang orang sedang cari skrg seperti topeng muka, sanitizer, malah boleh juga perniagaan makanan. Atau paling kurang, jadi runner makanan dan barangan dapur. Boleh tambah duit dapur kita juga.

9. Belajar dan mula ajar anak-anak untuk belajar makan untuk hilangkan lapar, bukan untuk kenyang apatah lagi makan sedap. Lupakan Mekdi dan Kepci buat setahun dua ini.

10. Inilah masanya untuk buang segala macam bebanan kewangan yang ada. Langganan TV berbayar yang jarang sekali kita tonton, 2, 3 talian telefon internet, kad kredit 2, 3 keping dan sebagainya.

11. Rumah dan kereta adalah kos paling besar dalam sesebuah keluarga. Makin besar saiz rumah dan kereta, makin besar maintenance, sewa atau ansurannya. Jadi boleh juga plan slow-slow untuk kecilkan saiz rumah dan saiz kenderaan.

12. Masa yang panjang di rumah boleh gunakan untuk selongkar barang-barang, pakaian, perabot, alat elektrik dll sama ada kita benar-benar guna dan perlu atau sebenarnya ia dibeli sebab terpengaruh dengan jiran, makcik bawang atau Wowshop. Jika ada yang boleh kita jual, jual. Atau dermakan kepada yang memerlukan. Beban kurang, pahala pun dapat.

13. Bayangkan, hilang punca pendapatan pun kita risau memikirkan apa nasib anak-anak kita. Bayangkan kalau dengan kita-kita sekali hilang? Jadi, jika sedang plan nak hentikan takaful untuk ringankan beban, fikir sekali lagi. Boleh buat pengstukturan semula polisi-polisi takaful. Buang manfaat yang kurang penting. Fokus kpd protection. Rule of thumb: Caruman paling rendah, perlindungan paling tinggi.

14. Bagi peniaga kecil dan SME, model bisnes sebekum ini sudah tidak lagi relevan pasca Covid-19. Pengguna akan lebih berhati-hati menggunakan setiap sen mereka. Jadi mahu tak mahu, perlu bersiap sedia untuk mengubah model bisnes yang bersesuaian.

15. Kita berada di akhir zaman. Covid-19, kemelesetan ekonomi, bencana, hutang, gaji dan segalanya adalah ketentuannya. Doa mampu mengubahnya. Sepanjang PKP, biar kita lupa hari, tapi jangan lupa diri apatah lagi lupa Tuhan Maha Pemberi Rezeki

TAK SURUH TINGGAL PUN, ELOK LAH TINGGALKAN,JIKA ADA DULU PUN PH AKAN KALAH JUGA..PUNCANYA SEBAB HANG LA...SUKA MERACAU


HAMSINA HAMZAH

Kerana perangai lahanat celaka haram J kerana kamulah din botox kami meluat seluruh BERSATU! Kau perangai macam gampang hari-hari mengina president kami! Ko ingat kami PH hadap sangat nak ikut team atok ko ker?

Ko ni pejilat kiri kanan just untuk survive dalam politik! Kiri Kanan ko makan! Team moidin pun ko slurp team atok pun ko jilat. Tak siapa pun kami PH nak bawak bewak hidup belakang kami dah. Yang melutut pada DSAI dulu bukan atok yang ko jilat ker dulu? 

Tak apa pun ,elok lah,sebenarnya adanya atok kau pun jadi masaalah dalam PH, tak serasi, kau pujuk lah atok kau supaya tinggalkan PH, dan kau pun bolehlah cari makan apa yang patut..maklumlah bil banyak kena settle..

Kalau sejak zaman Ummi Hafilda  dan Azwan Ali ..dan lihat mereka bagaimana sekarang?Dulu-dulu kau kena caci maki hamun setiap kali muncul perbicaraan DSAI,  sampai zaman Pak Lah sampai sekarang, sama saja kau ni, tak dak berubah pun, cari makan dengan jadi orang tengah minta mana patut, kami dibawah ini tak apa pun, lawan macam itu, sokong pun macam itu..tak adalah bila sokong,,kami dapat jadi tauke sawit antarabangsa...

Cita cita kami sikit saja pun, nak lihat anak anak kami membesar dengan fahaman demokrasi yang baik, hubungan antara kaum yang harmoni, tidak ada penunggang agama dan penjual sunnah, tidak juga kaki sakau dan sapu duit rakyat,tidak ada lagi pengkhianat bangsa Melayu...kami harap anak anak kami kelak ingat semua ini sementara mereka sedang belajar di Universiti dan kenali muka muka tak malu dalam negara...jika sampai masa dan waktu nya  generasi anak anak kami akan menilai dan menghukum orang -orang seperti kamu yang melakukan kerosakan dalam negara bersama pimpinan yang lain juga.

Sila berambus Tak cukup stadium Barcelona kami tadah lautan Hindi kami hamparkan asalkan ko dan team ko berambus dari PH. Korang bawa sial jer selama hari Ni😞😞😞😞

“Tun Dr. Mahathir harus tinggalkan saja PH sekiranya puak Anwar Ibrahim masih kurang ajar dan tidak ikhlas” – Khairuddin -

APAKAH AKAN ADA LANTIKAN FASA KE 2 GLC MELIBATKAN KETUA KETUA BERSATU?



Harus disedari, cabaran politik yang mesti dihadapi oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam waktu yang terdekat ini adalah melibatkan dua perkara.
Cabaran pertama, usul undi tidak percaya di Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat yang bermula pada 18 Mei akan datang.
Cabaran kedua, mempertahankan kedudukannya sebagai Presiden Bersatu yang akan dicabar oleh Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir.
Berikutan ancaman wabak Covid-19, Pendaftar Pertubuhan atau RoS telah memberi arahan bahawa semua parti politik hanya dibenarkan mengadakan perhimpunan selepas 30 Jun 2020.
Ini bermakna, pemilihan Bersatu sepatutnya diadakan pada Jun dijangka akan dilangsungkan sekitar Julai atau Ogos tahun ini.
Melewatkan lagi daripada tempoh itu tentu saja dianggap tidak wajar kerana Bersatu tidak pernah mengadakan pemilihan parti sejak ditubuhkan pada 2016 lalu, kecuali jika wabak Covid-19 benar-benar memberi ancaman yang terus berpanjangan.
Kedua-dua cabaran ini bukan saja mesti dihadapi, malah wajib dimenangi oleh Muhyiddin bagi memastikan survivalnya sebagai Perdana Menteri dapat dipertahankan sehingga PRU15 akan datang.
Untuk mendepani cabaran pertama, sebagaimana yang disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan, Muhyiddin telah dan akan melantik lebihan Ahli Parlimen penyokong kerajaan yang tidak berjawatan menteri atau timbalan menteri sebagai pengerusi GLC atau syarikat berkaitan kerajaan.
Sehingga ini beberapa Ahli Parlimen Pas dan UMNO sudah pun dilantik mengetuai GLC dan Muhyiddin pasti akan membuat lantikan lagi sehingga sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen masing-masing ada jawatan bergaji lumayan, termasuk kemudahan kereta dan pemandu, sebelum 18 Mei ini.
Jika gagal berbuat demikian, risiko untuk Muhyiddin ditewaskan dalam usul undi tidak percaya adalah sangat terbuka.
Dalam hal ini, silap-silap Zahid Hamidi, Najib Razak, Ahmad Maslan, Tengku Adnan Tengku Mansor dan Bung Mokhtar Radin yang sedang berdepan pertuduhan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram di mahkamah pun tidak mustahil akan dilantik sama mengetuai mana-mana GLC yang bersesuaian.
Yang penting bagi Muhyiddin, kedudukannya sebagai Perdana Menteri melalui tebuk atap mesti diselamatkan, walau dengan apa cara sekali pun.
Sehingga ini bermakna, walaupan lantikan Ahli-Ahli Parlimen mengetuai GLC mendapat kecaman ramai kerana dianggap mempertaruhkan untung rugi syarikat untuk kepentingan jawatan, ia dijangka tidak akan dapat mengubah fikiran Muhyiddin dan apa yang beliau lakukan adalah semata-mata untuk menyelamatkan kedudukannya.
Lagi pula, berbanding jawatan Perdana Menteri yang disandangnya dengan untung rugi GLC, tentulah Muhyiddin jauh lebih sayang dan mahu memastikan nikmat kedudukannya dapat diselamatkan.
Selepas cabaran pertama itu dan katalah beliau mampu melepasinya, Muhyiddin perlu pula berdepan cabaran kedua iaitu pemilihan dalam Bersatu.
Walaupun rekod Mukhriz tidak pernah cemerlang sebelum ini dan dalam UMNO sendiri, beliau pernah kalah bertanding jawatan Ketua Pemuda Bahagian UMNO Kubang Pasu, Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Naib Presiden UMNO, tetapi pertandingan dalam Bersatu menentang Muhyiddin kali ini tentulah berbeza.
Ini kerana pengurus kempen bagi Mukhriz untuk berlawan dengan Muhyiddin nanti adalah Tun Mahathir sendiri yang telah pun diumumkan menang tanpa bertanding sebagai Pengerusi Bersatu.
Sementara ketika dalam UMNO dulu, pengurus kempen Mukhriz hanyalah Peja atau Ahmad Faizal Azumu yang sekarang adalah Menteri Besar Perak.
Dengan kedudukan lebih 60 peratus ahli Bersatu adalah anti UMNO dan pro Tun Mahathir, kelebihan sokongan kepada Muhyiddin dalam barisan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi pula hanya sekitar dua orang serta majoriti Ketua-Ketua Bahagian parti itu seperti “wiper” iaitu kiri sapu dan kanan pun sapu, usaha Muhyiddin untuk memenangi pertandingan dengan Mukhriz tidaklah sebegitu mudah sebenarnya.
Jika kena gayanya, tidak mustahil Mukhriz mampu membuat kejutan dan kemudian Bersatu dapat dikuasai secara majoriti atau sepenuhnya oleh Tun Mahathir.
Apakah dalam hal ini, demi untuk memastikan kemenangannya, akan berlaku lantikan fasa kedua dalam GLC oleh Muhyiddin tidak lama selepas ini yang melibatkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan Ketua-Ketua Bahagian Bersatu pula? (ShahbudinHusin 14/04/2020)

INI PUNCA KKM KENA KECAM?


HAMSINA HAMZAH

Tahukah anda siapa sebenarnya Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Menteri Kesihatan, yang dikaitkan dalam satu perbualan group WhatsApp berkenaan satu arahan berkenaan posting di FB page Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?
Imej mungkin mengandungi: teks mungkin yang mengatakan '9144 ~LIVINGLEGEND As salam terima kasih. Posting dinaikkan atas arahan susk ybmk. 22:19 1403 ~Mahyuddin Jika nak buat post macam tu, pakai personal FB. Bila jadi macam ni, rosak image KKM. Netizen kita cepat je screen shot 22:19 +60 19-353 1403 ~Mahyuddin +60 12-347 9144 As salam terima kasih. Posting dinaikkan atas arahan susk ybmk. En. Nazuri, macam tadi, sokongan buat posting bukannya menarik la rakyat (ie kepada kerajaan sekarang ni. Kena sepatutnya tahu En. Nazuri pun mungkin tersepit dalam isu ni. 22:22'
Khabarnya tulisan itu telah dipadamkan selepas mendapat kecaman meluas daripada mereka yang berkunjung ke laman tersebut.
Mohd Shahril Abdullah telah dipinjamkan dari UTM (JPU) ke KKM bermula 20 Mac 2020 lalu.
Jangan tersilap, beliau merupakan adik kembar kepada Timbalan Menteri Kewangan II yang merupakan Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah.
Abang kembar beliau adalah Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia merangkap Ketua Pemuda Umno Negeri Pahang.

(function() { var d = document, w = window; w

KAU CAKAP PADA SIAPA BAI....