SUDAH LA UMNO..JANGAN LAGI TIPU MELAYU

 Umno tolak jawatan TPM, mahu tamat kerjasama dengan PN - Sumber

malaysiakini.com
Umno tolak jawatan TPM, mahu tamat kerjasama dengan PN - Sumber
Presiden Umno membuat ketetapan itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang berlangsung di Janda Baik, Pahang, pada Jumaat lalu.


NORMAN RADZUAN


SUDAH-SUDAH LA NAK TIPU ORANG MELAYU WAHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO !! XLAKU LAA TEMBERANG UMNO NAK. PUTUS HUBUNGAN DGN PPBM LEPAS TAMAT DARURAT

Awat tungguTAMAT DARURAT?? PESAL APE BUKAN SEKARANG KALAU PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO NI ANAK JANTAN ADE TELO SEBESAR TELO OSTRICH, BUKAN XDE TELO LANGSUNG !!

MACAM-MACAM HELAH DAN TEMBERANG BODOR UMNO NI.....ORANG MELAYU DAH CERDIK !!ORANG MELAYU DAH KENAL CAKAP PENIPU PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO NI....wakakakaka




AHLI MT UMNO CADANG SIDANG PARLIMEN DI DEWAN SEKOLAH

 

May be an image of indoor



TAHNIAH di atas kejayaan PKP. Kalau PKP gagal mana mungkin shopping complex buka sepenuhnya apatah lagi PKP masih berkuat kuasa sehingga 4 Mac 2021.

Ramai sungguh orang pergi shopping di Alamanda dan Mall IOI Putrajaya. Macam nak sambut hari raya.

Sekolah pun akan buka pada 1 Mac iaitu tiga hari lebih awal sebelum PKP tamat.

Oleh kerana dewan sekolah boleh pakai, maka saya setuju sidang Parlimen buat di Dewan Sekolah.

Virus COVID-19 cuma serang Parlimen. Apa ada hal.

DR. PUAD ZARKASHI

Ahli MT UMNO

22 Februari 2021.



WAK SEMBANG KARI. TAK BERANI NAK TARIK SOKONGAN

 

SHAHBUDIN


Demokrasi di bawah kepimpinan Muhyiddin sudah mati, kata Zahid Hamidi.

Soalnya, apakah UMNO rela terus tinggal serumah dengan pemimpin yang mematikan demokrasi itu?

Kenapa membiarkan orang yang mematikan demokrasi itu berkuasa lagi?

May be an image of 1 person and text that says "malaysiakini BERITA UTAMA Mukviz.Hazimmalaysiakini. Demokrasi Malaysia sudah dikafankan, kata Zahid Presiden Umno itu berkata surat Azalina kepada peguam negara berhubung penggantungan parlimen merupakan suara rakyat yang disampaikan timbalan speaker Dewan Rakyat itu."

Timbalan Presiden PAS tampil nafikan dakwaan ada gerakan ‘gulingkan’ Hadi

 


Timbalan Presiden PAS tampil nafikan dakwaan ada gerakan ‘gulingkan’ Hadi


Lagi pemimpin kanan PAS tampil menafikan wujud gerakan untuk menjatuhkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang setelah dakwaan itu mula bermain di media sosial sejak minggu lalu.

Walaupun masih tiada bukti konkrit dikemukakan buat masa ini, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu bahawa semua khabar angin itu tidak betul.

“Maaf, tak ada isu pun. Cerita tak betul,” katanya ringkas ketika diminta mengulas mengenai dakwaan tersebut oleh Malaysiakini semalam.

Setakat ini, ketika ditanya media, pemimpin PAS menafikan gerakan itu. Mereka termasuk Mursyidul Am PAS Hashim Jasin dan anggota jawatankuasa kerjanya Nasrudin Hassan.

Pesuruhjaya PAS dari empat negeri – Terengganu, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan – turut menafikan dakwaan sama.

Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan Badzli Bakar antaranya menyifatkan dakwaan itu sebagai “perbuatan kawan-kawan yang nakal” manakala pesuruhjayanya Rafaie Mustapha mendakwa ia “mainan musuh”.

Spekulasi dan penafian-penafian itu, dilaporkan oleh harian berbahasa Melayu, Sinar Harian serta beredar di media sosial ketika Hadi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana sesak nafas pada 16 Februari lalu.

Ia dikatakan mempunyai kaitan dengan hala tuju PAS untuk memilih sama ada bersama Umno atau Bersatu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Cabar dedahkan rakaman

PAS kini menjadi sekutu kepada kedua-dua gabungan yang berbeza iaitu Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

Dilema itu muncul selepas Umno dilihat mungkin membawa haluan tanpa Bersatu dalam PRU ke-15.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan terdapat khabar angin yang memberi gambaran wujudnya gerakan untuk menjatuhkan Hadi membabitkan pimpinan parti itu sendiri. Hadi adalah presiden paling lama dalam sejarah PAS dan mengetuai parti itu sejak 2002.

Akhbar itu juga menyebut ada dakwaan wujud rakaman audio perbualan di antara Hashim dengan dan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Mohd Khairuddin Aman Razali berkait isu berkenaan.

 

Ia dikatakan merakamkan perasaan tidak puas hati Mohd Khairuddin terhadap Hadi dan Hashim didakwa bersetuju dengan apa yang diperkatakan menteri perusahaan, perladangan dan komoditi itu.

Hashim bagaimanapun menafikan perkara itu dan mencabar rakaman itu didedahkan, jika benar ada.

“Audio apa yang dimaksudkan? Tidak ada audio seperti didakwa, saya nafikan apa yang disebarkan itu,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Sementara itu, tulisan pojok oleh Awang Paku Serpih di Sinar Harian pula mengingatkan bahawa air tenang jangan disangka tiada buaya.

“Rupanya air tenang jangan disangka tiada buaya. Dalam cawan pun air boleh berkocak.

“Kata orang kalau tak ada angin, pokok tak bergoyang. Jikalau tak betul, masakan orang-orang besar PAS keluar kenyataan dan buat penafian,” kata penulis seperti disiarkan 20 Feb lalu.

Laga-lagakan kelompok parti

Sementara, beberapa wartawan Malaysiakini juga menerima rakaman suara daripada pihak tidak dikenali yang menghentam Khairuddin yang didakwa mempunyai peranan dalam gerakan itu.

Perkara ini juga masih tidak dapat disahkan buat masa ini.

Malaysiakini telah cuba menghubungi Mohd Khairuddin yang juga anggota Parlimen Kuala Nerus sejak minggu lalu dan masih menunggu maklum balas berkaitan dakwaan-dakwaan terhadapnya.

 

Dalam perkembangan sama bekas Ketua Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik, dalam hantaran di Facebook memberi peringatan supaya PAS berwaspada dengan tindakan musuh.

Dengan memetik isu perpecahan yang terjadi pada 2015, Mokhtar berkata selepas gagal memecahkan MN dan PN, musuh akan pecahkan Umno, Bersatu dan PAS dari dalam.

“Apabila masing-masing dah pecah, bergabunglah macam mana pun tidak akan kuat lagi.

“Kepimpinan PAS di semua peringkat jangan tertelan pil khas yang dibuat oleh musuh itu. Ambil iktibar peristiwa 2015.

“Mereka laga-lagakan kelompok profesional dengan kelompok ulama. Walhal kelompok itu tidak ada pun. Kerana ghairah dengan janji-janji DAP mereka sanggup tinggalkan presiden.

“Tapi nak tinggal mentah-mentah begitu tak tergamak dan takut orang nampak. Lalu dicipta ada kumpulan dalam PAS yang mahu langgar presiden.

“Akhirnya yang dituduh nak langgar presiden itulah yang berdiri teguh mempertahankan presiden, manakala yang asalnya nampak nak bentengi presiden itu pula yang langgar presiden sampai hari ini,” katanya yang dilihat menyentuh isu berkenaan seawal 17 Feb lalu. 




NUR JAZLAN HENTAM PAS

 


Panas! Pemimpin UMNO cabar PAS bekerjasama dengan AMANAH

Pemimpin UMNO cabar PAS bekerjasama dengan AMANAH

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed, mencadangkan agar Pas mengajak parti Amanah bekerjasama dalam Perikatan Nasional ( PN) jika mereka benar-benar ikhlas memperjuangkan penyatuan ummah.

Menurutnya, seperti mana Pas menggesa UMNO menerima kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam kerajaan PN atas nama menyatukan orang Melayu, Pas juga sepatutnya mampu mempelawa bekas parti serpihan itu dalam kerjasama politik.

“Sebelum ini Pas begitu ghairah mendesak UMNO menjalinkan kerjasama politik bersama Bersatu dengan mengeluarkan pelbagai dalil dan hujah atas alasan demi penyatuan ummah.

“Oleh itu, saya mencabar Pas supaya memujuk Amanah meninggalkan Pakatan Harapan dan berganding bahu dalam PN.

“Apabila Pas boleh bersahabat dengan Amanah, mungkin kepimpinan UMNO juga boleh memikirkan untuk bekerjasama dengan Bersatu atas nama perpaduan Melayu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Mengulas lanjut, Nur Jazlan berkata, cadangan itu juga turut dipanjangkan kepada Bersatu supaya meluluskan pendaftaran parti Pejuang dan Muda serta mengajak mereka bersama dalam PN.

Jelas beliau, jika semua pihak jujur mahu memperjuangkan agenda penyatuan ummah, mereka perlu adil dan menerima cadangan ini kerana ia baik untuk keseluruhan orang Melayu.

“Jangan hanya pandai minta UMNO sahaja menerima kewujudan parti serpihannya, Pas dan Bersatu juga perlu berjiwa besar untuk mempelawa parti serpihan mereka bekerjasama.

“Bila semua parti Melayu bekerjasama sama mungkin kita boleh wujudkan satu kerjasama politik baharu dengan gunakan nama baharu.

“Dari situlah baru kita boleh nampak adakah Pas dan Bersatu jujur dalam agenda penyatuan ummah atau sekadar retorik politik untuk terus memegang kuasa serta jawatan,” katanya.

Begitupun katanya, jika Pas menolak cadangan berkenaan beliau menasihatkan parti itu agar tidak lagi ‘berkahwin dua’ dengan Muafakat Nasional dan PN kerana terbukti mereka tidak dapat berlaku adil.

Jelasnya, Pas perlu memilih hanya satu pihak sahaja untuk bekerjasama kerana selama ini cukup jelas parti itu hanya mengutamakan kerjasama dengan PN berbanding menyelamatkan MN disebabkan tamak kuasa dan jawatan dalam kerajaan.

“Kalau tak boleh berlaku adil jangan nak hidup bermadu dan berlaku curang kepada MN. Pas perlu membuat pilihan sama ada nak bersama MN atau PN.

“Ini tidak, Pas cakap mahu terus memperkukuhkan MN tetapi melebih-lebihkan PN sebab mereka diberikan jawatan serta kuasa. Mana boleh main dua kolam macam ni,” katanya.

Nur Jazlan memberitahu beliau turut mendapat khabar ada ahli akar umbi Pas sendiri tidak berpuas hati kerana mereka mendakwa tiada manfaat yang diterima oleh ahli bawahan apabila parti itu bersama PN sebaliknya hanya menguntungkan pucuk pimpinan tertinggi sahaja. 



Slogan ‘PAS for all’ ternyata gagal, semuanya hanya janji-janji manis

 


Slogan ‘PAS for all’ ternyata gagal, semuanya hanya janji-janji manis

Pas yang sering mengangkat slogan ‘Pas For All’ ternyata gagal mengotakan kata-kata mereka sendiri secara praktikal apabila Setiausaha Kebangsaan Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP), S Barathidasan bertindak keluar daripada parti itu.

Timbalan Pengerusi Biro Integrasi Angkatan Wanita Parti Amanah Negara (Awan) Nasional, Arulselvi Nathan berkata, tindakan nekad itu jelas membuktikan bahawa Pas telah gagal mengotakan janji-janji manisnya, terutamanya kepada ahli-ahli DHPP.

“Tindakan berani ini perlu dipuji dan sudah tentu ia bertitik tolak daripada kesedaran serta perhitungan prinsip dan moral perjuangan masyarakat bukan Islam yang akhir-akhir ini sering dilayan sebagai minoriti mengancam dan warganegara kelas kedua dalam masyarakat Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, ibarat sudah terang lagi bersuluh, Pas dan pemimpin peringkat pusat gagal menjaga kepentingan dan kebajikan masyarakat bukan Islam khususnya di Kedah.

“Situasi menjadi semakin tegang sejak bermulanya isu kuil Hindu yang diroboh tanpa ada rundingan dengan kerajaan Persekutuan.

“Belum sempat pun bahangnya reda, Menteri Besar Kedah yang juga daripada parti Pas telah bertindak membatalkan cuti peristiwa sempena perayaan Hari Thaipusam baru-baru ini,” kata beliau.

Beliau tidak menolak tindakan DHPP juga menggambarkan Pas gagal memberi dan memastikan keadilan kepada kaum dan agama lain, sebaliknya galak berterusan memainkan sentimen prejudis kaum dan agama sambil membayangkan seolah-olah wujud layanan pengkastaan dalam kedudukan warganegara Malaysia.

“Kepentingan kaum dan agama lain sudah tidak lagi diberi perhatian sebagai agenda parti tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, Awan Nasional ingin menzahirkan solidariti mereka atas kekecewaan Barathidasan dan mengalu-alukan sekiranya beliau dan rakan-rakan beliau berhasrat untuk menyertai Amanah.

Menurut Arulselvi, Amanah kekal konsisten dan berani berprinsip dalam menyatakan sokongan serta pembelaan parti berkenaan terhadap hak-hak masyarakat majmuk dan minoriti dalam Malaysia.

“Amanah yang berpegang kepada prinsip ‘Islam Rahmat Untuk Semua’ telah banyak meleraikan permasalahan berkaitan masyarakat bukan Islam, sekalipun mereka terus menjadi sasaran serangan propaganda jahat, fitnah dan adu domba kaum dan agama.

“Ia sama sekali tidak pernah mematahkan semangat semua kepimpinan Amanah yang jelas menjadikan ajaran sebenar Nabi Muhammad SAW sebagai ikutan dan panduan mengurus keunikan ciptaan Tuhan yang penuh dengan kepelbagaian,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia perlu dibangunkan dengan semangat patriotik jujur dan tulus untuk negara, sambil ikhlas memelihara dan melebarkan semangat saling memahami, saling menghormati dan saling mengasihi di antara semua masyarakat berbilang yang menjadi keunikan dan kehebatan negara.

“Bak kata pepatah Inggeris, ‘better late than never’, kami berdoa semoga lebih ramai akan sedar keunikan dan keistimewaan Amanah yang sentiasa komited dan ikhlas meletakkan nilai-nilai murni sejagat menjadi teras sebenar Islam sebagai asas perjuangan membina semula negara,” katanya.

Pada Ahad, Barathidasan meletakkan semua jawatan yang disandang di dalam DHPP dan Pas disebabkan masalah dan isu yang berterusan dalam parti itu sehingga tidak dapat membawa suara rakyat khususnya masyarakat India.

Menurut beliau, antara jawatan dilepaskan ialah urus setia DHPP Pusat, Ketua DHPP Wilayah Persekutuan, Pengarah Pilihan Raya DHPP Pusat, Ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas Pusat serta Ahli Jawatankuasa BAKIP yang berkuat kuasa pada 31 Disember lalu. 


Panas! Pemimpin UMNO gesa Zahid letak jawatan, elak ‘dibuli’ Bersatu dan PAS

 


Panas! Pemimpin UMNO gesa Zahid letak jawatan, elak ‘dibuli’ Bersatu dan PAS

Kegagalan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menguruskan parti dan persepsi dengan kes-kes mahkamahnya menyebabkan UMNO mudah ‘dibuli’ oleh saingan politiknya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas atau lain-lain.

Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman berkata, Presiden UMNO itu juga perlu melepaskan jawatan dan meninggalkan tanggungjawab sekiranya difikirkan tidak lagi mampu menguasai ahli Majlis Tertinggi (MT) parti.

“Dia keterlaluan menjadikan kuasa sebagai matlamat parti akhirnya menjadikan UMNO hilang arah tuju.

“Kesannya dilihat sebagai tidak berpendirian dan mudah dipergunakan oleh parti-parti saingan politik sama ada Bersatu, Pas dan lain-lain,” katanya semasa dihubungi pada Isnin.

Sebelum ini, Jabatan Komunikasi Strategik (JKS) Penerangan UMNO menafikan laporan berita bahawa MT membuat keputusan menolak kerjasama antara Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum akan datang.

Jelas JKS, laporan yang dibuat media mengenai penolakan kerjasama itu tidak betul dan ibu pejabat UMNO menandang serius dakwaan berkenaan.

Dalam pada itu kata Ahmad Tajuddin, Ahmad Zahid harus berdepan apa jua pendakwaan di mahkamah sebagai cabaran demi survival UMNO dan Barisan Nasional (BN) jika menolak kerjasama PN termasuk memutuskan hubungan dengan Muafakat Nasional (MN).

“Ahmad Zahid perlu membuat pilihan untuk BN terus bergerak ke hadapan, dan pada masa sama menegaskan pendirian UMNO dan BN berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) secara bersendirian,” katanya.

Ujarnya lagi, Ahmad Zahid perlu juga menerangkan arah tuju UMNO yang sebenarnya.

“Apakah pembentukan UMNO pada tahun 1946 hanya merupakan pertubuhan untuk mendapatkan kuasa atau ianya permulaan kepada satu pembangunan tamadun Melayu, penerusan daripada apa yang telah dimulakan oleh Raja-raja Melayu dan pimpinan Melayu sebelum dan semasa zaman penjajah,” ujarnya.

Ahmad Zahid sebelum ini mendedahkan bahawa pembentukan kerajaan PN hanyalah berdasarkan jumlah majoriti satu undi sahaja.

Katanya, ketika pembentukannya, kerajaan PN hanya didukung seramai 113 orang ahli Parlimen.

Menurutnya, untuk membentuk kerajaan, ia memerlukan sekurang-kurangnya 112 ahli Parlimen..



SOSIAL: HARIMAU YANG VIRAL TELAH DITANHKAP PERHILITAN

 Sedikit info..


Terengganu

Isnin,22.02.2021


OPERASI TANGKAPAN SEEKOR HARIMAU JANTAN DI LADANG FELDA KERTEH 2, KEMAMAN, TERENGGANU


Sebentar tadi, Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah berjaya menangkap seekor Harimau jantan melalui tembakan ubat pelali di Ladang Felda Kerteh 2, Kemaman, Terengganu. Harimau tersebut telah tercedera kerana terdapat 3 kesan tembakan pada bahagian kaki belakangnya. Harimau ini akan dipindahkan ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan  (NWRC), untuk rawatan susulan dan pemantauan lanjut.


Kejayaan tangkapan Harimau pada hari ini diharap dapat menyelesaikan masalah gangguan Harimau yang telah menyerang ternakan penduduk sekitar ladang tersebut sejak November tahun lepas.


Sumber:Jabatan Perhilitan





((PANAS)) MENDEDAH KEJAHATAN WALAUN PAS SEMPENA SETAHUN TEBUK ATAP - PAR...

(LIVE) Anwar Ibrahim & Dr Maszlee Malik : Bicara Pendidikan - Keutamaan ...

Menteri Agama jangan kalut pasal Liverpool, tumpulah pada urusan perkasa Institusi Agama

 


Menteri Agama jangan kalut pasal Liverpool, tumpulah pada urusan perkasa Institusi Agama

Menteri Agama tak payah dok kalut sangat bab bola, bab kelab Liverpool yang dia minat. Aku pun minat bola juga, walaupun tak berapa pandai main.

Tapi taklah nak kalut sangat. Aku tak kisah pun kelab mana menang atau kalah sebab bukan ada kena mengena sangat dengan aku.

Banyak isu berkaitan agama Menteri Agama buat tak kisah. Buat pekak badak. Isu pondan (malas nak sebut nama), isu RUU 355 yang dia sokong nak “mampuih”, isu “murtad” kerana kahwin, isu isteri terabai, isu OKU orang Islam, isu kartel daging, isu logo halal dan banyak lagi.

Nanti dijawab, semua isu tu ada kementerian masing². Ya, isu bola pun ada kementerian sendiri juga, awat yang dia kalut lebih. Sampai usung jersi Leverpool sana-sini, apa hal? Minat pun berpada-padalah. Menteri Sukan pun tak sekalut Menteri Agama bab bola ni.

Cuba Menteri Agama fokus kepada penambahbaikan masjid sebagai institusi masyarakat. Zaman PH, Mujahid dah lagang elok nak buat Masjid Rahmah supaya masjid benar-benar berfungsi sebagai rahmat untuk umat. Sepatutnya itulah agenda yang menteri agama kena fokus betul².

Menteri Agama tak ada idea, aku pun boleh tolong bagi. Banyak idea juga aku ada yang aku dah rancang dengan kawan² nak buat dulu, tapi terbantut. Kamonlah menteri. Tangguhkan sekejap urusan bola tu. Atau kalau dah terlampau minat, berpada-padalah…!

Sebahagian masjid kita masih kurang menyerlah sebagai institusi masyarakat yg inklusif. Masjid kita masih ekslusif. Misalnya, nak masuk kawasan masjid kena pakai tudung. Apa ni? Biarlah kalau ada perempuan nak masuk kawasan masjid tak pakai tudung. Apa masalahnya? Masjid mesti mesra masyarakat.

Sekolah² tahfiz kita, mana Majlis Tahfiz Negara yg dirancang dulu? Kelas KAFA, macam mana? Masih ditakuk lama? Apa penambahbaikan kurikulum, latihan guru, kebajikan guru, prasarana dan banyak lagi. Apa Menteri Agama buat? Serah kepada pegawai Jakim?

Itu belum lagi usaha menambahbaik kefahaman orang bukan Islam terhadap Islam. Takkan hanya tunggu raya Cina, pakai jubah merah dan hantar limau? Selain daripada itu, apa usaha?

Bagaimana dengan isu melampau dalam beragama dalam kalangan umat Islam? Macam mana dengan ajaran sesat? Macam mana dengan masa depan anak muda Islam pasca Covid 19? Apa plan jangka panjang untuk memastikan anak muda Islam berupaya bersaing dalam era dunia tanpa sempadan?

Banyak lagi perkara dalam otak aku yang aku nak tulis. Pegawai Jakim ramai, mereka punya kepakaran, tapi Menteri Agama kena ada idea untuk menggerakkan mereka. Tapi kalau Menteri Agama pantas bersuara dan respon dalam kes bola, tapi slow mlow dalam isu umat, kes nayalah…

Sebab itu aku selalu kata kepada kawan². Jangan terkesima sangat dengan gaya luaran, tapi kena tengok idea, wawasan dan gagasan yang dibawa.

Tapi tulah…!

Sumber:

26 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA MENYUSUL LEWAT PETANG

 



SILA TEKAN  >   UNTUK MEMBACA BERITA AWAL. SOKONGAN ANDA AMAT DIHARGAI...ANDA MEMBACA WRLR  MEMBAWA BERITA TEPAT DAN BENAR.



May be an image of one or more people and text that says "Astro AWANI Favourites 3h・ Abdul Hadi berpendapat, tindakar itu sengaja dibuat bagi melahirkan perspektif negatif terhadap agama Islam. #AWANInews #AWANI745 i ASTRO AWANI Awas pihak jadikan media sebagai senjata serang Islam- Hadi"


BAIM

Zaman berzaman juga sentiasa je timbul orang yang berlagak alim tapi sebenarnya membawa kesesatan, mengajak orang melakukan dosa atas nama agama dan menyeru ahli kiblat bergaduh sesama sendiri..

Haji dari Marang ni ajar orang Islam berbohong kononnya katanya bohong itu wajib jika membela Pas.. tak ke ..... lagu tu?

Pas tidak salah tetapi ianya dibawa orang yang memporakperandakan orang Melayu.Kenapa zaman TGNA dan Fadzil Noor Pas dilihat dan dihormati bangsa lain?




 

KALAU ULAMAK POLITIK...PENDIRIAN PUN POLITIK SAHAJA DEMI POLITIK....

 

IBRAHIM MAT ISA


Nampaknya pak haji mereng ni masih kekal dengan pendiriannya bahawa perjuangan yang dia bawa itu tepat mengikut Islam.

Aku tak akan serang orang Islam yang kekal berprinsip, Amar ma'aruf nahi mungkar!

Tapi kalau orang politik gila babi macam dia, mendokong pengkhianatan yang diharamkan Islam, menuduh orang Islam sebagai kafir dan anti Islam, kau siap berdepan dengan kami!

Kamu tu hanya ulamak suk yang perdagang Islam dengan harga murah demi kuasa wang dan pangkat!

 May be an image of one or more people and text that says "Astro AWANI Favourites 3h・ Abdul Hadi berpendapat, tindakar itu sengaja dibuat bagi melahirkan perspektif negatif terhadap agama Islam. #AWANInews #AWANI745 i ASTRO AWANI Awas pihak jadikan media sebagai senjata serang Islam- Hadi"

MASIH ADAKAH 113 DI TANGAN MUHYIDDIN?

 May be an image of 1 person and text that says "Zahid dela pembentukan kerajaan PN berdasarkan satu undi Sinar Harian Februari 22, 2021 01:09 MYT Ahmad Zahid berkata, ketika pembentukannya, kerajaan PN hanya didukung seramai 113 orang ahli Parlimen. -Gambar fail/Astro AWANI SHAH ALAM: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa pembentukar kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanyalah herdasarkan umlah mainriti satı undi sahaia"


Rupa2nya selepas Langkah Sheraton, Muhyiddin jumpa Agong hanya bawa 113 sahaja sokongan MP. Ertinya majoriti satu undi saja. Itu dulu, sekarang Muhyiddin tinggal berapa? Dua MP dari Umno terang2 tolak muhyiddin, tidak termasuk Najib, Zahid, Ku Li, dan MP yg telah meninggal dunia.

Jika dengan modal majoriti satu undi Muhyiddin tidak malu dan segan untuk mengadap Agong, saya rasa tindakan Anwar sekarang mengutus surat ke istana untuk memohon mengadap Agong adalah tindakan yang wajar.

Bilakah Anwar dapat mengadap Agong? Saya percaya akhirnya Tuanku akan mempunyai sedikit masa untuk menerima mengadap Ketua Pembangkang itu.

Muhyiddin patut meletakkan jawatannya sekarang kerana amat buruk kesannya terhadap ekonomi dan amalan demokrasi di negara kita selagi negara ini dipimpin oleh seorang PM yang tiada lagi majoriti.

WFAUZDIN NS

 


(LIVE) Anwar Ibrahim & Dr Maszlee Malik : Bicara Pendidikan - Keutamaan ...



Bicara Pendidikan - Keutamaan Yang Diabaikan Anwar Ibrahim akan berbicara tentang pendidikan bersama mantan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial UNISEL Amidi Abdul Manan dan pesara guru yang juga pengasas The Reading Bus Club Cheli Tamilselvam Nadarajah dalam sesi ‘Bicara Pendidikan: Keutamaan Yang Diabaikan’.

Mat Sabu: Ucapan Penuh Pelancaran Tabung Peduli Pendidikan AMANAH Nasion...




Negara perlu reformasi pendidikan - Anwar


Negara perlu reformasi pendidikan - Anwar
Anwar menjelaskan, reformasi pendidikan akan mengelakkan negara ketinggalan sekali gus satu survival pendidikan kepada negara, masyarakat dan umat. - Foto Facebook /Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Negara memerlukan satu reformasi pendidikan yang akan menghalang masalah besar terutama kepada generasi miskin sama ada di bandar, desa atau pedalaman.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, ia juga akan mengelakkan negara ketinggalan sekali gus satu survival pendidikan kepada negara, masyarakat dan umat.
"Sebab itu saya tekankan tadi tentang keperluan meminta kepimpinan di kementerian membuka ruang kepada perancang memikir semula, memanfatkan kajian dan kepakaran di universiti-universiti tempatan dan juga pembaharuan yang ada, pendedahan dan perkembangan di dunia luar.
"Kalau tidak kita akan tempang dan tercorot dari segi mutu pendidikan, jadi satu isu lain.
Saya tidak sangat hairan dengan istilah-istilah baharu ini sebab dahulu kita sebut anjakan paradigma, 60, 50, 40 tahun dahulu tetapi bukan anjakan paradigma ini disebut oleh ahli falsafah, ThomasKuhn, yang ada hanya beberapa kertas baharu sahaja," katanya semasa sesi ‘Bicara Pendidikan: Keutamaan Yang Diabaikan’ di laman Facebooknya pada Isnin.
Turut menjadi panel, bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial UNISEL Amidi Abdul Manan dan pesara guru yang juga pengasas The Reading Bus Club Cheli Tamilselvam Nadarajah.
Dalam pada itu kata Anwar, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan tidak mempunyai penyelarasan sesama mereka.
Jelasnya, ia sekali gus menyebabkan kesukaran membuat penyelarasan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pihak sekolah sendiri.

Undi Pas Tidak Jamin Islam Didaulatkan.(ARTIKEL MENARIK UNTUK DIHADAM WALAU BUKAN KITAB SUCI)

 


POSTED BY AMIR WRLR



Oleh: Syed Mohd Al-Amin Tuan Sharif



Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 14 dan jauh sebelumnya pun pada PRU13,12,11 dan 10, malahan sejak penyertaan pertama parti Pas dalam politik di Tanah Melayu, kita sering mendengar ucapan yang keluar dari mulut pimpinan mereka bahawa memilih atau mengundi Pas nescaya Islam akan didaulatkan dan akan selamatlah umat Melayu di Malaysia ini.

Pas selalu menyakinkan para pengikutnya dan orang ramai bahawa apabila mereka dapat mengambil alih Putrajaya maka umat Islam dan orang Melayu tidak lagi perlu risau akan keterancaman mereka dari orang-orang selain Melayu dan Islam akan kembali berdaulat.

Apa yang dibanggakan dengan Pas?

Ditakdirkan oleh Allah swt Pas telah berjaya ke Putrajaya setelah bertungkus lumus menyokong usaha-usaha pembentukan sebuah kerajaan yang diwujudkan bukan atas dasar kemenangan dalam pilihan raya umum, tetapi atas dasar “keinganan berkuasa” dan tanpa mempedulikan soal maruah serta rasa malu.

Pas bersetuju menjadi pemerintah bersama-sama kumpulan pengkhianat KEADILAN dan Bersatu. Hampir satu Malaysia tahu bahawa Perdana Menteri sekarang yang mengetuai Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pernah berkata Pas adalah ‘Parti Ajaran Sesat’ dan Pas sedikitpun tanpa rasa malu bersama dengan Perdana Menteri tersebut.



Syed Mohd Al Amin Tuan Sharif



Sesungguhnya apa yang berlaku pada hari ini apabila Pas telah menjadi sebahagian kerajaan persekutuan Perikatan Nasional walaupun secara tebuk atap, tidak ada suatu perkara yang benar-benar boleh dibanggakan dengan perjuangan Pas dalam usaha mendaulatkan Islam.

Malah sebagai pemerintah yang telah menyokong ‘Kerajaan Melayu Islam’ kononnya, Pas telah membiarkan Islam diperlekehkan tanpa pembelaan tegas. Beberapa isu dan situasi yang telah berlaku membuktikan Pas bukanlah pejuang Islam yang tulen dan ikhlas.

Kekerapan cabutan judi bertambah

Pertama, apabila pentadbiran PN yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi persetujuan menambah jumlah kekerapan cabutan khas judi dari 8 kali setahun (yang ditetapkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini) kepada 22 kali setahun, Dewan Pemuda Pas hanya berani menzahirkan rasa kebimbangan terhadap keputusan yang dibuat oleh Kerajaan PN tersebut.

Apa yang jelas kehadiran Pas dalam kerajaan PN sedikit pun tidak memungkinkan penambahan kekerapan 22 kali cabutan khas judi tersebut ditarik balik malah terpaksa merelakan sahaja ia berlaku.

Adalah diyakini bahawa para ulamak dan ustaz sama ada di dalam dan di luar Pas cukup arif bahawa judi adalah antara perkara yang dilarang dan dibenci dalam Islam. Seorang penceramah agama tersohor Terengganu, Ustaz Azhar Idris pernah menyebut tentang perkara judi ini dalam kuliah-kuliahnya. Menurut Ustaz Azhar, judi boleh membawa kepada kerosakan masyarakat dan membenihkan lebih banyak masalah sosial.

Usaha mendaulatkan Islam dengan mengawal perjudian dari lebih membarah bukan sahaja gagal ditangani Pas malah pemimpin parti yang mendakwa sentiasa mendaulatkan Islam itu tidak berani bertegas untuk Islam demi menjaga “kerusi dan kuasa”.

Untuk rekod, cabutan khas judi Magnum, Sport Toto, Da Ma Cai sebanyak 22 kali setahun tetap diteruskan mulai Januari 2021 dan Pas gagal mempertahankan kemungkaran “lebih besar” tersebut dari berlaku.

Pas pejam mata pertandingan ratu cantik?

Kedua, ketika timbul isu pertandingan ratu cantik Miss/Mrs Plus World Malaysia 2020 pada awal Januari 2021 lepas yang turut disertai oleh wanita Islam, pentadbiran PN yang disertai oleh Pas tidak menghalang apatah lagi mengarahkan pembatalan pertandingan ratu cantik tersebut. Umat Islam di Malaysia sebahagian besarnya sedia maklum akan adanya fatwa tentang larangan pertandingan ratu cantik dan perkara yang berkaitan dengannya.

Fatwa yang diwarta pada 11 Mei 1995 di Selangor jelas menyebut ‘Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik’. Begitu juga fatwa yang diwartakan di Wilayah Persekutuan pada 8 Februari 1996 yang menyatakan ‘Adalah haram dan berdosa bagi orang Islam menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik’.

Kehebatan Pas dalam isu ini hanyalah sekadar memberi laluan kepada mantan Ketua Pemudanya yang kini dilantik sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) untuk menyuarakan bantahan kepada penganjur! Beliau bukannya menyuarakan bantahan kepada kerajaan PN yang mempunyai kuasa untuk membatalkan pertandingan tersebut tetapi sekadar menyatakan bantahan kepada penganjur pertandingan sahaja.

Sebagai seorang pemuda hebat yang dulunya sangat vokal dalam “mempertahankan” Islam bersama partinya, itu sahajalah “kemampuan” beliau sekarang dalam menangani isu pertandingan ratu cantik tersebut.

Apakah fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri sebelum ini “tidak mempunyai nilai dan tidak berbaloi” untuk dipertahankan oleh pimpinan ulamak Pas atau ustaz-ustaz Pas dengan tegas dan bersungguh-sungguh? Apakah kelunakan dan keselesaan mereka terhadap “kuasa pemerintahan” yang Allah pinjamkan kepada mereka menjadikan diri mereka "sejuk" dalam mendaulatkan dan mempertahankan Islam?

Mereka sepertinya jauh sekali untuk bersungguh-sungguh, tegas, lantang seperti sebelum mereka berkuasa? Dengan segala macam himpunan bantahan itu dan bantahan ini sebelumnya, tetapi kali ini apabila setelah berkuasa tidak menggunakan kuasa itu untuk mencegahnya.

RUU 355 tinggal sejarah?

Ketiga, pembentangan kali kedua Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) atau lebih terkenal dengan singkatan RUU355, sebagaimana Pindaan Usul yang dikemukan pertama kali oleh Ahli Parlimen Marang dari Pas pada 24 November 2016 dulu, sehingga ke hari ini masih belum berlaku. Selepas setahun kerajaan persekutuan PN dokongan Pas bersama 2 buah parti utama “Orang Melayu-Islam”, usaha ke arah pembentangan RUU355 tidak menampakkan sebarang kemajuan yang jelas.

Bila diajukan soalan, Menteri Agama kerajaan PN hanya mampu berharap ianya dapat dibentangkan sebelum beliau meninggal dunia. Manakala Timbalan Menteri Agama dari Pas menyatakan ia perlu mengikut tertib tertentu dan banyak prosedur sebelum dibentangkan. Kata Timbalan Menteri Agama lagi proses tersebut termasuklah mengadakan perbincangan dengan semua negeri, kemudian dibawa ke Muzakarah Kebangsaan Hal Ehwal Islam, seterusnya dibawa kepada Majlis Raja-Raja, selepas itu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum pembentangan di Parlimen. Ia sepertinya “sungguh susah dan lama lagi”.

Ketika ditanya soalan kepada Perdana Menteri di Parlimen sebelum ini oleh wakil Tampin Datuk Dr Hasan Bahrom berhubung tempoh masa pembentangan kali kedua RUU355 tersebut, Timbalan Menteri Agama yang menjawab bagi pihak Perdana Menteri hanya mampu berkata “kerajaan sentiasa terbuka terhadap cadangan penambahbaikan berkaitan penggubalan undang-undang daripada pelbagai pihak..dan cadangan ini (RUU355) memerlukan pertimbangan dan penelitian secara menyeluruh..” tanpa berani dan bersedia untuk memaklumkan masa sebenar atau jangka masa ianya akan dibentangkan.

Ini dengan jelas menunjukkan bahawa penyertaan Pas dalam kerajaan persekutuan PN tidak menjadikan mereka lebih ke hadapan dan lebih berkuasa membawa RUU355 ke Parlimen untuk bacaan kali kedua.

Islam sekali lagi tidak mampu didaulatkan melalui kuasa politik dan pemerintahan yang dimiliki Pas ketika ini. Pas terpaksa berhadapan dengan Umno dan Bersatu jika ingin menyegera dan merealisasikan perkara ini.

Walaupun ketiga-tiga Pas-Umno-Bersatu adalah ‘Kerajaan Melayu Islam’ tetapi lakonan politik mereka khususnya dalam perkara RUU355 suatu hari akan memakan diri mereka sendiri.

Mengenang kembali kesungguhan luar biasa Pas yang menganjur dan mengumpulkan 50,000 orang di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 18 Februari 2017 termasuklah Timbalan Presiden Pas sendiri yang menjadi Pengerusi Sekretariat perhimpunan tersebut, berbanding dengan “kesungguhan” 3 orang pimpinan tertinggi Pas (termasuk Timbalan Presiden Pas sendiri) yang menjadi Menteri Kabinet ketika ini, perbezaan itu amat ketara.

Dengan tiada satu pun kertas kabinet berhubung RUU355 diusahakan oleh mereka bertiga sejak setahun lepas, kita mula meragui dan persoalkan komitmen serta motif mereka sebenarnya. Mereka dengan jelas hanya menagih undi untuk habuan yang sedang dikecapi ketika ini. Yang jelas, lain dimulut, lain yang dibuat.

Jika dulu Pasberkobar-kobar inginkan RUU355 ini disegerakan, sekarang semua berubah.

Berapa segerakah Pas ingin RUU355 dibentangkan? Apakah RUU355 akan dibentang dalam tempoh selepas setahun ini? Atau tahun depan? Atau tahun depan selepas tahun depan? Atau selepas tumbangnya PN dalam PRU15? Atau tumbang lebih awal. Wallahualam. Yang pasti sekarang ini tiada komitmen sahih tentang masa. Atau benarkah Kerajaan PN telah kehilangan majoriti yang ketara?

Islam tidak didaulatkan

Rumusan yang boleh diutarakan di sini wajar didahului dengan satu soalan mudah : Apakah Islam telah didaulatkan sewajarnya dalam tempoh setahun Pas menyertai dan menjadi Kerajaan Persekutan bersama Umno dan Bersatu? Sudah pasti tidak!

Rupanya mendaulatkan Islam itu bukannya dengan menumpang bahtera nasionalisme Umno dan bahtera ketuanan Bersatu.

Sesudah segala perlekehan terhadap Islam (seperti tambah judi, izin ratu cantik, janji RUU355 belum tertunai) yang terus berlaku walaupun di bawah pemerintahan bersama Pas, iaitu sebuah parti yang mengaku mendaulatkan Islam, barulah diketahui bahawa mendaulatkan Islam itu sesekali bukan dengan menumpang jawatan menteri dan habuan GLC.

Mendaulatkan Islam itu sebenarnya hanya berlaku dengan keikhlasan dan ketakwaan hambaNya terhadap Allah, serta amat takut akan pembalasan dan pengadilan-Nya yang Maha Adil.

Apa yang nyata sekarang, memilih Pas bukanlah jaminan bahawa Islam didaulatkan!

__________________________________________________________________________________



Penulis merupakan Ketua Penerangan KEADILAN Terengganu

 

(function() { var d = document, w = window; w

KITA MENJADI NEGARA PALING TINGGI MELIBATKAN KEMATIAN MENGIKUT PURATA PENDUDUK

  Hamdan Taha. 7910 kes kematian di sebabkan covid 19 pada bulan sept sehingga semalam Kita menjadi negara paling tinggi melibatkan kematian...