TEMUDUGA MENJADI AHLI PKR- PKR HANYA MEMILIH YANG CERDIK SAHAJA


 

INSYA ALLAH KERAJAAN INI ADA 4 TAHUN LAGI- PEMBERSIHAN SATU SATU..TUNGGU GILIRAN


 

OOOO- BILA AYAH DAH TAK JADI PM-HABIS SEMUA HILANG YA...MAKNA KATA BUKAN ATAS DASAR KEBOLEHAN SENDIRI





Alolololo... Tedey nyaaa...

Maknanya job tu diberikan semata-mata sebab ko tu anak PM la kan? Sebab tu bila bapak ko dah tak jadi PM, job pun cancel.

So itu bukan job. Itu rasuah. Suatu job tu diberikan atas sebab jawatan. Salah. Patut ko bersyukurlah selamat satu syubhah. Guane boh?

Raja Gelap

 

BUAT TUDUHAN PALSU- JARGON BAKAL DISAMAN GUAN ENG DAN ANWAR




Wan Fayhsal buat laporan palsu bila mengatakan DS Anwar mengelirukan dewan. Dia kata DS Anwar menipu bila berkata kuasa pengecualian cukai tidak berada kepada menteri sebaliknya pada Ketika Pengarah LHDN.

Asas Wan Fayhsal tuduh DS Anwar menipu ialah ada subseksyen yang membenarkan Menteri untuk mendengar rayuan. Yang Wan Fayhsal mungkin tak faham, mendengar rayuan tak sama dengan berikan keputusan. Jauh beza.

Lagipun, semasa Guan Eng jadi Menteri Kewangan, tiada sebarang rayuan dibuat oleh syarikat Syed Mokhtar. Jadi tidak ada cara untuk kaitkan Guan Eng dengan cerita cukai yang sengaja direka oleh si Abah Jana Wibawa tu.

Lagipun, untuk perkara dalam dewan, kenyataan di dalam dewan, contohnya kenyataan yang kelirukan dewan, hendaklah diuruskan dalam dewan. Minta supaya MP itu dihadapkan ke jawatankuasa khas. Bukan report polis.

Nampaknya Mat Jargon ni memang jenis buat dulu baru berfikir. Sebab tu dulu masa rakyat kesempitan dulu dia beri cadangan cetak duit banyak-banyak. Kesian rakyat yang undi orang begini jadi MP. Tahap dungunya luar biasa. Guane boh?

Raja Gelap

 

OTAK KEMETOT- NILAIAN SEORANG YB.




MOHD SHAH RIM

Ya Akhi, berat sungguh dakwaan Akhi terhadap Kjaan Madani disaat umat Islam menyambut ketibaan Ramadan Al Mubarak..

Akhi pun menyedari acara ini diberi tajuk Thai Hot Guy bukannya Madani Hot Guy..sudah pasti acara ini tiada kaitan sama sekali dgn MADANI..

Semoga Akhi Al Fadil Al Ustaz Al Ahmad Al Shaari dibukakan hari menerima Nur MADANI.. Amin..

Ya Akhi, berat sungguh dakwaan Akhi terhadap Kjaan Madani disaat umat Islam menyambut ketibaan Ramadan Al Mubarak..

Akhi pun menyedari acara ini diberi tajuk Thai Hot Guy bukannya Madani Hot Guy..sudah pasti acara ini tiada kaitan sama sekali dgn MADANI..

Semoga Akhi Al Fadil Al Ustaz Al Ahmad Al Shaari dibukakan hari menerima Nur MADANI.. Amin..


ADAKAH ANDA MAHU LAGI MENYOKONG KERAJAAN LEPAS YANG MEMANG MENYUSAHKAN KAMU ?





 

LAAA LEKEHNYA YB NI...DIA YB KA? ISHHH....PATUT TERUK KALAU BAGI NEGERI DITADBIR ORANG MACAM INI...


Siti Aishah Sheikh Ismail.

 Kepada Saudara Fadhli Shaari jangan bimbang kami tahu peranan dan tanggungjawab kami, JKOM tidak masuk sekolah untuk beritahu pelajar undi pembangkang nanti pakai skirt,  undi pembangkang nanti akhlak hilang. 

JKOM masuk sekolah untuk membina semula Ketamadunan Pemikiran Manusiawi seperti yang di gagaskan dalam MADANI. Kami fahamkan anak muda bahawa mereka perlu punyai jiwa dan akal dalam mentafsirkan sesuatu perkara dan bukan jumud menjadi pengikut semata-mata.JKOM santuni dan  dewasakan fikrah pemikiran mereka. Selamat menyambut Ramadan semua,semoga segala amal kalian diterima Allah swt.


 #DemiPertiwi #MalaysiaMadani #JKOM

TEMURAMAH MEDIA ARAB BERSAMA ANWAR


 

AHLI PAS PERLU TEGUR PEMIMPIN MEREKA-TAKKAN PEMIMPIN KAMU MAKSOM-PAS PERLU KEHADAPAN,KENAPA PEMIMPIN KAMU TIDAK MAHU JADI PM


 

JANGAN KITA JADI BODO-MACAM SANUSI KATA HANGPA PN BODO...KEH..KEH


 

NAK CAKAP JUGA BAB EKONOMI- HADI TERUSKAN FITNAH TERHADAP ANWAR BERKENAAN ISU IMF-VIDEO ANWAR JAWAB DALAM DEWAN LAMA DULU DAH


 

MAT JARGON BAKAL KENA KALI INI- DIA SONDOL TANPA TAHU MAKLUMAT TERPERINCI



MAMAT NI YANG SURUH CETAK DUIT. PUNYA PENING KEPALA DIA NI








 

ADA BUKTI DUIT MASUK AKAUN TERTUDUH


 

SPRM MENYIASAT KONTRAK KEPADA MENANTU , NIIS DIBAWAH PM TERDAHULU


 

PERBUALAN ANWAR BERSAMA PRESIDEN UAE


 

GAMBAR-GAMAR: ANWAR BERBUKA PUASA BERSAMA PLAJAR MALAYSIA DI MADINAH








 


Saya bersama Azizah dan delegasi ke Madinah al Munawwarah untuk majlis berbuka puasa bersama pelajar Malaysia yang menuntut di Madinah.

Kami kemudian menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih di Masjid Nabawi.

Alhamdulillah, saya dan delegasi juga diberi penghormatan oleh kerajaan Arab Saudi untuk menziarahi Raudhah dan Makam baginda Nabi Muhammad SAW.

#MalaysiaMADANI

 

GANTIKAN APA HADI AWANG CAKAP- PKR LAWAN AL QURAN JADIKAN IA PAS KENA REDHA

 



Nah… di bulan puasa ni saya perbetulkan hati yang busuk kepada niat yang baik, semoga bermanfaat.

PKR = Pas Kena Redha


 ZUNAR

TETAPI DI SINGAPURA HAD UMUR BERSARA ADALAH 65 TAHUN





ZAINUDDIN OMAR

Di Perancis 1 juta rakyat berdemo menolak cadangan Kerajaan untuk naikkkan umur persaraan dari 62 kepada 64.

Kalau sini ramai berusaha agar mereka dapat bekerja sehingga 70 dan tidak mahu bersara.

***************

LEBIH 1 juta rakyat Perancis menyertai protes pada Khamis, menolak cadangan rang undang-undang pembaharuan pencen kerajaan yang akan menaikkan umur persaraan daripada 62 kepada 64, menurut Kementerian Dalam Negeri Perancis.

Bagaimanapun, kesatuan terbesar Perancis, Konfederasi Buruh Am (CGT) memaklumkan kira-kira 3.5 juta orang telah mengambil bahagian dalam demonstrasi di seluruh negara, lapor Xinhua.

Peristiwa Khamis menandakan tindakan mobilisasi umum kesembilan di seluruh negara sejak Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne minggu lalu mengumumkan perlembagaan yang membenarkan kerajaan meluluskan rang undang-undang reformasi pencen.

Bimbang protes bertukar ganas, 12,000 anggota polis ditempatkan di seluruh negara, termasuk 5,000 di Paris.

Walaupun kebanyakan demonstrasi berlangsung secara aman, terdapat beberapa penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan polis, menyebabkan sekurang-kurangnya 123 anggota pasukan keselamatan cedera, kata Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin.

Polis Perancis menggunakan gas pemedih mata dan anjing polis bagi menyuraikan penunjuk perasaan.

Kerajaan terpaksa menutup tempat-tempat bersejarah pada Khamis, termasuk Istana Versailles dan Menara Eiffel susulan protes.

Majlis makan malam yang dijadualkan di Istana Versailles antara Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Raja United Kingdom Charles III semasa lawatan negara akan datang, turut diubah atas sebab keselamatan.

Macron berkata pada Rabu bahawa rancangan pembaharuan pencen kerajaan harus menjadi undang-undang “sebelum akhir tahun”.

Di bawah pelan pembaharuan itu, umur persaraan yang sah akan dinaikkan secara berperingkat daripada 62 kepada 64 menjelang 2030, dan pencen minimum akan diperkenalkan.

Pelan itu turut menetapkan pada 2027, pekerja perlu berkhidmat selama 43 tahun sebelum layak mendapat pencen penuh. – Bernama, 24 Mac 2023.

 

“HADI MENGAJAR DI SELURUH DUNIA, TIBA-TIBA BALIK KAMPUNG SENDIRI TAK BOLEH MENGAJAR”

 

Isu Presiden PAS Hadi Awang menyampaikan kuliah di masjid tidak patut timbul kerana ilmu dan kepakarannya diakui ulama antarabangsa, kata Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan presiden PAS itu juga mendakwa larangan berceramah atau menyampaikan kuliah di masjid dan surau adalah kabur.

“Hadi mengajar seluruh dunia, tiba-tiba balik kampung (Rusila) tak boleh mengajar. Jadi kita kena jelas – yang tidak dibenarkan (ceramah) parti politik atau ceramah politik?” katanya kepada FMT.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu pada 3 Mac lepas melarang ahli politik termasuk wakil rakyat memberikan kuliah atau ceramah agama dan khutbah Jumaat di semua masjid dan surau tanpa tauliah mengajar atau kebenaran.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang memimpin kerajaan perikatan gabungan politik besar tanah air berkata pihaknya akur dengan ketetapan itu.

Hadi bertegas bahawa menjadi kewajipan untuk pemimpin bercakap mengenai ‘politik Islam’, dan dilapor terus menyampaikan kuliah dan khutbah Jumaat tujuh hari selepas larangan berkuatkuasa.

Menjawab pertikaian terhadap aktiviti Hadi di masjid, Tuan Ibrahim mengingatkan bahawa beliau sudah lama bergiat di Masjid Rusila, Marang yang dibina oleh keluarganya.

“Tok guru dunia iktiraf ilmu dia dan kepakarannya,” katanya, dan menambah rakyat Terengganu sendiri tidak ada isu dengan aktiviti Hadi. “Lebih 40 tahun dia mengajar situ.”

“Bayangkan arwah Nik Aziz tiba-tiba tak boleh mengajar, kan pelik?” kata Tuan Ibrahim, merujuk kepada bekas mursyidul am PAS dan menteri besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tuan Ibrahim berkata Hadi seorang ahli politik dan guru agama yang memimpin masyarakat.

“Kalau kita kata orang politik tak boleh beri kuliah di masjid, sedangkan orang politik ini pemimpin.”

Mengulas perbandingan Hadi dengan pemimpin PAS terdahulu seperti Nik Aziz, bekas presiden Fadzil Mohd Noor, dan bekas mursyidul am Haron Din, Tuan Ibrahim mengingatkan tokoh-tokoh tersebut diserang dengan hebat ketika hayat mereka.

“Bila meninggal dunia baru semua nampak baik, kalau hidup nampak tak okay … kena mati dahulu baru orang lihat okay,” katanya, sinis.

Tuan Ibrahim berkata Hadi menonjol berbanding presiden terdahulu kerana berjaya mengemudi parti itu sehingga membentuk kerajaan persekutuan, bersama Bersatu dan Barisan Nasional, pada 2020.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.

AKIBAT TIDAK MEMBACA- DIA TERLEPAS BAS TEAM DIA DELETE POSTING- TU NAMPAK CAM GILA TU


 

MAHA ZALIM & DIKTATOR! GENG TAKUT ANWAR MAKIN KEPANASAN!


Kartunis terkenal Zulkiflee Anwar Haque yang lebih terkenal sebagai Zunar menempelak kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa Anwar sebagai pemimpin diktator pada 19 Mac ekoran dari perhimpunan Proklamasi Melayu yang dibatalkan. “Pada tahun 1988, Mahathir adalah Perdana Menteri pertama yang memecat Ketua Hakim Negara iaitu allahyarham Tun Salleh Abbas bersama lima hakim yang lain,” kata Zunar merujuk kepada peristiwa yang mencetuskan krisis perlembagaan pada tahun 1988. “Kalau seorang Perdana Menteri memecat ketua hakim, itu sangat diktator,” katanya ketika dihubungi Harapan Daily, kelmarin. Malah, katanya, tindakan yang diambil oleh Dr Mahathir ketika menjawat pemimpin nombor satu negara itu belum pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini. “Tidak ada perdana menteri yang pernah memecat ketua hakim. Tidak ada, termasuk Tunku Abdul Rahman (PM1), Tun Razak Abdul (PM2) dan Datuk Onn (PM3) tidak pernah melakukan itu. “Dia membuat undang-undang meminda segala-galanya untuk mengekalkan diri, kalau undang-undang itu tidak memihak padanya, hakim pun dipecat untuk memastikan dia kekal berkuasa.” Antara undang-undang yang dipinda waktu itu termasuklah Akta Pertubuhan 1966.




TIMBUL ISU MENGENAI KWSP- DUIT DALAM SIMPANAN ADA SEDIKIT-BAGAIMANA NAK KELUARKAN.KERAJAAN TAMBAH LAGI 500 SUPAYA RAKYAT ADA DUIT UNTUK MASA DEPAN


 

KEH..KEH..KEH...TAK TERUK MACAM PAGOH JADI PM- TAK PERLU TAMBAH HUTANG LAGI


 

BILA ADA PERSAINGAN- RAKYAT AKAN DAPAT LEBIH BANYAK PILIHAN


 

HANGPA TENGOK DIA NI TERUK MEROYAN....TINGGAI TAK MASUK WAD GILA. BACA MAKLUMAT DULU.


 

PRESIDEN UMNO MELANTIK MEREKA YANG TEWAS ADALAH UNTUK MENGUKUHKAN UMNO -...

PM saksi pemeteraian MoU antara syarikat Malaysia-Arab Saudi



#BuletinBernama : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pemeteraian tiga Memorandum Persefahaman antara syarikat swasta Malaysia dan Arab Saudi.

Zainab Mohd Salleh tampil perjelas dakwaan isteri kedua Abdul Latiff


Wanita yang dikenali dengan nama Zainab Mohd Salleh yang didakwa sebagai isteri kedua Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff tampil melalui peguamnya Yusfarizal Yusoff menjelaskan dakwaan tersebut.

MKM BIMBANG KENYATAAN HJ HADI SUBUR AMALAN TAKFIR


KESIAN PADA PEJUANG- SEBAB PAS BILA ADA KUASA SUDAH LUPA DARATAN.

 

Dahulu sewaktu parti pas lemah tak cukup makan, pak lebai kata Melayu mesti bersatu kerana kununnya perpaduan Islam lebih penting dari segala-galanya. Bila pas dah menang banyak kerusi parlimen, lebai tolak permohonan parti Pejuang utk bersama dgn PN.

Lagi sadis, tuan Man tuan Ibharim lebai pas ni beri kata sepatah dua, elok parti Pejuang bubar dan masuk pas atau Bersatu.

Wahhh...sombongnya! 

Dah di perlekeh & di jentik sebegitu rupa, barisan penyokong & pemimpin Pejuang ni tak berbunyi sedikit pun. Paling tidak, lawanlah sikit. Dok diam mcm kucing putus ekoq ja.

Nama gah...Pejuang.

Tp nak balas lebai pas pun tak bermaya.

 

GINO MARVELA.

AKAN ADA LAGI PEMONOPOLI DIPECAHKAN SUPAYA KEK ITU DIKONGSI ORANG LAIN JUGA.

 


Pemecahan monopoli. Mulanya Bernas dan Touch N Go. Selepas ini Puspakom pula. Kita nantikan pula monopoli Astro, TNB dan lain-lain.

Isu monopoli ini bukan isu baru. Sudah lama rakyat bersuara mahu kegiatan ini dihapuskan. Ini adalah warisan dari pentadbiran Mahathir dulu.

Sebagai rakyat, seharusnya kita menyokong usaha kerajaan ini. Penghapusan monopoli akan berikan rakyat lebih pilihan untuk perkhidmatan.

Perbuatan monopoli boleh sebabkan rakyat dibuli. Contohnya seperti Astro. Harga yang ditawarkan mahal melantun tapi rakyat tak punya pilihan lain.

Dengan dipecahkan monopoli, rakyat boleh memilih mana perkhidmatan yang berikan tawaran terbaik pada harga yang paling menguntungkan.

Usaha ini membuktikan kerajaan serius berusaha untuk berikan yang terbaik buat rakyat. Ia mungkin akan mengambil lebih masa untuk dilaksanakan tapi setidaknya, ada usaha ke arah itu.

Inilah sebuah kerajaan rakyat. Aku yakin jika hari ini PN yang memerintah, perkara ini tak akan berlaku. Mungkin poligami lebih dapat perhatian berbanding monopoli. Guane boh?

Raja Gelap

 

PM mulakan usaha kumpul negara Islam lawan Islamophobia


SEPERTI DIJANGKA – PN TOLAK PEJUANG KERANA TAK MAHU KONGSI KERUSI

 

Perikatan Nasional (PN) menolak permohonan Pejuang menyertai gabungan itu kerana tidak mahu pembahagian kerusi antara parti gabungan terganggu menjelang pilihan raya negeri, kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata PN khuatir kemasukan parti baharu ketika dekat dengan pilihan raya akan mengganggu perbincangan yang sedang berjalan.

“Masa dia masuk dekat PRN … parti komponen PN sudah bincang bila terima masuk ia mungkin akan mengganggu proses perbincangan yang sedang berjalan,” katanya kepada FMT.

Turut dipertimbangkan status ‘parti picisan’ Pejuang yang diasaskan oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad itu, yang menurut Tuan Ibrahim tidak akan beri impak besar kepada usaha ‘penyatuan ummah’ yang sering dilaungkan PAS.

“Penyatuan ummah tidak akan berlaku sebab mereka bukan parti utama sepertimana Umno atau Bersatu,” katanya.

“Walaupun Pejuang masuk pilihan raya, ia kalah hampir semua dan mereka akui hilang deposit.”

Pejuang tewas di semua kerusi yang ditandingi pada PRU15, termasuk Mahathir dan presidennya, Mukhriz.

PN pada Selasa mengumumkan ia menolak permohonan Pejuang untuk menyertai gabungan itu, yang dipimpin oleh Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.

Pejuang atau nama penuhnya Parti Pejuang Tanah Air ditubuhkan oleh Mahathir pada Ogos 2020 selepas Bersatu menggugurkan keahlian beliau dan beberapa penyokongnya.

Selepas permohonan ditolak, Setiausaha Agung Pejuang, Amiruddin Hamzah berkata partinya kecewa iltizam dan matlamat untuk tidak memecahkan undi orang Melayu tidak disambut pimpinan PN.

Tuan Ibrahim tidak menolak Pejuang memohon untuk menyertai PN demi menyelamatkan beberapa kerusi DUN parti itu.

Empat kerusi DUN diwakili oleh wakil rakyat Pejuang iaitu Jitra dan Anak Bukit di Kedah serta Jeram dan Kuang di Selangor. Mukhriz adalah ADUN Jitra.

“Saya jangka mereka tahu dengan bersendirian dia tak boleh pertahan kerusi itu maka dia cari gabungan lain,” katanya.

Tuan Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, berpendapat lebih wajar Pejuang dibubarkan dan ahlinya menyertai PAS atau Bersatu jika mahu terus memperjuangkan bangsa dan agama.

“Itu lebih baik berbanding banyakkan parti kecil kerana akhirnya ia akan menimbul masalah,” katanya.

Beliau menepis dakwaan penolakan Pejuang itu bermakna PN menolak agenda penyatuan ummah yang diperjuangkan PAS.

“Kalau betul-betul nak lihat dari segi kebersamaan dalam pasukan pembangkang, lebih baik masuk parti dalam PN sedia ada sebab dia asalnya dari Bersatu dan bentuk parti lain.”

Sumber – https://www.freemalaysiatoday



KATA ORANG KALAU BODO , JANGAN LAH TUNJUK TERANG TERANG-BELAJAR DULU BUAT KENYATAAN AKHBAR DAN CARI FAKTA.






Kalau tak ada perkara yang elok nak cakap, lebih baik diam. Di saat pembangkang sendiri sudah tak mampu jadikan Menu Rahmah sebagai peluru untuk menembak kerajaan, pemimpin Muda WP keluarkan kenyataan sebegini. Apa tujuan?

Begini ke sifat parti yang beriya nak masuk PH tapi sibuk juga perlekehkan usaha yang dijalankan oleh kerajaan? Siap tuduh 'menutup kebenaran'. Apakah yang hendak disampaikan? Sebab itu penyokong PH tak dapat terima Muda.

Tiada siapa kata Menu Rahmah ini penyelesaian jangka panjang. Menteri sendiri tegaskan inisiatif ini adalah usaha untuk bantu rakyat berpendapatan rendah menghadapi kos sara hidup yang semakin meninggi sambil usaha berterusan dijalankan untuk pulihkan bekalan makanan dan turunkan harga.

Kementerian Ekonomi serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah jalankan usaha untuk meningkatkan bekalan makanan yang mana akan dituruti dengan penurunan harga barang asas makanan. Benda bukan rahsia pun.

Ada usaha menanam jagung atas tanah kerajaan bagi mengurangkan import. Jagung ni bahan asas untuk pembuatan dedak. Sampai kerajaan percepat usaha kemasukan pekerja asing bagi membolehkan lebih telur dihasilkan. Nak apa lagi?

Usaha ini bukan hari ini buat, hari ini dapat hasil. Ia makan masa hingga enam bulan. Hari ini pun dah boleh nampak bekalan ayam dan telur makin pulih. Ada peningkatan berbanding sebelum ini. Aku yakin menjelang pertengahan tahun, akan lebih baik.

Lebih menyakitkan hati, dia juga mempersoalkan tahap kebersihan makanan Menu Rahmah. Macam pembangkang dah bunyinya. Menghina peniaga makanan. Kamu orang politik memanglah tak kira halal haram. Tapi jangan anggap peniaga pun sama macam kamu.

Menu Rahmah seharusnya penyediaannya sama seperti makanan yang lain. Bukan Menu Rahmah kutip ayam reject atau bahan buangan. Mamat ni tak tahu apa yang dia kata. Sebab tu aku tulis, kalau tak ada benda elok nak cakap, baik diam.

Kenyataan pemimpin Muda ini jelas perlihatkan yang Muda tidak ada jiwa PH. Maka tak seharusnya Muda diterima bersama PH. Cara buat kenyataan memperlihatkan mereka lebih mirip kepada PAS dan Bersatu. Lebih baik Muda bersama PN.

Mereka ketandusan isu. Di saat pemimpin PH sibuk bercakap soal rakyat, mereka kelihatan tandus isu. Semakin hanyut dan dilupakan. Itu yang main cakap je janji tak hilang terus. Tapi kenyataan macam tak cukup berfikir. Begitulah bila budak mentah nak main politik. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

CARI LAH INFO SEBELUM BUAT POSTING- TU LA KO- PONTENG LAGI-KESIAN BETULPENGUNDI KO-AKU RASA DIA NI TAK LAMA AKAN KENA JUGA SAMAN- SEBAB SELAIN TAK BERAPA CERDIK SELALU BAGI BOLA TANGGUNG.









Hadiah untuk rakyat, kata ulama PAS ini menyindir. Budak ini dari parti yang suatu ketika dahulu mahu hapuskan riba. Hari ini marah pula skim pinjaman 100% ditamatkan.

Sepatutnya dia sokong. Sebab bila kena bayar duit muka, maknanya kurang hutang. Bila kurang hutang bermakna kuranglah kena bayar interest. Hish parti Islam suka riba ke sekarang?

Hakikatnya, Skim Rumah Pertamaku bukan tamat begitu sahaja. Sebaliknya kerajaan bersetuju untuk meneruskan Skim Jaminan Kredit Perumahan yang diumumkan dalam bajet baru-baru ini.

Tak pasti budak ni ada ke tak masa pembentangan tempohari. Maklumlah MP pembangkang memang terkenal dengan perangai ponteng sidang. Dari yang paling atas sampai paling bawah.

Tapi kalau tak hadir pun, carilah info sebelum nak buat posting. Nanti nampak tak cerdik tu satu hal, jadi menyebarkan fitnah satu lagi hal. Jangan ingat title ustaz boleh kebal api neraka.

SJKP lebih menumpukan kepada pekerja ekonomi gig dan golongan yang tak mempunyai pendapatan tetap. Perubahan begini perlu bagi menepati situasi ekonomi semasa negara kita.

Tapi fikir balik, betul juga apa yang dikata. Memang ini hadiah untuk rakyat pun. Bukan macam PN dulu yang gula-gulakan rakyat dengan duit rakyat sendiri. Guane boh?

Raja Gelap

 

 

KITA ADA JUGA DUTA KHAS KE TIMUR TENGAH TAPI SOQANG PUN TAK DATANG JUMPA.- TAPI FATWA KELUAR MACAM MACAM


 

Pemimpin luar menghormati Perdana Menteri Malaysia, pemimpin tempatan pula sibuk mahu menukar kerajaan.. 


Mohd  Shahrim.

 

TAK JUMPA JUMPA SAMPAI SUDAH

 


RAJA MOHD SHAH RIM


3 bulan berjumpa 20 pempin syarikat Arab Saudi.

33 bulan , ada duta khas..tapi tak jumpa sapa sapa..

Insaf Ustaz memikirkan nya.