AKAN ADA LAGI PEMONOPOLI DIPECAHKAN SUPAYA KEK ITU DIKONGSI ORANG LAIN JUGA.

 


Pemecahan monopoli. Mulanya Bernas dan Touch N Go. Selepas ini Puspakom pula. Kita nantikan pula monopoli Astro, TNB dan lain-lain.

Isu monopoli ini bukan isu baru. Sudah lama rakyat bersuara mahu kegiatan ini dihapuskan. Ini adalah warisan dari pentadbiran Mahathir dulu.

Sebagai rakyat, seharusnya kita menyokong usaha kerajaan ini. Penghapusan monopoli akan berikan rakyat lebih pilihan untuk perkhidmatan.

Perbuatan monopoli boleh sebabkan rakyat dibuli. Contohnya seperti Astro. Harga yang ditawarkan mahal melantun tapi rakyat tak punya pilihan lain.

Dengan dipecahkan monopoli, rakyat boleh memilih mana perkhidmatan yang berikan tawaran terbaik pada harga yang paling menguntungkan.

Usaha ini membuktikan kerajaan serius berusaha untuk berikan yang terbaik buat rakyat. Ia mungkin akan mengambil lebih masa untuk dilaksanakan tapi setidaknya, ada usaha ke arah itu.

Inilah sebuah kerajaan rakyat. Aku yakin jika hari ini PN yang memerintah, perkara ini tak akan berlaku. Mungkin poligami lebih dapat perhatian berbanding monopoli. Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: