TAKDIRRRRRRR
Rancangan PAS nak jajah Selangor!
Satu Kisah Di Hari Raya, Dihasut, Terhasut dan Menghasut.
#selamatkanmalaysia #hariraya #selangor #pakatanharapan #aidilfitri #eidmubarak #fyp #fypviral
KES LOD PADA CG PENCEN
Episode 5. The Haunted LOD: Secrets in the Chaos.
Hari ni telah sah kes saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Tuan Peguam Faizal Rahman.
Cuma yang menarik, rupanya mamat pencen melalui peguamnya Nur Zabetha membalas LOD tersebut semalam, 26 Mac 2025.
Menarik sebab apa?
Dalam satu surat yang sama,
1. Mereka pertahan diri dengan kata semua yang ditulis oleh mamat pencen adalah kebebasan bersuara.
2. Tapi mereka highlight juga perlian, ejekan, dan komen-komen jelik kononnya dari kami ke atas mamat pencen.
Kalau begitu, bukankah point no 2 dapat dijawab juga berdasarkan point no 1 atas tajuk "kebebasan bersuara"?
Yang penting, kami tak pernah memunafikkan orang. Itu jelas.
Jumpa di Mahkamah nanti.
Selamat Hari Raya. ☺️
Cc Liyana Marzuki
Najib Bakar
27 Mac 2025
#alltheway
JANGAN SESEKALI TANAM MINAT SEBEGINI
Najib Bakar
Baru-baru ni aku tulis mengenai social validation. Berebut-rebut segala benda dibuat content untuk likes dan engagement.
Zaman sekarang, mata anak muda/anak tak berapa muda dikaburkan dengan materi dan kemewahan.
Content-content menayang kemewahan dan gaya hidup ala anak raja ni penuh di media sosial.
Kemewahan ini perlu dimiliki, bagaimana?
Tak perlu belajar tinggi-tinggi, jadi influencer saja mencukupi. Ini yang selalu bermain dalam kepala anak muda sekarang.
Cuba tanya cikgu sekolah, bila mereka tanya cita-cita anak murid mereka, pasti ada yang bagi jawapan "nak jadi influencer".
Yang merisaukan, kalau this so called influencer, mereka diuji dengan kesusahan, takut ada yang mengambil jalan singkat terlibat dengan kegiatan haram.
Ingat mudah nak bina nama macam Khairul Aming? 4-5 tahun pertama bukan ada pendapatan sangat dari video-video masakannya.
Tu level Khairul Aming ambil masa 4-5 tahun.
Kalau yang tak ada bakat, tak ada presence, tak ada faktor X yang cuma nak sangat jadi influencer kerana percaya diri sendiri hensem?
Tahun-tahun awal tu nak makan apa? Mak bapak dok push tanya, "kau ni taknak cari kerja ke?"
Member-member yang dah bekerjaya dok stress tiap bulan kau mintak pinjam duit.
Akhir sekali, terjebak seludup barang terlarang seperti pil kuda/pil yaba. Duit mudah. Modal sebiji beberapa puluh sen saja. Dijual hampir RM10 sebiji.
Ketua Polis Kelantan pun dah hint, mereka sedang perhatikan influencer dan founder produk yang ada kemungkinan terlibat dengan penyeludupan dadah.
Produk yang dijual sendu saja, tapi duit tunai belonggok-longgok. Sangat berbau ikan di situ.
Gambar ini satu contoh content di TT, bagaimana seorang founder produk selamba bawa tunai berjuta-juta dalam satu luggage untuk beli emas 15kg.
Billionaire pun tak bawa wang tunai beli emas sebegini.
Founder yang sama juga memiliki Mercedes G Wagon yang berharga jutaan ringgit.
Tidaklah aku nak katakan mereka confirm terlibat dengan kegiatan haram, yang tu aku biar pihak berkuasa siasat.
Cuma aku harap nasihat Khairul Aming kepada anak muda yang nak jadi influencer diikuti.
Boleh, kalau minat sungguh nak jadi influencer, tapi biarlah influencer yang ada ilmu pendidikan dan tinggi EQ-nya.
Kalau dak, jadi macam ginilah, benda boleh bayar guna wire transfer atau banker's cheque, nak usung wang tunai yang berat buat apa?
Najib Bakar
29 Mac 2025
NAK BANTU PUN SANUSI MARAH. AKAI TAK DAK
MSO
Cadangan dan usaha mengambil alih pengurusan Kelab Bola Sepak Kedah (KDAFC) yang kini dalam ketenatan seperti mana diumumkan Saifuddin Nasution Ismail satu langkah kedepan yang baik.
Langkah itu sekiranya terlaksana ia dapat membawa sinar baru kepada industri bola sepak di negeri jelapang padi itu.
Kelamrin Saifuddin telah menemui para pemain yang menghadapi masalah kewangan apabila pihak KDAFC tidak mampu membayar gaji mereka sejak beberapa bulan lalu apabila menghadapi masalah kewangan yang parah.
Dalam pertemuan ramah mesra itu KDAFC diberikan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk diagihkan kepada pemain dan pagawai sebagai persiapan untuk menghadapi sambutan raya Aidifitri.
Hendaknya semua pihak khususnya peminat boleh sepak di Kedah memberi sokongan atas cadangan itu demi masa depan suka bola sepak Kedah. Sekiranya semua mendukung usaha itu tidak mustahil Kedah akan muncul sebagai gergasi baru bola sepak negara.
Kita yakin keberadaan Saifuddin Nasution dengan kerajaan hari ini dimana beliau seorang menteri kabinet boleh membantu menyelamatkan bola sepak Kedah. Seperti mana ujarnya beliau adalah peminat kepada sukan itu, dengan minat itu beliau akan berusaha sungguh sungguh untuk memajukan bola sepak Kedah.
MB Kedah Sanusi Md Nor juga yang minat bola sepak boleh ikut membantu mungkin agak berat dari sudut kewangan, tetapi boleh berperanan memperkuatkan kelab penyokong tukang sorak. Kalau Saifuddin dilantik sebagai presiden KDAFC molek Sanusi dilantik sebagai pengerusi kelab penyokong, beliau seperti berketrampilan dalam sudut ini.
Gabungan keduannya mantap. Trims.
LANGKAH BAIK UNTUK SEMANGAT CINTAKAN NEGARA
PERHATIAN BUAT MENTERI KPM
Pekeliling terbaru dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) yang mengarahkan semua pelajar di institusi pendidikan di bawah KPM diawajibkan memakai lencana Jalur Gemilang (JM), suatu langkah baik, patriotisme... dan tepat yang sepatut sudah lama dilaksanakan.
Pemakaian lencana JM ini sebenarnya lebih baik dan bermakna daripada pemakaian kasut hitam. Jika tidak silap saya murid sekolah di negara lain sudah lama memasang lencana negara mereka dibaju atau peralatan sekolah. Kalau tidak silap murid sekolah di Jepun dan Thailand ada memasang bendera negara mereka?
Diucapkan syabas kepada KPM, dengan Pekeliling terbaru ini terutamanya menterinya Fahdlina Siddik. Inilah sekelumit rofomasi dalam kependidikan yang dicapai Fadhlina.
Bagaimana pun ada satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh menteri itu agar mengatasi masalah sikap atau perangai buruk segelintir kakitangan dibawah kementerian itu khususnya di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang sengaja buat-buat bodoh dalam memahami aspirasi kerajaan hari ini.
Ini kerana ada lagi saki baki di PPD yang merupakan penyokong kerajaan terdahulu, yang mendapat ruang dan proses kenaikan pangkat semasa menteri pendidikan sebelum ini. Lantaran itu setia dan kecenderongan mereka masih kepada kerajaan terdahulu, dan dalam masa sama memadang acuh tak acuh dengan aspirasi kerajaaan hari ini.
Mereka jadi begitu kerana mengambil peluang atas sikap terbuka dan terlalu profesional dipraktiskan oleh menteri waktu ini. Sebab itu masih ada grup-grup whatsApp sesama mereka mencerca kerajaan dan menjadi lidah syaitan menyebar fitnah kering.
Ada suatu PPD di Kelantan yang melarang wakil rakyat Kerajaan daripada memasuki sekolah atas alasan ia tidak mahu sekolah jadi medan berpolitik.
Anehnya pula PPD tidak memantau atau menyedari ada kalangan tertentu membawa semangat dan idealisme parti pembangkang menerusi jawatan PIBG, padahal kelakuan mereka ini lebih bahaya daripada ahli parlimen kerajaan.
Kerana larangan tidak berasas dan bersandarkan hasrat menteri, menyebabkan ada ahli parlimen kerajaan berhasrat membantu sebuah sekolah dalam kawasannya bagi menjayakan sukan tahunan tidak dapat dilaksanakan kerana dicegah oleh PPD. Gara-gara itu sukan disekolah itu tidak dapat diadakan kerana kekurangan kewangan.
Kepada menteri, selepas semua murid sekolah pakai lencana JM, hendaklah ikut sama memantau secara rambang grup-grup whatsApp yang dibangunkan oleh Guru dan PIBG untuk lihat sendiri apa yang berlaku dalam grup whatsAppa berkenaan. Untuk maksudkan ini menteri boleh lantik seorang pegawai khas untuk mengesani posting dalam medsos yang menghentam kerajaan secara melulu yang mana mereka disyaki warga KPM. Trims.
KERAJAAN BAIK-BEKAS POLIS DSN PERNAH MURTAD. TOBAD KA BELOM ENTAH LA.
MSO
Siapa orang ini ulasannya mengenai kuil dan masjid Madani nampak bijak, sampai kata PM bodoh.
Elok mana mana parti politik ambil dia untuk jadi calon bakal PM dimasa akan datng.
Tenguk rupa macam ada darah campuran. Siapa dia n? Trims.
MENDAMAIKAN 2 PIHAK
27 march 1998 PMX mendamaikan dua pihak bersengketa isu masjid & kuil Kg. Rawa P.Pinang.
27 march 2025 PMX mendamaikan dua pihak bersengketa selama 11 tahun isu masjid & kuil.
Pemimpin sebenar menyelesaikan masalah bukan lari dari masalah.
“Apa-apa sahaja yang dipamerkan kepada umum yang akan menyebabkan gangguan kepada akidah masyarakat sudah tentu perlu disekat.”
PMX
Anwar Ibrahim
NANTI DULU. KEJAYAAN ANAK ANAK PERLU PENGORBANAN.
Ummul Syabinar
“ 9A TAK MEMBAWA APA-APA MAKNA “
Saya melihat beberapa individu yang gigih buat fake acc semata-mata nak komen benda ni dekat post orang lain. Ada di tiktok/page jakim dan lain2. Tapi kali ini kena dekat post saya jadi, saya perlu buat posting KHAS untuk individu yang tersakiti tersebut.
Tuan, Puan.. Posting ini panjang ‼️
Bagi saya, apa sahaja keputusan calon UPKK, ianya SANGAT BERMAKNA BAGI SAYA. mungkin tuan/puan tidak pernah melihat dan tidak terlintas langsung bahawa pelajar UPKK saya adalah seperti berikut :
1. Autism - hanya fokus belajar kepada headfon sahaja
2. Mild autism - tidak fokus @ tidak mendengar semasa belajar
3. Pemegang Kad OKU - Lembam pembelajaran, tidak mampu membaca jawi dengan lancar
4. ADHD - Menulis jawi dengan terbalik, struggle utk menulis jawi apatah lagi membaca
5. Cancer FIGHTER - ambil peperiksaan semasa chemo, terbaring dan terlantar tanpa rambut dikepala
6. Calon HOSPITAL - belajar sambil drip air di tangan. Pucat lesu sambil memeluk buku teks jakim
7. Calon anak yatim piatu - nenek yang uruskan pembelajaran upkk , warga emas nak cucu berjaya.
8. Calon IBU AYAH BERCERAI - anak yang belajar ditanggung ibu sahaja ketika bapa TIDAK MEMBERI NAFKAH satu sen pun.
9. Calon buta/ pekak/bisu - berjaya dpt 9A
10. Calon MISKIN/asnaf tiada duit nak beli buku pun. Tiada bekalan elektrik pun dekat rumah kerana terlampau miskin.
Tuan/puan , mereka dah buktikan yang UPKK bukan atas kertas , bukan sekadar peperiksaan, memang tidak membawa makna apa-apa. 10 golongan yang saya sebut di atas adalah PELAJAR STRAIGHT A’S UPKK! Mereka berusaha sehabis mungkin.
9A tidak dapat begitu sahaja tuan/puan. TIDAK DATANG BERGOLEK. Ianya memerlukan wang ringgit, keringat, masa, tenaga, pengorbanan, dan AIR MATA!
Saya saksi yang anak2 pelajar saya BELAJAR SAMBIL BUKU ATAS RIBA! belajar sambil tidur pensel ada di tangan. MEREKA USAHA, Dan mereka layak DIRAIKAN.
Berhenti memperlekehkan usaha anak2 11tahun ini. Mereka permata negara kita. Mereka penerus generasi kita. Doakanlah yang baik2.. sekiranya tidak ada perkara baik yang hendak ditulis, maka DIAM.
Berapa A pun , walau tiada A, ex UPKK sangat bermakna bagi saya.
Mereka sangat “ BERMAKNA” . Terima kasih atas perjuangan ini. Sekurang-kurangnya mereka dah kuasa beberapa ilmu dalam UPKK
1. Fardhu Ain ( kenal Allah, kenal Rasulullah)
2. Al-Quran ( tahu tajwid, confirm hafaz 16surah lazim)
3. Bahasa Arab ( ilmu nahu, confirm hafaz 200 perkataan arab)
4. Penulisan JAWI ( jawi sekarang bukan macam dulu, banyak kaedah itu ini)
5. Adab seharian ( adab komunikasi di media sosial pun ade ☺️ )
Bukankah ini sudah bermakna? Tepuk dada tanya iman.
- Ustazah Ummul Syabinar ❤️
ZAMAN 33 BULAN DULU YA..TELOQ PUN HILANG
. Ada yang kata mana2 Kerajaan sama saja, bukti fakta angka2 gambar2 tidak menipu, bila ber-longok2 gini, jangan malas berfikir jadi yang berilmu juga tahu beza mana yang bagus.
. Alhamdullilah terima kasih Pengundi2 Kerajaan Madani YDPA Malaysia kita, Terima kasih PMX, Menteri2 Pegawai2 yang bekerja kuat dengan Ikhlas semuga beroleh Pahala Juga kebaikan insyaAllah.
. Sesungguhnya nikmat apakah lagi yang hendak kita dusta2kan wahai semua rakyat Malaysia. 🇲🇾💪🧡♥️💙🧡💪🇲🇾
Myanmar, Sudah Jatuh Ditimpa Tangga
Walaupun Myanmar masih di bawah pemerintahan junta, hati saya tetap bersama mereka yang terjejas akibat gempa bumi baru-baru ini.
Ramai pengembara bimbang untuk ke Myanmar kerana keadaan yang tidak menentu, lebih-lebih lagi sekarang apabila negara itu dilanda bencana sehingga junta terpaksa meminta bantuan dari luar.
Setakat ini, saya belum mendengar sebarang negara ASEAN yang akan menghantar bantuan.
Mungkin ini kerana rejim tentera Myanmar kurang berhubung dengan pemimpin negara luar, termasuk rakan-rakan ASEAN, dan lebih rapat dengan kepimpinan China.
Sebelum ke Myanmar, saya pernah menghantar e-mel kepada Kedutaan Malaysia di Yangon untuk bertanya mengenai keselamatan pelawat.
Mereka membalas dengan nasihat agar saya lebih berhati-hati dan mengelakkan perjalanan ke Mandalay.
Namun, saya tetap berdegil dan meneruskan perjalanan ke Mandalay dari Bagan dengan menaiki sebuah kereta sewa prebet sapu dengan bayaran USD100.
Sepanjang perjalanan, banyak sekatan jalan raya dan yang paling merisaukan, ramai askar Myanmar kelihatan mabuk.
Sama seperti di Mesir, apabila pemandu ditahan untuk soal siasat yang berpanjangan, faham-fahamlah apa yang perlu dilakukan.
Dari Bagan ke Mandalay, kami melalui banyak sekatan jalan tentera yang lengkap bersenjata berat.
Saat paling mencemaskan berlaku di Bagan apabila kereta di hadapan kami dipaksa berhenti dan diserbu oleh empat lelaki bersenjata rifel Kalashnikov.
Mereka berpakaian biasa, t-shirt dan seluar pendek dan keluar dari sebuah kenderaan Pajero dan menghunus senjata kepada penumpang.
Pemandu pelancong kami memberitahu bahawa mereka adalah anggota tentera yang menyamar untuk melakukan pemeriksaan mengejut.
Mereka tidak memakai pakaian seragam kerana takut diserang hendap oleh gang pemisah.
Dalam perjalanan ke Mandalay, pemandu kami memilih untuk mengelak beberapa pekan kerana pertempuran sedang berlaku antara tentera dan kumpulan bersenjata.
Pemandu Myanmar tersebut tidak sanggup pulang ke Bagan dari Mandalay pada waktu malam kerana risiko diserang hendap.
Ia mengingatkan saya kepada pengalaman di Turkiye, apabila pemandu kami memecut laju kerana bimbang kenderaan kami menjadi sasaran sniper Kurdish di zon konflik.
Myanmar adalah sebuah negara yang kaya dengan sejarah, tetapi konflik berterusan telah menjadikannya miskin. Kini, dengan bencana gempa bumi yang dahsyat, nasib rakyatnya semakin teruji.
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: Zainuddin Omar
* gambar curi askar Myanmar memeriksa kenderaan kami.