NAK BANTU PUN SANUSI MARAH. AKAI TAK DAK

 

MSO




Cadangan dan usaha mengambil alih pengurusan Kelab Bola Sepak Kedah (KDAFC) yang kini dalam ketenatan seperti mana diumumkan Saifuddin Nasution Ismail satu langkah kedepan yang baik. 


Langkah itu sekiranya terlaksana ia dapat membawa sinar baru kepada industri bola sepak di negeri jelapang padi itu.


Kelamrin Saifuddin telah menemui para pemain yang menghadapi masalah kewangan apabila  pihak KDAFC tidak mampu membayar gaji mereka sejak beberapa bulan lalu apabila menghadapi masalah kewangan yang parah. 


Dalam pertemuan ramah mesra itu KDAFC diberikan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk diagihkan kepada pemain dan pagawai sebagai persiapan untuk menghadapi sambutan raya Aidifitri.


Hendaknya semua pihak khususnya peminat boleh sepak di Kedah memberi sokongan atas cadangan itu demi masa depan suka bola sepak Kedah. Sekiranya semua mendukung usaha itu tidak mustahil Kedah akan muncul sebagai gergasi baru bola sepak negara.


Kita yakin keberadaan Saifuddin Nasution dengan kerajaan hari ini dimana beliau seorang menteri kabinet boleh membantu menyelamatkan bola sepak Kedah. Seperti mana ujarnya beliau adalah peminat kepada sukan itu, dengan minat itu beliau akan berusaha sungguh sungguh untuk memajukan bola sepak Kedah.


MB Kedah Sanusi Md Nor juga yang minat bola sepak boleh ikut membantu mungkin agak berat dari sudut kewangan, tetapi boleh berperanan memperkuatkan kelab penyokong tukang sorak. Kalau Saifuddin dilantik sebagai presiden KDAFC molek Sanusi dilantik sebagai pengerusi kelab penyokong, beliau seperti berketrampilan dalam sudut ini. 


Gabungan keduannya mantap. Trims.



No comments: