SOKONG BUDGET DAPAT PERUNTUKAN

 1. Heboh pertemuan TSMY dan parti-parti PN bertemu untuk membincangkan cadangan sokongan bajet oleh pembangkang dengan syarat MP pembangkang dapat peruntukan untuk kawasan masing-masing. UMNO nampaknya tidak berapa setuju termasuk kenyataan Yb DS Nazri Aziz, Yb DS Azalina dan Yb DS Tajudin Abd Rahman. Malah dikatan DS Zahid telah keluar mesyuarat tanda protes.

2. Di kalangan pembangkang juga ada dengar desas-desus ini, katanya atas semangat CSA atau Confidence and Supply Agreement. Ia adalah satu persetujuan blok-blok dalam parlimen untuk bersetuju atau berkecuali bagi meluluskan usul kerajaan termasuk RUU Perbekalan (Bajet). Amalan ini dibuat di kalangan parlimen komonwel dalam keadaan Parlimen tergantung (hung) kerana kerajaan adalah minoriti (a minority government).

3. Ini menimbulkan berbagai persepsi terhadap keseluruhan polemik bajet 2021 seolah ada kompromi antara pembangkang dan kerajaan TSMY. Apa jadi pada undi tidak percaya pembangkang? Adakah ini kaedah berbalas sokongan? atau quid pro quo, ‘anda urut belakang saya, saya urut belakang anda’.

4. Saya ada pandangan dalam hal ini. Secara prinsipnya soal ini tidak perlu timbul kerana peruntukan MP adalah peruntukan untuk rakyat yang diwakili. Bezanya amalan di Malaysia selama ini ialah MP pembangkang tidak mendapat peruntukan langsung dan kerana itu hak mendapat peruntukan pembangkang pernah dibawa ke mahkamah oleh mantan MP Sungei Siput Yb Jayakumar atas prinsip berhak. Kes itu ditolak kerana peruntukan itu diambil dari alokasi bajet JPM yang berhak membuat keputusan siapa yang layak menerimanya.

5. Semasa PH memerintah, hak diberi kepada pembangkang tetapi tidak saksama. Jujurnya PH juga masih kekal di takok lama dalam hal ini. Apa pun, atas prinsip menghormati keputusan rakyat, kerajaan tidak boleh ‘mendera’ pengundi dengan tidak memberi hak peruntukan hanya kerana pilihan mereka tidak berpihak kepada parti kerajaan.

6. Mengembalikan hak ini adalah menghormati pilihan rakyat secara demokratik dan tidak sepatutnya dijadikan suatu urusan yang perlu ditagih dan dirayu dan dijadikan elemen tawar menawar! Tetapi, oleh kerana hak ini dinafikan oleh BN, PH dan PN maka mengembalikan peruntukan ini telah terdedah menjadi bahan dalam rundingan politik demi memulihkan landasan asal dan menjadi hak tetap.

7. Pada waktu yang sama untuk memberi keadilan kepada konsep CSA ia menuntut Parlimen mestilah tergantung dan kerajaan adalah minoriti. Persoalannya apakah Parlimen tergantung? Adakah TSMY memiliki kerajaan minoriti? Selagi tidak terjawab secara kata putus dan bukan agak-agak maka apakah CSA relevan untuk dibincangkan? Apakah inisiatif CSA membayangkan kerajaan PN tiada majoriti dan dijangka akan kalah dalam usul undi bajet 2021?

Saya berbalik kepada prinsip asal bahawa bajet 2021adalah peluang buat-semula atau re-booting segala ketempangan asas demokrasi. Walaupun rundingan mengembalikan hak peruntukan pembangkang tidak boleh dijadikan tawaran quid pro quo tetapi ketempangan demokrasi kita ‘memaksa’ isu ini dimasukkan dalam agenda dalam suasana krisis politik yang kita lalui. Lagipun perlu ditegaskan hak peruntukan MP adalah untuk dikembalikan kepada rakyat khusus musim covid ini, bukan untuk masuk ke poket MP-MP atau pegawainya.

DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden AMANAH

Ahli Parlimen Parit Buntar

4/11/2020.



C4 mahu Ahmad Maslan, Noh Omar keluar dari PAC


Ahmad Maslan dan Noh Omar merupakan pilihan yang salah untuk Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, kata NGO anti-rasuah.

PETALING JAYA: Sebuah NGO anti-rasuah meminta Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Harun mempertimbang semula lantikan 2 individu dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kerana latar belakang mereka yang dikatakan boleh menimbulkan persolan integriti.

Dalam kenyataan hari ini, Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) menamakan Ahmad Maslan (BN-Pontian) dan Noh Omar (BN-Tanjung Karang) sebagai anggota jawatankuasa itu yang dipercayai perlu diganti.

C4 berkata, Yang di-Pertua mesti mempertimbang semula lantikan kedua-duanya kerana pembabitan mereka akan mengundang persoalan terhadap “integriti dan kebolehpercayaan PAC secara keseluruhannya”, seterusnya menjejaskan peranan jawatankuasa itu dalam usaha memperjuangkan ketelusan kerajaan.

Ahmad didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar berjumlah RM2 juta diterima daripada bekas perdana menteri Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam borang nyata cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2013 yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Ia bukan sahaja kelakar tetapi amat membimbangkan kerana orang yang berdepan pertuduhan rasuah dilantik ke sebuah jawatankuasa bertujuan memastikan pentadbiran dijalankan secara baik dan memperjuangakan ketelusan,” menurut kenyataan itu.

Mengenai Noh, NGO itu memetik kenyataan dibuatnya ketika sidang Parlimen pada 4 April 2019. Noh berkata “mencuri tak salah, kalau kena tangkap baru salah”.

“Analoginya, walaupun diberikan dalam semangat yang menegaskan seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah, tetapi analogi itu diucapkan dengan cara membimbangkan dan ia akan membawa kecurigaan terhadap tujuan PAC,” kata C4.

Semalam, 12 anggota baharu PAC disahkan, dengan 8 daripada kerajaan manakala baki 4 lagi daripada pihak pembangkang.

Selain Ahmad dan Noh, anggota PAC baharu daripada kerajaan ialah Mohd Fasiah Fakeh (PPBM-Sabak Bernam), Yamani Hafez Musa (PPBM-Sipitang), Jalaluddin Alias (BN-Jelebu), Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti), Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) dan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik).

Mereka yang dilantik daripada pembangkang ialah Nurul Izzah Anwar (Permatang Pauh), Mohd Hatta Ramli (Lumut) dan Wong Shu Qi (Kluang) daripada Pakatan Harapan (PH) serta Ahmad Hassan (Papar) Warisan.


COVID-19: 1,032 kes baharu, 82 ICU dan 8 mati

 

COVID-19: 1,032 kes baharu, 82 ICU dan 8 mati

Jumlah kes baharu positf COVID-19 hari ini terus kekal empat digit iaitu sebanyak 1,032 kes yang dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di Malaysia 35,425 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah daripada pertambahan kes pada hari ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 10,339 kes.

Katanya, daripada 1,032 kes baharu pada hari ini, terdapat tiga kes import mendapat jangkitan dari luar negara yang kesemuanya melibatkan bukan warganegara India (1 kes); Singapura (1 kes); dan Filipina (1 kes).

“Daripada 1,029 kes penularan di dalam negara, satu kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah
sebanyak 479 kes,”katanya.

Sehingga kini, katanya, terdapat 82 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lapan kes kematian berkaitan COVID-19.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 271 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya.

Pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 820 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 24,815 kes (70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Namun, negeri Sabah mencatatkan jumlah tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 646 kes (62.6 peratus) daripada keseluruhan kes positif harian.

Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 244 kes (23.6 peratus). Manakala, Wilayah Persekutuan (WP) Labuan pula mencatatkan 28 (2.7 peratus) kes positif pada hari ini.



JIKA BERSASAR -IANYA MENYUSAHKAN PIHAK BANK_ Tiada masalah moratorium dilanjutkan, perlu bincang bersama bank - PM

 

Tiada masalah moratorium dilanjutkan, perlu bincang bersama bank - PM

Harits Asyraf Hasnan
Tiada masalah moratorium dilanjutkan, perlu bincang bersama bank - PM
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kerajaan telah menerima banyak maklumbalas berhubung keperluan untuk melanjutkan moratorium terutamanya bagi mereka yang terjejas. - Foto Pejabat Perdana Menteri
KUALA LUMPUR: Kerajaan kini sedang mengkaji kaedah memudahcarakan proses pelanjutan moratorium pinjaman hutang bagi mereka yang amat memerlukan sokongan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan telah menerima banyak maklumbalas berhubung keperluan untuk melanjutkan moratorium terutamanya bagi mereka yang terjejas.
"Jadi tentulah perlu untuk kita (kerajaan) berbincang dengan pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dan pihak Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) di Malaysia sama ada boleh atau tidak mempertimbangkan lagi.
"Di pihak kerajaan, kita sokong. Cuma sebab bank ini, mereka yang menguruskan wang dan dana yang disimpan oleh majikan-majikan.
"Setiap langkah yang mereka nak ambil itu mesti diambil kira sama ada boleh memberi jaminan kepada penyimpan-penyimpan mereka dan akhirnya mereka mendapat keuntungan daripada pelaburan yang disediakan oleh bank," katanya pada sesi Wawancara Khas Pra-Belanjawan 2021 bersama media secara maya hari ini.
BACA: Belanjawan 2021: Lanjutkan moratorium bantu ringankan hutang rakyat
BACA: DAP desak PM lanjut moratorium, sedia kerjasama dengan semua parti - Guan Eng
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata tiada negara lain yang mengambil pendekatan Malaysia untuk menawarkan moratorium secara automatik kepada semua peminjam.
"Hampir semua telah mengambil kemudahan moratorium ini yang mengurangkan dana untuk mereka yang benar-benar memerlukan. Tambahan, moratorium juga mengurangkan dana institusi bank yang dapat digunakan untuk mengeluarkan pinjaman baharu.
"Dengan itu, kerajaan mengambil langkah untuk beralih kepada pendekatan yang lebih bersasar," katanya.
Mengikut rekod, setakat 16 Oktober 2020, lebih 650,000 permohonan bantuan bayaran balik pinjaman terdiri daripada 603,500 permohonan daripada individu, 43,000 permohonan daripada PKS, dan 3,500 permohonan daripada perniagaan lain telah diterima dengan kadar kelulusan sebanyak 98 peratus.
Pada September 2020, nilai keseluruhan bayaran balik pinjaman telah mencecah 70 peratus daripada jumlah sebelum tempoh moratorium pinjaman secara menyeluruh, walaupun ketika itu tempoh moratorium secara menyeluruh selama enam bulan masih berkuatkuasa.





MENGEMIS RM 300 GANJARAN PAHALA

 

n



MOHD MUKLIS MOHD SYARIF

Ingat dah jadi kerajaan, tabung milo dah tak ada rupanya masih sama. Ni kira mengemis derma kat Facebook maybe sebab ahli sendiri pun dah tak percaya. Mana taknya lidah rasmi asyik error 404, dah jadi kerajaan cara istidraj, yang senang lebai, yang merana penyokong. Lantik GLC, yang perasan dia sorang aje engineer dalam malaysia pun dapat fai'.

Penyokong yang di bawah ini minta tak banyak, bawa aje hudud tu. Dulu salahkan DAP waktu jadi pembangkang, bila dah dah jadi kerajaan rupanya mencari redha MCA. Ironisnya ketua pemuda MCA dengan fake qualification baru dapat datoship. Jadi baik lebai PAS atau orang alim MCA, mengejar dunia adalah perkara utama.

Ni nak minta derma RM300, katanya dapat ganjaran pahala dan jadi saham membina negara yang di redhainya. Persoalan yang utama, kenapa kena tunggu derma untuk PRU15? Kan lebai ada jadi timbalan menteri agama, apa beza kalau tunggu PRU dan buat sekarang ini? Serius tak boleh brain.

Lepas itu nak RM100,000 bayar tenaga pakar sosial media? Macam pakar sosial media yang subscribe onlyfans sebab nak tengok video fitness? Atau blogger apakkau? Atau macam al-bekami kaki palatao?

Reason PAS kalah sosial media PRU14 sebab semua orang yang cerdik sudah keluar, yang tinggal hanya walaun yang di pajak akal. Sebab itu bagi analisa ke laut, tanya macam mana nak memerintah bertanding 160 kerusi dia balas malaikat akan turun undi mereka. tapi tak pula suruh malaikat tadi duk bagi jernih air dekat negeri lebai dah 20 tahun.

"Dana 90 juta, PAS makan dedak UMNO, PAS ektrimis agama, PAS rasis." Ini bukan fitnah, ini adalah kebenaran. Sebab itulah lebai tarik balik saman SR dan sanggup bayar RM1.4 juta pada Clare. The only reason kenapa belum kena cekup sebab lebai jenis suka main 2 kolam dan ada orang sengaja lindung janji sokong mereka di parlimen.

Nasihat saya, hentikanlah minta derma untuk benda yang sia-sia. Kalau betullah sumbang duit pada media PAS dapat pahala, tak ada adalah harakah delete artikel.

Bila dah masuk mahkamah maybe sebab belum sempat delete boleh bagi alasan mewa kata "Bab Sajat pakai tudung kat Mekah pun Mujahid kena bertanggungjawab". While that is fine and dandy, kenapa bila Sajat pakai bikini, Harakah tak salahkan Menteri Agama sekarang? Apa beza dia dulu dan sekarang, adakah neraca harakah juga senget macam SSST?

 

PANAS !!!!!!! AGENDA DISEBALIK CADANGAN REKONSILIASI NASIONAL UMNO DIDEDAH!!!

Tunggu Belanjawan 2021, mungkin tidak perlu keluarkan wang KWSP - PM

 

Harits Asyraf Hasnan
Tunggu Belanjawan 2021, mungkin tidak perlu keluarkan wang KWSP - PM
Kerajaan sudah melaksanakan kelonggaran berhubung KWSP, khususnya membenarkan caruman pekerja dikurangkan daripada 11 peratus kepada 7 peratus dan juga i-Lestari yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 sebanyak RM6,000 seorang. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia mengkaji cadangan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dari akaun satu untuk membantu rakyat yang menghadapi kesusahan dan yang benar-benar memerlukan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perkara itu telah dibincangkan beliau bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Tegasnya, sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, Muhyiddin akui perlu diimbangi keperluan jangka pendek individu yang terjejas dengan masa hadapan jangka panjang dan keperluan simpanan persaraan.
"Kita pada dasarnya bersetuju dan bersedia untuk mengkaji cadangan bagaimana kita dapat membantu rakyat yang menghadapi kesusahan dan mereka yang benar-benar memerlukan.
"Sama ada mereka ini boleh kita benarkan untuk keluar peruntukan dari akaun satu - yang biasanya kita tahu ia adalah untuk jangka masa panjang apabila umur mereka sudah tua atau apabila tidak ada duit.
"Jadi reaksi awal kita adalah seboleh mungkin, jangan sentuh wang itu.
"Ya, mereka menghadapi keadaan yang amat susah, sebab itu belanjawan nanti kalau ditunggu mungkin ada pemberian dan bantuan yang kerajaan sampaikan.
"Kalau itu dianggap memadai, tidak perlu keluarkan wang yang telah disimpan (akaun 1 KWSP) itu," katanya pada sesi Wawancara Khas Pra-Belanjawan 2021 bersama media secara maya hari ini.
Jelasnya, Kerajaan sudah melaksanakan kelonggaran berhubung KWSP, khususnya membenarkan caruman pekerja dikurangkan daripada 11 peratus kepada 7 peratus dan juga i-Lestari yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 sebanyak RM6,000 seorang.
"Hampir 70 peratus daripada ahli KWSP memilih untuk mengurangkan caruman pekerja 11 peratus ke 7 peratus yang kini menyumbang kepada meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income) sebanyak hampir RM700 juta sebulan.
"Pada masa yang sama, lebih daripada 30 peratus ahli KWSP mempunyai simpanan KWSP kurang daripada RM5,000 dan dengan itu, simpanan KWSP tidak semestinya dapat menangani masalah aliran tunai pencarum KWSP," katanya.



APA YANG BOLEH DAN TAK BOLEH

 Image may contain: 1 person, text that says "i Hahahahda!!y Mលស MalayslaGazette" Mesyuarat di PWTC BOLEH MALAYSIAGAZETTE.COM MKT UMNO mesyuarat khas malam ini Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra i Bertemu di Hilton BOLEH ASTROAWANI.COM PM bertemu pemimpin Perikatan Nasional di Hilton Kuala Lumpur ENTERIAN Bersidang di Parlimen TAK BOLEH SINAR HARIAN Risiko jangkitan tinggi jika Parlimen bersidang lebih lama"

CADANGAN MUDA MENGENAI BELANJAWAN

 No photo description available.


Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

2rc StSlimpcoNoviemobntrelsor atr s20elS:uductl04  · 

10 Cadangan MUDA Belanjawan 2021

1. Melanjutkan moratorium sehingga Jun 2021.

2. “1 Keluarga, 1 Laptop” : Menyediakan sebuah komputer riba atau elaun tunai berjumlah RM1,000 bagi setiap keluarga untuk kegunaan pembelajaran atas talian.

3. Bantuan tunai berjumlah RM50 sebulan bagi pelajar universiti sebagai perbelanjaan pembelajaran atas talian bagi tempoh 6 bulan yang akan datang. Ini selari dengan usaha kerajaan menambahkan router internet mudah alih untuk meluaskan jangkauan ke kawasan yang tiada atau lemah cakupannya.

4. Bonus 2 bulan untuk pekerja barisan hadapan seperti kakitangan perubatan, polis dan tentera sebagai penghargaan kepada pengorbanan mereka untuk negara dan meningkatkan semangat dalam menangani Covid-19.

5. Geran tambahan bagi latihan semula dan naik taraf kemahiran bagi mereka yang kehilangan pekerjaan, juga menyediakan bantuan dan penempatan pekerjaan (fokus kepada sektor-sektor tenaga boleh diperbaharui).

6. Geran tambahan dan pelepasan cukai untuk perniagaan yang mengutamakan pengambilan pekerja tempatan dan graduan baru, serta yang menggunapakai amalan contoh dalam mengurangkan pencemaran dan kesan rumah hijau.

7. Melanjutkan program subsidi gaji untuk perniagaan dari Januari ke Jun 2021, dan memberi subsidi yang lebih tinggi untuk industri-industri yang terkesan teruk seperti F&B, pelancongan, dan penerbangan.

8. Memperluaskan jaringan keselamatan sosial (elaun, dana, dsb.) untuk komuniti rentan seperti mangsa keganasan rumahtangga, komuniti OKU, artis dan seniman, dsb. (akibat daripada peningkatan mendadak kes Covid-19).

9. Peruntukan dana bagi memudah dan menggalakkan pelaburan berkaitan tenaga lestari dan boleh diperbaharui untuk mencipta pekerjaan bernilai tinggi bagi rakyat Malaysia sekaligus bersedia mendepani perubahan iklim

10. Peruntukan dana kawasan Parlimen yang saksama bagi semua Ahli Parlimen untuk memastikan pengagihan kewangan yang lebih pantas ke kawasan terjejas dan proses desentralisasi bantuan untuk kebaikan rakyat berjalan lancar.

2 November 2020

Parti MUDA

 

 


JOM JIHAD....KAH....


HORAS

Tu sebab orang tua dulu dah pesan ...kalau kail panjang sejengkal jangan di cuba lautan yang dalam...maknanya kalau kurang ilmu jangan cuba hal yang tidak mampu di tanggung beban nya...komen saya

----------------------------------------------------------------

Anggota Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh hari ini memohon maaf kepada penganut Kristian dan rakyat Malaysia atas ucapannya yang dianggap menghina.


 Image may contain: ‎2 people, ‎text that says "‎Akibat agama di politik kan.. Demi PAS apa pon halal U-TURN' pulak dahhh.. Apa dah jadi pendirian PAS? iיור Sekayan Berita Berita Sekayen Ahli Parlimen PAS enggan minta maaf isu minum arak, kitab Injil Nik Zawawi mohon maaf dakwa Bible terpesong Divana Ibrahim Diterbitkan pada Aug 2020 Mohd Farhan Darwis Diterbitkan pada Nov 2020 SR arakyx LEBAI PAS TERPAKSA MELUTUT JUA PADA TUANNYA?‎"‎‎

Ini Belanjawan Pilihan Raya? 'Lindungi rakyat melebihi segalanya' - PM

 

Harits Asyraf Hasnan
Ini Belanjawan Pilihan Raya? 'Lindungi rakyat melebihi segalanya' - PM
Tegas Muhyiddin, Belanjawan 2021 yang disediakan Kerajaan telah meletakkan keutamaan untuk melindungi rakyat melebihi segala perkara lain. - Sumber foto Pejabat Perdana Menteri
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tanggapan sesetengah pihak bahawa Belanjawan 2021 sebagai 'Belanjawan Pilihan Raya' adalah kurang tepat.
Tegasnya, Belanjawan 2021 yang disediakan Kerajaan telah meletakkan keutamaan untuk melindungi rakyat melebihi segala perkara lain.
Katanya, fokus kerajaan ketika ini adalah mengimbangi antara kewajiban melindungi rakyat dan keperluan menjamin kelangsungan ekonomi.
"Perkara penting sekarang ini ialah menangani masalah COVID-19 dan kedua menguruskan masalah ekonomi, ini perkara pokok dan tidak masuk perkara ketiga iaitu pilihan raya pun.
"Kalau dua perkara ini dapat kita selesaikan, saya memang mengharapkan supaya kita mendapat suatu mandat baharu. Bermakna, kita akan pergi kepada rakyat dan mohon rakyat mempertimbangkan.
"Kalau mereka berpendapat kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini bagus, telah memberi banyak sokongan dan bantuan secara prihatin tangani masalah mereka dan menghargai usaha kita, mungkin ia adalah waktu yang terbaik untuk Pilihan Raya Umum sewajarnya dapat kita adakan," katanya pada sesi Wawancara Khas Pra-Belanjawan 2021 bersama media secara maya, hari ini.
Tegas Muhyiddin, Belanjawan 2021 merupakan kesinambungan kepada semua inisiatif rangsangan dan pemulihan ekonomi yang dilaksanakan sebelum ini dan bukan 'Belanjawan Pilihan Raya'.
"Saya tidak tahu bila masanya COVID-19 ini akan selesai dan ekonomi akan rancak semula. Ini terserah dan kita berdoa kepada Allah SWT agar negara kita akan kembali dalam landasan yang betul dalam satu tempoh yang tidak terlalu lama.
BACA SEMUA BERHUBUNG BELANJAWAN 2021
"Apabila itu telah selesai, maka InsyaAllah, kita akan dapat menguruskan masa depan negara kita dengan lebih baik.
"Jadi Belanjawan ini, saya tak sebut Belanjawan pilihan raya. Walau pilihan raya atau tidak, yang penting adalah membantu rakyat," ujarnya.

Perbanyak pusat kuarantin, kekang gelombang Covid 19 - Akmal Nasir

 





Jangkitan wabak Covid 19 gelombang ketiga yang penyebarannya semakin pantas ke seluruh negara berbanding sebelumnya membimbangkan banyak pihak.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir berkata, dalam menangani situasi ini kerajaan perlu mengambil beberapa langkah baharu bagi mengekang wabak berkenaan.


Beliau mencadangkan agar kerajaan Perikatan Nasional membuka lebih banyak pusat kuarantin dan tidak terlalu bergantung kepada kuarantin kendiri yang mungkin membahayakan ahli keluarga sekiranya seseorang adalah pembawa virus.


"Trend peningkatan kes di negara ini sejak beberapa hari lalu membimbangkan dan ia selari dengan pertambahan jumlah kes dan kematian Covid-19 di seluruh dunia.


"Dalam keadaan ini, kerajaan sewajarnya memperbanyakkan pusat kuarantin bagi menempatkan pesakit Covid-19 yang berisiko rendah dan tidak bergejala berbanding ditempatkan di rumah.


"Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dilanjutkan sehingga 9 November ini diterima baik namun ia perlu diperketatkan lagi demi keselamatan rakyat.


"Kita menganggap walaupun ada pesakit yang tidak bergejala, ahli keluarga yang berada di rumah terutama warga emas, kanak-kanak dan bayi berisiko dijangkiti wabak berbahaya itu," katanya dalam satu kenyataan.


Menurutnya, langkah pencegahan yang lemah sebelum ini mungkin menjadi punca sukarnya Covid 19 dikawal sejak beberapa minggu lalu.


Katanya, tibalah masanya kerajaan melalui Kementerian Kesihatan melaksanakan SOP yang lebih tegas demi mengelakkan Malaysia tergolong dalam negara yang gagal membendung pendemik tersebut.


"Langkah membenarkan pesakit yang bergejala Covid-19 menjalani kuarantin dan rawatan di rumah akan membuka jalan kepada risiko jangkitan yang lebih tinggi dalam kalangan ahli keluarga walaupun pelbagai langkah diambil bagi menghalangnya.


"Oleh sebab itu, pesakit perlu ditempatkan di pusat kuarantin yang ditetapkan dengan tanggungan sepenuhnya oleh kerajaan atau skim MySalam, terutama golongan yang tidak berkemampuan.


"Kementerian Kesihatan Malaysia perlu dibantu bukan sahaja untuk merawat pesakit, tetapi juga bantu mereka mengawal jangkitan," katanya lagi.

Kerajaan perlu perluaskan kajian merawat pesakit COVID-19 - Dr Azman

 






Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail mencadangkan kepada kerajaan supaya memberikan tumpuan kepada tiga perkara dalam menangani wabak COVID-19.


Beliau berkata, perkara pertama adalah memperluaskan bahan bacaan dalam bidang tertentu bagi merawat pesakit COVID-19 dengan lebih efisyen.


"Aspek keselamatan dan keberkesanan dalam merawat COVID-19 ada dalam berbagai makalah dan kajian.


"Kementerian perlu membaca lebih meluas dalam bidang khusus seperti nutritional medicine dan automolecular medicine, tidak hanya melalui jurnal tertentu sahaja," katanya.


Perkara kedua pula, kata Dr Azman, melibatkan kajian dan rawatan oleh pakar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari Hospital Raja Perempuan Bainun di Ipoh yang dilihat berkesan merawat pesakit COVID-19.


"Kajian dari pakar KKM itu telah diterbitkan pada bulan Julai lepas dan kajian itu memberangsangkan, malah hasil rawatan untuk jangkitan COVID-19 itu menyebabkan kadar sembuh dan pulih pesakit sangat memberangsangkan.


"Apakah itu tidak cukup untuk KKM bergerak ke hadapan dan positif terhadap penggunaan vitamin C?" soalnya.


Satu lagi perkara yang dicadangkan oleh Dr Azman adalah meminta bantuan dari doktor pakar dari Wuhan, China yang berjaya mengekang wabak COVID-19 dari terus merebak.


"Satu kajian yang sangat besar di Wuhan, China menyenaraikan dengan lengkap 'methodology' dalam British Medical Journal sebulan lepas dan akan disiarkan dengan lebih terperinci hujung tahun ini.


"Kajian itu merupakan multicenter randomized controlled-trial, apakah kita tidak boleh berhubung dengan beliau dan cuba menggunakan kaedah rawatan yang selamat, mudah dan murah ini.


"Ini untuk menyelamatkan nyawa ketika kita ada keperluan mendesak begini, perlukah kita harus menunggu menjadi pengikut sahaja," katanya.

(function() { var d = document, w = window; w

Anwar doesn’t rule out possibility of working with Umno