WALAU LAMBAT, IANYA KINI DILAKSANAKAN


 

KAU BOLEH KATA KAPIR HARBI.

 

KITA BANTU UNTUK RAKYAT


 

MAT NUSI SEMBANG KUAT


 

PEMBANGKANG BUKAN RETI- SEBAB TU DOK JAJA BUKAN BUKAN. Sultan Pahang titah jangan bahas lagi Titah Adendum, hormat undang-undang

 



Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar semua pihak tidak lagi berterusan membahaskan soal Titah Adendum.


Paduka Baginda menegaskan bahawa ia telah berada di bawah proses undang-undang dan semua pihak perlu menghormatinya.

Baginda tidak mahu mana-mana pihak menimbulkan sebarang kekeliruan dan retorik berhubung isu itu.



“Baginda Sultan Pahang, meminta agar semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum.


“Dalam soal Titah Adendum, bahawasanya perkara ini adalah berada dalam bidang kuasa pihak yang bertanggungjawab dan berintegriti.

“Oleh itu, semua pihak perlu menghormati proses serta undang-undang yang telah ditetapkan dan tidak menimbulkan sebarang kekeliruan dan retorik.


“Saya menyeru kepada semua supaya berpegang teguh kepada nilai kejujuran, amanah, saling menghormati dan bersikap terbuka dalam menyelesaikan sesuatu perkara,” titah Paduka Baginda ketika Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, semalam.


Isu Titah Adendum paling banyak dimainkan oleh pembangkang biarpun Perdana Menteri menjelaskan beliau tidak boleh mengulas hal itu





SULTAN ABDULLAH TU CAKAP CARA HALUS SAJA...BAGINDA TU SEBENARNYA HALAU HANGPA 4-5 EKOQ BALIK. TOK SAH DOK MAIN DENGAN ADENDUM TU...

 









PAS DAN PEMIMPIN KUAT BOHONG DAN KALAH SAMAN FITNAH.

 

Melihat rekod berbohong PAS sejak PRU15, sudah terbukti berkali-kali ramai pemimpin PAS berbohong, kalah saman kerana berbohong, meminta maaf kerana berbohong...



Maka betul la kata Tan Sri Presiden PAS, pembohong jadi pemimpin seperti pemimpin PAS memang merosakkan dunia di akhir zaman.


Dalam bab berbohong ni memang tak boleh lawan PAS.


Bahkan Nabi SAW pernah sebut fitnah akhir zaman akan keluar dari kumpulan ulamak jahat, contoh depan mata kita sekarang adalah PAS.


Sebab orang lain tak pernah menghalalkan pembohongan dengan dalil agama seperti PAS. Dalam ajaran PAS, berbohong adalah halal selagi mana demi 'maslahat' mempertahankan parti.


Oleh itu orang Islam patut menjauhi dan berwaspada dengan kumpulan ulamak jahat yang kuat membohong ni.



PM KAMI SEMPOI..TAK NANTI PILIHANRAYA BARU NAK TURUN JUMPA RAKYAT...MB HANGPA LAGU MANA ? BUKA MULUT SAJA MUHONG....YAAA AMPU SALAMMMM

 

Pesawah Lega PM Anwar Salur Pampasan Takaful Skim Tanaman Padi



Para pesawah terjejas akibat banjir teruja dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi mereka bagi menyampaikan bantuan menerusi Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) di Ayer Hitam pada 27 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

JERLUN, 28 Feb – Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim menemui sendiri para pesawah di negeri ini menziarahi mereka sempena peluncuran Projek Pembangunan Infrastruktur bagi Menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun di Ayer Hitam di sini amat dinantikan.

Masakan tidak, mereka yang rata-rata sudah dimaklumkan tentang kehadiran Perdana Menteri teruja sementelah punca pendapatan mereka terjejas ekoran banjir Disember tahun lalu, kini mampu menarik nafas lega apabila beban kewangan ditanggung sedikit sebanyak dipermudahkan selepas menerima pampasan Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) pada Khamis.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau sendiri kawasan sawah yang diusahakan di Ayer Hitam pada 27 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Program turun padang menemui para pesawah berkenaan disifatkan menunjukkan keprihatinan Anwar terhadap nasib mereka yang memulakan tanaman padi semula seawal Januari lalu.

Cek STTP kepada lima Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) itu disampaikan Anwar di sini dihadiri kira-kira 3,000 pesawah terjejas termasuk pengumuman sebanyak RM15 juta disalurkan bagi persediaan Ramadan dan Aidilfitri.

Para pesawah yang terjejas pendapatan akibat banjir lega dengan bantuan yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika penyampaian cek sempena Majlis Peluncuran Projek Pembangunan Infrastruktur Tanaman Pada Lima Musim Dua Tahun di Jerlun pada 27 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menurut Ahli Jemaah Pengarah PPK A-III Hutan Kampung Syafiq Azril Mohd Nasis, beliau menzahirkan ucapan terima kasih atas keprihatinan kerajaan terhadap nasib yang menimpa golongan pesawah.

“Alhamdulillah, ini sedikit sebanyak dapat tampung kos peringkat awal (tanaman padi) kerana semasa banjir tempoh hari kami kerugian sangat banyak disebabkan ketika itu padi sudah berusia antara 45 dan 50 hari.

Para pesawah terjejas akibat banjir teruja dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi mereka bagi menyampaikan bantuan menerusi Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) di Ayer Hitam pada 27 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Sekurang-kurangnya bantuan diterima ini boleh digunakan untuk pusingan modal bagi permulaan musim depan pula,” katanya.

Seorang lagi pesawah mewakili petani di kawasan PPK di negeri itu merasa terharu dan berterima kasih dengan pampasan diberikan kerajaan.

“Semasa banjir tempoh hari, padi sudah berusia sebulan ke atas dan modal yang sudah dikeluarkan pesawah memang tinggi. Menerusi pampasan ini dapatlah mereka tersenyum sedikit kerana kalau tak ada langsung lagi teruk,” katanya.

Selain mereka, para pesawah lain yang menzahirkan ucapan serupa ialah Pengerusi PPK D-II Tunjang Zainol Abidin Mohd Noor, Pengerusi A-II Kodiang Mohd Shukri Samsuddin dan Ahli Jemaah Pengarah G-II Jitra Abdollah Ismail.

Para pesawah terjejas akibat banjir teruja dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi mereka bagi menyampaikan bantuan menerusi Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) di Ayer Hitam pada 27 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ketika membentangkan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober tahun lepas, Anwar berkata pelaksanaan projek itu diumum melibatkan peruntukan hampir RM1 bilion dengan keluasan penanaman padi sekitar 11,000 hektar.

Pada program itu Anwar turut mengumumkan agihan sumbangan RM15 juta daripada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) kepada pesawah di seluruh negara sebagai persediaan awal Ramadan dan Syawal.



KEH..KEH..KEH...KONONNYA SHAIDAN KASSIM, AKHMAL...SAPA LAGI DUA TIGA EKOQ MAI NAK JUMPA SULTAN LA GAMAKNYA...SEKALI KENA SOUND...

 



Himpunan Pahang bermunajat jadi ‘back slap’ untuk penganjur






Semalam berlangsung perhimpunan “Pahang Bermunajat, Sultan Berdaulat”, dibuat oleh Himpunan NGO Melayu di Kuantan Pahang. Ini secara halusnya nak buat bantahan isu Adendum.

Selain daripada NGO, parti yang turut sertai ialah parti Pas. Saya bab NGO Islam nak buat perhimpunan tu saya boleh terima lagi.



Tapi bila Pas sertai sekali, konon-konon Raja dia nak bersoladiriti, hmm… knowing Pas, mereka hanya akan bergerak kalau ada laba politik.

Mana-mana naratif yang boleh ditunggang untuk buat kerajaan nampak jahat sekali, merekalah terpaling ke depan. Untuk rekod, tiada geng Tun Mahathir dan Tan Sri Mahiaddin Md Yassin ya yang beria nak bermunujat ini.

Sultan Pahang turut hadir dalam perhimpunan. Apa yang Baginda titahkan? Semua perlu hormati proses undang-undang dan jangan politikkan kehadiran.



Pada saya, ini satu ‘back slap’ kepada penganjur.

Baginda nak katakan Baginda gembira ada yang buat perhimpunan untuk Baginda. Namun, Baginda “perlu bekerjasama dengan kerajaan semasa”.

Itu titah yang Baginda nak sampaikan. Cukup tersusun dan jelas, bagi mereka yang ingin menghadam.

Pas dan sekutu membawa naratif ini kerajaan derhaka kerana isu Adendum.


Pada saya mudah sahaja, selagi Sultan atau Agong tidak bersuara sedemikian, siapa anda nak kata begitu?

Kena ingat ya. Ketika 33 bulan, Sultan Pahang menjadi Agong, dengan lantang Baginda menegur kerajaan dan menteri undang-undang Pas.

Baginda sangat dukacita dan kecewa dengan keengganan kerajaan PN kerana melanggar titah Baginda mengenai darurat yang berpanjangan.

Siap Istana tegur menteri undang-Undang yang mengelirukan Dewan. Ini tuan puan, jelas derhaka. Siap Istana terpaksa bersuara.

Itu sebab bila Pas gebang nak bermunajat untuk Sultan, saya kureng nak percaya. Makhluk-makhluk ini akan buat apa saja untuk kuasa.

Makanya, selagi Sultan tak bersuara, kami rakyat akan tunggu dan lihat. Apa langkah kerajaan seterusnya.

***************************

Isu Adendum ini juga, saya dah pernah ulas. Ia isu kayangan, beyond us mortals. Isu yang Majlis Raja-Raja pun perlu campur tangan. Sebab melibatkan 2 Agong berlainan dan takrifan perkara Perlembangaan.

No one is above the nation and the Constitution. Tambah ianya untuk melepaskan seorang PM dari penjara. Atas kesalahan kleptokrasi terteruk dalam sejarah dunia.

Bagaimana orang luar melihat kita, bila yang bersalah hanya kena tahanan rumah sahaja?


Bagi rakyat biasa non-partisan, ini pandangan mereka. Sama ada kayangan atau orang di jalanan. Kalau ada kesalahan, janganlah dibeza-bezakan.

Kami harap mereka-mereka di kayangan pandai-pandai selesaikan. Bukan untuk kepentingan mana-mana pemimpin atau parti. Tapi untuk kepentingan negara dan rakyat.




PM Anwar Terus Sinari Harapan, Salur Bantuan Kepada Nelayan Pahang

 

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sumbangan bagi meringankan beban di kediaman yang akan dibaik pulih hasil bantuan daripada ICU bagi memberi keselesaan kepada Mohammad Kasim sekeluarga. Foto Facebook Ahmad Farhan Fauzi

KUANTAN, 28 Feb – Dalam kesibukan mengurus hal ehwal negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah melupakan nasib para nelayan sekitar Pahang yang terus mendapat perhatian ekoran mata pencarian terjejas akibat tidak dapat turun ke laut disebabkan cuaca buruk.

Diwakili Setiausaha Politik, Datuk Ahmad Farhan Fauzi, beliau berkesempatan menziarahi seorang warga emas yang terjejas pendapatan kerana sudah berbulan-bulan tidak dapat turun ke laut mencari rezeki, lantas diberikan bantuan.

Menerusi hantaran di Facebook Ahmad Farhan yang dikongsi Anwar, seorang nelayan Mohammad Kasim, 61, menerima sumbangan wang tunai yang disampaikan beliau di rumahnya di Kampung Baru Cherating, Kuantan baru-baru ini.

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau keadaan kediaman seorang nelayan, Mohammad Kasim yang terjejas pendapatan akibat tidak dapat ke laut ekoran cuaca buruk. Foto Facebook Ahmad Farhan Fauzi

“Laut yang dulu menjadi punca rezekinya kini seakan menutup peluang, menyebabkan pendapatannya merosot teruk.

“Namun saya hadir untuk cuba membawa sinar harapan. Dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Pahang, rumahnya akan dibaik pulih agar lebih selesa buat hidup bersama keluarga tercinta,” menurut Ahmad Farhan dalam hantaran di Facebook itu.

Beliau berkata bantuan tersebut diharapkan akan menjadi pemangkin untuk warga emas itu dan keluarganya terus bangkit.

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau keadaan kediaman yang akan dibaik pulih hasil bantuan daripada ICU bagi memberi keselesaan kepada Mohammad Kasim sekeluarga. Foto Facebook Ahmad Farhan Fauzi

Semalam Ahmad Farhan turut dilaporkan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada nelayan Supian Saman, 39, di Kampung Darat Sungai Ular, Cherating, ketika mengunjungi rumahnya bersempena dengan Ziarah MADANI.

Ahmad Farhan memaklumkan pihaknya dengan kerjasama ICU Pahang akan membantu membaik pulih rumah Supian yang serba daif dengan dinding semakin rapuh, malah bumbung juga seolah-olah tidak mampu menahan hujan lebat supaya lebih selesa dan selamat untuk didiami.



MANA PI DIA NI. HILANG TANPA NISAN...DAPAT DIA ...BOLEH BUAT HOSPITAL 3 BUAH...

 


NOH... BARU CANTIK

 Jangan datang ke Selangor dan undi PAS please 🙏. Nak undi PAS tu ...... undilah sepuas sepuasnya di Kelantan . Tekan undi PAS gais tab tab sekerin 🤣













CATAT UNTUNG... BUKAN CANDAT SOTONG




 𝗗𝘂𝗮 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘁𝘂𝗿𝘂𝘁-𝘁𝘂𝗿𝘂𝘁 negara mencatat 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗹𝘂𝗹𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶. Tahun lepas catat rekod, tahun ni pecahkan pula rekod tahun lepas. Ada sesiapa dalam PN boleh buat macam ni?


MB walaun, dengan pelabur 𝙨𝙘𝙖𝙢𝙢𝙚𝙧 pun dia hentam percaya, mana mungkin mereka dapat tarik pelaburan sebanyak ini. 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻.


Tapi walaun tetap tak puas hati juga. Lalu mereka pun katakan ini cuma 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗹𝘂𝗹𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻. Belum 𝗱𝗶𝗿𝗲𝗮𝗹𝗶𝘀𝗮𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻.


Betul la tu. Tapi kan, untuk pelaburan direalisasikan tu 𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴𝗻𝘆𝗮 dari pelaburan diluluskan. Kalau nakkan pelaburan direalisasikan tinggi, pelaburan diluluskan 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗱𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂.


Contoh, kalau nak jual 100 ekor ayam golek, mestilah ada 100 ekor ayam mentah. Tapi kalau ayam mentah pun ada 3 ekor, macamana nak jual 100 ekor ayam golek. 𝗡𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀.


Masalahnya, masa PN dalam kerajaan, nak dapatkan pelaburan diluluskan setinggi ini pun 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂. Apa lagi nak dapat pelaburan direalisasikan. Setakat ambil duit masuk akaun parti mampu la kot.


Tapi walaun bukan kena mengena dengan pelaburan pun. Almaklumlah. Walaun kebanyakannya 𝗽𝗲𝗺𝗮𝗹𝗮𝘀. Kerja tak nak. Nak duit 𝘧𝘳𝘦𝘦 je. Kalau nak kerja pun tak ada yang nak ambik sebab 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵.


Jadi walaun bukan tahu ni semua. Sebab tu la walaun 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗽𝗲𝗻𝗮𝗳𝗶𝗮𝗻. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



MASA ADA KUASA VS MASA HILANG KUASA.

 

          

              Zunar Cartoonist Fan Club

PELANCARAN PENANAMAN PADI CARA SELANGOR SEKINCHAN.


 



PELANCARAN PENANAMAAN PADI 5 KALI TUAI DALAM 2 TAHUN


 

PULOH TAHUN DULU DAH


 

JELAPANG PADI CUBAAN 2 TAHUN 5 KALI


 

DULU LAMAN REFORMASI ANTARA YANG MENYOKONG BELIAU...UCAPAN DIA PENUH INSPIRASI...TAPI SAYANG SEKALI. KAU KINI DIJAUHI OLEH ORANG POLITIK.


 

SANUSI NI LAMA LAMA ORANG KEDAH BUANG JUGA DIA NI