Wartawan diherdik di bilik gerakan BN: "Kamu Cina, sini tempat Melayu!"

Wartawan diherdik di bilik gerakan BN:
"Kamu Cina, sini tempat Melayu!"

Ong Vic Kee | Apr 23, 2010 07:17:27 pm

"Kamu orang Cina, sini tempat Melayu," herdik seorang lelaki di bilik gerakan Barisan Nasional terhadap dua orang wartawan perempuan di Kampung Sungai Buaya, pagi ini. Malah, lelaki tersebut menuduh wartawan yang sedang bekerja di bilik gerakan itu sebagai "pengintip dari pihak musuh".

Kejadian ini berlaku apabila wartawan MerdekaReview membuat liputan di Kampung Sungai Buaya bersama seorang lagi wartawan dari Laksou (satu media internet bahasa Cina). Kedua-dua orang wartawan perempuan keturunan Cina ini singgah di bilik gerakan BN untuk menyiapkan kerja, selepas mendapat kebenaran daripada petugas bilik gerakan BN.

Pada mulanya, beberapa orang petugas yang peramah menyediakan meja untuk wartawan, setelah mengenalpasti identiti mereka. Namun, pada masa kedua-dua orang wartawan mulakan kerja mereka, seorang lelaki berketurunan Melayu memasuki bilik gerakan itu secara tiba-tiba.

Beliau dan pengikutnya bertanya kepada wartawan, siapakah dan dari manakah mereka datang? Wartawan tersebut telah memaklumkan secara lisan identiti mereka, malah wartawan Laksou telah menunjukkan kadnya, di samping menyatakan tujuan mereka berada di situ.

Namun, lelaki yang disyaki sebagai ketua bilik gerakan tersebut memarahi wartawan kerana tidak menyatakan identiti dan mendapatkan kebenarannya terlebih dahulu untuk masuk ke bilik gerakan. Bagaimanapun, lelaki tersebut juga tidak menyatakan identitinya.

Wartawan Laksou cuba menemukan lelaki tersebut dengan petugas yang membenarkan mereka masuk ke bilik gerakan, tetapi gagal menemui petugas itu. Wartawan ingin meninggalkan bilik gerakan tersebut, tetapi dihalang seorang lelaki yang lain, kerana menurutnya, keadaan akan menjadi reda selepas identiti wartawan dinyatakan.

Lelaki berpatah balik

Namun demikian, lelaki yang memarahi wartawan tadi berpatah balik dalam masa seminit, terus mengherdik kedua-dua orang wartawan. Nadanya semakin tinggi, malah menuduh wartawan sebagai pengintip musuh. Sambil menghentam pada mejanya, beliau mengherdik, "Kamu orang Cina, sini tempat Melayu!"

Beliau bergegas keluar, sambil diredakan kemarahannya oleh petugas lain. Sementara itu, dua orang petugas bilik gerakan cuba menenangkan emosi dua orang wartawan.

Kedua-dua orang wartawan ini cuba mendapatkan identiti lelaki yang mengherdik mereka, tetapi enggan dimaklumkan petugas di situ. Oleh kerana bimbang akan keselamatan diri, kedua-dua orang wartawan perempuan ini telah meninggalkan bilik gerakan tersebut.

"Jangan sentuh isu perkauman"

Wartawan tadi telah mengadu kepada pegawai kanan Perdana Menteri, berhubung kejadian tersebut, ketika PM Najib Razak bersembahyang di masjid kawasan itu pada tengah hari. Pegawai kanan PM ini meminta maaf kepada wartawan, malah menjelaskan bahawa konsep "1Malaysia" bertujuan untuk mengubah minda sebahagian orang Melayu yang berfikiran sedemikian.

Malah, beliau berkata, keadaan akan menjadi lebih sensitif semasa tempoh kempen PRK, dan beliau berharap agar wartawan tidak menyentuh soal perkauman.

*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

APA KERAJAAN SELANGOR BUAT UNTUK RAKYATNYA

Abdul Fatah Karim
Dua tahun Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor, sudah berjaya membuktikan keupayaannya memerintah dengan baik berbanding 50 tahun BN perintah Selangor.

Pencapaian terbaik kerajaan PR Selangor selama 2 tahun memerintah Selangor dapat dilihat berdasarkan program-program kebajikan kepada rakyat.

Antaranya :-

1. Pemberian 20 meter pad...u pertama air secara percuma
2. Tabung Warisan Anak Selangor
3. Skim Mesra Usia Emas
4. Hadiah dermasiswa kepada anak-anak Selangor yang masuk IPT
5. Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang
6. Berjaya membawa pelaburan sebanyak RM 6.76 billion pada tahun 2009 (pelaburan kedua tertinggi di Malaysia)
7. Menaikkan elaun guru-guru KAFA RM 1000 sebulan.
8. Berjaya menyiapkan dan menyerahkan 5,655 unit rumah yang terbengkalai semasa BN memerintah.
9. Tiada lagi kontrak runding terus untuk projek-projek kerajaan negeri.
10. Tidak membenarkan Adun & EXCO menganggotai jawatankuasa tender untuk kontrak majlis tempatan.
11. Balai raya dan dewan dibenarkan digunakan oleh semua pihak tanpa mengira fahaman parti, bangsa dan agama.
12. Memberi hak milik tanah kepada 100,00 penduduk di Kuala Selangor dan melanjutkan pajakan 99 tahun kepada 183 keluarga di Sekinchan dengan bayaran hanya RM 1 sekaki persegi.
13. Memperuntukkan dana RM 50 juta untuk skim micro-kredit (al Qardhu Hasan) bagi mengatasi masalah Along.
14. Memperuntukkan RM 20 billion untuk tempoh 10 tahun bagi menaik tarafkan sungai-sungai di Selangor.
15, Mengazetkan 321.7 hejtar hutan Kota Damansara sebagai Hutan Simpan Kekal.
16. Melantik Ahli-ahli Majlis tempatan dari kalangan mereka yang ada berkelayakan dan profesional.
17. Mewujudkan pendengaran Awam SELCAT bagi membuat siasatan terhadap tingkahlaku pentadbiran terdahulu yang menyalahgunakan harta rakyat untuk kepentingan tertentu.

Apakah ada negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional menikmati apa yang dinikmati oleh rakyat di Selangor ?

HUTANG BN 362.4 BILLION

Hutang pentadbiran BN cecah RM362.4 bilion

Saturday, 24 April 2010 4:58 AM Oleh Era Pakatan

Perdana Menteri, Najib Razak berkata, jumlah keseluruhan hutang Kerajaan Pusat di bawah pentadbiran Barisan Nasional sehingga 31 Disember 2009 adalah RM362.4 bilion atau 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Beliau berkata, RM348.6 bilion atau 96.2 peratus daripada jumlah itu adalah hutang dalam negeri manakala baki RM13.9 bilion atau 3.8 peratus pula hutang luar negara.

''Jumlah hutang luar negara yang kecil selaras dengan dasar semasa kerajaan yang mengutamakan pinjaman dalam negeri bagi membiayai projek pembangunan negara kerana kos yang lebih murah dan mengurangkan pendedahan kepada risiko pertukaran mata wang asing," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian dalam jawapan bertulis soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) yang meminta Perdana Menteri menyatakan tanggungan kewangan secara terus dan bukan secara terus kerajaan di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri berkata, pecahan instrumen hutang kerajaan itu adalah bil perbendaharaan (RM4.32 juta), Terbitan Pelaburan Kerajaan (PTK) (RM66 juta), Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM) (RM242.3 juta), Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan (RM31.1 juta) dan sukuk (RM4.9 juta).

Katanya, instrumen hutang berkenaan dilanggan institusi kewangan, syarikat insurans dan institusi keselamatan sosial.

"Bagi pinjaman projek, pemberi pinjaman adalah institusi pelbagai hala iaitu Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Bank Pembangunan Islam (IDB) manakala dari institusi dua hala termasuk Japan Bank For International Cooperation (JBIC)," katanya.

Najib berkata, kadar faedah pinjaman adalah pelbagai bergantung kepada tempoh pinjaman dan keadaan pasaran semasa bon diterbitkan dan kadar faedah lebih tinggi bagi pinjaman jangka panjang berbanding jangka pendek.

Menurutnya, tanggungan kewangan kerajaan secara tidak langsung pula adalah dalam bentuk jaminan bagi pinjaman oleh badan berkanun dan syarikat kerajaan.

Katanya, sehingga 31 Disember 2008 pula, jumlah liabiliti tidak tentu Kerajaan Persekutuan ialah RM69.2 bilion iaitu terdiri daripada pinjaman domestik RM59.3 bilion dan pinjaman luar sebanyak RM9.9 bilion.

Jelasnya, jaminan berkenaan melibatkan dua badan berkanun dan 16 syarikat milik kerajaan (GLC).