Ceo Petronas Ditukar: Adakah sebab ini?*



1. Survival Politik PN, 18 Ahli Parlimen dari Sarawak.

2. Saman SARAWAK VS PETRONAS - Isu Cukai Jualan (SST) terhadap produk Eksport - Nilai 2019: RM2 Billion.

3. Scape Goat ke? Atau Downgraded dari CEO PETRONAS ke CEO MAS? 

4. Fotune 500: Rank Petronas 158. MAS tiada dalam list. List rugi ada.

5. Permainan ini jadi Perhatian Dunia, setakat tukar Pengerusi GLC ‘cap ayam’ dunia tidak ambil kisah sangat, tapi bila tukar Petronas di kedudukan No 1 di ASEAN. Ia jadi fokus. Boleh baca berita dunia.

6. Permainan Politik PN kini merebak habis hingga ke GLC Multinasional, janji Kenyalang kekal di PN. Bab ni cekap Muhyiddin.

7. Negeri Kelantan paling malang, dah jadi Kerajaan Pusat, PAS ada 18 Kerusi sama macam GPS di Sarawak, tapi tuntutan Royalti 5% senyap sepi selepas berberapa kerat dapat jawatan Menteri takda bajet besar.

8. Mahathir dan Anwar, jika kamu lambat sangat, sila berundur lah kedua dua nya, bagi muka baru teraju Pakatan Pembangkang. 

Sekian.

Syam Ghaz
Pengasas NGO Royalti Malaysia dan Kelantan.

LIVE AWANI 745 6.6.2020



Hanya dua tokoh Harimau Asia mampu kembalikan kerajaan mandat rakyat

Hanya dua tokoh Harimau Asia mampu kembalikan kerajaan mandat rakyat

Tidak semua OKU terima bantuan tunai one-off?


Kenyataan Media oleh Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen SegambutNor Miswary Ramli
Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pelan Jana Ekonomi Malaysia (Penjana) yang bertemakan “Bersama Menjana Ekonomi” bernilai RM35 bilion dengan keseluruhan 40 inisiatif diperkenalkan.

Antara inisiatif yang diperkenalkan oleh PM ialah pemberian bantuan tunai secara one-off sebanyak RM300 kepada orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan sukarelawan Program Khidmat Bantu di Rumah.

Menurut PM, lebih 300,000 OKU dan ibu tunggal yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) layak menerima bantuan tunai secara one-off ini yang akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha. Jumlah tersebut dipecahkan kepada bilangan OKU seramai 190,000 orang dan ibu tunggal seramai 150,000 orang.

Bagaimanapun, saya dimaklumkan bilangan OKU yang berdaftar dengan JKM di seluruh negara sehingga 30 Jun 2019 adalah berjumlah 549,554 orang. Semakan di portal MaNIS milik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pula didapati jumlah OKU berdaftar dengan JKM dikemaskini sehingga 20 April 2019 adalah seramai 542,918 orang.

Maka timbul persoalan, mengapa bantuan tunai secara one-off sebanyak RM300 yang diumumkan oleh PM semalam hanya diberikan kepada 190,000 OKU sahaja? Apakah nasib hampir 360,000 OKU yang lain? Adakah terdapat syarat-syarat tertentu bagi melayakkan mereka mendapat bantuan tunai one-off ini?

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) perlu memberi penjelasan mengapa hanya 190,000 OKU sahaja yang akan menerima bantuan tunai secara one-off ini sedangkan jumlah OKU yang berdaftar dengan JKM adalah hampir seramai 550,000 orang (statistik sehingga 30 Jun 2019).

Kerajaan PN juga digesa untuk memastikan agar tidak ada mana-mana OKU yang berdaftar dengan JKM akan tercicir daripada menerima bantuan tunai secara one-off sebanyak RM300 ini.


RBA dongeng cybertrooper UMNO


Oleh Shazwan Zdainal Abidin
(Ketua DAPSY Batu Pahat)
Setiap komuniti memiliki kisah mitos yang disampaikan dari mulut ke mulut dan ia berlaku bergenerasi. Begitu juga di nusantara, di mana beberapa mitos popular seperti kisah batu belah batu bertangkup, kewujudan hantu pocong dan lain-lain, disampaikan turun-temurun sehingga menjadi buah mulut masyarakat, walaupun tiada bukti sahih kewujudannya.

Melangkah ke alaf baru, berlainan pula mitos yang cuba disampaikan kepada masyarakat, khasnya Melayu. Dongeng kewujudan Red Bean Army (RBA), satu entiti yang digambarkan seperti agensi rahsia di dalam DAP, diceritakan dan disebarkan kepada masyarakat.

Apa itu Red Bean Army (RBA)?

RBA dikatakan menjalankan gerak kerja “bawah tanah” DAP seperti menyebar serta menyampai propaganda jahat dan hasutan kepada masyarakat, persis kerja-kerja yang sedang dijalankan cybertrooper upahan UMNO dan PAS, untuk menghasut masyarakat dengan perkara seperti hasad dengki perkauman dan lain-lain.(perkara ini diakui kewujudannya oleh DS Najib)

Lebih teruk dari itu, kewujudan RBA yang kononnya dikaitkan dengan DAP, dikata menjalankan gerak kerja di dalam badan kerajaan, berikutan penubuhan Komuniti Harapan Malaysia (KHM) ketika pemerintahan Pakatan Harapan, walhal KHM adalah satu pertubuhan yang sama fungsinya seperti Komuniti 1 Malaysia (K1M) dan Kumpulan Pendengar, Penonton & Pembaca (K3P) yang telah lama wujud di bawah Kementerian Penerangan.

Benarkah RBA wujud?

Tidak, RBA tidak wujud, dan DAP tidak pernah mempunyai skuad RBA seperti yang dimomokkan. Ia adalah sebuah watak yang sengaja diwujudkan, untuk menakutkan dan menimbulkan sangsi orang ramai terhadap DAP, khasnya Melayu.

Jika benar RBA wujud sekali pun, besar kemungkinan mereka itu terdiri daripada cytro pihak politik lawan, yang menggunakan watak DAP bagi tujuan memburukkan DAP. Ibarat, “lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getah.”

Mempercayai kewujudan RBA, ibarat mempercayai kewujudan hantu pocong. Sehingga kini, cytro pihak politik lawan menjadikan RBA sebagai watak untuk diratib dan dituding jari. Bila ditanya oleh rakyat bukti kewujudannya, mereka diam seribu bahasa. Lebih kelakar, mereka mengambil jalan mudah dengan menuduh si penanya itu RBA.

Akan datang, mitos RBA mungkin akan diangkat sebagai watak antagonis alam politik Melayu, di dalam kisah dongeng, “UMNO Memperjuangkan Melayu.” 



SYARIKAT PENERBANGAN ‘SENGET’, RANSANGAN TERLAMBAT?

SPRM JANGAN ULANGI PELANGGARAN SOP SOAL SIASAT SAKSI – WANITA PH

SETELAH DIBUAT KAJIAN...INI SEBENARNYA HOBI MAHATHIR.


REDZUAN( DIKENALI @ KERETA TERBANG) BUNUH KARIER POLITIK SENDIRI


Di luar daripada kebiasaan, sidang media Menteri Tugas-Tugas Khas, Mohd Redzuan Md Yusof semalam yang djangka akan mengumumkan perletakan jawatannya, ia akhirnya bertukar menjadi pengumuman sokongannya kepada PN dan Muhyiddin Yassin.
Mohd Redzuan atau Pak Wan seterusnya menegaskan, beliau tidak meletakkan jawatan serta tidak akan meletak jawatan.
“Sekali lagi saya ulangi, saya tak letak jawatan dan takkan letak jawatan,” tambahnya.
Sesungguhnya sebagai seorang menteri yang dilantik oleh Muhyiddin, mengadakan sidang akhbar semata-mata untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri adalah sesuatu yang lucu dan kelakar.
Ini kerana, memang sewajibnya semua menteri memberi sokongan kepada Perdana Menteri tanpa berbelah bagi dan jika sudah tidak mahu lagi berbuat demikian, langkah yang betul ialah meletakkan jawatan.
Kalau mahu meletakkan jawatan, barulah wajar mengadakan sidang media khas mengenainya.
Sekadar ingin menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri dan tidak meletak jawatan, Pak Wan sepatutnya hanya perlu menghantar kenyataan media dua perenggan saja, bukan mengadakan suatu sidang media khas yang menyusahkan wartawan menulis topik yang hanya layak dijadikan berita kaki saja
Bahkan tidak mengadakan sidang media pun bukan suatu isu sebenarnya kerana sebagai menteri memang beliau wajib memberi sokongan kepada Muhyiddin selaku Perdana Menteri.
Mengadakan sidang media khas mesti berkaitan sesuatu perkara yang besar, mengejutkan dan ada nilai berita yang berhari-hari boleh diperbualkan orangramai.
Adakah selepas ini setiap menteri perlu mengadakan sidang akhbar masing-masing untuk memaklumkan sokongan mereka kepada Muhyiddin?
Begitu pun, sidang media khas Pak Wan semalam itu, dengan pada minggu sebelumnya beliau berjumpa Tun Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana serta telah “menceceh”dengan beberapa orang tentang perasaan tidak puas hatinya terhadap Muhyiddin, sebenarnya lebih merupakan suatu tindakan “u-turn” daripadanya di saat-saat akhir.
Kepada seorang Ahli MPT Bersatu, Pak Wan dikatakan pernah meluahkan rasa kecewanya atas keputusan Muhyiddin melantiknya hanya sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas, sedangkan sebelum ini beliau adalah Menteri Pembangunan Usahawan.
Dengan jawatan tanpa portfolio itu, beliau merasakan bukan saja seolah-olah menteri yang tiada kerja, bahkan menganggap dirinya telah diperlekehkan oleh Muhyiddin sebagai kenalan lamanya.
Pak Wan sebaliknya merasakan jawatan yang sesuai dengannya ialah berkaitan hal ehwal ekonomi, atau jika Menteri Tugas-Tugas Khas kekal dipegangnya, setidak-tidaknya Petronas adalah dalam portfolio kementeriannya memandangkan penglibatannya dalam perniagaan berkaitan sektor minyak dan gas sebelum ini.
Kepada kenalannya yang lain pula, selepas pertemuannya dengan Tun Mahathir minggu lepas, Pak Wan turut memberi bayangan jelas bahawa beliau akan meletakkan jawatannya sebagai menteri.
Dalam luahannya, Pak Wan menyebut bagaimana dalam satu perjumpaan kecil di rumah Muhyiddin di mana Perdana Menteri secara terbuka menyatakan beliay lebih meyakini Dr. Radzi Jidin berbanding dirinya.
Untuk makluman, Dr. Radzi hanyalah seorang Senator setelah kalah teruk di Ketereh pada PRU14 lalu di tangan Annuar Musa, namun Muhyiddin telah melantiknya sebagai Menteri Kanan Pendidikan.
Kata Pak Wan lagi, beliau tidak kisah pun jika Muhyiddin menganggap Dr. Radzi lebih dipercayai berbanding dirinya, tetapi tidak perlulah memperkatakannya secara terbuka di depannya.
Malah, Pak Wan ada memberitahu, sebelum beliau berbuat demikian, ia akan dimulakan dahulu oleh Dr. Shahruddin Salleh, Ahli Parlimen Sri Gading pada hari Khamis.
Dan akhirnya, sebagaimana yang disebutnya itu, Dr. Shahruddin benar-benar meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerjaraya pada Khamis, 4 Jun 2020.
Berdasarkan semua itu, tidak dinafikan Pak Wan memang telah “u-turn” daripada niat dan perancangan asalnya, cuma sebab sebenar beliau berbuat demikian saja yang tidak diketahui.
Namun, apakah tindakan “u-turn” Pak Wan ini menguntungkan dirinya?
Oleh kerana beliau telah “menceceh” kepada beberapa orang mengenai perasaan tidak puas hatinya terhadap Muhyiddin, tidak mustahil perkara itu telah sampai ke telinga Perdana Menteri sendiri.
Maka, rasa curiga dan tidak percaya Muhyiddin terhadapnya tentu saja sukar dielakkan lagi.
Di tambah dengan pendiriannya yang mudah berubah, bahkan ada yang menyebut “dia ni memang tak boleh pakai” sehingga keliru antara dron dan kereta terbang, kedua-dua kem dalam Bersatu iaitu kem Tun Mahathir dan kem Muhyiddin, mungkin tidak memperdulikannya lagi selepas ini.
Bukankah ini bermakna beliau akhirnya tidak akan ke mana-mana, lebih-lebih lagi jika dalam waktu terdekat ini berlaku perubahan kerajaan, ia hanya akan menyebabkan karier politiknya “terbunuh” secara automatik begitu saja? (Shahbudindotcom 06/06/2020)

PEGAWAI SYED SADIQ DAKWA SPRM KASARI BELIAU?

KERAJAAN HARAM 3 NEGERI. IKUT PARTI LEBAI

PELAN RANSANGAN EKONOMI PN HANYA JANGKA PENDEK?