SUDUT BERSUARA "SPEAKER SQUARE AKAN DI BUKA

Pulau Pinang aakan membina apa yang di namakan “Speakers 'Square” - meskipun masih harus dilihat bagaimana sebenarnya ia akan berjalan dalam mempraktikannya.

Pelancaran ini telah diatur untuk pada jam 9:00 pagi pada 3 Mei. “The Square” akan berlokasi di Millennium Square di Esplanade.(berdekatan Dewan Sri Pinang)

Mudah-mudahan, contoh ini akan ditiru di negara-negara lain untuk mempromosikan kebebasan berbicara.

Satu peringatan : ruang publik di depan Dewan Sri Pinang (berlawanan kompleks Pengadilan Tinggi),, akan dibuka kembali.

JUDI DAN UMNO-KISAH LAMA...........KERANA MASING-MASING DAKWA KISAH LAMA......ULANG KEMBALI.MARI KITA BACANYA

Umno dan judi

Umno dan Magnum 4D·

Bekas Exco Pemuda Umno, Dato’ Haji Mohamed Al- Amin memiliki 1,900,000 saham di dalam Magnum 4D

· Tan Sri Khir Johari- Pengarah Syarikat Magnum memiliki saham sebanyak 40,843 dan 6,666 saham dalam Magnum 4D

· Tan Sri Abu Talib Othman, bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam memiliki 1,666,666 saham dalam Mangnum 4D

Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib memiliki 680,334 saham

Umno dan Genting

Tan Sri Noah Omar ( Allahyarham) datuk kepada Najib Tun Razak dan Hishamuddin Hussein Onn- bekas Pengerusi Syarikat Genting memiliki 602,318,000 saham dalam Resort World Berhad.

· Yayasan Noah memegang saham sebanyak 3,334,600 dalam Genting Berhad

· Yayasan Noah kini diwarisi oleh Najib Tun Razak dan Hishamuddin Hussein Onn

· Bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi pengarah Genting Berhad.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan pengarah Resort World


Umno dan Sports Toto

Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Dr Mahathir Mohamad

· Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Tengku Adnan Tengku Mansor memegang 3.5 juta saham dalam Sport Toto melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees.

· Dua orang pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah pengarah Sport Toto

· Dato’ Anuar Zaini dan Dato’ Sulaiman Mohd Noor adalah pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 292,336,584 dalam Sports Toto

Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki 284,644,046 ialah Dato’ Adnan Shuib dan Arsam Damis.

Sumber Rujukan : Malaysia, Darul Kasino Oleh Husam Musa.

tauke judi Umno dah bankrup...

jong
:

YAYASAN NOAH DAN PEMEGANGNYA

UMNO dan kegiatan judi
09-08-2003

Bukit Tinggi Resort Berhad

Bukit Tinggi Resort Berhad merupakan syarikat yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan yang dikenali rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Bukit Tinggi yang mula beroperasi sejak tahun..adalah merupakan ilham Dr. Mahathir seperti yang pernah dijelaskan oleh pengurus Besar Bukit Tinggi, Teh Ming Wah dalam satu wawancara dengan The New Paper Singapura tidak lama dulu.


Operasi judi melalui mesin slot di Bukit Tinggi mula dijalankan apabila Kementerian Kewangan yang diketuai oleh Dr. Mahathir sebagai Menteri 1 dan Datuk Dr. Jamaluddin Jarjis sebagai Menteri 2 meluluskan lessen judi mesin slot berkenaan.

Ini menjadikan Menteri yang datangnnya dari Umno memberikan kelulusan lessen judi.

Menambah jelaskan lagi penglibatan Umno di dalam kegiatan judi di Bukit Tinggi ialah apabila terbongkar pegangan saham Pengerusi Perhubungan Umno Wi;ayah Persekutuan yang juga Setiausaha Kerja Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor di dalam syarikat berkenaan.

Ini menjadikan adanya pemimpin Umno yang punya pengangan langsung di dalam syarikat yang menjalankan aktiviti perjudian tersebut.

Sekalipun Tengku Adnan menyatakan bahawa beliau telah menjual saham Bukit Tinggi dua tahun lalu, hakikatnya, laporan tahunan PASDEC Holdings Berhad, satu lagi syarikat yang memiliki saham Bukit Tinggi kepada Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) masih menyatakan pegangan Tengku Adnan.

Begitu juga halnya dengan PASDEC, sebuah anak syarikat kerajaan negeri Pahang yang diketuai oleh Menteri Besarnya Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Pahang.

Walaupun PASDEC telah menjual saham Bukit Tinggi tetapi ia hanya dilakukan pada 27 Mei 2003 yang lalu setelah pendedahan dibuat oleh Seruan Keadilan dan bercanggah dengan kenyataan Adnan bahawa PASDEC telah menjual saham tersebut dua tahun lalu.

Berdasarkan senario ini apa yang dapat disimpulkan penglibatan Umno baik melalui kuasa menteri, pegangan saham menteri dan pegangan saham syarikat kerajaan negeri amat jelas sekali.
Sebab itu tidak salah jika ada yang berpandangan Umno amat berkait rapat dengan aktiviti judi di negara ini.

Umno tiada hak bicara soal agama dan moral

Penglibatan Tengku Adnan Tengku Adnan Tengku Mansor di dalam pemilikan saham syarikat perjudian menghapuskan hak Umno untuk berbicara tentang pendaulatan agama dan moral.

Selaku Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan dan Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Tengku Adnan adalah lambang pemimpin Umno dan sekaligus menjadi lambang perjuangan parti berkenaan.
Sebagai tonggak parti dan selaku pemimpin, penglibatan Tengku Adnan memberikan tafsiran bahawa Umno tidak punya halangan sekiranya pemimpin parti itu turut terlibat di dalam menganjurkan syarikat perjudian.

Umno tidak boleh menyatakan bahawa pegangan saham syarikat judi oleh Tengku Adnan tidak punya kaitan dengan parti itu kerana sebelum melantik pemimpin apakah Umno tidak memriksa latarbelakang seseorang.

Dalam hal Pengarah Penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya umpamanya, Kapt (B) Abdul Kudus Ahmad dipecat kerana tidak mengisytiharkan status muflisnya dan pemimpin kerajaan baik menteri mahupun pemimpin Umno menuntut tindakan tegas diambil.

Malah Kudus diibaratkan menjejaskan nama baik MPAJ.

Hal sama sepatutnya terpakai dalam isu Tengku Adnan. Apakah Umno tidak memeriksa latarbelakang seseorang itu sebelum dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan Negeri dan Setiausaha Kerja.

Bagaimana Umno yang mendakwa dalam fasal tujuan penubuhannya untuk mengembang dan mempertahankan kesucian Islam boleh membiarkan seorang pemimpin dilantik sekalipun diketahui memiliki saham syarikat perjudian.

Penglibatan Tengku Adnan dalam sayarikat judi bukanlah sesuatu yang baru seperti pemilikan saham dalam Bukit Tinggi Resort Berhad yang memperolehi lessen judi mesin slot tetapi jauh sebelum itu sehingga kini beliau masih memegang saham dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sports Toto Malaysia.

Mana mungkin Umno boleh berbicara soal mendaulatkan Islam jika pemimpinnya sendiri terlibat dengan syarikat yang menganjurkan perjudian.

Apa mungkin Umno berbicara soal membela nasib bangsa jika pemimpinnya mendapat keuntungan daripada syarikat judi yang terbukti membawa lebih banyak kerosakan kepada masyarakat.
Bagaimana mungkin Umno boleh berbicara soal membela negara jika pemimpinnnya sendiri terlibat dengan menganjurkan perjudian yang prinsip penjudi ialah sanggup menggadai apa sahaja asalkan mendapat keuntungan.

Dengan sebab itu, Umno sudah hilang hak dan kewibawaan untuk berbicara soal membela agama, banga dan negara.

Bagaimana Umno hendak menjustifikasikan mereka mempertahankan kod kedaulatan agama dan moral jika pada masa yang sama pemimpinnya begelumang dengan kegiatan tersebut.

Malah dalam kes Tengku Adnan, penglibatan beliau di dalam syarikat perjudian sejak sekian lama menimbulkan keraguan melampaui soal integriti dan kewibawaan.

Sebagai contoh dalam konteks Umno Wilayah Persekutuan yang diketahui punya sumber dana yang melimpah dan mewah, apakah tidak mungkin dana berkenaan datangnya daripada kantong aktiviti perjudian melalui pegangan saham Pengerusi Umno Wilayah.

Dana itu pula ada yang disalurkan melalui program kebajikan yag sering digunakan oleh Umno sebagai sogokan dan ugutan kepada rakyat miskin. Apakah rakyat miskin diberikan bantuan melalui hasil wang perjudian.

Sebab itu aktiviti judi lebih membawa kepada keburukkan dan Umno membiarkan keburukkan ini dikendalikan oleh pemimpinnya.

Sehubungan itu sudah tiba masanya ahli-ahli Umno Wilayah khususnya dan rakyat amnya mempersoalkan mengenai dana yang dibawa oleh tokoh seperti ini.

Umno dan Sports Toto

Sports Toto Malaysia diasaskan pada tahun 1969 dengan nama asal syarikat berkenaan ialah Unilite Electrical Industries Berhad. Setelah itu pada tahun 1987 ia ditukar nama kepada Far East Asset Berhad dan dalam penstrukturan semula pada tahun 1992, ia diambil alih oleh Berjaya dan dikenali sebagai Berjaya Sports Toto Berhad.
Sehingga kini Sports Toto mempunyai 681 kedai judi di seluruh negara dan mempunyai dua syarikat perjudian di luar negara iaitu Philippines Berjaya Toto dan pada tahun 1997 membantu kerajaan Ghana menyusun kegiatan loteri di negara berkenaan.

Syarikat ini adalah merupakan anak syarikat milik penuh Berjaya Group Berhad yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan, kroni yang rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Berdasarkan carian yang dibuat Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah yang juga Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Tengku Adnan Tengku Mansor masih memegang saham di dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sports Toto.

Pegangan Tengku Adnan sebanyak 3.5 juta saham dibuat melalui Cimsec Nominees.

Ini menjadikan Tengku Adnan `mewakili Umno di dalam syarikat perjudian Sports Toto melalui pegangan saham Berjaya Group Berhad.

Selain itu, Sports Toto Malaysia juga mempunyai dua pengarah yang merupakan bekas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang kebetulan orang Melayu dan beragama Islam. Mereka ialah Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamed Saleh Gomu.

Selain dua bekas pegawai kanan polis tersebut, antara muka Melayu yang menjadi pengarah syarikat di bawah kumpulan Berjaya yang turut memiliki saham dalam Sports Toto Malaysia ialah Datuk Annuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor yang menjadi pengarah Berjaya Group Berhad yang memiliki 292,336,584 saham di dalam Sports Toto.

Manakala dua lagi pengarah Melayu iaitu Datuk Adnan Shuaib dan Arsam Damis masing-masing menjadi pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki 284,644,046 saham di dalam Sports Toto.

Daripada carta ini jelas Umno punya `wakil dalam syarikat judi dan bekas polis turut `melindungi kegiatan judi berkenaan.

Umno dan Genting

Genting Berhad yang merupakan pengendali kasino terbesar di Asia Tenggara diasaskan pada 30 Julai 1968.

Tiga tahun selepas ditubuhkan iaitu pada 28 Disember 1971, Genting Highlands Hotel Sdn. Bhd telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan pada tahun 1978 dikenali sebagai Genting Highlands Hotel Berhad.

Setelah itu namanya dikenali sebagai Genting Berhad dan menjadi pusat perjudian terbesar di rantau ini.

Di bawah bendera Genting, dua syarikat utamanya ialah Resort World Berhad dan Genting Berhad.
Penglibatan Umno dalam syarikat perjudian ini telah berlangsung dan warisannya masih kekal sehingga ke hari ini.

Umno melalui bekas Pengerusinya, Tan Sri Noah Omar yang kini dikendalikan oleh Yayasan Noah memiliki 602,318,000 saham di dalam Resorts World Berhad yang mengendalikan perniagaan judi dalam dan luar negara termasuk di atas kapal peranginan.

Manakala sebanyak 3,334,600 saham Genting Berhad dipegang oleh Yayasan Noah yang mana syarikat berkenanaan merupakan syarikat pegangan ekuiti perniagaan judi dan kasino.

Yayasan Noah kini diwarisi oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishamuddin Tun Hussein yang kedua-duanya adalah cucu kepada Tan Sri Noah.
Selain itu beberapa tokoh Melayu turut menjadi pengarah Resort World Berhad dan Genting Berhad.

Antaranya ialah bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Osman dan bekas pegawai bank, Datuk Paduka Nik Hashim Yusof yang menjadi Pengarah Genting Berhad.

Manakala bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resorts World Berhad.

Ini memperlihatkan penglibatan Umno dalam aktiviti perjudian sudah bertaut sejak dulu lagi malah kini diwarisi oleh generasi kepimpinan muda dalam Umno.

Umno dan Magnum 4D

Magnum 4D Berhad sebelum ini dikenali sebagai Leisure Management Berhad. Ia kadang kala lebih popular di kalangan kaki ekor sebagai tempat pelaburan.

Magnum 4D mempunyai lapan wilayah Magnum 4D Sdn Bhd iaitu Magnum 4D Selangor, Perak, Penang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pantai Timur dan Malaysia Timur. Semua Magnum 4D wilayah ini menjadi anak syarikat Magnum 4D Berhad.

Syarikat ini mempunyai kepentingan tidak langsung Menteri Kewangan Diperbadankan. Ini berikutan pegangan saham Menteri Kewangan Diperbadankan melalui dua syarikat yang memegang saham di dalam magnum 4D.

Pertamanya ialah Multipurpose Berhad yang menyaksikan pegangan 7,723,285 saham oleh Menteri Kewangan Diperbadankan di dalam syarikat itu dan Multipurpose pula memiliki 461,473,178 saham di dalam Magnum dan 60,502,000 saham dalam 4D.

Ini menjadikan menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai pegangan tidak langsung melalui Multipurpose di dalam `pusat pelaburan mingguan tersebut.

Keduanya, Menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai saham di dalam Kamunting Corporation Berhad iaitu sebanyak 3,055,069 saham. Manakala Kamunting yang pengerusinya ialah bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Haji Mohamed Al-Amin Majid memiliki 1,900,000 saham di dalam 4D.

Ini menjadikan lingkaran pegangan tidak langsung Menteri Kewangan Diperbadankan di dalam sayarikat judi dibuat melalui pegangan dua syarikat.

Menyentuh mengenai Magnum 4D Berhad, nama yag tidak boleh dipisahkan ialah Tan Sri Khir Johari yang merupakan pengarah syarikat itu. Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung Umno memiliki 40,843 saham di dalam Magnum dan 6,666 saham di dalam 4D.

Lebih memeranjatkan bekas Peguam Negara yang kini Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) turut memiliki saham dalam 4D dengan pegangan sebanyak 1,666,666 saham.

Di samping itu Nor Anita Abu Talib dipercayai anak Abu Talib turut memiliki saham syarikat perjudian berkenaan iaitu sebanyak 680,334 saham.
Lingkaran dan putaran pemilikan saham syarikat perjudian ini menjadikan pemerintah Umno sebagai penggalak kepada aktiviti `pelaburan mingguan bursa empat nombor ekor atau singkatnya BENE.

Hisham: Gambar minum arak, bogel - semua fitnah

Hisham: Gambar minum arak, bogel - semua fitnah
Apr 20, 10 3:33pm
Gambar bertindih (superimpose) Menteri dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan keluarganya yang tersebar di internet disifatkannya sebagai permainan kotor yang biasa berlaku dalam arena politik.

NONEHishammuddin berkata beliau menyedari gambar-gambar tersebut sudah berada di blog-blog lebih lapan tahun yang lalu namun sejak akhir-akhir ini, isu tersebut seakan-seakan sengaja dimainkan dan dibangkitkan semula.

"Ini semua fitnah, selama ini saya malas melayan perkara sebegini dalam internet, jika mereka mahu terus-terusan memfitnah, terserah, kerana sedikit pun tidak akan menggugat keselamatan negara.

"Tetapi yang menjadi persoalan sekarang, mengapa mereka menggelabah dan melatah dalam konteks tuduhan yang dibuat terhadap pemimpin dan calon mereka di Hulu Selangor serta mengapa baru sekarang gambar ini dibangkitkan selepas lapan tahun," katanya.


TIDAK ADA SESIAPA YANG MENGGELABAH.MALAH ZAID IBRAHIM SENDIRI MEMBUAT PENGAKUAN BAHAWA BELIAU MEMANG MINUM ARAK SUATAU KETIKA DAHULU DAN KINI TELAH BERTAUBAT MALAH TELAH MENUNAIKAN HAJI PADA TAHUN LEPAS.

KINI AOPABILA MUNCULNYA GAMBAR-GAMBAR YANG RASANYA BUKANNYA PALSU, SIAPA PULA YANG MENAFIKAN BAHAWA INI SEMUANYA DALAH FITNAH. SIAPA YANG GELABAH DAN SIAPA PUA YANG TIDAK. TIDAKKAH INI MENUNJUKKAN BAHAWA KENYATAAN SEBELUM INI BAHAWA PENDEDAHAN YANGMENUNJUKKAN BAHAWA GAMBAR ZAID DI SUPERIMPOSEDKAN ITU ADALAH MAINNAN BLOGGER UMNO.

JIKA PEMIKIRAN PIMPINAN UMNO BEGITU, SAMA JUGA DENGAN PEMIKIRAN YANG DI TAHAP YANG SAMA DENGAN BLOGGER UMNO.JIKA ISU ARAK TIDAK DI JELASKAN DENGAN BUKTI KUKUH DAN ZAID MENGAKU. KINI KES JUDI JUGA AKAN DI DEDAHKAN. SIAPA PENAUNG DAN JUGA PEWARIS YAYASAN NOAH DI GENTING?????

Felda Sungai Buaya, mimpi ngeri buat Umno di Hulu Selangor

Felda Sungai Buaya, mimpi ngeri buat Umno di Hulu Selangor

Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR : Pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang pengundiaanya akan berlangsung pada 25 April ini pastinya merupakan mimpi ngeri buat Umno dan Barisan Nasional di Hulu Selangor terutamanya bagi pengundi Melayu bagi Felda di situ.

Ini kerana Syarikat Murna Jaya Development Berhad, yang juga proksi Umno didakwa berhutang ratusan ribu ringgit terhadap peneroka Felda di Kampung sungai Buaya, di Hulu Selangor.

Hutang terhadap 363 peneroka itu sejak 16 tahun lalu sehingga ke hari ini gagal dilangsaikan walaupun perjanjian asal itu syarikat berkenaan mesti melunaskan hutang mereka sebelum tahun 1998 lagi.

Kejadian itu mula berlaku apabila satu perjanjian antara 363 peneroka Felda di Kampung Sungai Buaya terbabit dengan Syarikat Murna Jaya Development Berhad ditandatangani pada 23 Disember 1994.

Perjanjian itu yang disediakan sendiri oleh pihak pemaju didakwa berat sebelah apabila anak-anak penoraka itu dihalang menyemak dan membaca syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) di Felda Kampung Sungai Buaya, Saidin Busu, 42, berkata, akibatnya perjanjian itu bukan sahaja zalim tetapi menindas peneroka apabila nilai tanah yang mengikut perjanjian asal sepatutnya dijual RM5.20 untuk sekaki persegi tetapi dalam perjanjian yang tertulis hanya RM2.80 iaitu setengah daripada perjanjian asal.

Menurutnya, pihak pemaju pula mendesak agar peneroka yang hampir keseluruhanya warga emas menandatangani sahaja perjanjian itu.

“Pihak pemaju bersikap samseng apabila mengarahkan peneroka ketika itu menandatangani sahaja perjanjian itu secara serentak dalam masa yang singkat selain menghalang anak-anak peneroka daripada membacanya apatah lagi menyemak isi kandungan itu,” katanya kepada erapakatan.com semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Saidin memberitahu, perjanjian itu menyebut Syarikat Murna Jaya Development Berhad perlu melunaskan hutang itu dalam tempoh 36 bulan atau sebelum tahun 1998.

Sehinggalah pada tahun 1999, syarikat itu tetap gagal melunaskan perjanjian itu yang membawa kepada perjanjian kedua.

“Dalam perjanjian ini, syarikat itu mendakwa akan melunaskan hutang mereka yang berbaki ratusan ringgit dalam tempoh 24 bulan atau sebelum tahun 2003.

Namun, kami hairan dari tahun 1999 sehinggalah ke hari ini, kami langsung tidak pernah ditunjukkan perjanjian itu dalam bentuk hitam putih.

Mana perjanjian itu, kami mahu lihat, kalau betul adalah… kerana sehingga tahun 2003 syarikat itu tetap gagal melunaskan hutang mereka yang mencecah ratusan ribu ringgit,” katanya kesal.

Saidin menjelaskan, setiap peneroka mengikut perjanjian pertama pada Disember 1994 mesti dibayar RM1 juta seorang dan pembayaran pendahuluan oleh syarikat itu hanya dilunaskan RM10,000 ketika itu.

“Bayaran itupun mereka bayar secara ansuran dan sehingga tahun 2003, kami hanya menerima RM 270,000 seorang bagi setiap peneroka dan ada di antara kami menerima kurang daripada jumlah itu.

Tetapi yang pasti, syarikat masih berhutang hampir RM800,000 bagi setiap peneroka dalam perkampungan Felda Kampung Sungai ini,’ katanya.

Tuntut Janji

Sehubungan itu, beliau menuntut Syarikat Murna Jaya Development Berhad yang juga kroni Umno, bekas Menteri Besar (MB) Umno, Mohd Taib, dan kerajaan pusat serta semua bekas MB Umno seperti Khir Toyo, Abu Hassan Omar yang mencengkam negeri Selangor sejak puluhan tahun lalu bertanggung jawab dengan perbuatan mereka ini kerana hutang tetap hutang.

“Kalau kamu tidak selesaikan hutang kamu di dunia ini, ingatlah, azab yang pasti pedih menanti kamu di akhirat sana,” jelasnya.

Sebanyak enam Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Murna Jaya Development Berhad telah dilantik yang ke semuanya merupakan ahli dan penyokong kuat Umno yang bertujuan menjaga kepentingan dan imej mereka di kampung itu sejak tahun 1994.

Sejumlah lima cawangan Umno wujud di perkampungan Felda itu dan lima daripada enam Ahli Lembaga Pengarah Umno itu masih hidup dan kaya raya termasuklah memiliki rumah mewah berbanding peneroka yang terus dihimpit kemiskinan.

Saidin turut menjelaskan bahawa isu hutang dari syarikat kroni Umno-BN itu pernah disiarkan oleh media berkali-kali sebelum ini namun pimpinan Umno dan syarikat itu kekal membisu.

Ditanya apa respon menteri berhubung perkara itu selepas didedahkan oleh media, Saidin dengan nada tegas menjawab hipokrit.

“Pemimpin BN terkenal dengan sikap hipokrit mereka yang suka menabur janji. Tabur janji, janji dan janji kononnya kami akan menyelesaikan masalah anda,’ katanya.

‘Raikan’ kedatangan Rosmah dan Shahrizat

Tinjauan erapakatan.com mendapati isu itu turut diluahkan kepada Menteri Umno, Shahrizat Jalil (gambar) oleh seorang wanita yang bernama Aminah Hussin di laman sosial Facebook.com. di sini

Namun, sehingga berita ini ditulis, Shahrizat gagal membantu masalah itu walaupun Menteri yang bertanggungjawab berhubung kebajikan rakyat dalam kabinet Najib Razak, hadir ke kampung Felda Sungai Buaya beberapa hari lalu bersama Rosmah Mansor yang juga isteri ke dua kepada Najib Razak.

Kira-kira 2,000 pengundi berdaftar wujud di perkampungan ini malah kedatangan Rosmah bersama Shahrizat baru-baru ini ‘disambut’ oleh penduduk dengan kata-kata berikut.

“Sekiranya mahu undi kami ! Selesaikan masalah tanah kami ni ! $$$ pesanan daripada pengund-pengundi Kampung Sungai Buaya,”

Kata-kata itu jelas tertera di simpang utama jalan masuk ke kampung itu yang di pasang beberapa jam sebelum kedatangan pimpinan Umno itu.

Seramai 296 daripada 363 peneroka itu telah meninggal dunia tanpa sempat mengecap nikmat jutawan dan sehingga kini hutang syarikat kroni Umno itu gagal dilangsaikan.

Kes terus tertangguh di mahkamah

Sehubungan itu, 34 daripada 67 peneroka yang masih hidup itu mewakili mereka untuk membawa kes itu ke mahkamah.

Wakil peneroka yang membawa kes itu ke mahkamah, Jamadi Ahmad, berkata, kes itu kerap tertangguh selama tujuh tahun kerana pihak syarikat kerap menggunakan alasan enggan hadir setiap kali kes itu berjalan di mahkamah

Menurutnya, Mahkamah Shah Alam akhirnya bertegas memutuskan agar wakil syarikat itu hadir dan pada 4 September tahun lalu, kedua-dua pihak iaitu peneroka selaku plaintif dan Syarikat Murna Jaya Development Berhad selaku defendan diberikan tempoh selama setahun setengah untuk berunding berhubung perkara itu.

Dipercayai syarikat itu terpaksa akur dengan kehendak mahkamah hanya selepas cubaan mereka membuat mengemukakan rayuan ditolaj mahkmah sebulan sebelum itu.

Syarikat Murna Jaya berkempen di Hulu Selangor

Jamadi menjelaskan, beliau cukup hairan dengan taktik syaikat itu yang datang menyebarkan penipuan kepada penduduk apabila menyebarkan risalah palsu kononnya semua penduduk terbabit akan diberikan bayaran yang sama dengan semua mereka yang menuntut di mahkamah.

Menurutnya, tindakan syarikat jelas menipu kerana mahkamah telah memberikan tempoh hanya setahun setengah kepada plaintif dan defendan dan ini jelas penipuan terhadap penduduk yang kian marah dengan kerajaan persekutuan.

“Saya ada bukti bahawa pihak Murna Jaya membuat ugutan terhadap kami berhubung isu itu termasuklah melalui tindakan saman dan undang-undang,” tegasnya kepada erapakatan.com.

Pada malam 15 April lalu, risalah itu dikesan disekitar kampung itu yang jelas tertera kepala surat syarikat itu.

Dipercayai perbuatan itu bertujuan bagi meraih sokongan penduduk itu yang pastinya akan mengundi calon Pakatan Rakyat.

“Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa tujuan kami mendedahkan perkara ini kepada media hanyalah untuk memperjuangkan hak kami yang tertindas sejak tahun 1994 lagi dan kami cukup kenal dengan watak-watak penipu di kampung ini yang berpura-pura untuk membantu tetapi pada masa yang sama pengkhianat sebenar kepada bangsa Melayu,” tegasnya.

Menurutnya, mereka berhak untuk mendedahkan nama mereka menerusi media dan menuntut melalui cara ini kerana mempunyai bukti yang kukuh sehingga hak mereka dikembalikan.

“Kami ada kuasa memfailkan semula kes ini kerana mahkamah dengan jelas menyatakan perjanjian yang dibuat bersama bekas peneroka adalah perjanjian jual beli.

Difahamkan syarikat itu sengaja enggan melunaskan hutang mereka kerana dinaungi oleh tiga Menteri Besar Umno sebelum ini masing-masing oleh Mohd Taib, Abu Hassan Omar dan Khir Toyo di mana di zaman ketiga-tiganya hutang syarikat itu tetap gagal dilangsaikan.

Tinjauan erapakatan.com mendapati pejabat syarikat (gambar) itu kini di miliki oleh Felda dan sempena PRK ini ia dijadikan pejabat rasmi Umno-BN yang turut kelihatan bendera rejim itu terpampang jelas di simpang tiga kampung itu.

Malah carian di internet mendapati email syarikat (gambar) itu juga telah dipadamkan.

Sementara itu, Bendahari JKKK di kampung itu, Yusri Sarigat, 34 melahirkan kehairannya bagaimana kerajaan Umno-BN ketika era pemerintahan Moh Taib membenarkan syarikat Murna Jaya membeli dan menguruskan tanah dan pembangunan ketika itu walaupun jelas syarikat kroni Umno itu tidak memiliki sebarang aset.

Sehubungan itu, katanya, peneroka menuntut agar Umno dan BN segera menyelesaikan malsah itu sebelum PRK itu berakhir atau berdepan dengan kegagalan sekali lagi mempertahankan kerusi itu pada pengundian 25 April ini.

‘Jutawan’ teruskan hidup dengan memungut barang lusuh

Sejak peristiwa itu, semua bekas peneroka berkenaan bukan sahaja gagal bergelar jutawan, tetapi kebanyakan daripada mereka kini berstatus muflis dan bankrap selain ada dia antara mereka terpaksa menjual asset seperti rumah dan kereta untuk meneruskan hidup.

Lebih menyayat hati lagi apabila ada dia antara mereka terpaksa memungut barang lusuh seperti tin kosong dan kotak untuk meneruskan hidup.

Anak cadang tubuh jawatankuasa khas

Bagi Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, matlamat Allahyarham Tun Abdul Razak yang menggagaskan Felda demi kejayaan orang Melayu tidak menjadi kenyataaan dalam konteks Felda Sungai Buaya.

Menurutnya, jika semua pihak sibuk bercakap soal ketuanan Melayu dan benar-benar mahu menjadi pembela bangsa buktikan kepada peneroka Felda Sungai Buaya yang sudah lebih 16 tahun menjadi mangsa kerakusan dan kezaliman BN.

Felda Sungai Buaya dibuka pada tahun 1964 dengan jumlah peneroka seramai 363 orang dan pendapatan mereka hanya memotong getah.