ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU ATAU SENGAJA TIDAK MENGAMBIL TAHU.




















 

KESIAN PMX….



Petang semalam saya minum-minum sambil berbual-bual dengan seorang kawan yang sudah lama tidak ditemui.


Sudah beberapa bulan kami tidak bertemu, kecuali komunikasi hanya berjalan melalui Whatsapp saja.


Kenalan saya itu orang lama dalam PKR, seingat saya sejak tertubuhnya PKR lagi beliau sudah bersama parti itu.


Sokongan dan sayangnya kepada Anwar Ibrahim memang tidak berbelah bagi daripada dulu sehinggalah sekarang.


Beliaulah selama ini yang kerap menghantar video-video mengenai ucapan hebat Anwar atau bagaimana rakyat mengerumuninya setiap kali turun ke merata tempat untuk menunaikan solat Jumaat.


Pendek kata, sejak Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri, beliau adalah antara  orang yang berasa paling bangga.


Tetapi semalam, untuk pertama kalinya kawan saya itu meluahkan rasa sedih dan kesiannya kepada PMX.


Sebelum ini ketika Anwar dibicarakan  di mahkamah dan kemudian dihantar ke penjara pun beliau tidak  rasa kasihan atau simpati seperti sekarang ini.


Waktu itu, apa yang menimpa Anwar itu lebih menaikkan semangatnya lagi untuk terus cekal dalam perjuangan.


Kawan saya itu berasa sedih dan kesian kerana dalam keadaan Anwar dicemuh, dihentam dan dimaki berbakul-bakul oleh rakyat dalam isu kenaikan harga diesel sekarang ini, Perdana Menteri seolah-olah hanya bersendirian menghadapinya.


Beliau sedar di mana-mana ketika ini sama ada di media sosial, di kedai kopi atau di mana saja nama Anwar ada disebut, yang kedengaran hanyalah kejian, cacian dan rasa sudah hilang kepercayaan.


Sejak timbul isu naik harga minyak ini, sudah susah untuk mendengar kata-kata pujian dan sanjungan seperti mana sebelum ini.


Lebih membuatkan kawan saya itu berasa sedih dan kesian kerana menurutnya, menteri-menteri, kecuali Rafizi Ramli, lebih banyak mendiamkan diri daripada mengeluarkan suara.


Beberapa nama menteri PKR dan agensi kerajaan yang sepatutnya berperanan membela Anwar terang-terang disebutnya sebagai tidak berguna dan hanya makan gaji buta saja.


Amat membuatkan beliau tersentuh lagi kerana pemimpin-pemimpin UMNO juga turut mendiamkan diri, walhal Presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi sudah pun beroleh nikmat DNAA melalui pembentukan kerajaan perpaduan yang sekarang diterajui Anwar.


Kata beliau, apabila Perdana Menteri dihentam, Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menterilah yang sepatutnya paling ke depan menjadi benteng pertahanan.


Sekarang tambahnya, seolah-olah semua mereka itu seronok pula melihat PMX  terkapai-kapai sendirian membela dirinya sendiri.


Terdengar beliau mengeluh, tak taulah berapa lama Anwar mampu bertahan lagi.


Meskipun kawan saya itu masih menaruh harapan agar Anwar kekal lebih lama sebagai Perdana Menteri, tetapi rasa kecewanya jelas lebih menggunung berbanding semangat untuk terus melawan.


Katanya, kalau yang diberi jawatan pun goyang kaki dan tak buat kerja yang sewajarnya dalam menangkis dan menjawab sentimen yang kian membesar di kalangan rakyat, apalah sangat yang boleh dilakukan oleh penyokong marhaen sepertinya.


Mendengar luahannya, sementara saya tumpang kesian kepada Anwar, tetapi saya lebih kesian terhadap sengsara jiwa kawan saya itu. - ShahbudinHusin 14Jun2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/06/14/kesian-pmx.html



KES KE DUA LIWAT ADA FRAME.

 

Kedua kes liwat itu didorong atau dicetuskan 1 faktor sahaja tp sifat pendorong ini tersirat. Istilah tersirat inilah yg sebghn org Melayu gagal amatinya sebab kena menggunakan jaedah reasoning, berfikir).


Liwat 1 kerana Anwar sebg TPM & Menteri Kewangan tegas mahu nenggunakan kaedah IMF dlm membantu syarikat² korporat negara yg terjejas teruk kerana kemelesetan ketika itu. PM ketika itu mahu guba kaedah bailout menggunakan dana negara.


Liwat 2 kerana dorongan politik. Ketika itu Anwar akan bertanding di Dun Kajang utk diangkat sebg MB Selangor. Ketakutan Umno/BN ketika boleh kita fahami melalui kata² TDZ iaitu sebaik Anwar menjadi MB Selangor, Umno/BN akan kalah teruk.


Maka kedua² kes itu berlangsung dgn eksploitasi proses mahkamah dgn kerjasama peguam negara dan mahkanah.


Namun, kelicikan penasihat DrM ketika itu jalah penekanan berterusan dlm media ttg PELIWAT & LIWAT sehingga membekas kemas dlm minds irg Melayu


الله 

Liwat 2. Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan DSAI tidak bersalah..alasannya integriti sampel DNA telah tercemar dan diragui. Keterangan Saiful Bukhari tidak disokong oleh sesiapa. 


Mahkamah rayuan memutuskan DSAI bersalah..hakim mahkamah rayuan membuat keputusan tergesa2 kerana PRK Kajang.





Propaganda peliwat

 


Propaganda peliwat


Saya terbaca penghantaran Pn. Liyana Marzuki  tentang propaganda pembangkang yang diulang-ulang untuk menanam kebencian kepada pemimpin kerajaan. 


Dalam tulisan ini saya fokus untuk menjawab propaganda PMX peliwat dahulu, kerana persoalan itu sering ditanya kepada saya dalam sesi wacana saya dengan para pengetua, penolong kanan dan para guru di Terengganu dalam sembilan siri wacana setakat ini. 


Apabila soalan berkaitan tuduhan liwat terhadap PMX ditanyakan, saya menjawab dengan dua cara. 


Pertama, cara politik. Bagaimana? 


DSAI dipenjarakan atas pensabitan kes liwat 2 berdasarkan perundangan sivil. Pembangkang khususnya Pas kan tidak percaya kepada kesahan undang-undang sivil? Kerap ustaz dan pemimpin Pas mengatakan mereka akan menang di mahkamah Allah di akhirat walaupun meteka kalah saman fitnah di mahkamah dunia (sivil). 


Habis tu kenapa pembangkang beria-ia pula percaya mahkamah sivil dalam kes liwat 2? Pembangkang hipokrit. 


Semua orang tahu sabitan kes liwat 2 adalah berdasarkan undang-undang sivil iaitu Kanun Keseksaan. 


DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong memberi pengampunan penuh kepada DSAI pula adalah berdasarkan peruntukan sivil yang lebih tinggi, iaitu hak prerogative yang diberikan Perlembagaan Persekutuan. 


Perlembagaan Persekutuan adalah lebih tinggi daripada Kanun Keseksaan dalam aturan perundangan sivil. Kenapa peruntukan sivil Kanun Keseksaan kamu terima, peruntukan sivil Perlembagaan Persekutuan pula kamu tolak? Sedangkan semua MP termasuk pembangkang angkat sumpah menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan! Lemah sungguh pembangkang di Malaysia ini. 


Kedua, jawapan dari segi syariah berlatarkan sejarah perundangan Islam di zaman Saiduna Umar bin al-Khattab. 


Gabenor Basrah, al-Mughirah bin Syu'bah dituduh berzina oleh empat orang sahabat. Tiga orang daripada mereka mengaku melihat perzinaan itu berlaku seperti melihat batang celak masuk ke dalam lubang botol celak. Saksi keempat kata dia tak nampak seperti itu, cuma nampak al-Mughirah menindih seorang wanita yang bukan isterinya. 


Akhirnya Umar menghukum sebat 80 kali ke atas tiga sahabat itu dan membebaskan al-Mughirah daripada tuduhan zina (tidak dihukum rejam atau sebat 100 kali). 


Jika saksi tiga orang melihat dengan mata kepala sendiri perzinaan al-Mughirah pun tidak sabit hukuman zina ke atas al-Mughirah, siapa yang melihat Anwar Ibrahim meliwat? 


Maka sesiapa yang mengatakan DSAI liwat atau kunyit atau planta, sesungguhnya dia telah melakukan dosa besar qazaf dan layak dihukum 80 sebatan di khalayak ramai. Persaksian orang itu pula ditolak selama-lamanya kerana dia fasik sehinggalah dia bertaubat dan meminta maaf dengan DSAI.  Jika lelaki, dia tidak layak menjadi wali perkahwinan anak perempuannya. 


Sampai di sini, biasanya audiens saya akan ternganga.


***********


Untuk bacaan lanjut kisah al-Mughirah bin Syu'bah dituduh zina, sila baca tulisan saya bertarikh 25 Ogos 2021 di link: https://www.facebook.com/share/p/oyP7ADYsjDuAcn6h/?mibextid=oFDknk