KERAJAAN BELIT-BELIT RADZI JIDDIN KENA TIBAI DENGAN HOWARD LEE DAN RAFIZ...



Sidang Parlimen, ucapan Radzi Jiddin dengan Gah Sombong Angkuh Memburukan Kerajaan Dengan Pelbagai Isu Malah Mengeluarkan Kenyataan Yang Sangat Tak Patut Sebagai seorang Pemimpin Ahli Parlimen. Akan Tetapi Beliau Tetap Mengeluarkan kenyataan Yang keras dan Menuduh Kerajaan Bentangkan data yang belit-belit Kononnya Rakyat Di Tipu oleh kerajaan Madani, Akan Tetapi Juga, Rafizi Menjawab tuduhan Radzi Jiddin. Kedua, kenyataan Keras Dari Radzi Jiddin Mengatakan KHAZANAH Menjual Aset Lapangan Terbang Sebanyak 30%, Akan Tetapi Itu Kenyataan Yang Salah. Menjual Apa..? SAHAM..! Jom Tonton Hingga Tamat.. Jom Tonton Hingga Tamat. Pelbagai Perkongsian Video akan ditunjukkan Didalam Video Solihin Shabudin. Harap Memberi Manfaat Kepada Para Penonton dalam Siaran Ini. Terima Kasih, Teruskan Menonton Hingga Tamat.







SUASANA PANAS! MP INI BAGUS TAPI WARISAN SEMAKIN DITOLAK! JAWAPAN MENTER...

SEPERTI BIASA 2 PEMIMPIN PN PONTENG LAGI! BETAPA RUGINYA RAKYAT MEMBAYAR...



RENTASAN 1654 | PANAS!! LAGI FITNAH PEMBANGKANG TERHADAP PMX AKHIRNYA BA...


MENARIK DALAM RENTASAN 1654
1. JADIKAN APEC PIAWAIAN EMAS TADBIR URUS GLOBAL 2. LAWATAN SULUNG PMX KE BRAZIL PERKUKUH HUBUNGAN DIPLOMATIK 65 TAHUN 3. PMX BIDAS FITNAH IKTIRAF ISRAEL, KERAJAAN SEDIA AMBIL TINDAKAN TEGAS








HAJIJI BUBAR DUN SABAH LEBIH AWAL?

 


HAJIJI BUBAR DUN SABAH LEBIH AWAL?


18 November 2024


Dakwaan rasuah melibatkan beberapa Adun di Sabah nampaknya terus menjadi isu hangat, malah semakin hari semakin menghangat.


Selain beberapa Adun, nama Ketua Menteri Hajiji Noor juga turut dikaitkan sama dengan perlakuan rasuah itu.


Di samping rakaman audio yang didedahkan oleh seorang pemberi maklumat sudah bertebaran di media sosial, SPRM sendiri sudah memulakan langkah melakukan siasatan.


Sehingga ini dilaporkan seramai lima Adun Sabah sudah diambil keterangan oleh SPRM.


Beberapa pemimpin UMNO kemudiannya tampil mendesak agar siasatan menyeluruh dilakukan SPRM dalam isu berkenaan.


Maksud menyeluruh itu tentulah, selain Adun-Adun yang harus disiasat, pemberi maklumat yang sebelum ini memohon perlindungan sebagai saksi serta Hajiji sendiri mestilah juga disiasat sama.


Jika tidak disiasat semua mereka itu, tidaklah menyeluruh namanya.


Berdepan perkembangan ini, Hajiji menggesa parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) agar meningkatkan usaha melawan fitnah yang didakwanya dibuat untuk menjatuhkan kerajaan negeri Sabah.


“Apa yang saya maksudkan ialah taktik kotor pembangkang serta konco-konco mereka yang bersekongkol ingin menjatuhkan kerajaan GRS-PH Plus melalui sebaran fitnah, pelbagai tuduhan dan pembohongan terhadap kerajaan negeri dan kepimpinan parti.


“Inilah cabaran semasa yang wajib kita perangi habis-habisan, kerana ia boleh meracuni pemikiran rakyat untuk membenci kerajaan dan kepimpinan parti, lebih-lebih lagi dalam era teknologi serba canggih sekarang di mana media sosial dan AI telah menguasai kehidupan seharian rakyat,” katanya.


Hajiji menegaskan demikian susukan kenyataan bekas CEO Sabah Mineral Management (SMM) Sdn Bhd, Jontih Enggihon yang mendakwa beliau memiliki bukti bahawa  Ketua Menteri Sabah itu “menyalahgunakan kuasa” dan masuk campur dalam proses permohonan lesen penerokaan mineral di negeri itu.


Apa yang nyata, mungkin secara kebetulan PRN Sabah bakal diadakan tidak lama lagi dengan tempoh akhirnya sebelum Oktober tahun depan, isu rasuah ini tentunya akan terus menghangatkan suasana politik negeri itu.


Pokoknya politik Sabah tidak akan aman sehingga tarikh PRN diadakan.


Apa lagi Hajiji sendiri sedar isu rasuah ini ditafsirkannya hanya bertujuan untuk menggugat kerajaan negeri pimpinannya menjelang PRN akan datang.


Dengan itu,Hajiji  pastinya sekarang ini paling tertekan dengan isu rasuah yang timbul secara tiba-tiba ini.


Dalam apa keadaan sekali pun,  beliau tiada pilihan lain selain harus mempertahankan kerajaan negeri pimpinannya dalam PRN akan datang.


Tetapi, jika isu rasuah ini berterusan menjadi percakapan dan hari demi hari makin banyak perkara mengejutkan berlaku, mampukah beliau bertahan?


Lalu, sebagai jalan pintas untuk mengekalkan kuasa dan mengelakkan keadaan bertambah buruk, apakah mungkin Hajiji akan membubarkan Dun Sabah lebih awal?


Apakah PRN Sabah bakal diadakan sebelum berakhirnya tahun 2024 ini atau barangkali seawal Januari 2025? – ShahbudinHusin 18November2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/11/hajiji-bubar-dun-sabah-lebih-awal/



SIAPA PUNCA PATUT DI SIASAT.

 

Che Ibrahim


Trajedi Memali - Satu sejarah hitam negara yang amat pahit untuk dikenangkan akibat agama yang dijadikan tunggangan demi politik.