PH,PKR jatuh dek gila kuasa.

MENGARUT LAH IDEA. IDEA UNTUK PENYATUAN DENGAN PENYAMUN AMAT TIDAK DISENANGI RAKYAT : πŸ”₯TERKINI❗️ NAJIB & ANWAR KERJASAMA SECARA RAHSIA ?



1. MENGALAHKAN MAHAZALIM IDEA BAGUS

2. BERSAMA DENGAN NAJIB ADALAH TIDAK BAGUS KERANA AKAN MENJATUHKAN MARUAH ANWAR MENENTANG KORUPSI

3. BETUL PPBM DAN PEJUANG AKAN KIOK

ANWAR SELANGKAH KEHADAPAN : ARAH MP LEMBAH PANTAI MEMPERINCIKAN DEBAT DENGAN NAJIB


Saya telah meminta Ahli Parlimen Lembah Pantai, saudara Fahmi Fadzil untuk menyelaras serta memperincikan dengan pihak Dato' Seri Najib Razak berhubung tarikh dan masa sesi debat khas soal negara dan sapura.

Beliau juga telah diminta berbincang dengan pihak media terkait liputan penganjuran debat tersebut yang bagi saya harus disiarkan secara meluas.

ANWAR IBRAHIM

 

May be an image of 1 person and standing

TEDIA AIHH

RANIA ZARA

Indonesia jauh lagi matang dalam menjatuhkan hukuman yg wajar dan setimpal pd agamawan.. Malaysiaaaaaa??? Jangankan hukuman mati dijatuhkan pd ustaz2 , pengikut yg sanggup mati demi para agamawan ..
Di Malaysia, katanya "agamawan dipitenahhhh. Lidah ustaz2 lidah penyambung nabi2. Tiada doa ULARmak, maka banyak bala yg menimpa..” Hairannnnnnnn kan?? Bila fikir balik x maju mana pun Mehsia ni kalau nak bandingkan dgn ngara2 yg meleisss cop sbg negara kafir mcm Europe atau Asia Timur. Kat sana takk perlukan agamawan berbondong2 punnn. Semakkkk. Maju je negara deorg. Banjir pun kurang x mcm kat Mehsiaaa lg bnyk agamawan lg bnyk bala πŸ˜†

1MDB. TIPU DARI MULA SAMPAI HUJUNG

 


Lembaga pengarah diperdaya wang pelaburan 1MDB diperoleh semula, kata saksi




Bekas pengarah bukan eksekutif 1MDB, Ismee Ismail berkata, lembaga pengarah 1MDB tidak tahu wang yang dikatakan bekas ketua pegawai kewangannya, Azmi Tahir itu sebenarnya wang yang dipinjam 1MDB daripada Deutsche Bank.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu lembaga pengarah (BOD) 1MDB diperdaya apabila pengurusannya memberi bayangan wang pelaburan 1MDB akan masuk semula ke dalam dana syarikat pada 2014.

Bekas pengarah bukan eksekutif 1MDB, Ismee Ismail berkata demikian ketika diminta peguam Muhammad Shafee Abdullah mengulas mengenai taklimat bekas ketua pegawai kewangan (CFO) 1MDB, Azmi Tahir semasa mesyuarat lembaga pada 20 Okt 2014.Shafee merujuk saksi pendakwaan ke-13 itu kepada taklimat khusus oleh Azmi semasa mesyuarat lembaga, di mana beliau memberitahu lembaga pengarah bahawa USD870 juta telah ditebus setakat Oktober 2014, manakala USD300 juta lagi akan ditebus dalam beberapa hari akan datang.

Ismee berkata, pada masa itu, BOD tidak tahu bahawa wang itu yang dikatakan Azmi masuk ke Brazen Sky Ltd sebenarnya adalah wang yang dipinjam oleh 1MDB daripada Deutsche Bank.

Mahkamah sebelum ini diberitahu bahawa Brazen Sky Ltd adalah syarikat perantara tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dan rakan sekutunya untuk menghantar pulang wang pelaburan oleh 1MDB.

Shafee: Anda lihat bagaimana Azmi berbohong kepada lembaga pengarah. Apa yang dia lakukan ialah semua wang yang kononnya masuk ke dalam Brazen Sky, tetapi tidak menjelaskan wang itu kembali ke sebuah syarikat bernama Aabar Investments PJS Ltd. Pengarah 1MDB tidak akan mengetahui aspek ini kerana anda perlu bergantung kepada kejujuran pengurusan anda. Sekarang anda tahu kebenarannya, apa komen anda?

Ismee: Saya rasa perkara yang sama saya katakan tadi. Bulan puasa, tak sedap nak cakap. (tidak sesuai untuk diperkatakan pada bulan puasa ini).

Shafee: Tan Sri, kita sedang berada dalam proses pengadilan. Anda masih perlu bercakap benar sepanjang bulan puasa.

Ismee: Saya telah mengatakan ini pada November tahun lepas dan saya akan mengatakan perkara yang sama. BOD telah dikelirukan.

Mahkamah sebelum ini mendengar keterangan bahawa Aabar Investments PJS Ltd (Aabar BVI) tidak sama dengan Aabar Investment PJS, yang merupakan anak syarikat sebenar International PetroIeum Investment Company (Ipic).

Terdahulu, saksi itu bersetuju dengan cadangan Shafee bahawa bagi melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO), pengurusan 1MDB telah meyakinkan lembaga pengarah untuk meminjam USD250 juta dan USD975 juta daripada Deutsche Bank Singapore, masing-masing pada Mei dan Ogos 2014.

Mahkamah diberitahu bahawa USD223.33 juta dan USD457.98 juta daripada pinjaman itu telah digunakan.

Sebelum ini, bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abd Rahman mengesahkan RM49 juta daripada pinjaman bank tersebut yang diambil oleh 1MDB dimasukkan ke akaun bank Najib Razak di AmIslamic Bank.

Pada hari pertama perbicaraan kes pada Ogos 2019, Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam kenyataan pembukaan berkata, pihaknya akan menunjukkan bahawa sejumlah wang yang berasal daripada pinjaman USD250 juta dan pinjaman USD975 juta yang diambil anak syarikat 1MDB, 1MDB Energy Holdings Ltd dari Deutsche Bank Singapore didakwa telah dimasukkan ke akaun bank Najib.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

GEMPAR!! INI SEBABNYA KERAJAAN PH GAGAL MANSUHKAN TOL?



AJUK : BICARA YB. KHALID ABDUL SAMAD (SIRI 148) "MANIFESTO PH JANJI KOSONG??"

Jaguh Kampung Terlalu Malas Untuk Belajar Bahasa Inggeris (Dolts who are...




Kalau anda nak tengok dunia, kena belajar Inggeris You compete by learning and increasing your knowledge If you are insecure and start banning other things or just promoting stuff you know, then you will not improve.



KEH KEH..BUDAK NAJIB LEKEH




 

Dana SAVE KELANTAN


HUSAM MUSA


Dana SAVE KELANTAN

Usaha menyelamatkan Kelantan bersama Rakyatnya yg dilanda kemelut terbuka dan tersembunyi perlu digerakkan bersama.

Platform Save Kelantan adalah platform bersama merentasi politik kepartian dengan matlamat membangkitkan kesedaran Rakyat Kelantan terhadap tadbir urus Kerajaan Kelantan sedia ada.

Langkah pertama antaranya ialah Membenteras Tebang Habis Balak Dalam Hutan Simpan Kekal demi menyelamatkan aset Rakyat dan memelihara kelestarian Bumi Kelantan.

Dalam konteks menjaga kelestarian Bumi Kelantan dari terus diperas untuk kekayaan cepat segelintir puak, kami berhasrat melaksanakan Satellite Mapping keseluruhan Hutan Simpan Kekal di Kelantan, membantu orang kampung membuat bantahan berkesan melalui undang-undang untuk menjaga tadahan bekalan air bersih mereka, mencetak bahan-bahan maklumat untuk edaran bagi membangkitkan kesedaran Rakyat, menjalankan kempen media sosial dan lain-lain aktiviti Save Kelantan dari masa ke semasa.

InsyaAllah ia akan diikuti oleh inisiatif-inisiatif lain Save Kelantan dalam isu-isu seperti AKSB dan bekalan air bersih, perumahan, perlombongan, royalti petroleum, peluang kerja anak muda, kebersihan dan masalah sosial yang lain - ke Arah Kelantan Maju Jaya.

Dana yang anda sumbangkan akan diuruskan secara pruden dan telus InsyaAllah.

Kutipan dan ke mana ia dibelanjakan akan dipaparkan di laman web Save Kelantan nanti InsyaAllah.

Kami yakin akan keprihatinan Anak Kelantan dan masyarakat awam terhadap tugas mencabar membetulkan amalan buruk, kelesuan pemerentahan dan nasib Negeri Kelantan di masa depan.

Selain sumbangan dana, semua dialukan memberikan buah fikiran dan berganding bahu bersama menjayakan Save Kelantan.

Sumbangan anda boleh disalurkan melalui :

SV KELANTAN GLOBAL

Akaun Maybank

553010665478.

Saya sangat berterima kasih dan menghargai sumbangan anda walau sekecil mana sekalipun.

Husam Musa

3 Ramadhan 1443

5 April 2022

 




May be an image of text


( VIDEO TELAH DIPERBAIKI-UPLOAD ) Zunar presents, an Oscar Slap production... MOVIE Of the YEAR!

Zunar presents, an Oscar Slap production...
MOVIE Of the YEAR!


0:00 / 0:35




MUAT TURUN DAN DAFTAR SEBAGAI PENGUNDI ATAS TALIAN


 

5 April 2022

MUAT TURUN DAN DAFTAR SEBAGAI PENGUNDI ATAS TALIAN

Dalam Pemilihan 2018, ada 20,000+ undi yang tidak dikira.

Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) pada ketika itu memberi alasan ia berpunca dari masalah teknikal yang menyebabkan pelayan (cloud server) tidak mengesan undi-undi itu. Masalah 20,000+ undi yang tidak dikira ini dibawa ke Biro Politik tetapi keputusannya pada ketika itu untuk tidak mengambil apa-apa tindakan.

Sementara saya aman dan tenang sahaja, KEADILAN akhirnya dikhianati oleh pemenang-pemenang hasil dari keputusan pemilihan yang meragukan sebegini. Hampir semua anggota JPP pun meninggalkan parti menyertai mereka yang khianat.

Kita meletakkan harapan yang besar kepada JPP kali ini yang dipengerusikan Dr Zaleha, veteran lama parti untuk memastikan peristiwa ini tidak berulang lagi. Sebab itu saya menyokong sepenuhnya usaha JPP untuk mengadakan pemilihan atas talian walaupun ia dianggap rumit.

Ada beberapa kebaikan sistem pemilihan atas talian ini.

Pertama, ia memberi kebebasan kepada anggota biasa untuk memilih calon-calon tanpa perlu dipengaruhi oleh pimpinan di peringkat cabang dan lain-lain. Hak itu adalah hak individu setiap anggota. Jika pemilihan secara fizikal, ada perayu undi yang cuba berkempen ketika anggota biasa ingin mengundi.

Kedua, ia mengurangkan risiko pengundi yang digerakkan tetapi tidak ambil tahu mengenai perkembangan parti. Keadaan ini mewujudkan “warlord” politik di peringkat akar umbi yang boleh mempengaruhi keputusan pimpinan parti mengikut kumpulan mana yang menjanjikan kedudukan

terbaik

kepada mereka (tidak semestinya pemimpin yang

terbaik

akan diangkat).

Maka, kita wajar berusaha supaya seberapa ramai anggota memuat turun aplikasi ADIL dan mendaftar sebagai pengundi atas talian. Proses pendaftaran mengambil sedikit masa kerana saya difahamkan JPP perlu mengesahkan identiti setiap anggota dengan memadankan kad pengenalan dan gambar profil.

Setakat hari ini, saya difahamkan tidak sampai 5% dari anggota parti telah mendaftar sebagai pengundi atas talian. Ia mendedahkan parti kepada pemilihan oleh segelintir sahaja yang tidak mewakili sentimen anggota parti keseluruhannya.

Tarikh akhir untuk memuat turun aplikasi ADIL dan mendaftar sebagai pengundi atas talian ialah 8 April 2022 (dua hari dari sekarang). Anda boleh muat turun di capaian berikut:

Apple:

https://apps.apple.com/us/app/adil/id1609854829

Google:

https://play.google.com/store/apps/details...

Jangan berlengah lagi. Muat turun aplikasi ADIL dan daftar sebagai pengundi atas talian jika anda betul-betul mahu pasukan baru yang lebih kreatif mendekati pengundi.

Jika anda hanya pandai sembang di WhatsApp atau Facebook tetapi tidak pun mendaftar sebagai pengundi atas talian, anda memang juara sembang kencang (tapi tidak ada kesan)!

RAFIZI RAMLI

 

(function() { var d = document, w = window; w

PKR TIDAK AKAN PINGGIRKAN SAIFUDDIN..SELAIN BELIAU KUAT BEKERJA..BELIAU ADALAH AKTIVIS AWAL MENENTANG REGIM MAHATHIR...JASA BELIAU HARUS DIHARGAI.KITA BUKAN UMNO

  Harap Anwar tak pinggir Saifuddin, kata akar umbi susulan keputusan terkini pemilihan Anne Muhammad  - May 29, 2022          Timbalan Peng...