KEH..KEH...3 ABDUN....

 

Panas! PAC cadang panggil 3 individu termasuk bekas MB isu jual tanah lapangan terbang Seri Iskandar


Panas! PAC cadang panggil 3 individu termasuk bekas MB isu jual tanah lapangan terbang Seri Iskandar


Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan tiga individu dipanggil bagi menjalankan siasatan berhubung isu penjualan tanah tapak lapangan terbang di Seri Iskandar, Perak.

Pengerusinya, Wong Kah Woh berkata, PAC Perak boleh memanggil saksi utama termasuk Menteri Besar Saarani Mohamad serta dua bekas Menteri Besar Zambry Abd Kadir dan Ahmad Faizal Azumu.

Katanya, prosiding selanjutnya ialah memanggil Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang berkhidmat ketika tanah terbabit dijual.

“PAC Perak harus memulakan prosiding untuk menyiasat isu penjualan tanah lapangan terbang di Seri Iskandar dan mendedahkan kepada rakyat siapa yang sebenarnya dalang dalam isu ini,” katanya dalam kenyataan.

Wong berkata, PAC Perak mempunyai tanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) dan rakyat untuk memastikan setiap keputusan kerajaan negeri yang ada hubung kait dengan isu kewangan adalah dipantau dan berakauntabiliti.

Katanya, PAC Perak akan lalai dalam menjalankan tanggungjawab sekiranya memilih untuk bersikap pekak dalam isu ini yang begitu penting untuk rakyat Perak.

“Mereka (PAC Perak) mempunyai kuasa untuk melaksanakan siasatan ke atas isu penjualan tanah lapangan terbang di Seri Iskandar berdasarkan peruntukan Perintah Tetap 70(1)(d) Perintah Tetap Dewan Negeri Perak iaitu:

“Hendaklah ada sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri dilantik pada tiap-tiap penggal DUN bagi memeriksa … (d) apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Jawatankuasa itu patut diperiksa…,” katanya yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor.

Isu penjualan tanah lapangan terbang di Seri Iskandar dibangkitkan dalam sidang DUN Perak baru-baru ini oleh ADUN Aulong yang juga Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Beliau mendedahkan, tanah untuk cadangan pembinaan sebuah lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar telah dijual tanpa kebenaran kerajaan negeri, manakala Saarani pula menyatakan kerajaan perak akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini sekiranya terdapat laporan dibuat.


No comments: