PM Anwar Tiba Di Hanoi Hadiri Forum Masa Depan ASEAN Ke-2

 

Pesawat khas membawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Hanoi jam 7.10 malam waktu tempatan pada 25 Februari 2025. Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)

HANOI, 25 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini bagi mengadakan lawatan kerja sempena Forum Masa Depan ASEAN (ASEAN Future Forum – AFF) 2025 ke-2 atas jemputan Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh.

Pesawat khas membawa Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, di sini jam 7.10 malam waktu tempatan (8.10 malam waktu Malaysia).

Ini merupakan lawatan kali kedua Anwar ke Vietnam setelah melakukan lawatan sulung atas jemputan Pham Minh Chinh pada Julai 2023 bersama isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Pesawat khas membawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, di sini jam 7.10 malam waktu tempatan pada 25 Februari 2025. Foto RTM

Ketibaan beliau disambut Timbalan Menteri Luar Vietnam, Ngo Le Van; Duta Vietnam ke Malaysia, serta Duta Besar Malaysia ke Vietnam, Datuk Tan Yang Thai.

Lawatan Anwar kali kedua sejak kali terakhir pada Julai 2023 juga bakal memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Vietnam serta memperluas kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika mengadakan lawatan sekitar Hanoi sempena lawatan rasmi pada 21 Julai 2023. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menurut kenyataan Wisma Putra, forum yang bermula hari ini sehingga esok, merupakan platform perbincangan inklusif dan dialog dalam kalangar pemimpin ASEAN, pembuat dasar, pakar, badan pemikir, peneraju perniagaan dan pihak berkepentingan mengenai hala tuju masa depan ASEAN.

“Dalam ucaptama beliau, Perdana Menteri akan menekankan komitmen Malaysia terhadap nilai-nilai MADANI dan aspirasi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN bagi tahun 2025 serta mengetengahkan keutamaan dan keberhasilan Malaysia tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan kunjungan ke Masjid Al Noor di Vietnam sempena lawatan rasmi pada 21 Julai 2023.

Ini termasuk usaha mempromosikan pembangunan ekonomi yang inklusif dan mampan, transformasi digital, perubahan iklim, dan tenaga boleh diperbaharui,” menurut kenyataan itu.

Anwar juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam To Lam dan Presiden Republik Sosialis Vietnam Luong Cuong serta bertemu dengan Pham Minh Chinh.



BEKAS YB BUAT LAPORAN POLIS PADA PENDERHAKA.

 MMMS. 



Masalah bila benda yang baik dan peringatan yang baik dari Sultan pun mereka memilih untuk derhaka dan menghasut.



Inilah jadi bila tak ada ilmu dan ternakan dengan hasutan lebai yang jahat. Nanti bila kena tangkap, salahkan kerajaan pula padahal sendiri main isu 3R. 



Padahal tuduhan fasik itu satu tuduhan yang berat.


Hadis Nabi yang maksudnya: “Tidaklah seseorang melempar tuduhan kepada orang lain dengan kefasiqan dan tidak pula menuduh dengan kekufuran melainkan (tuduhan itu) akan kembali kepadanya, jika saudaranya tidak seperti itu.” [Riwayat al-Bukhari (6045)]


Link asal yang ada komen dia. 


https://www.facebook.com/share/14sDVuyWX6P/


Edit; komen dia dah delete dah dia dah lock profile. Ingat berani sangat 


Terima kasih Hasnul Zulkarnain tolong buat polis report.


Moga di permudahkan urusan ke dalam.



SIKAP MB KELANTAN SUDAH BERUBAH.


MSO


Hari ini MB Kelantan Nassaruddin Daud telah mengunjungi pejabat perdana menteri Datuk Seri Anwar ibrahim. Melihat kepada gambar yang diterakan dalam facebook PM, perjumpaan berlangsung dalam suasana riang dan penuh mesraan.  


PM mencatat diperjumpaan itu turut dibincang beberapa perkara khasnya untuk kepentingan rakyat negeri Kelantan. Antaranya projek tebatan banjir. Selain itu pasti ada perkara penting yang dipersetujuan bersama tanpa didedahkan.


Nampaknya PM memberi keutamaan dan perihatian tinggi kepada masalah banjir di Kelantan. Diharap dengan adanya hubungan baik ini dan sikap tahu menghormati Putrajaya ditunjukkan MB Kelantan akan tambah memberi kebaikan dan manfaat untuk negeri Kelantan.


Elok juga kalau sesekali Nasaruddin memceritakan akan keramahan PM semasa menyambut ketibaanya dan ikut sama menyenaraikan segala butiran yang diluluskan oleh Kuala Lumpur untuk Kelantan. 


Hanya dengan berbuat demikian baru rakyat dapat mengetahui akan keikhlasan PM dan juga kesediaan MB menerima apa apa yang baik daripada pusat. Ia juga boleh meredakan pandangan buruk kepada PM yang dibawa oleh mereka tidak tahu berterima kasih dan bertanggungjawab.




Noktahlah politik sengketa, herdik maki hamun atau perli dan sinis seperti sebelum ini. Masih ada seorang dua ahli parlimen dari Kelantan yang menunjukkan kebencian dan dendam kepada PM. Nasarrudin sebagai orang tua nasihatlah budak budak yang mengutik cempedak di luar pagar itu, jika tak dengar jentiklah telinga.


Saya sedia maklum penerimaan Nasaruddin dengan sikap terbuka PM, cuma mungkin masih takut takut untuk mengumumkannya. Trims.



KES SANGKUT BAD NI.



 Ban. gang nya cb ni, dalam setiap hentaman dia nak selit naratif. Naratif pulak sentiasa berlebihan.


Hentam poster yang guna gambar tak kena dah la, pi kait agenda pluralisme dan liberalisme dah kenapa kau ni.


Tak pasal-pasal sangkut kes. B. Odoh macam lembu makan plastik.






YB SAIFUDDIN SILA SAMAN.


 

Penderhaka Menerima Hukuman


Zuwairi Md Yusof


Akibat gagal membayar denda RM 30 000,seorang Penderhaka di hukum Penjara 6 bulan lamanya.


Siapa lagi pentaksub-pentabsub ,pelampau PAS,BERSATU yang berhajat melawan RAJA2 MELAYU?YDP PAS Gerik,Perak dan sorang staff MEDIA PRIMA awak berdua yang berikutnya korang siapppppp






AKIBAT IKUT NAFSU DAN BODOH..... SIAPA NAK TOLONG???

 




HABIS KALAU BENDA TAK JADI ALLAH MURKA ATAU MACAMANA.?

 


PM ‘tapau’ nama empat geng PN isu Akta PSB







Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan dan memberi jaminan bahawa pemilik asal hartanah tidak akan diusir daripada pemilikan tanah atau premis secara paksaan susulan Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB).

Malah katanya, kerajaan akan memastikan setiap pemilik asal hartanah memahami hak serta perlindungan yang akan diberikan.

Menurut beliau, Akta PSB telah diusulkan sejak 2013 sebelum proses pengumpulan data dimulakan pada 2015, maka tidak timbul soal gopoh untuk melaksanakan akta berkenaan.



“Tidak timbul sama sekali bahawa pemilik asal hartanah akan diusir daripada pemilikan tanah secara paksaan. Malah status tanah yang asal kekal sama tidak akan berubah.


“Soal gopoh itu saya tak faham kenapa dibangkitkan. Untuk maklumat semua, pada 2020 bekas Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa menerajui program pembaharuan ini terutama rumah pangsa berusia lebih 40 tahun.


“Pada 2021 pula menteri perumahan Datuk Zuraida Kamarudin memulakan penggubalan RUU PSB. 22 Mac 2022 Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican meneruskan dan menegaskan prinsip sama.


“Yb Arau (Datuk Seri Shahidan Kassim) pada September 2022 malah memaklumkan DBKL telah mengenalpasti 30 kawasan umtuk pembaharuan semula,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Pada masa sama Anwar berkata, tidak timbul langsung isu kerajaan ingin mengganggu tanah rizab Melayu, sebaliknya inilah cara tolong orang Melayu.


“Saya tak sanggup lihat kawasan-kawasan daif. Tak timbul soal tanah rizab Melayu. Kalau betul nak tolong Melayu ini caranya. Maknanya kita guna seluruh dana untuk bangunkan (penempatan) mereka.


“Mesti lakukan sesuatu segera. Tak boleh kita biar orang miskin Melayu, India dan Cina dalam keadaan begitu. Tapi (kerajaan) jamin hak dia kekal. Jamin rumah dia lebih baik. Kalau sekarang 1 bilik, sekurang-kurangnya selepas ini 3 bilik. itu syarat dia,” kata Anwar lagi.




PMQT: Tak Timbul Isu Pemilik Asal Hartanah Diusir Secara Paksa – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan pada Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 25 Februari 2025. Foto Parlimen

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak timbul sama sekali isu pemilik asal hartanah tanpa mengira kaum akan diusir daripada pemilikan tanah atau premis secara paksa di bawah cadangan Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB).

Perdana Menteri berkata, status tanah yang asal juga tidak akan berubah sama ada rizab Melayu atau status kekal, malah kerajaan akan memastikan setiap pemilik asal hartanah memahami hak dan perlindungan yang diberikan.

Tambah beliau, dalam mana-mana negara yang pesat membangun, muncul bandar yang kian berkembang dan sudah tentu ada bangunan yang tidak selamat, sesak dan miskin yang harus dibangunkan, selain projek terbengkalai.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan pada Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 25 Februari 2025. Foto Parlimen

“Sebab itu, sejak 2012, garis panduan dikemukakan, diusulkan pada 2013 dan seterusnya proses penggubalan dimulakan pada 2015.

“Jadi, soal gopoh (dalam membuat cadangan RUU PSB) itu, saya tidak faham mengapa dibangkitkan sekarang.

“RUU ini belum pun dibentangkan, tapi prinsip ini saya jamin ia selaras dengan kehendak Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan… dan dalam menggubal RUU ini, kita tidak mengetepikan prinsip serta prinsip perundangan sedia ada,” katanya ketika menjawab soalan pada Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada Selasa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan pada Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 25 Februari 2025. Foto Parlimen

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan asal Tan Kar Hing (PH-Gopeng) mengenai komitmen kerajaan atas cadangan RUU PSB yang akan memastikan tiada pemilik tanpa mengira kaum diusir daripada pemilikan tanah atau premis secara paksaan, seperti yang dinyatakan dengan jelas Perkara 13 dalam Perlembagaan Persekutuan.



PMQT: Kerajaan Lulus Peruntukan RM22.57 Bilion Atasi Banjir – PM Anwar

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan pada Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 25 Februari 2025. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Kerajaan telah meluluskan sebanyak 126 buah projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negara membabitkan kos sebanyak RM22.57 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, ia membabitkan 74 projek di peringkat pelaksanaan dan baki 35 lagi dalam fasa pra-pelaksanaan.

Beliau menjelaskan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bersama pegawai Ketua Setiausaha Negara akan menyelaraskan projek tebatan yang menjadi keutamaan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan pada Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 25 Februari 2025. Foto Parlimen

“Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air bertanggungjawab (menyelaras projek tebatan banjir) memang sudah mengambil kira (kejadian banjir) sejak tahun lalu.

“Kita sudah memutuskan dan meneruskan program asal, termasuk mempercepatkan proses yang bermakna pengambilan tanah oleh kerajaan negeri akan disegerakan.

“Saya dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud semalam, singgung perkara ini kerana projek umpamanya yang harus disegerakan di Kelantan yang menghadapi masalah terbesar, kemudian tentunya Terengganu, Johor, Kedah dan negeri lain,” katanya yang juga Menteri Kewangan pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan pada Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 25 Februari 2025. Foto Parlimen

Beliau menjawab soalan asal Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) mengenai langkah proaktif bagi menangani banjir setiap kali musim monsun dan faktor luar jangka di kawasan sering serta berpotensi dilanda bah.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, proses pengambilan tanah dan Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi (TBBT) Johor membabitkan kos bernilai RM1.64 bilion, turut dipercepatkan.

Selain itu, katanya, beberapa projek berkenaan sudah dimulakan, masing-masing dua projek di Segamat serta Batu Pahat dan Ledang yang diawalkan 12 bulan daripada unjuran awal perancangannya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan pada Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 25 Februari 2025. Foto Parlimen

“Kita juga beri kelonggaran kepada kerajaan negeri supaya wang Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) diberikan, termasuk untuk menyediakan jambatan bailey. Kita setuju dan kelonggaran diberikan kepada kerajaan negeri sejak 2024.

“Kemudian apabila berlaku monsun, saya ucapkan terima kasih kepada kecekapan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan memberikan lebih RM200 juta kepada kerajaan negeri untuk membantu (mangsa banjir), termasuk di Sabah dan Sarawak, baru-baru ini.

“Justeru, untuk negeri termasuk (yang terjejas akibat kesan) monsun Timur Laut (MTL), tambahan (peruntukan bernilai) RM22.5 juta dalam (bentuk) bantuan makanan dan sokongan logistik disediakan,” katanya.




PM Anwar Ibrahim menjelaskan langkah proaktif bagi menangani banjir pada...

'Sejak bila MP Tumpat jadi wakil Muar?' - PM tanya MP PAS

KEH. KEH. KEH.... KIRA PUN TAK BETOI.


 

RAFIZI JAWAB SOAL PINJAMAN KEPADA KERAJAAN KEDAH

 


URA: Tak timbul isu pemilik asal hartanah diusir secara paksa - PM

GEMPAK! DS ANWAR MENJAWAB FITNAH & HASUTAN PEMBANGKANG TERKAIT URA!







‘Berjoli duit dah lepas tekak, mulut lagi laju dari otak’




Oleh LIYANA MARZUKI



Semalam, marah penyokong pro-kerajaan. Katanya, apahal Kerajaan ni lembik. 2 kes dilepas sahaja.

Ini saya ulas apa yang saya faham ya.


1) Kes anak tiri Najib Razak

1 kes sivil membabitkan anak tiri Najib Razak. Syarikat 1MDB saman dia sebab seleweng duit 1MDB, untuk buat filem Hollywood.

Sudah berbulan kes berjalan, tiba-tiba syarikat 1MDB tarik balik. Selepas orang SPRM kata duit seleweng itu dah lama dipulang balik oleh pihak berkuasa Amerika kepada 1MDB.



Kes jenayah Riza pun hari tu tidak diteruskan. Lepas dia bagi representasi kepada Peguam Negara.

Isunya benda ni dah tahu lama. Kenapa peguam 1MDB teruskan pun kita tak faham. Sekarang dah kena tarik balik kes pulak?

Yang pasti semua pihak yang berjoli duit 1MDB dah lepas tekak. Anak tiri Najib yang menngaku seleweng duit tak kena apa. Rosmah yang banyak shopping pakai duit ni pun tak kena.

Walhal, yang scam Najib itu Jho Low ya. Kawan baik Riza ini. Mereka yang bawa dia jumpa Najib Razak dan Najib Razak tertipu jua.



Kalau Walajib nak marah, marahkan keluarga dia. Bila sakau ramai-ramai, yang kena sorang saja.

2) Kes Sanusi

Ini lagi satu punya syembang.

Dia cakap tak pandang depan belakang. Direndah-rendahkan Sultan negeri orang. Dipalitkan Agong juga.

Bila dah derhaka, minta ampun dua hingga tiga kali dengan Sultan. Akhirnya, Sultan maafkan. Jadi, tiada makna kes nak diteruskan.

Tapi dia sembang macam langsung tak bersalah konon-konon dia menang.

Aiyooo…. YB mengaku derhaka pada Sultan, YB minta maaf. Makanya AGC rasakan tak payah buang masa mahkamah.

Tapi YB punya gebang macam langsung tak bersalah.

Lepas ni kalau mulut dia lagi laju dari otak, buat fitnah atau derhaka lagi, saya harap AGC jangan bagi muka. Teruskan saja.

Kalau jenis mulut puaka, akan ada lagi lain masa.



Krisis Kesihatan Bakal Jejaskan Sistem Penyampaian Dalam Jangka Masa Panjang

 


Laporan media menyatakan bahawa gaji jururawat di Malaysia hanya RM1,800; jauh lebih rendah berbanding negara-negara jiran seperti Brunei (RM10,752) dan Singapura (RM8,777).

PENDAPAT, 25 Feb – Malaysia kini berdepan krisis kesihatan yang semakin meruncing berikutan kekurangan tenaga kerja dalam sektor perubatan, terutamanya doktor dan jururawat.

Jika tiada tindakan segera diambil, situasi ini dijangka menjejaskan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

Isu kekurangan doktor dan jururawat bukanlah perkara baharu, tetapi keadaan kini semakin membimbangkan. Laporan terkini menunjukkan bahawa banyak fasiliti kesihatan kerajaan tidak dapat beroperasi secara optimum atau guna tenaga penuh.

Sebagai contoh, pada Jun 2023, Menteri Besar Johor mendedahkan bahawa Hospital Sultan Ismail (HSI) mengalami kekurangan tenaga kerja sehingga menyebabkan lebih 100 katil tidak dapat digunakan, manakala hanya 10 daripada 18 bilik bedah beroperasi.

Senarai jumlah jururawat berdaftar di hospital kerajaan dan swasta sehingga 31 Disember 2023 menunjukkan berlaku kekurangan serius tenaga manusia dalam sektor berkenaan.

Situasi ini bukanlah terhad kepada Johor sahaja. Menurut laporan terbaharu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setakat Mac 2024, terdapat 6,787 kekosongan jawatan jururawat, meningkat lebih 200% dalam tempoh lima tahun.

Jurang Besar Dalam Perkhidmatan Kesihatan

Menurut laporan Petunjuk Kesihatan 2024, Malaysia mempunyai 118,309 jururawat berdaftar, dengan 66 peratus berkhidmat di sektor awam dan selebihnya di sektor swasta. Walau bagaimanapun, nisbah jururawat kepada penduduk semakin merosot, daripada 1:279 pada 2022 kepada 1:282 pada 2024.

Beberapa negeri seperti Sabah mencatat nisbah lebih tinggi, iaitu 1:417, berbanding 1:368 pada tahun sebelumnya.

Pada Mac 2024, terdapat lebih 3,500 kekosongan jawatan Pegawai Perubatan (MO) di KKM. Walaupun nisbah doktor kepada penduduk meningkat daripada 1:412 pada 2022 kepada 1:406 pada 2023, ramai doktor dilaporkan enggan berkhidmat di hospital kerajaan.

Menteri Besar Johor turut menyuarakan masalah kekurangan kakitangan perubatan termasuk jururawat di fasiliti kesihatan sejak 2022. Foto Facebook Onn Hafiz Ghazi

Daya Tarikan Sektor Swasta dan Luar Negara

Salah satu faktor utama yang menyebabkan jurang tenaga kerja ini ialah daya tarikan sektor swasta dan peluang pekerjaan di luar negara seperti Singapura dan Timur Tengah. Gaji dan manfaat yang lebih lumayan, persekitaran kerja yang lebih kondusif serta bebanan kerja yang lebih terkawal menjadi tarikan utama.

Sebagai perbandingan, laporan media menyatakan bahawa gaji jururawat di Malaysia (RM1,800) jauh lebih rendah berbanding negara-negara jiran seperti Brunei (RM10,752) dan Singapura (RM8,777). Perbezaan ketara dalam aspek gaji dan manfaat ini menyebabkan ramai tenaga kerja kesihatan memilih untuk berhijrah ke luar negara.

Tekanan kerja berlebihan dan keletihan emosi melampau menjadi antara punca utama jururawat terutama yang berkhidmat di hospital kerajaan mengambil keputusan bersara awal berbanding meneruskan kerjaya sehingga usia 60 tahun.

Isu kekurangan jururawat disebabkan banyak faktor seperti tekanan kerja melampau, masa bekerja lebih panjang dan kekurangan insentif yang boleh mendorong mereka kekal dalam sistem penyampaian kesihatan.

Faktor Kekurangan Jururawat Di Fasiliti Kesihatan

Media tempatan sebelum ini melaporkan, sebanyak 6,896 kekosongan jururawat di Kementerian Kesihatan (KKM) dalam tempoh empat tahun bermula apabila negara diserang wabak Covid-19.

Antara faktornya adalah disebabkan tekanan persekitaran tempat kerja dan gaji yang rendah sehingga ramai daripada mereka mengambil keputusan berhenti kerja.

Beban kerja yang tinggi secara konsisten menyebabkan kepuasan kerja para jururawat menurun sehingga kurangnya empati terhadap pesakit.

Kemerosotan kesihatan mental juga menimbulkan masalah kebimbangan, kemurungan dan insomnia seperti dilaporkan berlaku dalam kalangan jururawat susulan tekanan berterusan dihadapi mereka.

Impak fizikal seperti keletihan kronik akibat beban kerja juga boleh mengakibatkan penyakit seperti hipertensi dan masalah jantung. KKM perlu menyediakan bantuan kesihatan mental termasuk akses kepada kaunselor, terapi psikologi atau program bantuan pekerja (AEP).

Langkah KKM Dalam Menangani Krisis

Bagi menangani isu ini, KKM telah mengambil beberapa langkah, antaranya meningkatkan jumlah pengambilan pelatih Diploma Kejururawatan dari 1,000 kepada 2,000 orang serta menambah penawaran program peningkatan secara lantikan (PSL). Selain itu, pelbagai inisiatif turut dilaksanakan untuk mengekalkan tenaga kerja sedia ada, termasuk memperbaiki persekitaran kerja dan menawarkan insentif kewangan.

Malangnya, ramai doktor tidak berminat untuk berkhidmat di bawah KKM. Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, dalam tempoh masa 1.5 tahun (2023 – April 2024), tawaran lantikan tetap telah di berikan kepada 6,346 Pegawai Perubatan (MO) lantikan kontrak. Daripada jumlah tersebut, 5,589 (88%) telah menerima tawaran dan melapor diri bertugas, 343 (5%) telah melengkapkan setuju terima tawaran tetapi tidak melapor diri bertugas, dan dianggap telah menolak tawaran manakala 414 (7%) telah menolak tawaran dan meletak jawatan.

Ini bermakna, dalam tempoh masa satu setengah tahun sahaja, KKM telah mengalami kehilangan besar seramai 12% Pegawai Perubatan (MO).

Namun, Menteri Kesihatan memberi amaran bahawa negara diunjurkan mengalami kekurangan jururawat hampir 60% menjelang 2030, satu angka yang amat membimbangkan. Walaupun usaha sedang dijalankan, penyelesaian jangka panjang memerlukan perancangan lebih komprehensif.

Cabaran dan Tanggungjawab Bersama

Permasalahan ini tidak dapat diselesaikan dalam masa yang singkat kerana ia melibatkan pelbagai aspek, termasuk latihan tenaga kerja yang memakan masa bertahun-tahun dan kekangan kewangan negara dalam menawarkan pakej gaji yang lebih kompetitif.

Bagaimanapun, ramai jururawat dan doktor masih mahu berkhidmat di negara sendiri jika pakej pekerjaan yang ditawarkan lebih berbaloi. Dalam pada itu, terdapat juga individu yang menerima tajaan kerajaan untuk belajar di luar negara tetapi tidak kembali berkhidmat di tanah air.

Situasi ini menuntut perhatian serius pihak kerajaan dan masyarakat bagi memastikan sistem kesihatan negara terus berdaya tahan dalam menghadapi cabaran masa depan.



OOOWH.. ADA AMK DAN PKR NI- KAMIL SUDAH BERES, FAHDHILA BELUM....


Setiausaha Politik Menteri Kewangan yang juga Timbalan AMK sdr Kamil Munim seperti sudah sah akan memenangi jawatan ketua AMK Keadilan selepas kongres parti itu nanti. 


Setakat ini AMK di 14 buah negeri telah menyatakan sokongan kepadanya untuk menerajui AMK mengambil alih daripada sdr Adam Adli Abdul Halim yang tidak lagi akan memegang jawatan ketua.


Yang menjadi persoalan kini ialah ketua Wanita Keadilan Fadhlina Siddik, apakah beliau akan kekal sebagai ketua wanita Keadilan. Khabar dari kejauhan beliau akan dicabar sekiranya tiada apa-apa sekatan atau "mesej" agar beliau dipelihara.


Siapa yang berani mencabar Menteri Pendidikan itu juga masih menjadi tanda tanya. Kedudukan Fadhlina sebagai menteri menyebabkan ada yang kurang berani untuk mencabarnya walaupun jawatan bukan merupakan benteng ampuh untuk Fadhlina mempertahankan kedudukan itu.


Dalam perlawanan sebelum ini Fadhlina berentap dengan MP Ampang Rodhiah Ismail. Dalam pertandingan sengit itu kiraan pertama Fadhlina tewas, kiraan kedua baru diistyharkan menang.

Kontroversial pertandingan itu seperti jadi phobia. Trims.



KIRA SANUSI TAK HERO LAGI LA.. TAK PERNAH MASUK LOKAP.. DEPA KATA PEENAH MASUK SEKOLAH BUAS.. PASAI APA? TAK KAN PASAI CURI TELOQ AYAM KOT.. HANGPA...


 

CURI DUIT BERATUS JUTA.. SEBUAH HOSPITAL LENGKAP DAPAT NI.


 

BNATU RAKYAT KEDAH


 

EHH PALA BAPAK MU.. LEPAS... KEPLAA BAPAK BUKAN CACIAN TAPI PUJIAN... KATA SANUSI.

 

Tak baik 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮𝗸𝗶𝗻𝗶 ambil gambar mamat ni macam ni tau. Hahaha...



Aku cuma nak tanya 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗣𝗔𝗦, tak nak buat isu ke orang ni dapat 𝗗𝗡𝗔𝗔? Eh jap. Dia bukan lepas tanpa bebas. Tapi 𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀.


Tak kata 𝗣𝗠𝗫 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗰𝗮𝗺𝗽𝘂𝗿 𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵 ke? Dah sahih sekarang segala keputusan tu dibuat sendiri oleh 𝗣𝗲𝗴𝘂𝗮𝗺 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮.


Sebab tu aku kata PAS 𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸 tanpa selindung. Bila kena pada dia, halal. Kalau kena orang lain, dia punya haruk macam 𝗸𝗲𝘀𝘂𝗿𝘂𝗽𝗮𝗻.


Mamat ni lepaslah mahkamah. Tapi di mata rakyat dia tetap 𝗯𝗶𝗮𝗱𝗮𝗯 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗦𝘂𝗹𝗿𝗮𝗻. Dia lepas pun sebab 𝗱𝗶𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗸𝗮𝗻 je. Bukan terbukti tak bersalah.


Kenapa diampunkan? Sebab dia buat salah. Kalau tak salah tak perlu diampunkan. Jadi hakikat sebenarnya dia memang biadab. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


JADI EXCO PILIHAN KETUA MENTERI. JADI ADUN BARU PILIHAN RAKYAT

 

𝗔𝗸𝗺𝗮𝗹... 𝗔𝗸𝗺𝗮𝗹... Dah jadi 𝗲𝘅𝗰𝗼 pun tak reti-reri lagi.





Ko jadi ADUN memang dipilih rakyat. Tapi rakyat pilih ko sebagai ADUN je. Jadi exco 𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶, 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Mana ada dalam Malaysia pilihanraya exco!


Tak tahulah ko 𝗷𝗶𝗹𝗮𝘁 𝗞𝗠 ke tak dapat jadi exco tu. Tapi hakikatnya, kalau nak jadi exco, atas KM nak pilih tak. Takat pilihan rakyat, pembangkang pun 𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 juga. Tapi tak jadi exco pun.


Bukan salah KM Melaka pilih ko jadi exco dulu. Siapa sangka ko akan jadi 𝘄𝗲𝗻𝗴 macam ni. Kalau dari dulu orang tahu ko tak rasional, silap-silap 𝗔𝗗𝗨𝗡 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁.


Cubalah sesekali tu ko 𝗺𝘂𝗵𝗮𝘀𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗿𝗶. Kenapa ramai sangat orang 𝗯𝗶𝘀𝗶𝗻𝗴 pasal ko? 𝗟𝗲𝗽𝗮𝘀 𝘀𝗮𝘁𝘂, 𝘀𝗮𝘁𝘂. Ada je cerita ko perang mulut dengan orang itu ini.  Cuba fikir...


Semua orang tu salah atau 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗸𝗼 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗵𝘂𝗱𝘂𝗵? Jangan rasa 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗵𝗲𝗿𝗼 pulak kalau banyak musuh. Sebab kalau 𝙯𝙚𝙧𝙤 pun orang 𝗺𝗲𝗹𝘂𝙖𝘁 gak sebab 𝗯𝗲𝗯𝗮𝗹 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁.


Kalau cuma satu dua orang je ada masalah dengan ko, mungkin la orang tu dengki tapi kalau semua tegur ko, itu maknanya ada la 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗻𝗮 dengan perangai ko tu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.