MGID

CUKUP CUKUP LAH BN PERINTAH SABAH..


Kalau kita mampu tumbangkan Umno dan BN semasa mereka berkuasa, tidakkan kita tidak boleh tumbangkan mereka semasa kita berkuasa di Sabah.
Warisan Plus kena pastikan gabungan Warisan, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) memenangi semua kerusi yang ditandingi.
Kalau kalah satu kerusi itu akan memungkinkan kita tidak menjadi kerajaan di Sabah.
Memang bukan mudah untuk menentukan siapa calon tapi, bila kita meletakkan calon gabungan kita, undilah calon itu.
Kita tidak mahu BN, Umno, BERSATU, Pas bertapak di bumi Sabah!
Jangan bila Warisan Plus mengumumkan calon, calon itu tidak kena di hati ahli-ahli gabungan, mereka terus mengundi BN. Itu yang dibimbangi.
Saya juga harap tidak berlaku di mana pengundi tidak mahu mengundi calon, ahli-ahli di peringkat bawah berpecah.
Itu yang cuba ditangani dengan baik.
Mungkin keputusan kita tidak selaras dengan keadaan yang diharapkan tapi permuafakatan itu penting sama ada di Kalabakan, Sindumin dan Labuan, kerjasama kita perlu ada kebulatan.
Maka, mulai hari ini semua jentera perlu bersatu dan berpadu. BN sudah cukup memerintah Sabah, Umno sudah perintah dan kita masih dalam keadaan daif.
Perubahan perlu dilakukan demi masa depan Sabah.
Dalam masa yang sama, saya juga ingin mengingatkan jentera Warisan Plus agar memberi keutamaan kepada kehendak rakyat dalam pilihan raya kali ini.
Kita kena faham dan tahu, pilihan raya ini bukan kehendak kita semata-mata perlu kita utamakan, kehendak rakyat di negeri Sabah ini yang perlu kita utamakan.
Tidak akan ada yang akan pernah puas (hati) mengenai calon. Penting bagi kita, kita ada jelas dalam pemikiran kita, pilihan raya ini kita mahu pastikan kuasa balik kepada kita dalam perjuangan ini.
Untuk memungkinkan kita boleh berkuasa balik ialah kerjasama kita, In God We Trust, Unite We Must (Percaya Kepada Tuhan, Kita Perlu Bersepadu) dan bukannya In Party We Trust, Devide We Must (Percaya kepada Parti, Kita Perlu Berpecah).
Penting bagi kita untuk melawan menentang UMNO, BERSATU,LDP, SAPP.
Shafie Apdal
Ketua Menteri Interim Sabah/Presiden Warisan
06/09/2020.

PRN Sarawak: KEADILAN akan selesaikan isu hak tanah adat rakyat Sarawak




KEADILAN berjanji akan menyelesaikan isu hak tanah adat (native customary right) yang dihadapi rakyat Sarawak sekiranya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi KEADILAN Sarawak, Larry Sng menganggap kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dahulunya dikenali sebagai Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan dan melindungi hak undang-undang rakyat Sarawak ke atas tanah adat.

Malah, Larry mendakwa banyak tanah adat rakyat Sarawak telah dijual mahupun disewa kepada pengusaha ladang kelapa sawit dan syarikat balak komersial.

"GPS dan komponennya telah berkuasa selama 57 tahun dan mempunyai peluang untuk melaksanakan segala perubahan ini, tetapi sebaliknya GPS gagal dan terus mengabaikan hak dan kesejahteraan rakyat Sarawak," katanya dalam kenyataan.

Justeru, Larry memberi jaminan bahawa kerajaan Sarawak yang diterajui KEADILAN akan memastikan tanah adat negeri diuruskan dengan segera dan teratur.

"Kerajaan negeri yang dipimpin oleh KEADILAN akan meningkatkan peranan dan fungsi Jabatan Tanah dan Survei Sarawak untuk menjalankan kerja pemetaan perimeter dan kajian tanah dengan betul.

"Dana akan disediakan untuk menjalankan kajian terperinci bagi mengenal pasti sempadan tanah adat Anak Negeri dengan tepat dan menyelesaikan isu 'Hakmilik Tanah / Akta dengan segera.

"Kerajaan baharu juga akan bekerjasama dengan masyarakat setempat dan Majilis Adat Istiadat Sarawak. Survei NCR ini akan diselesaikan dalam jangka masa 5 tahun," katanya.

Pada masa sama, Larry berkata Tribunal Khas Tanah akan dibentuk untuk menimbangtara dan menyelesaikan perselisihan mengenai hak tanah dan batas tanah adat serta menyelesaian kes tertunggak.

"Pembangunan negeri mestilah sesuai dengan model lestari dan mesra alam, dengan mempertimbangkan faktor sosio-budaya masyarakat sekeliling, dan wajib merangkumi penglibatan anak jati Sarawak, orang asal yang kaya dengan keunikan sejarah menoa Sarawak.

"Kami akan mengkaji semua konsesi terutamanya konsesi yang telah mendapat aduan," katanya.

Larry juga mendedahkan bahawa Polisi Alam Sekitar dan Perhutanan yang lestari dan progresif melalui program penghutanan semula yang berpaksikan rakyat akan turut dilaksanakan.

"Ini sebagai usaha melindungi alam sekitar dan pada masa yang sama memperkasa ekonomi masyarakat tempatan melalui skema pengaturan karbon perubahan iklim antarabangsa.

"Kami akan membayar masyarakat untuk menjalankan penanaman semula hutan di tanah mereka dan melindungi alam sekitar untuk generasi yang akan datang.

"Dasar-dasar ini akan membolehkan kita mengembalikan kekayaan Sarawak kepada majoriti rakyat dan bukan hanya menumpukannya di tangan minoriti iaitu keluarga elit politik dan hartawan kayu balak.

"Semua matlamat ini dapat dicapai dengan mantap kerana hak tanah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan tidak memerlukan campur tangan kerajaan persekutuan," katanya.


MAKLUMAN AIR KELANTAN KEMBALI BERSIH



Masalah air Selangor : Rakyat bising... MB, Exco, Adun semua turun padang. Siasat, beri amaran, follow up update 24 jam. 4 hari selesai masalah air...

Masalah air Kelantan : Rakyat bising... TMB kata dia mandi air telaga elok-elok je jadi exco... Tunggu lah 40 tahun lagi selesai masalah air Kelantan bak kata menteri mewa....

#7UP #AnaTahu
MENTERI NAK TROLL TAPI BODOH !!.. Bila dah kena kecam slps tonjol kebodohannya terus 'ERROR 404'..🀭

Nak serang negeri PH, tapi lupa masalah air kotor di negeri PAS berpuluh tahun sehingga hari ini tak pernah selesai.

Yang Kerajaan Kelantan tahu beli Merc dan beri bonus kepada diri sendiri.

#SanggupMinumAirKencing


PRN Sabah: KEADILAN lancar jentera DUN Sook







KEADILAN melancarkan jentera parti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.

Jentera itu bakal dikemudi oleh Ketua KEADILAN Cabang Pensiangan, Raymond Ahuar yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah.

Ketua AMK, Akmal Nasir berkata jentera yang digerakkan oleh golongan belia itu merupakan satu peluang kepada anak muda untuk membuktikan keupayaan mereka dalam persada politik negara.

"Selaku Ketua AMK Malaysia, saya mengharapkan KEADILAN kekal sebagai wadah anak muda dan memberi ruang kepada kami untuk sama-sama berada di barisan hadapan.

"Kekuatan dan komitmen anak muda wajar dihargai dan digilap lebih jauh.
Apa-apapun kita akan terus bersama-sama membantu sehabis baik untuk sentiasa membawa perubahan ke arah kebaikan," katanya menerusi akaun Facebook miliknya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), DUN Sook dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN), Ellron Alfred Angin dengan majoriti 4,485 undi.

Beliau menewaskan calon Warisan, Martin Tommy yang meraih 3,557 undi, calon USA-STAR, Baritus Gungkit dengan 3,402 undi dan calon parti Anak Negeri, Peter Beaty dengan 113 undi.

Dengan pelancaran jentera KEADILAN di DUN Sook, ada kemungkinan Warisan akan memberi peluang kepada KEADILAN untuk bertanding di kerusi tersebut.


Penerangan mesti pastikan rakyat faham perjuangan KEADILAN





Penerangan yang berjaya mestilah berupaya meyakinkan rakyat apakah matlamat dan dasar perjuangan sesuatu parti ketika masuk pilihan raya.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan kepada jentera penerangan KEADILAN Sabah pagi tadi menekankan agar pemimpin yang ingin berkempen membuat persediaan rapi sebelum berucap kepada rakyat.

Menurutnya, kalah atau menang KEADILAN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini amat bergantung kepada keberkesanan jentera penerangan.

"Bila saudara Shamsul Iskandar (Ketua Penerangan KEADILAN) mengumumkan rencana untuk mengumpulkan semua tenaga penerangan, saya anggap ini sesuatu yang amat strategik dalam sesuatu pilihan raya.

"Orang menyokong atau membantah kita berdasarkan keupayaan menerima mesej, maklumat atau penerangan dari parti

"Orang yakin kerana penerangan jelas dengan apa yang parti bawa. Orang ramai ragui kita kerana penerangan itu tidak jelas atau mengelirukan.

"Orang menyampah dengan kita kalau melihat penerangan membosankan atau tidak jelas

"Di Sabah, isu nasional tidak penting. kalau terang isu 1MDB dalam 2 minit boleh, lebih jangan. Orang Sabah akan memerhati isu tempatan, jadi kena faham khalayak.

"Yang perlu kita fahamkan ialah kemerdekaan Sabah, juga kemiskinan Sabah. Kenapa setelah merdeka begitu lama hasil negeri paling tinggi. Minyak dan gas, balak catat keuntungan yang tinggi (namun rakyat miskin).

"Tahun 2015 misalnya berapa bilion keuntungan hasil, siapa yang angkut. Rakyat dapat berapa? Beberapa ratus ringgit sebelum pilihan raya," katanya ketika merasmikan Majlis Jelajah Penerangan Negeri Sabah di The Palace Hotel, pagi tadi.

Selain itu, Anwar juga menekankan perlunya pengundi tahu matlamat politik yang diperjuangkan KEADILAN iaitu menekankan kesaksamaan antara kaum.

Beliau juga mengingatkan bahawa KEADILAN merupakan antara parti terbesar di Sabah. Siri program parti yang diadakan dalam beberapa hari ini agak besar dan belum ada parti yang mengadakan perjumpaan besar di Sabah.

Di samping, seruan agar jentera penerangan berkempen habis-habisan. Turun dalam PRN untuk mendapat kemenangan.


Kah.....REHAT MINDA 2


Mohd Asri Abu Bakar

Sebagai penyokong TEGAR parti PAS, saya (Mohd Asi Bakar) terasa amat malu dengan MPMP pas yang telah di lantik sebagai Menteri @Timbalan Menteri. Langsung tidak ada keupayaan, malah keputusan-keputusan yang mereka buat, amat-amatlah memalukan dan memualkan.

Saya dan ramai lagi ahli-ahli PAS muka merasa kecewa dengan KEBODOHAN dan KETOLOLAN yg mereka miliki. "Kami tertipu dengan lakonan-lakonan mereka semua tu"..jelas Ustaz Nasir Abd Rahman.

"Sebelum mereka terus menjatuhkan maruah Islam dan parti (PASik), lebih baiklah mereka semua itu meletakkan jawatan..." ujar bendahari PASik Cawangan Damansara ustaz Ahmad Burhan.

Rumusannya...LEBAI-LEBAI PASik memang tak layakpun menjadi Menteri @ mewakili suara orang-orang Islam dan Jika mereka enggan meletakkan jawatan...kami semua ahli-ahli akan keluar dari parti PASik beramai-ramai.


Kah......SANTAI MINDA JAP



Isu air di Selangor.  Pesanan buat walaun lebai.  Bak kata sahabat yang aku petik,

" 1 hari di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun di dunia."

"4 hari di Selangor bersamaan dengan atau lebih 40 tahun di Kelantan"

Kah....air kencing cina Dap pun tak apa lah asal nampak jernih.....

BERGAMBAR : ANWAR BERTEMU SHAFIE (WARISAN) BINCANG AGIHAN KERUSI DI PRN SABAH




Pertemuan saya serta pimpinan KEADILAN bersama Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pagi ini.

Dalam pertemuan itu, kami bincangkan soal pengagihan kerusi dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Saya sampaikan hasrat KEADILAN selaku rakan sekutu untuk terus diberikan ruang dengan adil dan saksama sebagai parti yang mempunyai sejarah di Sabah.

Kami juga bersetuju bahawa kesemua calon yang akan bertanding dapat bekerja sebagai satu pasukan yang mantap sekali gus kekal mengemudi Sabah.

*Anwar Ibrahim*

#KEADILAN #WARISAN #Sabah

'Kita bergerak sebagai satu pasukan' - Saifuddin Nasution







Setiauasaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan jentera parti agar bergerak sebagai satu pasukan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan dimulakan dengan kempen pilihan raya pada minggu hadapan.

Katanya, sama ada KEADILAN bertanding atau tidak di sesuatu kawasan, jentera harus bekerja kuat untuk memenangkan calon di kawasan berkenaan.

"Kawasan boleh jadi kita bertanding, boleh jadi tidak sebab kita akan muktamadkan kerusi (menjelang Khamis) tetapi kalau takdirnya kawasan itu parti lain daripada kita, komitmen kita, jentera kita di situ kita tidak akan pindahkan untuk bantu kawasan lain.

"Kita akan bekerja, seperti mana kalau kita bertanding di DUN Api-Api, DAP, Warisan dan UPKO di situ akan menangkan kita. Itu semangat yang kita letak. Ini penting atas nama kesepakatan," katanya dalam majlis Jelajah Penerangan Negeri Sabah, di The Palace Hotel pagi tadi.

Sementara itu, Saifuddin juga sempat menaikkan semangat para jentera penerangan dengan membayangkan Kerajaan Pakatan Harapan, Warisan dan UPKO akan kembali memerintah Sabah selepas hari mengundi, 26 September ini.

"Dalam pertemuan saya tadi  , saya tanya Datuk Seri Shafie, confident level dia setakat mana dari 73 kawasan DUN. Dia sebut berdasarkan persiapan dan risikan, tahap keyakinannya cukup tinggi. Kita akan sama-sama kembali membentuk kerajaan Sabah," katanya disambut tepukan para hadirin.

Saifuddin juga menegaskan KEADILAN perlu menang lebih banyak kerusi berbanding 2 kerusi seperti dalam Pilihan Raya Umum lalu kerana keanggotaan parti yang besar di negeri itu

"Sabah negeri yang kedua anggota KEADILAN tertinggi selepas Selangor. Didahului Kota Marudu dengan hampir 15,000 anggota, Tawau nombor dua.

"Kenapa keanggotaan terus bertambah? Penduduk Sabah melihat ada kekuatan bersama KEADILAN, justeru tujuan parti antara lain adalah untuk menyertai PRN. Oleh itu KEADILAN perlu mendapat kerusi (untuk dipertandingkan) yang munasabah.

"Harapan besar diberikan kepada pimpinan negeri untuk memenuhi hasrat itu," katanya lagi.



Kerja kuat untuk menang 5 - 10 kerusi - Christina Liew





Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah, Datuk Christina Liew Chin Jin percaya KEADILAN dalam posisi terbaik untuk menang lebih daripada lima kerusi DUN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.

Berucap dalam majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya KEADILAN Sabah malam tadi, katanya, dengan bantuan rakan-rakan dari seluruh negara tidak mustahil sasaran tersebut akan dicapai.

"Saya percaya dengan kedatangan presiden (Datuk Seri Anwar Ibrahim), kita boleh menang lebih dari 5 ke 10 kerusi kali ini.

"Saya amat berharap agar presiden dan kerajaan-kerajaan negeri yang diterajui KEADILAN, iaitu Selangor dan Negeri Sembilan dapat membantu kami dari segi kepakaran teknikal dan taktikal.

"Kita perlu kembalikan mandat rakyat yang cuba dirampas menyebabkan Dewan Undangan Negeri Sabah dibubar.

"Kerajaan Sabah, KEADILAN, Warisan, DAP dan Amanah amat penting dan menjadi harapan rakyat Sabah.

"Kita tidak mampu bersendirian (dalam PRN) dan perlu meneruskan kerjasama (bersama parti lain) untuk memastikan kemenangan besar," katanya.

Christina juga berharap dengan kerusi yang lebih banyak, KEADILAN mampu memberi sumbangan lebih besar dalam kerajaan Sabah yang diterajui Warisan.

"KEADILAN perlu jadi kerajaan dan berada dalam kerajaan agar parti ini terus relevan memacu agenda reformasi dan dapat melaksanakan (perubahan) dalam kerajaan negeri Sabah.

"Pada pilihan raya kali ini kita perlu perlu bekerja keras memberitahu pengundi bahawa kita sentiasa berkhidmat untuk mereka," katanya.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran kepada jentera KEADILAN agar jangan leka dengan strategi licik musuh. Katanya, musuh telah mula memainkan fitnah kononnya KEADILAN tidak melakukan apa-apa sepanjang pemerintahan sejak 2 tahun lalu maka rakyat tidak perlu lagi memilih parti itu pada kali ini.

"Sesetengah parti sudah mula kempen kotor. Mereka menabur pelbagai fitnah ke atas KEADILAN, termasuk saya sendiri. Kononnya saya tidak melakukan apa-apa dalam kerajaan.

"Ini adalah satu propaganda tidak benar dan tidak adil.

"KEADILAN Sabah telah melakukan banyak khidmat dan program untuk rakyat. Tidak berhenti dan sentiasa turun padang bersama-sama rakyat. Anda boleh rujuk website parti KEADILAN Sabah dan media sosial untuk mengetahui lebih lanjut pembohongan mereka, yang mengatakan KEADILAN tidak buat kerja di Sabah," katanya lagi.

Dalam Pilihan Raya Umum ke 14, KEADILAN bertanding 8 kerusi DUN bagaimanapun hanya menang 2 kerusi. Namun dengan semangat menolak pengkhianatan kali ini, KEADILAN mensasarkan untuk mendapat sekurang-kurangnya 5 kerusi bagi menguatkan kerajaan Pakatan Harapan - Warisan yang bakal dibentuk.


PEMIMPIN BERWIBAWA UMNO HANYA MUNCUL SELEPAS PEMILIHAN 2021


Menurut Khairy Jamaluddin, tiada yang lebih berwibawa daripada kalangan pemimpin UMNO mahupun PAS untuk dijadikan calon Perdana Menteri buat masa ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, berdasarkan kewibawaan, ia hanya dimiliki oleh Perdana Menteri sedia ada, Muhyiddin Yassin.
“Kalau kita tengok daripada segi penerimaan rakyat, telah diumumkan dapatan daripada badan penyelidik yang mengakui kewibawaan Muhyiddin dan itu adalah hakikatnya,” ujar Ahli Parlimen Rembau dan bekas Ketua Pemuda UMNO itu lagi.
Apa maksud kata-kata KJ ini?
Rasanya tidak sukar memahami apa yang cuba diperkatakan KJ berkenaan tiada wibawanya pemimpin UMNO dan Pas yang mampu mengatasi kewibawaan Muhyiddin buat masa ini.
Untuk menjadi Perdana Menteri, ia biasanya mestilah datang daripada mereka yang memegang jawatan utama dalam parti.
Apabila KJ mengatakan tiada yang berwibawa daripada UMNO untuk menjadi Perdana Menteri, bermakna Presiden UMNO, Zahid Hamidi; Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan; Naib-Naib Presiden UNNO, Ismail Sabri, Mahadzir Khalid serta Khaled Nordin dan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, semuanya tidak layak untuk menggantikan Muhyiddin.
Zahid mungkin dianggap sudah hilang wibawa kerana sedang berdepan banyak kes mahkamah berkaitan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram sekarang ini.
Mohamad Hassan barangkali tidak dilihat berwibawa untuk menjadi Perdana Menteri kerana hanya pernah menjadi pemimpin negeri dan tidak pernah ada pengalaman sekelumit pun dalam pentadbiran di peringkat Pusat.
Tak tahulah jika Mohamad Hassan turut dianggap tidak berwibawa kerana pernah mengatakan beliau akan bertanding di Parlimen Rembau pada PRU akan datang dan mencadangkan KJ mungkin akan dipindahkan ke kawasan yang lain.
Ku Li pula mungkin kerana usianya yang sudah lebih 80 tahun ditafsirkan tidak lagi berwibawa dan tidak sesuai untuk menjadi Perdana Menteri dalam era sekarang ini.
Begitu juga dengan Naib-Naib Presiden UMNO yang ada, oleh kerana mereka macam biasa-biasa dan lebih kurang seperti Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi saja serta tiada watak Hang Tuah atau Hang Jebat, mereka juga dianggap tiada wibawa pada pandangan KJ untuk menduduki kerusi Perdana Menteri.
Hal yang sama juga kepada pemimpin Pas, terutamanya Presidennya, Hadi Awang dan Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, pada tanggapan KJ semuanya tiada kewibawaan untuk menandingi Muhyiddin bagi menduduki kerusi Perdana Menteri.
Habis, siapa yang berwibawa untuk jadi Perdana Menteri, khususnya daripada UMNO?
Adakah kenyataan KJ itu bermaksud bahawa biarlah Muhyiddin kekal lagi sebagai Perdana Menteri selepas PRU awal yang mungkin diadakan dalam waktu terdekat ini, tidak kira jika Bersatu memiliki jumlah kerusi Parlimen yang paling sedikit sekali pun, dan selepas itu dalam pemilihan UMNO tahun 2021 akan datang, beliau akan mencuba sekali lagi untuk bertanding jawatan Presiden UMNO setelah tewas kepada Zahid Hamidi dalam pemilihan 2018 yang lalu?
Oleh kerana sudah melambung Muhyiddin sebagai paling berwibawa untuk kekal sebagai Perdana Menteri dan kiranya itu menjadi kenyataan, Muhyiddin sudah tentu ada rasa terhutang budi kepada menantu Tun Abdullah Badawi itu, lalu tidak mustahil akan memberikannya suatu kementerian yang lebih kanan untuk diterajui selepas ini yang membolehkannya lebih selesa memenangi jawatan Presiden UMNO.
Adakah jika setelah KJ menjadi Presiden UMNO selepas pemilihan tahun 2021 akan datang, soal kewibawaan pemimpin UMNO untuk menduduki kerusi Perdana Menteri tidak berbangkit lagi?
 (Shahbudindotcom 06/09/2020)

PEEEEGIDAHHHHHH

Amad Shahril Shahril

Menteri Besar-Melayu BN
Pegawai Daerah-Melayu
Pengarah jabatan tanah-Melayu

Tapi yang salah cina DAP....


MENTERI DUDUK ATAS KERUSI DAN ARAH.....


Mohd Fauzi Mohamad

Zaman PH bila Sg tercemar MenteriNYA turun padang meninjau..MENTERI DIKECAM..

Sekarang Pak MENTERINYA hanya duduk ats bangku dan suruh MB letak jawatan...
bayar gaji puloh-puloh ribu... itu je level ko...🀣🀣🀣
Rakyat meraung takda air...
LOW CLASS

#kekalberprinsip
#kekalbermaruah
#BTRpejuang


PRN Sabah: Menangkan calon mengisi makna kemerdekaan - Anwar





Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dalam suasana sambutan kemerdekaan Malaysia merupakan peluang bagi rakyat untuk melantik calon yang benar-benar mahu membebaskan negeri daripada penindasan dan korupsi, mengisi pemerintahan.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak ada guna Sabah merdeka dari penjajah tetapi tidak bebas sepenuhnya daripada manusia yang menindas dan merampas kekayaan negeri.

"Ini sebabnya kita capai kemerdekaan pada 30 Ogos, 16 September Sabah bersama Malaysia. Untuk kita nyahkan Inggeris.

"Mengapa Raja Brooke memerintah? Mat Salleh jadi Raja Sabah, Sarawak. Kita tolak Raja sebab apa? Kerana dia tidak wakili kita. Dia perintah sebagai penjajah dan penindas.

"Kita ganti dengan orang yang sama warna kulit dengan kita. Orang tempatan, tetapi kalau perangai mcama Raja Brooke apa guna?

"Kita hadapi Pilihan Raya Negeri pada hari merdeka, hari kebebasan. Kebebasan dari penindasan, dari kemiskinan, dari sikap pemerintah yang menindas hak kita.

"Jadi (mengundi dalam) PRN ini adalah untuk memaknai kemerdekaan," katanya dalam ucapan pelancaran jentera PRN KEADILAN Sabah di Sabah International Convention Centre, malam tadi.

Dalam pada itu, Anwar juga bertanya kepada hadirin untuk apakah perjuangan selama dua dekad? Bersusah payah berkempen, dipenjara, dibuang kerja dan sebagainya?

Semua itu, katanya, dilakukan oleh ahli dan pimpinan KEADILAN yang kental semangat untuk menegakkan keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat negeri.

"Kita berjuang selama dua dekad. Untuk apa kita berjuang?

"Buat apa susah payah sampai tengah malam jalan ke hulu kehilir. Kawasan bukan dekat, Kundasang, Keningau, Kota Belud, Kudat. Kawasan jauh, bertarung. Untuk apa kita berjuang?

"Kita berjuang untuk menegakkan keadilan dan kesaksamaan untuk semua rakyat.

"Di negara ini kita berentap kerana beza agama, warna kulit. Sementara kita bangga dengan budaya Bugis, Kadazan, Murut, Suluk, kita juga adalah manusia dan mesti pertahankan karamah insaniah, ciri kemanusiaan itu. Tidak ada manusia yang mahu haknya dirampas.

"Tiada manusia, sama ada muslim atau Kristian atau Hindu yang mahu agama mereka dihina. Tiada manusia yang mahu kekayaan negara, balak, tanah dan khazanah negeri dirompak oleh segelintir orang.

"Kalau ada manusia yang sanggup diam dan cium tangan yang merompak, menang bangang habis-habisan," katanya disambut tepukan gemuruh.
 
Gimik pelancaran Jentera PRN Negeri yang dihadiri pimpinan KEADILAN seluruh Malaysia

Sementara itu, dalam ucapan pembukaan, Anwar memuji ahli-ahli KEADILAN Sabah yang dilihat lebih bersemangat selepas tragedi pengkhiantan di peringkat nasional pada Februari 2020 dan di peringkat negeri pada Julai lalu.

"Saya bersyukur kerana muncul semangat dan kekuatan baru dalam KEADILAN Sabah.

"Sebelum saya datang saya tinjau perkembangan, pimpinan pusat, ahli parlimen, MB, exco negeri turun bersama. MB Selangor Amiruddin, MB Negeri Sembilan Aminuddin telah pun turun ke gelanggang.

"Bila AMK lancar gerakan ada program di Sook, Kota Belud. Saya lihat sambutan rakyat kembali hangat untuk mempertahankan KEADILAN.

"Ini tidak mungkin berlaku hanya dengan tekanan pimpinan atau semata-mata kerana parti. Ia berlaku kerana kekuatan akar umbi dari Cabang dan Ranting, AMK dan Wanita Sabah," katanya lagi.


BAGI PAS AIR BERKARAT PUN DIKIRA ‘TERBAIK’?

(function() { var d = document, w = window; w

THROWBACK# PENJELASAN RAFIZI ISU KES LIWAT ANWAR & SAIFUL / JAHAT & CELA...