ULAMA DAH TEGUR, MASIH NAK WALAK JUGA?







Bila dah ramai ustaz dan ulama menegur seseorang pemimpin, persoalannya mudah:


Perlu ke masih taksub dan walak membuta tuli?


Dalam agama pun kita diajar supaya dengar nasihat, nilai teguran dan ikut kebenaran — bukan ikut seseorang tanpa soal.


Jangan sebab terlalu taksub dengan individu, teguran ulama pun kita buat-buat tak nampak.


Korang nak ikut kebenaran, atau nak ikut kelombong juga?




TAK BACA SEBAB MALAS BACA...BACA TAK NAK PAHAM....DIA MAKI BABI LA BAGAI...MELAYU MELAYU...

 












JANGAN JADI BATU API.


1. Saya tidak kisah jika Menteri Pendidikan dikritik. Dalam demokrasi, dasar kerajaan memang wajar ditegur jika ada kelemahan.


2. Tetapi saya bimbang apabila kebencian politik mula mengatasi kebenaran.


3. Dalam Program Baju Sekolah NADI, ramai terus menghukum hanya kerana melihat perkataan "ansuran". Ada yang mendakwa kerajaan mengajar ibu bapa berhutang untuk membeli pakaian sekolah. 


4. Sedangkan apabila disemak, Program Baju Sekolah NADI bukanlah program Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sebaliknya inisiatif komuniti di bawah ekosistem NADI.


5. Lebih penting, program ini lahir daripada Program Mahir Jahit yang melatih suri rumah, ibu tunggal dan ahli komuniti memperoleh kemahiran menjahit bagi menjana pendapatan.


6. Uniform sekolah yang dijual bukan sekadar produk, tetapi hasil titik peluh komuniti yang sedang berusaha mencari rezeki yang halal.


7. Ramai juga tersalah faham tentang konsep ansuran. Hakikatnya, TIADA SIAPA DIPAKSA membayar secara ansuran.


Jika mampu, bayarlah secara tunai.


8. Tetapi bagi ibu bapa yang mempunyai ramai anak dan sukar menyediakan wang sekaligus, mereka diberi PILIHAN membayar secara ANSURAN TANPA FAEDAH dan TANPA CAJ TAMBAHAN.


Itu bukan mengajar rakyat berhutang, sebaliknya memudahkan urusan mereka.


Bukankah memudahkan urusan orang juga satu bentuk ihsan?


9. Malangnya, ramai hanya melihat dari sudut pembeli. Mereka lupa di sebalik setiap helai pakaian sekolah itu ada suri rumah dan ibu tunggal yang bergantung kepada tempahan tersebut sebagai sumber pendapatan.


10. Jangan kerana kebencian politik, akhirnya rezeki orang lain pula menjadi mangsa.


11. Inilah masalah apabila separuh cerita dijadikan keseluruhan cerita. Fakta dipotong, konteks dibuang, lalu orang ramai dibawa kepada kesimpulan yang salah.


12. Lebih menyedihkan, apabila penjelasan diberikan, masih ada yang enggan menerima kerana matlamatnya bukan lagi mencari kebenaran, tetapi menyuburkan kebencian.


13. Yang paling saya bimbangkan bukan orang mengkritik menteri. Itu perkara biasa. Yang saya bimbangkan ialah apabila kita sudah tidak lagi peduli sama ada sesuatu itu benar atau tidak.


Asalkan dapat membenci, cukuplah.


Iman kita ini... Bagaimana agaknya? 


14. Rasulullah SAW mengingatkan bahawa memadai seseorang dianggap berdusta apabila dia menyampaikan setiap perkara yang didengarinya tanpa memastikan kebenarannya.


15. Sebab itu, kritiklah apabila ada kesilapan. Persoalkan apabila ada kelemahan. Tetapi jangan membina persepsi dengan mengorbankan fakta.


16. Saudara yang membaca, pilihlah jalan yang mahu kita tinggalkan kepada masyarakat.


Pilihlah sama ada membantu menyebarkan fakta dan mencerahkan pemikiran, atau membiarkan kebencian terus memecahbelahkan kita.


17. Saya sudah menjalankan tanggungjawab saya dengan menyemak dan menyampaikan apa yang saya temui.


18. Selebihnya saya serahkan kepada kebijaksanaan saudara. Semoga Allah memelihara lidah, tulisan dan jari-jari kita daripada menjadi penyebar fitnah dan kebencian.


Aamiin.


DR


#PendidikanManusiawi

#PENAmadani

#AkuKasihMalaysia

#terimakasihcikgu

#gurupenyayang

#pendidikankarakter

#ReformasiPendidikan






KELANTAN TANPA DAP


Che IbRahim





1. Air Keruh Sokmo bo** (AKSB)

2. Hutan Simpan Kekal (HSK) bertukar jadi ladang hutan getah atau durian. 

3. Satu kampung lebih 1 penagih. 

4. Sekolah agama jadi markas parti. 

5. Stesen bas sementara tercanggih. 


Sila tambah ...





PAS AKAN JADI ABANG BESAR DAN TELAN UMNO

 






UMNO boleh menang bersama PAS, tapi akhirnya PAS ambil alih kedudukan sebagai parti utama orang Melayu. UMNO akhirnya jadi adik, PAS jadi abang.  


PAS berjaya ranapkan BERSATU, kini giliran UMNO pula untuk diranapkan.


Ini soal survival UMNO sebab kedudukan PAS hari ini dah tak sama macam zaman Muafakat Nasional dulu.


PAS dah ada lebih ramai Ahli Parlimen daripada UMNO dan lebih kuat dalam kalangan pengundi Melayu.


Kalau trend ini berterusan, PAS berpotensi menjadi pusat graviti politik Melayu-Islam.


Jadi satu hari nanti orang Melayu mungkin bertanya: Kalau PAS dah lebih kuat, kenapa masih perlukan UMNO? Kerusi UMNO pula boleh dimakan sedikit demi sedikit.


Dalam Kerajaan Perpaduan, pertindihan kerusi tradisional UMNO dan PH secara relatifnya rendah kerana PH dan UMNO banyak berbeza pasaran. 


Tapi PAS dan UMNO rebut pasaran sama: Kerusi Melayu, Luar bandar, Felda, Kampung, Pinggir bandar Melayu.


Setiap kali PAS berkembang, secara struktural dia masuk ke ruang politik yang selama berdekad menjadi milik UMNO.


Di Melaka pun dah mula nampak masalah ini.


BN mahu mempertahankan 21 kerusinya. PAS kata, pengaruh mereka di kawasan Melayu semakin besar di Melaka berdasarkan keputusan PRU15, jadi mereka berhak dapat lebih banyak kerusi.


Ketua Bahagian UMNO tentu akan terfikir: Kalau seat aku diberi kepada PAS, apa masa depan politik aku?


Lama-lama jenama Melayu-Islam nombor satu juga boleh beralih daripada UMNO kepada PAS.


Sebab secara semula jadi PAS boleh bertanya: Kalau ukurannya siapa lebih Islam, kenapa pilih UMNO dan bukan PAS?


Selama ini salah satu kekuatan UMNO ialah mereka boleh berkata: UMNO bukan sekadar parti Melayu. UMNO ialah parti nasional yang boleh bekerjasama dan mendapat sokongan Melayu, Cina, India serta parti-parti Sabah dan Sarawak.


Tapi kalau UMNO masuk ke medan baharu “siapa paling Melayu-Islam”, UMNO sebenarnya sedang bermain di home ground PAS.


UMNO mungkin masih boleh mendapat jawatan Perdana Menteri jika PAS tidak menuntutnya atau menyerahkannya kepada calon lain.


Tapi kalau PAS mempunyai blok yang lebih besar, sudah tentu PAS juga akan menuntut kedudukan dan pengaruh yang besar dalam kerajaan.


Senario paling ngeri bagi UMNO ialah PAS meninggalkan UMNO selepas UMNO membantu membawa mereka kembali ke Putrajaya.


Trauma Muafakat Nasional masih ada. PAS hari ini boleh mendakwa BERSATU mengkhianati mereka.


Tapi orang UMNO juga masih ingat bagaimana MN akhirnya runtuh apabila PAS memilih untuk terus bersama BERSATU sedangkan UMNO mahukan kerjasama eksklusif UMNO-PAS.


Susah untuk PAS meyakinkan orang UMNO bahawa keruntuhan MN dahulu berpunca daripada UMNO seorang.


Ada satu lagi risiko yang lebih besar. UMNO boleh hilang statusnya sebagai parti nasional.


Ini ancaman jangka panjang yang mungkin akar umbi UMNO belum benar-benar hadam.


UMNO mungkin mendapat tambahan undi daripada penyokong PAS.


Tapi kosnya, UMNO boleh mengecilkan ruang untuk menarik semula Melayu sederhana, bukan Melayu serta rakan-rakan politik di Sabah dan Sarawak.


Sedangkan kelebihan itulah yang UMNO sedang nikmati dalam kerjasama Kerajaan Perpaduan.


Jadi secara psikologi, akar umbi UMNO hari ini mungkin berfikir: Kalau tak bersama PAS, undi Melayu berpecah.


Tapi ketakutan sebenar mungkin datang kemudian: Kalau terlalu lama bersama PAS, lambat-laun orang Melayu dah tak perlukan UMNO lagi. Itulah paradoksnya.


UMNO mungkin boleh tumpang kekuatan PAS untuk kembali ke Putrajaya. Tapi selepas sampai Putrajaya nanti, siapa sebenarnya menumpang siapa?


Ketakutan UMNO hari ini ialah undi Melayu berpecah. Ketakutan UMNO esok mungkin jauh lebih besar — orang Melayu sudah tidak perlukan UMNO lagi, elok bubar je.



BACA DULU, FAHAM DULU. JANGAN NAMPAK PERKATAAN 'ANSURAN', TERUS HUKUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN.







Saya pergi semak isu ini sebab nampaknya sudah mula ada yang menulis seolah-olah Menteri Pendidikan sedang mengajar mak ayah berhutang untuk membeli baju sekolah. Ada pula sampai menggunakan perkataan 'celaka' terhadap isu pakaian sekolah.


Masalahnya, apabila kita semak apa sebenarnya Program Baju Sekolah NADI, ceritanya tidaklah seperti yang sedang digambarkan.


(1) Pertama sekali kena betulkan satu perkara asas.


NADI bukan program di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


NADI ialah Pusat Sebaran Maklumat Nasional, manakala Program Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif yang bergerak melalui ekosistem NADI.


 Jadi apabila Menteri Pendidikan bercakap mengenai manfaat program tersebut kepada ibu bapa, jangan pula diterjemahkan seolah-olah KPM mewujudkan skim hutang baharu untuk membeli uniform sekolah.


Itu dua perkara berbeza.


(2) Saya semak portal rasmi NADI sendiri. Memang wujud Hebahan Jualan Baju Sekolah Kebangsaan NADI 2026.


Apa yang ditawarkan?


Tempahan pakaian sekolah, harga khas kepada ahli NADI, pilihan bayaran secara ansuran, set pakaian lengkap, pakaian yang dijahit oleh komuniti serta penghantaran kepada pembeli. 


Maksudnya ini bukan cerita yang tiba-tiba Menteri Pendidikan bangun pagi lalu berkata,


"Mulai hari ini mak ayah kena berhutang beli baju sekolah."


Bukan begitu ceritanya.


(3) Lebih menarik, kita kena faham dari mana datangnya ekosistem ini.


NADI memang sudah mempunyai program NADI Mahir dan salah satu bidangnya ialah Mahir Jahit.


Portal rasmi NADI menerangkan NADI  Mahir sebagai inisiatif pembelajaran sepanjang hayat yang memberikan kemahiran praktikal kepada komuniti. 


Bidangnya bukan menjahit sahaja. Ada Mahir Foto, Mahir Masak, Pertanian Pintar, Mahir Jahit dan Baiki Gajet. Jadi Baju Sekolah NADI ini bukan muncul dari langit. Ada ekosistem latihan kemahiran di belakangnya.


(4) Malah program Mahir Jahit ini memang benar-benar berjalan di lapangan.


Sebagai contoh, NADI Pekan Kapit merekodkan peserta wanita mengikuti latihan membuat pola, memotong fabrik dan menjahit menggunakan mesin. Objektif yang dinyatakan sendiri ialah supaya kemahiran tersebut boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan peserta. 


Pada 2026 pula program ini terus berjalan. Portal NADI Mambau merekodkan Mahir Jahit Intake 3, manakala NADI Kg Wonod sudah merekodkan Mahir Jahit Intake 4 pada Julai 2026. 


Jadi ini program kemahiran yang memang wujud dan berterusan, bukan program yang direka semalam untuk menjawab isu baju sekolah.


(5) Sebab itu saya rasa pelik apabila ada yang terus bertanya,


"Kalau nak ringankan beban ibu bapa, kenapa bagi ansuran? Bukankah ibu bapa tetap berhutang?"


Kita kena bezakan antara bantuan tunai dengan kemudahan pembayaran.


Kalau kerajaan kata semua rakyat miskin akan diberikan baju percuma tetapi akhirnya disuruh membayar ansuran, bolehlah kita persoalkan.


Tetapi program ini menawarkan pilihan membeli dengan bayaran yang dipecahkan kepada beberapa pembayaran. Berdasarkan maklumat program yang dikongsikan, ia bukan skim Pay Later berfaedah atau bercaj tambahan.


Maka jangan tukarkan perkataan 'pilihan ansuran' menjadi naratif 'kerajaan suruh rakyat berhutang.'


Itu sudah lari jauh.


(6) Lagi satu yang orang terlepas pandang ialah manfaat program ini berjalan dua hala. Sebelah sana ada ibu bapa yang boleh merancang pembelian pakaian sekolah secara lebih berperingkat.


Sebelah sini pula ada komuniti yang mempunyai kemahiran menjahit dan berpeluang menggunakan kemahiran tersebut untuk menjana pendapatan.


Sebab itu portal rasmi NADI sendiri menyebut pakaian berkenaan 'dijahit dengan teliti oleh tangan komuniti'. 


Ini konsep memperkasa komuniti, bukan semata-mata menjual baju.


(7) Kemudian ada pula yang marah mengenai harga uniform, baju sukan, baju kokurikulum, baju rumah sukan dan sebagainya lalu semua itu dicampakkan sekali kepada Menteri Pendidikan.


Bab beban pakaian sekolah sebenarnya Menteri Pendidikan sudah mengambil langkah sebelum ini.


Pada sesi 2024/2025, Fadhlina Sidek mengumumkan murid hanya perlu memakai pakaian seragam sekolah dua hari, pakaian sukan dua hari dan pakaian kokurikulum satu hari. Beliau sendiri menjelaskan keputusan tersebut dibuat untuk meringankan beban ibu bapa dan memudahkan persediaan persekolahan. 


Maknanya isu kos pakaian ini bukan benda yang tidak pernah difikirkan oleh KPM.


(8) Kita boleh kritik Menteri Pendidikan. Tidak ada masalah.


Dasar pendidikan bukan kitab suci. Menteri bukan maksum. Tetapi kritiklah perkara yang menteri benar-benar buat.


Kalau program itu inisiatif NADI, jangan tulis seolah-olah KPM mencipta skim hutang. Kalau ansuran itu pilihan, jangan tulis seolah-olah ibu bapa diwajibkan berhutang.


Kalau program tersebut turut memberikan ruang ekonomi kepada komuniti yang belajar menjahit, jangan buang separuh cerita itu semata-mata kerana mahu mendapatkan beberapa ribu likes.


(9) Saya lebih hairan apabila sampai pakaian sekolah pun dicelakakan.


Nak kritik harga, silakan. Nak persoalkan kenapa sesetengah sekolah terlalu banyak pakaian tambahan, saya pun bersetuju perkara itu wajar diteliti.


Nak persoalkan sekolah yang kerap menukar reka bentuk baju sukan atau pakaian tertentu sehingga membebankan mak ayah, itu pun kritikan yang munasabah.


Tetapi semua masalah tersebut jangan dihumbankan ke dalam satu bakul kemudian ditulis seolah-olah Fadhlina Sidek dan KPM menjadi punca segala-galanya.


Itu bukan kritik dasar. Itu namanya cari sasaran untuk dimarah.


(10) Dalam hal ini saya melihat tindakan Menteri Pendidikan menyambut dan mengangkat inisiatif seperti ini sebagai sesuatu yang baik.


Menteri Pendidikan sepatutnya memang mencari sebanyak mungkin jalan untuk meringankan urusan ibu bapa sama ada melalui bantuan kerajaan, kelonggaran dasar, kerjasama antara kementerian ataupun program komuniti.


Tidak semua bantuan mesti berbentuk,


"Nah RM200. Ambil."


Ada bantuan berbentuk tunai. Ada subsidi. Ada latihan kemahiran. Ada peluang pekerjaan. Ada pengurangan kos. Ada juga kemudahan mengurus aliran tunai keluarga.


Yang penting, syaratnya jelas dan rakyat tidak dieksploitasi.


(11) Jadi sebelum kita mencarut, mencelaka dan menghukum Menteri Pendidikan, semak dahulu keseluruhan cerita.


Saya pun ada banyak perkara yang saya kritik tentang KPM. Tetapi apabila sesuatu usaha itu baik, kita kena ada keberanian untuk kata baik.


Apabila salah, kita kata salah.


Jangan sampai kebencian politik menyebabkan benda yang boleh membantu mak ayah pun kita paksa nampak jahat.


Politik boleh berbeza. Kritik boleh keras. Tetapi fakta jangan dibuang. Itulah beza antara mengkritik dasar dengan ilmu dan sekadar membina persepsi dengan kemarahan. 


'Ada masa Bodoh tak perlu nak dicari, bodoh akan datang dengan emosi tanpa pengetahuan. Maka tersebarlah kebodohan itu'


Mohd Fadhli Othman





NAIKKAN SEMULA KADAR SUBSIDI BERSASAR PETROL/DIESEL KEPADA 300 LITER SEBULAN



Che Ibrahim



Kerajaan kena konsisten, alang alang dah beri 300L, teruskan dengan 300L, tak payah ubah kepada 200L... Takkan takde kajian awal? 


Rakyat gagal memahami keperluan kerajaan turunkan kadar kepada 200L, jentera penerangan kerajaan pun lesu untuk memberi penjelasan. CT pro kerajaan dah tak larat @ tak minat pertahan kerajaan apabila tidak faham mengapa perlu berubah kadarnya. 


Akhirnya subsidi bersasar 200L petrol/diesel menjadi liabiliti kepada kerajaan, tak ramai yang bersyukur, bahkan yang pakai motor pun ambil kesempatan hentam kerajaan.




FATWA DIA SAMPAI KIAMAT

 


JANGAN JADIKAN AL-QURAN SEBAGAI “MESIN COP HARAM” DALAM POLITIK









Ayat al-Quran dibawa satu demi satu,  Ali ‘Imran 28, 118–120 dan al-Nisa’ 138–140. Tetapi akhirnya seluruh perbahasan dipendekkan menjadi satu formula politik DAP bukan Islam maka dianggap “kafir” dalam kerangka hujah. Kerjasama dianggap haram dan sesiapa yang menyokong DAP pula dipersalahkan secara agama.


Di sinilah masalahnya. Ayat al-Quran tidak boleh dijadikan mesin automatik untuk menghasilkan hukum politik. Ada konteks, ada tafsiran, ada sebab turun, ada perincian hukum dan ada perbezaan keadaan.


Tidak semua ayat berkaitan hubungan Muslim dengan bukan Muslim boleh terus dipindahkan kepada realiti parti politik moden dalam sebuah negara berperlembagaan dan masyarakat majmuk.


Kalau benar mahu mengatakan sesuatu bentuk kerjasama itu haram, jangan berhenti pada petikan ayat dan label politik. Terangkan dalilnya, konteksnya, kaedah istinbatnya dan bagaimana hukum tersebut diterapkan kepada realiti politik semasa.


Jangan bina kesimpulan terlebih dahulu, kemudian mencari ayat untuk mengesahkannya. Ini bukan semata-mata tentang DAP. Ini tentang amanah kita terhadap al-Quran. Nas agama tidak sepatutnya diperah untuk menghasilkan hukum yang kita sudah tetapkan berdasarkan kecenderungan politik.


Al-Quran sepatutnya menjadi sumber petunjuk dan ilmu, bukan alat untuk mengeluarkan “cop haram” terhadap pilihan politik yang tidak kita sukai. 


Fiqh politik selesai dalam satu anak panah. Masalahnya, al-Quran bukan manual kempen pilihan raya. Nampak perkataan kafir, terus tampal kepada mana-mana parti yang mahu dijadikan musuh politik. 


Nampak awliya’, terus diterjemahkan sebagai “jangan berkawan, jangan bekerjasama, jangan mengundi”.

Sedangkan persoalan yang lebih penting ialah apakah konteks ayat itu, siapa yang dimaksudkan, apakah sifat hubungan tersebut dan apakah sebab larangannya?


Surah Ali ‘Imran 3:118 sendiri menyebut tentang pihak yang menginginkan kemudaratan terhadap orang beriman. Jadi kalau hendak menuduh semua orang bukan Islam atau seluruh ahli DAP termasuk dalam kategori tersebut, mana buktinya?


Jangan pula Surah al-Mumtahanah 60:8–9 dilupakan. Allah membezakan antara mereka yang memerangi dan mengusir umat Islam dengan mereka yang tidak melakukan demikian. Bahkan terhadap golongan yang tidak memerangi kerana agama, Allah tidak melarang umat Islam daripada berbuat baik dan berlaku adil.


Maka persoalannya bukan sekadar ssiapa dia? atau apa agamanya? tetapi lebih penting apakah pendiriannya, apakah tindakannya dan bagaimana bentuk hubungannya dengan umat Islam?


Kalau DAP dikatakan anti-Islam, tunjukkan dasar dan tindakannya. Kalau dikatakan memusuhi umat Islam, kemukakan bukti. Kalau kerjasama tertentu dikatakan haram, jelaskan ‘illah, konteks dan hukum yang tepat.

Jangan tukarkan perbahasan fiqh kepada formula

“Dia bukan Islam, maka semua kerjasama dengannya haram.”


Kalau begitu, sejarah Rasulullah SAW yang bermuamalah dan membuat perjanjian dengan bukan Islam pun mahu diletakkan di mana?


Yang lebih lucu, DAP ialah parti politik, bukan agama. Tetapi dalam naratif ini, seluruh kategori politik disumbat ke dalam satu kategori aqidah, kemudian ayat-ayat tentang hubungan dengan golongan tertentu digunakan untuk menghukum pilihan politik umat Islam.


Itu bukan ketelitian dalam memahami nas. Itu politik yang sedang mencari ayat untuk membenarkan kesimpulan yang sudah dibuat terlebih dahulu.


Mengundi pula bukan akad walak akidah. Memilih wakil rakyat bukan bermaksud mengangkat seseorang sebagai wali dalam pengertian agama.


Dalam demokrasi, rakyat menilai amanah, keadilan, integriti, kemampuan mentadbir, dasar dan maslahat rakyat. Jadi seorang Muslim yang memilih calon bukan Islam kerana menganggapnya lebih amanah atau lebih baik pentadbirannya tidak boleh terus dicop munafik, berdosa atau menggadaikan iman hanya kerana pilihan politiknya berbeza.


Kalau tidak bersetuju dengan DAP, silakan tidak undi DAP. Tetapi jangan ambil hak untuk tidak mengundi DAP lalu menaikkannya menjadi hak untuk menghukum iman orang lain. Lebih-lebih lagi jangan gunakan ayat al-Quran sebagai tukul untuk mengetuk kepala pengundi.


Al-Quran bukan poster kempen. Tafsir bukan senjata propaganda. Dan pilihan politik bukan ukuran automatik iman seseorang. Kalau mahu membawa nama Islam dalam politik, bawalah sekali ilmu, konteks, adab, keadilan dan amanah.


Kalau tidak, jangan hairan apabila orang mula nampak bahawa yang sedang dipertahankan bukan lagi kesucian nas tetapi kesucian naratif politik sendiri.


IBNU ALI





ADAKAH KAMU NAMPAK KAMI PH RISAU?




 Ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini menarik perhatian ramai ketika beliau diminta mengulas khabar angin mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor. Dengan tenang, beliau secara bersahaja tetapi berkesan, membalas pertanyaan media dengan bertanya sama ada beliau kelihatan bimbang dengan situasi politik tersebut. Mesej utamanya amat nyata, iaitu pentadbiran Kerajaan Persekutuan di bawah teraju beliau mempunyai keutamaan tersendiri dan terus komited menumpukan sepenuh perhatian terhadap tanggungjawab hakiki menguruskan negara.


Kenyataan tersebut dizahirkan sejurus selepas beliau bertemu pihak media di Persidangan Peralihan Tenaga 2026. Menerusi sesi itu, pemberita menyoal sama ada polemik politik tempatan, terutamanya ura-ura mengenai pilihan raya peringkat negeri, mampu menjejaskan tumpuan serta kestabilan pentadbiran beliau. Jawapan ringkas namun padat itu menepis tanggapan bahawa kerajaan pusat terjejas akibat percaturan politik negeri, malah mencerminkan keyakinan utuh kepimpinan negara dalam mengemudi keutamaan semasa.


Pendirian yang dizahirkan oleh Anwar Ibrahim ini mencerminkan perbezaan fokus yang ketara antara urusan politik negeri dan tanggungjawab persekutuan. Hal-hal berkaitan pembubaran DUN mahupun proses pilihan raya negeri diserahkan sepenuhnya kepada pertimbangan serta ketetapan pentadbiran negeri berkenaan. Dalam masa yang sama, Kerajaan Persekutuan memilih untuk tidak membuang masa melayan spekulasi politik, sebaliknya melipatgandakan usaha untuk memacu agenda pembangunan ekonomi rakyat serta melaksanakan pelbagai dasar strategik demi kesejahteraan tanah air secara menyeluruh.





YADIM SOKONG SARANAN YTP AGONG

 


YADIM menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim agar dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) disiasat secara menyeluruh, telus dan tanpa kompromi.





POLITIK HADI GAYA YAHUDI


 

KITA KENA SOKONG DAP..


 

BARUA NI KATA KE BANGSA MELAYU... DIA BUKAN MELAYU.. DIA CINA.. DIA MASUK ISLAM. DIA KATA MELAYU BARUA... BARUA PUNYA CINA MUALAF NI


 

ANWAR TIBAI HAMZAH KAKI FITNAH BERDEPAN


 

TAKTIK SAMA BILA HADAP PERDUDUHAN


 

KACAU JIWA.



Mukhlis Eddie


Mental semakin kritikal. Apa akan jdi jika si gila ni jadi PM.



AGONG PUN SUDAH BERBUNYI, BURU PENYAKAU HINGGA KE LUBANG CACING ?









Usah berselindung lagi.  Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru.  Usah ambil mudah dengan berkata, "Mana ada perkataan sakau dalam laporan RCI?".  Jangan sambil lewa sekadar memberikan alasan bodoh, " Masakan memberi dividen/hibah itu pun sakau juga?".


RCI di dalam laporannya jelas menyatakan terdapat salahguna kuasa, penipuan serta salah laku oleh pengurusan tertinggi di dalam Tabung Haji sebelum ini.  Mereka yang sudah makan duit bonus yang sepatutnya tidak layak mereka terima, wajar pulangkan kembali.  Terbukti sekarang telah ada satu persatu telah didakwa berkaitan skandal ini.  Jerung2 di atas puncak bangunan TH ketika itu, tentu tidak boleh tidur lena sekarang.


Tuanku YDP Agong telah pun bertitah.  Buru ke lubang cacing, titahnya.  PMX pun dah tegaskan tiada kompromi.  Rakan2 saya aktivis media sosial juga semakin serius bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya umat2 islam tentang apa yang berlaku kepada TH sebelum ini sehinggakan kerajaan madani hari ini terpaksa memikul bebannya, dan Alhamdulillah berjaya dipulihkan.  


Himpunan solidariti RCI 1.0 hari jumaat baru2 ini di perkarangan bangunan TH berjaya mendapat perhatian.  Memorandum kepada pihak TH berjaya dilakukan.  Himpunan seterusnya adalah hari Selasa 11/8/2026 mulai 7.30 pagi dan kali ini di perkarangan pintu pagar utama Parlimen.  Kepada seluruh umat islam terutamanya yang berada di sekitar lembah klang, wilayah dan Selangor, tidak kira apa jua fahaman politik dijemput hadir.  


Jangan benarkan puak2 politikus yang berkepentingan cuba melindungi puak mereka yang menyakau, memainkan isu kaum agar kita semua lalai dari isu sebenar.  


WFAUZDIN NS




DASAR VISA 30 HARI.. APA MALAYSIA DAPAT

 


Dasar visa bebas 30 hari untuk pelancong dari China dan India yang bermula pada 1 Disember 2023 ternyata memberi impak besar. Jumlah pelancong dari kedua-dua negara terus meningkat dengan ketara 👍









KONTEN FITNAH GINI KERAJAAN BIARKAN. TAPI NAK MENANG PILIHANRAYA. MANA MENTERI BEETANGGUNGJAWAB.

Man Toba


 Konten² fitnah gini, dibiar je. Pastu sebuk lau nak menang prn@pru.




HINANYA KAMU FITNAH DAN OECAHBELAHKAN UMAT MELAYU

 


BN bagi duit pilihanraya di johor ayoh chik tak nampak ke, sudah2 la tu ayoh chik ckp je la ayoh chik sebenarnya anti-DAP anti-anwar dan tak payah guna agama islam utk hentam DAP dan anwar dan pertahan kawan ayoh chik (BN dan MCA)






POLITIKUS SEJATI

 


NERATIF YANG DIMAINKAN UNTUK TAKUTKAN ORANG MELAYU. KERAJAAN PULAK PANDANG RINGAN. PADA HAL INI BOLEH DIKATAKAN SEBAGAI FITNAH.

 

Norman Daud



Beginilah contoh naratif dimainkan untuk menakut nakutkan orang melayu supaya beranggapan PH tu nak hapuskan orang melayu islam.





Pindaan ini bukan dibuat secara senyap atau dibuat oleh satu pihak sahaja. Ia telah dibentangkan dan diundi di Dewan Rakyat pada 2024, dan mendapat sokongan majoriti lebih dua pertiga.


Ini bukan pindaan perlembagaan.. tapi pindaan undang undang


Daripada 222 Ahli Parlimen, 206 mengundi menyokong pindaan tersebut, manakala 14 tidak hadir. Maknanya, sokongan itu bukan datang daripada satu parti sahaja. PAS, BN dan PN juga mempunyai Ahli Parlimen yang menyokong pindaan ini.


Pindaan ini pula mula dikuatkuasakan pada Jun 2026.


Dan satu lagi perkara yang perlu dibetulkan ialah isu ini bukan semata-mata berkaitan dengan kaum Cina.


Pindaan ini melibatkan anak yang dilahirkan di luar negara kepada ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan warga asing.


 Sebelum pindaan ini, jika bapa ialah warganegara Malaysia dan ibu warga asing, anak yang dilahirkan di luar negara boleh mendapat kewarganegaraan secara automatik berdasarkan peruntukan yang sedia ada. 


Tetapi jika ibu ialah warganegara Malaysia dan bapa warga asing, anak yang dilahirkan di luar negara berdepan proses permohonan kewarganegaraan yang jauh lebih rumit.


Jadi, isu ini bukan isu orang Cina sahaja. Orang Melayu yang berkahwin dengan warga asing dan melahirkan anak di luar negara juga berdepan masalah yang sama.


Data dan rekod perbahasan ini bukan susah hendak dicari. Semuanya direkodkan dalam Hansard dan dokumen rasmi Dewan Rakyat. Jadi sebelum membuat tuduhan atau membina naratif, elok semak dahulu rekod Parlimen.


Tak letih ke bila fikiran kita sentiasa dibodo bodokan orang demi kuasa?





Kenapa Haji Hadi sibuk takutkan orang Melayu dengan DAP

 


Kenapa Haji Hadi sibuk takutkan orang Melayu dengan DAP? Kerana dia tak mahu bercakap masalah rakyat yang PAS gagal selesaikan sejak sekian lama.



Itu cara mudah untuk pemimpin politik tutup kelemahan mereka.


Di Kelantan tiada DAP, tapi rakyat mengeluh soal bekalan air dan kualiti air sejak 36 tahun PAS jadi kerajaan.


Anak muda pula ramai terpaksa keluar negeri cari peluang pekerjaan bergaji baik kerana dekat kampung tak sebanyak yang mereka perlukan.


Bila anak-anak terpaksa berhijrah ke Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang atau Johor untuk bina kehidupan, mak ayah tinggal jauh di kampung. 


Ini masalah sebenar orang Melayu yang patut pemimpin Melayu dan PAS sibuk fikirkan.


Kemiskinan pun belum selesai sepenuhnya. Pendapatan keluarga, peluang kerja, pembangunan ekonomi dan kemudahan asas masih jauh lebih penting kepada kehidupan rakyat daripada hari-hari mencari kaum atau parti lain untuk dijadikan 'hantu' orang Melayu.


Melayu tak jadi lebih kuat hanya kerana setiap hari diberitahu siapa musuh mereka. 


Melayu jadi lebih kuat bila anak-anak mereka ada pendidikan yang baik, kerja yang baik, pendapatan meningkat, rumah mampu dimiliki dan peluang untuk naik kelas sosial.


Jadi daripada hari-hari bertanya siapa ancam Melayu, lebih baik rakyat mula bertanya: Siapa boleh selesaikan masalah air? Siapa boleh bawa lebih banyak kerja? Siapa boleh naikkan pendapatan? Siapa boleh kurangkan kemiskinan?


Sebab akhirnya rakyat tak boleh minum sentimen politik. Rakyat perlukan air bersih, kerja dan kehidupan yang lebih baik.


Itu yang PMX bermati-matian usahakan tapi cuba ditutup dengan ketakutan yang diada-adakan.


Bawa pelabur, tvet, naikkan gaji penjawat awam dan banyak lagi yang PAS tak mampu nak buat.




KES NI LAMA. NAK KENA CARI BERKAITAN KES SAMAN NI.

 


Hadi Awang mula tidak siuman bila makan duit haram 1MDB 90juta pemberian DSNR yang merasuah bagi tujuan pecahkan PAS & PR 2015.






Ulama Su’u (jahat) lebih dibimbangi Rasulullah saw dari dajjal


أَخْبَرَنِي أَبُو ذَرٍّ ، قَالَ : " كُنْتُ أَمْشِي مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : ( لَغَيْرُ الدَّجَّالِ أَخْوَفُنِي عَلَى أُمَّتِي ) قَالَهَا ثَلَاثًا . قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللهِ ، مَا هَذَا الَّذِي غَيْرُ الدَّجَّالِ أَخْوَفُكَ عَلَى أُمَّتِكَ ؟ قَالَ : ( أَئِمَّةً مُضِلِّينَ )


Rasulullah SAW  bersabda maksudnya:

”Selain daripada Dajjal ada satu perkara yang sangat aku bimbangkan lebih daripada Dajjal? Lalu ada orang yang bertanya: Apakah itu wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab: Mereka ialah Ulama Su’ yakni ulama yang jahat”.


HR. Ahmad daripada Abu Zhar r.a no. 21296. Syeikh al-Arnauth menilai hadith ini sahih lighairih dalam Takhrij Musnad.


Al’Iraqi berkata sanad hadith ini jayyid dalam Takhrij Al-Ihya 1/86.




MALAYSIA NAK TAMBAH ASET TENTERA DARAT ?

 


MMR







Adakah ini hint jika Kerajaan beli Kapal MRSS HDL-10000 daripada Korea Selatan untuk Tentera Laut Diraja Malaysia dan beli sekali dengan KAAV7A1 kenderaan amfibia bagi tujuan membantu kita mendaratkan tentera di darat 


Menurut maklumat yang ada 10 Bridged Para akan dikerahkan di MRSS juga 


Selain itu , kenderaan perisai AV-8 gempita dan ACV-300 Adnan juga yang mempunyai keupayaan amfibi untuk terapung dan bergerak di atas air seperti sungai atau laut




TERBAIK...PATUT LAMA SIKIT SOAL SIASAT KEPADA UZTAZ MUALAF NI....

 



Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mempertikaikan dakwaan tindakan polis yang berbeza susulan penangkapan dua pengendali podcast kerana kandungan yang dikatakan mengandungi unsur-unsur yang boleh mencetuskan ketegangan kaum dan agama.


Dia berkata pihak berkuasa sedang menyiasat mereka di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 dan 505(b) Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Apa yang menjadikan kes ini lebih membimbangkan ialah kedua-dua individu itu telah memberikan kerjasama penuh kepada polis sepanjang siasatan.

Dia membandingkan tindakan polis dengan pengendalian mereka terhadap pendakwah Ridhuan Tee Abdullah, yang menurutnya berulang kali membuat catatan Facebook yang memecahbelahkan kaum dan agama.

Rayer memetik laporan polis baru-baru ini yang dibuat oleh ahli PKR Rozan Azen Mat Rasip terhadap Ridhuan dan bertanya apakah tindakan yang telah diambil.


Dia juga mendakwa bahawa Ridhuan telah melabelkan penyokong Pakatan Harapan Melayu sebagai “barua” dan penyokong bukan Melayu sebagai “kafir harbi”, dengan alasan bahawa ini memerlukan penangkapan untuk siasatan.

“Berapa banyak laporan polis yang diperlukan sebelum Ridhuan Tee ditangkap?” soalnya.




ANALISIS | RCI TH: Reaksi netizen apabila amanah haji dikhianati

 


Team Editorial

Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji mencetuskan satu bentuk kemarahan yang berbeza dalam kalangan netizen. Ia bukan kemarahan biasa terhadap angka rugi, laporan audit atau istilah teknikal kewangan. 

Ia kemarahan yang datang daripada rasa tertipu kerana Tabung Haji bukan sekadar institusi pelaburan, tetapi tempat umat Islam menyimpan harapan untuk menunaikan rukun Islam kelima.

Sebab itu, apabila laporan RCI mendedahkan Tabung Haji sepatutnya mencatat kerugian bersih RM1.4 bilion pada 2017, bukannya keuntungan RM3.4 bilion seperti dilaporkan ketika itu, ramai netizen seperti baru sedar betapa seriusnya kedudukan sebenar institusi tersebut. 

Menurut laporan media, RCI menyatakan kedudukan kewangan TH pada 2017 terlebih nyata sekiranya piawaian pelaporan kewangan dipatuhi sepenuhnya.

Bagi netizen, angka itu bukan sekadar perbezaan akaun. Ia menimbulkan soalan yang lebih pedih: kalau TH sebenarnya rugi, bagaimana rakyat ketika itu boleh diberi gambaran seolah-olah institusi itu masih untung dan mampu membayar hibah?

Di sinilah isu RCI TH berubah daripada isu teknikal kepada isu moral.

Dari ‘tak ada sakau’ kepada ‘macam mana boleh jadi begini?’

Sebelum laporan RCI dibaca secara lebih meluas, perbahasan politik banyak tertumpu kepada satu perkataan “sakau”. Ada pihak mempertahankan bahawa laporan itu tidak menyebut secara literal pemimpin tertentu “sakau” wang Tabung Haji.

Tetapi selepas dapatan RCI menjadi bahan perbincangan, sebahagian netizen mula melihat hujah itu terlalu sempit. Bagi mereka, isu sebenar bukan semata-mata sama ada perkataan “sakau” wujud atau tidak. 

Isu lebih besar ialah bagaimana sebuah institusi amanah umat Islam boleh berdepan kelemahan tadbir urus, campur tangan politik dan amalan perakaunan yang meragukan sehingga kedudukan kewangannya kelihatan lebih baik daripada realiti.

RTM melaporkan kelemahan tadbir urus termasuk campur tangan politik dalam pengurusan dan agihan keuntungan merupakan antara penemuan utama RCI bagi tempoh 2014 hingga 2020. 

Laporan itu turut menyentuh kelemahan Akta Tabung Haji 1995 yang memberi kuasa besar kepada menteri dalam pelantikan pengerusi dan ahli lembaga, tetapi tidak menetapkan kriteria khusus selain mereka mestilah Islam dan warganegara Malaysia.

Maka reaksi netizen boleh difahami. Mereka tidak lagi sekadar bertanya “siapa ambil duit?” Mereka bertanya soalan yang lebih besar: siapa membenarkan sistem ini menjadi begitu longgar sehingga amanah jutaan pendeposit boleh terdedah kepada risiko sebegitu besar?

Perbezaan Tabung Haji dengan institusi kewangan lain ialah nilai emosinya. Ramai pendeposit TH bukan pelabur besar yang mengejar pulangan tinggi. Ada yang menyimpan RM50 sebulan. Ada yang menyimpan duit pencen. Ada yang menabung bertahun-tahun kerana mahu cukupkan giliran haji.

Sebab itu, apabila isu TH dikaitkan dengan “perakaunan kreatif”, pembayaran hibah tinggi, keputusan kewangan besar dan campur tangan politik, netizen melihatnya sebagai sesuatu yang lebih berat daripada salah urus korporat biasa. Ia dilihat menyentuh amanah agama.

Malaysiakini melaporkan RCI mengenal pasti kegagalan tadbir urus serius, campur tangan politik dan amalan perakaunan yang meragukan sebagai antara faktor yang menyumbang kepada krisis kewangan TH antara 2014 hingga 2020. 

Suruhanjaya itu juga dilaporkan mengesyorkan pindaan undang-undang bagi melarang ahli politik aktif dilantik sebagai pengerusi atau ahli lembaga TH dan anak syarikatnya.

Cadangan itu sendiri menggambarkan akar masalah yang dibimbangi netizen: apabila institusi amanah umat terlalu dekat dengan tangan politik, keputusan kewangan boleh dipengaruhi pertimbangan selain kepentingan pendeposit.

Kenapa baru sekarang rakyat tahu?

Satu lagi lapisan reaksi netizen ialah rasa terkejut kerana isu sebesar ini tidak diketahui secara menyeluruh lebih awal. Ramai bertanya: kalau kedudukan TH begitu serius, mengapa rakyat tidak diberitahu dari awal?

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menjelaskan laporan RCI tidak didedahkan lebih awal kerana kerajaan bimbang ia boleh menjejaskan keyakinan pendeposit dan kestabilan institusi. Menurut beliau, pendedahan awal ketika TH belum cukup stabil boleh mencetuskan panik dalam kalangan pendeposit.

Penjelasan itu memberi satu konteks penting. Dalam isu institusi kewangan, keyakinan pendeposit ialah nyawa. Jika orang ramai panik dan mengeluarkan simpanan secara besar-besaran, masalah lama boleh menjadi krisis baharu.

Namun dari sudut netizen, penjelasan itu juga menambahkan rasa gerun. Ini bermaksud keadaan TH bukan sekadar “ada masalah”, tetapi cukup sensitif sehingga pendedahan awal dikhuatiri boleh menggugat kestabilan institusi. Maka tidak hairanlah reaksi mereka lebih emosional  kerana baru sekarang mereka dapat melihat betapa gentingnya keadaan yang pernah berlaku di sebalik tabir.

Rakyat marah kerana diberi gambaran indah

Kemarahan netizen juga berpunca daripada jurang antara gambaran rasmi ketika itu dengan dapatan RCI sekarang. Apabila sebuah institusi dilaporkan mencatat untung, membayar hibah dan terus dipertahankan sebagai stabil, rakyat biasa tidak mempunyai sebab untuk meragui kenyataan tersebut.

Tetapi apabila RCI kemudian menyatakan kedudukan kewangan sebenar jauh berbeza, ia menimbulkan rasa dikhianati.

Dalam bahasa mudah, rakyat merasakan mereka tidak dimaklumkan keadaan sebenar. Mereka bukan pakar audit. Mereka tidak membaca piawaian MFRS. Mereka hanya percaya kepada kenyataan rasmi, laporan tahunan dan keyakinan yang diberikan oleh pemimpin ketika itu.

Sebab itu, reaksi netizen tidak boleh dibaca sebagai kemarahan politik semata-mata. Ia reaksi rakyat yang merasakan amanah mereka pernah dipertaruhkan tanpa mereka sedar.

Dalam menilai isu ini, penting untuk berlaku adil. RCI bukan mahkamah. Ia tidak menjatuhkan sabitan jenayah terhadap individu tertentu. Sama ada wujud kesalahan rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa atau jenayah kewangan mesti ditentukan melalui siasatan penguat kuasa, pendakwaan dan keputusan mahkamah.

Sebab itu langkah SPRM menubuhkan pasukan khas untuk meneliti laporan RCI menjadi penting. FMT melaporkan pasukan khas itu ditubuhkan bagi menyemak dan meneliti hasil laporan RCI selepas ia didedahkan kepada umum.

Namun dari sudut persepsi rakyat, RCI sudah cukup untuk membuka mata. Ia mendedahkan bahawa isu TH bukan sekadar serangan politik terhadap kerajaan terdahulu. Ia melibatkan persoalan sistem, undang-undang, tadbir urus, pelantikan politik dan ketelusan kewangan.

Mengapa netizen anggap ini pengkhianatan amanah?

Perkataan “khianat” dalam reaksi netizen bukan semestinya bermaksud sabitan jenayah. Ia lebih kepada tafsiran moral.

Bagi mereka, apabila institusi haji yang mengurus simpanan umat Islam boleh berada dalam kedudukan kewangan bermasalah tetapi tetap diberi gambaran seolah-olah kukuh, itu sudah cukup untuk dianggap sebagai pengkhianatan amanah.

Apabila keputusan kewangan besar dibuat dalam suasana campur tangan politik, ia dilihat sebagai mengutamakan kepentingan kuasa berbanding keselamatan pendeposit.

Apabila rakyat hanya tahu keadaan sebenar bertahun-tahun kemudian, ia menambahkan rasa marah kerana mereka merasakan kepercayaan mereka telah digunakan.

Di sinilah RCI TH menjadi lebih daripada laporan. Ia menjadi cermin kepada satu budaya politik lama budaya menutup kelemahan atas nama menjaga imej, mempertahankan parti dan mengawal persepsi.

Reaksi netizen selepas pendedahan RCI TH menunjukkan satu perkara penting: rakyat boleh menerima hakikat bahawa institusi manusia tidak sempurna, tetapi mereka sukar menerima apabila kelemahan itu disembunyikan atau dipertahankan dengan retorik politik.

Tabung Haji boleh dipulihkan secara kewangan. Lembaga boleh ditukar. Akta boleh dipinda. Sistem tadbir urus boleh diperketat. Tetapi kepercayaan rakyat terutama apabila melibatkan wang haji mengambil masa lebih lama untuk dipulihkan.

Sebab itu pendedahan RCI ini menjadi titik penting. Ia bukan sekadar tentang siapa yang salah. Ia tentang bagaimana sebuah negara belajar daripada kegagalan mengurus amanah umat.

Bagi netizen, mesejnya jelas: jangan jadikan wang haji rakyat sebagai medan permainan politik. Jangan lindungi kelemahan dengan slogan agama. Dan jangan sekali-kali anggap pendeposit kecil tidak berhak tahu kebenaran.

Kerana apabila amanah haji dikhianati, yang luka bukan hanya akaun Tabung Haji — tetapi kepercayaan umat.