Usah berselindung lagi. Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru. Usah ambil mudah dengan berkata, "Mana ada perkataan sakau dalam laporan RCI?". Jangan sambil lewa sekadar memberikan alasan bodoh, " Masakan memberi dividen/hibah itu pun sakau juga?".
RCI di dalam laporannya jelas menyatakan terdapat salahguna kuasa, penipuan serta salah laku oleh pengurusan tertinggi di dalam Tabung Haji sebelum ini. Mereka yang sudah makan duit bonus yang sepatutnya tidak layak mereka terima, wajar pulangkan kembali. Terbukti sekarang telah ada satu persatu telah didakwa berkaitan skandal ini. Jerung2 di atas puncak bangunan TH ketika itu, tentu tidak boleh tidur lena sekarang.
Tuanku YDP Agong telah pun bertitah. Buru ke lubang cacing, titahnya. PMX pun dah tegaskan tiada kompromi. Rakan2 saya aktivis media sosial juga semakin serius bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya umat2 islam tentang apa yang berlaku kepada TH sebelum ini sehinggakan kerajaan madani hari ini terpaksa memikul bebannya, dan Alhamdulillah berjaya dipulihkan.
Himpunan solidariti RCI 1.0 hari jumaat baru2 ini di perkarangan bangunan TH berjaya mendapat perhatian. Memorandum kepada pihak TH berjaya dilakukan. Himpunan seterusnya adalah hari Selasa 11/8/2026 mulai 7.30 pagi dan kali ini di perkarangan pintu pagar utama Parlimen. Kepada seluruh umat islam terutamanya yang berada di sekitar lembah klang, wilayah dan Selangor, tidak kira apa jua fahaman politik dijemput hadir.
Jangan benarkan puak2 politikus yang berkepentingan cuba melindungi puak mereka yang menyakau, memainkan isu kaum agar kita semua lalai dari isu sebenar.
WFAUZDIN NS


No comments:
Post a Comment