SIAPA BERKUASA ???

Baru-baru ini Mahathir meracau lagi .Ini adalah kerana isu calon Bagan Pinang.Kata Mahathir , pilih calon yang bersih.Itu pandangan beliau.Sebelum ini Mahathir mengutuk Sammy Vellu menyatakan bahawa Sammy perlu berundur.Maka dipukul lah canang agar Sammy menyegerakan peluang bagi calon pilihannya yang kini dilihat mula mengeluarkan taringnnya V.Palaniaval.

Palaniaval sebelum ini diam sahaja, membiarkan Sammy Velu bercakap bagi pihak MIC.Namun apabila signal jelas di lancarkan oleh Umno rakan sekutu terbesar dalam Bn, maka kini , Palanoaval sudah bersedia untuk menghentam Sammy.Menurut Pala lagi, beliau sudah bersedia untuk memegang MIC kerana pengalaman beliau cukup.


2 isu di atas sebenarnya membuktikan bahawa Mahathir memainkan peranan yang masih besar di belakang tabir.Suara beliau masih lagi diterima dalam Umno.Buktinya kini sama ada isu yang di bawa beliau mengenai calon di Bagan Pinang akan memihak kepada beliau atau kepada rakyat .Penduduk dan juga ketua cawangan Bagan Pinang bersetuju agar Isa Samad dipilih kerana kehendak orang ramai, manakala bagi pimpinan Bn Isa pula bukan calon yang sesuai kerana punya rekod rasuah.

Pertentangan ini berpunca dari rasa ketidakyakinan Bn/Umno dimana calon di Permatang Pauh dipilih bukan berdasarkan kepada kredibiliti dikalangan Umno, namun ianya dipilih berdasarkan sikap bodoh sombong Umno Permatang Pauh yang tidak punya calon lain dan meng anggap masyarakat Permatang Pauh menerima calon pilihan mereka.Untuk mengulas mengenai Umno Permatang Pauh memang tidak berguna kerana parti tersebut kini terasing dari alam nyata masyarakat setempat. UMno umpama berada dalam dunia terasing dan tersendiri di PermatangPauh.

Berbalik kepa isu siapa berkuasa tadi, eloklah Pakatan menerima hakikat bahawa Mahathir kini menjadi penasihat kepada Umno sebagai langkah bagi menarik semula orang Melayu untuk mengundi mereka.Walau Mahathir tidak dianggap berkuasa, namun suara beliau kini di terima oleh orang dan pimpinan Umno.2 peranan beliau untuk menentukan calon dan menjatuhkan Sammy Vellu sedang berjalan.Mungkin Umno Bagan Pinang merasakan Mahathir sudah lupus lalu bertindak mahukan Isa Samad.Jika ini menjadi , peluang Pakatan silihat baik dan Umno berada dalam dunia tersendiri.