Sedih! Ahli Parlimen dihalang bagi bantuan laptop percuma kepada pelajar miskin di sekolah

 

Sedih! Ahli Parlimen dihalang bagi bantuan laptop percuma kepada pelajar miskin di sekolah


Program bantuan komputer riba yang telah kami lancarkan sejak awal febuari lalu kini telah mencapai lebih 500 pelajar dari kalangan keluarga tidak berkemampuan telah menerima bantuan ini

Namun begitu kami tetap merasa risau jika masih ada pelajar dari kategori keluarga yang miskin ini terlepas pandang daripada menerima bantuan ini maka kami telah membuat keputusan untuk menyerahkan sebahagian dari komputer riba ini kepada pihak sekolah kerana sudah pastilah pihak sekolah mempunyai maklumat yang lebih lengkap lagi berkenaan pelajar mereka yang sangat memerlukan bantuan ini.

Atas sebab itu sebanyak 150 buah komputer riba telah kami sediakan untuk di serahkan kepada pihak sekolah dan kami telah memaklumkan kepada pihak sekolah supaya mencari nama-nama pelajar mereka yang patut menerima bantuan ini.

Alhamdulillah sekolah memberi kerjasama selepas mendapat surat tawaran bantuan ini yang kami hantar lebih kurang sebulan lalu dan hari ini sebaik saja stok komputer riba tiba kami telah maklumkan kepada sekolah yang kami akan pergi ke sekolah untuk mengantar komputer yang di janjikan ini.

Namun begitu pagi ini sebaik saja tiba di depan pagar sekolah semua sekolah kami telah di maklumkan yang mereka tidak dapat membenarkan komputer ini di hantar ke dalam sekolah atas sebab arahan orang atas.

Sedih? Ya mungkin juga kami sedih kerana di layan seperti ini sedangkan yang pergi mengantar itu adalah seorang wakil rakyat kawasan dan dia hadir bukan untuk berceramah politik malah tidak minta pun untuk di adakan majlis, ianya sekadar hantar ke pejabat sekolah dan balik.

Namun sedih kami mungkin hanya sementara kerana kami tidak rugi apa-apa pun tapi sedih lagi apabila berapa ramai lagi pelajar miskin dari sekolah-sekolah lain yang tidak dapat kami serahkan bantuan ini dan bayangkanlah betapa remuknya hati pelajar-pelajar yang tak ada kemampuan untuk memiliki komputer riba ini apabila dapat tahu komputer yang mereka harapkan untuk kegunaan pembelajaran tidak sampai ke tangan mereka akibat daripada kekangan politik daripada pihak yang bertanggungjawab.

Sebenarnya kami tidak pernah menyalahkan pihak sekolah kerana kami faham situasi penjawat awam yang mendapat tekanan politik namun apa yang lagi kami mampu buat untuk membantu pelajar sekolah selain daripada semua peruntukkan kepada pihak sekolah ini kami terpaksa buka kepada lebih 2 ribu pemohon lagi yang memohon.

Kepada pelajar-pelajar sekolah yang sepatutnya mendapat bantuan laptop pada pagi ini, anda semua boleh memohon terus kepada kami dan insyaAllah jika masih mempunyai baki dan ada rezeki laptop tersebut akan kami hantar terus ke rumah anda.

Rosly Yusof





JENIS APAKAH KERAJAAN YANG KITA ADA SEKARANG?

 

Sejak darurat dikuatkuasakan, Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin setakat ini telah melakukan empat pindaan undang-undang.

Pertama – pindaan undang-undang yang membolehkan kompaun melanggar SOP dinaikkan sehingga RM10 ribu.

Kedua – pindaan undang-undang berkaitan berita tidak benar berkenaan darurat di mana nilai samannya dinaikkan sehingga RM100 ribu.

Ketiga – pindaan undang-undang yang membolehkan kerajaan menambah perbelanjaan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan milik negara tanpa kelulusan Parlimen.

Keempat – pindaan undang-undang berkaitan Kumpulan Wang Amanah Negara atau KWAN yang membenarkan kerajaan menggunakan wang amanah tersebut untuk perolehan vaksin dan program imunisasi.

Pindaan pertama dan kedua dilakukan bertujuan menekan dan menyusahkan rakyat.

Pindaan ketiga dan keempat pula bertujuan menyenangkan hidup Mahiaddin.

Untuk berbelanja apa sehingga Mahiaddin memerlukan tambahan wang menggunakan dana negara dengan bebas?

Tentang dana KWAN, kenapa diperlukan dana amanah untuk vaksin lagi, walhal peruntukan RM3 bilion sudah diluluskan dalam Belanjawan 2021?

Suntikan vaksin pun perlahan dan peruntukan RM3 bilion belum habis dibelanjalan, kenapa tiba-tiba wang amanah KWAN yang mahu dijarah?

Kesimpulannya, dengan empat pindaan tersebut, jenis apakah kerajaan dan Perdana Menteri yang kita ada sekarang?


 (Shahbudindotcom 22/04/2021)





((ULANGSIAR)) UMNO+PUTRA+PH DI KELANTAN? VISI TUMBANGKAN PAS!

[[LIVE]] 22.4.2021 Permohonan cabar darurat Anwar ditolak mahkamah. Kera...

TARIK SOKONGAN? 25hb NI PENENTU UMNO/PECAT ANNUAR MUSA & SHAHIDAN KASSIM...

Dr Mujahid & Muhammad Faiz Fadzil: Penjajaran PRU15, Apa Pilihan Rakyat?

RENTASAN 874 | PANAS!!! #KERAJAANGAGAL PETANDA RAKYAT KECEWA, TOLAK KERA...


MENARIK DALAM RENTASAN 874
1. KEBEBASAN BERSUARA MALAYSIA MERUDUM 2. PENGISYTIHARAN DARURAT TERUS DIPERTIKAI 3. KEPADA SIAPA HARUS RAKYAT MENGADU? 4. SEMAKIN LAMA BEBAN SEMAKIN BERAT


TUN M: SIAPA PENYANGAK?

 

Ada kajian kata Mahathir dah tak popular dalam kalangan rakyat, PH digesa  cari strategi baru


 BOB KELANANG


Tun M kata dia sedia kerjasama dengan PN di PRU ke 15. Asalkan tidak ada individu yang digelarnya “penyangak".

Dia dakwa seluruh rakyat Malaysia tahu susuk tubuh "penyangak" yang dimaksudkannya. Semua orang tahu dia tuju kepada Najib.

Sebenarnya Tun M amat takut dengan Najib. Najib adalah penghalang utama agenda besar beliau untuk naikkan Mukriz sebagai Perdana Menteri.

Paling Tun M tidak tahan ialah dalam semua survey populariti, Najib tetap nombor satu. Mukriz tidak masuk senarai. Tun M pula dalam senarai terbawah.

Tetapi baguslah kalau PN terima Tun M balik. Hamzah Zainudin pun cakap PN sedia terima sesiapa pun termasuk Tun M. Sekarang ini PN akan terima sahaja kaki lompat.

Untuk pengetahuan Tun M, dia tidak perlu bimbang susuk tubuh Najib ada dalam PN. UMNO tidak akan bekerjasama dengan PPBM di PRU ke 15. Itu keputusan MKT.

Bahkan UMNO juga buat keputusan di PAU 2020 iaitu akan keluar daripada Kerajaan PN.

Maka kalau Tun M mahu masuk PPBM atau PN masuklah. Rakyat sudah kenal susuk tubuh badan beliau.

Lagi cepat dia masuk PN, lagi cepat PN masuk kubur. Itu yang berlaku kepada PH.

#KerajaanGagal

 

KERANA KERAP MENGHUKUM MUSUH POLITIK, KINI JELAS TUHAN TUNJUKKAN BUKTI

 

- CATATAN DHUHA -


Pada dasarnya ana setuju dengan knyataan ini kecuali dgn satu golongan iaitu PAS... Ini hujah ana:

PAS adalah parti penunggang agama. Segala tindak tanduk mrk adalah merujuk kpd "hukum hakam" yang mereka cipta untuk kpentingan politik mereka. Bila sebut hukum hakam tentulah ianya berkenaan halal, haram, dosa dan pahala. Lebih teruk lagi ianya melibatkan akidah.

Pernah dlu satu ketika, UMNO dihukumkan KAFIR krn perbezaan politik. Bgmana seorg kafir boleh mnjadi saudara seagama..? Tanpa menarik balik "hukum" tersebut, UMNO jd saudara pulak skg ini krn sama2 dh jd kerajaan.

DAP yg didlmnya ramai terdpt ahli2 dikalangan org Melayu Islam pun dicop sbg KAFIR HARBI oleh sesetengah lebai2 penunggang agama PAS dan seluruh walaunnya, kununnya DAP tolak hudud. Jd, mana mungkin ahli2 DAP boleh jd saudara seagama dgn mrk..?

Malah yg terbaharu ahli2 Amanah yg keluar dari PAS 4 tahun lps. Mrk mendakwa, ahli2 PAS yg keluar dari PAS spt "merungkai rantai Islam dari leher" dan kami semua dicop sbg "munafiq haraki" dan digelar dgn pelbagai gelaran oleh PRESIDEN PAS sndri, malah beliau pernah mnjadi Naib Ketua Ulama Sedunia satu ketika dlu...

Oleh itu bgaimana PAS boleh anggap mrk yg tidak sealiran dgn fahaman dan perjuangan mrk itu sbg saudara seislam mrk..?

Tanpa kita sedar, inilah golongan khawarij moden yg ghuluw dlm beragama...

Rasulullah ï·º bersabda:

"Akan muncul diantara umatku, kaum yang membaca Al-Quran, yang mana bacaan kamu tidak ada nilainya dibandingkan dengan bacaan mereka, dan solat kamu tidak ada nilainya dibandingkan dengan solat mereka, dan puasa kamu tidak ada ertinya dibandingkan dengan puasa mereka, mereka membaca Al-Quran sehingga kamu akan menyangka bahawasanya Al-Quran itu milik mereka sahaja, padahal sebenarnya Al-Quran itu akan melaknat mereka. Tidaklah solat mereka melalui kerongkongan mereka, mereka itu akan memecah agama Islam sebagaimana keluarnya anak panah daripada busurnya ”

(Sahih Muslim/ 2467, Sunan Abu Daud/4748 ).

Wallahu a'lam bissawab...

Nukilan

Al Syeikh Al Fadhil Al Ustaz Ayahanda Bunga PU Al Azhar Ibnu Ismail

8.10am

Muar

May be an image of text that says "APA PUN PERBEZAAN PENDAPATAN DALAM ISU POLITIK. KITA TETAP BERSAUDARA BERSAHABAT"





TIDAK WAJAR PELAJAR SEKOLAH DIPERTARUHKAN KERANA KEGAGALAN

 May be an image of 1 person and text that says "Norman Radzuan 19 Feb Tiada kerjasama antara KPM dan KPTM TAK WAJAR ANAK2 KECIL DIPERTARUHKAN... Keputusan KPM dan KPTM membenarkan sekolah dan IPTA bermula pada tempoh yg sama tidak tepat. la hanya akn membuatkan pergerakan agresif di dlm masyarakat. Keputusan ini dilihat seperti tiada komunikasi melibatkan kedua kementerian yg saling berkaitan. Ini kerana keduanya melibatkan ibu bapa. Dalam masa sama ada anak yg mahu dihantar ke IPTA dan ada anak yg mendaftar persekolahan. Bukan sahaja m... See more 303 35 comments 33 shares"


Sudah dimaklumkan KPM & KPTM...degil dan sombong

 

SEKARANG BARU KITA SEDAR DAN MAHU UTURN

 

19 Februari dulu saya antara yg menentang anak2 kita diarahkan ke sekolah oleh KPM dan KPTM. Alasan kes masih tinggi, pergerakan jutaan anak serta ibu bapa dan vaksin baru bermula. Sebab itu juga beberapa hari lepas saya syorkan KKM menasihatkan kerajaan jgn izinkan rakyat pulang berhari raya.

Lihat sekarang di Kelantan sendiri kluster atau kes yg paling tinggi disumbangkan di sekolah2. Memang tidak pelik ia akan berlaku... apa nak kita harapkan anak berusia 7-12 tahun ingin melakukan perjarakan sosial.

Hari ini berita... sibuk ibu bapa minta KPM dan KPTM menutup sekolah. Kenapa dulu tak mahu bersuara? Skg bila kes di sekolah melonjak di kebanyakkan tempat kita mula bimbang. Nak harap Menteri kerajaan ini... beritahu siapa mereka yg bijak?

Media pula tidak menjalankan tanggungjawab sosial mereka. Mengapa media 2 bulan lalu tidak berperanan seperti skg sibuk nak interview ibu bapa? Menjadi pengampu kerajaan ?

Tak perlulah juga media sibuk bertanya komen Profesor2 Kangkung yg dilihat lebih mengampu... bila kes naik mulalah beri komen mcm bijak2 sahaja. Dulu setuju dgn Menteri...Ini semua poyo ! Patut Profesor2 sarankan kpd kerajaan pelaksanaan Pdp ( belajar dari rumah ) yg lebih serius ketika itu. Ini baru diperkenalkan dah minta anak2 ke sekolah...hanya menghabiskan duit rakyat!

Saya ada mengesyorkan kerajaan mulakan dgn IPTA sahaja dahulu. Anak2 kita boleh dimulakan paling awal selepas hari raya. Atau boleh dilanjutkan dan dimulakan secara berperingkat. Dahulukan pelajar Tingkatan 5 dan 6 sahaja. Mengapa perlu tergesa gesa.

Jadi mesej di sini kpd kita... redhalah utk kita dihalang rentas negeri utk pulang berhari raya. Jgn kerana keseronokkan dan kerinduan 3 hari itu mudaratnya 3 bulan kita merana lagi bila dikenakan PKP.

Bersyukur sahajalah ekonomi boleh dibuka. Peniaga2 kecil boleh berniaga, sektor pelancongan dlm negeri boleh dibuka sekaligus keluarga yg terlibat bekerja dlm industri ini masih boleh bekerja.

Kita perlukan hingga penghujung tahun ini utk bertahan atau bersabar. Biar 70% rakyat kita divaksinkan dahulu. Saya juga berharap menjelang Ogos ini rentas negeri akn dibolehkan untuk rakyat Malaysia.

Sekali lagi saya katakan Menteri Pendidikan patut bertanggungjawab bukannya pelajar atau ibu bapa pelajar yg disaman. Mereka mana ada alat ujian Covid19. Org kampung pula mana mampu nak pergi buat ujian Covid19 yg kebanyakkan diambil kesempatan oleh klinik2 swasta dgn caj melampau.

KKM mesti beritahu pihak berkuasa byk kes positif adalah mereka yg tiada simptom. Jgnlah hukum rakyat atas kelalaian pemimpin menguruskan pandemik ini. Parlimen tutup sekolah disuruh buka... stupid. Maaf malam ini sedikit emosi.

 


KERAJAAN GAGALIS...KAYANGAN LAIN, MARHAEN LAIN


IBRAHIM MAT ISA

Khabarnya ada sekumpulan pelajar dekat sebuah kolej di negeri Perak sampai kena hambat untuk disaman oleh penguatkuasa sebab langgar SOP dua hari semalam.



 



Terkini! Kerajaan PN lulus undang-undang baru, boleh guna dana RM16.9 billion berkuat kuasa serta merta

 

Terkini! Kerajaan PN lulus undang-undang baru, boleh guna dana RM16.9 billion berkuat kuasa serta merta

Kerajaan meluluskan ordinan darurat baharu yang meminda Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 untuk membolehkannya digunakan bagi pembelian vaksin dan perbelanjaan berkaitan, berkuat kuasa serta merta.

Dana yang ditubuhkan pada 1988 dan diuruskan Bank Negara Malaysia itu dilaporkan mempunyai aset bernilai RM16.9 bilion setakat akhir 2017, dengan Petronas sebagai penyumbang paling penting.

Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021 menambah subseksyen baharu kepada Seksyen 6 Akta Kumpulan Wang Amanah Negara, yang menyatakan dana itu boleh digunakan untuk “pembelian vaksin dan perbelanjaan berkaitan bagi epidemik sebarang penyakit berjangkit seperti dikhususkan di bawah Akta Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)”.

Dana itu merangkumi sumbangan daripada negeri yang meraih sebarang bentuk royalti daripada petroleum atau sumber asli yang semakin habis, atau mana-mana pihak berkuasa yang perniagaannya termasuk penyelidikan atau pembangunan sumber seumpama itu.

Lewat bulan lalu, kerajaan mewartakan ordinan yang membolehkan perdana menteri, ketua menteri atau menteri besar melululuskan belanjawan tambahan dan menggunakan dana disatukan tanpa kelulusan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri masing-masing ketika tempoh darurat.

Ia berkuat kuasa serta-merta dan dikritik pelbagai pihak kerana tiada semak dan imbangan terhadap penggunaan dana negeri.

Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat pada 11 Jan sebagai langkah membendung wabak Covid-19 yang semakin buruk, dan menggantung Parlimen serta Dewan Undangan Negeri sejak itu.

Darurat dijangka berlanjutan sehingga 1 Ogos atau lebih awal bergantung kepada keadaan wabak di negara ini. .







4 Ordinan Darurat telah diwarta sejak darurat bermula

 

4 Ordinan Darurat telah diwarta sejak darurat bermula


Senarai ordinan Darurat yang diwarta sejak darurat bermula:

1. Naikkan saman SOP ke RM10k
2. Naikkan saman berita palsu ke RM100k
3. Gantung akta kewangan supaya kerajaan boleh pinjam dan belanja sesuka hati.
4. Pinda akta KWAN supaya kerajaan boleh korek Tabung Amanah masa depan negara

Ingat dorang akan guna kuasa darurat untuk ordinan yang arahkan bank-bank beri lanjutan moratorium pinjaman 6 bulan secara pukal dan secara automatik.


Tapi belum menjadi.

Najib Razak



83 kluster sektor pendidikan.


Sudah acap kali saya ulang tentang persediaan sekolah-sekolah untuk menerima kemasukan pelajar pada awal bulan Mac lepas. Hal wabak pandemik cukup merunsingkan saya.
Saya tidak pernah melarang sekolah dibuka, tetapi persediaannya harus rapi.
Guru-guru perlu dibekalkan dengan modul atau SOP menguruskan kelas. Sekolah perlu diberikan bahan pencegahan wabak.
Bayangkan apabila kerajaan membuat keputusan untuk membuka sekolah tanpa persediaan rapi mencegah COVID-19. Akhirnya, yang merana adalah murid sekolah dan guru-guru.
Sekarang apa tindakan lanjut Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan?
Adakah sekolah akan ditutup semula? Jika tutup, adakah para pelajar akan kembali belajar secara online dan sejauh mana persediaan negara untuk buat kelas online?
Jika sekolah dibuka, apa pula rancangannya?
Setiap hari ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah akan terpaksa membuat pertimbangan untuk mendedahkan anak mereka dengan wabak pandemik dari kluster pendidikan. Sebab itu kita lihat berita ada ibu bapa dari sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur memilih untuk tidak hantar anak ke sekolah. Inisiatif sendiri perlu dibuat.
Menteri pula masih lagi dalam mesyuarat, bengkel, berjumpa orang politik dan sebagainya.
Sudah lebih setahun wabak pandemik ini berlaku. Saya lihat masih belum ada apa-apa perubahan yang baik dalam pengurusan sekolah waktu pandemik oleh Menteri.

AZMIN DIBONGOKKAN OLEH NETIZEN


ROZY RAZIT

Hari bumi ni untuk selamatkan bumi la vongok.. Bukan ko ajak orang pi melombong untuk dapatkan sumber hasil bumi..

Halah bebalnyaaaaa


May be an image of 1 person, standing and text that says "Mohamed Azmin Ali AzminAlı Malaysia adalah sebuah negara yang bertuah kerana kaya dengan sumber hasil bumi mineral dan batuan berharga yang telan melalui proses geologi lebih jutaan tahun lamanya. Translate Tweet 11:24 22Apr21 Twitter for Android"

NAMA PUN TEBUK ATAP....GITU LAH NASIB GURU GURU

 May be an image of text that says "Tweet Kaneko Fumiko @duchessofgp Tahniah cikgu kerana berani berkata benar. Saya bangga dengan cikgu #KerajaanGagal Translate Tweet Meor Ahmad Faisal KPM kena bersedia sediakan peralatan utk pdpr ni untuk guru, tapi buat bodoh je..tau nak bagi arahan itu ni..prasarana pon x cukup. malu..cikgu bekerja guna harta sendiri, internet sendiri bagai, abes apa fungsi no 1 kpm tu Ade ke polis masuk keje bawak pestol sendiri, askor masuk keje bawak peluru sendiri, nurse masuk keje bawak picagari sendiri? Cikgu, nak keje, serba serbi sendiri..ada menteri pon tiada kegunaan. Tweet your reply"

KAH..KAH.......ATOK SAKA TU PRESIDEN PARTIMANA PULAK

 

Benarkah? Semua Presiden parti dijemput, tapi yg hadir Presiden Amanah saja? Dan, seorang tua yg bukan Presiden parti (tiada parti kerana tidak diluluskan) bahkan orang tua ini lah pengkhianat yg menjadi punca kerajaan mandat rakyat tumbang. Orang tua ini sengaja letak jawatan untuk pengkhianat lain rampas kuasa. Selagi seret orang tua ini, tiada siapa respek usaha kamu.

W.FAUZDIN


May be an image of ‎one or more people, people standing and ‎text that says "‎MALAYSIA MD dateline HOME BERITA VIDEO April 22, 2021 5:21 AM RENCANA Sumbangan Iklan ANK AR بن "Kita jemput semua presiden parti, bukan Mahathir seorang" Oleh NASUHA RAHMAN/ April 21, 2021‎"‎‎





Masjid ditutup, Mall dibuka, Asri Janggut kecewa pemimpin PAS berdiam diri.




40 minggu anak Asri janggut tidak dapat solat jumaat, masjid tidak boleh pergi sedangkan kata beliau, beliau boleh membawa anaknya ke mall atau ke mana saja, tetapi tidak boleh dibawa ke masjid. Asri Janggut berasa kecewa dengan pemimpin PAS, perjuangkan Islam apa kalau benda macam ni pun tidak boleh perjuangkan kata beliau.





Tular video penyokong persoal pemimpin PAS, kenapa bila dah jadi kerajaan diam membisu

Tular video penyokong persoal pemimpin PAS, kenapa bila dah jadi kerajaan diam membisu




Hakim tidak berat sebelah, ikut undang-undang ketika jatuhkan hukuman kepada Najib

 

Ridauddin Daud
Hakim tidak berat sebelah, ikut undang-undang ketika jatuhkan hukuman kepada Najib
Datuk V Sithambaram memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa beliau berasakan tindakan pasukan peguam bela Najib menyerang Mohd Nazlan adalah salah. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali tidak bersikap berat sebelah ketika menjatuhkan hukuman kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan kes dana SRC International Sdn Bhd.
Timbalan Pendakwa Raya Ad-hoc, Datuk V Sithambaram memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa beliau berasakan tindakan pasukan peguam bela Najib menyerang Mohd Nazlan adalah salah.
Tegasnya, Mohd Nazlan hanya menjalankan tugas mengikut undang-undang dan berpandukan kepada bukti dan saksi yang dibawa ke mahkamah.
"Tiada asas untuk mengatakan hakim adalah 'pendakwa raya kedua' atau benar-benar tidak kompeten.
"Penyerahan (dokumen kepada hakim) ini dibuat untuk menyelamatkan integriti penilaian kehakiman dan konteks yang lebih luas, untuk memastikan bahawa pentadbiran keadilan tidak dengan cara apapun dipertikaikan," katanya.
Beliau berhujah di hadapan tiga panel hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil di Putrajaya pada Khamis.
Dua lagi ahli panel bagi prosiding rayuan itu ialah Datuk Vazeer Alam Meera Mydin dan Datuk Has Zanah Mehat.
Tambah Sithambaram, kes melibatkan Ahli Parlimen Pekan itu adalah kes penting dan masyarakat mengikuti kes berkenaan.
Tegasnya, ia memberikan imej yang tidak baik apabila hakim dikatakan berat sebelah dan tidak kompeten sedangkan tuduhan sebegitu tiada asas.
"Perayu (Najib) menyerang penghakiman dan mendakwa ia berat sebelah.
"Saya pasti itu semua (dakwaan) adalah tidak benar," tegasnya.
Pada 28 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib atas pertuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa membabitkan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International.
‪Keputusan disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Najib didapati bersalah di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mahkamah mendapati pasukan pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pasukan pendakwaan bagi tuduhan salah guna kuasa.



Nadira Isaac sekolahkan netizen yang tuduh hidup mewah kerana dibela Sugar Daddy

 

Panas! Nadira Isaac sekolahkan netizen yang tuduh hidup mewah kerana dibela Sugar Daddy

BARU sahaja tular foto seksi bersama pendakwah bebas Pencetus Ummah Amin (PU) Amin, kini usahawan muda yang juga personaliti media sosial, Nadira Isaac didakwa kononnya ‘menjual tubuh’ untuk hidup mewah.

Dakwaan ini seolah-olah benar apabila dalam usia muda Nadira atau nama sebenarnya Nurul Nadira Kamarul Nizam,21, sudah mempunyai produk kecantikan sendiri iaitu Troieka.

“Kalau ada yang cakap asal seksi saja, mesti jual tubuh. Saya bukan jenis macam tu.

“Ya, saya seksi. Saya memang macam ni. Saya adalah diri saya. Saya takkan ubah imej saya hanya kerana mulut orang. Siapa yang kenal saya, mereka tahu perangai saya macam mana.

“Tak semestinya kalau perempuan pakai seksi dia ‘murah’, tak ada kerja atau dibela.

“Apa-apa pun saya harap netizen doakan saya. Kita tak tahu, apa penghujung diri saya kan.

“Mungkin sekarang saya seksi, akan datang kita tak tahu apa akan berlaku. Netizen yang tuduh saya macam tu (jual tubuh), kena kenal saya dulu, baru tahu saya ni seorang yang macam mana,” luah Nadira Isaac pada majlis berbuka puasa dan pelancaran produk Troieka yang diadakan di sebuah hotel terkenal di Kuala Lumpur.

Menyentuh tentang dirinya yang mempunyai produk kecantikan sendiri dalam usia muda, Nadira menjelaskan semua itu adalah hasil titik peluhnya sendiri.

Difahamkan, Nadira memperuntukkan modal sebanyak ratusan ribu untuk memulakan perniagaan produk ini.

“Kalau nak tahu saya ni memang jenis yang kedekut kerana saya suka menyimpan. Sejak saya berniaga (jual produk) sebelum ini, saya hanya akan guna 10% sahaja daripada hasil jualan yang saya dapat.

“Saya juga seorang yang akan buat apa sahaja yang saya nak buat (produk). Tak kisah jadi atau tidak, saya nak buat juga.

“Alhamdulillah dalam masa dua hari kami dapat jual 5000 kotak walaupun produk baharu,” ujarnya lagi yang menafikan dakwaan dia mampu hidup mewah kerana dibela sugar daddy.

“Ada yang cakap macam-macam pasal saya. Ada yang cakap saya ni seksi, penunggang agama, kau ni bila nak M4ti? dan yang cakap saya ada sugar daddy.

“Tak adalah. Bagi saya untuk ada sugar daddy tu tidaklah, tapi kalau nak ada kekasih kaya, kenapa tidak?

“Saya sendiri pun tak nak lah spedo (bela) jantan walaupun dia lelak mat saleh. Kalau sado, hensem atau mata biru sekalipun saya takkan spedo,” tambahnya lagi.

Terdahulu Nadira dikaitkan kononnya sengaja memuatnaik gambar bersama PU Amin sebagai salah satu cara untuk melariskan lagu produknya. –





BAIK TAK PAYAH JADI MENTERI DAN ADA KERAJAAN...TENGOK LEBAI PAS...SEAMBE JE TIPU WALAUN

 

Menteri kata kenaikan harga makanan ternakan diluar kawalan kerajaan

Menteri kata kenaikan harga makanan ternakan diluar kawalan kerajaan

Kenaikan harga makanan ternakan di pasaran antarabangsa menyebabkan penternak ayam berdepan kos tinggi bagi mendapatkan bekalan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee, berkata kenaikan harga itu luar kawalan kerajaan kerana harga makanan ternakan seperti jagung dan kacang soya semakin meningkat di pasaran dunia.

Katanya, sebagai antara komponen penting dalam penternakan ia memberi kesan kepada penternak ayam.

“Kenaikan harga makanan haiwan ini sudah berlaku sejak empat hingga lima bulan lalu dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga sudah mengambil langkah bagi menetapkan harga ayam pada RM6.80 sekilogram melalui Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021 yang dilancarkan semalam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program pengagihan bubur lambuk Kementerian Pertanian dan Industri Makanan sempena Ramadan di kementeriannya di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri I, Datuk Seri Ahmad Hamzah, Timbalan Menteri II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Haslina Abdul Hamid.

Ronald berkata, pemain industri perlu mematuhi harga kawalan ditetapkan dan pengawalan harga juga perlu dibuat dalam rantaian industri.

Beliau berkata, pihaknya bersama-sama KPDNHEP mengadakan perjumpaan dengan pemain industri untuk mengambil tindakan bagi mengatasi masalah harga runcit ayam termasuk mencadangkan penambahan permit import (AP) ayam.

“Apa juga tindakan ia harus dibincang di peringkat dasar dan tindakan yang diambil itu nanti perlu menguntungkan industri keseluruhannya,” katanya.

Ahad lalu, media melaporkan, kenaikan harga makanan ternakan iaitu soya dan jagung yang diimport dari Argentina dan Brazil antara punca menyumbang kepada peningkatan harga ayam di pasaran.

KPDNHEP, dalam satu kenyataan media, memaklumkan analisis awal mendapati kenaikan harga makanan ternakan itu menjejaskan harga ayam dalam rantaian bekalan daripada peringkat ladang ke pemborong, peruncit dan pengguna.

Menyentuh masalah kelewatan bekalan benih padi di utara Semenanjung, Ronald berkata, masalah itu akan diselesaikan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dalam masa terdekat.

Katanya, NAFAS turut mencadangkan penukaran antara 50 hingga 60 peratus varieti MR297 kepada varieti MR219 bagi menampung keperluan benih padi sah semasa.

“Sekiranya cadangan penukaran benih padi ini dipersetujui, penghantaran akan diatasi dalam tempoh seminggu,” katanya.

Terdahulu, Ronald mengagihkan bubur lambuk kepada kakitangan kementerian, manakala sebahagian daripadanya dijadikan menu iftar kakitangan bersama 50 pelajar Tahfiz Maahad Darul Muqri Rawang dan Maahad Tahfiz Addirasah Seremban. /



MAHIADDIN KINI LEBIH BAHAYA DARIPADA NAJIB, MENJATUHKANNYA SUDAH JADI SUATU KEWAJIPAN

 

Pada 31 Mac lalu, kerajaan telah mengemukakan pindaan Ordinan Darurat yang memberikan kuasa kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk menambah perbelanjaan tanpa melalui kelulusan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Pindaan itu memberi kuasa sepenuhnya kepada kerajaan untuk berbelanja tanpa had dan tanpa dibentang, dibahas dan dipantau oleh Dewan Rakyat yang diwakili oleh Ahli-Ahli Parlimen yang dipilih melalui pilihanraya.

Dengan itu, kebimbangan ramai bahawa darurat yang dicadangkan Mahiaddin Md Yasin memungkinkan ia disalahgunakan dan tidak khusus untuk menangani Covid19 mula menampakkan ada asasnya.

Mengguna dan membelanja wang negara tanpa kelulusan Parlimen, tidak mustahil juga dilakukan secara sesuka hati, adalah pencerobohan paling besar dari segi amanah dan kebertanggungjawaban bagi sesebuah kerajaan.

Boleh mengambil wang sesuka hati dan boleh juga berbelanja sesuka hati tanpa perlu membentangkannya ke Parlimen di ketika sokongan majoritinya telah tiada, bolehkah Mahiaddin dipercayai akan bersikap jujur dan berwatak seperti malaikat dari segi penggunaannya?

Semalam pula, satu lagi pindaan Ordinan Darurat berkaitan kewangan telah dilakukan Mahiaddin iaitu dengan meluluskan undang-undang untuk menggunakan dana daripada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) bagi perolehan vaksin dan perbelanjaan berkaitan program imunisasi kebangsaan.

Menurut Akta KWAN 1988, dana kumpulan itu dibayar melalui Kumpulan Wang Disatukan dan daripda royalti Petronas.

Dalam ulasanya, bekas Perdana Menteri, Najib Razak menjelaskan, objektif penubuhan KWAN adalah untuk memastikan penggunaan optima hasil sumber-sumber asli negara yang menyusut agar dapat memberi sumber pendapatan yang berterusan dan stabil demi faedah negara dan generasi akan datang.


Katanya, berdasarkan peruntukan Akta KWAN 1988, pihak-pihak yang wajar membuat sumbangan termasuklah Petronas atau sumber-sumber menyusut yang lain dan pihak yang terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan sumber-sumber alam semulajadi.

“Sejak ditubuhkan, hanya pernah ada satu pengeluaran dibuat kerajaan melalui KWAN iaitu sebanyak RM42 juta untuk projek pemeliharaan tanah dan ekosistem Wetland Sanctuary di Putrajaya.

“Masa saya PM, tiada pengeluaran pernah dibuat daripada KWAN,” tambah beliau.

Menurut Najib lagi, saiz dana KWAN telah berkembang hampir 4 kali ganda dari RM4 bilion menjadi lebih RM16 bilion pada akhir tahun 2017 berikutan hasil sumbangan yang tinggi daripada Petronas serta pulangan pelaburan yang semakin meningkat.

Persoalan di sini, untuk apa dana KWAN mahu dikorek bagi perolehan vaksin dan program imunisasi, sedangkan peruntukan RM3 bilion sudah diluluskan untuk membeli vaksin pada Belanjawan 2021 yang lalu?

Betulkan dana KWAN itu mahu diambil untuk vaksin dan imunisasi?

Apakah jaminan ia bukan dijarah untuk perkara-perkara lain bagi kepentingan politik Mahiaddin, khusus untuk mengekal dan mempertahankan kuasanya?

Hanya dalam tempoh kira-kita dua bulan saja setelah darurat dikuatkuasakan, sudah dua pindaan undang-undang berkaitan kewangan dilakukan Mahiaddin yang berselindung di sebalik proklamasi darurat.

Tanpa ragu-ragu lagi ini adalah tanda paling bahaya sedang menerpa negara kita.

Menjelang 1 Ogos akan datang, tidak mustahil lebih banyak lagi pindaan akan terus dilakukan oleh Mahiaddin dengan menggunakan hujah serta alasan darurat juga.

Akhirnya apa jadi kepada negara kita ini?

Apakah seorang Perdana Menteri boleh terus dengan bebas melakukan apa saja kepada negara ini dalam tempoh Parlimen digantung?

Yang nyata, hanya dengan dua pindaan tersebut saja, Mahiaddin kini sudah boleh dianggap lebih bahaya berbanding Najib dahulu.

Jika Najib dahulu dikatakan merbahaya kepada masa depan negara kerana skandal 1MDB, sebaliknya Mahiaddin kini dengan dua pindaan undang-undangnya yang memberinya hak mengguna dan berbelanja wang negara sesuka hati itu, beliau boleh terdedah kepada perlakuan yang mungkin 10 kali lebih besar daripada 1MDB.

Ibarat seseorang yang boleh mengambil dan berbelanja sesuka hati wang yang bukan miliknya tanpa boleh disoal dan ditanya oleh sesiapa, tidakkah ini sebesar-besar bahaya sedang mengancam kita semua?

Maka itu, sebagaimana rakyat Malaysia telah bersatu hati menjatuhkan Najib pada PRU14 lalu, menumbangkan Mahiaddin, baik melalui tekanan yang berterusan atau menunggu pengundian dalam pilihanraya akan datang, keperluannya sudah dikira suatu kewajipan.

Tidak harus ada kompromi langsung kalau kita tidak mahu anak cucu kita semua merempat dan mereka tiada masa depan lagi meneruskan kehidupan di negara ini. 


(Shahbudindotcom 22/04/2021)