PENDUDUK PERMATANG PAUH SOKONG ANWAR

Permatang Pauh merupakan kawasan yang mempunyai seramai 58,449 pengundi berdaftar dimana Kaum Melayu adalah seramai 39,922(68.51%) pengundi,Cina 14,450(24.80%) pengundi Cina dan seramai 3663 (6.29%)pengundi kaum India ,lain-lain bangsa 239 (0.41%).Manakala jika dikaji profil pengundi mengikut umur pula adalah seperti berikut antara 21-35 tahun adalah berjumlah 15.371%(26.30%) , berumur antara 36-60 sebanyak (58.17%) dan 61 ke atas 9.079 (15.53%) menunjukkan kematangan politik pengundinya antara 40an ke 60an yang akan menjadi penentu.Manakala pecahan mengikut jantina pula ialah lelaki 28,870 (49.39%) dan perempuan pula adalah sebanyak (50.61%)

Menurut Pn Normah binti Mat 43 ,pengundi saluran 4 penduduk asal kampong Kuala Mengkuang ini, perletakan jawatan DSWA adalah kena pada tempatnya kerana inilah masanya beliau memberi peluang kepada DSAI yang dahulunya menjadi wakl rakyat Permatang Pauh ini sejak 1982.Anwar begitu sebati dengan penduduk Permatang Pauh dan dijangkakan bahawa DSAI akan mendapat lebih lagi undi terutamanya undi simpati kerana kerajaan UMNO menuduh beliau “meliwat’. Ini menjadikan penduduk Permatang Pauh benci dan marah kepada pimpinan UMNO kerana pertuduhan itu tidak dipercayai penduduk malah masyarakat Permatang Pauh merasakan bahawa kerajaan sengaja ingin mengenakan beliau.”Kenapa pilih liwat,itu sudah keterlaluan dan amat memalukan. Adakah kerana tidak ada pertuduhan lain . Anwar bukan seperti pimpinan UMNO yang lain yang banyak megamalkan rasuh”. Jelas Puan Normah Mat lagi.Beliau yang mengusahakan kedai memperbaharui lessen kenderaan dan sekolah memandu di pekan Penanti menambah kata bahawa beliau yakin undi simpati kepada DSAI akan menjadikan pertambahan bilangan undi yang telah dimiliki oleh Wan Azizah.

Ibrahim bin Darus 70 saluran 1 Menurut En Ibrahim yang merupakan antara
veteran atau orang lama yang melihat dan mengalami beberapa kali pilihanraya sejak zaman Allahyarham Hj Zabidi mengulas bahawa terdapat tren penduduk Permatang Pauh untuk mengalih undi kepada kewibawaan calon,dan oleh kerana DSAI kembali ke kampong halaman beliau untuk bertanding adalah sukar untuk menggugat beliau di Permatang Pauh. “Pertuduhan ini amat memalukan masyarakat terutamanya orang Melayu. Saya sendiri tidak percaya dan kenapa UMNO memilih beliau dengan tuduhan meliwat.Jika kaum lain tidak percaya , maka mana mungkin orang Melayu percaya , kecuali penyokong UMNO, Ini adalah pertuduhan jahat dan UMNO jahat kalau buat begitu.”

Penduduk Permatang Pauh matang dalam berpolitik.Jangan mudah memperlekehkan mereka , dan menafikan kebenaran.Banyak rumah dah guna internet.Zaman pak cik dulu tak ada, tapi sekarang ni boleh dikatakan setiap rumah dah ada internet. Malah kadang kala kalau kita ke tempat lain pun kalau sebut nama Permatang Pauh orang kenal nama kawasan ini, dan penduduk Permatang Pauh ini terkenal dengan kelahiran seorang pejuang,malah kalau beliau mengambil alih parlimen Permatang Pauh pun kenapa UMNO sibuk malah adalah lebih baik UMNO menumpukan kepada parti mereka yang sudah ditolak oleh orang –orang Melayu.Beliau juga mempersoalkan kenapa pihak UMNO sibuk mempersoalkan Anwar Ibrahim untuk bertanding di Permatang Pauh.


En Too San Min 58 dari perkampungan Cina Kubang Semang pula menjelaskan bahawa pertuduhan kepada DSAI adalah satu pertuduhan yang di reka oleh pihak penguasa dan beliau tidak percaya Anwar buat.”Anwar tak buat,anak sudah 6 orang,ini kampong hari raya selalu dia mai punya jumpa orang kampong sini ”, katanya .Beliau yang merupakan Pengerusi Dewan Orang Ramai Cina Kilang Minyak Kubang Semang juga percaya sokongan orang Cina di kawasan ini sudah semestinya pada kaum Cina

Apabila ditanya pencalonan DSAI sebagai calon Permatang Pauh menggantikan Datuk Seri Wan Azizah beliau dengan bangga berkata”Biaq Anwar lawan,baru depa tau.Ini kati punya semua tipu, mau hentam duit saja.”,

Beliau juga menjelaskan bahawa DSAI selalu melawat kampong.”6 hari raya cina punya Anwar selalu datang sini.Dulu dia bagi semua,itu badminton ,sama dewan semua dia kasi punya.Sekarang sudah tak boleh guna punya” demikian jelas En Too lagi





En Mohd Noor Yusoff 47 dari Kampung Petani berkata bahawa pencalonan DSAI adalah tepat dan kena pada waktunya kerana Anwar kembali ke kampong halaman dan sudah tentulah orang Permatang Pauh akan menyokong beliau

“Dulu masa Anwar ada, kami nak jumpa pun payah,depa punya dok kepong,bila Anwar jatuh ,puak-puak ini juga la yang tinggai dia dan la ni dok mai kempen suruh kita sokong depa,tak kelapaq nak sokong depa,mati idup balik pun tak sokong UMNO”, demikian kata-kata beliau dengan nada marah.

Menurut En Mohd Noor lagi,pengundi Permatang Pauh ni sudah lama cerdik.Malah Pulau Pinang pun sudah maju.Kampung-kampung Melayu pun sudah maju dari kampong-kampung negeri lain.Orang ramai dah guna computer untuk baca berita-berita semasa.Beliau sentiasa mendapat maklumat dari anak-anak beliau dan juga jiran sebelah menyebelah kerana masing-masing punya ekses kepada internet.


“Boleh dikatakan 10 buah rumah di kampong-kampung 4-5 buah dah ada ekses internet kerana kegunaan anak-anak sekolah dan menghubungi rakan taulan. Betul bukan semua bahan dari internet betul tetapi kita boleh berfikir yang


Sementara itu seorang pengundi kaum muda wanita India Mageswary A/P Ballay 23 yang ditemui menjelaskan bahawa kaum India pun tak percaya dengan pertuduhan yang dikenakan terhadap DSAI,inikan pula nak suruh menyokong mereka.

“Saya ingat DSAI lagi baik, dia banyak orang luar negeri kenal sama dia ,sana arab punya orang pun banyak kenai sama dia ,jadi kalau dia jadi PM semua pelabur mau datang” demikian jelas Cik Mageswary lagi yang kini menjadi peminat mendengar ceramah DSAI disekitar Permatang Pauh .

Apabila ditanya berhubung dengan perletakan jawatan Wan Azizah, beliau berkata Wan Azizah pun baik juga, tapi kalau Anwar balik ke Permatang Pauh lagi baik, kerana ini akan memudahkan semua orang untuk sokong DSAI.Beliau dihormati semua peringkat di kawasan Permatang Pauh ini.Malah kami mengharapkan DSAI dapat membawa perubahan kepada kami kaum India kerana MIC tidak dapat membantu.

Beliau juga menjelaskan bahawa walau pun pertuduhan yang dikenakan kepada DSAI kini, rakyat tidak mengingati kes tersebut kerna dianggap tuduhan palsu.Dalam kempen jika dibawa kes tersebut pastinya akan memakan balik UMNO kerana dalam kaum India menuduh orang adalah perkara yang tidak baik dan kaum India tidak menyukai perkara seumpama itu.


Manakala seorang lagi pekerja Kamaruddin Bin Mohd Noor 38 yang berasal dari kampong Bagan Serai berdekatan dengan Pekan Permatang Pauh pula menjelaskan bahawa susasana ekonomi tidak bagus untuk orang yang bekerja kilang seperti beiau .”Orang mula berjimat dan barang keperluan sentiasa naik.Misalnya makan ayam yang dijual setiap bulan naik dan pengusaha ternakan ayam pula meminta kerajaan menimbangkan kenaikan harga ayam.Semua barang naik apabila minyak naik harga” kalau janji Anwar hendak menurunkan harga minyak ini sudah tentulah perlu diberikan sokongan supaya perniagaan dapat berjalan lancar dan orang boleh senang sedikit untuk berbelanja dan tidak hanya menumpukan kepada kenaikan harga minyak semata-mata."Kalau macam saya yang bekerja kilang jenuh juga la terpaksa membuat kerja lebih masa dan hilang tumpuan untuk melihat pelajaran anak-anak pada waktu malam.Belanja makan minum sama tetapi belanja kena lebih, malah masaalah kami dah lama kami mengadu kepada YB Ariff Syah, macam itu juga malah lagi teruk,nasib kampong kami pun tak berubah juga,masaalah banjir,bekalan air ,penggal ini orang kampong ini akan lebih lagi memberi sokongan kepada DSAI malah saya adalah timbalan ketua cawangan dan ahli JKKK kampong Bagan Serai yang baru di lantik.

Mengenai sokongan kepada Anwar Ibrahim , beliau sangat bersetuju agar Anwar dapat bertanding untuk memulihkan keadaan ekonomi sebagaimana janji beliau untuk menurunkan harga minyak.”Anwar janji mau menurunkan harga minyak , maka kerana itu kita perlu menyokongnya ,janji seorang pemimpin yang berani dan saya rasa beliau akan tetap menunaikan janji beliau selama beliau menjadi wakil Parlimen di kawasan ini dulu”,jelas En Kamaruddin lagi.



Sementara itu En Ponusamy A/L Nagasamy 40 , PJK yang berstatus JKK (PR) Kampong Bagan Serai menjelaskan bahawa di Seberang Jaya mempunyai seramai 3900 undi , kemungkinan kita mendapat 3400 undi adalah didalam tangan.Kalau dahulu kita jangkakan hanya 3000 undi sahaja , tetapi kini kita jangkakan akan mendapat 400 undi lebih kerana dari cula dan JDM yang telah dibuat ada pengundi baru kaum India yang bersama pakatan rakyat.

“Saya akan pastikan kaum India memberi undi kepada DSAI kerana beliau adalah tokoh besar dan bersimpati dengan nasib kami.Kalau dulu kami (kaum India)memberi komitmen kami kepada MIC, namun nasib kami berpuluh tahun macam ini juga.Beliau adalah Pengerusi JKK kampong Bagan Serai dekat Seberang Jaya .

Aapabila ditanya mengenai pencalonan DSAI sebagai calon, beliau mengulas bahawa kali ini sokongan yang akan diterima oleh DSAI akan bertambah kerana kaum India pastinya akan memberi kepada tokoh yang lebih berwibawa kerana DSAI adalah tokoh tempatan dan anak tempatan”kalau beliau masuk penjara,kita mau usung dia punya songkok saja”, demikian jelas saudara Ponusamy lagi.

Beliau yang menjadi JKK (PR) menjelaskan lagi bahawa baru sekarang beliau mengetahui bahawa selama ini UMNO/BN membahagikan semua kaum mengikut kaum masing-masing tanpa bercampur aduk ,kini saya dapati suasana lain,kami lebih rapat antara satu sama lain kerana dalam JKK sekarang terdapat berbagai kaum yang mewakili semua kaum.

“saya boleh memberi jaminan bahawa pada pilihanraya kali ini , undi untuk DSAI pasti akan lebih hebat lagi kerana kaum India akan pastinya memberi undi kepada DSAI .,malah saya telah memberitahu kepada semua kawan-kawan kalau dahulunya kita bagi undi 13000 sekarang kita mesti usahakan sehingga 20,000”jelas En Ponusamy lagi


Manakala En Govindasamy S/O Munusamy 39 .Pengundi saluran 3 yang bekerja sebagai Pegawi esekutif didalam sebuah syarikat Shipping line di Buterworth. Beliau yang tinggal di jalan Tenggiri Seberang Jaya yakin golongan pertengahan dan professional India yang ada di taman di Seberang Jaya akan menyokong DSAI kerana berpendapat bahawa

“kepimpinan beliau dan keberanian beliau dalam banyak hal berbanding pimpinan UMNO/BN yang lain.Beliau berani membuat keputusan demi rakyat,janji untuk menurunkan harga minyak bukan untuk individu, tetapi untuk rakyat, jadi tidak jadi masaalah beliau menjadi Perdana Menteri kerana semua ini dilakukan untuk rakyat termasuk juga untuk orang UMNO/BN dan MIC juga”, tegas En Govindasamy lagi.

“Selama ini kaum India memang mengharapkan MIC dapat membantu kaum India,malah kadangkala kita juga merasa curiga dengan kaum lain terutamanya kaum Melayu sebagai kaum utama,tetapi Pakatan Rakyat meroboh tembok ini kerana curiganya kita adalah kerana mainan politik MIC selama ini.Kini pergaulan dan hubungan sesama kaum makin baik dan rasa iri hati itu sebenarnya adalah mainan politik perkauman. Sokongan kaum India 100% kerana dari kecil lagi kami dah kenal DSAI malah pergerakan dan peraih undi sudah dalam keadaan bersedia” jelas Munusamy lagi.

Ditanya megenai pertuduhan terhadap DSAI, beliau menjelaskan bahawa”Orang jahat sahaja yang melakukan perbuatan tersebut.Kita tengok muka dia pun kita sudah kenai ,DSAI ini bukan jahat punya orag.Kita tau,kalau macam ini saya ingat undi untuk DSAI akan bertambah,sebab orang kesian sama dia”, demikian jelas En Govonsamy lagi.



En Bak Chu pula 62 dari perkampungan cina Kubang Semang juga menjelaskan bahwa beliau memang suka kalau Anwar bertanding. “Kasi dia masuk parlimen,boleh hentam kuat sikit maa,sini pun semua kaum cina mesti mau sokong sama dia.Kali ini dia boleh dapat lebih undi lagi”demikian jelas En Bak Chu yang merupakan ketua kaum Cina di perkampungan ini.

Apabila ditanya tentang fitnah yang dilemparkan kepada DSAI, beliau terus menyatakan bahawa “hai ya saya tau ini Anwar la.selalu masuk sini punya kampug bila hari raya cina punya.Dia bukan macam ni punya la.Lu tau .itu orang buat punya nanti mesti kena punya”

Beliau juga menjelaskan bahawa keadaan ekonomi amat susah sekarang.Semua barang naik bila minyak meningkat.”Anwar janji mau turun harga minyak, jadi kita mesti sokong sama dia masuk dewan.





Seorang lagi pengusaha tanaman rumput En LEO BENG ONG 43 menjelaskan bahawa beliau akan tetap mengundi DSAI dan akan mengarahkan rakan-rakannnya dalam satu kumpulan pengushaa tanaman rumput untuk mengundi DSAI.

”Dulu sudah undi dia punya bini, ini kali mau bagi sama Azizah punya laki”merujuk kepada DSAI.

Apabila ditanya tuduhan liwat kepada DSAI beliau tidak mempercayainya dan menyatakan bahawa “dia orang tak mau kasi dia pi dewan ma,ini orang kuat lawan punya..dia orang tak kasi di masuk dewan punya, itu pasai kita mesti mau kasi dia masuk dewan.itu pasai dia dituduh itu macam punya”

Menurut En Leo lagi BN tidak membenarkan Anwar masuk dewan kerana ini akan menyusahkan mereka. Anwar akan menjadi batu penghalang dan sudah tentu lah dia akan membela rakyat, dan atas alasan inilah beliau dituduh dengan tuduhan meliwat kerana hanya inilah satu-satunya jalan memburukan nama beliau.


Pn Gu Ling 82 dari perkampungan Cina kilang Minyak Sg Semambu Kubang Semang masih kuat dan sihat lagi adalah antara penduduk dan golongan orang lama dikampung. Beliau begitu fasih berbahaa Melayu dan bercakap bahasa melayu dengan fasih.menurut Pn Gu Ling lagi beliau diarahkan oleh ketua untuk mengundi DSAI.Anak-anak juga ada memberitahu supaya mengundi selain dari kati.

Apabila ditanya tuduhan liwat. Beliau yang tidak tahu perkara tersebut merasa hairan kenapa BN /Kati buat macam itu pada orang Melayu.”Sama-sama Melayu pun ada macam ini ka?beliau bertanya wartawan dengan hairan.Dia yang pernah melihat Anwar dulu masuk ke kampong tidak mempercayainya kerana mengenali Anwar dan isterinya Wan Azizah.

“Itu Azizah bukan dia punya binika? Apasai dia mau main lama laki?ada betoi ka ini atau tipu punya ?gua ingat ini politik punya pasai kot?”
Apa pun gua bagi sama Azizah punya laki”

Beliau berkata bahawa amat sukar untuk mempercayai Anwar berbuat perkara yang dianggap sebagai satu yang sukar untuk dipercayai.Ini adalah kerana ramai orang Permatang Pauh mempercayai dan mengganggap Anwar adalah pemimpin yang harus dihormati