KE MANA PERGINYA WANG ITU?




Sebagaimana yang didedahkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Parlimen hari ini, sejumlah RM18 bilion daripada akaun bayaran balik GST didapati telah diselewengkan.

Bayaran itu sepatutnya dikembalikan kepada peniaga dalam tempoh dua minggu selepas mereka memfailkan tuntutan.

Menurut Guan Eng, kehilangan wang itu disedari hasil pemeriksaan Jabatan Kastam dan audit dalaman yang telah dijalankan.

Ke manakah wang sebesar itu telah diselewengkan dan ke mana ia dibelanjakan?

Apakah ia semata-mata suatu pemalsuan akaun atau untuk menutup kesalahan lain?

Selama ini ramai pemimpin UMNO dan BN sibuk menyatakan GST adalah sistem cukai yang efisen, cekap dan kurang ketirisan berbanding SST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Adakah ia hanya cekap dan efisen dalam bab kutipan daripada rakyat semata-mata, tetapi tidak berkaitan wang yang berjaya dikumpulkan?

Sediakah Najib Razak selaku bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan era BN sebelum ini menjelaskan mengenai kehilangan wang itu?

Bayangkan apa terjadi kepada kehilangan wang itu sekiranya dalam PRU14 lalu rakyat tidak berubah dan BN masih lagi memerintah? (ShahbudinHusin 08/08/2018)

ANWAR SIHAT UNTUK JADI PRESIDEN PKR

PRK: DOAKAN ORANG CEPAT MATI BENGONG – ANWAR

KERTAS PUTIH MASALAH KEWANGAN FELDA AKAN DIBENTANG – AZMIN

KETENTERAAN MALAYSIA PALING LEMAH DI ASIA TENGGARA-VIDEO JET PILIHAN