70 BANTUAN KERAJAAN MADANI LAKUKAN. APA LAGI SEBENARNYA YANG DIMAHUKAN ?


 

UMNO PERLU JELASKAN ISU UEC

 


KITA LAWAN SEMUA KERUSI.


 

JANGAN BERLAKON LAH...SEMUA PARTI POLITIK PERNAH MENGIKTIRAF UEC...TETAPI UNTUK SEKOLAH AGAMA HANYA MADANI YANG MELULUSKAN


 

JANGAN JUAL AGAMA BANGSA UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI


 

PH TELAH JANGKAKAN AKAN USAHA UMNO TANDING SOLO


 

KONVENSYEN PAKATAN HARAPAN 2026 - UCAPAN MAJLIS PRESIDEN PH


 

PENGUMUMAN HALA TUJU POLITIK : Rafizi Ramli & Nik Nazmi


 

Rafizi, Nik Nazmi ambil alih Parti Bersama Malaysia

 




PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini mengesahkan akan mengambil alih sebuah parti politik dikenali Parti Bersama Malaysia.

Simbolik penyerahan parti itu yang akan diterajui Rafizi dan Nik Nazmi selepas ini, dibuat pada majlis pengumuman hala tuju politik dua pemimpin itu di sini, hari ini.

Ia sekali gus menjawab persoalan sejak beberapa minggu lalu, berkaitan hala tuju politik Rafizi dan Nik Nazmi selepas mereka dilihat agak disisihkan PKR sejak setahun lalu.

Sementara itu, lima lagi Ahli Parlimen PKR turut hadir dalam majlis berkenaan dan dilihat bergambar bersama Rafizi dan Nik Nazmi.

Mereka ialah Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Wong Chen (Subang), Rodziah Ismail (Ampang), Kesavan Subramaniam (Sungai Siput), dan Zahir Hassan (Wangsa Maju).


Ucapan Wakil Negeri Sembilan MB Aminuddin Harun di Konvensyen Pakatan Harapan 2026 @ Johor


 

KONVENSYEN PH | Tugas kita sekarang pastikan rakyat faham dasar MADANI – Suhaimi Ibrahim


 


Wakil Pakatan Harapan Pahang, Datuk Dr Suhaimi Ibrahim mengingatkan pimpinan dan jentera parti bahawa cabaran terbesar kerajaan hari ini bukan sekadar mempertahankan kuasa politik, tetapi memastikan rakyat benar-benar memahami dasar serta agenda Kerajaan MADANI.

Berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan 2026, beliau berkata seluruh pimpinan dan akar umbi perlu bergerak sebagai satu pasukan dalam menerangkan pelbagai inisiatif kerajaan kepada rakyat di peringkat bawah.

“Kita datang sebagai satu pasukan,” katanya dalam ucapan yang disambut tepukan perwakilan.

Menurut Suhaimi, banyak dasar dan usaha kerajaan ketika ini gagal difahami sepenuhnya kerana kelemahan penyampaian di lapangan, walaupun pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk membantu rakyat.

Beliau berkata sebab itu seluruh jentera PH perlu memainkan peranan lebih agresif untuk turun ke bawah dan menjelaskan agenda MADANI secara lebih dekat serta mudah difahami masyarakat.

Suhaimi turut menegaskan konvensyen tersebut bukan sekadar acara politik, tetapi medan menyusun kekuatan bersama dalam menghadapi cabaran politik dan persepsi rakyat menjelang pilihan raya akan datang.

Ucapan beliau yang bernada sederhana tetapi tegas turut memberi penekanan terhadap pentingnya perpaduan dalaman PH supaya mesej kerajaan dapat disampaikan secara lebih tersusun dan berkesan kepada rakyat.




KONVENSYEN PH | Amin guna analogi “khianat kapal bocor”, naikkan semangat jentera PH


 


Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menggunakan analogi sebuah kapal bocor akibat “ditebuk orang sendiri” bagi menggambarkan episod pengkhianatan politik yang dilalui di Negeri Sembila.

Dalam ucapan penuh semangat di Konvensyen Pakatan Harapan, beliau berkata PH sebelum ini dibina seperti sebuah kapal besar yang kukuh dan mampu mengharungi pelbagai badai perjuangan bersama.

“Kami di Negeri Sembilan ada sebuah kapal besar. Kapal yang kita bina cukup hebat, besar dan kukuh. Tak makan badai,” katanya.

Namun menurut beliau, masalah mula timbul apabila ada pihak dalam perjuangan sendiri bertindak “menebuk kapal” sehingga menyebabkan kebocoran.

“Mereka tebuk dari dalam. Kapal ditebuk, air masuk,” katanya sambil disambut gelak ketawa dan tepukan hadirin.

Beliau kemudian berseloroh mungkin kapal tersebut terlupa dibina “kolam renang”, menyebabkan ada pihak mula tidak selesa dan memilih meninggalkan perjuangan bersama.

Walaupun disampaikan dalam nada santai, ucapan itu jelas merujuk kepada episod pengkhianatan politik yang pernah menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.

Jelasnya, walaupun usaha khianat itu gagal tetapi tetap ada tanda dan kesannya kepada kerajaan yang diterajuinya.

“Itulah tanda ada pengkhianatan sebelum ini,” katanya lagi.

Aminuddin berkata pengalaman tersebut perlu dijadikan pengajaran buat seluruh jentera PH supaya terus memperkukuh kesetiaan dan disiplin parti.

Menurut beliau, semua negeri mahu mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya akan datang, namun anggota parti perlu akur kepada keputusan pimpinan pusat demi memastikan kekuatan gabungan terus terpelihara.

“Apa juga keputusan yang diberikan oleh presiden dan pimpinan parti, kita harus hormati.

“Untuk kita kuat, kita kena akur,” ujarnya.

Ucapan beliau mendapat perhatian hadirin apabila ramai melihat analogi “kapal bocor” itu sebagai sindiran sinis tetapi penuh makna terhadap episod pergolakan politik lalu, selain berjaya membakar semangat jentera PH menjelang pilihan raya akan datang.





‘Ingat! Kita baik, tetapi kita tidak bodoh!’, penegasan Wanita PH gegar Johor


 


‘Ingat! Kita baik, tetapi kita tidak bodoh!’

Berulang kali Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), Datuk Aiman Athirah Sabu menegaskan nilai kesetiaan parti-parti komponen PH yang terus mempertahankan semangat kerjasama tidak harus diperlekeh.

Beliau menegaskan PH kekal teguh berdiri bukan kerana gabungan itu sempurna, tetapi kerana rakyat masih meletakkan harapan tinggi terhadap perjuangan reformasi yang dijunjung.

Tegasnya, perjalanan PH bukanlah mudah kerana gabungan itu telah melalui pelbagai episod jatuh bangun, fitnah, penghinaan dan cubaan mematahkan semangat perjuangan.

“Kita pernah diketawakan, pernah diejek dengan gelaran ‘PM tepi’. Kita juga pernah diramal bahawa perjuangan reformasi ini akan berakhir.

“Tetapi hari ini kita masih berdiri teguh di sini bukan semata-mata kerana kita kuat, tetapi kerana rakyat masih menaruh harapan kepada PH,” katanya berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan 2026 hari ini.

Menurutnya, rakyat memahami bahawa tiada kerajaan yang benar-benar sempurna, namun PH tidak pernah mengkhianati kepercayaan yang diberikan.

“Genetik PH ialah apabila kita berkawan, kita setia pada janji dan persahabatan.

“Kita tidak tahu untuk berbuat khianat,” katanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di Johor Bahru.

Penghormatan

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut menegaskan PH tidak pernah memulakan langkah untuk bertanding secara bersendirian.

Namun, Ahli Parlimen Sepang berkenaan menegaskan bahawa sikap berbaik sangka itu tidak bermakna PH boleh dipermainkan.

“Kita baik, tetapi kita tidak bodoh!” tegasnya disambut tepukan gemuruh kira-kira 8,000 perwakilan.

Dalam suasana politik global yang semakin kasar dan media sosial sarat kebencian serta fitnah, Athirah berkata, PH memilih jalan yang lebih sukar iaitu membina negara secara bertanggungjawab.

“Kita tidak menunggang kemarahan rakyat. Kita bekerja untuk menyelesaikan masalah rakyat.

“Kita tidak membina pengaruh dengan memecah-belahkan masyarakat, sebaliknya membina Malaysia dengan perpaduan, kestabilan, ihsan dan rendah diri untuk terus bekerjasama,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menegaskan politik kebencian mungkin mampu menang untuk sehari, tetapi politik membina negara akan menentukan masa depan negara.

Aiman Athirah turut memberi penghormatan kepada kaum wanita yang disifatkannya sebagai benteng kekuatan utama PH sejak awal perjuangan reformasi.

“Kalau hari ini PH masih teguh berdiri, wanitalah antara benteng kekuatan PH.

“Ketika orang lain berehat di rumah, wanita turun dari rumah ke rumah.

“Ketika fitnah menyerang tanpa henti, wanita mempertahankan perjuangan ini di semua medan termasuk media sosial dan warung kopi,” katanya.

Beliau berkata ramai wanita bergerak tanpa jawatan, tanpa elaun dan tanpa pujian, namun tetap setia kerana percaya bahawa perjuangan reformasi lebih besar daripada kepentingan peribadi.

“Politik membina negara akan menang untuk masa depan,” kata Athirah lagi.





HORMATI DULU TITAH AGONG


 

ALLAH BERI SEMUA INI TIDAK SIA SIA


 

TAMBAHAN 5 JUTA UNTUK MBM


 

Pendedahan: Ramai wakil rakyat Pembangkang pertimbang sertai UMNO lepas parlimen bubar


 

KERAJAAN KAYA , RAKYAT MISKIN.SEBAB ITU SAYA CUBA MEMBANTU SEDAYA UPAYA


 

https://youtube.com/shorts/_LYH6nVeXTQ?si=cTHlk22Xb2X-Wj6C


 

SILAP BESAR .

 



Ehwal Semasa


Yang datang demo adalah dari Bersatu,Pas ,UMNO dan gabungan NGO.

Bila kau mainkan isu penderhaka kepada Adun dari DAP yang berbangsa Cina.







Ditambah pulak mempertikaikan lulusan UEC mendapat kelonggaran ke IPTA.

Dari satu segi mungkin undi kaum Melayu akan bertambah tapi dari segi undi kaum Cina tak akan berpihak kepada Bersatu,PAS dan UMNO.

Kalau tidak untuk apa Gerakan,MCA dan DAP sepakat mempertahankan lulusan UEC ke IPTA.




DIA KENA TURUN


Radzuan Resad


 TELAH DITURUNKAN DARI JAWATAN KETUA PEMBANGKANG OLEH PENGERUSI PN





LIVE KONVENSYEN PH 2026 JOHOR


 

KONVENSYEN PKR JOHOR


 

Tengoklah Tuan2 / Puan2 permainan oleh Geng2 Lohbaiii.






Kenangan tak makan ikan kembung



PAS TIDAK BERCADANG ( waima ribut petir puting beliung )  mengambil tindakan ke atas geng lohbaiii sendiri iaitu Nik Muhamad Zawawi Salleh susulan ceramah kontroversi yang di sampaikan oleh beliau baru2 ini .


📌📌 Kami ada DALIL2 , engko hado🤪

1. Atok Keralla T101 yang mereka musuhi berabad lamanya , PAS boleh sucikan . Sifir mudah " Masuk PAS Auto Bersih " umpama Baby baru lahir😞

2 . PAS hari ini bukannya pelita ummah tetapi bara api yang di simpan  dalam serban . Umpama lidah mereka bak sembilu . Jerit2 Islam tetapi roh khawarij . Membina fitnah .


#takdirrrrrrr





SANUSI MD NOR… ‘ISTANA’ NI HANG DAPAT MACAM MANA?



Man Toba











1. Nah kami tanya elok-elok. Lot tanah PT 13189 Seksyen 36 ni siapa punya?


2. Sebab dalam geran Pejabat Tanah terang-terang tulis nama: MUHAMMAD SANUSI BIN MD NOR. Kalau ada orang nama serupa di Kedah ni, kami minta maaf awal-awal lah.


3. Lagi menarik… tanah ni daftar hak milik pada 29 September 2024. Masa hang tengah jadi MB Kedah.


4. Status pegangan pulak bukan main… “SELAMA-LAMANYA”. Fuhh sedap ayat tu.


5. Luas tanah bukan kecik anak. 1,630 meter persegi. Dalam kiraan kaki lebih kurang 17,545 kaki persegi.


6. Kategori kegunaan? Bangunan. Bukan dusun tepi bendang noo…


7. Kawasan pulak bukan hujung kampung. Lokasi strategik dekat bandar dan kawasan kayangan. Anggaran harga tanah:


▪️RM100/kps → RM1.75 juta

▪️RM120/kps → RM2.11 juta

▪️RM130/kps → RM2.28 juta


8. Jadi rakyat nak tanya… tanah ni asalnya tanah Kerajaan Negeri Kedah ka? Lepas tu “anugerah” dekat hang pada 29 September 2024?


9. Hang jadi MB Kedah sejak 17 Mei 2020 melalui pintu tebuk atap. PRN Kedah pulak 12 Ogos 2023.


10. Maknanya sebelum PRN pun belum cukup sepenggal 5 tahun dah.


11. Lepas PRN sampai la ni pun baru 2 tahun lebih.


12. Campur semua tempoh jadi MB sampai tarikh tanah dianugerah tu… baru 4 tahun lebih. Pun belum cukup 1 penggal penuh lagi.


13. Yang rakyat pelik… macam mana MB boleh dapat tanah anugerah, tapi dalam masa sama rakyat di Kupang, Baling yang duduk puluh tahun kena halau keluar?


14. Lagi sedih majoriti yang kena ni orang PAS sendiri. Situ tapak ceramah PAS zaman arwah Ustaz Fadzil Noor. Ada rumah mengaji, dekat PASTI, bilik gerakan PAS semua ada.


15. Surat Pejabat Tanah Baling siap tulis:


“kosongkan kawasan dalam tempoh 2 bulan…”


“tiada pampasan…”


“kalau gagal patuh boleh roboh dan ambil tindakan undang-undang…”


Haaa rakyat baca sendiri. Pedih weh.


16. Kalau MB boleh dapat TANAH ANUGERAH, kami minta bela jugak 31 keluarga ni. Jangan suruh depa pindah macam takdak nilai langsung. Depa ni rakyat Kedah jugak, bukan pendatang bulan.


17. Lagi syahdu… rumah arwah Ustaz Azizan Abdul Razak pun ada dekat kawasan tu. MB sekarang ni anak murid beliau jugak. Ada tak jasa arwah dikenang macam mana hang kenai tanah anugerah?


18. Ni bukan isu peribadi. Ni isu tanah kerajaan. Rakyat memang ada hak tanya.


Kalau tanah tu hang beli guna duit sendiri, tunjuk resit, habih cerita.


Tapi kalau tanah kerajaan boleh “jatuh” kat tangan orang politik waktu masih pegang kuasa… memang rakyat akan tanya sampai habis.


Jangan marah rakyat sebab bertanya. Marah kalau rakyat dah tak peduli.




ANWAR TERUS BERJUANG UNTUK RAKYAT

 


Info Rakyat


Ramai orang bila umur masuk 80 tahun, kebanyakannya memilih untuk berehat dan menikmati masa bersama keluarga. Tapi berbeza dengan Perdana Menteri Malaysia,  yang masih kuat turun padang, menghadiri mesyuarat penting dan membawa suara Malaysia ke pentas dunia.






Dalam usia yang bukan lagi muda, beliau masih bekerja siang malam demi memastikan ekonomi negara terus berkembang. Ada yang kagum melihat tenaga dan semangat beliau yang masih konsisten walaupun terpaksa berdepan pelbagai tekanan politik dan kritikan setiap hari.


Bagi Anwar, perjuangan bukan soal populariti semata-mata. Apa yang lebih penting ialah memastikan rakyat dapat hidup lebih baik, peluang pekerjaan bertambah dan pelabur luar terus yakin dengan Malaysia.


Sebab itu kita dapat lihat beliau aktif menghadiri forum ekonomi antarabangsa, bertemu pemimpin dunia dan membawa masuk pelaburan yang boleh membuka lebih banyak peluang kepada rakyat tempatan.


Ramai pemimpin dunia juga mula memandang semula Malaysia sebagai negara yang stabil dan mempunyai hala tuju jelas. Nama Malaysia semakin disebut di peringkat antarabangsa sejak negara kembali aktif dalam pelbagai kerjasama ekonomi global.


Walaupun ada pihak terus menyerang dan memainkan pelbagai isu politik, Anwar tetap memilih untuk fokus kepada kerja. Baginya, masa depan negara jauh lebih penting daripada melayan permainan politik sempit.


Rakyat mungkin tidak nampak semua usaha di belakang tabir, tetapi banyak perubahan sedang disusun sedikit demi sedikit. Reformasi ekonomi, pengukuhan ringgit dan keyakinan pelabur bukan perkara yang berlaku secara kebetulan.


Apa yang menarik, semangat beliau masih seperti anak muda yang baru masuk politik. Jadual padat, perjalanan luar negara dan mesyuarat berterusan langsung tidak menghalang beliau untuk terus bergerak demi negara.


Dalam dunia politik hari ini, bukan mudah untuk melihat seorang pemimpin yang masih sanggup memikul tanggungjawab besar pada usia sebegitu. Itu sebab ramai penyokong melihat beliau sebagai simbol ketahanan dan perjuangan tanpa henti.


Akhirnya, rakyat hanya mahukan negara yang stabil, ekonomi yang kukuh dan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak. Selagi ada usaha ke arah itu, ramai percaya perjuangan Anwar untuk melonjakkan nama Malaysia masih belum selesai.



DAP DIJANGKA BUAT KEPUTUSAN BESAR JULAI NANTI


Info Rakyat


 DAP dijangka buat satu keputusan besar pada Julai depan yang mungkin akan beri kesan kepada landskap politik negara. Parti itu akan adakan kongres khas bagi menentukan sama ada pemimpin mereka akan terus kekal dalam kerajaan atau melepaskan jawatan masing-masing.






Menurut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, keputusan tersebut akan ditentukan sendiri oleh lebih 4,000 perwakilan parti. Ini juga dikatakan kali pertama keputusan sebesar itu dibuat melalui undian akar umbi dan bukan hanya oleh kepimpinan tertinggi parti.


Kongres khas itu dijadual berlangsung pada 12 Julai nanti. Antara perkara yang akan diputuskan ialah sama ada menteri, timbalan menteri dan wakil DAP dalam agensi kerajaan perlu melepaskan jawatan atau terus kekal berkhidmat dalam Kerajaan Perpaduan.


Walaupun isu ini nampak besar, Anthony Loke menegaskan bahawa 40 Ahli Parlimen DAP tetap akan terus menyokong kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim sehingga PRU akan datang. Maksudnya, sokongan terhadap kerajaan masih diteruskan walaupun mungkin berlaku perubahan dari segi jawatan dalam pentadbiran.


Ramai melihat langkah ini sebagai satu bentuk “referendum dalaman” untuk melihat hala tuju sebenar parti selepas beberapa cabaran politik yang berlaku kebelakangan ini. DAP juga dikatakan mahu menilai semula peranan mereka dalam kerajaan selepas prestasi kurang memberangsangkan di Sabah sebelum ini.


Dalam masa sama, ada pihak yang melihat pengumuman ini sekadar strategi politik untuk menenangkan penyokong akar umbi. Bekas pemimpin MCA, Ti Lian Ker misalnya menganggap ia lebih kepada permainan persepsi dan bukannya petanda DAP benar-benar mahu keluar kerajaan.


Veteran UMNO pula mencadangkan supaya DAP tidak perlu tunggu Julai jika benar-benar mahu keluar daripada kabinet. Mereka mendakwa tindakan “ugut keluar kerajaan” sudah biasa digunakan dalam politik untuk tarik perhatian penyokong.


Namun di pihak kerajaan, beberapa pemimpin mengingatkan supaya semua parti dalam Kerajaan Madani terus menjaga kestabilan politik negara. Mereka bimbang sebarang ketidaktentuan boleh menjejaskan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap ekonomi negara.


Apa pun keputusan nanti, ramai pemerhati politik percaya Julai akan jadi bulan penting untuk melihat hala tuju sebenar DAP dalam kerajaan. Sama ada kekal atau lepaskan jawatan, keputusan itu dijangka beri kesan besar kepada suasana politik semasa.


Buat masa sekarang, rakyat hanya mampu menunggu dan melihat bagaimana keputusan perwakilan DAP nanti bakal menentukan langkah seterusnya parti itu dalam Kerajaan Perpaduan.




LEBAI KELARAH

 






Shahridan Shaharan


Rakyat masih boleh pejam sebelah mata terhadap banyak perkara. Pembohongan manifesto. Hipokrasi pemimpin. Caci-maki pentas ceramah. Hari ini maki, esok berpeluk. Itu semua sudah jadi sarkas biasa politik Malaysia.


Tetapi apabila seorang yang memakai gelaran ulama mula menghina para sahabat Rasulullah SAW dengan begitu biadab, itu bukan lagi politik. Itu kerosakan adab dan akidah yang sangat menjijikkan.


Dr Nik Zawawi Salleh telah melampaui garis yang umat Islam sendiri tahu tidak boleh disentuh. Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu tergamak melabel Saidina Abu Bakar al-Siddiq RA sebagai “bapak ceti” yang memeras orang miskin, manakala Saidina Umar al-Khattab RA pula digambarkan ganas dan kaki zina.


Ini bukan tersasul dan bukan salah faham. Ini penghinaan yang keluar dengan yakin daripada mulut seorang pemimpin agama yang sepatutnya lebih takut menjaga lidahnya daripada orang biasa.


Mengapa perlu mengorek keburukan zaman jahiliah para sahabat sedangkan terlalu ramai musuh Islam dalam sejarah yang boleh dijadikan contoh? Mengapa mesti Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Umar RA yang dipilih untuk dijadikan bahan ceramah di pentas politik? 


Seolah-olah ada dendam yang begitu dalam terhadap dua insan yang paling dekat dengan Rasulullah SAW.


Bukankah Islam mengajar supaya menutup aib bukan membuka dan mengulanginya di pentas ceramah? Ulama sebenar tahu batas lidah. Mereka tahu apa yang boleh disebut dan apa yang wajib dijaga demi memelihara adab terhadap agama. Tetapi apabila politik sudah menguasai hati, ilmu pun mula tunduk kepada nafsu dan tepukan penyokong.


PAS tidak boleh terus berselindung di sebalik kenyataan lembik dan hukuman kosmetik. Direhatkan bukan tindakan tegas. Itu sekadar teknik mencuci tangan sambil berharap isu ini perlahan-lahan dilupakan penyokong.


Walaupun dia akhirnya tampil memohon maaf dan mengakui kesilapan, isu ini tidak boleh ditutup begitu sahaja seolah-olah ia sekadar keterlanjuran biasa pentas ceramah. 


Luka yang ditinggalkan bukan kecil. Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Umar RA bukan bahan politik murahan. Mereka adalah tonggak agama yang mengangkat Islam ketika sebahagian manusia masih tenggelam dalam jahiliah.


Permohonan maaf mungkin boleh meredakan kemarahan tetapi ia tidak memadam persoalan besar tentang bagaimana lidah seorang pemimpin agama boleh sampai tergamak menyentuh perkara yang begitu sensitif dan berbahaya kepada akidah umat.


Bukan semua orang yang memakai jubah dan serban Islam benar-benar memahami adab terhadap agama itu sendiri.--JPX #imsoldieroflove




KEH..KEH..KEH...


Tengku Adam


 ðŸ”´ 🤣🤣🤣🤣 Kecoh satu Malaysia apa yang nak dibanggakan dilantik jadi Ketua pembangkang dah sah² pembangkang bengap punya walaun...

#akuttpsokongpmx 

#MalaysiaMadani




LRA SANGKUT: “SAYA TAK ADA MASALAH, PERGILAH SIASAT” - SANUSI








Oleh: Roslinda Hashim 


ALOR SETAR - Semua proses pelaksanaan projek Loji Rawatan Air (LRA) di negeri ini dilakukan mengikut prosedur dan tatakelola ditetapkan.


Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan, beliau tidak mempunyai masalah sekiranya projek LRA Sungai Limau dan Bukit Selambau disiasat mana-mana pihak kerana tiada apa perlu disembunyikan.


Menurut beliau, pelbagai tuduhan dan persepsi negatif berhubung projek LRA terbabit sejak kebelakangan ini hanya untuk mengelirukan rakyat.


“Saya tak ada masalah, siapa nak siasat, pergilah siasat. Semua proses berjalan dengan betul dan ikut prosedur. Jangan cuba bina persepsi untuk kelirukan orang ramai sehingga rakyat mendapat gambaran salah terhadap projek ini,” katanya.


Sanusi berkata, tiga daripada lima LRA tidak berdepan masalah iaitu, LRA Lubuk Buntar Lama berstatus siap, LRA Jenun Baru juga siap dan menunggu masa untuk diserahkan serta LRA Pelubang berjalan mengikut jadual.


“Riuh Kedah dengan serangan LRA tak siap. Banyak kali penjelasan diberi, masih ada pihak cakap perkara tak betul, untuk beri tanggapan buruk kepada Kedah dan Menteri Besar. Buat tuduhan macam-macam, kelirukan orang. Bersihkan hati, cari penyelesaian, bukan buat tohmahan,” katanya.


Sanusi sekali lagi tampil menjelaskan, keperluan pembinaan LRA di Kedah dikenal pasti sejak tahun 2008 selepas audit mendapati negeri ini pada ketika itu ketinggalan hampir 15 tahun dari segi keperluan bekalan air dan penggantian paip.


“Akhirnya sehingga 2018, kerajaan bertukar beberapa kali. LRA dibuat penilaian projek dan kos untuk semua LRA mencecah RM931 juta,” katanya. 


Menurutnya, sebahagian pembiayaan melibatkan pinjaman bagi projek LRA Pelubang bernilai RM431 juta manakala selebihnya berbentuk geran Persekutuan untuk kawasan luar bandar.


Katanya, projek bekalan air luar bandar sememangnya layak menerima geran berdasarkan keputusan Kabinet pada 1993, manakala projek di kawasan bandar perlu dibiayai melalui pinjaman.


“Apabila Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) dilaksanakan, pada 2008 diwujudkan Syarikat Air Darul Aman (SADA) sebagai operator air. Ada pihak salahkan SADA bila LRA tak siap. SADA tak terbabit dalam pembinaan LRA. 


“LRA dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Superitending Officer (SO) ialah Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan wakil SO ialah JKR sebagai pelaksana. JKR teliti semua perkara daripada mula tender sehingga siap LRA,” jelasnya.


Sanusi turut membidas pihak yang mengaitkan dirinya dengan pemberian kontrak LRA kepada kenalan rapat, sedangkan semua projek dianugerahkan secara tender terbuka.


“Macam mana saya bagi kontrak kepada kawan saya sedangkan projek ini tender terbuka. Kalau direct negotiation mungkin munasabah tuduhan itu, tetapi ini tender terbuka, semua syarikat perlu ada lesen Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta kelayakan G7, ada pengalaman dan kebolehan. Kalau tak penuhi syarat, beli borang tender pun tak layak.


“Difahamkan yang dapat projek itu kawan mereka (PH), bukan kawan saya. Macam mana tuduh saya lantik kawan saya? Tujuan tuduhan hanya nak kaitkan saya dengan habuan duit sebab LRA tak siap. Syarikat tu pun masuk harga rendah, macam mana kata saya ambil duit pula. Sebenarnya mereka nak ke arah naratif itu, cuma tak sampai sebab saya heret pergi cepat,” katanya.


Beliau berkata, proses tender dikendalikan sepenuhnya oleh JKR selaku agensi teknikal, bukannya di bawah bidang kuasa Menteri Besar.


“Ada mainkan isu Sanusi tak tahu apa-apa. Memang saya tak tahu siapa ada lesen, siapa masuk tender. 

Bukan bidang kuasa saya buat penilaian tender, JKR mengetuai proses itu.


“Ada jabatan teknikal uruskan ikut fungsi masing-masing. Tak kan saya kena buat semua. Kalau macam tu, biar saya sorang jadi JKR, JPS, SADA dan SPAN. Tak boleh, tiap-tiap petak ada orang jaga, jadi mereka jaga petak mereka. Kalau petak bermasalah, tak kan saya salah. Saya pantau selagi ia berjalan ikut prosedur undang-undang,” katanya.


Sanusi jelaskan, antara kelewatan projek LRA berpunca daripada keputusan kerajaan terdahulu membatalkan tender asal bagi menjalankan semula kajian harga.


Menurutnya, tender projek berkenaan pada asalnya dibuka ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN), namun dibatalkan semasa era Pakatan Harapan (PH) kerana mahu melakukan penilaian semula kos, menyebabkan pembinaan lima projek LRA tertangguh hampir dua tahun.


“Tender dibuka zaman BN, tetapi PH batal sebab kata harga mahal, buat kajian harga semula. Mereka lantik perunding dan bayar ratusan ribu ringgit untuk kajian semula, akhirnya nilai projek tetap sama RM931 juta, rugi saja” katanya.


Tambah beliau, sekiranya projek diteruskan tanpa penangguhan ketika itu, sebahagian LRA kemungkinan siap lebih awal.


Menurutnya, selepas proses penilaian semula selesai, kerajaan memutuskan projek diteruskan melalui tender terbuka pada 2020, disertai banyak syarikat sebelum dinilai Jawatankuasa Tender.


Tambahnya lagi, syarikat yang berjaya memperoleh projek dipilih kerana menawarkan harga lebih rendah daripada pasaran, namun kemudian berdepan masalah apabila berlaku peningkatan kos bahan binaan dan gangguan akibat pandemik COVID-19.


“Kontraktor masuk dengan harga murah, bawah harga pasaran, tetapi bila berlaku COVID-19 dan harga bahan khususnya besi naik berkali-kali ganda, akhirnya projek sangkut.


“Bukan projek ini sahaja, projek lain pun minta VOP (penilaian harga semula) dan EOT (lanjutan masa) kerana ia terkandung dalam kontrak jadi perlu dipertimbangkan. EOT bukan perkara baharu, setiap permohonan dinilai jawatankuasa teknikal berdasarkan syarat kontrak,” katanya.


Katanya lagi, tindakan penamatan kontrak juga boleh dilakukan sekiranya kontraktor gagal menyiapkan projek, namun ia perlu mematuhi prosedur bagi mengelakkan tindakan saman terhadap kerajaan.


“Kalau tak ikut prosedur nanti kerajaan disaman. Semua kena ikut kaedah dan tatacara dalam kontrak.

Syarikat yang dilantik perlu ikut template kontrak kerajaan, cuma untuk projek ini ada tambahan tertentu, setiap butiran dalam kontrak mengambil kira semua faktor.


“Tak ada kontraktor masuk projek hendak gagal. Semua mahu berjaya sebab ia melibatkan reputasi syarikat. Mereka yang gagal siapkan projek kerajaan, akan disenaraihitam, tak boleh masuk lagi tender akan datang,” katanya. 


Sanusi tegaskan, Kerajaan Negeri juga tidak mahu projek terbabit terus tertangguh kerana ia melibatkan janji kepada rakyat untuk meningkatkan bekalan air di Kedah.


“Kalau saya tak perjelaskan, kelak membawa maksud tomahan itu benar. Jadi saya kena maklum apa berlaku. Saya harap perkara ni diperbetulkan,” katanya.


https://www.kedahonline.com/2026/05/lra-sangkut-saya-tak-ada-masalah.html




LAA..INGAT KAT INDON.

 


Md Zaid Ali


Lebai duk sibuk demo tunggang isu raja...rakyat berbaris panjang susah temuduga nak cari kerja dibawa kerajaan "Isle'"...






WALAUN SILA BACA

 


BACA AH..... WALAUN SILA JAWAB