MGID

PAS bersama PKR 100% pada PRK Permatang Pauh


Anwar Ibrahim Kekal Dlm Penjara Selagi Hadi Presiden

Oleh:Tulang Besi

Rekod Presiden PAS kita semua sudah maklum.

Sejurus selepas PRU2008 beliau sudah pun memulakan langkah bercakap dan berdialog dengan UMNO dalam gelap sekaligus menikam Anwar Ibrahim.

Haji Hadi konsisten menikam dan menjadi duri kepada Anwar sepanjang 2008 sehingga sekarang.

Keenganan beliau menjadikan Anwar Ibrahim calon PM Pakatan Rakyat sebelum PRU13 juga salah satu faktor yang telah memenangkan UMNO dan Barisan Nasional dlm PRu13 yang lepas. Haji Hadi mengambil langkah yang lebih drastik dengan menabalkan Tengku Razaleigh sebagai calon PM bagi PAS pada PRU13 yang lepas

Keengganan beliau menyokong Langkah Kajang serta penukaran MB Selangor juga contoh besar betapa bencinya beliau dengan Anwar Ibrahim.

Presiden PAS lebih suka memusuhi Anwar Ibrahim berbanding memusuhi UMNO sehingga ke tahap beliau redha berkerajaan perpaduang dgn UMNO di Selangor demi mengagalkan perancangan Anwar untuk menukar Khalid Ibrahim

KEBENCIAN KEPADA ANWAR MENYEBABKAN PAS DITOLAK RAKYAT

Hasilnya sekarang, pengundi-pengundi Cina dan India sudah menolak PAS kerana sikap dan tindakan-tindakan beliau.

Pengundi Melayu juga tidak beralih kepada PAS atas tindakan Hadi mensabotaj Anwar Ibrahim malahan beliau menjauhkan lagi pengundi Melayu kepada Pakatan Rakyat dan kepada PAS.

Kalau Haji Hadi kekal Presiden PAS, maka PAS akan kalah banyak kerusi kerana kehilangan undi India dan CIna dan tiada penampbahan undi Melayu dalam Pilihanraya yang bakal tiba.

PUTRAJAYA HANYA DENGAN PENCALONAN ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PM

Untuk memenangi Putrajaya, PAS perlu mencalon Anwar Ibrahim sebagai PM Pakatan Rakyat seperti yang kita lakukan 1999.

Kak Wan Azizah perlu bertanding Parlimen Permatang Pauh dan memangku Ketua Pembangkang sehingga PRU depan.

Presiden PAS perlu mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kalau mahu Pakatan Rakyat terus menerus gagah meluncur ke depan sekaligus merampas Putrajaya.

Ini mengikut langkah arwahnya Ustaz Fadzil Mohd Nor yang telah mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri walaupun Anwar di dalam penjara 1999 yang lepas.

Hasil kebijaksanaan arwahnya, PAS berjaya mengekal Kelantan, merampas Terengganu dan membuat "inroad" di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan gemilang di Kedah dan Perlis. Hanya kerana pengundi Cina dan India tidak berubah sahaja yang telah menyelamatkan Barisan Nasional pada tahun 1999.

Semua ini tidak akan berlaku selagi Haji Hadi Awang kekal sebagai Presiden PAS.

Anwar Ibrahim akan kekal dalam penjara kalau Haji Hadi Awang kekal menjadi Presiden PAS.

Pakatan Rakyat tidak usah bermimpi untuk menawan Putrajaya kalau Haji Hadi Awang kekal memimpin PAS sebagai Presiden.

Sudah tiba masanya Haji Hadi Awang melepas jawatan Presiden ini dan mengganti Tok Guru Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS Pusat kerana keuzuran Tok Guru Nik Aziz.

Sebaiknya Haji Hadi Awang mengikut jejak langkah arwah Tuan Haji Yusuf Rawa yang telah melepas jawatan Presiden dan menjadi Mursyidul AM PAS  yang pertama.

TULANG BESI

Switzerland didakwa mahu bawa isu Anwar ke PBB





  Pengadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi topik perbincangan Majlis Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) apabila sebuah negara Eropah didakwa bersedia membawa usul berkenaan.

Switzerland juga didakwa akan membangkitkan isu pengendalian kes mahkamah tokoh PKR ini dalam mesyuarat dua hala dengan Malaysia yang akan diadakan di negara itu penghujung tahun ini.

Kenyataan kerajaan itu, dalam bahasa Perancis, diedarkan oleh Bruno Manser Fund (BMF), sebuah NGO yang aktif memperjuangkan isu penduduk Baram di Sarawak, pagi ini.

Menurut BMF, kenyataan Switzerland juga didakwa mengingatkan Malaysia bahawa negara Eropah itu memandang berat isu-isu keluhuran undang-undang dan perbicaraan yang adil.

PKR turut mengedarkan kenyataan NGO berkenaan kepada media hari ini.

Hentikan usaha pecah belah PAS

Oleh: Pukul Canang

Amaran keras Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali terhadap Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki agar "jangan selalu sangat cirit birit mulut" menyerlahkan krisis dalaman yang menggugat perpaduan PAS selama ini.

Sejak krisis penggantian MB baharu Selangor nama Dr Zuhdi memang sinonim dengan puak yang menentang golongan profesional PAS pro Anwar, atau puak Erdogan. Zuhdi sering membuat perkara-perkara yang tidak menguntungkan PAS dan pernah terlibat dalam perbincangan whatsapps untuk bekerjasama dengan Umno.

Beliau juga didakwa terlibat dengan puak yang pro Unity Government. Puak UG mempengaruhi Hadi dalam banyak keputusan sejak 2014.

Puak profesional tidak puas hati dengan cara UG mengepung Hadi. Presiden PAS itu yang sering uzur sejak kebelakangan ini sepatutnya telah pun berehat dan mengambil alih tempat Nik Aziz Nik Mat secara tertib.

Menyusahkan Hadi

Kerusi presiden harus digantikan oleh muka baharu seperti Tuan Ibrahim Tuan Man yang lebih rasional serta dinamik. Bagaimanapun, puak UG berkeras mahukan Hadi kekal presiden. Malangnya puak UG mempergunakan Hadi untuk kepentingan politik mereka sehinggakan PAS berpecah belah.

Sudah menjadi rahsia umum kenyataan media yang banyak menyusahkan Hadi bukan dibuat oleh presiden itu sendiri tetapi dikarang oleh pembantunya dari kalangan puak UG. Akhirnya, Hadi terbabas mengkritik pilihan raya majlis tempatan boleh mengundang rusuhan kaum 13 Mei. Kenyataan yang tidak logik itu memalukan presiden dan rakyat mempersoalkan kewarasan pemikiran Hadi.

Mungkin Hadi semakin lemas dikepung politik UG yang ekstrem, menyebabkan beliau keluar dari pengasingan dan hadir ke mesyuarat Majlis Presiden PR pada 8 Februari lalu. Hadi sebenarnya masih boleh diterima kepimpinannya asalkan dinasihati oleh pihak yang berwibawa.

Walaupun beliau tidak terlalu memerhati situasi politik namun Hadi bukanlah terlalu naïf sehingga mengeluarkan pendapat akan berlaku rusuhan kaum akibat pilihan raya.

Kecenderungan Hadi untuk kembali ke meja Pakatan Rakyat dan berbincang mengenai  rang undang-undang persendirian Hudud sebelum membentangkan di parlimen, memang menggusarkan puak UG yang mahukan PAS bekerjasama lebih jauh bersama Umno.

Puak UG cemas kerana pasca Anwar yang diharapkan bakal memberi mereka kuasa yang lebih kuat mempengaruhi Hadi mendominasi kepimpinan PR, sebaliknya menjadi malapetaka apabila Hadi kembali kepada strategi berhikmah era Fadzil Noor ketika membenarkan PAS bergabung bersama DAP dan PKR pada 1999 lalu.

Sesungguhnya, apabila Anwar kembali semula ke penjara maka strategi Fadzil adalah yang terbaik untuk diamalkan dalam kalangan pembangkang bagi mengorganisasi mood tidak puas hati rakyat ke arah sokongan yang lebih mantap kepada pembangkang dalam pilihan raya.

Adalah malang jika PAS mengambil langkah bertentangan dan memalingkan muka daripada rakyat sebagaimana yang dikendaki UG, yang mungkin menerima arahan langsung daripada pimpinan Umno.

Hadi akan dikenang sejarah jika tidak lagi mendengar nasihat-nasihat daripada Zuhdi dan puak-puak yang anti PR. Lebih bermaruah jika Hadi menggugurkan terus ahli fikir itu daripada menjadi pengarah PPP dan AJK PAS Pusat.

Melanggar logik

Ahli fikir yang hanya berkokok di belakang tabir tidak diperlukan. PAS memerlukan ahli politik yang berani dan berwawasan. Jika boleh sama berani dengan Anwar yang tidak gantar masuk penjara untuk kali ketiga.

Hadi dan puak profesional PAS perlu memperbaiki parti itu menjelang pilihan raya ke 14. Perpecahan dalaman PAS sudah sampai ke peringkat tidak kenal akhlak dan akidah Islam. Puak UG memboikot sesiapa sahaja yang berkawan dengan puak PasMa.

Malah baru-baru ini, dalam satu perselisihan faham, puak pro ulama menyeru agar memboikot sebuah kedai nasi arab milik seorang pemimpin PAS Pahang di Gombak kerana beberapa pemimpin PasMa sering makan di kedai tersebut.

Itulah gambaran dahsyatnya perpecahan dalaman PAS yang tidak terdapat dalam mana-mana parti politik pun di negara ini. Puak-puak dalam PAS berjuang atas perkara merapu, melanggar logik dan emosi melulu.

Zuhdi cirit-birit mulut, tangan - Mustafa Ali

Oleh : Jebon

PAS akan menyiasat memorandum dan demonstrasi di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur Ahad lalu, kata Datuk Mustafa Ali, yang turut meminta pengarah operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) agar jangan "cirit birit mulut dan tulisan" dalam menjalankan tugasnya.

Setiausaha Agung PAS itu berkata beliau meminjam kata-kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan mengingatkan Dr Mohd Zuhdi Marzuki agar "jangan selalu sangat cirit birit mulut".

"Ini kerana, Zuhdi bukan sahaja cirit birit mulut, tetapi tangan pun, kerana ada tulisan dan cakapnya yang berikan persepsi negatif kepada PAS," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider.

Zuhdi dalam kenyataannya semalam mempertikaikan tindakan Mustafa dan Naib Presiden PAS Salahudin Ayub yang menafikan adanya komplot menggulingkan presiden PAS itu.

Menurut Zuhdi, beliau sudah bersemuka dengan Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim dan melihat dakwaan dalam bentuk akuan berkanun dan bukti daripada aplikasi Whatsapp berhubung perkara itu.

Beliau menggesa supaya PAS membuka siasatan terhadap kes itu.

"Penafian simplistik Salahuddin dan Mustafa yang tiada komplot untuk menggulingkan presiden PAS, sedikit pun tidak menjejaskan kredibiliti dakwaan ini.

"Lebih daripada itu, penafian kedua tokoh pimpinan kanan PAS ini hanya dilihat seperti ‘menutup bangkai gajah dengan nyiru', disebabkan dakwaan itu dalam bentuk akuan berkanun dan setiap helaian bukti-bukti print screen ini ditandatangani di depan Pesuruhjaya Sumpah," kata Zuhdi dalam kenyataan medianya semalam.

Mustafa (gambar, kanan) dalam kenyataannya hari ini mengaku beliau memberi jawapan "tiada konspirasi" ketika diajukan persoalan itu.

"Memang saya jawab tiada konspirasi. Apakah Zuhdi nak cadang saya kata ada konspirasi? Kalau saya jawab ada, ia jawapan paling bodoh dari segi akademik dan politiknya sebab ia memang tiada konspirasi," katanya.

Mustafa berkata, apa yang beliau sebut dan dilaporkan itu tepat, iaitu tindakan demonstrasi tidak bagus untuk PAS.

"Belum berlaku lagi orang guna cara ini sejak kepimpinan ulama hingga kini, untuk tegur pemimpin. Takkan ini kita nak ikut.

"Tindakan ini tidak ikut semangat kepimpinan ulama yang bertindak secara profesional dan bukan emosi. Memang saya tak setuju cara ini," kata Mustafa.

Walaupun begitu, katanya, beliau mengarahkan Penolong Setiausaha Agung Khairul Faizi Ahmad Kamil menerima memo itu "dan apabila memo diterima, ia menjadi kewajiban saya menelitinya dan membuat penyiasatan".

"Ini adalah proses yang perlu diambil. Memo sudah ada pada saya sekarang," kata Mustafa.

Mustafa berharap tegurannya diterima baik Zuhdi dan berharap beliau menumpukan kepada amanah yang ditugaskan kepadanya iaitu sebagai pengarah operasi PPP.

Bagi beliau, setiap pemimpin PAS ada bidang tugas yang diberikan parti dan tidak perlu mengambil kerja yang bukan dipertanggungjawabkan ke atasnya.

Ahad lalu, ketika pemimpin PAS tiba di ibu pejabat parti di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur itu untuk bermesyuarat, sekumpulan pemuda dan ulama PAS dipimpin Noorzazilafadli dan disertai Ketua Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik berdemonstrasi di pintu masuk.

Mereka menaikkan kertas pemidang menuduh ketua pengarah pilihan raya PAS Dr Hatta Ramli sebagai dalang konspirasi menggulingkan Hadi.

Turut dituduh ialah Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Husam Musa dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat Aiman Athirah al-Jundi.

Dalam memorandum yang disampaikan, mereka mendakwa lebih separuh dari AJK PAS tidak menyokong presiden PAS.

Walau tak masuk akal, hakim sebelahi Saiful

Oleh: Amirulmukminin

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mula gelisah dengan keputusan kes Liwat II apabila hakim mengatakan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan merupakan saksi yang boleh dipercayai.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria ketika membacakan hujah berkata, Akta Keterangan tidak semestinya memerlukan sokongan bukti dalam kes seksual.

Hakim juga bersetuju dengan Mahkamah Rayuan sampel DNA yang diambil pada berus gigi, botol air mineral dan tuala menggunakan kaedah yang betul.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dalam Twitternya mengkritik barisan panel hakim kerana percaya dengan keterangan Saiful.

"Ketua Hakim berulang-ulang mengatakan hakim percaya dengan versi Saiful. Kamu jawablah di depan Allah nanti," katanya.

Ahli Majlis Pimpinan PKR, Latheefa Koya turut memuat naik status ulangan daripada kartunis satira Zunar: "Bersedia untuk berita buruk".

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen juga dalam status Twitternya berbunyi: "Hakim setuju Saiful merupakan saksi yang munasabah. Sekarang sedang menyentuh isu DNA. Setakat ini nampaknya keadaan tidak berapa bagus"

(function() { var d = document, w = window; w

AZMIN & ZURAIDA AKAN TEWAS? MENTERI UMNO JUGA AKAN DI HUKUM/MCA & GERAKA...