Saya Tidak Gentar Berdebat Dengan Najib, Bila-Bila Masa Tanpa Syarat. Na...


Dato' Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian terkait acara debat beliau bersama Dato' Seri Najib Razak. Beliau tegaskan debat ini harus terbuka untuk tontonan umum. Malah, penglibatan media juga harus terbuka dan tidak terhad kepada hanya satu portal berita sahaja. Agensi akhbar atau berita arus perdana harus ambil bahagian dalam usaha untuk mencambah budaya wacana yang sihat dan terbuka.




DAULAH TERPENDAM LAGI?



Anwar berkata, Duta besar Malaysia ke UAE dan pegawai di peringkat bawah tidak boleh dipersalahkan atas kegagalan itu yang berpunca daripada kecuaian dan kelembapan Saifuddin. “Dalam pengalaman saya belasan tahun, sebagai menteri dalam kerajaan dan sebelumnya, belum pernah kita dengar lawatan rasmi perdana menteri tidak disambut oleh negara yang seharusnya mengundangnya.




Kekuatan Kita Bukan Sahaja Dari Pimpinan Atas, Akar Umbi Juga Penting Me...



Ucapan DSAI di Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin Masyarakat anjuran Menteri Besar Selangor. Beliau menyentuh keperluan memantapkan parti mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15. Jentera parti dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan teori-teori pihak tertentu sebaliknya perlu lebih kuat rencana gerak kerja terhadap rakyat. Beliau juga ingatkan pemimpin atasan dan elit politik parti agar contohi dan belajar pengalaman ketua kampung serta para aktivis di Selangor yang sentiasa kerja keras untuk rakyat.


Lawatan PM ke Dubai | Menteri Luar harus bertanggungjawab - Anwar



Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah harus bertanggungjawab susulan kegagalan menguruskan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Dubai akhir bulan lalu. Jelas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai tidak boleh dipersalahkan kerana ia merupakan kecuaian dan kelembapan Menteri Luar itu sendiri.

Bukan semua MP 'beruk', 'katak' macam lukisan dibeli Sultan - Anwar



Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menolak representasi bahawa semua ahli Parlimen adalah 'beruk' dan 'katak', seperti yang ditunjukkan dalam sebuah lukisan yang dibeli oleh Sultan Selangor baru-baru ini. Bercakap dalam sebuah majlis di Port Dickson, Anwar berkata hanya sekumpulan ahli politik yang merosakkan imej penggubal undang-undang dan kepimpinan PH juga telah mengusulkan RUU antilompat parti dalam MoU bersama kerajaan.

RENTASAN 1113 | PANAS!! TERNYATA USAHA KLUSTER MAHKAMAH KUASAI SEMULA PU...




MENARIK DALAM RENTASAN 1113
1. MYSEJAHTERA - KENAPA NAK BAYAR LEBIH? 2. APA DI SEBALIK PENCALONAN ISMAIL SABRI SEBAGAI PM10? 3. KITA BOLEH MENANG DENGAN STRATEGI DAN MESEJ YANG JELAS 4. DAULAH TERPENDAM LAGI?




IBU BAPA YANG TIDAK BERTANGGUNG JAWAB

 

MOHD AFFENDI ABBAS


Ibu bapa wajib bertanggungjawab sepenuhnya selagi anaknya itu dibawah tanggungan mereka!

Kalau x nak bertanggungjawab jangan bela mereka! Hantar mereka ke rumah anak yatim!

Boleh x gitu?

#basikallajak




 

PUASA ITU DOSA PERIBADI

 

Puasa tu ibadah peribadi. Kalau orang tu tak puasa, itu dosa peribadi. Selagi dia tak makan di hadapan khalayak, biarlah. Kita pun jangan cari salah orang.

Perbuatan buka aib orang tu lebih besar dosanya. Atas alasan apa pun, dedahkan aib orang itu adalah satu dosa. Kalau takut bersubahat, berhentilah kerja atau buat waktu malam saja. Itu lebih terpuji.
Yang pelik orang Melayu ni, orang tak puasa, makan menyorok, sibuk dia nak tangkap. Sibuk dia hendak aibkan. Sedang itu antara orang itu dengan Allah.
Tapi dosa rasuah, menyeleweng, sibuk dia lindung, sibuk nak sokong orang yang dah sabit kesalahan oleh dua mahkamah. Sedangkan dosa orang itu bukan dosa peribadi. Dosanya sangat besar.
Kena betulkan perangai orang Melayu. Kena ajar supaya cakna kegiatan yang boleh rugikan negara. Bukan yang sedap jadi bahan umpat. Guane boh?
May be an image of 1 person

Kita lebih lama di alam kubur daripada kita hidup di dunia.

 Kita lebih lama di alam kubur daripada kita hidup di dunia.

Bila terbaca artikel ini (artikel di bawah) sambil menunggu azan Subuh tersentuh benar hati saya. Mana tidaknya akhir2 ini ramai betul kenalan kerja saya dahulu pergi buat selama lamanya.
Apatah lagi di wall FB ada saja saban hari kaum keluarga dan rakan2 FB pergi ke negeri abadi. Begitulah fitrah kehidupan.
Tiada apa yg hendak kita banggakan. Saya bukan org yg baik tetapi mudahan jika kita dipanggil ke sana nanti dlm keadaan yg baik bersama org2 beriman. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un… takziah buat ahli keluarga mereka yg telah pergi mendahalui dari kita.
———————————————————————————
Kita berada di alam kubur lebih lama daripada kita hidup di dunia.
Imam Syafie hidup selama 53 tahun di dunia, sekarang beliau sudah meninggal dunia lebih 1,200 tahun.
Imam Nawawi hidup selama 53 tahun di atas dunia, sekarang beliau sudah meninggal dunia lebih kurang 800 tahun.
P.Ramlee hidup selama 44 tahun di atas dunia, sekarang beliau sudah meninggal dunia 48 tahun.
Jadi, adakah berseronok dengan kelazatan dunia itu lebih utama daripada membina kebahagiaan di alam kubur nanti?
Allah menciptakan manusia dan jin adalah supaya kita beribadat kepadaNYA. Kita hidup hanya sekali sahaja di atas dunia ini, maka jangan mudah tertipu dengan kemanisannya yang bersifat sementara.
Muhasabah diri...
Ada duit lebih, rajin-rajin bersedekah wahai manusia, itulah bekalan untuk hidup kamu yang lebih lama di alam kubur dan alam akhirat.
Solat Fardhu 5 waktu jangan ditinggalkan walau dlm apa jua keadaan, subuh mesti bangun.
Insaflah, jangan sesekali kita berbangga dengan harta dan kehidupan di atas dunia. KEMATIAN akan menjemput kita bila-bila masa, di mana-mana dan apa cara sekalipun….
May be an image of 1 person

SEMOGA ADA PEMBELAAN BUAT BELLA

 

BELLA

1. Bella dalam bahasa Itali maksudnya “cantik”. Lembut hati dengar, bila kita panggil anak istimewa dengan nama tersebut.

2. Saya percaya, ramai mengikuti perbicaraan kes dera Bella. Remuk hati kita membaca bagaimana Bella didera makan najis dan muntah, disimbah air panas, luka dan mulut dicili.

3. Kesemua cerita itu datang dari beberapa saksi pendakwaan yang pada saya konsisten memberi keterangan. Keterangan mereka tak jauh beza antara mereka. Maka boleh diterima sebagai kredibel.

4. Datang Peguambela OKT (dikhabarkan sampai 10 orang), ada yang post di media sosial soalan2 dan taktik2 dalam mahkamah untuk membela OKT. Ada yang sampai bergaduh dengan netizen dan burukkan saksi pula. Perlukah begitu ya?

5. Pada saya, tugas peguam membela klien dalam Mahkamah. In the court of law. Agak janggal kalau peguam terlalu fokuskan “the court of public opinion”. Tambah pula untuk feed media sosial. Ada yang mula persoalkan profesionalism mereka.

6. Lagi satu yang saya tertanya2. Kalau pun orang lain yang mendera, bak hujah peguambela, adakah penjaganya boleh buat tak tahu dan basuh tangan saja? Ini bukan satu dua hari punya cerita. Kita nampak pelbagai luka Bella ada, baru dan lama. Tak masuk akal pada kita.

7. Bulan baik hari baik ini, mari kita doakan keadilan ditegakkan untuk yang paling teraniaya, iaitu BELLA. Apa pun kata peguambela, yang pasti Bella confirm didera, takde sekelumit pun salah dia.

8. Moga nasib beliau terbela, dan masa depan beliau terjaga, secantik namanya…

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

KENAPA ISTIMEWANYA DIA MACAM NAJIK ?

 

HARIZ ZAFRI

Saya heran..Kenapa tertuduh lain bila didakwa kes dera kene gari, kena tahan dilokap...Tapi si bainun tidak? Malah bebas & boleh duduk kat rumah lagi...Ape yang istimewanya dia ni??



JANGAN MARAH , NANTI KENA JUAL


MOHD AFENDI ABAS

Ini yang dinamakan menunggang agama demi kepentingan peribadi dan politik.

Sebelum jadi kerajaan, semuanya bercanggah dengam Islam. Lepas dah dapat jawatan, semuanya boleh.

Parti Tunggang Agama.

#PASik



Terkini! AirAsia menjadi yang pertama sediakan perkhidmatan’teksi udara’ di Asia Tenggara

 

Terkini! AirAsia menjadi yang pertama sediakan perkhidmatan’teksi udara’ di Asia Tenggara

Capital A, syarikat induk penerbangan tambang murah AirAsia, menjadi syarikat penerbangan pertama yang akan menyediakan “teksi udara” di Asia Tenggara.

Dinamakan “Urban Air Mobility“, ketua pegawai keselamatan di AirAsia, Ling Liong Tien berkata tumpuan mereka adalah untuk mencipta ekosistem untuk pembangunan masa depan.

Terdahulu pada bulan Februari, Air Asia Aviation Group telah menandatangani memorandum persefahaman untuk memajak sekurang-kurangnya 100 pesawat elektrik VTOL (vertical takeoff and landing) VX4 dari Avolon, yang telah dipesan dari syarikat British Vertical Aerospace.

Ketiga-tiga syarikat tersebut telah pun membentuk satu pasukan yang akan mengadakan mesyuarat pertamanya di Kuala Lumpur bulan ini.

Setakat ini, mereka mensasarkan untuk penghantaran VX4 dilakukan pada tahun 2025.

Namun, sebelum segala urusan dilancarkan, teksi udara terlebih dahulu memerlukan sijil kebenaran, bersama dengan peraturan dan infrastruktur penerbangan khusus untuk mendarat, berlepas, dan parkir.

Menurut British Vertical Aerospace, mereka sedang dalam proses mendapatkan pensijilan, dan merancang untuk memulakan penerbangan ujian seawal bulan ini.

Di bawah AirAsia, operasi penerbangan ini akan bermula sebagai penghubung antara pusat bandar Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dengan kemudahan teksi udara ini nanti, perjalanan tersebut akan dapat dikurangkan daripada sejam dengan kereta kepada 17 minit sahaja.

Dijangka tambang teksi udara ini nanti berharga kurang daripada US$50 (~RM211) seorang, jika empat penumpang berkongsi teksi udara yang sama.

Menurut perunding Ronald Berger dari Munich, menjelang 2050, 161,000 teksi udara akan beroperasi di seluruh dunia.

Dari jumlah tersebut, 51% disumbang oleh rantau Asia-Pasifik, dan nampaknya AirAsia merupakan syarikat penerbangan utama pertama di rantau Asean yang memasuki industri ini.

Kenapa saya sangat sinonim dengan imej baju hitam dalam KEADILAN?


Sebelum menjawab persoalan tersebut, saya nak kongsikan serba sedikit kisah di sebalik baju hitam di dalam KEADILAN mutakhir ini. Saudara Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak ialah bagi saya seorang ikon pejuang muda yang taat kepada Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membawa kepada terwujudnya gelombang besar baju hitam di dalam KEADILAN di seluruh Malaysia. Gelombang ini bukanlah sebuah kumpulan atau fraksi baru di dalam KEADILAN namun hakikat sebenarnya kami sangat anti kepada binaan fraksi2 yang boleh memecah belahkan parti, konsep pemakaian baju hitam itu sendiri terwujud berpunca dari kesedaran perlunya penyatuan dan persediaan melawan fraksi2 pengkhianat yang terwujud dalam KEADILAN.
Baju hitam ini simbolik kepada ketaatan serta patuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden juga satu bentuk simbolik bahawa kita sentiasa berada di dalam keadaan bersedia menghadapi musuh pada bila2 masa lebih2 lagi semasa Presiden sedang dalam ikhtiar menyelesaikan beberapa masalah serta konflik yang berlaku di dalam dan diluar parti. Faktanya baju hitam adalah gerakan Pro Presiden yang berada di landasan perdana KEADILAN bukan fraksi baru!
Siapa Saudara Farhash? Beliau adalah setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Pengerusi MPN KEADILAN Perak. Beliau adalah anak didik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang usahawan berjaya serta pemimpin muda yang mempunyai kewibawaannya tersendiri. Kalau tak silap saya, habis sahaja beliau menamatkan pengajian di United Kingdom, beliau terus berkhidmat sebagai setiausaha Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara buat kali kedua.
Beliau lahir dalam jalur keturunan Rasulullah (S.A.W) melalui keluarga Al-Wafa di Mekah. Jalur keturunan itu tidak terputus bermula dari anakanda Rasulullah (S.A.W) iaitu Saidatina Fatimah Az-Zahra.
Saudara Farhash agak terkenal di Palestin kerana pengorbanan misi kemanusiaan yang beliau lakukan semasa perang Hittin diantara Israel dan Palestine pada tahun 2012. Beliau bersama isteri dan anak berada di Macedonia sedang bercuti pada ketika perang itu tercetus yang kemudian diketahuinya ketika menonton televisyen, disebabkan jiwa yang membuak-buak ingin membantu Palestine, beliau sekeluarga terus mengambil penerbangan ke Scorpe dan menghala ke Turki kemudian sampai ke Mesir. Isteri dan anak kecil beliau tinggal di Mesir sementara beliau mengambil keputusan untuk pergi ke Gaza membantu rakyat Palestine walaupun pada ketika itu perang sedang hangat tercetus. Beliau terkenal dengan nama “Abu Khalid” ketika berada di palestin, kisah beliau juga ada tertulis dibeberapa buah buku yang berkisar tentang Palestin.
Farhash juga adalah salah seorang pengasas SAVE GAZA serta MASSA. Ismail Haniyeh Presiden Hamas juga pernah menyebut bahawa beliau sangat berbangga dengan Saudara Farhash. Ketika ini Saudara Farhash masih memegang jawatan di OIC Gaza. Banyak lagi saya nak share tapi takpa nnti saya sambung lagi..
Fendi Aris.

(function() { var d = document, w = window; w

APA YANG DISEBUT SHAHIDAN KASSIM ADALAH SALAH