Lawatan PM ke Dubai | Menteri Luar harus bertanggungjawab - Anwar



Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah harus bertanggungjawab susulan kegagalan menguruskan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Dubai akhir bulan lalu. Jelas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai tidak boleh dipersalahkan kerana ia merupakan kecuaian dan kelembapan Menteri Luar itu sendiri.

No comments: