SUDAH TIGA KALI PKR BERGOLAK, SIAPA DALANGNYA?


Diam tak diam, sejak setahun lalu menjadi kerajaan bersama PH, PKR yang memiliki kerusi paling banyak dalam gabungan itu sudah mengalami tiga pergolakan dalamannya.
Kali pertama PKR bergolak ialah ketika Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi sebaik PH menang PRU14, sedangkan namanya tidak pernah dicalonkan oleh PKR untuk jawatan menteri kerana beliau ketika itu sudah pun mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
Perlantikan itu kemudiannya membawa kepada pertandingan antara Rafizi Ramli menentang Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.
Malah, dalam kempen-kempennya Rafizi secara terus-terang mengatakan beliau mahu menjadi Timbalan Presiden PKR ialah agar laluan Anwar menjadi Perdana Menteri ke-8 tidak terganggu.
Sejak dilantik memegang jawatan kanan dalam kabinet itulah bermulanya timbul cakap-cakap bahawa Azmin adalah calon Perdana Menteri ke-8 pilihan sebenar Tun Mahathir Mohamad, walaupun Perdana Menteri terus berkata beliau akan berpegang kepada janji peralihan kuasa yang telah dipersetujui bersama PH.
Jika Azmin hari ini kekal sebagai Menteri Besar Selangor, sudah tentu namanya tidak didendangkan sebagai bayangan kepada Anwar untuk jawatan Perdana Menteri ke-8.
Kali kedua PKR bergolak ialah sewaktu Latheefa Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, awal bulan ini.
Selain tidak pernah orang politik dilantik mengetuai SPRM atau Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum itu, Latheefa juga adalah pemimpin PKR yang pro Azmin dan kerap mengkritik Anwar Ibrahim sejak kebelakangan ini.
Dalam hal ini ramai yang bingung bagaimana Tun Mahathir boleh melantik seorang peguam yang tiada pengalaman dalam bidang penyiasatan atau penguatkuasaab untuk mengetuai SPRM, kecuali jika ada agenda politik di belakangnya.
Sebagaimana perlantikan Azmin sebagai menteri dilihat satu usaha Tun Mahathir menaikkannya, perlantikan Latheefa turut ditanggapi sebagai percaturan memberi kelebihan kepada Timbalan Presiden PKR itu.
Kali ketiga PKR bergolak dan ketika perbualan ramai mengenai perlantikan Latheefa belum berakhir ialah bila tersebarnya video seks sejenis yang didakwa melibatkan Azmin, minggu lalu.
Haziq Abdullah Abdul Aziz, Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin, kemudiannya tampil membuat pengakuan beliaulah lelaki dalam video seks sejenis tersebut sambil mendakwa Azmin adalah pasangan seranjangnya.
Beliau juga mengakui telah menjalin hubungan intim dengan Azmin sejak tiga tahun lalu.
Sehingga ini tidak diketahui bagaimana dan kenapa video seks sejenis melibatkan Azmin itu boleh tersebar, malah siapa punya perancangan menyebarkannya juga tidak diketahui.
Haziq sudah pun diambil keterangannya oleh pihak polis, begitu juga dengan Azmin.
Dalam ketiga-tiga pergolakan dalaman PKR itu, semuanya ada kena-mengena dengan Azmin dan secara sipi-sipi seperti mahu menyasarkan Anwar.
Jika pergolakan pertama dan kedua dikatakan seperti mahu melemahkan Anwar, pergolakan ketiga secara tiba-tiba ada unsur mahu mengaitkan Presiden PKR itu sebagai dalang di sebaliknya.
Pergolakan pertama dicetuskan dengan sengaja oleh Tun Mahathir dan pergolakan kedua juga diombakkan secara langsung oleh Tun Mahathir.
Pergolakan ketiga belum diketahui siapa punya angkara, tetapi masuk akalkah pergolakan terbaru ini kalau mahu dikata ia didalangi oleh Anwar?
Atau semua ini sebenarnya sambungan kepada episod pertama dan kedua sebelumnya?
Mungkinkah ada lagi episod seterusnya untuk menghuru-harakan PKR lagi selepas ini? (Shahbudindotcom 18/06/2019)

HAZIQ BERDEPAN TINDAKAN PEMECATAN

APABILA TIMBALAN MENTERI SUKA BERCAKAP





Tindakan seorang timbalan menteri mendapat kecaman kerana ianya menimbulkan persepsi dikalangan rakyat. Perkara yang berkaitan dengan dasar dasar pendidikan haruslah dilihat sebagai satu perkara yang besar dalam sistem pendidikan negara.

Apa yang menjadi masaalahnya, ialah niat untuk memberikan penjelasan atau penerangan , akan tetapi maksudnya tidak sampai. Apa yang sebenarnya ingin disampaikan oleh Timbalan menteri ini?

Adakah beliau lupa bahawa ada majlis MPPK dan ianya tertakluk dibawah Menteri berkenaan iaitu Mazlee Malek. Adakah beliau suka bercakap mendahului majlis dan dibawah bidang kuasa menteri?kenapakah timbalan menteri suka bercakap sebelum sesuatu diputuskan?

Sebenarnya bukan beliau sahaja, namun dilihat menteri menteri PH kerapkali mengeluarkan pandangan tanpa merujuk atau berbincang. Bila ini berlaku, ianya menimbulkan berbagai tanggapan negetif kerana nampak sangat menteri dan timbalan tidak sependapat atau ingin mencari populariti tanpa berfikir panjang.

Inilah bahananya apabila sesuatu isu yang melibatkan dasar terutamanya dasar utama pendidikan dituturkan tanpa berfikir. Masyarakat melihat perkembangan ini sebagai tidak sihat dan mengeluarkan pendapat mengikut pandangan peribadi.


Namun pendapat peribadi dalam sesuatu isu yang melibatkan dasar negara, dari seorang timbalan menteri boleh dianggap sebagai cakap dari seseorang yang penting untuk dijadikan panduan dan pandangan rakyat.

Kini, beliau  mula menepis pula kata kata yang diciapkan didalam FB beliau.Adakah dengan permohonan maaf ini akan menyelesaikan masaalah. Sebenarnya jika untuk menunjukkan ketelusan jika salah dalam sesuatu pendangan, adalah lebih baik jangan bercakap kerana ianya akan menjadikan menteri lebih sibuk menjawab dari menumpukan kepada bidang tugas yang seharusnya meyakinkan masyarakat didalam politik Malaysia Baharu. Malahan para penyokong juga menjadi keliru dan ianya melibatkan banyak pihak bagi membetulkannya.

Seharusnyalah ianya menjadi perkara takrakhir yang harus dilakukan oleh bukan sahaja Timbalan Menteri Pendidikan ini,malahan untuk semua jemaah menteri yang sedang dinilai rakyat.Jika salah tanggapan terhadap anda, maka anda semua bertanggungjawab. Setahun adalah masa yang sesuai untuk memperbaiki apa yang kurang. Bukan sentiasa menjadikan rakyat untuk sentiasa membela dan menyokong tanpa berfikir.Rakyat bukan tunggul kayu untuk sentiasa membetulkan tindakan anda yang suka bercakap tanpa berfikir. Penilaian rakyat tidak seindah apa yang anda sangkakan. 



Hari ini ,Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Mohd Khairuddin Aman Razali mempersoalkan kaji selidik awam oleh Kementerian Pendidikan berkenaan penambahbaikan mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah yang pada mulanya turut mengundang orang bukan Islam.








Image






  • Penjelasan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berhubung salah faham yang timbul berkenaan Kaji Selidik Mata Pelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan.



    Ha

    MISTERI VIDEO BAKAL TERBONGKAR TAK LAMA LAGI, LENAKAH TIDUR AZMIN SEKARANG?


    Dua perkara penting yang berlaku hari ini adalah petunjuk kian nyata bahawa kebenaran isu video seks sejenis yang didakwa melibatkan Azmin Ali bakal terbongkar tidak lama lagi.
    Pertama, laporan media Australia yang meminta pandangan beberapa pakar digital mendapati tiada sebarang pengubahsuaian dikesan pada video tersebut.
    “Saya menjalankan beberapa analisis forensik terhadap tiga video itu dan pada enam perkara yang saya periksa mendapati tiada bukti terdapat manipulasi foto atau imej,” jelas Kevin Nguyen, seorang pakar digital yang biasa menyediakan pengesahan kandungan untuk BBC dan New York Times serta kini bekerja untuk Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).
    Seorang lagi pakar digital, Profesor Siwei Lyu dari Kolej Kejuruteraan dan Sains Gunaan di University of Albany di Amerika Syarikat juga memberikan gambaran yang sama.
    “Dengan menghalang artifak mampatan (compression artifacts), tidak ada jejak algoritma (AI) Deepfake yang pasti, seperti orientasi muka yang tidak konsisten, atau wajah yang terapung,” jelasnya.
    Dengan kata lain, berikutan pengesahan dua pakar digital itu bahawa tidak ternampak sebarang pengubahsuaian pada video itu, bermakna ia adalah video yang asli.
    Bermakna, jika pakar digital Malaysia membuat analisa terhadap video itu selepas ini, dapatannya juga adalah sama iaitu ia adalah video asli dan tiada pengubahsuain.
    Jeng…jeng…jeng…mana mahu lari lagi?
    Hanya satu perkara saja lagi yang penting untuk ditentukan ialah sama ada lelaki dalam video itu adalah Azmin atau tidak.
    Tetapi, jika keaslian video sudah boleh disahkan, mengesan pelakunnya tentulah tidak sesukar mana untuk dilakukan.
    Apatah lagi, berdasarkan pengakuan Haziq Abdullah Abdul Aziz, beliau bukan saja mengakui dirinya adalah lelaki dalam video tersebut, bahkan turut menyebut pasangannya ialah Azmin.
    Sekarang, terserah bagaimana Azmin mahu bersilat kepada pihak polis selepas ini.
    Perkara kedua yang berlaku hari ini yang turut memberi petunjuk semua misteri mengenai video itu akan terbongkar dalam waktu terdekat ialah apabila pihak polis membatalkan hasrat mengambil keterangan Hilman Idham, Setiausaha Politik kepada Azmin.
    Hilman sepatutnya diambil keterangannya pagi ini dan beliau telah pergi ke IPD Sepang pada jam 11.05 pagi tadi, tetapi keluar lima minit kemudiannya apabila dimaklumkan maklumat yang diambil daripadanya sebelum ini sudah mencukupi.
    Apakah ini bermakna, oleh kerana pihak polis sudah mengambil keterangan Haziq dan membawanya menjalani pemeriksaan doktor, maka segala apa yang diperlukan polis daripadanya sudah dianggap mencukupi serta tidak memerlukan lagi apa-apa keterangan tambahan?
    Dalam konteks yang sama, tidak pula dipastikan sama ada Azmin sudah dipanggil polis atau belum untuk diambil keterangannya.
    Yang nyata, berdasarkan dua perkara tersebut dan ditambah dengan Haziq yang cepat dibebaskan dengan jaminan polis semalam, beliau tidak ditahan reman dan tidak juga passport antarabangsanya dirampas, semua ini seolah-olah membawa erti bahawa segala makumat yang diperlukan oleh pihak polis dalam membongkar misteri video itu sudah lebih daripada mencukupi.
    Kata polis, Haziq tidak berisiko untuk melarikan diri ke luar negara kerana telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis.
    Walaupun ketika ditahan beliau dalam perjalanan pergi ke Manila, pihak polis tentu ada asas yang kukuh untuk meyakini Haziq.
    Namun, apakah makna semua ini?
    Apakah segala-galanya hanya menunggu masa untuk IGP, Abdul Hamid Bador membuat sidang media khas mengenai kebenaran video itu dalam sehari dua ini?
    Lenakah tidur Azmin sekarang? (Shahbudindotcom 17/06/2019)

    Saya akan tenang hadapi fitnah, terima kasih Pas – Azmin


    Image result for azmin ali


    KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan tenang dalam menghadapi fitnah video lucah miripnya.
    Timbalan Presiden PKR itu hari ini berterima kasih dengan sokongan yang diberikan oleh Pas kepadanya sebelum ini.
    “Menyambut baik sokongan dan menghargai pandangan bernas Timbalan Presiden Pas menolak budaya politik kotor kerana ia cubaan mengalih perhatian orang ramai daripada keadaan semasa.
    “Terima kasih atas nasihat untuk terus sabar berdepan fitnah,” katanya di Twitternya.
    Mohamed Azmin kini berdepan dakwaan terlibat dalam video lucah bersama seorang lelaki bernama Haziq Abdullah Aziz.
    Pada 12 Jun lalu, Haziq yang juga Ketua Pemuda PKR Santubong, Sarawak tampil secara terbuka mengakui salah seorang daripada lelaki tersebut adalah dirinya.
    Dia kemudian mendakwa pasangan yang ada di atas ranjang itu ialah Azmin yang kemudiannya disangkal oleh menteri terbabit.
    Sabtu lalu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata penyebaran empat video lucah yang dikaitkan dengan Azmin adalah sebahagian daripada strategi mengalihkan perhatian rakyat.
    Antara lain katanya adalah isu keadaan semasa ekonomi dan tidak terkecuali kemelut pertelingkatan dalaman parti politik dalam PH. -MG

    TIDAK MASUK AKAL MENGAITKAN ANWAR DALANG DALAM VIDEO AZMIN


    Sejak awal apabila video seks sejenis yang didakwa melibatkan Azmin Ali tersebar, persoalan utama yang bermain di kepala ramai orang ialah siapakah dalang di sebaliknya?
    Apatah lagi apabila kemudian Haziq Abdullah Abdul Aziz, dengan tenang, selamba dan seperti membaca pengumuman melihat anak bulan puasa, mengakui beliau adalah lelaki dalam video terbabit sambil mendakwa Azmin adalah pasangan sejenisnya.
    Selain itu, beliau juga meminta SPRM menyiasat Azmin yang didakwanya tidak layak menjadi pemimpin.
    Sambil ramai yang bingung bagaimana Haziq boleh mengaitkan hubungan seks sejenis dengan siasatan SPRM, yang lainnya turut hairan macam mana lelaki semuda beliau ada kekuatan untuk mengakui penglibatannya dalam dunia paling jijik itu secara terbuka.
    Kemudian Haziq juga mendedahkan lagi hubungan seks sejenisnya dengan Azmin bukanlah pertama kali berlaku di Sandakan, tetapi turut berlaku di Kuching dan KL sejak tiga tahun lalu.
    Sekali lagi, ramai yang bertanya, jika tiada “seseorang” atau pihak yang benar-benar kuat dan kukuh di belakangnya, mana mungkin beliau mampu seberani itu tampil di depan umum dengan pengakuannya itu.
    Secara logiknya, dengan jawatan sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Samsul Iskandar Md Akin dan Azmin pula merupakan menteri kanan, jika pun benar mereka berdua merupakan pasangan kekasih dan ada hubungan seks, menyimpan rapi hubungan itu jauh lebih bermanfaat dan menjamin masa depannya.
    Tiada untungnya beliau tampil membuat pengakuan mengenai penglibatannya kerana selain jawatannya sudah digantung dan mungkin dibuang kerja, beliau turut berdepan kemungkinan didakwa di mahkamah serta dipenjarakan selepas ini.
    Tetapi, jika ada “dalang besar” di belakangnya yang menjanjikan habuan lebih lumayan, mungkin segala-galanya tidak mustahil untuk seseorang itu berkorban seketika sementara laba lebih lumayan jatuh ke riba kemudiannya.
    Dalam hal ini, oleh kerana Azmin dilihat sebagai saingan kepada Anwar Ibrahim dan dikatakan lebih berada di hati Tun Mahathir Mohamad untuk dijadikan Perdana Menteri ke-8, walaupun dalam masa yang sama terikat dengan janji untuk menyerahkan jawatannya kepada Presiden PKR itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu dengan sendirinya terdedah kepada dakwaan sebagai dalang di sebalik video tersebut.
    Namun demikian, ikut hukum akal dan melihat kepada Anwar sendiri pernah terpalit dengan fitnah liwat sebanyak dua kali, tentulah tidak mungkin beliau menggunakan kaedah yang sama untuk memalukan Azmin yang merupakan anak didik dan mempunyai hubungan bagai keluarga dengannya.
    Mustahil Anwar sekejam dan sezalim itu dalam memburu cita-cita politiknya, malah dalam rekodnya sejak bersama UMNO lagi, beliau tidak pernah sama sekali menggunakan apa-apa taktik kotor dan jijik untuk menyerang dan menjatuhkan lawannya.
    Tetapi, sudah tentu mereka yang pernah merekayasa fitnah seumpama itu, lebih mungkin atau mudah untuk mengulanginya sekali lagi.
    Lagi pula, walaupun Azmin dikatakan saingan kepada Anwar untuk dijadikan Perdana Menteri ke-8, Presiden PKR itu tetap ada kelebihan kerana persetujuan dan konsensus PH untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepadanya sudah terpatri dengan kukuh.
    Selain Tun Mahathir sendiri sudah banyak kali mengulangi janji akan menyerahkan kuasa kepada Anwar, PKR, DAP, Amanah dan Bersatu juga masih berpegang teguh kepada janji itu.
    Anwar hanya perlu bersabar dan menunggu detik waktu untuknya tiba menjadi Perdana Menteri dan tiada keperluan untuk menggunakan taktik kotor seperti penyebaran video dan sebagainya.
    Lebih daripada itu, sebagai Presiden PKR dan Azmin adalah timbalannya, lebih tidak masuk akal untuk mengatakan Anwar terlibat dalam taktik kotor sebegini kerana ia akan memalu serta meruntuhkan parti itu sendiri dari segi kepercayaan umum.
    Sebagai parti dominan dalam PH, kalau pun Anwar itu terlalu jahat dan rakus, lebih munasabah untuk beliau melakukan sesuatu yang boleh memusnahkan Bersatu daripada menghancurkan partinya sendiri.
    Dalam pada itu, persoalan paling besar ialah bagaimana video itu dirakam dan disebarkan kerana Anwar tidak mempunyai kuasa dalam kerajaan yang memberinya kelebihan melakukan perkara jahat seperti itu.
    Ikut logik akal juga, tentulah mereka yang ada kuasa dan tahu pergerakan Azmin yang boleh memasang alat rakaman di bilik hotel penginapannya. Jika tidak, bagaimana mereka tahu di bilik mana Azmin menginap.
    Biasanya kerja-kerja sebegini hanya mungkin dilakukan oleh pengintip upahan, tetapi tentulah lebih mudah kalau ada penglibatan polis cawangan khas atau SB.
    Kalau Anwar mengupah pengintip upahan misalnya, risiko untuk perkara itu terdedah adalah lebih tinggi berbanding jika SB yang melakukannya.
    Tetapi, jika SB yang melakukannya, siapakah yang ada kuasa memberi arahan seperti itu?
    Adakah ia Anwar?
    Walaupun Haziq dalam pengakuannya turut mendedahkan Azmin sebagai lelaki yang sakit kerana memasang alat rakaman aksi seksnya sebagai koleksi peribadi, persoalan lain ialah bagaimana video itu boleh tersebar?
    Sangat tidak mungkin Azmin dengan sengaja menyebarkan video itu dengan tujuan untuk menarik simpati atau “mengenakan” Anwar misalnya.
    Sekali lagi, apa yang paling mungkin ialah rakaman itu mesti dilakukan oleh pihak lain yang bertujuan bukan saja untuk memecahkan hubungan Anwar dengan Azmi, tetapi juga menjadikan Tun Mahathir terus dominan sebagai Perdana Menteri.
    Tidak mustahil, matlamat lebih besar di sebalik video ini ialah untuk menghancurkan PKR itu sendiri.
    Logikkah kalau mahu dikata Anwar melakukan semua itu? (Shahbudindotcom 16/06/2019)

    MASAALAH PERHUBUNGAN






    ADMIN MENGHADAPI MASAALAH AKIBAT PERHUBUNGAN TALIAN YANG KERAP KALI TERPUTUS. SEJAK MINGGU LEPAS PERHUBUNGAN DAN TALIAN ADALAH TERBATAS DAN INI AGAK MENYUKARKAN UNTUK ADMIN MENGUPDATE SEHINGGA TALIAN INTERNET PULIH

    SKANDAL HOMOSEKSUAL TUTUP SKANDAL NAJIB – SRC INTERNATIONAL?

    MUKTAMAR KE-65: MAMPUKAH KERJASAMA PAS-UMNO TEWASKAN PH?

    (function() { var d = document, w = window; w

    Mengapa perlu takut buka Parlimen?

      Ini bukan kerajaan gagal tapi kerajaan tidak bermaruah MAHIADDIN PM PALING TERUK DLM SEJARAH Rakyat sedang menderita. Ada yg bunuh d...