*PERALIHAN KUASA TUNTUTAN PERSEFAHAMAN DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN NEGARA*

*PERALIHAN KUASA TUNTUTAN PERSEFAHAMAN DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN NEGARA*

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu, majoriti rakyat Malaysia telah memberi mandat kepada Pakatan Harapan (PH) untuk menbentuk sebuah kerajaan. Mandat tersebut termasuklah persetujuan rakyat terhadap janji peralihan kuasa Perdana Menteri (PM) ke-7 iaitu Tun Mahathir kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai PM ke-8 dalam tempoh dua tahun,  memandangkan DSAI masih berada di dalam penjara waktu itu.

Persetujuan rakyat itu membawa maksud akan memberikan sokongan padu kepada Tun Matahir bagi memegang jawatan PM sementara proses pembebasan dan pengampunan DSAI berjalan sebaik sahaja kemenangan diperoleh dalam PRU14. 

Soal peralihan tampuk kepimpinan kepada DSAI tidak menjadi isu di awal pasca PRU-14. Sebaliknya, tumpuan teralih kepada proses peralihan kuasa daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada PH. Mewarisi peninggalan kerajaan BN yang sudah terlalu dicemari dengan amalan-amalan korup seperti rasuah dan salah guna kuasa yang berleluasa, menjadi cabaran besar kepada kerajaan PH. Harapan rakyat tertumpu kepada usaha kerajaan PH untuk membela nasib rakyat dan memulihkan ekonomi negara.

Pada masa yang sama, DSAI telah dibebaskan dan diberikan pengampunan penuh oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong yang membolehkan beliau terus bergiat aktif dalam politik tanah air.  Kini memikul tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Port Dickson, rakyat menantikan pelaksanaan janji peralihan kuasa oleh PH di mana DSAI dinobatkan sebagai PM ke-8. 

Sesiapun tidak boleh menafikan bahawa perjuangan Reformasi selama lebih 20 tahun melalui pelbagai strategi telah membuahkan hasil sokongan rakyat yang padu pada PRU-14. Rakyat akhirnya berani mengambil keputusan untuk menukar kerajaan BN yang telah memerintah lebih 60 tahun.

Bibit-bibit perubahan serta pembaharuan telah mula berlaku. Soal banyak atau sikit boleh didebatkan. Yang pastinya, masih banyak lagi agenda Reformasi yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan PH. 18 bulan telah berlalu, telah tiba masanya untuk proses peralihan dimulakan secara baik dan tersusun dalam masa yang tedekat. Saya berpendapat bulan Mei 2020 adalah waktu yang tepat, selari dengan tempoh janji peralihan kuasa dalam masa dua tahun.

*Zahir Hassan*
*Pengerusi Keadilan Wilayah Persekutuan*

https://www.facebook.com/337799410032578/posts/805751546570693/

MEDIA STATEMENT FROM DSAI LAWYERS



MEDIA STATEMENT 

This is to confirm that I had received instructions from Dato Seri Anwar Ibrahim a few days ago to commence a defamation suit against Muhammad Yusoff Rawther in respect of the contents of a Statutory Declaration made by him on 19.11.2019.

As the police investigations into the allegations in the said SD is now complete with the Solicitor General announcing recently that Anwar will not be charged as a result of such investigations, I will take the necessary steps to file the said defamation suit next week.

Dated this 17th January, 2019.

RAMKARPAL SINGH
MEMBER OF PARLIAMENT 
BUKIT GELUGOR 
CHAIRMAN NATIONAL LEGAL BUREAU 
DEMOCRATIC ACTION PARTY

UNDIAN...

Tarikh peralihan kuasa yang masih belum ditetapkan membuatkan sejumlah pihak terus berteka-teki tentang siapakah yang lebih layak sebagai Perdana Menteri, adakah Tun Mahathir atau Dato Seri Anwar Ibrahim?

Undian ini akan menjadi semacam petunjuk ilmiah bagi siapa pun (termasuklah Majlis Presiden PH) untuk membuat keputusan yang terbaik buat rakyat Malaysia.

https://strawpoll.com/ax24xd44

Undian akan berlangsung selama 24 jam.

Djamaluddin,
Rakyat Malaysia.
 https://strawpoll.com/ax24xd44

Kenyataan Media AMKSedih Keadaan Khairuddin, AMK Gesa Khairuddin Menerima Rawatan Mental

Kenyataan Media

16 Januari 2020

Sedih Keadaan Khairuddin, AMK Gesa Khairuddin Menerima Rawatan Mental

Saya memandang serius kenyataan Khairuddin Abu Hassan yang dilihat sangat biadab terutama dalam kenyataan terbaru beliau dengan kurang ajar menggelar ahli dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sebagai "gangster" dan "tahi kucing".

Saya tidaklah marah dengan beliau sebaliknya saya berasa sangat sedih melihat keadaan beliau yang semakin hari semakin 'tenat' kerana dilihat seolah mempunyai masalah mental.

Sejak beberapa bulan ini Khairuddin dilihat seperti orang sakit (mental) kerana dilihat sering meroyan dengan kata-kata kesat dan biadab terutama kepada Presiden KEADILAN, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Saya faham beliau 'stress' kerana setelah gagal mendapatkan tempat di Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), beliau terpaksa menyertai AMANAH untuk menjadi calon Pilihanraya namun akhirnya tewas.

Keadaan beliau dilihat semakin kritikal selepas beliau kalah petisyen pilihanraya yang beliau failkan dan kebiadaban beliau sudah tidak boleh dikawal.

Beliau sangat dikenali sebagai 'penjilat' Tun Mahathir kerana sesiapa yang menegur Tun Mahathir, beliau lah yang akan keluarkan kenyataan biadab menyerang sesiapa sahaja yang menegur Tun Mahathir seolah Tun Mahathir adalah 'tuhan'nya.

Saya ingin menasihati Khairuddin agar jangan campur tangan dalam urusan peralihan kuasa antara Tun Mahathir dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan tidak menjadikan Pakatan Harapan seperti Barisan Nasional yang sering memungkiri janji.

Beliau perlu ingat kemenangan ini adalah kemenangan rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Pakatan Harapan untuk mengotakan janji termasuk mengangkat Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 seperti yang termaktub dalam Perjanjian Muafakat Pakatan Harapan yang ditanda tangani pemimpin keempat-empat parti.

Saya juga ingin menasihati beliau agar menjalani rawatan untuk mengawal kemarahan serta membuat pemeriksaan kesihatan mental kerana saya amat khuatir akan keadaan beliau kebelakangan ini yang dilihat seperti kehilangan hala tuju.

Shariful Azmir Hj.Mustafa
Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Perang dalam Umno lagi hebat



Mat Dahari Ali

Satu puak nak kekalkan sokongan pada Najib, satu lagi  xnak Najib tapi  kekalkan Zahid, satu lagi xnak Najib dan Zahid sebab jadi beban pada Umno.

Alasan puak ketiga tu ada asasnya sebab Najib dan Zahid akan 'kedalam' dan parti akan hilang arah sebab tiada pimpinan.

Alasan puak kedua pulak, tak perlu pertahan Najib sebab beliau dan isterinya memang telah merosakkan umno dan keyakinan rakyat pada umno. Dan.. Zahid perlu jadi sandaran sebab beliau dipilih dari akar umbi.

Puak yang nak kekalkan sokongan pada Najib pulak melihat Najib tak bersalah dan apa yang berlaku sekarang semata-semata usaha PH memenjarakan Najib. Ini berlaku dalam mana negara apabila kerajaan lama tumbang. Dan...tindakan Najib bersuara menentang PH dilihat sebagai pemimpin yang berani.

Dari ketiga- puak  puak ni, puak yang tak nak Najib dan Zahid paling dominan namun enggan menzahirkn protes memandangkan situasi tidak sesuai ketika ini.

Berdasarkan sentimen dalaman umno, gerakan puak ketiga ini berpaksi kepada sokongan golongan pemuda kepada bekas pemimpinnya, Khairi Jamaluddin.

Umno perlu diberi nafas baru yang perlu datang dari sayap pemuda yang masih di anggap 'suci' dari aroma koleptokrasi yang dipromosi hebat oleh PH terhadap pemimpin-pemimpin umno yang sedia ada.

Gerakan 'senyap' oleh golongan ini disaat kes Najib dan Zahid berada ditakok puncak mungkin disedari oleh akar umbi dan pemimpin tertinggi dlm umno. Namun terpaksa dibiarkn bagi menenangkan keadaan.

Disinilah letaknya kebijaksaan puak ketiga.


BERSANGKA BURUK, DENGKI PAK LEBAI

Nizam aka...

Apa data peribadi yang nak dirahsiakan lagi dari kerajaan?  Nikah kat siam?  Anak luar nikah?  Cuba sebut apa yg kita boleh rahsiakan dari kerajaan?  Gaji?  Pencen?  Bilangan anak?  Bilangan rumah dan kereta?  Adoiii...kaki pendengki akan hasut orang lain...yang bodoh boleh la percaya...😂

MAHATHIR SIAP MUNDUR


7 PEMIMPIN AMK DIPECAT KERANA PONTENG MESYUARAT

APABILA ABANG MAT SABU PULA DIHENTAM ANGKARA TAKUT MAHU TEGUR TUN



Aku amat simpati apabila melihat abg mat sabu teruk kena hentam dek nitizen akibat beliau mahu rakyat jgn bercerita pasal peralihan kuasa PM, takut terganggu ekonomi.  Aku fikir lebih baik Abg Mat komen mcm biasa-biasa dia komen, " kita serah kepada majlis Presiden".  Komen mcm tu lebih selamat daripada Abg Mat nak kaitkan dgn ekonomi bagai mcm pakar ekonomi..

Abg Mat wajar komen dengan bijak.  Dalam Konvensyen Amanah yang lalu, saya dengar salah satu keputusan konvensyen Amanah adalah menuntut Majlis Presiden PH tetapkan tarikh peralihan kuasa PM.  Jika benar begitu, mengapa Abg Mat bercakap menyimpang dan tidak bawa suara akar umbi?  

P/s Psstt...member askar dah tanya tu, kes pembelian helikopter dan land swap apa cerita bang mat?  Tak sound SPRM ke?  Elok fokus yang ni je dulu.  Baling kasut kawad je kat Tipah Koya tu kalau lambat sangat siasat...

WFAUZDIN NS

MAKLUMAN BERKAITAN PENGADAAN SIDANG AKHBAR :



MAKLUMAN BERKAITAN PENGADAAN SIDANG AKHBAR :

1. Merujuk kepada KENYATAAN MEDIA bertarikh 14.01.2020 yang dikeluarkan oleh Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek, Peguam Cara Negara, satu SIDANG AKHBAR akan dikendalikan oleh MUHAMMED YUSOFF RAWTHER bersama peguam HANIFF KHATRI seperti berikut :

Tarikh : 17.01 2020 (Jumaat)
Masa : 3.30 petang
Tempat : Pejabat Haniff Khatri, Peguambela & Peguamcara, Kota Damansara.

2. Kehadiran wakil kesemua pihak media adalah dialu-alukan.

Sekian. Terima kasih.

Haniff Khatri
16.01.2020 @ 1517

AMBOI ABANG MAT....BUKAN SAJA GAYA DAH BERUBAH, NADA CAKAP PUN DAH BERUBAH SAMA NAMPAKNYA!!!



Presiden Amanah, Mohamad Sabu menggesa supaya isu peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim tidak terus dimainkan.

Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata, isu itu jika terus dimainkan boleh mengganggu tugas-tugas kerajaan.

"Isu peralihan kuasa tidak harus terus-menerus dibangkitkan kerana ia akan mengganggu tugas kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara.

"Biarlah Majlis Presiden PH yang menentukannya," kata beliau dalam suatu kenyataan.

Amboii Abang Mat....sejak berjawatan menteri ini bukan saja gaya berpakaian dah berubah, nada percakapan pun dah berubah juga nampaknya?

Sejak bila rakyat, khususnya penyokong PH tidak boleh lagi bersuara tentang peralihan kuasa?

Apa masalah jika rakyat mahu bersuara tentang perkara itu?

Untuk makluman Abang Mat, ramai orang akan terus bersuara menuntut kepastian berkenaan tarikh peralihan kuasa adalah kerana Majlis Presiden PH sehingga ini gagal melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya.

Di mana logiknya jika isu peralihan kuasa terus dibangkitkan kononnya akan mengganggu tugas-tugas kerajaan?

Bukankah tugas kerajaan jadi terganggu kerana Majlis Presiden PH sendiri yang gagal berfungsi dalam menetapkan tarikh yang khusus berkenaan peralihan kuasa itu?

Kalau sudah ditetapkan tarikhnya, bukankah semuanya akan selesai dan  tugas-tugas kerajaan tidak terganggu lagi?

Apakah yang menyebabkan susah sangat bagi Majlis Presiden PH untuk menetapkan tarikh peralihan kuasa itu sehingga Abang Mat sendiri tidak mahu lagi isu itu terus dibangkitkan?

Atau ia jadi susah kerana Abang Mat sudah ada jawatan menteri sekarang ini?

Kalau itu alasannya, apakah kerana sudah berjawatan menteri, maka mulut mesti jadi bisu dan lidah sudah jadi kelu untuk menyuarakan sesuatu perkara?

Lagi pula, cuba fikir dengan mendalam, siapakah yang memberi jawatan menteri kepada Abang Mat dan kawan-kawan yang lain dalam kerajaan sekarang - Tun Mahathir atau PH?

Untuk pengetahuan Abang Mat juga, mereka yang membangkitkan isu peralihan kuasa dan mahu ditetapkan tarikhnya bukanlah bercakap di luar kerangka yang sepatutnya.

Mereka bercakap mengenainya kerana Tun Mahathir sendiri sejak awal sudah menyatakan hanya mahu jadi Perdana Menteri bagi tempoh dua tahun saja dan selepas itu akan menyerahkannya kepada Anwar sebagai pengganti yang sudah dipersetujui oleh PH sendiri.

Oleh kerana sekarang sudah hampir dua tahun usia PH menjadi kerajaan sejak memenangi PRU14 pada 9 Mei 2018, maka semua orang ingin tahu bilakah tarikh penyerahan kuasa itu akan dilakukan?

Itu saja sebenarnya yang dituntut oleh mereka yang bersuara tentang peralihan kuasa.

Takkan itu pun salah, Abang Mat? (ShahbudinHusin 17/01/2020)

SEBAGAI PEMIMPIN ISLAM LANGKAH INI ADALAH TEPAT



Dong Zong datang jumpa Mujahid. Sebagai pemimpin Islam, Mujahid membuka pintu pejabatnya untuk berbincang dengan Dong Zong. Itulah akhlak Islam.

Selepas mendengar pandangan Dong Zong maka Mujahid pula memberi pandangan dia yang akhirnya Dong Zong pun bersetuju. Itulah ana rasa kaedah Islam. Bersemuka dan berbincang.

Antara yang berjaya disepakati :

1. Semua pihak perlu meredakan ketegangan dalam isu yang menyinggung sensitiviti mana-mana pihak melalui pendekatan penuh berhikmah dan bijaksana. Suasana ini amat penting agar pihak yang menangguk di air keruh selama ini tidak akan berpeluang mengeksploitasikan keadaan untuk agenda sempit mereka.

2. Bersetuju bahawa tidak timbul isu Dong Jiao Zong menentang pembelajaran Jawi. Isu yang dibangkitkan adalah kaedah perlaksanaan pembelajaran yang memerlukan perbincangan secara konstruktif oleh semua pihak.

3. Mencapai persetujuan bahawa pembelajaran Jawi tidak bermotifkan Islamisasi kepada mana-mana pelajar bukan Islam. Malah bersetuju bahawa Jawi adalah sebahagian daripada warisan budaya negara bangsa yang perlu dihormati oleh semua pihak.

4. Sepakat bahawa agenda rasis yang bakal meruntuhkan keharmonian masyarakat berbagai kaum dan bangsa perlu ditentang bersama secara kolektif supaya tidak ada budaya kebencian sesama rakyat Malaysia.

5. Persetujuan bahawa mana-mana pihak yang dipertikaikan bersedia untuk berdialog dan terbuka untuk menerima sebarang pandangan.

Mujahid meyakini Islam adalah agama kedamaian maka dia pilih jalan supaya manusia yang berbeza pandangan dapat hidup dalam kedamaian.

Pemimpin dan penyokong parti ana dan Umno mungkin rasa Islam agama peperangan, maka setiap tindakan menjurus kepada nak bergaduh dan bersengketa.

Apapun tahniah Mujahid. Anda pemimpin yang berani berhadapan dan bersemuka dalam isu-isu walaupun mungkin sensitif sehingga pemimpin politik tak berani mendekati kerana takut hilang populariti.

#7UP

(function() { var d = document, w = window; w

Anwar doesn’t rule out possibility of working with Umno