INI PENJELASAN PMX. ISU RASIONALISASI


 

JOM DENGAR PENERANGAN BEBERAPA CADANGAN DAN PENJELASAN TERKAIT RASIONALISASI. LETRIK.



 INI TAKIYUDDIN. ZAMAN WALAUN BODO KOMEN SEKARANG NI. WALAUN IKUT PEMIMPIN BODO.. DEPA AKAN JUGA JADI BODO.


INI SEDIKIT ULASAN ZAMAN PAS JUGA. PMX JELASKAN RASIONALISASI. WALAUN TAK FAHAM RASIONALISASI. 


INI PENJELASAN NAZRI HAMDAN. LEBIH REALISTIK. BAGAIMANA KERAJAAN NAK CUKAIKAN T20 SAHAJA.  LAIN LAIN TAK YAH BENGAP SANGAT. DENGAR DULU. 



INI PENJELASAN PMX.. RAKYAT TERBANYAK TIDAK BOLEH DIKENAKAN KENAIKAN.




KERAJAAN MANA AGAKNYA.

 

Ada 𝗲𝘅𝗰𝗼 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 kata pelajar yang tak cemerlang tapi ada duit boleh masuk universiti 𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗽𝗶𝗻𝘁𝘂 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻𝗴.



Katanya lagi, begitu juga 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀. Mereka merupakan pelajar 𝙧𝙚𝙟𝙚𝙘𝙩 di negara mereka. Ada yang 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗵𝗶𝗿 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮 𝗜𝗻𝗴𝗴𝗲𝗿𝗶𝘀.


Dia tahu sebab katanya dia terlibat dalam 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝘂𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 dulu. Ada yang kata dia mantan 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗡𝗮𝗶𝗯 𝗖𝗮𝗻𝘀𝗲𝗹𝗼𝗿. Ada yang kata 𝗡𝗮𝗶𝗯 𝗖𝗮𝗻𝘀𝗲𝗹𝗼𝗿.


Tapi yang penting, dia 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻. Katanya ini yang kerajaan buat. Ambil hak rakyat miskin.


Aku terfikirlah. Bila dia jadi TNC atau NC tu? Sekarang ni dia exco negeri, maknanya paling lambat dia masuk politik pun tahun 2022. Dia jadi TNC tentu sebelum itu.


Jadi kalau betul 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗵𝗮𝗸 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗺𝗶𝘀𝗸𝗶𝗻, kerajaan mana? Itu yang aku nak tahu. Kerajaan Najib ke, Mahathir ke atau Mahiaddin? Tapi yang aku pasti, 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗽𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿.


Kalau benda tu berlaku sekarang, maknanya dia pun tak pasti kebenaran cerita tu. Sebab dia sekarang dah jadi exco. Dah 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘂𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶.


Kalau itu betul berlaku, aku cadangkan dia laporkan kepada SPRM  jangan berani cerita dekat walaun je. Cerita la dekat SPRM sekali. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


ISU LAIN TAK ADA. MAIN ISU KALAH SAMAN.


 Semakin menjadi-jadi puak pembangkang memainkan isu 𝘀𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗛𝗮𝗻𝗻𝗮𝗵 𝗬𝗲𝗼𝗵 ke atas mantan 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘀 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮, 𝗠𝘂𝘀𝗮 𝗛𝗮𝘀𝘀𝗮𝗻. Ramai yang cuba cipta naratif yang kononnya Hannah Yeoh 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵.


Sejak bila saman fitnah boleh disamakan dengan kes kesalahan jenayah pula?


Kena ingat. Ini adalah saman malu bila mana Hannah merasakan ucapan Musa dalam sebuah forum telah 𝗺𝗲𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗲𝗽𝘂𝘁𝗮𝘀𝗶𝗻𝘆𝗮. Ini penghakiman terhadap Musa Hassan. 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗛𝗮𝗻𝗻𝗮𝗵 𝗬𝗲𝗼𝗵.


Cuba lihat apa alasan penghakiman mengapa Musa didapati 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗛𝗮𝗻𝗻𝗮𝗵 𝗬𝗲𝗼𝗵.


Pertamanya peguam Hannah 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹 𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 ucapan itu 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝘂𝗷𝘂𝗸 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗛𝗮𝗻𝗻𝗮𝗵. Maksudnya intipati ucapan Musa adalah berkenaan isu keselamatan negara dan bukannya secara spesifik tentang Hannah.


Ucapan Musa berkisar soal keselamatan negara dan 𝗮𝗻𝗮𝗹𝗶𝘀𝗮 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗸𝗲𝗯𝗶𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 terhadap isu itu. Jadi mahkamah berpendapat 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗻𝗶𝗮𝘁 𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗠𝘂𝘀𝗮 terhadap Hannah Yeoh.


Kedua, video yang tersebar itu pula bukan diterbitkan oleh Musa sendiri. Dia hanya berucap dalam sebuah forum dan 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗮𝗱𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗻𝘀𝘁𝗿𝗶𝗺𝗮𝗻 𝙡𝙞𝙫𝙚. Forum itu pula 𝗱𝗶𝗹𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗶 𝗸𝗲𝗶𝘀𝘁𝗶𝗺𝗲𝘄𝗮𝗮𝗻. Jadi sepatutnya dia  𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗰𝗮𝗽 dalam forum tersebut.


Ketiga, mahkamah berpendapatan ucapan Musa itu berdasarkan 𝗮𝗻𝗮𝗹𝗶𝘀𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗱𝗲𝗺𝗶𝗸. Ini poin yang penting. Sebab apa yang Musa ucapkan berdasarkan apa yang dia faham daripada buku yang Hannah tulis.


Tak semestinya apa yang Musa ucapkan itu tepat tapi mahkamah berpendapat, 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝘂𝗮𝗿𝗮 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗱𝗶𝗹𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗶. Sementara hakim juga menasihatkan agar tokoh awam 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗼𝗹𝗮𝗸 𝗮𝗻𝘀𝘂𝗿 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗿𝗶𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻. Jadinya pada Hakim, ucapan Musa lebih kepada 𝗸𝗿𝗶𝘁𝗸𝗮𝗻 dan bukannya fitnah terhadap Hannah.


Dan akhir sekali, penstriman yang disiarkan di laman 𝘍𝘢𝘤𝘦𝘣𝘰𝘰𝘬 itu merekod jumlah tontonan  kurang dari 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝘀. Dengan jumlah tontonan yang sedikit itu, mahkamah menolak dakwaan Hannah reputasinya rosak disebabkan ucapan itu.


Faham? Ini adalah penghakiman tentang 𝘂𝗰𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗠𝘂𝘀𝗮 𝗛𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻 yang menyentuh buku yang ditulis oleh Hannah. Ini bukan penghakiman Hannah adakah dia bersalah menulis buku tersebut.


Hannah saman Musa kerana mendakwa 𝗿𝗲𝗽𝘂𝘁𝗮𝘀𝗶𝗻𝘆𝗮 𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸. Bila Musa menang, bermakna mahkamah telah mendapati 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗿𝗲𝗽𝘂𝘁𝗮𝘀𝗶 𝗛𝗮𝗻𝗻𝗮𝗵 disebabkan oleh ucapan itu. Bukan bermakna ucapan Musa tu betul.


Tak ada sedetik pun dalam penghakiman itu bercakap tentang kandungan buku Hannah. Yang pembangkang pusing jauh sangat apa hal? Dalam PN punyalah ramai peguam. Semua tak faham ke? Takkan semua dungu?


Sebenarnya mereka faham. Tapi macam biasa. Kalau fitnah pun mereka tak rasa berdosa, apalah sangat setakat 𝗽𝘂𝘁𝗮𝗿 𝗯𝗲𝗹𝗶𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗳𝗮𝗸𝘁𝗮 macam ni. Begitulah PN. Dalam tu mana ada orang baik. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.






DIA NI ISLE KE?

 

RMS


DiNegara sendiri ada mengaku saya calon Allah terus - kawan Hanisya Abd Hamid.





NAK CAKAP BAB EKONOMI.. TAPI BENGAP.

 Rms


Kesian..muka baik tapi bodo.. tiap bulan..??






KUASA SEBAT ADA SEJAK 1984.

 

Che Ibrahim


Ambo yang pernah tengok dengan mata sendiri hukuman sebat syarie yg dijalankan dalam penjara, ambo yang pernah terlibat menggubal Kaedah Kaedah Sebat Syarie.... 


Takdak apa pun yang ambo nak rasa terkesima ke atas hukuman sebat syarie petang ini, bahkan ianya berlaku amat terlalu lewat dari zamannya. 

(Kuasa hukuman sebat syarie telah ada semenjak tahun 1984, mengapa baru nak heboh sari Dua ni???)



TAKIYUDDIN DAN BIL LETRIK


 

SIBUK SANGAT NAK JADI PENGHUKUM AGAMA.

 


Pemandangan biasa di Sabah, gereja di tepi jalan, dengan lambang salib tinggi seperti itu.




Gambar ni aku snap tepi jalan semasa di Kota Belud, laluan ke Kota Marudu, Sabah.


Kalau un tengok di Sabah ni, mau berbuih mulut takut agaknya. 


Kalaulah Pemuda PAS menentang kemungkaran fitnah dan derma "jihad" yang membantu pemfitnah, sama seperti energy isu perayaan Hari Natal, alangkah baiknya.


Ni setiap kali Natal kita dok bertengkar macam nak perang, bila Semenanjung Malaysia nak tenang?


Tak boleh ke kita ambil contoh dari Borneo, di mana kehidupan sesama insan berlainan agama itu diraikan?


Melayu ekstrim ni sampai level influencer bukan Muslim pi makan di restoran makanan tak halal pun dipertikaikan dan dikecam.


Sibuk nak jadi polis moral, sampai orang bukan beragama Islam pun hampa nak dictate ikut undang-undang Islam.


"Dan janganlah kamu cerca benda-benda Yang mereka sembah Yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas Dengan ketiadaan pengetahuan." - Surah Al-An’am Ayat 108



KALAU RASA TERANCAM DI MALAYSIA. BANYAK NEGARA LAIN. LALU BANDINGKAN NILAI BARANGAN PULA. ANDA RASA MASIH TERANCAM?


 Zainuddin Omar


Setiap kali pemilihan negara terbaik untuk bersara, hanya satu negara yang numero uno iaitu PANAMA. 



Kerana curious saya membuat beberapa kajian dan pembacaan kenapa Panama kerap jadi negara nombor satu untuk bersara dan apakah bezanya dengan negara kita. 


1. Tarikan utamanya ialah kos sara hidup yang rendah (low cost of living). 


Saya bandingkan harga beberapa barangan di Panama:


Milk (regular), (1 liter) - 8.01RM

Loaf of Fresh White Bread (500g) - 10.77RM

Rice (white), (1kg) - 10.63RM

Eggs (regular) (12) - 11.63RM

Local Cheese (1kg) - 55.60RM

Chicken Fillets (1kg) - 32.67RM

Beef Round (1kg) (or Equivalent Back Leg Red Meat)  - 40.80RM

Apples (1kg) - 16.95RM

Banana (1kg) - 6.35RM

Oranges (1kg) - 12.67RM

Tomato (1kg) - 13.52RM

Potato (1kg) - 9.45RM

Onion (1kg)  - 10.51RM

Mineral water (1.5L) -  6.80RM


Kalau dibandingkan dengan negara kita, harga di Malaysia LEBIH MURAH. 


2. Penjagaan kesihatan (healtcare) yang lebih mampu milik, dan bahasa Inggeris digunakan secara meluas.


Healthcare di Malaysia pun antara terbaik di dunia dengan banyak klinik kesihatan swasta dan awam ada di merata tempat. Doktor kita semua boleh berbahasa inggeris.  


3. Panama menawarkan iklim tropika yang hebat dan terletak di luar zon taufan. 


Suhu purata tahunan adalah antara 25-28°C  di bandar dan sepanjang pantai, manakala di kawasan tanah tinggi, anda boleh menikmati suhu yang lebih sejuk seperti musim bunga sekitar 17-21°C. 


Cuaca di negara kita pun tropika serupa dengan Panama dan di luar 'ring of fire'. 


4. Panama adalah negara yang selamat untuk didiami.


Malaysia juga dinobatkan antara 10 negara dalam dunia paling selamat.

(https://www.globalcitizensolutions.com/ten-safest-countries-in-the-world/).


Bersyukurlah kita rakyat Malaysia. Yes, not perfect but one of the best.


Macam mana mereka kata Islam terancam di Malaysia walhal antara negara-negara Islam kita paling atas paling unggul berbanding negara Islam lain yang corot?



KAMU PATUT SAMAN DIA SEBAGAIMANA YANG BERLAKU TSRHADAP SEORANG YB... KELUAR KENYATAAN NI KOSONG.


 

PESAN SULTAN SELANGOR BUAAT RAKYAT TENTANG MAHATHIR


 

PECAH BELAH UMMAT ISLAM MALAYSIA


 

BUSUK PUNYA ORANG. SENDIRI PUNYA BANGSA ORANG LAIN TOLONG PUN BUSUK KAH?


 

Nabi Ibrahim Sebagai Seorang Ayah







1. Allah menjelmakan hubungan mesra di antara ayah dan anak dalam al-Quran. Hubungan ayah (iaitu Nabi Ibrahim) dan anaknya (Nabi Ismail) ini sangat penting untuk direnungi buat setiap ayah. Antaranya ialah:


(a) Nabi Ibrahim sebagai seorang ayah sentiasa berdoa buat keluarganya dan salah satu doa Baginda yang popular ialah doa agar dikurniakan anak yang soleh. Inilah yang perlu dilakukan oleh setiap ayah pada hari ini. Nabi Ibrahim berdoa:


رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ


“" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!" (Surah al-Saffat: 100)


(b) Bukan sekadar berdoa agar dikurniakan anak yang soleh, Nabi Ibrahim turut mengajak anaknya untuk melakukan ibadah bersama. Inilah yang perlu dilaksanakan oleh setiap ayah pada hari ini, mengajak anak-anak mereka melaksanakan ibadah bersama. Nabi Ibrahim mengajak Nabi Ismail membina Baitullah iaitu Kaabah. Firman Allah:


وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ


“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (Surah al-Baqarah: 127)


(c) Nabi Ibrahim turut dilihat rajin bersembang dengan anak beliau Nabi Ismail. Dalam perintah korban, Nabi Ibrahim bertanya pandangan anaknya Nabi Ismail, begitu juga dalam urusan hubungan suami isteri, Nabi Ibrahim turut menasihati Nabi Ismail. 


(c.1) Ketika perintah korban diturunkan dalam Surah Saffat ayat 102, Nabi Ibrahim lantas berdialog dengan anaknya. Begitulah seorang ayah perlu banyak berbicara dan berbincang dengan anaknya. Masa bersembang dengan anak perlu lebih banyak dari masa melihat telefon. 


(d) Nabi Ibrahim juga merupakan seorang ayah yang penyayang. Sifat penyayang Nabi Ibrahim terzahir apabila Baginda berusaha mendoakan buat ayah (atau pakcik) Baginda agar diberikan keampunan oleh Allah. Lalu Allah memuji sifatnya Baginda dalam firmanNya:


إِنَّ إِبْرَٰهِيمَ لَأَوَّٰهٌ حَلِيمٌ


Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar. (Surah al-Taubah: 114)


Semoga Allah membimbing kita.


Dr. Ahmad Sanusi Azmi

https://telegram.me/drahmadsanusiazmi



‘Adakah ini akan membuatkan anak saya menjadi ateis?’ siri 1

 

‘Adakah ini akan membuatkan anak saya menjadi ateis?’


Seorang bekas pendidik merenung cabaran dalam mengimbangi pendidikan agama serta kemahiran berfikir kritis yang ada di kesemua sekolah di Malaysia

 

GENERATED IMAGE

Follow us on our Malay and English WhatsApp, TelegramInstagramTiktok and Youtube channels.

Di tengah-tengah kecamukan dan kekecohan baru-baru ini mengenai keadaan sistem pendidikan kita yang dianggap gagal, saya teringat sebuah peristiwa yang terjadi bertahun-tahun lalu, ketika saya menjadi penyelaras program pra-universiti antarabangsa di sebuah institusi pendidikan swasta.

Seorang ibu telah masuk ke pejabat saya untuk membuat pertanyaan tentang program itu. Kemudian, pada akhirnya, dia bertanya, “Adakah program ini akan mengubah anak saya menjadi ateis?”

Saya terpinga-pinga seketika sebelum tersedar dengan soalan luar biasanya itu. Tidak seperti kurikulum sekolah kebangsaan kita, program yang saya selaraskan ini mempunyai komponen yang memerlukan pelajar meneroka maklumat yang mereka baca atau dengar dan menyemaknya dengan bukti empirikal, logik dan kemungkinan wujudnya bias. Ia mengajar mereka untuk merenung bagaimana mereka mengetahui sesuatu perkara yang mereka dakwa tahu.

Pengetahuan agama (tanpa mengira agama), bagaimanapun, tidaklah bersifat empirikal, tetapi ia masih merupakan bidang ilmu, dan sekali gus perlu diterokai sedikit berbeza.

Namun, satu perkara yang perlu diingati ialah sebarang pengetahuan (empirikal atau tidak) tidaklah boleh diterima secara membuta tuli tanpa pertimbangan dan refleksi terhadap kandungan, konteks dan tujuannya.

Di mana-mana pelusuk dunia, kita selalu akan menemui guru agama yang serong atau ibu bapa yang mengarahkan anak-anak mereka untuk menjauhi idea-idea intelektual yang ‘berbahaya’, dengan mendakwa bahawa ia akan mengancam ‘kepercayaan’ dan ‘cara hidup’ mereka.

Samalah seperti yang berlaku di Malaysia. Beberapa minggu lalu, ada seorang pemimpin parti politik mencadangkan bahawa pengikut sistem ekonomi tertentu boleh menjadi ‘musuh’ Islam.

Bolehkah iman dengan semudah itu terancam dengan idea? Adakah agama sungguh tidak mampu untuk mengikuti konsep, perubahan dan kemajuan baru?

Atau sebenarnya, ia dieksploitasi secara tidak langsung oleh golongan oportunis dan ahli politik tertentu yang menggunakan unsur agama bagi menyuntik ketakutan untuk mengawal pengikutnya.

Ketakutan seperti itu nampaknya lebih memusnahkan daripada membina.

Revolusi Kebudayaan di China pada 1960-an dan 70-an menyaksikan protes besar-besaran untuk menyingkirkan saintis, ahli falsafah dan pemikir. Perpustakaan yang mengandungi dokumen kuno yang berharga telah dimusnahkan. Tujuannya adalah untuk menimbulkan ketakutan, untuk melemahkan dan mengawal.


‘Adakah ini akan membuatkan anak saya menjadi ateis?’ siri 2

 

Seorang bekas pendidik merenung cabaran dalam mengimbangi pendidikan agama serta kemahiran berfikir kritis yang ada di kesemua sekolah di Malaysia






Adakah kita mula melihat bayangan ‘ketakutan’ ini di negara kita sendiri? Adakah ketakutan sudah mula disemai ke dalam masyarakat melalui hukuman sebat orang ramai di Terengganu? Dan bukankah ketakutan yang sama juga digunakan apabila pemimpin parti politik tertentu menyeru umat Islam untuk mengundi mereka atau berisiko ‘dihumban ke neraka’?

Sebagai rakyat Malaysia, saya memahami dan menerima bahawa Tuhan dan agama adalah prinsip asas yang membentuk identiti nasional kita. Maka dapat difahami juga mengapa pengajian agama diajar secara serius dan meluas di sekolah kebangsaan kita.

Hari ini, ia juga diiringi dengan kepercayaan bahawa, lebih banyak yang diajar, anak-anak kita pastinya akan menjadi lebih jujur, taat, rendah hati, adil, penyayang dan akhirnya, menjadi beragama secara murni.

Dek kerana itu, ada akibat yang perlu ditanggung dan mungkin juga seakan satu tindakan balas, setiap kali ada yang bercakap tentang kemerosotan sistem pendidikan negara di Malaysia hari ini, perbincangan hampir selalu akan beralih kepada proses ‘Islamisasi’ sekolah kita yang semakin meningkat.

Jadi, adakah ini satu tuduhan yang adil? Adakah pengajaran ilmu Islam menjadi satu hal yang ramai orang bukan Islam juga mula takuti?

Mungkin yang lebih penting bukanlah sama ada ia diajar sama sekali atau berapa banyak yang diajar tetapi bagaimana ia diajar.

Pernahkah ada sesiapa yang bertanya sejauh mana nilai-nilai Islam yang dipelajari oleh anak-anak kita di sekolah, sebenarnya tercermin dalam masyarakat kita?

Kanak-kanak belajar tentang nilai (termasuk nilai agama), utamanya dari persekitaran sosial mereka, bukan hanya dari buku teks mereka serta masa yang lama diluangkan dalam kelas. Dalam pendidikan, ini dikenali sebagai teori pembelajaran sosial.

Kanak-kanak lebih cenderung untuk mencontohi orang yang sering mereka lihat dan rapat dengan mereka, termasuk mereka yang mereka lihat dalam berita dan dalam media sosial. Ini termasuklah ibu bapa, guru, ‘influencer’, pemimpin dan juga ahli politik.

READ MORE:  How politics is behind Malaysia's education reform difficulties

 

Walaupun berjam-jam ilmu agama yang kita curahkan kepada anak-anak kita, ada kemungkinan mereka akan mengikut rentak orang lain.

Jadi, apa yang mereka pelajari daripada guru yang memaksa mereka untuk berdiri di bawah terik matahari selama berjam-jam sebagai hukuman… atau dipaksa mencangkung di bawah meja?

Apakah yang mereka pelajari daripada guru-guru yang bertindak mengasingkan seorang kanak-kanak yang dikira ‘lembab’, sedikit ‘lebih bising’ atau lebih ‘gelap’ atau sedikit ‘berbeza’ untuk berdiri lebih lama di bawah sinar matahari berbanding yang lain?

Apakah yang mereka pelajari apabila mereka melihat seorang pegawai polis menyogok rasuah dan tidak menerima hukuman apa pun?

‘Adakah ini akan membuatkan anak saya menjadi ateis?’ siri 3

 

Seorang bekas pendidik merenung cabaran dalam mengimbangi pendidikan agama serta kemahiran berfikir kritis yang ada di kesemua sekolah di Malaysia






Apakah yang mereka pelajari apabila melihat pekerja asing dilayan dengan begitu teruk?

Apakah yang mereka pelajari apabila mereka melihat seekor anjing liar yang tidak berbahaya dipukul hingga mati di jalanan?

Apa yang mereka pelajari…

Senarai yang ada ini tiada penghujungnya. Oleh itu, di sebalik semua jam mengajar yang kita lakukan, anak-anak kita ini mungkin hanya belajar menjadi kasar, tidak jujur, tamak, tidak adil dan kejam!

Kita tidak boleh menghentikan kekejaman, sikap acuh tak acuh dan kebodohan yang mungkin didedahkan kepada anak-anak kita. Tetapi kita boleh mengajar mereka untuk berfikir dan mempersoalkan pemerhatian mereka tentang dunia.

Kita boleh mengajar mereka untuk merangka semula bagaimana penerapan pengetahuan agama mereka dalam konteks baru yang belum diterokai dan menyemaknya dalam skop nilai teras agama dan rohani mereka – di luar dogma, ritual dan upacara.

Ini saya pelajari sendiri, daripada seorang ustaz di sekolah saya lebih sedekad yang lalu, dan dia telah meninggalkan kesan yang kuat terhadap pembelajaran saya sendiri yang saya hargai sehingga hari ini.

Pada suatu hari Deepavali, apabila hampir tidak ada rakan sekerja Muslim yang datang ke rumah saya untuk majlis perayaan, saya sangat terkejut melihat ustaz sekolah saya itu sebagai tetamu di depan pintu rumah saya.

READ MORE:  Malaysia's education system: Delving into the heart of the problem

 

Sewaktu dia sedang mengunyah muruku, saya bertanya kepadanya sama ada dia tidak takut melanggar mana-mana larangan agamanya dengan datang ke rumah saya.

“Puan,” jawabnya, “Saya tidak takut kerana kamu telah menjemput saya dengan ikhlas, dan kamu pun tahu latar belakang agama dan keperluan saya, jadi saya percaya bahawa kamu tidak akan dengan sengaja memperlakukan saya dengan tidak hormat.”

Di sini, terdapat contoh yang indah tentang ajaran agama yang dimilikinya secara peribadi dan berdasarkan nilai-nilai keberanian, komunikasi, saling menghormati dan merangkul. Saya tidak dapat menahan diri dari tertarik kepada ajaran yang sebegini.

Apabila ragu-ragu, kita perlu mengajar anak-anak kita untuk mempunyai keberanian untuk kembali kepada asas, untuk merenung dan menyoal, untuk mencari niat di sebalik perkataan dan perbuatan. Pemikiran yang sedemikianlah yang benar-benar akan membuka pintu dan merobohkan dinding.

Jika kita mengajar anak-anak kita hanya untuk menyerang atau mengundurkan diri dalam perbincangan, mereka tidak lebih daripada bidak dan boneka. Mereka bukan sahaja mudah dipengaruhi oleh mereka yang menjual agama alternatif atau idea menyeleweng tetapi juga mudah dimanipulasi dan ditipu oleh ‘guru palsu’ dan oportunis politik dalam ekosistem agama mereka sendiri.

Daripada hanya tahu menyerang dan berundur, kita harus mengajar anak-anak untuk menjinakkan ketakutan mereka kerana, jika kita terlalu takut, kita akan kehilangan sama banyak.

Jadi, hari ini, malah lebih daripada sebelumnya, kita perlu memperkasakan anak-anak kita untuk bijak melihat melalui penipuan dan manipulasi. Mereka mesti mencari jalan melalui dunia yang cukup kompleks bersaing dengan keutamaan sosioekonomi dan politik serta kecerdasan buatan.

Bersoal jawab dan Berfikir seharusnya menjadi dua tunjang asas, bukan sahaja dalam pengajaran ilmu agama tetapi merentasi seluruh sistem pendidikan kita.

Dan bagi ibu yang terlalu takut itu, apa yang boleh saya katakan padanya petang itu ialah agar anaknya diajar cara untuk menyoal dan berfikir.

Sukeshini Nair
Editor bersama, surat berita Aliran
20 Disember 2024

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

 

"BAGI BOLA TANGGUNG KPD PH" KJ TAK TAHAN GELAK SITI MASTURA !

BERITA BURUK BUAT SYED SADDIQ! SENDIRI MENGHIANATI KERAJAAN JADI PEMBANG...


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga pengundi kawasan itu untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan kerajaan yang menghentikan peruntukan untuk kawasan parlimen berkenaan. Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam penghakimannya berkata permohonan itu dibuat di luar masa, dan dia tidak mempunyai bidang kuasa untuk menentukan perkara berkenaan. “Permohonan itu tidak difailkan dalam tempoh tiga bulan yang ditetapkan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. Perkara peruntukan adalah urusan eksekutif yang berada di luar bidang kuasa mahkamah,” katanya yang kini menjadi hakim Mahkamah Rayuan. Wan Ahmad Farid berkata tiada peruntukan dalam perlembagaan yang mengikat agensi kerajaan untuk memperuntukkan dana sedemikian kepada mana-mana ahli Parlimen, tanpa mengira sokongan mereka kepada kerajaan. “Oleh itu, permohonan untuk mendapatkan kebenaran ditolak…memandangkan kepentingan awam dalam sesuatu kes, saya tidak membuat sebarang perintah terhadap kos,” katanya.







BERITA BURUK BUAT SYED SADDIQ! SENDIRI MENGHIANATI KERAJAAN JADI PEMBANG...

pertahankan kerusi atau pertahankan YB ?

VP: HANNA YEOH FITNAH ATAU DI FITNAH? INI JAWAPANNYA

CONFIRM! PERIKATAN NASIONAL AKAN BUNGKUS! DI NEGERI SEMBILAN PAS CUBA PR...

Media Tempatan Sokong Perdana Menteri, Cytro PAS-Bersatu Pilih Serang PM Sendiri




Kenyataan kontroversi Teddy mengenai isu membabitkan Malaysia telah menerima kritikan hebat daripada majoriti portal media tempatan, yang secara jelas menyokong Perdana Menteri (PM) Malaysia dalam mempertahankan kepentingan negara.


Namun, berbeza dengan segelintir penyokong PAS dan Bersatu, mereka memilih untuk terus menghentam PM sendiri. Dalam isu yang melibatkan hubungan antarabangsa, sikap patriotik dan solidariti sepatutnya menjadi keutamaan. Malangnya, golongan ini dilihat lebih cenderung mempercayai naratif pihak luar seperti Teddy, sekali gus merendahkan usaha negara sendiri.


Fenomena ini mengingatkan kembali bagaimana isu Pulau Batu Puteh pernah diabaikan oleh pihak tertentu, malah ada yang menggunakan hujah Singapura untuk mempertahankan Tun Mahathir. Sikap seperti ini bukan sahaja tidak patriotik, malah memalukan.


Ketika kepentingan negara menjadi taruhan, rakyat sepatutnya bersatu hati menyokong pemimpin demi maruah dan kedaulatan Malaysia.


Mantoba @ King Jason

Aktivis Bloggers



TAK IKUT QORAN DAN HADIS KAH?


 "Quran larang. Hadis larang. Nak derma juga, ia melanggar larangan Allah & Nabi" - Dewan Ulama.


Man Toba


Surah yang melarang umat Islam membantu perkara mungkar ialah Surah Al-Ma'idah, ayat 2. Dalam ayat ini, Allah SWT berfirman: 


Contoh perkara mungkar itu adalah menderma untuk bayar saman kerana memfitnah.


> "...dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat berat siksaan-Nya."


Ayat ini jelas melarang umat Islam daripada bekerjasama atau membantu dalam perkara yang membawa kepada dosa atau kezaliman. Sebaliknya, umat Islam diperintahkan untuk saling membantu dalam kebaikan dan ketakwaan.



KISAH BENAR.LELAKI KAYA DAN SENANG, KINI JADI DRIVER GRAB.

Nazri Hamdan


 Tadi saya ada urusan di KL. Balik dari kerja saya naik grab. Pemandu orang OKU. Tangan sebelah kanan tak ada. Jadi dia memandu tangan kiri saja.


Dia cerita sebelum ni dia bukan saja ada tangan, tapi duit yang banyak. Bisnes dia success. Duit tak pernah jadi masalah. Isteri kerja akauntan syarikat minyak. Ada ACCA Gaji 40 ribu sebulan. 


Tapi selepas 2020 dia kemalangan masa naik superbike dengan isteri. Isterinya meninggal dunia. Tangan kanan dia putus. Tak boleh sambung balik sebab hancur. Dia koma berbulan-bulan. Bisnes tutup. Tak ada siapa uruskan. Satu hari dia cerita masa dia tengah koma arwah isterinya datang dan suruh dia bangun.


Lepas dia bangun, dia sedar tangan kanan dah tak ada. Cedera paru-paru. Pendarahan otak. Bisnes pun tutup. Semua hilang.


Hanya selepas dua tahun dia recover dan cuba bangkit dalam kehidupan semula. Belajar guna tangan kiri sepenuhnya. Mula-mula kekok. Tapi nak hidup tak ada pilihan. Sambil buat grab katanya dia bangunkan bisnes kecil-kecilan dan berjinak dalam bisnes semula. Pengajaran kat sini;


1. Dia pesan kat saya; Jangan sesekali riak,angkuh dan sombong masa kita ada duit, bisnes dan ada semuanya. Sentiasa ingat semua ni pinjaman. Sekali Allah nak bagi, dia akan bagi. Kalau Allah nak ambil, sekelip mata dia akan ambil.


2. Selagi kita berpijak di bumi Allah, kita tetap ada rezeki selagi kita berusaha.


3. Bersyukur dengan kesempurnaan anggota badan yang kita ada. Sebab walau orang OKU sekali pun ada semangat nak bangkit, inikan pula kita yang ada cukup anggota badan tapi pemalas.


4. Esok lusa nasib kita belum tentu. Boleh jadi kita dapat rezeki bergolek, boleh jadi kita yang tergolek. Jangan cepat sangat perlekeh orang lain. Kalau dia dapat, Allah bagi rezeki kat dia. Rezeki dan jalan hidup kita dah tertulis. Yang penting usaha. Jangan cepat sakit hati dengan orang lain.


Sama-sama renungkan..



PESAWAT JATUH AKIBAT SISTEM PERTAHANAN RUSSIA.

Zainuddin Omar 


Begitulah risiko terbang berdekatan conflict zones. 


Conflict zones termasuk kawasan Iran-Syria-Lebanon, Yemen, Ukraine-Russia-Caucasus. 


**********

https://www.ndtv.com/world-news/azerbaijan-airlines-plane-shot-down-aktau-kazakhstan-russian-missile-report-7336180/amp/1




HIPOKRASI PAS TAHAP TINGGI ❗️



Masa jadi kerajaan:

“Allah tiada memaksa jika kita tak mampu.”


Lepas jadi pembangkang:

“Pas: Kenaikan bayaran haji ‘tak wajar dan tak kena masa’.”


Foto: Suara Rakyat




PATUT KERIAU DALAM DEWAN.


 

SYIRIK.

 Mohd Fairul


Kempen secara tersirat tersurat dan terbuka untuk bayar zakat ke negeri tertentu atas alasan manhaj,syirik dll adalah sama dengan alasan ahli PAS bayar zakat pada parti sendiri selepas kafirkan kerajaan titik