Nabi Muhammad berperang bulan Ramadan, mengapa debat tak boleh?


 

Dolak dalik bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan orang kanannya berhubung debat bersama Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperlihatkan kegentaran pada pihak pemimpin Umno itu.



Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, alasan yang ditimbulkan para penyokong Najib bahawa bulan Ramadan hanya untuk beribadat dan bukan berdebat tidak boleh diterima.



Katanya, junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w turun berperang pada bulan yang mulia ini, debat untuk mencari kebenaran tentulah tidak dihalang oleh Islam.



"Dalam sejarah Islam, Nabi Muhammad s.a.w pernah berperang di bulan Ramadan. Fathul Makkah juga di bulan Ramadan.



"Dalam sejarah Malaysia, pilihan raya kecil Sungai Besar, Kuala Kangsar pada 2016 dan Permatang Pasir pada 2009 pun pernah dibuat di bulan Ramadan," katanya.



Fahmi jelas kecewa kerana debat yang ditunggu tunggu rakyat itu terpaksa ditunda ke bulan Syawal. Katanya, selepas Hari Raya Aidilfitri sepatutnya debat tidak ditangguhkan lagi dan diumumkan tarikh serta masanya.



"Tapi sekarang nak debat kena tunggu Syawal. Padahal dia yang cabar debat.



“Let’s rock!” After Raya…," katanya lagi.



Fahmi dilantik oleh Datuk Seri Anwar untuk berbincang dengan pihak Najib bagi menentukan tarikh, masa dan tempat dilangsungkan debat.

 

PM tidak disambut di UAE: Menteri Luar perlu dipersalahkan, bukan duta - Anwar

 











Lawatan Perdana Menteri (PM) Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hujung bulan lalu ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang tidak mendapat sambutan selayaknya sebagai ketua kerajaan adalah akibat kelemahan Menteri Luar yang gagal mengkoordinasikan dengan baik lawatan tersebut.



Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Menteri Luar tidak boleh menyalahkan Duta Besar atau pegawai bawahan tetapi mesti bertanggungjawab di atas kelemahan menjolok mata itu.



"Pengalaman saya selama belasan tahun sebagai menteri, juga dalam kerajaan yang sebelumnya pun belum pernah saya dengar lawatan rasmi PM tidak disambut oleh negara yang mengundangnya.



"Jadi ada satu kecelaruan dalam diplomasi kita dan Menteri Luar harus bertanggungjawab. Jangan disalahkan Duta Besar atau pegawai di peringkat bawah," katanya hari ini.



Menurut Anwar, Menteri Luar mesti membuat kenyataan rasmi berhubung kegagalan pegawai pegawai Malaysia di UAE dalam menyediakan sambutan serta iringan kepada rombongan Malaysia tersebut.



"Dia (Menteri Luar) harus menjawab kerana belum pernah negara terhina sebegini rupa kerana kecualian dan kelembaban Menteri Luar



"Menteri Luar harus buat kenyataan dan harus dipertanggungjawabkan," katanya.



Berhubung kelemahan itu, Kementerian Luar Negeri baru baru ini telah mengambil tindakan memanggil pulang Duta Besar Malaysia ke UAE, Datuk Mohd Tarid Sufian dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai, Mohd Hasril Abdul Hamid di atas kecuaian kedua-dua ketua perwakilan tersebut yang menyebabkan PM Ismail Sabri terpaksa menunggu lama di ruang ketibaan biasa bagi urusan pelepasan pasport oleh Imigresen Dubai



Selain itu, liputan, kawalan keselamatan serta pergerakan motoked yang sepatutnya disediakan untuk Ismail Sabri seperti amalan prosedur operasi standard (SOP) biasa juga tidak diperolehi sebagai tetamu negara.

 

FAHMI DAH KENA PANGGIL

 

Aku dah terima panggilan telefon dari polis Bukit Aman. Tak sampai 15 jam polis dah buka kertas siasatan bawah #AktaHasutan dan #AktaSakitHati kerana grafik satira #beruk yang aku post malam tadi. Polis minta datang balai untuk disoalsiasat petang ni juga. Kita jumpa kejap lagi PDRM!

UDAH LE NAJIB..SUDAHNYA LEPAS KE DALAM JUGA...

 

Tuntutan USD8 bilion 1MDB meragukan, kata Najib dalam pembelaan





Mahkamah membenarkan Najib Razak mengeluarkan RM100,000 setiap
bulan untuk perbelanjaan harian dan yuran guaman.

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa tuntutan USD8 bilion (RM33.8 bilion) oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) terhadapnya dan tujuh yang lain adalah “meragukan”.

Beliau berkata, pada mulanya 15 orang termasuk dirinya telah dinamakan dalam tuntutan itu.

Bagaimanapun, tujuh nama iaitu bekas ketua pegawai eksekutif, Hazem Abdul Rahman dan Shahrol Azral Ibrahim Halmi, bekas pengarah Che Lodin Wok Kamaruddin, Ismee Ismail, Ong Gim Huat dan Ashvin Jethanand Valiram, dan bekas ketua pegawai kewangan Azmi Tahir telah digugurkan.

“Adalah jelas bahawa di bawah pernyataan tuntutan yang dipinda ini, ‘pesalah’ ini telah dikeluarkan.

“Ini menimbulkan keraguan tentang keikhlasan 1MDB dalam memfailkan tindakan sivil ini,” katanya dalam kenyataan pembelaannya.

Kerajaan, melalui 1MDB dan anak syarikatnya, memfailkan tuntutan itu pada Mei tahun lalu. Ia mendakwa bahawa Najib dan beberapa yang lain telah melakukan penyelewengan palsu, pelanggaran kewajipan, pelanggaran kewajipan statutori, dan terlibat dalam pengayaan yang tidak adil.

1MDB pada 8 Feb memperoleh injunksi untuk menghalang Najib dan dan ejennya daripada mengeluarkan asetnya sehingga USD681 juta, di sini, sementara menunggu keputusan tuntutan itu. Perintah mahkamah membenarkannya mengeluarkan RM100,000 setiap bulan untuk perbelanjaan harian dan yuran guaman.

Syarikat itu turut memperoleh perintah supaya Najib mendedahkan nilai asetnya, dalam dan luar negara, sehingga USD681 juta, secara bertulis dalam tempoh 14 hari selepas perintah itu diserahkan.

Mahkamah Tinggi menetapkan 17 Ogos untuk mendengar permohonan Najib untuk mengetepikan injunksi mareva oleh 1MDB itu.

Najib kini dibicarakan atas 25 pertuduhan menyalah guna kuasa dan pengubahan wang haram berhubung dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank miliknya antara Februari 2011 dan Disember 2014.

Perbicaraan akan bersambung pada 18 April.

MENTERI LUAR LEMAU : Tiada sambutan PM di Dubai, Menteri Luar harus bertanggungjawab - Anwar

 


Hafizi Rosli
Tiada sambutan PM di Dubai, Menteri Luar harus bertanggungjawab - Anwar
Anwar berkata, Saifuddin Abdullah harus bertanggungjawab susulan kegagalan menguruskan lawatan Perdana Menteri ke Dubai akhir bulan lalu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah harus bertanggungjawab susulan kegagalan menguruskan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri ismail Sabri Yaakob ke Dubai akhir bulan lalu.
Jelas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai tidak boleh dipersalahkan kerana jelasnya ia disebabkan kecuaian dan kelembapan Menteri Luar itu sendiri.
"Dalam pengalaman saya berbelas tahun sebagai Menteri, belum pernah kita dengar lawatan rasmi PM tidak disambut oleh negara yang seharusnya mengundangnya. Jadi ada satu kecelaruan dalam diplomasi kita.
"Menteri luar harus bertanggungjawab. Jangan dipersalahkan Duta Besar atau pegawai di peringkat bawah. Dia (Saifuddin) harus menjawab kerana belum pernah negara terhina begini rupa kerana kecuaian dan kelembapan Menteri Luar," katanya menerusi laman akaun rasmi Facebooknya pada Khamis.
Terdahulu, Ismail Sabri tiba di Dubai pada 29 Mac lalu, namun tiada sambutan diterima sehingga menyebabkan Perdana Menteri terpaksa menunggu lama di ruang ketibaan biasa bagi urusan pelepasan pasport oleh Imigresen Dubai.
Ia juga menyebabkan tiadanya liputan dan kawalan keselamatan serta pergerakan motoked yang sepatutnya disediakan untuk Perdana Menteri seperti amalan SOP.
Susulan kejadian itu, Kementerian Luar Negeri memanggil dua pegawai kanan terbabit atas kegagalan dua pegawai terbabit menguruskan lawatan Perdan Menteri itu.

Bantuan khas Aidilfitri RM1,200 untuk penjawat awam Pulau Pinang

 


Bantuan khas Aidilfitri RM1,200 untuk penjawat awam Pulau Pinang
Pembayaran BKK yang akan dibuat pada 27 April nanti turut akan dipanjangkan kepada semua PBT dan Badan Berkanun Negeri.
GEORGE TOWN: Sempena perayaan Aidilfitri ini, penjawat awam di Pulau Pinang akan menerima Bantuan Kewangan Khas (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,200.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata BKK diluluskan menerusi Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK) yang berlangsung semalam.
Menurut Kon Yeow, pembayaran BKK yang akan dibuat pada 27 April nanti turut akan dipanjangkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri.

 "Dalam pada itu, BKK berjumlah RM300 masing-masing disalurkan kepada penyelia dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR), kakitangan SRAR, SMAR serta sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) dan guru serta kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang.
"Manakala, BKK berjumlah RM200 akan disalurkan kepada guru tahfiz, guru pondok serta guru tadika Islam (TADIS)," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Kon Yeow berkata, BKK itu membabitkan implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM7.35 juta.
Ujarnya, selain sebagai persediaan menyambut Syawal pada tahun ini, pemberian BKK ini adalah sebagai penghargaan khas kerajaan negeri kepada semua penjawat awam Pulau Pinang yang telah mencurahkan segala keringat dalam menempuh tempoh pandemik COVID-19.

MAK BAPAK PATUT DIDAKWA MEMBIARKAN KANAK KANAK SEHINGA PAGI

Sebagai warga JB yang selalu berhadapan dengan geng basikal lajak, aku simpati kepada wanita yang dihukum penjara 6 tahun itu.

Bukan bermakna aku tak simpati terhadap mangsa tapi rasanya hukuman penjara adalah terlalu berat. Mereka yang pernah berjumpa kumpulan ini, pasti faham apa yang aku maksudkan.

Pernah pukul 2 pagi, aku baru balik dari Selangor, di tengah lebuhraya Kempas, kumpulan basikal lajak ini berada di tengah-tengah lebuhraya.

Bila kita tekan hon, kita yang dimakinya. Jadi bagi aku, kemalangan sebegini memang sukar dielakkan kerana seolah mereka yang menempahnya.

Nak hukum wanita itu dengan denda, gantung lesen atau sebagainya, mungkin boleh diterima. Tapi hukuman penjara adalah sangat berat.

Apa pun, aku juga bersimpati dengan mangsa yang terlibat. Semoga Allah pelihara roh mereka. Kepada ibu bapa, sama-samalah kita jaga anak kita. Jangan sampai tragedi ini terjadi ke atas keluarga kita. Guane boh?

Raja Gelap

 

MOGA TAK KENA ANGKUT







 

BUKAN SEMUA MP KATAK, KECAM YANG MELOMPAT SAHAJA

DEBAT DENGAN ANWAR, APAKAH NAJIB MULA BERALASAN?

 

Kalau diselak bagaimana bermulanya cerita, Najib Razaklah yang mula-mula memetik nama Anwar Ibrahim untuk berdebat dengannya.

Ketika itu, Rafizi Ramli ditanya oleh seorang pengacara wanita sebuah portal berita sama ada beliau sedia atau tidak berdebat dengan Najib.

Ia berikutan kedua-dua mereka terlibat dalam pertikaian dan berbalas kenyataan berhubung isu Sapura Energy.

Rafizi lantas menjawab beliau sedia dan tidak ada masalah untuk berdebat dengan bekas Perdana Menteri itu yang sudah dijatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah dan kesnya sedang dalam proses rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Agaknya, merasakan dirinya terlalu hebat dan sering disanjung dengan Bossku atau barangkali juga kerana keghairahan admin FBnya yang terlajak stim, Najib dengan pantas bukan saja turut sedia untuk berdebat dengan Rafizi, malah meminta diajak Anwar sekali untuk berdebat dengannya.

Seolah-olahnya beliau mahu berdebat dua lawan satu iaitu Anwar dan Rafizi bergandingan berlawan dengannya seorang diri.

Melihat bagaimana Najib ketika itu tampak begitu berani, cepat memberi respon dan seolah-olah dirinya pernah merangkul juara debat sedunia, sejujurnya kita tidak terbayang sama sekali beliau sanggup meminta ditangguhkan sehingga lepas Hari Raya semata-mata alasannya sekarang ini bulan puasa.

Tambahan lagi, Anwar yang dicabarnya itu sudah begitu sedia untuk berdebat dengannya pada bila-bila masa.

Kononnya, pihak Najib memberi alasan, di bulan puasa ini tidak sesuai untuk berdebat kerana ia bulan untuk ibadah dan perlu pergi solat terawih pada sebelah malamnya.

Lemah sungguh alasan kem Najib ini kerana debat tidak semestinya dibuat pada waktu malam, ia bahkan lebih sesuai diadakan pada waktu siang.

Jika bulan puasa dijadikan alasan, tidakkah kem Najib sedar di zaman Najib dulu, mereka malah berperang menegakkan agama di bulan puasa?

Jika dalam suasana padang pasir pun Nabi sanggup berperang di bulan puasa, kenapa Najib tidak sedia berdebat di bilik yang berhawa dingin di bulan puasa?

Apakah Najib jadi lemah seluruh badan dan otaknya terus tidak berfungsi kerana tidak makan di bulan puasa?

Apa pun, jika berani mencabar Anwar dan Rafizi berdebat dua lawan satu dengannya, sepatutnya jangankan di bulan puasa, di atas bara api pun Najib tidak cuba mengelak atau berdalih dengan alasan yang lemah.

Puasa bukan halangan untuk berdebat, yang tidak boleh dibuat di bulan puasa hanyalah berbuat jahat atau melakukan maksiat.

Kalau berjalan-jalan sampai ke Melaka pun boleh di bulan puasa sepertimana dilakukan Najib beberapa hari lalu dengan dua tiga program dilakukannya, apa logiknya beliau tidak boleh berdebat?

Najib…Najib…Najib….

Apakah ini hanya sekadar alasan?

Tidak mungkinkah bila tiba lepas Raya nanti, lain pula alasan dan helah diberi?

Mungkin nanti alasannya sibuk open house atau jadual ke mahkamah yang ketat.

Lagi pun, jika dulu laju saja Najib memberi komen berkaitan debat ini melalui FBnya jika ada benda-benda baru ditimbulkan, tapi kebelakangan ini beliau nampaknya semacam tidak berminat lagi bercakap berkenaan dengannya.

Adakah Najib sudah tak berminat?

Cuba cakap betul-betul – on atau tak on, berani atau takut?

Kan senang kalau cakap berterus-terang??? – ShahbudinHusin 14/03/2022.




ANAK TERBIAR MENYUSAHKAN BANYAK PIHAK

 

ABU MUSA


Anak-anak janganlah dibiarkan berkeliaran hingga ke larut malam! Jam 2-3 pagi tak balik rumah main basikal Ibu bapa & keluarga dimana? Akhirnya semuanya susah... Dakwa juga ibu bapa atas kecuaian menjaga anak-anak masing-masing. Jam 2_3 pagi sepatutnya anak-anak berada di mana?



TAK ADA MASALAH DEBAT DALAM BULAN RAMADAN

(function() { var d = document, w = window; w

APA YANG DISEBUT SHAHIDAN KASSIM ADALAH SALAH