Jentera kempen Selangor pastikan DUN Rembia milik PH

 

Jentera KEADILAN dari Selangor berkempen di DUN Rembia bagi memastikan calon Pakatan Harapan (PH) Zamri Pakiri menang di kawasan tersebut.



Menurut pemimpin KEADILAN Selangor, Yahya Shari (gambar, kiri sekali), jentera parti itu akan berkempen terus-menerus di DUN Rembia sehingga mandat rakyat dikembalikan kepada PH.



"Hari ini kita bergerak di beberapa tempat, khususnya bersama Datuk Seri Anwar bertemu rakyat.



"Kita ucap terima kasih kepada teman-teman dari Selangor, seperti Cabang Gombak, Cabang Kuala Selangor, Selayang dan Tanjong Karang yang bertugas di Rembia ini untuk memastikan kemenangan Hj Zambri.



"Kita harapkan juga bagi pengundi di Rembia, baik daerah mengundi Pekan Alur Gajah, Kelemak, Pekan Rembia, Sungai Petai dan Jeram," katanya.



Untuk rekod, Yahya merupakan perancang utama strategi 'Masak Lemak Cili Padi' yang berjaya menumbangkan BN Selangor dalam PRU 2008 lalu.



Strategi masak lemak cili padi diibaratkan santan kelapa tua digabung bersama cili padi yang kecil, iaitu calon berpengalaman berganding bahu bersama calon muda. Gandingan kedua-duanya berjaya menarik minat pengundi Selanhgor dan menjadikan negeri itu kubu terkuat Pakatan Harapan hingga kini.

 


Masalah tekanan air rendah di DUN Rim, dibaiki era PH

 


Masalah tekanan air rendah di kampung Sri Kersang, DUN Rim menjadi antara masalah utama yang akan cuba diselesaikan oleh calon Pakatan Harapan, B. Prasanth Kumar.


Menurut beliau yang turun meninjau masalah penduduk ke kampung Sri Kersang pagi tadi, melihat sendiri bekalan air yang dihantar oleh lori tangki ke rumah pam di kampung itu


Beliau turut menemuramah seorang penduduk mantan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung yang berkata tangki yang lebih besar hanya dibina pada era pentadbiran Adly Zahari sebagai Ketua Menteri biar pun masalah telah berlautan lama.


"Masalah air di kampung Seri Kersang ini telah berlarutan sejak 13 tahun lebih. Saya beritahu tangki air dah bertahun tak pernah berubah.


"Itulah saya menyeru orang kampung kalau kita undi BN, mereka kata kita selesa. Kali ini kita buat macam yang lepas, kita undi PH supaya mereka akan perbaiki sistem paip air di sini.


"Kadang-kadang lembaga air macam-macam alasan, tekanan rendah. Tak kan bertahun tekanan rendah tidak boleh diatasi.


"Wakil rakyat dah berapa orang, seolah-olah kampung ini terpinggir. Ini tempat yang paling hujung sekali dari Bertam, ini tempat paling tinggi dan terakhir dapat bekalan air," katanya.


Tambah beliau, selepas PH memerintah baharulah dibina tangki air yang boleh menampung bekalan untuk seluruh penduduk kampung dan mereka tidak lagi perlu menunggu lori tangki setiap kali bekalan terputus.


"Bila PH perintah dahulu barulah dibina tangki (dan rumah pam) yang tidak perlu lagi orang kampung tadah air di tepi jalan.


"YB Adly yang beri inisiatif, buat satu tangki yang betul-betul tak perlu orang kampung letak besen, tong, periuk di tepi jalan. PRN kali ini kita buat perubahan. Minta PH perintah kembali.


"Dijanji dahulu ada tangki yang lebih besar, tetapi kerajaan (pusat) telah jatuh maka tiada tindakan susulan," katanya lagi.


Adly Zahari calon Ketua Menteri, teruskan dasar pro rakyat di Melaka

 



Pakatan Harapan (PH) menamakan Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya gabungan itu diberi mandat memerintah oleh rakyat pada 20 November ini.

Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Adly dan kerajaan PH sekiranya menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan meneruskan dasar pro rakyat yang telah diasaskan ketika mentadbir negeri itu sepanjang 22 bulan lalu.

"PH meletakkan calon di 28 kerusi, atas nama PH dan kita akan berkerja sebagai satu pasukan.

"Kalau pilih parti sebaliknya (lawan), menang PN dan BN, Pas itu hanya menumpang sedikit, akan membawa satu kekecohan yang besar kerana mereka ada dua calon Ketua Menteri.

"Kita telah menonjolkan satu tokoh yang pernah menerajui kerajaan PH. Maka dengan itu muafakat pimpinan ialah meneruskan komitmen yang sama. Dengan ini PH menamakan saudara Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri.

"Bila kita menang dia akan diangkat untuk meneruskan agenda (pro rakyat)," katanya dalam majlis pelancaran Pelan Tindakan Maju Bersama HARAPAN yang merupakan manifesto PH Melaka.

Menurut Anwar, muafakat PH sesungguhnya untuk meletakkan asas yang kukuh dalam politik membela rakyat dengan prinsip tatakelola yang baik.Politik, katanya, tidak boleh digunakan untuk mengaut kekayaan serta keuntungan peribadi dan membiarkan rakyat melarat.

"Memang saya tidak boleh nafikan permasalahan yang berlaku di Melaka dan politik sengit menyebabkan rakyat berasa kian sinis dan kecewa, dan tempiasnya kepada semua ahli politik.

"Ahli politik gunakan kuasa untuk mengaut kekayaan dari saham ke pasir. Atau salah guna kuasa kayakan diri keluarga dan kroni. Itu yang harus ditolak.

"Rakyat yang menentukan sama ada mereka mahu mengekalkan satu sistem yang bobrok yang telah memungah kekayaan atau (mereka mahu) yang menjamin satu tatakelola baik berdasarkan prinsip akhlak dan ektika. Ini yang kita cuba sedaya mungkin bentangkan kepada rakyat negeri Melaka," katanya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu juga mengingatkan rakyat Melaka untuk tidak lupa kepada kelemahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang sering bergolak dan gagal menangani Covid 19.

Kelewatan mendapatkan vaksin, katanya, menjadikan Malaysia di antara negara paling teruk menghadapi pandemik Covid di dunia dan menyebabkan hampir 30,000 kematian.

Begitu juga jurang antara miskin dan kaya yang tidak mampu dirapatkan dalam dasar kerajaan PN, malah tidak bersungguh-sungguh pula menyiasat skandal Pandora Papers yang menyebabkan RM1.8 trilion mengalir keluar negara secara diragui.

"Jurang kemiskinan antara kaya dan miskin (masih luas). Namun barisan pimpinan tersergam dengan kekayaan luar biasa, termasuk yang datang ke Melaka.

"Jangan lupa negara masih menanggung hutang RM32 bilion skandal 1MDB. Saya timbulkan mengenai Pandora Papers yang meragut kekayaan begitu besar. Seorang ada ratusan juta ringgit disimpan di tax heaven," katanya.

Bagaimanapun Anwar tidak meremehkan kebijaksanaan pengundi Melaka untuk membuat perubahan.

Katanya, Melaka yang pernah menjadi kosmopolitan pada era empayar kesultanan lalu perlu dikembalikan kegagahannya dan kegemilangannya.

"Melaka di antara negeri di kepulauan Melayu yang telah melakar sejarah luar biasa gemilang. Kesultanan Melayu Melaka terkenal dengan tatakelola. Tetapi bila tempang berlakulah kecurangan dan mudah diserang oleh musuh.

"Namun kemajmukan Melaka itu menyebabkan ia menjadi ulung. Jelas Melayunya, jelas Islamnya tetapi ada kepelbagaian kaum, agama dan budaya sehingga dikupas oleh sarjana sejarah sebagai kosmopolitan Melaka.

"Malah orang Melayu Melaka dibesarkan dengan menghormati Laksamana Hang Tuah yang dianggap hebat, kerana Hang Tuah menguasai pelbagai bahasa yang melambangkan kepelbagaian, beliau kuasai 11 bahasa. Ini budaya yang tidak diterapkan. Yang diterapkan oleh parti tertentu ialah permusuhan kaum dan agama hingga negara kucar kacir," katanya lagi.



(LIVE) Nurul Izzah Bersama Calon-Calon Pakatan Harapan Dalam PRN Melaka

PRN Melaka : 32 Inisiatif Untuk Pengundi Melaka - Adly Zahari



Pengundi-pengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diberikan 32 inisiatif dalam manifesto Pakatan Harapan (PH). Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari yang mengumumkan manifesto bertemakan Pelan Tindakan 'Maju Bersama Harapan' itu rata-ratanya merangkumi aspek kesihatan, kebajikan, ekonomi penduduk, usahawan dan negeri serta reformasi pentadbiran kerajaan Melaka.



'PH akan berjuang atas satu logo, pendirian dan manifesto di Melaka'

KENA TUKAR KAWAH KALI NI

 

MOHD MUKHLIS


Kalau wajib undi PN, agak pening di situ, habis tu pantun di bawah ini nak kena ada revisi baharu ke?

Tanjung Piai pergi ke Dumai,
Sampai di sana naik kereta,
Keluar mengundi beramai-ramai,
Undi MCA kawan kita.
Cuba hangpa berterus terang, kalau nak dapat kad masuk Nirvana, kena undi MCA ke Gerakan?
Kawan tu tengah khusyuk jamah gulai kawah MCA, mai fatwa baru kena hirup gulai kawah daging Gerakan pula, memang potong stim la.
May be an image of 4 people and text that says "mk Malaysiakini BM PRN ELAKA Setiausaha Agung PAS pula mengemukakan konsep 'PN for all' (PN untuk semua) serta berpesan agar petugas serta calon menjaga adab Islam. Dapatkan berita terkini di Telegram: t.me/mkinibm MALAYSIAKINI.COM AYSIAKINI.C MAL Usah teragak-agak undi PN, pesan Muslimat PAS PRN MELAKA Setiausaha Agung PAS pula mengemukakan konsep..."

Alhamdulillah. Sudah rasmi Adly di calonkan sebagai Ketua Menteri Melaka kalau PH berjaya membentuk kerajaan #MajuBersamaHarapan

 May be an illustration of one or more people and text

Nga Kor Ming: Kerajaan Ini Angkat Hutang Baru Bayar Hutang Lama, Gorek L...

JAGUH MELAYU KONONNYA...

PH baris calon bantu rakyat, bukan pengkhianat kayakan diri sendiri - Asri

 


Pakatan Harapan (PH) membariskan calon-calon berkualiti dan berintegriti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Menurut calon PH DUN Lendu, Mohamad Asri Ibrahim, calon-calon yang dipilih telah dipastikan tidak mempunyai kecenderungan mengkayakan diri sendiri atau bersikap oportunis

Beliau berkata, calon PH telah ditanamkan prinsip perjuangan yang jitu dan bersedia mendahulukan rakyat dalam segala hal.

"Kita jika nak mengambil sesiapa diangkat menjadi pimpinan, perlulah memilih dengan betul orang yang bersedia berkhidmat untuk rakyat, bukan di kalangan yang oportunis.

"Kita nak sebut dalam KEADILAN dan PH, kami ini telah ditanam ideologi dan prinsip perjuangan, bukan pimpinan yang terjun ke politik untuk dapat laba dan mengkayakan diri seperti yang berlaku dalam kumpulan pengkhianat.'

"Rakyat perlu difahamkan perlunya urustadbir baik. Pasukan pengurusan kerajaan yang ada integriti, akauntabiliti untuk mengurus dan juga berwibawa," katanya dalam program sembang santai bersama Mustapa Mansur semalam.

Menurut Asri yang juga Penyelaras DUN KEADILAN Lendu, sekiranya rakyat memilih PH maka mereka tidak akan terjerumus lagi ke dalam politik berasaskan kaum sebagaimana sebelum ini.

Katanya, politik perkauman sudah tidak sesuai untuk diamalkan di Melaka sekiranya negeri itu ingin maju sebaris rakan-rakan di Asia Tenggara lainnya.

"Sistem politik kita telah didoktrinkan, parti KEADILAN macam ini, Pas macam ini, DAP komunis. Proses indoktrinasi ini harus dipadamkan. Kalau kita nak majukan bangsa, nak ada satu negara yang boleh bersaing, isu ini harus dikurangkan.

"Kita tengok di Indonesia, Singapura, negara yang hampir dengan kita, tidak ada lagi parti relevan bila mereka bawa isu nasionalis atau agama. Sebab rakyat tanya perut ada isi atau tak ada isi?

"Rakyat tanya apa kerajaan boleh buat isi perut mereka? Setakat sembang soal nasionalis, rakyat juga akan jadi masalah (negara tak ke mana)," katanya .

Asri yang juga lulusan undang-undang mengharapkan pengundi Melaka kekal bijak sebagaimana mereka dengan bijaksananya menumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.

Tambah beliau, pengundi harus mengambil kisah sejarah terbentuknya negeri itu kerana keberanian dan kebijakan watak kancil dalam sejarah yang dikagumi Parameswara, pemerintah pertama empayar Melaka.

"Rakyat Melaka bijak. Kalau tak bijak macam mana PRU 14 dulu BN jatuh. Tetapi pimpinan pun bijak, bijak menipu. Jadi asas rakyat Melaka bijak, konsisten saya sebut misalnya jata negeri Melaka di tepinya ada dua ekor kancil. Dalam cerita Melayu sang kancil amat bijak.

"Kalau buka buku sejarah bagaimana tamadun Melayu ini hebat, ia bermula di Melaka. Apabila Parameswara bergerak dari Muar dia sampai di satu tempat. Anjing burunya diterajang oleh kancil. Anjing itu jatuh. Parameswara tanya pokok apa (tempat beliau berehat). Ini pokok melaka. Kita buat negeri, tempat ini istimewa kerana kancil di sini berani, bijak.

"Semanagat itu kita kena angkat. Rakyat Melaka mesti ikut resam kancil, kecil tetapi bijak," katanya lagi.

Dalam penamaan calon semalam, Asri diberi no. 2 pada kertas undi dan beliau mengajak pengundi untuk melakukan perubahan total pada PRN kali ini.

Asri berhadapan calon Ketua Menteri Melaka dari BN Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

 

Poster 'menyentuh hati' calon PH Zamri Pakiri tular, turut dipuji Rafizi Ramli

 



Poster calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Rembia, Zamri Pakiri tular di media sosial, sehari selepas hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri Melaka.

Beliau memuatnaik poster yang memaparkan dirinya duduk di tangga batu bersama seorang budak lelaki, berlatarbelakangkan rumah kampung, menunjukkan kemesraan yang luar biasa antara mereka.

“Saya menyeru kepada semua pengundi yang bijaksana dari DUN Rembia untuk keluar mengundi. #MelakaMemangkah untuk masa depan anak-anak kita yang lestari,” itu mesej poster tersebut menerusi akaun Twitter miliknya.

Poster itu ternyata mendapat perhatian ramai pengguna media sosial termasuk Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.

“Saudara Zamri adalah antara pimpinan akar umbi yang baik, berhati mulia dan lama membantu dalam perjuangan tanpa pernah minta apa-apa.

“Seorang yang sangat saya hormat. Bertuah pengundi Rembia dapat calon begini. Bukan selalu saya tweet endorsement calon,” katanya.

Zamri kemudian menceritakan kisah disebalik posternya, setelah mengakui ramai yang bertanya mengenai budak lelaki itu.

“Kanak-kanak sebelah saya ini namanya Adam. Rumahnya bersebelahan dengan rumah saya. Dia dilahirkan dengan Down Syndrome dan jantung berlubang. Selama 4 tahun, saya, isteri dan ibunya berulang alik dari Melaka ke IJN untuk rawatan susulan beliau.

“Anak istimewa ini dilahirkan tanpa pemisah dalam jantung, dibedah oleh doktor pakar di Malaysia dan juga UK melalui jarak jauh menggunakan Skype. Video conference menggunakan Skype. Hebat bukan?

"Bapanya seorang pelaut, kerja berjauhan dengan keluarga untuk mencari rezeki. Jadi terpanggil dan menjadi tanggungjawab saya membantu anak kecil ini. Saya faham, hidup berjauhan bukan mudah. Lebih-lebih lagi tatkala anak ini memerlukan perhatian yang penuh dari ibu bapanya.

"Malang tidak berbau, berlaku sedikit komplikasi di mana jantungnya berhenti seketika semasa pembedahan. Gugur jantung kami kerana menjangka, pembedahan mungkin tidak berjaya. Ini Adam sebelum pembedahan, ceria orangnya walaupun menanggung kesakitan yang beliau hadapi.

"Gugur jantung kami kerana menjangka pembedahan mungkin tidak berjaya. Tapi Allah maha kaya, menyambung semula nyawa beliau sehingga kini. Alhamdulillah, pembedahan untuk beliau berjaya. Syukurlah, beliau juga seorang yang kuat semangat, untuk terus hidup bersama ibu bapa," katanya.

Kisah Adam itu membuatkan Zamri sedar bahawa pembelajaran kanak-kanak itu sudah terjejas.

"Lebih-lebih lagi pembelajaran kanak-kanak istimewa seperti Adam kerana corak pembelajaran mereka tidak sama dengan kanak-kanak normal. Keperluan mereka berbeza, perhatian dan tumpuan juga jauh berbeza.

"Jadi, saya kerap kali terfikir. Bagaimana dengan anak-anak Rembia yang lain? Sedangkan mereka inilah masa hadapan dan harapan kita semua.

"Jurang pendidikan akan semakin jauh. Lebih ramai anak Rembia yang akan menghadapi masalah kenal huruf dan juga pembelajaran.

"Dengan mendukung aspirasi pendidikan terbaik untuk anak Rembia, saya hendak mencuba sebaik boleh untuk fokuskan solusi pembelajaran kepada mereka. Mengadakan kelas istimewa dan di cakna oleh guru peribadi untuk catat pencapaian dan pembaharuan untuk setiap murid," katanya.

Beliau percaya, setiap anak Rembia pasti ada jalan untuk mereka berjaya.

"Setidaknya untuk mereka, kita memberi satu sinar baru bagi anak yang berkeperluan khas, kerana perkara yang nampak seperti enteng, satu masa akan membarah yang besar dalam masyarakat khususnya diluar bandar.

"Perkara ini tidak boleh dibiarkan, semakin di biar, semakin kita akan alpa. Sedangkan mereka inilah aset harapan negara. Satu persatu sedang saya rencanakan untuk murid yang berkeperluan khas terutamanya dan juga anak Rembia yang cicir dalam pembelajaran mereka.

"Untuk Adam, semoga dikurniakan kesihatan yang baik. Walaupun kami memang partner selalu bergurau "gaduh". Tapi geng makan ayam goreng KFC kegemarannya tetap nombor satu," katanya.

 

PRN Melaka paling mencabar, minta kawan-kawan sebarkan bahan kempen - Sim

 


Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka merupakan medan perjuangan demokrasi yang paling mencabar dalam sejarah Malaysia.


Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin, peraturan berkempen yang terlampau ketat kali ini sedangkan pengundi Melaka telah bebas untuk pergi ke mana sahaja di negeri itu menyulitkan usaha Pakatan Harapan (PH) menyampaikan tawaran kepada rakyat.


"PRN Melaka ini amat mencabar bagi semua parti politik tidak kira kerajaan atau pembangkang.


"Terutama parti pembangkang. Kita tidak punya radio, televisyen atau media rasmi untik sampaikan mesej kepada pengudi


"SOP tidak boleh ada ceramah umum atau kelompok. PH selalu buat ceramah sampaikan mesej. Beri salam rumah ke rumah juga tidak boleh. Hanya boleh hantar risalah, kalau ada orang keluar kita perlu berundur. Tidak boleh bersalaman dan sebagainya," katanya dalam rancangan bual bicara terbitan studio KEADILAN, malam tadi.


Ahli Parlimen Bayan Baru itu juga tidak berpuas hati terhadap kerajaan Perikatan Nasional yang tidak membenarkan calon-calon PH menggunakan media arus perdana untuk berkempen, sebagaimana negara-negara lain yang melaksanakan pilihan raya ketika pandemik.


"Jadi rakyat sekarang nampak kerajaan takut kalah. Mereka tidak masuk gelanggang secara sama rata. Mereka (kerajaan) boleh masuk tv, suratkhabar tetapi pembangkang disenyapkan.


"Kita harap pengundi yang celik teknologi maklumat hantar kepada kawan-kawan melalui media sosial. Kami menyeru kawan-kawan bantulah kami sampaikan mesej," katanya.


Ditanya sama ada media sosial boleh digunakan secara efisien dalam PRN kali ini, Sim berkata, media sosial hanya berkesan di kerusi dalam bandar, sebaliknya di kampung-kampung akses internet terbatas.


"Kita kena faham di Melaka, bandar dan luar bandar lain. Di kawasan saya pergi, di pekan Lendu ada internet, tetapi 5 minit sahaja di luar pekan tak ada internet.


"Ada kawan-kawan yang punya media sosial kita mohon mereka bantu beritahu kawan-kawan lain untuk tolong keluar mengundi dan undi PH," katanya.


Mengenai parti lawan di Melaka, khususnya Umno yang masih memainkan isu perkauman, jelas Sim, sifat berkempen Umno tidak lari daripada perkauman terutama di kawasan pengundi Melayu. Namun orang Melayu, katanya, perlu melihat era kegemilangan Kesultanan Melaka yang pada ketika itu menerima pelbagai kaum di negeri berkenaan.


"Kita ambil contoh Kesultanan Melaka, dia terbuka. Buka untuk semua orang datang, contohnya menerima peniaga dari India, China, kepuluan Melayu sehingga orang Eropah boleh berniaga di Melaka.


"Hal ini menjadikan Kesutanan Melaka begitu gemilang dan pelabuhan Melaka menjadi pelabuhan entreport terbesar di dunia. Bila berlaku urustadbir tidak baik pada hujung kesultanan, ada si Kitol ada pegolakan dalaman maka kerajaan jadi lemah. Akhirnya orang Portugis senang untuk menakluki Melaka.


"Pengajarannya, kalau kita nak Melaka hebat kita kena terbuka, tidak boleh mainkan isu perkauman. Kalau kita ada kerajaan yang baik dan menerima pelbagai pendapat maka kerajaan itu kuat. Kalau berlaku perpecahan dalaman, maka masalah itu menyebabkan kerajaan lemah dan boleh jatuh," katanya.


Sim turut memberi komen mengenai calon muda yang diturunkan PH. Katanya, suara-suara sumbang mengatakan calon muda tidak layak untuk memimpin adalah tidak tepat.


Jelasnya, PH bukan berekperimen dalam menurunkan mereka tetapi melihat kewibawaan dan ketrampilan, meskipun pengalaman agak sedikit kurang.


"Kalau tengok calon kita Farzana Hayani Nasir (DUN Sungai Rambai) dia masih mahasiswa. Ini tokoh anak muda yang kita ada, berkaliber, punya idealisme. Sejak umur 16 dia telah berjuang.


"Ayahnya seorang aktivis sejak zaman reformasi. Walau pun umur 21 tetapi dia telah matang. Saya nampak masa depan beliau yang hebat. Beliau boleh fasih dalam tiga bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin. Ini adalah tokoh masa hadapan bagi negara kita," katanya lagi.


PH mungkin kehilangan undi teras jika masih berteka-teki calon Ketua Menteri


PH enggan kerjasama

Rata-rata pengundi yang dilihat cenderung Pakatan Harapan (PH) melahirkan kebimbangan dengan sikap PH yang masih tidak berani menamakan calon Ketua Menteri.

Abd Rahman dari Dun Paya Rumput yang ditemui mencadangkan agar PH tetapkan Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri.

“Bagi saya Adly Zahari (jadi pilihan) sebab dia bagus dan perform, tak banyak cakap” katanya.

Menurut beliau lagi, jika calon lain diketengah PH kemungkinan besar jumlah keluar mengundi bagi PH akan merosot teruk.

Hal ini menurut beliau, lebih baik Sulaiman sahaja yang jadi Ketua Menteri Melaka.

Sementara itu, pengundi cina di beberapa Dun melahirkan kebimbangan untuk turun mengundi.

“Jika kami turun mengundi kami terdedah Covid-19, tapi kami cuba jug auntuk menangkan Adly”, kata Chong yang ditemui di Dun Ayer Keroh.

“Tapi PH pun nampak sampai ada 3 calon, jika Adly Zahari tak dicalonkan saya dan keluarga tak perlu bazirkan masa keluar mengundi kali ini”, tambah beliau lagi.

Rata-rata pengundi yang ditemui memberi respon positif terhadap pentadbiran Adly walaupun hanya sempat menerajui Melaka selama 22 bulan.

Banyak polisi yang diperkenal Adly dilihat amat mesra kepada rakyat sehingga rakyat menaruh harapan terhadap tokoh dari Parti Amanah itu untuk kembali menerajui Melaka.

Pakatan harapan sehingga hari ini masih tidak mengumumkan calon Ketua Menteri sehingga timbul desas desus PKR sedang merancang untuk menobatkan Idris Haron sebagai calon Ketua Menteri.

Khabar angin bertiup kencang, seorang lagi calon PKR yang kini merupakan Ahli Parlimen bakal dinobat sebagai Ketua Menteri Melaka bagi PH.


Anwar, calon DUN Paya Rumput bersarapan di warung temui pengundi

 Anwar, calon DUN Paya Rumput bersarapan di warung temui pengundi

Peraturan berkempen yang ketat dikenakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya menyebabkan calon-calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak punya banyak pilihan untuk berkempen.

Salah satu cara bertemu pengundi adalah 'sembang santai di warung', dan hal itu dilakukan oleh Pengerusi Pakatan (PH) Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama calon N23 DUN Paya Rumput, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin sekitar pukul 7.00 pagi tadi.




Anwar tiba di warung Kenangan Ibu yang terletak di pekan Cheng itu bersama beberapa pimpinan KEADILAN yang membantu kempen. Beliau diiringi penyokong PH dan masyarakat setempat yang bersarapan pagi di warung berkenaan.

Kesempatan itu digunakan untuk memperkenalkan calon dan sembang santai mengenai perkembangan negeri Melaka.

Turut ditemui adalah ADUN Suka Menanti yang pernah menjadi Exco Kedah, Zamri Yusuf. Beliau memberitahu misi utama PH adalah meyakinkan pengundi bahawa keadaan pandemik Covid 19 terkawal dan tidak perlu khuatir untuk keluar mengundi pada 20 November ini.


YB Zamri Yusof


"Kita dah jumpa kawan-kawan di sini dan pengundi-pengundi.

"Nampaknya pengundi-pengundi mulanya agak takut untuk keluar mengudi kerana mereka rasa macam suasana belum selamat.

"Tetapi kita bagi tahu, kita dah capai imuniti kelompok, keadaan terkawal, SOP pengundian pun disusun dengan baik. Susunannya pun saya tengok kalau bergejala diasingkan. Jadi kepada semua pengundi marilah keluar mengundi, tunaikan hak anda, kembalikan mandat rakyat," katanya.