Terkini !!! Permohonan Adly cabar pembubaran DUN Melaka ditolak mahkamah

Permohonan bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari unutk mencabar pembubaran DUN Melaka ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Memetik laporan Malaysiakini, Hakim Noorin Badaruddin berkata proses membuat keputusan untuk membubarkan DUN Melaka bukan perkara yang boleh dicabar di mahkamah.

Permohonan Adly cabar pembubaran DUN Melaka ditolak mahkamah

“Sekiranya sesuatu perkara didapati tidak wajar, proses membuat keputusan yang membawa kepada perkara yang tidak wajar itu tidak seharusnya wajar.

“Pembubaran DUN adalah subjek yang tidak boleh dijustifikasikan dan semakan kehakiman tidak boleh diberikan” katanya.

Adly memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk membatalkan pembubaran DUN pada 22 Okt lalu susulan tindakan empat Adun yang diketuai oleh wakil rakyat Umno Sungai Udang, Idris Haron, pada 4 Oktober lalu yang mengumumkan keputusan mereka untuk menarik balik sokongan kepada ketua menteri Melaka Sulaiman Md Ali.

Tiga yang lain ialah Nor Azman Hassan (Umno-Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) sekaligus menyebabkan Sulaiman kehilangan majoriti dan Yang Dipertua Negeri Melaka Mohd Ali Rustam membuat keputusan untuk membubarkan DUN, membuka jalan untuk pilihan raya negeri pada 20 November.

No comments: