PERMOHONAN MAAF PM 10

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada rakyat kerana protokol keselamatan memerlukan beliau ditempatkan di meja khas dalam majlis-majlis rasmi yang dihadirinya.


ISTILAH RASUAH IANYA TERMASUK TIKET DAN JAMUAN JUGA ADALAH RASUAH


 

SEDEKAH ATAU SUMBANGAN, IA TETAP RASUAH – KP SPRM

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat apa sahaja bentuk rasuah berdasarkan peruntukan undang-undang, bukannya tertakluk kepada pemahaman peribadi, kata ketua pesuruhjayanya, Azam Baki.

Beliau berkata, rasuah adalah rasuah, tidak kira bagaimana seseorang itu memilih untuk menggambarkannya kerana undang-undang jelas mentakrifkan apa yang dimaksudkan dengan pembelian undi.

“Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 adalah sangat jelas dan apa jua istilah awam digunakan mempertahankan hujah adalah tafsiran peribadi semata-mata.

“Sama ada ia ‘sedekah’ atau ‘sumbangan’, undang-undang menganggapnya sebagai rasuah yang dibayar kepada pengundi, tidak kira sama ada pengundi memintanya atau tidak,” katanya memetik laporan The Star.

Seksyen 10(a) akta berkenaan dengan perbuatan rasuah sebelum, semasa dan selepas pilihan raya, dilakukan secara langsung atau tidak langsung oleh calon sendiri atau oleh wakil bagi pihaknya.

Komen Azam itu susulan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang, baru-baru ini, terhadap petisyen difailkan Umno Terengganu bagi membatalkan keputusan PRU15 di tiga kawasan Parlimen di negeri Pantai Timur itu.

Hadi berkata, mereka yang dirakam dalam video menyerahkan wang tunai kepada pengundi hanyalah melakukan kerja amal.

Ahli Parlimen Marang itu, berkata undang-undang pilihan raya menetapkan hanya calon dan ejen mereka dilarang memberi wang tunai.

Komen beliau mengundang kritikan pelbagai pihak kerana Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 jelas melarang perbuatan terbabit.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/01/24/sedekah-atau-sumbangan-rasuah-tetap-rasuah-kata-azam/



HAAAA- RAHSIA MENANG BESAR IALAH DENGAN BANYAK BERSEDEKAH KEPADA PENGUNDI


 

INI YANG TERJADI KETIKA PM ANWAR TIBA DI BRUNEI



BUDAK INI MENDAPATKAN TANDATANGAN PM SEBELUM PEMBEDAHAN


 

LAGI SATU BUKTI - HAMZAH ZAINUDDIN KATA BERGANTUNG PADA NIAT


 

PULAU HARGA MAKANAN NAIK- INI PUNCANYA JIKA GUNA PEKERJA


 

HANG JANGAN CAKAP JUAH- 47 KES KALAU SELAGI TAK JATUH HUKUM HADI AWANG KATA TAK SALAH.HANG JAGA NUSI...MASA DEPAN BELUM TENTU


 

USTAZ PETIR- TAK PAYAH DOK KALUT LA-TAK JADI WAKIL RAKYAT PUN ...


 

PH KALAH- TAPI PENYOKONG RELAX SAJA- 80 SAJA AHLI PARLIMEN TAPI TETAP BUAT UNDI BELAH BAGI. BILA USUL BELAH BAGI PADA ANWAR ..KAT LUAR BUKAN MAIN LAGI...


 

DIA PUNYA PONG PANG PONG PANG- KENA KEJUT SIKIT JA ...MINTA MAAF- HANG TAK MASUK DALAM LAGI 10 TAHUN MACAM ANWAR KENA...PENAKUT


 

ANGAN ANGAN PUNYA BESAR- KERAJAAN TAK TUBUH LAGI- DIA MEMANDAI-MB PAS NDAK -SPEAKER NDAK- EXCO SEIMBANG...TAMAK JUGA YA


 

ULAMAK MACAM NI LAH PEROSAK UAGAMA DAN BANGSA- PARTI DIA SAJA BESAR


 

ISLAM DIGUNAKAN SEBAGAI ALAT PARTI POLITIK-HANG CAKAP LEPAS MINTA MAAF..LETAK JAWATAN.


 

SPRM KATA SEDEKAH MINTA KA TIDAK MASA PILIHANRAYA TETAP SALAH.


 

YEE SANG ADALAH TRADISI TEMPATAN

 




Nik Hasyudeen.


Yee Sang ni adalah bid’ah amalan Tahun Baru Cina yang berasal dari Malaysia, bukannya berasal dari tanah besar. Sekarang dah lebih kepada produk komersil. 


Seperti bid’ah-bid’ah yang lain, semakin lama diamalkan, banyaklah kepercayaan asing yang dikaitkan dengan bid’ah Yee Sang ni.


Bagi agamawan yang nak ulas pasal Yee Sang ni, elok buat kajian sedikit agar pandangan yang diberi tepat dengan apa yang sebenarnya.



KEH..KEH ...MACAM DIA MAKAN BABI....BABI BETOI.


 

KAMBING PUN SENYUM PASAL RASUAH


 

TALIBAN ANGGAP GAGASAN MADANI ADALAH CETUSAN BARAT.

 

Jamzuri Ardani.


Bagi seorang yang berfikiran seperti Taliban, gagasan Madani dianggap sebagai cetusan dari barat.  


Saya tiada hasrat menghina Taliban di Afghanistan.  Mereka mungkin punya sejarah dan latarbekang tersendiri.  Kehidupan mereka dilakar oleh peperangan, pembunuhan, kelaparan, dan pelbagai penderitaan. 


Tetapi bagi rakyat Malaysia, pemikiran yang menentang sebarang usaha pembaharuan dan pengukuhan budaya Islam yang progresif dan inklusif adalah manifestasi kebobrokan terhadap kefahaman Islam itu sendiri. 


Konsep Madani bukanlah suatu yang asing dalam tradisi Islam.  Madani membawa pemikiran urban, penghayatan terhadap nilai teras, akomodatif terhadap sofistikasi kehidupan yang rencam, dan inklusif terhadap kepelbagaian serta perbezaan.  


Bagi sesetengah golongan konservatif, ianya dianggap sebagai ancaman terhadap kesucian agama.  Padahal dogma agama yang sempit dalam pemikiran mereka yang sebenarnya mengongkong capaian akal mereka sendiri. 


Tidak hairan golongan yang menampilkan wajah agama dilihat rimas dengan penonjolan konsep madani dalam pentadbiran kerajaan perpaduan.  Pelbagai fitnah, pembohongan, dan prasangka yang mereka lemparkan hanya menggambarjan kebobrokan kefahaman agama mereka.



TAK MUNGKIN POLIS TAK SIASAT- PAKAR DALIL


 

KENA BAHAN KAW KAW GANG IKAN KELAH


 

KENDURI RAKYAT


 

ISHHH...ISHHHHH MACAMANA NAK HADAP 2 TAHUN- BOLEH MENTELAAH BANYAK DALAM PENJARA TU.


 

WAN SAIFOOL NAK PERLEKEH ANWAR ...KEH..KEH- ANWAR DAN WAN AZIZAH PENCEN SAJA PUN DAH PULOH RIBU. BUKAN MACAM HANG CARI MAKAN DENGAN POLITIK


 

TERIMA LAH HAKIKAT KALAH- JANGANLAH MENGHINA BANG MAT


 

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KULIM TAK MUNGKIN BERLAKU. TAK KAN KEDAH ADA 3 LAPANAN TERBANG









 

Pastikan ikatan warga berbilang kaum dipelihara hadapi retorik politik sempit





Sambutan Tahun Baharu Cina adalah peluang terbaik untuk memperkukuh ikatan antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sambutan tahun baharu yang diadakan oleh pelbagai pihak pada waktu ini dapat meningkatkan semangat kekitaan sesama rakyat Malaysia.

Anwar berkata demikian ketika mengunjungi majlis Rumah Terbuka Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow di Spice Arena, Bayan Lepas, tangah hari tadi.

"Saya terharu tatkala masyarakat rencam kaum menghadiri acara itu dengan semangat keluarga dan ukhwah yang tinggi.

"Sebagai pemimpin, kita mesti melakukan sedaya upaya kita agar ikatan antara warga berbilang kaum dapat dipelihara malah diperkukuh.

"Saya yakin akan kebijaksanaan rakyat untuk menilai dengan adil dan menolak sebarang bentuk retorik perkauman, termasuk yang dibaluti dengan hujah agama yang sempit dan dangkal," katanya.

Rakyat yang menanti dalam hujan lebat tidak melepaskan peluang bersalam dengan DS Anwar

Rakyat yang menanti dalam hujan lebat tidak melepaskan peluang bersalam dengan DS Anwar

Usai majlis itu Anwar yang berasal dari Permatang Pauh, Pulau Pinang tidak melepaskan peluang bertemu masyarakat di Bayan Lepas

Beliau ke Bandar Perda di Bukit Mertajam untuk minum petang bersama rakyat.

Ratusan penyokong menanti kehadiran beliau biar pun dalam keadaan hujan lebat.

"Saya singgung mengenai Permatang Pauh yang ternyata dekat di hati saya meski saya pernah berkelana ke Port Dickson dan kini di Tambun. Permatang Pauh adalah asas kekuatan yang menunjangi perjuangan yang penuh liku ini.

"Namun, apa yang penting untuk dilakukan saat ini adalah bekerja sebaik mungkin agar negara dan masyarakatnya terbela. Saya yakin kita akan kembali menawan Permatang Pauh dengan gelombang dukungan massa yang lebih kuat selepas ini, inshaAllah," katanya.




GAMBAR DI TOK KUN BUKIT MERTAJAM

GAMBAR GAMBAR KENDURI RAKYAT DI RUMAH DSAI DI TOK KUN BUKIT MERTAJAM













TURUT HADIR BEKAS YB  DATO ABDUL MALIK DAN JUGA DATO  SALLEH MAN


IDRUS ABANG DSAI


TURUT HADIR MENTERI PENDIDIKAN FADLINA SIDEK


KREDIT FOTO : IDRUS IBRAHIM DARI CHEROK TO KUN

PENGAKUAN HADI AWANG CERAHKAN PETISYEN UMNO BEROLEH KEMENANGAN?

 

Daripada sudut yang lain, “fatwa politik” Presiden Pas, Hadi Awang bahawa memberi wang kepada pengundi ketika kempen pilihan raya adalah sedekah dan bukan rasuah, dengan jelas merupakan suatu pengakuan amalan itu memang dilakukan parti tersebut.

Berikutan ia pula dikeluarkan susulan tindakan UMNO Terengganu memfailkan petisyen terhadap keputusan PRU15 lalu bagi kerusi Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu, ia juga suatu pengesahan perbuatan memberi wang kepada pengundi memang berlaku sekurang-kurangnya di ketiga-tiga kawasan terbabit.

Jika tidak, mengapa Hadi dengan selamba mengatakan memberi wang kepada pengundi adalah sedekah dan bukan rasuah?

Tetapi, tahukah Hadi bahawa perbuatan memberi wang ketika kempen pilihan raya adalah suatu perbuatan rasuah dan menyogok pengundi serta suatu kesalahan dalam undang-undang pilihan raya?

Kalau mahu bersedekah, kenapa tidak melakukannya di luar waktu kempen?

Sebelum ini, Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Ahmad Said mengesahkan pihaknya telah memfailkan petisyen memohon mahkamah membatalkan keputusan PRU15 lalu membabitkan kerusi Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu.

Ahmad berkata, petisyen difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 3 Januari itu dibuat kerana berlakunya pengagihan wang secara berleluasa di ketiga-tiga kawasan itu.

Dakwanya lagi, pengagihan wang sebenarnya turut berlaku di lapan kawasan Parlimen di Terengganu, namun disebabkan kesukaran mendapatkan saksi, hanya tiga petisyen dapat difailkan buat masa ini.

Bersama kenyataan Hadi itu, Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainuddin juga mengeluarkan kenyataan yang seakan-akan memberi gambaran bukan suatu kesalahan memberi wang kepada pengundi.

Katanya, apabila kita bercakap tentang memberi wang, niat adalah lebih penting mengenai perkara itu.

“Saya fikir kita perlu berhati-hati berkenaan niat mengapa wang diberikan dan juga orang yang memintanya,” katanya lagi.

Makna kata, petisyen UMNO Terengganu itu sudah ada merit untuk mendapat kemenangan di mahkamah nanti.

Mungkin kena kerja lebih sikit, berdasarkan pengakuan Hadi itu juga, tidak bolehkah BN dan PH berusaha mencari bukti berlakunya amalan memberi wang di semua kerusi yang dimenangi Pas pada PRU15?

Entah-entah semua kerusi dimenangi parti itu hanya kerana wang, bukan disebabkan perjuangan? – ShahbudinHusin 23/01/2023.

 

(function() { var d = document, w = window; w

BUKAN SAJA FITNAH..TETAPI JUGA BERNIAT JAHAT.

 Walaun tularkan gambar DS Anwar makan besar sambil sindir rakyat makan Menu Rahmah. Tapi sebenarnya gambar itu gambar tahun 2019 dan ia di ...