Fail segera usul undi tidak percaya terhadap PM, Hassan beritahu pembangkang

 



Hassan Karim berkata usul perlu difailkan 14 hari sebelum persidangan bermula 26 Feb depan.


PETALING JAYA: Seorang wakil rakyat kerajaan menggesa pembangkang segera mengemukakan usul tidak percaya terhadap Anwar Ibrahim sebelum Dewan Rakyat mula bersidang 26 Feb depan.

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim berkata Perikatan Nasional (PN) perlu serius jika mahu menguji keabsahan Anwar yang didakwa tiada majoriti mudah 112 sokongan, merujuk kepada dakwaan Langkah Dubai.


Menurutnya, tindakan itu boleh dilaksanakan berdasarkan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan dan usul perlu dikemukakan kepada Speaker Dewan Rakyat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum persidangan.

Persidangan Dewan Rakyat dijadual bermula pada 26 Feb dan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Jadi usul boleh difailkan sekarang jika pihak pembangkang serius untuk bentang usul tidak percaya itu.

“Usul undi tidak percaya itu boleh dibentangkan pada keesokannya 27 Feb,” kata Hassan kepada FMT.

FMT semalam melaporkan kenyataan seorang peguam Bastian Pius Vendargon bahawa cara terbaik menguji kepercayaan Ahli Parlimen terhadap Anwar adalah di Dewan Rakyat.

Sebelum ini, media melaporkan dakwaan wujudnya “Langkah Dubai”, perbincangan yang didakwa berlangsung di Emiriah Arab Bersatu antara pemimpin pembangkang dan wakil rakyat kerajaan tertentu bertujuan menjatuhkan pentadbiran Anwar.

Hassan berkata penyokong dari blok kerajaan tidak perlu mengemukakan usul undi percaya kerana mereka yakin Anwar mempunyai majoriti untuk terus menjadi perdana menteri.



GANGGU AGONG DENGAN ISU JATUHKAN KERAJAAN DI AKHIR TEMPOH PEMERINTAHAN SUATU PERBUATAN BIADAP KEPADA RAJA

 

Semua rakyat Malaysia, bahkan hampir seluruh dunia tahu tempoh pemerintahan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang Di-Pertuan Agong akan tamat pada 30 Januari 2024.

Bermula 31 Januari, Agong baru ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang akan memainkan peranan sebagai ketua negara sehingga 2029.

Pada bulan-bulan terakhir sebelum menamatkan tempoh pemerintahannya, Sultan Abdullah sepatutnya diberikan ruang waktu yang tenang dan menyenangkan, bukan diganggu dengan gegak gempita mahu menjatuhkan kerajaan.

Mengganggu tempoh akhir baginda dengan isu menjatuhkan kerajaan boleh disifatkan sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab dan biadap yang tak bertempat.

Kalau ia pun mahu menjatuhkan kerajaan, kenapa tidak dilakukan sebelum ini atau tunggu selepas Agong baru memulakan tugas?

Kenapa perlu tergesa-gesa di akhir pemerintahan Agong sedia ada macam tiada tiada hari esok lagi untuk berbuat demikian?

Lagi pula, jika diteliti, selain tiada asas sokongan untuk menjatuhkan kerajaan ketika ini, blok pembangkang juga tidak memanfaatkan peluang yang tersedia sebelum ini.

Sebaik Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri, penegasan pertamanya ialah agar usul percaya di Parlimen dibentangkan terhadapnya.

Tujuan Anwar berbuar demikian tidak lain ialah agar keabsahannya tidak dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak.

Tetapi, ketika usul berkenaan dibentangkan di Parlimen, Anwar terbukti bukan saja mendapat sokongan majoriti, bahkan blok pembangkang langsung tidak berani mengangkat muka.

Tiada undi menentang yang berani dikemukakan oleh blok pembangkang yang bermakna keabsahan Anwar sebagai Perdana Menteri tidak perlu dipertikaikan lagi.

Sepatutnya, dengan undi percaya yang lulus penuh itu, ia berkuatkuasa sehinggalah Parlimen dibubarkan dan mengekang sama sekali sebarang usaha menumbangkan kerajaan di tengah jalan.

Jika tidak, apa guna usul undi percaya kiranya sepanjang masa ada saja cerita kerajaan mahu dijatuhkan?

Kemudian, jika pun blok pembangkang masih ada sisa-sisa ghairah yang masih berbaki mahu menjatuhkan kerajaan, mereka patut melakukannya dengan menolak Belanjawan 2024 pada Oktober lalu.

Sekali lagi, mereka nampaknya tidak mampu untuk melakukannya.

Dengan itu, mengapa baru sekarang kecoh-kecoh semula dengan cerita mahu menjatuhkan kerajaan?

Dan kenapa mesti menyusah, mengganggu dan menyerabutkan pemikiran Agong yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan dengan isu menjatuhkan kerajaan?

Tidak bolehkah Sultan Abdullah diberikan laluan yang tenang dan damai di akhir-akhir pemerintahan baginda?

Lalu, kalau bukan biadap dan tidak bertanggungjawab, apa lagi gelaran patut kita panggil terhadap mereka yang sanggup berbuat demikian?

Sebab itu, selari dengan tindakan pihak polis yang telah membuka kertas siasatan dan akan memanggil dua tiga TikTokers yang didapati tak henti-henti mencetuskan kegelisahan dengan memainkan isu menjatuhkan kerajaan, tindakan tegas memang patut diambil terhadap mereka yang berkenaan.

Sudah sampai masanya untuk pihak berkuasa bertindak lebih tegas dan meminimakan kompromi. – ShahbudinHusin 10/01/2024.

 


Langkah Dubai hanya buang masa, tak masuk akal - Khairy, Shahril


Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan Langkah Dubai yang dicetuskan oleh Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) sebelum ini hanya membuang masa. Dalam episod terbaru podcast Keluar Sekejap, beliau berpandangan, perkara tersebut sebenarnya modal politik terhadap pihak kerajaan dan pembangkang yang terlibat. Shahril turut senada dengan pandangan Khairy bahawa Langkah Dubai tersebut tidak masuk akal.



Langkah Dubai: Pembangkang tidak hayati falsafah demokrasi negara




Oleh: Abdullah Zaid



Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad menyifatkan ‘Langkah Dubai’ yang digerakan pembangkang PN merupakan bukti bahawa gabungan itu tidak memahami falsafah demokrasi negara.



Kata Khalid yang juga mantan Ahli Parlimen Shah Alam, cubaan blok Perikatan Nasional (PN) berterusan melakukan komplot pintu belakang itu hanya memperlihatkan mereka galak berpolitik tetapi tidak berminat membangunkan negara.



"Dalam sistem demokrasi apabila dipilih dan dibentuk kerajaan, maka kerajaan dan pembangkang perlu bekerjasama membangunkan negara dan bukan hanya mencari ruang menjatuhkan kerajaan," katanya sinis dalam dalam siri forum ‘Takde Skrip: Langkah Kelaut’ terbitan Media Perpaduan, malam tadi.



Tambah Khalid, dalam cubaan Langkah Dubai merampas Putrajaya, Pas kelihatan sebagai parti paling terdesak untuk menjadi kerajaan.



Jelasnya, Pas pada ketika ini mempunyai paling ramai Ahli Parlimen dalam blok pembangkang tetapi sanggup menawarkan pihak lain untuk menjadi Perdana Menteri.



Hal itu, katanya, menunjukkan sikap sebenar Pas yang terdesak mahu menjadi kerajaan.



"Dalam soal ini saya nampak Pas paling terdesak. Kerusi MP ramai tapi dia sanggup beri pada pihak lain untuk jadi PM asalkan dia dapat jadi kerajaan.



"Langkah Dubai ini kononnya nak beri GPS jadi PM. (Tapi) Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg kata buang masa.



"Langkah pertama ialah kamu (Pas) sokong dia (Abang Jo). Bila dah bentuk kerajaan, bila-bila masa kalau kamu nak tukar, (kamu boleh lakukan) kerana kamu ada jumlah kerusi yang banyak.



"Tetapi inilah kita nampak Pas paling terdesak, nak sangat jadi kerajaan sampai sanggup beri pada sesiapa sahaja jadi PM asalkan Kerajaan Perpaduan dapat dijatuhkan," ujarnya lagi.

 

Isteri Tun Daim, dua anak hadir beri keterangan di SPRM


 

Isteri Tun Daim Zainuddin dan dua anaknya hari ini hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya dipercayai bagi membantu siasatan berkaitan bekas Menteri Kewangan dan ahli perniagaan itu.



Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid bersama Muhammad Amin Zainuddin dan Muhammad Amir Zainuddin tiba di ibu pejabat suruhanjaya itu pada kira-kira pukul 10.05 pagi bersama dua peguam, lapor Bernama.



Nai’mah dalam kenyataan yang diedarkan kepada pemberita sebelum memasuki bangunan SPRM berkata, beliau dan anaknya akan memberikan kerjasama kepada SPRM sebagaimana dikehendaki undang-undang.



Pengarah Bahagian Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA) SPRM Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan SPRM perlu mengambil keterangan isteri Tun Daim dan siasatan dibuat mengikut peruntukan undang-undang berkaitan pencegahan pengubahan wang haram.



Laporan sebelum ini menyebut SPRM menjelaskan siasatan terhadap Daim dibuat berdasarkan maklumat daripada Kertas Pandora dan kertas siasatan terhadap bekas menteri kewangan itu telah dibuka pada Februari tahun lepas.



Kertas Pandora adalah pendedahan berkaitan dokumen sulit golongan kaya dan berpengaruh dunia yang menyembunyikan kekayaan dengan menggunakan perkhidmatan luar pesisir atau syarikat berpangkalan di luar negara.



Menurut SPRM, siasatan ke atas Daim dibuat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.



Pada Disember lepas, SPRM mengesahkan Menara Ilham di Kuala Lumpur yang dikaitkan dengan Daim telah disita.

 

[terkini] SIASATAN KEKAYAAN TUN DAIM KINI GILIRAN ISTERI DAN ANAK ANAK &...


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyoal siasat isteri bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan dua anak lelakinya esok. Ini berdasarkan notis yang dihantar oleh peguam keluarga itu kepada pihak media hari ini. SPRM kini sedang menjalankan siasatan terhadap Daim berkaitan pendedahan mengenai kekayaannya dalam Kertas Pandora. Dalam Kertas Pandora sahaja, syarikat dan firma pemegang amanah yang dimiliki oleh anak-anak, isteri atau rakan perniagaan Daim bersama-sama memegang aset bernilai sekurang-kurangnya GPP25 juta (kira-kira RM141 juta).





JANGAN CAKAP BANYAK! - PI CERITA KAT SPRM | MB SANUSI - SKANDAL RM6 JUTA...


Cerita rasuah RM6 juta melibat persatuan bolasepak kedah KFA kini menjadi Semakin PANAS menarik. Seperti yang dilaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, mereka akan memanggil Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan rasuah lebih RM6 juta yang dikaitkan dengan (KFA).ini. apa pun apa kata kita tonton respond mb Sanusi susulan penahan reman untuk siasatan ceo kfa dan 3 pegawai yang lain jumaat lepas!






GST tidak dilaksanakan selagi gaji rakyat masih rendah - Rafizi


 

Oleh: Helmi Mohd Foad



Sebarang cadangan untuk mewujudkan kembali pelaksanaan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) perlu mengambil kira kedudukan pendapatan rakyat terbanyak.



Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan beban cukai tidak dialihkan kepada rakyat yang kurang berkemampuan.



Beliau menegaskan, prinsip itulah yang telah ditekankan pihaknya sekiranya ada usaha untuk melaksanakan semula GST yang diperkenalkan pada 2015 dan dimansuhkan pada 2018 oleh Kerajaan Pakatan Harapan.



"Kalau boleh kita kenakan dahulu cukai kepada golongan kaya seperti cukai barangan mewah, cukai modal, penjimatan dan subsidi bersasar, kita lakukan itu dahulu.



"Itu juga akan sumbangkan kepada kekuatan fiskal kita dalam masa sama kita tidak mahu politikkan, ini tidak boleh langsung.



"Sebab itu saya kata kita akan dipandu semua perkara, sampai sekarang GST tidak dilaksanakan kerana ada banyak kaedah yang boleh kita teroka untuk kukuhkan fiskal negara tanpa kita membebabkan rakyat," katanya dalam program Podcast Yang Bakar Menteri bersama Nazri Hamdan kelmarin.



Beliau ditanya mengenai pendirian kerajaan yang kini bersikap terbuka tentang GST berbanding menentangnya ketika menjadi pembangkang sebelum ini dan bilakah sistem percukaian itu mahu diperkenalkan semula.



Rafizi yang juga Timbalan Presiden KEADILAN berkata pihaknya bersikap terbuka tentang pelaksanaan GST jika pada satu ketika gaji rakyat sudah meningkat selain lebih ramai yang berada dalam sektor penggajian formal dan membayar cukai.



"Ketika itu kita sudah melepasi satu tahap ambang pendapatan dan kalau kita laksana GST ia tidak langgar prinsip ekuiti, maksudnya kesannya sama sama ada keluarga itu bayar melalui cukai pendapatan atau GST adalah sama, kita bersikap terbuka masa itu.



"Kita bukan anti GST, kita hendak laksana ikut panduan ini supaya ia bersesuaian dengan kedudukan ekonomi negara tanpa berlaku tidak adil kepada rakyat," katanya.



Rafizi menjelaskan semasa GST ditimbulkan sekitar tahun 2013, subsidi minyak yang perlu ditanggung oleh kerajaan antara RM5 bilion hingga RM8 bilion setahun dan dalam masa sama ada masalah tatatakelola.



"Kita tahu amalannya apabila kerajaan laksana GST ia akan bermula pada kadar tertentu dan tidak ada turun, mesti naik.., tidak ada negara di dunia yang turunkan kadar GST, sebab itu mula dari bawah 10 peratus," katanya.



Namun katanya memandangkan paras gaji pekerja di negara ini masih rendah, kerajaan tidak ada mekanisme untuk mengenakan GST dan turunkan cukai pendapatan yang memberikan manfaat kepada keluarga yang memang pendapatan mereka rendah dan tidak membayar cukai.



"Dalam suasana kedudukan fiskal negara tidak dibebankan subsidi macam sekarang, dalam keadaan kita berdepan masalah tatakelola 1MDB dan dengan berlatar belakang oleh kerana tahap gaji negara bila kita laksana GST, kita pindahkan cukai kepada keluarga tidak bayar cukai, ada perkara lain yang boleh dibuat untuk kita kukuhkan pendapatan," katanya.

 


[panas] YANG BAKAR MENTERI YB RAFIZI! YB VIRAL PENGECUT HILANG KEMANA?

[LANGSUNG] Sidang Media Khas Menteri Dalam Negeri I 10 Jan 2024

UUUUPPPSSSS....


 

Kekayaan Tun Daim Yang Dicemburui



1. Sosok bergelar ‘Tun Daim’ ini bukan sesuatu yang asing dalam lipatan sejarah politik negara. Ditambah pula Tun Daim mempunyai hubungan yang erat bersama Tun M. 


2. Baru-baru ini SPRM telah menyita Menara Ilham milik Tun Daim dan yang paling laju memberi reaksi tentang isu ini adalah Tun M, keakraban mereka memang tidak dapat dinafikan.


3. Sitaan SPRM juga dibuat hasil daripda siasatan lama yang telah dijalankan selepas berlakunya pendedahan Pandora Papers kepada umum. 


4. Tun Daim didapati telah melanggar Seksyen 38(5) Akta SPRM 2009. SPRM telah memberi notis awal agar Tun Daim bertindak mengisytihar hartanya. Keengganan Tun Daim berbuat demikian akhirnya menyebabkan SPRM menyita bangunan berkenaan. 


5. Persoalannya, mengapa Tun Daim tidak mahu mengisytiharkan hartanya? Sebesar dan semahsyur apakah kekayaan beliau?


6. Dalam laporan Pandora Papers, aset RM141 juta dimiliki oleh keluarga Tun Daim. Beliau juga dikatakan memiliki RM65 bilion aset di bursa Malaysia. Tak cukup dalam negara, beliau juga mempunyai bank di Switzerland dan 14 bank di seluruh negara?


7. Jika kekayaan yang dimiliki ini adalah kejayaan beliau sebagai tokoh koperat atau ahli perniagaan, ia sepatutnya diisytiharkan. Mengapa Tun Daim memilih untuk menyembunyikannya? 


8. Sebab itu, kenyataan penafian isteri Tun Daim pagi ini selepas memberi keterangan di pejabat SPRM tidak kukuh dan tidak masuk akal. 


9. Isteri beliau mendakwa, Tun Daim di aniaya kerana memiliki kekayaan. Peliknya kekayaan yang tidak isytiharkan. Secara logik, ia sudah pun menimbulkan keraguan dan syak wasangka. Kalau betul hasil kekayaan tersebut diperolehi secara sah, ia sepatutnya disytiharkan. 


10. Kekayaan Tun Daim ini memang tidak mampu lagi disembunyikan. Tindakan SPRM berbuat demikian adalah tindakan tepat dan masih lagi berlunaskan perundangan. 


11. Bayangkan, di saat kanak-kanak lain memiliki peranti dan alat permainan, anak kepada Tun Daim sudah menjadi pemilik firma Kepulauan Virgin Britain pada usia 9 dan 12 tahun.




ZALIM MACAM ISRAEL...


 

LAAAA... DENGAR CAKAP AZRI NI MEMANG BODO LA...


 

KEH.. KEH.. KEH


 

PUAK WALAUN DENGAR NI


 

ASKAR UPAHAN MULA MENGAMUK.



 

RAJA PETRA TU TAK APA LA DUDUK LUAR NEGARA- 3 EKOQ YANG BODO NI KENA.


 

TAK DAK NUMBER APA... 153/222


 

PENYELENGARAAN SAJA- BUKAN BERTERUSAN MACAM DI KEDAH DAN KELANTAN. TU BERTERUSAN.




 

Masaalah bekalan air di kelantan tak nak bantu juga ka?? Yang tuhh lagi kronik, berpuluh tahun tak ada air, kalau ada pun khabarnya banyk yang teh tarik... Niat tuhh bgs dh la nk bantu penduduk di PP... Tapi kat negeri pas situasinya lbh parah... Di PP situasinya bersifat sementara mungkin sebab kerja2 penyelenggaraan dilakukan...

LAWATAN MAHFUZ OMAR DAN AMANAH TEMERLOH KE LPP TEMERLOH

 








Jawatankuasa AMANAH Temerloh turut hadir bersama ke program lawatan Dato’ Wira Hj Mahfuz Omar ke LPP Temerloh Temerloh.Turut hadir Ketua Pengarah LPP kebangaaan YBhg Dato Azulita Bt Salim.


Semoga LPP Temerloh terus maju.


#pedulitemerloh

#AmanahProgresifPeduli