GHB PUJUK BEKAS MB, AHMAD SAID SERTAI PERJUANGAN?

91 AJK PAS GELANG PATAH LETAK JAWATAN

GAMBAR GAMBAR PELANCARAN HARAPAN BARU DI KEDAH 22.8.2015

Kami dah tak larat lagi.... 
Dengan puak UMNO bukan kawan kami. 
GHB DAN PAKATAN HARAPAN BARU KAMI.

5 cara untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia

 


Liew-Chin-Tong
Krisis ekonomi yang sangat kritikal sedang melanda Malaysia dan seakan-akan tidak kelihatan jalan keluar dalam masa terdekat ini. Kerajaan pula tidak sedikit pun dilihat bersedia mengakui keadaan ekonomi yang amat merudum kini, apatah lagi untuk menangani beberapa asas pemahaman makroekonomi atas apa yang sedang berlaku dan apa yang perlu dilakukan untuk Malaysia ke hadapan nanti.
Tukaran matawang ringgit pula telah mencecah nilai terendah semenjak 17 tahun sebelum ini ke paras bukan lagi RM3.80/USD, bahkan menjangkau RM4/USD!
Setakat ini, maklum balas daripada kerajaan pula ialah dengan mengatakan nilai matawang ringgit yang kian merosot adalah baik untuk urusan eksport negara dan juga industri pelancongan, selain kejatuhan nilai matawang Malaysia disebabkan oleh faktor global seperti penurunan renminbi China yang tidak dijangka-jangka.
Lebih menyedihkan, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani menyatakan bahawa rakyat tidak perlu panik manakala Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz pula mengatakan nilai ringgit yang lemah adalah baik untuk industri pelancongan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Jusoh mengatakan bahawa nilai ringgit yang lemah sekarang ini mampu membawa masuk lebih ramai pelajar asing menyambung pengajian di Malaysia. Dakwaan sebegini tidak akan membawa kita ke mana-mana!
Bagaimana kita jadi begini
Jika kita melihat dari perspektif yang lebih luas, sejak krisis ekonomi Asia 1997, Malaysia banyak bergantung kepada tenaga buruh asing kurang berkemahiran, dan tidak banyak mengalami peningkatan dan penambahbaikan dari segi pendapatan, produktiviti, kemahiran dan teknologi.
Sejak Perang Teluk 2003 yang telah mengakibatkan peningkatan harga minyak dan komoditi yang berlipat ganda, Malaysia banyak bergantung kepada hasil minyak untuk mengekalkan keutuhan ekonomi dan juga untuk menampung perbelanjaan kerajaan yang tinggi.
Dengan pengenalan terhadap Pelonggaran Kuantitatif atau Quantitative Easing (QE) yang diperkenalkan oleh Rezab Persekutuan AS sebagai respon kepada Krisis Ekonomi Global 2008, ekonomi Malaysia telah banyak bergantung pada penggunaan yang berasaskan hutang dan spekulasi hartanah.
Permasalahan Malaysia
Pergantungan jangka panjang kepada buruh murah bermakna sektor pengeksportan kita tidaklah begitu kuat dan teguh seperti yang kita bayangkan. Sebahagian besar output ekonomi Malaysia datangnya dari sumber minyak dan gas, serta bahan-bahan komoditi; di mana harga bagi bahan-bahan tersebut kini kian menurun.
Lebih buruk lagi, tidak seperti krisis 1997, Malaysia dan negara-negara Asia tidak lagi dapat menggunakan eksport sebagai jalan keluar kepada permasalahan ekonomi yang dihadapinya. Ini kerana negara yang menjadi pemain utama dalam ekonomi dunia sendiri iaitu Amerika Syarikat; juga berada dalam situasi yang tidak terlalu baik buat masa ini.
Hari ini, daripada empat pemain utama ekonomi dunia – Amerika Syarikat, Eropah, Jepun dan China – hanya ekonomi Amerika Syarikat yang kelihatan ‘agak baik’ berbanding yang lain. Namun begitu, ekonomi negara-negara tersebut tak sekukuh sewaktu krisis ekonomi Asia 1997. Apa yang dipanggil sebagai ‘the emerging markets’ seperti Rusia, Brazil dan lain-lain, kini pula seakan-akan ‘hidup segan mati tak mahu’.
Dari satu aspek, Malaysia tidak dapat mengeksport sebarang hasil dagangannya melainkan hanya ke Amerika Syarikat. Dari aspek yang lain pula, terdapat persaingan untuk menurunkan nilai matawang dari kalangan negara Jepun, Eropah dan kini China dengan tujuan untuk meningkatkan pengeksportan. Kemungkinan, inilah noktah yang paling menakutkan dalam krisis yang akan berlaku.
Menteri, berhentilah merepek
Saya berharap menteri-menteri yang gemar mengeluarkan dakwaan bahawa nilai matawang Malaysia yang lemah akan membantu peningkatan eksport negara agar berhentilah daripada bercakap sesuatu yang ‘tidak masuk akal’. Perhatikan dengan teliti laporan terbaru Bank Negara yang menunjukkan eksport kasar menurun sebanyak 3.7% pada Suku Kedua 2015 (1Q2015: -2.5%) walaupun nilai ringgit menyusut sepanjang tempoh tersebut.
Antara cabaran utama yang lain juga ialah menyelesaikan persoalan bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan “normal baru” senario ‘post-Quantitative Easing’. Harga minyak lumpuh tidak lama selepas Rizab Persekutuan mengakhiri program Quantitative Easing pada lewat 2014. Harga aset yang melambung di seluruh Asia antara 2009 hingga 2014 akibat daripada QE terpaksa berhadapan kaedah pelarasan/penyesuaian yang amat sukar.
Nisbah keberhutangan isi rumah dan spekulasi nilai harta yang sangat tinggi di Malaysia mungkin akan menyebabkan kaedah pelarasan/penyesuaian menjadi bertambah-tambah sukar. Kejutan seterusnya kepada ekonomi Malaysia adalah jika Rizab Persekutuan Amerika Syarikat menaikkan kadarnya pada bulan September.
Eksport tidak akan mengalami peningkatan yang terlalu banyak dalam jangka masa pendek (berikutan kapasiti eksport Malaysia yang terhad, perlumbaan yang sengit dalam menurunkan nilai matawang dan kurangnya ‘minat’ Amerika Syarikat terhadap import) dan nilai ringgit berkemungkinan besar semakin menguncup jauh (krisis politik domestik, kenaikan kadar Amerika Syarikat, kejatuhan harga minyak), walau apa keadaan sekalipun, Malaysia perlu mencari jalan keluar.
5 jalan keluar untuk menyelamatkan ekonomi
Saya mencadangkan 5 jalan keluar untuk menyelamatkan Malaysia daripada krisis yang sedang memuncak ini:
1. Najib perlu berundur daripada menjadi Perdana Menteri
Kita patut akui bahawa Datuk Seri Najib Razak merupakan satu ‘masalah’ kepada Malaysia hari ini. Walaupun terdapat faktor-faktor global lain yang menyumbang kepada kemerosotan ekonomi negara, Najib adalah punca kepada kehilangan keyakinan terhadap integriti institusi-institusi di Malaysia. Seperti mana ‘bangkai yang bernyawa’, mengekalkan Najib sebagai Perdana Menteri hanyalah akan menyebabkan lebih banyak kemudaratan kepada ekonomi Malaysia.
2. Lantik Menteri Kewangan yang baru dan kompeten
Kalau pemimpin dalam parti pemerintah hari ini masih tidak dapat menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri, sekurang-kurangnya seorang Menteri Kewangan yang baru dan kompeten serta benar-benar ‘bijak’ dalam memahami makroekonomi dan permasalahan-permasalahannya perlu dilantik segera; demi menyelamatkan ekonomi Malaysia.
Inilah masanya untuk menghentikan praktis di mana seorang Perdana Menteri turut mengemudi portfolio kewangan negara secara serentak. Dua nama yang berlegar dalam fikiran saya buat masa ini; Datuk Seri Mustapha Mohamed dari kalangan menteri dalam kabinet sedia ada dan Datuk Seri Nazir Razak sekiranya perlu dari luar kabinet hari ini.
3. Tetapkan GST pada kadar sifar
Ekonomi global hari ini tersekat dalam situasi yang tidak seimbang. Contoh; kebergantungan terhadap ekonomi Amerika Syarikat sebagai destinasi tunggal pengguna. Kita hanya memiliki potensi eksport yang terhad; itu pun jika ada! Malaysia perlulah segera mengatasi trend kejatuhan ekonomi kini dengan memastikan terdapat penggunaan domestik yang mencukupi di peringkat bawahan.
Dengan kejatuhan pantas nilai ringgit, inflasi import dijangka akan mengakibatkan kenaikan nilai matawang yang tinggi. Satu cara untuk memastikan bahawa penggunaan domestik tidak lumpuh adalah dengan menghapuskan GST atau sekurang-kurangnya meletakkannya pada kadar sifar untuk tempoh setahun sebelum kajian lanjut dijalankan.
4. Menghentikan projek mega melibatkan kroni
Semua projek mega melibatkan kroni mestilah dihentikan dan perlu diletakkan pada sebuah penilaian ‘kesan tukaran nilai matawang asing’. Terdapat banyak projek berskala besar seperti tren berkelajuan tinggi Malaysia-Singapura dan juga projek MRT yang telah menelan harga yang melampau; tidak diperlukan sama sekali sekiranya opsyen lain yang lebih murah dan efektif dapat dikemukakan.
Jika diteliti masa lalu, jawapan kerajaan kepada sesuatu krisis adalah dengan menyuntik lebih banyak dana kepada kroni untuk tujuan menambah projek-projek pembinaan. Projek-projek pembinaan yang didorong kerajaan (government-driven) biasanya melibatkan pengambilan tenaga buruh asing tidak mahir yang akhirnya hanyalah memberikan impak yang sangat kecil terhadap ekonomi negara secara menyeluruh. Terdapat cara lain untuk meningkatkan ekonomi.
5. Menghentikan pengambilan tenaga buruh asing tidak mahir
Salah satu cara yang penting untuk memastikan berlakunya perubahan bersifat struktural terhadap ekonomi Malaysia ialah dengan mengecilkan jumlah tenaga buruh asing tidak mahir dan memperluaskan penggunaan jentera mesin serta peralatan auto agar pekerja tempatan dapat dibayar dengan upah yang lebih baik dan kemahiran mereka boleh ditingkatkan. Oleh itu, cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi untuk membawa masuk 1.5 juta lagi pekerja tidak mahir Bangladesh adalah tidak bijak dan bercanggah dengan kepentingan negara.
Dengan meningkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah untuk meningkatkan penggunaan domestik tatkala peluang eksport amat terhad akan menjadi satu strategi penting untuk terus bertahan dalam krisis ekonomi yang sedang melanda. Meningkatkan pendapatan di peringkat bawahan adalah amat penting kerana nisbah sedia ada keberhutangan isi rumah Malaysia berada pada tahap yang sangat tinggi. Penggunaan domestik mestilah dikembangkan segera tanpa menyebabkan lebih banyak hutang terkumpul.
Kita sedang berhadapan saat getir. Malaysia memerlukan pemimpin politik dan ekonomi yang kompeten dan berintegriti untuk mengatasi fasa yang sukar ini. – Roketkini.com
*Ucapan oleh Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan merangkap Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong semasa Forum The Rocket di Kluang, Johor pada 13 Ogos 2015

Fitnah “DAP dibiayai Yahudi”: DAP mahu polis ambil tindakan terhadap UMNO


11831740_1205559666127636_78792010440135309_n
BAGAN, 23 OGOS: Pimpinan UMNO sudah hilang akal kerana bersikap “desperado” apabila pemimpinnya seperti Ketua Bahagian UMNO Sri Gading, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, membuat fitnah jahat dan tidak masuk akal kononnya DAP dibiayai Yahudi.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata pihak DAP akan membuat laporan polis mendesak tindakan diambil ke atas tuduhan fitnah yang tidak berasas itu.
Katanya, Abdul Aziz yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan sanggup memfitnah semata-mata mahu menutup skandal RM42 bilion 1MDB dan “derma” politik RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun persendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelang pilihan raya umum ke-13 pada 2013.
Ujar beliau, Abdul Aziz mendakwa “derma” RM2.6 bilion diberi kepada Najib untuk membiayai perjuangan melawan DAP “yang dibiayai Yahudi”.
Menurut hujah merepek Abdul Aziz, jika UMNO kalah dalam pilihan raya, DAP yang disokong Yahudi akan berkuasa, dan kalau “kerajaan Islam Malaysia” tumbang, rosak perjuangan Islam seluruh dunia, tambah beliau.
“Tidak waras dan tidak logik langsung bahawa DAP boleh berkuasa bila hanya bertanding dalam 51 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen. Menang semua pun tak mungkin jadi parti terbesar, apatah lagi berkuasa.
“DAP hanya berdepan dengan calon UMNO dalam dua kerusi Parlimen, di mana DAP menang satu dan kalah satu. Tak kan perlu RM2.6 bilion untuk lawan DAP dalam dua kerusi Parlimen?
“Kalau begitu betapa banyak lagi dibelanjakan oleh UMNO dalam pertandingan kerusi-kerusi parlimennya yang lain?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, jelas UMNO sudah hilang idea memerintah dan hanya mahu menutup kerakusan kuasa dan skandal rasuah dalam kerajaan.
Oleh itu, katanya, mereka akan membuat fitnah besar yang bodoh tentang konspirasi Yahudi bersama dengan DAP, yang jelas tidak masuk akal sama sekali.
“Adalah lebih baik jika kerajaan persekutuan BN menjelaskan mengapa mereka berhubung dengan syarikat kewangan besar antarabangsa yang dimiliki oleh Yahudi dalam urusan kewangan 1MDB,” ujarnya.
Minggu lalu Ketua Bahagian UMNO Kuantan, Wan Adnan Wan Mamat, pula mendakwa sumbangan RM2.6 bilion kepada Najib adalah dari Arab Saudi kerana menghargai peranan Perdana Menteri melawan kumpulan militan ISIS, ISIL atau IS (Islamic State).
Hujah itu juga tidak munasabah kerana wang itu diberikan sejurus sebelum PRU13, iaitu pada Mac 2013 sedangkan IS/ISIS/ISIL hanya ditubuhkan sebulan selepas itu, iaitu pada April 2013, sebagai kumpulan serpihan Al-Qaeda.
Malah, lebih setahun selepas itu, Najib pada Jun 2014, dilaporkan memuji perjuangan IS/ISIS/ISIL dengan menggesa UMNO mencontohi perjuangan kumpulan militant tersebut. – Roketkini.com

Wahai Najib, bangsa Melayu bukan bangsa bangsat



image
Saya merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Gerik di Dewan Serbaguna Gerik pada 16 Ogos 2015, sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini:
“Tiada UMNO berkuasa terbangsatlah bangsa Melayu di bumi ini. Saya sebagai presiden akan lakukan supaya UMNO dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi bertuah ini.”
Sebelum membuat kenyataan yang begitu bebal, Najib seharusnya cermin diri dahulu. Apakah bukan Najib sendiri yang memalukan bangsa dan negara dengan menjadikan Malaysia sebagai bahan jenaka antarabangsa gara-gara skandal 1MDB dan sumbangan “derma” RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya sendiri?
Najib menghina sejarah ketamadunan Melayu
Pun begitu, kenyataan Najib juga sekaligus menidakkan kemuliaan bangsa Melayu Nusantara yang sudah lama bertamadun. Tidakkah beliau sedar bahawa UMNO yang lahir pada tahun 1946 hanya berusia kurang daripada 70 tahun, sedangkan tamadun Melayu di rantau ini telah wujud sejak ratusan, kalaupun bukan ribuan tahun? Apakah selama-lama ini Melayu menjadi bangsa bangsat kerana tidak ada UMNO?
Apakah segala ketamadunan termasuk seni bina bangunan, teknologi pelayaran, kesusasteraan, kebudayaan dan sebagainya yang dibina berkurun lama sebelum lahirnya UMNO ini dilakukan oleh satu bangsa yang bangsat?
Bagaimana pula dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan rakyat Melayu di Sarawak, apabila mereka lantang menolak kehadiran UMNO di negeri itu? Adakah mereka juga Melayu bangsat?
UMNO yang sebenarnya merugikan Melayu
Walaupun banyak mana sumbangan dan jasa UMNO pada suatu ketika dahulu, ia tidak dapat dibandingkan dengan kerosakan yang mereka telah timpakan kepada orang Melayu, khususnya sejak dua, tiga dekad yang lalu. UMNO yang ditubuhkan sebagai gerakan massa yang berjuang untuk kemerdekaan kini sudah menjadi parti yang sinonim dengan rasuah dan kronisme.
Sudah pasti, rakyat Malaysia tidak akan melupakan bagaimana UMNO, atas nama kepentingan Melayu, telah menyebabkan kerugian berpuluh bilion ringgit melalui penyelewengan dan pengkhianatan seperti yang berlaku dalam skandal Bank Bumiputera pada awal tahun 1980an, skandal Forex Bank Negara pada awal tahun 1990an, sehingga ke skandal terbesar dalam sejarah Malaysia, iaitu syarikat 1MDB yang sudah melenyapkan puluhan bilion ringgit.
Malah, apa-apa jasa UMNO yang tinggal jugalah yang kini sedang dimusnahkan oleh kepimpinan Najib. Misalnya, Felda yang digerakkan oleh ayahandanya sendiri, Tun Abdul Razak, sebagai inisiatif reformasi tanah yang berjaya menempatkan semula ratusan ribu orang Melayu luar bandar akhirnya kini goyah apabila harga saham Felda Global Ventures yang digembar-gemburkan sebagai penyenaraian kedua terbesar dunia selepas Facebook sudah merudum ke tahap RM1.52 berbanding harga penyenaraiannya, iaitu RM4.55. Ini bersamaan dengan kemerosotan sebanyak 67 peratus.
Demikian juga dengan Lembaga Tabung Haji yang ditubuhkan untuk memudahcarakan pengurusan ibadah haji orang Islam di negara ini. Kini, dana pelaburan pak cik dan opah kita untuk naik haji pun tidak selamat di tangan Najib apabila secara senyap-senyap digunakan untuk membantu menyelamatkan 1MDB.
Begitu juga dengan dakwaan media antarabangsa baru-baru ini terhadap penyelewengan dalam pembelian aset oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di luar negara. Siapakah lagi yang bertanggungjawab, jika bukan UMNO yang secara langsung mengawal pengurusan tertinggi Mara dengan enam daripada 11 orang Ahli Majlis MARA?
Jelas, retorik UMNO untuk membela orang Melayu hanya omong-omong kosong, apabila merekalah sebenarnya yang merugikan bangsa dan negara.
Siapakah sebenarnya yang bangsat?
Najib seharusnya berdepan dengan hakikat bahawa kerajaan beliau telah gagal dalam tadbir urus negara kita, dengan nilai matawang ringgit yang kian menjunam dan krisis politik yang sedang melanda UMNO ekoran pemecatan beberapa orang menteri kanan termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan timbalan presiden UMNO.
Pada masa yang sama, birokrat Melayu yang selama ini terhormat dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka juga kini menjadi mangsa kuasa kuku besi Eksekutif, apabila pegawai-pegawai kanan SPRM diugut dan digertak melalui siasatan dan pemindahan hanya kerana mereka menyiasat dan membongkarkan penyelewengan 1MDB dan “pendermaan” luar biasa sebanyak RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi Najib.
Justeru, saya amat pasti orang Melayu bukan bangsat tanpa UMNO, tetapi sebenarnya UMNO yang bangsat kerana mengkhianati orang Melayu dan negara Malaysia sejak sekian lama ini.- Roketkini.com

*Penulis adalah Ahli Parlimen Bukit Bendera merangkap Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan

Bersih, Cekap dan Amanah: Slogan ciptaan BN, kini dibenci BN


lim guan eng 2
KUALA LUMPUR, 23 OGOS:  Lebih 30 tahun lalu, kerajaan persekutuan Barisan Nasional memperkenalkan slogan. “Bersih, Cekap dan Amanah”. Hari ini BN menganggap slogan itu bertentangan dengan kepentingan negara.
Kontroversi itu bermula apabila Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, sebagai agensi Persekutuan, melarang sekolah-sekolah di negeri itu daripada menyertai sambutan Merdeka anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang pada 31 Ogos ini.
Arahan tentang larangan itu dikeluarkan kerana tema sambutan Merdeka di Pulau Pinang pada tahun ini “Bersih, Cekap dan Amanah” dianggap sensitif kerana mempunyai perkataan “Bersih”.
Ini adalah kerana perkataan “Bersih” itu telah dikaitkan oleh pihak Jabatan Pelajaran dengan perhimpunan Bersih 4 yang akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dalam satu kenyataan ringkas hari ini, menegaskan bahawa tema Merdeka bagi negeri adalah Bersih, Cekap dan Amanah, dan beliau telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus, untuk memaklumkan kepada Kementerian Pelajaran.
“Jika mereka mengharamkan (penyertaan sekolah), kita akan mengambil tindakan lanjut. Biarlah mereka isytihar BCA (Bersih, Cekap dan Amanah) sebagai haram,” katanya.
Sementara itu, Ketua Sosialis Muda DAP Kebangsaan, Teo Kok Seong, mengutuk  sekeras-kerasnya tindakan Kementerian Pelajaran.
Screenshot_2015-08-21-13-42-19-2“Saya telah mendapat penjelasan melalui twitter daripada YB Chong Sin Woon selaku Timbalan Menteri Pelajaran bahawa larangan tersebut adalah disebabkan tema Hari Kemerdekaan mempunyai perkataan “Bersih” serta ia dilihat Kerajaan Pulau Pinang mempolitikkan Hari Kemerdekaan.
“Adalah amat jelas sekali arahan larangan ini bermotif politik, ataupun menerima tekanan dari pihak yang tertentu,” kata beliau.
Menurutnya, Kementerian Pelajaran melampau kerana terlalu sensitif dengan perkataan “Bersih” sedangkan Bersih, Cekap dan Amanah sentiasa dititikberatkan oleh semua agensi kerajaan pusat dan kerajaan negeri sejak lebih 30 tahun lalu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah mahu Kementerian Pelajaran menarik balik arahan larangan tersebut agar pelajar sekolah dapat menyertai perarakan tahun itu.
Timbalan Menteri Pelajaran II, P. Kamalanathan, pula menyatakan “Bersih” sebagai tema Merdeka di Pulau Pinang adalah berbahaya, dan bertentangan dengan kepentingan negara.
Menurut laporan media, beliau menyatakan arahan Kementerian adalah berikutan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara.
“Bersih, Cekap dan Amanah” adalah slogan yang dilancarkan pada 1982 di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang diselaraskan dalam konsep “Kepimpinan Melalui Teladan” yang menjadi teras kepada pentadbiran kerajaan BN.
Kini kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak dilanda pelbagai skandal seperti skandal RM42 bilion 1MDB dan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, yang telah membangkitkan kemarahan rakyat. – 

Derma RM2.6 bilion untuk lawan DAP yang ditaja Yahudi? Apa dah jadi dengan pemimpin UMNO?


anthony loke pix
KUALA LUMPUR, 22 OGOS: Adakah pemimpin-pemimpin UMNO sedar atau tidak bahawa mereka menunjukkan tahap kebodohan yang tiada batasannya dalam perlumbaan mereka untuk menyelamat dan mempertahankan Datuk Seri Najib Razak dalam skandal RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun peribadinya?
Soalan itu dilontarkan oleh Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook kepada pimpinan UMNO berikutan beberapa kenyataan mereka yang semakin terdesak dan tidak masuk akal berhubung skandal tersebut.
Beliau berkata, pagi tadi semasa mesyuarat UMNO Bahagian Sri Gading, ketua bahagiannya Datuk Abdul Aziz Kaprawi mendakwa bahawa penderma dari Timur Tengah memberi sumbangan dana sebanyak RM2.6 bilion kepada Najib supaya UMNO boleh melawan DAP dalam pilihanraya umum ke-13 kerana kononnya DAP dibiayai oleh Yahudi.
Katanya, Abdul Aziz membuat cerita kononnya penderma tersebut khuatir pengaruh Yahudi akan meresap di Malaysia melalui DAP dan memusnahkan “Kerajaan Islam” yang diketuai Barisan Nasional.
Sedangkan, beliau berkata, minggu lalu Ketua Bahagian UMNO Kuantan, Wan Adnan Wan Mamat, pula mendakwa sumbangan RM2.6 bilion kepada Najib adalah dari Arab Saudi kerana menghargai peranan Perdana Menteri melawan kumpulan militan ISIS atau ISIL atau IS (Islamic State).
“Saya tidak kisah sekiranya pemimpin UMNO mahu menunjukkan kebodohan mereka tetapi janganlah sampai memperbodohkan rakyat Malaysia dan menganggap rakyat tidak ada akal untuk berfikir.
“Lebih-lebih lagi, pemimpin-pemimpin UMNO nampaknya tidak malu menyalahgunakan nama agama Islam dan kononnya untuk mempertahankan Islam untuk “menghalalkan” wang RM2.6 billion dalam akaun Najib.
“Adakah mereka langsung tidak mempedulikan nilai kebenaran semata-mata untuk mempertahankan sesuatu yang jelas tidak amanah dan menyelamatkan karier politik mereka sendiri?
“Kalaulah betul DAP menerima sumbangan daripada Yahudi ataupun mana-mana sumber asing, sudah tentu seluruh jentera propaganda UMNO dan kerajaan membongkarkan “agenda jahat” ini dalam kempen PRU13 yang lalu dan “memusnahkan” DAP pada ketika itu juga, dan bukannya membuat “pendedahan besar” ini hanya 27 bulan selepas PRU 13!” jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, DAP berdepan dengan UMNO di dua kerusi Parlimen sahaja, iaitu Gelang Patah di Johor dan Sepanggar di Sabah dalam PRU13.
Persoalannya, soal beliau, adakah UMNO memerlukan RM2.6 bilion untuk melawan DAP di dua kerusi Parlimen tersebut?
Malah, ujar beliau, secara keseluruhan, DAP hanya bertanding 51 daripada 222 kerusi dalam PRU 13.
Jika DAP menang kesemua 51 kerusi pun, katanya, tidak mungkin DAP boleh membentuk kerajaan secara bersendirian kerana tidak cukup majoriti mudah.
“Mungkin bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Ghani Othman yang melawan Lim Kit Siang di kerusi Parlimen Gelang Patah boleh mengesahkan sama ada dana tersebut ditaburkan di Gelang Patah untuk menewaskan Kit Siang yang kononnya “ditaja oleh Yahudi”, ataupun beliau (Ghani) tidak mendapat sebarang bantuan daripada Najib sehingga UMNO ditewaskan oleh DAP di Gelang Patah,” tambah beliau.
Anthony mengulangi penjelasan bahawa DAP tidak pernah mendapat sumbangan kewangan daripada mana-mana sumber asing untuk bertanding pilihanraya.
Beliau juga mengingatkan pemimpin-pemimpin UMNO bahawa apapun usaha mereka untuk mengalihkan perhatian rakyat, isu RM2.6 bilion akan terus menghantui Najib dan UMNO, “kini dan selama-lamanya”. 

BEKAS PM KOREA SELATAN MASUK PENJARA AKIBAT DANA POLITIK HARAM

(function() { var d = document, w = window; w

TIMAH NI BANYAK- KALAU BIJIH TIMAH KERAJAAN KELUARKAN . ITU HASIL BUMI...KALAU TIMAH ARAK..BUKAN KELUARAN KERAJAAN .KATA TIM MENTERI PAS..SEBAB TIMAH TU BUKAN JANDA....JANGAN POTONG DOUBLE LINE....KAH...KAH...

  Panas! Ustaz Zolkharnain dakwa timbalan menteri Pas terdesak nak tutup isu arak TIMAH October 17, 2021 Bukan saja aku, tapi aku yakin oran...