Pak Samad dibawa ke DBP lancar gerakan seni

Akaun Najib - pendedahan siapa terima, berapa?


Diterbitkan   |  Dikemaskini 
Pada 2 Julai lalu, pasukan petugas penyiasat khas mengumumkan bahawa lebih daripada 400 akaun bank dibekukan kerana disyaki menerima dana yang didakwa berasal dari 1MDB yang berjumlah RM1.1 bilion.
Akaun-akaun berkenaan didakwa menerima dana dari akaun bank peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. Sebahagian daripada jumlah itu didakwa digunakan untuk kempen BN pada pilihan raya umum 2013.
Malaysiakini dalam laman mikro terkini, meneroka beberapa transaksi berkenaan.
Sejak tahun 2015, laporan antarabangsa telah mendedahkan pelbagai transaksi yang membabitkan akaun bank Najib ketika kerajaan BN ketika itu didakwa cuba menutup siasatan 1MDB.
Laporan antarabangsa mendedahkan sekurang-kurangnya empat akaun bank Najib didakwa menerima dana yang kononnya diselewengkan dari 1MDB dan SRC International.
Pada 2016, ABC News yang berpangkalan di Australia juga melaporkan bagaimana sebahagian daripada wang dari akaun bank Najib dibelanjakan. Ia mendakwa bahawa selain daripada tujuan politik, dana itu juga digunakan untuk percutian dan untuk membeli kereta-kereta mewah serta barangan kemas.
Laman mikro Malaysiakini memberi tumpuan khusus kepada penerima politik yang membabitkan satu daripada akaun-akaun itu.
Melalui akaun ini, dana AS$681 juta telah disalurkan pada tahun 2013. Jumlah ini dirujuk sebagai "RM2.6 bilion" berdasarkan kadar pertukaran apabila deposit itu pertama kali didedahkan oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal pada tahun 2015.
Najib terus membela dirinya degan mendakwa bahawa wang AS$681 juta itu adalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi manakala Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, dalam saman sivil pelucuthakan mendakwa bahawa dana berkenaan berasal dari 1MDB.
Transaksi membabitkan SRC International Sdn Bhd tidak didedahkan dalam laman mikro ini susulan perintah “tutup mulut” oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas Najib didakwa menyalahgunakan RM42 juta daripada syarikat milik kerajaan itu. Bekas perdana menteri itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Secara keseluruhannya, sekurang-kurangnya RM470 juta disalurkan ke pelbagai entiti politik melalui 102 transaksi, tidak termasuk bayaran kepada individu, antara April 2012 dan Ogos 2013.
Umno menerima bahagian paling besar, iaitu sebanyak RM417.4 juta atau 88.8 peratus daripada jumlah dana berkenaan. Penerima terbesar seterusnya adalah MIC yang menerima RM20.55 juta dan MCA pula mendapat RM16.5 juta.
Wang tersebut diedarkan kepada pelbagai bahagian, sayap dan juga sebuah perpustakaan parti.

Dari segi negeri, entiti politik di Selangor adalah benefisiari terbesar dengan jumlah RM60.25 juta diikuti oleh negeri Najib iaitu Pahang dengan RM37.73 juta.
Negeri-negeri lain adalah Perak (RM25.2 juta), Johor (RM27.2 juta) dan Kedah (RM15.8 juta).
Walau bagaimanapun, sebahagian besar dana itu disalurkan ke entiti politik di peringkat persekutuan dengan jumlah RM275.5 juta.
Terokai urus niaga di laman mikro Malaysiakini yang bertajuk "Wang songlap dari 1MDB atau derma? Tangan-tangan politik yang terdedah".

Waytha kesal kawan rapat saksi upacara angkat sumpah dihina

 | July 18, 2018
Lelaki itu yang gambarnya tersebar dalam media sosial semalam meninggalkan kehidupan selesa untuk tinggal di kawasan pergunungan.
Arunachalanandaji bergambar dengan P Waytha Moorthy selepas upacara angkat sumpah senator di Dewan Negara semalam.
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru, P Waythamoorthy sedih dengan tindakan pengguna media sosial menghina kemunculan seorang cendekiawan Hindu yang menemaninya ke Parlimen semalam.
Waytha menyifatkan Arunachalanandaji, bukan warganegara India yang menetap di India dan dihormati kerana kebijaksanaan dan dedikasinya, sebagai kawan rapat dan saudaranya yang mendedikasikan sebahagian besar hidupnya untuk menyebarkan keamanan dunia dan keharmonian masyarakat.
“Beliau ialah saudara saya yang melepaskan kehidupan selesa demi keamanan dunia dan hidup di sebuah gunung terpencil di India,” katanya kepada FMT ketika dihubungi mengenai gambar di media sosial yang mendakwa ada “hantu” dalam galeri awam Dewan Negara.
Sebuah portal berita melaporkan mesej viral “gambar hantu lelaki berambut panjang dan berjanggut lebat”.
Arunachalanandaji hadir ke Dewan Negara untuk menyaksikan Waytha dan 4 individu lain mengangkat sumpah sebagai senator dan kemudiannya dilantik menganggotai Kabinet.
Waytha yang bertanggungjawab atas perpaduan negara dan kesejahteraan sosial berkata, beliau mempelawa Arunachalanandaji kerana menghormatinya.
“Saya fikir disebabkan beliau mendedikasikan lebih 30 tahun hidupnya untuk keamanan dunia, beliau paling sesuai untuk menyerikan upacara saya angkat sumpah,” kata pengerusi Hindraf itu yang kali ke-2 dilantik ke Kabinet.

ADAKAH INI PETANDA AZMIN AKAN MENCABAR ANWAR?




Wanita PKR menyambut baik hasrat Anwar Ibrahim untuk bertanding jawatan presiden dalam pemilihan akan datang, namun mengingatkan agar parti bersedia "menjulang prinsip demokrasi" sekiranya jawatan tertinggi parti itu dicabar.

Jelas ketuanya, Zuraida Kamaruddin, PKR perlu menjuarai isu demokrasi yang diperjuangkan selama 20 tahun dan ia perlu bermula dari kalangan pemimpin parti itu sendiri.

"Peranan beliau (Anwar) dan  Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku pencetus agenda perubahan hampir 20 tahun lalu tentulah tidak dapat disangkal mana-mana pihak.

"Pasca pilihan raya umum ke-14 menyaksikan PKR telah pun menjadi parti terbesar dalam kerajaan, ia juga membawa bersama perubahan dalam struktur kepimpinan parti serta dinamika yang berbeza dari sebelumnya.

"Dalam pada tawaran Anwar diterima dengan terbuka, parti juga harus bersiap-siaga menjulang prinsip demokrasi dalam menghirup udara segara Malaysia baru yang diamanahkan oleh rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam menyatakan hal itu, Zuraida turut menyorot "kecemerlangan" pentadbiran Selangor dan kepimpinan bekas menteri besarnya, Azmin Ali.

Kata Zuraida, PKR mempunyai ramai pemimpin berkelayakan yang teruji kesetiaannya, berkarisma dan mempunyai rekod cemerlang dalam pentadbiran.

"Tidak boleh disangkal lagi bahawa tatakelola dan kecemerlangan kerajaan Selangor menjadi antara penyumbang signifikan kepada keyakinan rakyat dalam melihat model pemerintahan Malaysia baru.

"Keyakinan inilah yang menyebabkan BN yang berusi 61 tahun mampu ditumbangkan.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara watak pimpinan yang dinamik dan dilihat mampu menggalas tanggungjawab kepimpinan.

"Telah dibuktikan dalam pentabdiran kerajaan Selangor terdahulu, peranan terkini beliau yang memegang portfolio kanan kerajaan selaku menteri hal ehwal ekonomi membuktikan lagi sumbangan beliau bakal memberi impak positif dalam bersama-sama mengemudi bahtera PKR yang kita cintai," katanya lagi.

Zuraida yang merupakan Ahli Parlimen Ampang turut mengingatkan bahawa PKR "berbeza" dengan Umno yang sering menyaksikan jawatan tertinggi parti mereka tidak ditandingi.

"Justeru, Wanita PKR menegaskan bahawa di samping menerima baik tawaran Anwar bertanding jawatan presiden, parti juga perlu menghormati perlembagaan parti dalam hal membuka ruang pertandingan mana-mana jawatan tanpa sebarang usaha sekatan.

“We must walk the talk, kita perlu lakukan apa yang kita laungkan," katanya.

Berdasarkan kenyataan Zuraida ini, adakah ia merupakan bayangan atau petanda terbaru bahawa Azmin akan mencabar Anwar bagi jawatan Presiden PKR?

Kenapa jadi begitu?

Adakah Azmin akan mencabar Anwar berikutan khabar-khabar yang berlegar mengatakan Anwar sedang menyiapkan seseorang yang lain untuk melawan Azmin bagi jawatan timbalan presiden?

Jika kedudukan Azmin sebagai timbalan presiden tidak dilawan, untuk apa beliau mencabar Anwar?

Apakah Anwar dan Azmin sebenarnya sedang bersaing merebut jawatan Perdana Menteri selepas Tun Mahathir? (ShahbudinHusin 18/07/2018)

Menteri, Timbalan Menteri baru dilantik


Lima daripada lapan senator yang baru mengangkat sumpah hari ini dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri.

Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial) manakala Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong sebgai Timbalan Menteri Pertahanan.

Pengerusi AMANAH Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad pula dilantik memegang jawatan Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Manakala Ketua PPBM Bahagian Ketereh, Mohd Radzi Md Jidin dilantik sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Ketua PPBM Pulau Pinang, Marzuki Yahya pula sebagai Timbalan Menteri Luar Negara. 


MEKANISME KAWALAN HARGA UBAT DIKAJI – KKM

JANGAN BAGI JAWABAN MAT MASLAN BOLEH?

OLEH: MAN TOBA

No automatic alt text available.
Campak pastu lari?
Kerajaan cakap SST 10%
Servis cas 6%

Rakyat yg tak paham apa apa mula berpolemik macam2 pastu pakat kutuk ramai2. Kami nih nak jadi tukang beckup percuma sampai bila?
Takkan nak tulis detail pasal cukai tu supaya rakyat faham pon payah?
Kan senang je ko cakap lah 10% tu sst sebelum ada gst. 6% tu pulak tidak semua benda kena cas. Kedai2 makan tertentu je kena bla bla bla bla..
Sama la macam sebelum ujud GST dulu. Jelaskan sejelas jelasnya susah sangat ke?
Lagi satu, Kalau back tu asal. Harga barang jadi rendah. Yang nak buat nih pastikan lah harga barangan tu BETUL murah. Jangan lah bila harga lagi mahal kalian gomen salahkan peniaga. Korang kan ada kuasa. Gunalah kuasa tu untuk siasat kat mana punca harga tu jadi mahal dan kaji makanisma apa yg boleh selesaikan permasalahan tu. Jgn dok bagi jawapan mat mazlan boleh ke?


SST VS GST

No automatic alt text available.

SST tidak bebankan rakyat, kata Menteri Kewangan

Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak akan membebankan rakyat berbanding Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) memandangkan kerajaan hanya akan mengutip RM21 bilion setahun dan ‘memulangkan’ perbezaan RM23 bilion kepada mereka, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata kutipan SST diunjurkan hanya RM21 bilion bagi setahun penuh berbanding unjuran GST kerajaan terdahulu sebanyak RM44 bilion bagi 2018.”Tuduhan oleh Umno bahawa SST akan membebankan rakyat berbanding GST tidak logik.

“Menurut mereka, pengumuman saya bahawa pengenalan semua sistem percukaian lama dengan cukai jualan pada 10 peratus dan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus bermakna kadar cukai adalah pada 16 peratus, lebih tinggi berbanding enam persatu GST,”katanya menerusi satu kenyataan.
Lim berkata ini tidak benar, kerana kita tidak boleh sewenang-wenangnya menambah peratusan cukai jualan dan cukai perkhidmatan, ‘seperti menyamakan epal dan limau.’
Kerajaan yang diketuai oleh Pakatan Harapan mahu kembali kepada SST – sistem percukaian sebelum GST – mulai 1 Sept dan memansuhkan GST.
Lim yang mengulas salah faham yang ditularkan hari ini, berkata Cukai Jualan pada kadar antara 5 peratus dan 10 peratus digunakan untuk produk dikilangkan dan produk tertentu yang diimport dan bukan semua produk, berbanding GST.
Bagi Cukai Perkhidmatan 6 peratus, beliau berkata ia digunakan untuk perkhidmatan tertentu dan bukan semua perkhidmatan, berbanding yang dikenakan oleh GST.
Lim juga berkata Cukai Jualan dikenakan ke atas harga kilang dan harga import, manakala GST dikenakan ke atas harga peringkat akhir yang dibayar oleh pengguna.
“Oleh itu adalah salah untuk mendakwa Cukai Jualan 10 peratus lebih tinggi daripada cukai GST pada 6 peratus,” katanya.
Lim berkata sebagai contoh, pembekal mengenakan kadar 10 peratus Cukai Jualan (10 sen) ke atas minuman ringan yang dikilangkan pada kos RM1.00.
“Apabila air tin yang sama dijual kepada pengguna di 7-Eleven pada harga RM2.00, kadar 6 peratus GST sebanyak 12 sen akan dikenakan. Dalam kes ini, jelas bahawa 6 peratus GST sebanyak 12 sen, lebih tinggi berbanding 10 peratus SST,” katanya.
Lim berkata Kementerian Kewangan telah menjalankan latihan semakan SST yang komprehensif dengan bantuan perunding cukai dari Pricewaterhouse Coopers (PwC).
“PwC akan membantu merasionalkan keperluan kutipan dan pelaporan cukai untuk memastikan SST akan lebih cekap berbanding GST, bahkan sistem SST lama.
“PwC akan memastikan SST yang dikenakan pada 1 Sept menjadi lebih mudah, ringkas, dan mampu mengelak kebocoran cukai.
Butiran penambahbaikan akan diumumkan apabila Rang Undang-undang baharu SST dibentangkan pada sidang Parlimen yang sedang berlangsung, katanya.

ORANG UMNO MENCATUR KUASA DALAM KERAJAAN PAKATAN HARAPAN?


Sejak Pakatan Harapan ada kuasa dan menjadi kerajaan, bukan saja mereka yang merupakan ahli dan penyokong parti-parti dalam gabungan itu yang sibuk mencatur kuasa, rupa-rupanya orang UMNO pun tidak ketinggalan sama.

Di sebalik ada yang masih setia dengan UMNO atau menyalahkan Najib Razak sebagai punca utama UMNO kehilangan kuasa, terdapat juga ahli-ahli parti itu yang sudah berwajah dua.

Dalam beberapa insiden,  ada yang tanpa segan silu mendakwa bahawa mereka sebenarnya menyokong Pakatan Harapan secara diam-diam dalam pilihanraya lalu, meskipun masih lagi berstatus ahli UMNO sehingga kini.

Konon katanya, apa yang mereka lakukan selama ini adalah dalam pengetahuan Tun Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri memang merestui tindakan mereka.

Lebih daripada itu, mereka juga mendakwa sokongan ahli-ahli UMNO terhadap Pakatan Harapan  seperti merekalah yang sebenarnya banyak menyumbang kepada kemenangan gabungan itu sehingga berjaya mengalahkan UMNO dan BN.

Tidak kurang, ada juga orang UMNO yang ketika ini asyik memuji-muji kehebatan Tun Mahathir di mana-mana, asal saja mereka ada peluang bercakap dan menonjolkan diri, meskipun mereka sebelumnya selalu mengambil pendirian mempertahankan UMNO dan BN.

Di antara mereka itu, ada juga yang mendakwa selalu menghantar maklumat penting secara terus kepada Tun Mahathir melalui aplikasi whatsapp sebagai menunjukkan betapa rapatnya hubungan mereka dengan Perdana Menteri ke-7 sekarang.

Pengakuan itu malah membuatkan seseorang yang rapat dengan Tun Mahathir agak terkejut kerana sepanjang pengetahuannya, sama ada sebelum ini atau setelah menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, Tun Mahathir bukanlah seorang diketahui aktif berhubungan dengan orang lain melalui whatsapp.

Namun, yang paling menarik ialah ada di kalangan mereka yang sebelum ini diketahui pernah bekerja dengan menteri UMNO juga turut cuba tumpang semangkuk mencatur kuasa dalam kerajaan baru ini.

Mereka ini mula berkawan rapat dengan individu tertentu yang diketahui rapat dengan menteri-menteri Pakatan Harapan, lalu dalam waktu yang sama mencadangkan agar orang-orang pilihan mereka untuk diletakkan bekerja dengan menteri-menteri berkenaan sama ada sebagai setiausaha politik, pegawai khas dan sebagainya.

Matlamat mereka ini lebih kepada perniagaan. Dengan meletakkan orang-orang pilihan di kementerian-kementerian tertentu, mereka berharap akan terus dapat membolot kontrak dan peluang-peluang perniagaan sebagaimana ketika era pentadbiran BN sebelum ini.

Tak malukah mereka itu?

Yang nyata, belum 100 hari UMNO kehilangan kuasa, semakin ramai ahli-ahli parti itu yang mula resah dan bimbang tentang masa depan yang mungkin tidak lagi seceria berbanding ketika BN berkuasa dahulu.

Bayangkan bagaimana gelagat mereka menjelang enam bulan, setahun atau dua tahun akan datang? 

Tungguuu....mungkin tulisan ini ada sambungannya lagi selepas ini. (ShahbudinHusin 17/07/2018)