PROPAGANDA KAUM DAN AGAMA


Saya telah kupaskan dan debunk beberapa propaganda mengarut mengenai ekonomi. Hari ini izinkan saya debunk propaganda politik agama dan bangsa.
Ada 3 benda yang orang Melayu takutkan.
a. Negara bertukar menjadi negara republik dengan dimansuhkan institusi Raja
b. Negara tukar jadi negara komunis atau sosialis dan Islam akan terancam
c. Negara diambil alih orang bukan Melayu sebagaimana yang jadi di Singapura
Ketakutan ini diterapkan sejak kecil untuk bagi kelebihan kepada Parti yang memerintah. Mereka akan terus menerus guna propaganda ini dan harapkan kita tak sedar.
Saya nak debunk propaganda ini dengan FAKTA bukan auta.
1. Dalam Perlembagaan Perkara 154, apa2 perkara mengenai Raja2, Bumiputera dan Islam, sama ada mahu dipinda atau dimansuhkan, WAJIB dan HARUS dirujuk dan diluluskan oleh Raja2 Melayu. Walaupun mana2 Kerajaan dapat 2/3 undi, masih akan sangkut kalau Raja Melayu tidak sokong.
Jadi mana datangnya negara akan bertukar jadi republik kalau kita masih ada Majils Raja2? Nak mansuh Majlis Raja2 kena ada kebenaran Raja2 Melayu. Mustahil kah begitu? Raja kita bukan bodoh. Jadi mereka yang cakap begini, memang otaknya di lutut.
2. Ada lebai cakap kalau DAP memerintah negara akan tukar jadi komunis. Ini saya tak paham. MCA siap cakap nak belajar dari Parti Komunis negara China. UMNO siap adakan kerjasama dengan Parti Komunis dari PRC juga. Banyak loan yang dibuat Najib Razak adalah dari China jua. Cuma mereka buat senyap2 di belakang kita. Depan2 mengutuk komunis dan jadikan propaganda takutkan Rakyat. Depan2 diangkat sebagai taiko pula. Ini hipokrasi namanya.
Tanyakan kawan2 dan rakan Cina kita adakah mereka hendak negara bertukar jadi komunis dan sosialis? Ramai yang taknak. Ramai antara mereka berhijrah ke Australia, Singapura dan Amerika. Ini semua negara kapitalis. Jarang didengar mereka berhijrah ke China dan Rusia.
Kebarangkalian nak bertukar jadi negara komunis itu sangat rendah. Tambah kita ada Perlembagaan dan MRR yang akan lindungi kita. Makanya, jangan termakan propaganda berlebih2an untuk takutkan semua.
3. Orang kita kena ingat. Singapura jatuh ke tangan orang lain bukan kerena mereka kuat. Tapi kerana kita sendiri gadaikan tanah pada British. British la bawak masuk orang lain. Bila British pergi, mereka dah jadi majoriti. Salahnya tak perlu tuding pada orang lain sahaja, kita kena tanya diri sendiri. Siapa yang menggadai negara kepada orang lain? Sampai bagi orang lain ambil alih. Sama juga dengan Pulau Pinang, sama ceritanya.
Tapi kita tak belajar2 dari apa yang jadi pada Singapura dan Penang. Bunga2 nya sudah ada. Sekarang tanah rizab Melayu pun dah terjual hingga tinggal 12%. Adakah salah orang lain ini terjadi? Jangan pula bila tinggal kosong, kita jadi macam Singapura. Semua tergadai kerana pemimpin durjana.
Saya sejujurnya pun taknak negara tukar menjadi republik, saya masih sayangkan Raja kita. Saya taknak komunis ambil alih dan saya taknak anak kita jadi merempat kerana hilang tanah rizab kita.
Tapi saya sedar dan belajar. Ini semua boleh terjadi kalau pemimpin kita tak sedar2. Kalau digadainya semua melalui rasuah dan salahguna kuasa, tapi dipropagandakan semua bukan salah mereka. Tambah naikkan sentimen kaum dan agama, apa yang akan terjadi pada negara?
Tambah mereka leka dengan kemewahan menyebabkan kantung negara penuh ketirisan.
Ibnu Khaldun kata, rasuah dan salahguna kuasa yang meranapkan empayar. Ini terbukti dalam sejarah dengan jatuhnya beberapa negara.
In politics, we have to choose a lesser evil.
Pada saya untuk negara bertukar jadi republik dan anasir komunis mengganas kembali mustahil akan terjadi. Kerana kita masih ada Majlis Raja-Raja dan Perlembagaan yang kuat untuk melindungi negara.
The greater evil ialah pemimpin haprak yang amalkan rasuah dan salahguna kuasa, kerana inilah perkara utama yang rosakkan negara dan bangsa.
Bukannya abu mayat pemimpin komunis lama.


LIYANA MARZUKI

GURU MEMANG SENTIASA DITINDAS OLEH MAJIKAN,DAN JUGA IBU BAPA....JANGAN JADI GURU

 

Aku baca berita seorang guru yang dipanggil Jabatan Integriti (tak silap aku) Kementerian Pendidikan hanya kerana isu beg berat.

Aku tak pasti apa itu Jabatan Integriti. Tapi daripada posting guru itu, rasanya ia bukan perkara yang seronok seperti diberi kebaikan gaji.
Ini hanyalah usaha untuk memandulkan minda rakyat!
Aku tak faham kena pendedahan sebegini, yang sebenarnya baik untuk jangka panjang, enggan diterima oleh pihak kementerian. Ego melambung!
Lebih aku tidak gembira kerana yang berusaha dimandulkan mindanya itu adalah seorang guru. Orang yang kita harapkan mendidik anak-anak kita.
Memang sekian lama para guru ditekan oleh pihak kementerian. Bermula daripada kementerian terus kepada Jabatan Pendidikan Negeri hinggalah ke PPD.
Kalau ada guru yang cuba bersuara, hukuman akan diberikan termasuklah ditukarkan mengajar ke kawasan yang sukar.
Disebabkan itu, tak ramai guru yang berani bersuara. Mereka lebih rela diperbodohkan daripada dipersusah di masa akan datang.
Maka apa akan berlaku kepada generasi kita? Maka lahirlah anak-anak yang tidak cakna kesan diajar oleh mereka yang tidak dibenarkan cakna.
Institusi perguruan kita perlukan perubahan. Kita sebenarnya hanya merosakkan generasi akan datang jika biarkan kejadian guru ditekan ini dibiarkan berterusan.
Biarlah kementerian ini ditadbir oleh orang yang cerdik dan berintegriti. Bukan pengkhianat yang pentingkan diri.

((BONGKAR)) DATO KAMAL: ISU BN NAIK BARANG NAIK? KADAR HARGA SEKARANG PA...



((BONGKAR)) DATO KAMAL: ISU BN NAIK BARANG NAIK? MANA MENTERI UMNO DISAAT RAKYAT MENDERITA? KADAR HARGA SEKARANG PALING MAHAL DALAM SEJARAH?

((PANAS)) TERKINI DARI DATO KAMAL: ISMAIL SABRI MULA USAHA SINGKIR ZAHID...


((PANAS)) TERKINI DARI DATO KAMAL: ISMAIL SABRI MULA USAHA SINGKIR ZAHID ? PKR+AMANAH TANPA DAP? ISMAIL SABRI TERBUKTI GAGAL?

PADU, Isham Balun Zeti Aziz

WAJARKAH KEADILAN BERGABUNG DENGAN AMANAH?

Siapa Jaziri, kenapa dia jadi saksi MoU di Expo Dubai 2020?

 

/ December 4, 2021

Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin mempersoalkan siapa Pengerusi Bersatu Sarawak Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian yang dikatakan hadir di Expo 2020 Dubai atas kapasiti peribadi tetapi menjadi saksi majlis tandatangan perjanjian persefahama (MoU).

Hanipa berkata, Jaziri menjadi saksi majlis tandatangan tripartite MoU antara Malaysia’s GDC Fund Management Limited (GDC), World Credit Saving Limiteed (WCS) dan Masco Ventures Limited (MASCO) di Malaysia Pavilion di Exco 2020 Dubai yang sudah tentu majlis yang bersifat rasmi.

“Jika betul Senator Jaziri Pengerusi Bersatu Sarawak ini sekadar hadir atas kepasiti peribadi seperti didakwa, kenapa dia boleh dalam masa yang sama menjadi saksi majlis tandatangan tripartite MoU ini.

“Bagaimanakah individu yang hadir atas kapasiti peribadi boleh dengan senang-senang menjadi saksi majlis tandatangan MoU dalam majlis yang rasmi yang melibatkan urusan rasmi kerajaan?

“Tidakkah ini juga boleh mengundang risiko dari segi perundangan dan juga hubungan diplomatik antara Malaysia dan UAE?

“Mana satu yang nak kena pegang dan percaya ni?

“Yang lawatan peribadi atau yang “diplomatic and political assignment” YB Menteri seperti yang pembantu senator tu beritahu dalam FB dia tu,” soal beliau.

Dalam website malaysiaexpo2020.com turut memaklumkan Jaziri menjadi saksi di majlis tandatangan MoU tersebut.


Terdahulu, Hanipa dalam perbahasannya di Dewan Rakyat semalam mempersoalkan peranan Jaziri yang hadir dan dikatakan berlegar di ekspo berkenaan, seolah-olah menteri ‘de facto’ KASA.

Beliau turut mempersoalkan pihak yang membenarkan Jaziri mewakili Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man melawat pavilion negara, seolah-olah beliau mewakili Malaysia.

Salah seorang pegawai Jaziri yang mengikuti rombongan ke Expo Dubai

Salah seorang pegawai yang mengikuti Jaziri memberi gambaran seolah-olah senator ini menjalankan tugas politik dan diplomatik.

Namun, Tuan Ibrahim mengesahkan kehadiran Jaziri yang juga Ketua Bersatu Sarawak itu adalah di atas kapasiti peribadi.

Beliau juga menafikan pembabitan individu tidak berkenaan yang didakwa sebagai rakan kepada Penolong Setiausaha Bahagian Adaptasi Perubahan Iklim di Expo 2020 Dubai.

NAK KIRA LANGGAR ETIKA ? LEMBU RAKYAT PUN DEPA SAPU...TAKAT NAK LOBI LANTIK ANAK...MEMALUKAN KETURUNAN SAHAJA

 

Pelantikan anak Shahrizat sebagai Pengarah MDEC dipertikai




Izzana Salleh dilapor dinamakan dalam saman kerajaan untuk
 mendapatkan semula RM253.6 juta yang dihutang oleh National
 Feedlot Corporation Sdn Bhd. (Gambar Facebook MDEC)

GEORGE TOWN: Pelantikan Izzana Salleh, anak bekas menteri persekutuan, Shahrizat Abdul Jalil sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) baru-baru ini menimbulkan kebimbangan terhadap isu pelanggaran etika.

Ini kerana, Izzana dilapor dinamakan dalam saman kerajaan untuk mendapatkan semula RM253.6 juta yang dihutang oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

Peguam, Haniff Khatri Abdulla berkata, tidak wajar memberikan jawatan pengarah kepada individu yang dinamakan dalam saman.

Katanya, kes Izzana perlu selesai terlebih dahulu, sebelum dia boleh dilantik memegang sebarang jawatan.

“Sangat salah untuk kerajaan tak tetapkan pendiriannya. Satu cabang kerajaan mendakwanya, manakala satu lagi memberinya jawatan pengarah.

“Kes itu perlu diselesaikan terlebih dahulu. Kemudian, jika keputusan memihak kepadanya, tiada masalah melantiknya sebagai pengarah.”

Haniff memberi contoh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), badan yang pernah diterajuinya.

Beliau berkata, lembaga pengarah PERDA terdahulu pernah disaman atas dakwaan misfeasans (salah guna kuasa), tetapi apabila kerajaan baharu berkuasa tahun lalu, pengarah sama yang dinamakan dalam saman itu dilantik semula.

Jangan jadi macam ‘pelampau’ PAS, Guan Eng bidas ahli DAP tegur Hannah Yeoh bertudung di masjid

 



Hannah Yeoh memakai selendang ketika melawat sebuah masjid di
 Kuala Lumpur minggu lalu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP Johor hari ini diselar Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng kerana mengkritik tindakan Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh memakai selendang di dalam masjid.

Dr Boo Cheng Hau dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan Yeoh berselendang ketika lawatan ke satu masjid di Kuala Lumpur, minggu lalu.

Susulan itu, Lim menegaskan Yeoh tidak salah apabila memakai selendang ketika memasuki masjid.

“Sama saja bagaimana semua pelawat perlu menutup kepala dengan kain jika mahu memasuki gurdwara,” katanya merujuk kepada rumah ibadat Sikh.

“Menunjukkan hormat di tempat ibadat tidak patut dilihat seperti mengabaikan kepercayaan sendiri.”

Lim berkata, Boo sepatutnya memfokuskan terhadap isu lebih penting seperti kenaikan harga makanan asas.

“Saya lihat kenyataan Boo tiada beza dengan yang dibuat pemimpin PAS ekstremis dan primitif, yang mahu mengawal pakaian wanita.

“Bukan saja tindakannya tidak peka jantina, malah berisiko menggambarkan pemimpin DAP sebagai tidak bertoleransi dan regresif, sama seperti pemimpin PAS yang ekstremis,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kritikan yang tidak dapat dijustifikasi oleh seorang pemimpin negeri memberi gambaran buruk terhadap keseluruhan DAP.

Sementara itu, Yeoh ketika menjawab kenyataan Boo berkata di Twitter: “Memakai selendang ketika menziarah masjid tidak mengubah bangsa atau agama saya. Sayangi jiran seperti kita sayangi diri sendiri. Lakukan kepada orang lain sebagaimana yang kamu ingin dilakukan kepada kamu. Amen.”

Boo mengeluarkan kenyataan negatif terhadap Yeoh itu dalam kumpulan sembang WhatsApp pemimpin-pemimpin DAP Johor, lapor Malaysiakini.

FMT telah menghubungi Boo untuk mendapatkan komen.

Adakah Rosmah akan pulang, hadiri mahkamah pada Isnin? soal Pemuda Bersatu

 

Pemuda Bersatu menggesa pihak berkuasa membatalkan pasport Rosmah Mansor dan membawanya pulang ke Malaysia kerana gagal hadir di Mahkamah Rayuan dua hari lalu, kata Ketua Penerangan Mohd Ashraf Mohd Ashraf Mustaqim. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Pemuda Bersatu mempersoalkan sama ada Rosmah Mansor akan menghadiri prosiding rayuannya ini Isnin bagi membatalkan perbicaraan kes rasuahnya dan menggugurkan Gopal Sri Ram sebagai pendakwa utama.

Ketua Penerangannya Mohd Ashraf Mustaqim membangkitkan perkara itu dengan mendakwa maklumat diperolehinya menunjukkan Rosmah masih berada di Singapura.

Beliau membangkitkan keraguan itu apabila Rosmah juga gagal pulang sebelum 21 Nov seperti disyaratkan mahkamah.

“Beliau sepatutnya pulang sebelum 21 Nov…dan selepas pulang kena lalui proses kuarantin. Peguam mengatakan beliau akan hadir sesi rayuan di mahkamah Isnin ini.

“Persoalannya adakah beliau sudah ada di Malaysia atau masih lagi ada di Singapura, sebab beliau kena kembalikan pasport 6 Dis dan perlu hadir sesi prosiding rayuan pada hari sama…takkan balik sampai terus boleh ke mahkamah,” katanya kepada pemberita ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk membuat laporan polis.

Katanya, pihaknya membuat laporan polis bagi menggesa pihak berkuasa membatalkan pasport Rosmah Mansor dan membawanya pulang ke Malaysia kerana gagal hadir di Mahkamah Rayuan dua hari lalu.

“Mahkamah sebelum ini menetapkan memulangkan sementara pasport Rosmah untuk ke Singapura dengan syarat hanya dari 22 Okt hingga 21 Nov, dan pasport wajib dipulangkan ke mahkamah selewat-lewatnya 6 Dis.

“Malangnya, Rosmah gagal hadir perbicaraan kesnya kerana masih berada di luar negara. Terang-terang beliau telah langgar dan hina perintah mahkamah. Ini satu penghinaan terhadap sistem keadilan negara.

“Kita minta polis siasat dan tindakan diambil kalau tidak sistem perundangan negara, sistem kehakiman dan pihak berkuasa akan ditertawa oleh negara luar,” katanya.

Beliau juga mempersoal mengapa Jabatan Peguam Negara tidak membantah apabila Rosmah memohon untuk ke Singapura.

“Kita minta mahkamah layan Rosmah macam kes perbicaraan rakyat biasa yang lain,” katanya.

Kelmarin, Mahkamah Rayuan sepatutnya mendengar sambungan hujahan rayuan Rosmah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya membatalkan perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid dan menggugurkan Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwaan dalam kes itu.

Rosmah sepatutnya balik pada 21 Nov lalu, tetapi peguam Jagjit Singh hanya memaklumkan ketidakhadiran anak guamnya 10 minit sebelum mahkamah bersidang.

Jagjit dilaporkan berkata, anak guamnya masih berada di Singapura. Beliau mengaku ia pelanggaran perintah Mahkamah Tinggi yang dikeluarkan pada 15 Okt lalu, untuk membenarkan isteri bekas Perdana Menteri Najib Razak itu menemani anaknya bersalin.

SILA TUNGGU GILIRAN.JANGAN LARI KELUAR NEGARA.

COURT: Mula2 ROSMAH, lepas ni NAJIB?
Please share
More cartoons @ www.zunar.my
#najibrazak
#rosmahmansor



 

‘RULE OF LAW’ SUDAH HANCUR DI BAWAH ISMAIL SABRI – MOHAMAD SABU

 

Pada suatu ketika dahulu, saya hendak dituduh di mahkamah di atas dakwaan menghadiri perhimpunan haram yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).

Masa itu saya merupakan Timbalan Presiden PAS, didakwa bersama beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat.

Pada hari berkenaan saya dan keluarga mempunyai urusan perkahwinan anak ke Ipoh, pihak polis memaklumkan bahawa mereka hendak menyerahkan waran untuk hadir ke mahkamah.

Saya telah menyatakan kepada polis bahawa saya bersedia untuk hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan sebaik urusan anak menantu selesai.

Namun sewaktu dalam perjalanan, berhampiran tol juru, pihak polis membuat sekatan jalan raya dan menahan rombongan pengantin.

Saya tidak mahu menyerah diri kerana saya sudah membuat perakuan untuk hadir ke mahkamah keesokan harinya.

Pihak polis bagaimana pun bertegas mahu menahan saya, mereka memecahkan cermin kereta dan menahan saya secara kasar dihadapan rombongan pengantin.

Saya dibawa ke Balai Polis Nibong Tebal dan kemudiannya dibawa ke Kuala Lumpur ditahan di dalam lokap dan dibawa ke mahkamah keesokan harinya.

Hampir dua tahun kes dibicara di mahkamah kerana saya didakwa melawan penjawat awam, tetapi akhirnya saya menang kes tersebut.

Saya nyatakan walaupun saya diperlakukan sedemikian, namun saya memuji ketegasan pihak polis, supaya mereka yang dituduh di mahkamah, perlu hadir apabila mendapat arahan.

Tetapi apabila berlaku kepada Datin Sri Rosmah Mansor, beliau tidak hadir ke mahkamah, bahkan waran tangkap pun tidak ada.

Ini menunjukkan kedaulatan undang-undang (Rule of Law) telah hancur di bawah pemerintahan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dengan sokongan PAS dalam kerajaan.

Rule of Law sudah tiada dan tidak dihormati langsung!

MOHAMAD SABU

Presiden Amanah



KENAPA SAMAN TIDAK DIKLUARKAN TERHADAP ROSMAH ?

 Aku dulu kes saman trafik tak pergi mahkamah, datang penguatkuasa di rumah dengan waran tangkap. Nasib baik aku di laut. Ayah aku wakilkan dan selesaikan semua.

Itu saman trafik yang tak berapa ratus. Ini kes puluh juta kot. Boleh pula tak keluar waran tangkap? Wow! Ini lain macam punya level double standard ni. Istimewa betul mereka ini.
Undang-undang adalah lapisan terakhir untuk pastikan layanan sama adil diterima oleh rakyat marhaen. Tapi kalau begini kejadiannya, apa nasib rakyat marhaen negara ini?

ANWAR MEMBERI PANDANGAN TENTANG PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK DAN SOP

 

Pada sidang media tadi bersama Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sarawak menyentuh beberapa isu termasuk MA63, royalti minyak, tanah adat dan isu-isu rakyat di negeri Sarawak.

Saya bangkitkan isu berkenaan SOP pilihanraya dan kempen dalam pilihanraya negeri kali ini.

Hal ini masih belum dijelaskan meski telah didesak sejak pilihanraya negeri Melaka yang baru berlangsung bulan lalu.
Saya juga ingin tegaskan bahawa kesepakatan di dalam PH akan terus utuh meski kita bertanding menggunakan logo masing-masing.
Saya turut berharap rakyat Sarawak akan memberi peluang dan keyakinan kepada calon-calon muda yang ditampilkan KEADILAN dan PH untuk bekerja demi kepentingan rakyat Sarawak.

Akhirnya varian Omicron masuk melalui pintu Singapura, pemuda ini salahkan kerajaan Ismail Sabri

 

Panas! Akhirnya varian Omicron masuk melalui pintu Singapura, pemuda ini salahkan kerajaan Ismail Sabri

December 4, 2021

5 Hari lepas waktu Ismail Sabri merasmikan VTL Malaysia-Singapura diwaktu kebimbangan varian Omicron.. aku dah tulis, Kemasukan pertama kes Covid19 di Malaysia bukan dari penerbangan negara China, Tetapi pintu masuk singapura..

Hari ini sah, Kemasukan pertama varian ini melalui penerbangan dan Pintu Masuk Singapura.. Bagaimana aku boleh buat jangkaan tetapi penasihat Kerajaan hari ni gagal ?boleh pulak varian tu Backdated.. Ingatkan saman dan kuarantin jer ada Backdated.. Itulah hebat K@KM hari ni..

Apapun..Masih ingat fitnah dari penyokong PAS dan UMNO.. Kononnnya kita buka pintu pada pelancong China..takda kes pun melibatkan pelancong China.. yang ada warga CHina yg masuk melalui Pintu Singapura…

Hari ni, Kerajaan kekalkan )VTL) buka pintu Masuk Singapura..Jadi hat Penyokong PAS, Penyokong UMNO.. Dan Mufti hat bawa riwayat Majhul Makcik teksi..Bila nak buat riwayat palsu yang baru.. ? Kononnya Allah datangkan Mahaiddin dan Kejatuhan PH demi menyelamatkan Negara.. ðŸ™‚

Ipohmali


MEMILIH PEMIMPIN MESTILAH YANG PUNYAI TEKAD MEMAJUKAN NEGARA



 May be an image of skyscraper and text



MOHD MUKHLIS

Saya tak faham dari mana data yang SS dapat kalau negara ini di perintah oleh geng-geng bi-partisan ia akan jadi lebih baik.
Analogi dia mudah, kalau tukang masak yang kita ada tak reti masak, masak nasi pun mentah, jadi kena hire arkitek bangunan ganti jadi tukang masak sebab.... dia arkitek? Sepatutnya kalau tukang masak itu gagal, patut kita kena ganti dengan tukang masak lain yang ada kaliber.
Politik bukanlah benda yang hina. In fact dalam Islam politik ini boleh di istilah sebagai urusan umat Islam. Pentingnya politik ini, sampai apabila khalifah wafat, perkara pertama sekali yang mereka lakukan ialah membaiah khalifah yang baharu, bukanya sempurnakan jenazah dahulu.
Kalau nak ambil orang yang bi-partisan ( dalam konteks dia orang bukan politik) jadi pemimpin, mereka ini tiada "political will", tiada kemahuan politik sebab mereka bukan di pilih oleh rakyat. Jadi mereka boleh buat keputusan yang terputus dari realiti sebab rakyat bukan pemegang saham mereka @ stakeholder.
Itu yang jadi polisi pelik-pelik macam tukar silibus sesuka hati, kejap ada exam, kejap tak ada exam, sebab mereka tak tahu apa yang mereka hendak. Tambah pula bila mereka ini di besarkan dengan sudu perak, lagilah jauh dari realiti.
Lagi satu kemahuan politik ini sangat penting. Tengok apa yang pemimpin itu buat bila dia ada kuasa. Ada pemimpin yang orang offer nak bagi tanah pada ayah dia berekar-ekar sebab jawatan dia, tapi dia tolak siap bagi surat rasmi tolak. Ini ada yang bukan pemimpin politik, siap boleh terima duit masuk berjuta dalam akaun sendiri tapi tak semak asal usul duit.
Negara-negara luar negara yang lain berjaya sebab mereka di pimpin oleh pemimpin politik yang ada integriti. Bukan macam kita, sudah bersalah kena penjara 12 tahun pun masih lagi tidak malu. Sebab itu malu sebahagian dari iman. Bila hilang rasa malu, inilah akibatnya.
"Jika kamu tidak mempunyai rasa malu, maka lakukanlah apa sahaja yang kamu mahu" - [Riwayat al-Bukhari].
Pembaharuan itu bukan boleh berlaku dalam satu malam, ia adalah satu marathon yang panjang. Kalau tidak berjaya masa kita, pasti anak cucu kita yang akan dapat hasilnya. Yang penting jangan putus asa, insyallah pasti berjaya.

MOPTI NAK CUCI TANGAN KE?


MOHD MUKHLIS


 Masa ada pemimpin yang qawwi dan amin hendak buat islah @ reform, awak tuduh dia rakus walaupun nama dia ada dalam perjanjian. Awak suruh orang khianat pada perjanjian siap suruh istikharah lagi. Kini bila Allah tunjuk dahsyatnya akibat daripada khianat perjanjian, awak mau cuci tangan pula.

Demikianlah serba tahu.....
May be an image of 1 person and text that says "Sinar Sinar Harian Favorites Orang agama perlu kerjasama daripada orang politik dengan tujuan melakukan islah pembaharuan, memperbetulkan keadaan, maka kita akan kuat' Dr Mohd Asri Sinar Harian juga ada akaun Twitter. Jom follow https://twitter.com SinarOnline PREMIUM.SINARHARIAN.COM.MY Kita tumpu pada isu yang tak selesaikan masalah [MUKADIMAH] Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tokoh politik seharusny... Sinar"

INILAH MALAYSIAKU-KISAH DUA IBU. JANGAN MALUKAN KELANGSUNGAN GENERASI ANDA

 May be an image of 5 people, people standing and text that says "KISAH DUA IBU yananajib Because conquers Dah bayar jamin, tapi ibu tunggal terpaksa tidur lokap September 13 2021 Rosmah masih di Singapura, terlepas prosiding namun tidak kena waran tangkap December2, MALAYSIAN NSIGHT"

Penting ke Media PH? Media memang penting. Tapi PH anggap penyokong setia dan sedia menyokong


NORSHIDAH MOHD DAUD


Op coz penting...
BN dah lama gunakan JKOM bermodalkan duit rakyat utk perbodohkan rakyat agar beri sokongan kepada mereka
Yang kita ni dah tau taktik BN, xnak lawan dengan cara yang sama tu nape?
Dahla media utama TV & Radio mereka control, langsung x follow demokrasi
Patutnya semua pihak diberi hak sama rata untuk berkempen
Tapi situasi tu x berlaku kat Msia
Dah ada yang bagi cadangan, bangang pulak p tolak
Nak harapkan penyokong sendiri hari-hari up pasal PH?
Patutla korang yg makan gaji ngan parti pemalas nk wt kerja
Sibuk dok kopek ikan bilis, makan-makan tayang dalam fb
Penyokong boleh buat kerja untuk korang kan...
Bodoh

Buka apa, puak puak ni anggap media sikit tak apa..buat cincai ja pun...sebab penyokong kan akan bagi sokongan jadi tak perlu lah ada team atau pun media yang solid..sebab takut kena bayar...pegang negeri kaya raya..media pun tak boleh nak setup untuk penyokong buat kerja.

Masa PH jd kerajaan dulu tun yg pastikan media x promote PH secara positif walaupun menterinya dr PH sendiri...yg jd menteri pn kononnya atas integriti x nk tlg penyokong sendiri...dibaginya barua tun si isham rais in charge bahagian yg berkaitan sama dgn bn punya jkom...sudahnya isu perkauman yg dimainkan umpas dibiarkan begitu je...pastu sibuk dok buat cite buruk psl Anwar...bodohnya gobind...

Dh berbuih org bercakap ttg kepentingan media ph tp pemimpin ph mcm xminat je padahal itu yg paling utama utk sampai kan maklumat...kalau kerja keras pun x smpi maklumat pd org ramai xguna jg


Realitinya, telanlah walaupun pahit. Kerja media ni x senang. In fact, aku rasa rangka strategi/cari idea/buat plan lagi mudah dari kerja media. Mana nak cari info, content writing lagi, turun lapangan, jaga media sosial. Cukup susah. Dengan tak dak peruntukan, topup data pun kena hutang/mengemis sana sini. Siapa yang buat kerja media macam aku tahulah keperitan macam mana. That's why Penerangan dengan Komunikasi kena main dan ambil peranan. Jangan hanya tahu syok sendiri dan serah bulat2 pada kami sedangkan hangpa enak2 x buat padia. Jawatan nak, tapi kerja buat, perlaksanaan, strategi tu x dak! Kami yang bawahan ni jugak la tungkus lumus siang malam perang, bekerja. Mana mau kami nak buat semua. Ni baru bab media, blm bab lain lagi!

Wanita KEADILAN hantar 6 nama calon PRN Sarawak

 


Wanita KEADILAN menghantar 6 nama calon untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.


Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Rodzial Ismail berkata, 6 nama itu adalah berdasarkan kuota wanita daripada kira kira 30 kerusi DUN yang akan dipertandingkan KEADILAN kali ini.


"Saya dimaklumkan wanita KEADILAN untuk PRN ini telah menghantar 6 nama untuk dicalonkan, kuota wanita dari 30 kerusi yang dipertandingkan.


"Kita serahkan kepada Presiden untuk menentukan kerusi mana, dan kali ini kita mengharapkan ada dua calon berpotensi wanita yang (dijangka) akan menang di PRN," katanya kepada Suara Keadilan.


Menurut beliau, kempen yang tidak mudah dan mungkin menghadapi Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang sama ketat sebagaimana di PRN Melaka mungkin menjejaskan mood PRN, namun katanya, KEADILAN telah bersedia berbekalkan pengalaman di Melaka bulan lalu.


"Apa pun kerja kuat mesti dilakukan. Sedikit pengalaman di PRN Melaka baru baru ini kita harap boleh perbaiki dan meningkatkan lagi kempen kita di Sarawak


"Bukan mudah, tetapi kita terus lawan," katanya lagi.


PRN Sarawak akan melalui proses penamaan calon pada 6 November ini dan seterusnya pengundian pada 18 November.