APA BANG MAT, DOK PI KALUT KAT PALESTINE PASAI BAITULMAQDIS NI PASAI PA.....DUTA LEBAI TIMUR TENGAH DOK ADA...TAK KAN DIA MAKAN GAJI BUTA SAJA.?

 

Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu berpendapat kesatuan di kalangan negara-negara Arab perlu didahulukan dalam usaha untuk membebaskan Baitulmaqdis.

Bercakap kepada sebuah stesen TV  di Turki, bekas Menteri Pertahanan Malaysia itu berkata, ini kerana penjajahan Baitulmaqdis itu dilakukan oleh penjajah sama yang memecahkan negara-negara Arab hari ini.

Mohamad Sabu membuat gesaan itu ketika ditemuramah oleh Ufuk TV di Istanbul, Turki.

Mohamad Sabu ditemuramah UFUK TV di Istanbul sempena Penggerak Al-Quds ke 12 di kotaraya bersejarah dan terbesar Turki.

Beliau bersama dengan para pejuang pembebasan Baitulmaqdis berada di Istanbul bagi menyertai Persidangan Penggerak Al-Quds ke 12 di kotaraya bersejarah dan terbesar Turki itu.

“Saya menyebut penjajahan Baitulmaqdis itu adalah dilakukan oleh penjajah yang sama memecah belahkan negara-negara Arab hari ini.

“Maka kesatuan negara Arab ini perlu didahulukan dalam memperjuangkan pembebasan Baitulmaqdis daripada penjajahan Zionis Israel,” kata beliau dalam satu catatan di Facebook beliau malam tadi.

Mohamad Sabu berpeluang menyampaikan ucapan di hadapan para penggerak pembebasan Al-Quds dari seluruh dunia yang terdiri daripada pelbagai kumpulan dan pertubuhan di Istanbul, Turki kelmarin.

Turut bersama di dalam persidangan ini adalah tokoh-tokoh pejuang pembebasan Palestin, Ismail Haniyeh, Ketua Pergerakan HAMAS, Khalid Meshal, Ketua Hal Ehwal Luar HAMAS dan tokoh ilmuan Sheikh Dr. Hishom Bashir, Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia.

No comments: