Bersih : Laporan Polis Karut dan Khurafat, Kata Mat Sabu




SHAH ALAM 9 JUN : Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyifatkan sebagai “karut dan khurafat” laporan polis oleh Pemuda Umno yang mahukan perhimpunan Bersih pada bulan depan dibatalkan.

Dalam laporan polis yang dibuat petang tadi, Pemuda Umno dan tujuh pertubuhan bukan kerajaan yang menyokong Umno mendakwa Himpunan Bersih di Kuala Lumour pada 9 Julai akan menjejaskan keamanan dan mata pencarian peniaga.

Mohamad atau Mat Sabu berkata hujah yang diberikan oleh Pemuda Umno dan NGO berkenaan tidak masuk akal kerana hakikat adalah sebaliknya. Penyertaan orang ramai pada perhimpunan aman itu, akan merancakkan perniagaan penjaja dan peniaga, kata beliau kepada TvSelangor.

“Laporan polis ini satu perkara yang paling pelik, saya rasa ini cubaan UMNO menghasut,” kata beliau.

“Secara rasionalnya, apabila ramai yang hadir menyertai perhimpunan aman BERSIh sudah tentu mereka akan menggunakan perkhidmatan awam, makan, minum, jadi apa isu menjejaskan pendapatan, bukankah ia akan menambah pendapatan peniaga." kata beliau.

"Jadi yang dikatakan Umno bahawa perhimpunan ini boleh menjejaskan pendapatan jelas satu kepercayaan karut dan khurafat." tegas beliau.

Laporan polis itu dibuat oleh Exco hal ehwal bandar Pemuda Umno, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin.

Beliau menuntut polis supaya mengambil tindakan awal memastikan perhimpunan itu tidak dijalankan.

Naib Presiden PKR Tian Chua semalam dipetik berkata 60,000 perserta akan terlibat dalam perhimpunan itu pada 9 Julai.

Mengulas lanjut Mat Sabu menegaskan perhimpunan BERSIH akan berjalan secara aman.

Beliau berkata perhimpunan itu akan menzahirkan tuntutan rakyat untuk sebuah sistem demokrasi tuntas demi menjamin sebuah pilihanraya umum yang adil.

Mohamad Sabu menegaskan peserta perhimpunan itu tidak akan menjadi mangsa provokasi polis seperti masa-masa lalu.

"Kalau penjaja tidak mampu menjual air tebu misalnya, ia bukan kerana kebanjiran orang ramai, ia kerana FRU menembah gas dan termasuk kedalam air jualannya," katanya.

Video Lucah : E-mail Palsu Tian Chua Diguna Sebar Fitnah





PETALING JAYA 9 JUN : Dalang video lucah Datuk T dikesan menggunakan e-mail atas nama Naib Presiden PKR Tian Chua untuk menghantar mesej kononnya beliau mempercayai pelaku dalam rakaman itu adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lebih 20 Ahli Parlimen dikesan menerima mesej fitnah itu yang dihantar menerusi alamat e-mel "tianchua@rocketmail.com" yang dicipta oleh penyamar, kata Tian kepada wartawan hari ini.
"Saya rayu kepada orang ramai jangan percaya jika dapat email mungkin juga dari Wan Azizah atau Nurul Izzah kerana ini adalah kerja-kerja penyamar. BN dah sampai tahap terdesak lakukan perkara ini.” kata beliau.
“Penyamaran identiti ialah kesalahan serius. Semua bukti ada dan emel palsu, tidak mustahil untuk dijejaki puncanya," tambah beliau.
Emel berkenaan bertujuan mengelirukan dan memecahbelahkan ikatan dan hubungan ahli parlimen dalam Pakatan Rakyat.
Sementara itu, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin pula mendedahkan beliau menerima salinan video fitnah itu yang dikirim melalui sampul ke peti surat rumahnya di Ampang, pagi ini.
Lebih teruk lagi, video tersebut dihantar bersama dengan kepala surat Parti Islam Se-malaysia (PAS) berserta dengan pamplet imej menghina Anwar Ibrahim.
Tian dan Zuraida akan melaporkan jenayah itu kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam masa terdekat.
"Sama macam Tian Chua, kita juga nak minta polis siasat siapa yang sebar video ini. Patut tangkap 3 Datuk dan siasat siapa buat kerja tu tapi sampai sekarang, tiada apa berlaku," tegas Zuraidah yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Petronas Catat Untung RM241 Bilion






SHAH ALAM 9 JUN : Kenaikkan beberapa kali harga minyak petrol RON97 sepanjang tahun ini dan terbaru gas asli yang menyaksikan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN), Petronas semalam dicatat mengaut keuntungan RM241 bilion.

Malah, Petronas dilapor memperoleh keuntungan lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, didorong kenaikan harga semua produknya dan jumlah dagangan yang tinggi.

Presiden dan ketua pegawai eksekutif Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata perolehan meningkat 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion daripada RM210.8 bilion.

Sementara keuntungan pracukai juga dikatakan meningkat 34.5 peratus kepada RM90.496 bilion daripada RM67.3 bilion sebelum ini.

Syarikat minyak negara itu dalam masa sama turut mengumumkan dividen RM30 bilion kepada kerajaan.

Pada April lalu, petrol RON 97 dinaikkan sebanyak 20 sen kepada RM2.70 seliter yang merupakan kenaikan kali kelima sejak harga bahan api itu diapungkan dan kenaikan kedua sejak 31 Januari lalu.

Sementara itu, kerajaan Umno-BN menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun lalu sebagai usaha menarik balik subsidi daripada rakyat, meskipun Tenaga Pengeluar Bebas (IPP) memperoleh RM19 bilion hingga RM22 bilion setahun.

Gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini menyelar kenaikan itu dan mendesak supaya kerajaan mendedahkan perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) antara Tenaga Nasional Berhad dan IPP yang lebih menguntungkan syarikat korporat tersebut.
Dalam masa yang sama pula, Petronas dikatakan menanggung subsidi gas sehingga mencecah RM131 bilion akibat daripada perjanjian berat sebelah tersebut, apabila dipaksa menjual gas dengan harga yang lebih rendah kepada IPP.

TAK ADA YANG BANGKRAP PUN ????

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyelar tindakan Pemuda Umno yang meminta polis bertindak awal terhadap penganjur demonstrasi BERSIH kerana alasan yang diberikan didakwa tidak berasas.

kamaruzzaman mohdKetua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad (kiri) sebaliknya mendakwa tindakan musuh politik mereka itu didorong "ketakutan" menghadapi gelombang kebangkitan rakyat pada 9 Julai ini.

"Ketika Himpunan BERSIH 2007, mereka juga membuat dakwaan yang serupa. Namun sehingga ke hari ini dakwaan itu gagal dibuktikan. Para peniaga sekitar Kuala Lumpur khususnya di Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abd Rahman masih dapat meneruskan perniagaan.

bersih rally 271207 01"Tidak ada yang diistihar bankrap kerana himpunan BERSIH. Tiada kedai-kedai yang dipecah masuk, tiada peniaga yang cedera, tiada harta awam yang rosak," katanya.

Malah, Kamaruzaman juga menegaskan, sebelum dan selepas himpunan itu, peniaga menerima kunjungan pelanggan yang begitu ramai.

Bimbangkan keamanan tergugat dan mata pencarian penjaja terjejas, Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis meminta pihak berkuasa mengambil tindakan awal terhadap demonstrasi BERSIH.

Seru Pemuda Umno berkawal

NONEExco hal ehwal bandar pergerakan itu Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, tindakan itu mesti diambil sekarang sebelum terlambat.

Dalam kenyataannya petang ini, beliau juga mendakwa Pemuda Umno sebenarnya takut jika perhimpunan pada bulan depan berjaya, rakyat akan membuka mata dan tampil membuat perubahan lebih besar dalam pilihan raya umum ke-13.

"Matlamat himpunan BERSIH adalah untuk mengajak rakyat menuntut hak demokrasi mereka dan menyelar pihak BN yang jelas memperkudakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

bersih 2.0 launch"Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyeru agar pihak polis memberikan permit kepada penganjur himpunan BERSIH dan memberikan kerjasama bagi memastikan semuanya berjalan lancar," katanya.

Menurut Kamaruzaman, hingga ke hari ini, semua himpunan yang disertai PAS berjalan aman tanpa sebarang masalah walaupun pihak polis enggan mengeluarkan permit.

"Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga menyeru agar pemuda Umno turun sendiri membuat kawalan keselamatan, jika mereka merasakan perhimpunan ini mengancam mereka," sindirnya.

Ismail Sabri: Saya tak halang, tapi mogok pengusaha lori tak adil

SIAPA PULAK YANG TAK ADIL YE....UNTUNG PETRONAS ......LIHAT SINI

BANYAK BERNIAGA UNTUNG....HA...HA...HA..SUBSIDI TA...


PETALING JAYA, 9 Jun – Tindakan sesetengah pihak yang mahu melancarkan mogok ekoran pemansuhan diesel super subsidi untuk lori komersial oleh kerajaan 1 Jun lalu boleh dianggap sebagai tidak adil kepada kerajaan kerana sebelum pemansuhan itu para pengusaha lori sudah lama menikmati keuntungan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun super subsidi ditarik balik, sebenarnya kerajaan masih menanggung subsidi melalui diesel biasa dengan nilai subsidi kira-kira RM1.

Menurut beliau, dahulu para pengusaha lori komersial membayar RM1.48 sen seliter melalui diesel super subsidi tetapi kini mereka perlu membayar RM1.80 seliter di mana kerajaan memberikan subsidi pada sebahagian harganya.

“Mereka perlu sedar bahawa, walaupun kerajaan menarik balik super subsidi kepada mereka, kerajaan masih memberikan subsidi RM1 setiap liter, bukan bermakna kerajaan tarik sepenuhnya.

“Jika ditarik semua, mereka akan membayar RM2.80 sen seperti yang dibayar pihak industri ketika ini,” kata beliau dipetik Bernama Online.

“Jadi, ancaman kepada kerajaan untuk boikot dan mogok adalah `very uncalled for’ ... tak munasabah langsung. Selama lima tahun sudah mereka menikmati hasil daripada faedah yang diberikan kerajaan kepada mereka, tiba-tiba dalam waktu ini mereka nak mogok, ini satu tindakan yang tidak baik, eloklah difikirkan semula,” katanya.

Ismail Sabri juga berkata beliau tidak berupaya menghalang pihak tertentu untuk melakukan mogok.

Menurut beliau, perkara itu jika hendak dilakukan biarlah mengikut undang-undang kerana di Malaysia, walaupun bebas bersuara negara ada undang-undang.

“Negara ini negara yang bebas untuk mereka melakukan apa sahaja, jadi terserahlah. Kalau nak demonstrasi lebih daripada lima orang mereka kena dapatkan permit polis, negara kita bebas tapi ada undang-undang, saya tak boleh nak sekat kepada sesiapa apa mereka nak buat, terserahlah,” katanya.

Kerajaan telah memansuhkan diesel super subsidi yang dinikmati lori komersial kerana beranggapan hanya kenderaan individu dan kenderaan berkepentingan orang ramai sahaja yang wajar menikmati kemudahan tersebut.

Super subsidi bagaimanapun dikekalkan kepada kenderaan yang melibatkan kepentingan orang ramai seperti bas sekolah, teksi dan individu yang membeli enjin bot sangkut dan sebagainya.

EKELEEH...RUGI BERBILLION LAGI YANG DI DEDAH TAK KECOH PUN........

Ni nangoi-nangoi ni yang sibuk tentang BERSIH pulak dah...dah terbukti perhimpunan lalu tiada apa yang berlaku dan aman jika tanpa ganguan pihak berkuasa.Di Thailand dan Indonesia..perhimpunan jalanan adalah perkara biasa dan negara tersebut ..keduanya mempunyai KDNK yang lebih tinggi dari Malaysia sekarang.

Lebih baik pemuda Umno sibuk soal berapa jumlah keuntungan PETRONAS dan bagaimana harga minyak naik sentiasa,bagaimana kehilangan jumlah berbillion yang harus disiasat,dan berapa banyak komisisyen yang di terima akibat perjanjian pembelian kapal selam, dan kemana 800 billion hilang duit negara?????? ini baru betulll......rakyat dah celik maaa...





INI LAH KERJA SAMPINGAN PEMUDA UMNO..

Bimbangkan keamanan tergugat dan mata pencarian penjaja terjejas, Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis meminta pihak berkuasa mengambil tindakan awal terhadap demonstrasi BERSIH.

Exco hal ehwal bandar pergerakan itu Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, tindakan itu mesti diambil sekarang sebelum terlambat.

NONE"Jangan sampai dah rugi RM10 juta baru nak ambil tindakan. Tak ada gunanya lagi," katanya sambil meminta semua pihak mengambil iktibar daripada perhimpunan pertama BERSIH dan anti-ISA sebelum ini.

Laporan itu menurutnya berdasarkan laporan Suara Keadilan kelmarin yang melaporkan Naib Presiden PKR Tian Chua sebagai berkata 60,000 akan terlibat dalam perhimpunan itu.

Satu lagi laporan dalam akhbar sama melaporkan Timbalan Presiden PAS menyeru semua anggotanya turut serta dalam perhimpunan pada 9 Julai itu.



http://www.malaysiakini.com/news/166436

Biasiswa Selangor Merentasi Perkauman - Halimah Ali




SHAH ALAM 8 JUN : Biasiswa Pelajaran oleh Yayasan Selangor diberikan tanpa mengira kaum dan agama namun kaum Cina dan India kurang memberi sambutan kepada bantuan itu berbanding kaum Melayu.

Exco Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali menafikan dakwaan MIC dan MCA kononnya kerajaan negeri dan Yayasan Selangor menimbangkan latar belakang agama dan kaum dalam memberikan biasiswa itu.

Beliau menjelaskan rekod pengambilan pinjaman pelajaran bagi tahu 2000 hingga 2011 menunjukkan pelajar bukan bumiputera iaitu Cina dan India tidak membuat permohonan pinjaman dengan Yayasan Selangor sebaliknya membuat pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinngi Nasional (PTPTN) yang menawarkan jumlah pinjaman yang lebih tinggi.

"Pada tahun 2011, Yayasan Selangor mendapat 350 permohonan daripada bumiputera, daripada jumlah itu 227 ditawarkan pinjaman kerana yang lain tidak menepati syarat dan sebagainya. Daripada 227 hanya 142 yang menerima tawaran.

"Ini adalah merupakan trend dan dari segi keperluan pinjaman itu sendiri samada pelajar tersebut mahukan atau tidak," katanya.

Halimah berkata demikian mengulas dakwaan MIC dan MCA yang menuduh Yayasan Selangor berat sebelah dalam memberikan biasiswa dan pinjaman pendidikan dan meminggirkan pelajar berbangsa Cina dan India.

"Kaum Tionghua hanya 4 memohon daripada 4, 2 ditawarkan pinjaman dan tidak ada daripada mereka menerima tawaran kerana rata- rata mereka mengambil kursus yang melebihi bantuan pinjaman yang ditawarkan.

"Untuk pelajar India, kita menerima 19 permohonan dan 11 telah ditawarkan pinjaman, 6 menerima tawaran," Jelas Halimah.

Beliau menambah Yayasan Selangor hanya menawarkan jumlah biasiswa yang terhad iaitu sebanyak RM35,000 sahaja. Faktor itu memungkinkan kebanyakan pelajar tidak menerima tawaran tawaran tersebut.

Halimah menambah, Yayasan Selangor giat menawarkan biasiswa dan pinjaman pendidikan kepada pelajar Selangor yang mendapat keputusan cemerlang, menerusi akhbar berbahasa Melayu, Cina dan India.

"Nak membuktikan bahawa kerajaan negeri tidak berat sebelah dalam memberi bantuan pinjaman, yayasan Selangor telah mengiklan permohonan bantuan pinjaman tersebut di surat khabar Tamil (Makkal Ossai) dan surat khabar Cina dan Melayu," ujar Halimah.

MAK AIII BANYAKNYA DUIT....

Kes Khir Toyo - Saksi Menggelabah, Perbicaraan Ditunda Esok





SHAH ALAM 8 JUN : Perbicaraan kes rasuah bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo di tunda ke esok apabila Pengarah Syarikat Ditamas, Shamsudin Hayroni menggelabah ketika memberi jawapan dari kandang saksi.
Beliau tidak memberikan jawapan- jawapan dengan jelas dan kerap kelihatan murung apabila ditanya mengenai dua lot tanah yang di dakwa di jual kepada Khir Toyo pada harga jauh lebih rendah daripada harga pasaran.
Isnin lalu, Shamsudin dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dengan Khir Toyo untuk melakukan rasuah bersabit urusniaga jual beli dua tapak itu.
Ditamas membeli dua lot Seksyen 7, Shah Alam pada harga RM6.5 juta pada tahun 2004 tetapi kemudian menjualnya kepada Khir pada harga RM3.5 juta sahaja pada tahun 2007.
Dua lot itu digunakan untuk membina apa yang disebut oleh pembangkang sebagai Istana Khir iaitu kediaman mewah dengan kos pembinaan didakwa mencecah RM24 juta.
Sebagai balasan, Khir Toyo selaku Menteri Besar ketika itu di dakwa memberikan Shamsudin dan Ditamas pelbagai kontrak.
Shamsudin kelihatan menggelabah apabila ditanya oleh pendakwaraya Abdul Wahab Mohamed mengenai keputusan Ditamas membeli dua tapak tanah itu sebelum dijual kepada Khir Toyo.
Hakim Mohtarudin Baki kemudian bertanya samada Shamsudin bersedia untuk terus memberi keterangan.
Samsudin berkata beliau mahu berbuat demikian tetapi sekali lagi membisu kepada persoalan yang ditanya oleh pendakwaraya.
Selepas berbincang dengan peguam Shamsudin, Hakim Mohtarudin kemudian memutuskan untuk menuda perbicaraan kepada esok.
Khir Toyo yang diikat jamin RM750,000 hadir di mahkmah hari ini diiringi dengan beberapa saudara maranya. Namun isteri beliau Zaharah Kechik tidak hadir.
Jika disabit kesalahan, Khir boleh dihukum penjara dua tahun atau didenda atau kedua- duanya sekali.

IGP Sahkan Tahanan Terbaru ISA Ahli Jemaah Islamiah




PUTRAJAYA 8 JUN : Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini mengesahkan bahawa seorang peniaga kecil yang menjual tudung, selendang dan jubah yang kinni ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ahad lalu merupakan ahli kumpulan Jemaah Islamiah (JI).

"Saya hari ini sahkan penahahan tersebut. Saya percaya perbuatan dia boleh membahayakan keselamatan negara dan kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya," kata Ismail dipetik Bernama di Putrajaya hari ini.

Abdul Haris Syhuhadi, 63 ditahan di Kampung Batu Belah, Klang, Selangor kerana didakwa terbabit dengan “aktiviti keganasan”.

Ismail berkata, penahanan itu dibuat selepas polis yang mengawasi aktiviti Abdul Haris seorang ahli perniagaan Indonesia yang dikatakan boleh membahayakan keselamatan negara.

Lelaki itu didakwa menyebar fahaman dan idologi JI serta menarik ahli baru dalam kumpulan militan itu secara aktif di negara ini teruatamanya di Klang dan Banting, Selangor sejak 2002.

ROS Kurang Cermat - Saifuddin


PETALING JAYA 8 JUN : Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa ‘sikap kurang cermat’ Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) tidak sewajarnya berlaku kerana ia hampir menyebabkan parti itu dibatalkan pendaftarannya.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dalam reaksi segera terhadap pembatalan saman parti itu terhadap ROS berkata, sejak dari awal lagi beliau telah mengesan dua kesilapan besar yang telah dilakukan oleh badan tersebut.

“Sejak dari awal lagi saya dapati wujud elemen kurang cermat serta fakta yang tidak betul dalam surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh ROS

“Ketua Pendaftar ROS, Datuk Abdul Rahman Othman sewajarnya meneliti isi kandungannya sebelum menandatangani surat tersebut,” katanya kepada mStar Online.

Pada Rabu, PKR menarik balik permohonannya untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi menghalang ROS membatalkan pendaftaran parti berkenaan selepas ROS tidak berhasrat berbuat demikian.

ROS melalui suratnya bertarikh 30 Mei, memaklumkan bahawa mereka berpuas hati dengan penerangan yang diberikan parti sebagai jawapan kepada surat tunjuk sebab sebelum itu.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Abang Iskandar Abang Hashim membatalkan permohonan itu selepas parti itu menggugurkannya pada Rabu melalui peguamnya R. Sivarasa.

Pada 1 Jun lalu, PKR memfailkan permohonan semakan kehakiman selepas menerima surat tunjuk sebab daripada ROS bertarikh 9 Mei untuk membatalkan pendaftarannya.

Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung dengan menamakan ROS sebagai responden.

Pemohon-pemohon juga memohon agar mahkamah mengeluarkan perintah larangan bagi menghalang ROS daripada membuat sebarang tindakan sehingga pendengaran kes di mahkamah selesai.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata kesilapan utama yang dikemukakan oleh ROS adalah mendakwa PKR memecat ahli bernama Rajagopal Andaikkalam tanpa mengikut perlembagaan parti adalah tidak benar sama sekali.

“Pertama, ROS kata kita pecat ahli yang bernama Rajagopal Andaikkalam pada 1 dan 27 April 2009 tanpa mengikut perlembagaan parti.

“Sedangkan dalam rekod kita tidak ada nama sedemikian. Yang ada hanyalah Jayagopal Andaikkalam dan tarikh keputusan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) untuk memecat Jayagopal adalah pada 24 April 2009 dan bukannya 1 atau 27 April 2009.

“Kedua mereka kata kita langgar Fasal 32.2.1 Perlembagaan PKR sedangkan fasal itu tidak wujud dalam perlembagaan parti. ROS sewajarnya mengkaji terlebih dahulu fakta mereka sebelum mengemukakan surat tunjuk sebab. Ini satu kesilapan yang amat dikesali,” katanya.

Oleh itu, beliau berkata, Othman selaku Ketua Pendaftar sewajarnya mengemukakan surat permohonan maaf terhadap kesilapan yang telah dilakukan oleh ROS itu.

“Namun mereka tidak bertindak sedemikian, sebaliknya dalam surat bertarikh 30 Mei, ROS hanya menyatakan mereka menerima alasan yang saya berikan dalam surat tunjuk sebab yang dikemukakan itu,” katanya.

Peneroka Felda Menang Lagi di Mahkamah



SHAH ALAM 8 JUN : Peneroka Felda menempa satu lagi kejayaan di mahkamah apabila seorang hakim membenarkan 30 peneroka di Jempol, Negeri Sembilan melantik syarikat kontraktor sendiri untuk menebang dan menjual pokok getah di atas tanah mereka.

Hakim Mahkamah Tinggi Seremban Zulkifli Bakar memutuskan anak syarikat kontraktor lantikan Felda, Evergreen Sdn Bhd tidak berhak untuk memaksa peneroka berkenaan menggunakan khidmatnya untuk membersihkan tanah di Felda Palong 9 bagi tujuan penanaman semula.

Evergreen Sdn Bhd adalah anak syarikat LBJ Global Sdn Bhd yang dilantik oleh Felda untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan.
Evergreen sebelum ini memohon perintah mahkamah untuk menghalang peneroka terbabit daripada mendapatkan khidmat kontraktor lain.

Peguam yang mewakili peneroka, T. Kumar ketika dihubungi Tv Selangor berkata, keputusan kehakiman yang memihak kepada peneroka felda itu akan memastikan peneroka berkenaan tidak lagi ditindas Felda.

"Mahkamah memutuskan peneroka mempunya hak untuk tebang dan jual pokok mereka sebab ia adalah tanah mereka. Apa yang ada di atas tanah mereka adalah milik peneroka," kata beliau yang juga Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat.

Kumar menjelaskan, syarikat Evergreen hanya menawarkan RM33,000 bagi kerja pembersihan setiap 10 ekar. Adalah difahamkan syarikat kontraktor yang dipilih oleh peneroka menawarkan RM46, 000 untuk kerja-kerja yang sama.

"Mereka hendak tebang dan tanam semula pokok getah. Mereka mahu tanam sendiri. Ramai juga yang tanam dan tebang melalui Felda. Tapi mereka rugi sebab kena bayar balik hutang. Tiga puluh peneroka ini mahu berdikari dan mahu tanam sendiri. Kalau tanam sendiri mereka untung lebih," kata Kumar.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman ketika dihubungi Tv Selangor berkata, aliran keputusan mahkamah mutakhir ini yang memihak kepada peneroka jelas membuktikan pengurusan Felda selama ini membelakangkan kepentingan dan hak asas warga felda.

"Hari ini bila peneroka menggunakan perundangan untuk menentukan hak mereka dan menang, ia menunjukkan felda memang dari awal bertindak bertentangan dengan kepentingan hak warga felda. Bila kes seperti ini dicabar di mahakamh ia membuktikan bahawa apa yang didakwa dan diperjuangakn ANAK selama ini berada pada landasan yang betul," tambh beliau.

Mazlan berkata faktor pelapis muda peneroka yang mempunyai kesedaran yang tinggi dan berani mempertahankan hak mereka banyak membantu usaha memulihkan hak-hak peneroka.
"Dulu anak- anak peneroka masih kecil. Mereka tidak tahu nak buat apa. Tapi sekarang mereka inilah yang menjadi penasihat kepada ibubapa mereka. Tidak kurang dikalangan anak- anak peneroka ini yang mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi dan mereka inilah yang banyak menyokong kes- kes seperti ini," katanya.

Sehubungan itu, Mazlan menjangkakan aliran kemenangan peneroka di mahkamah akan berterusan berdasarkan perkembangan positif setakat ini.