ANWAR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI SINGAPURA

 

Menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon di pejabat hari ini.

Perbincangan kami menyentuh

perkembangan terkini Malaysia-Singapura serta isu melibatkan rantau ini dan ASEAN.

Kami juga bersetuju hubungan Malaysia-Singapura perlu terus diperkasa dan dieratkan serta berganding bahu dalam pelbagai lapangan sekali gus memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.



TERUS TERANG EDISI "TERPALING" Bersama Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar

 


TERUS TERANG EDISI "TERPALING"

Bersama Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar

Sabtu, 19 Mac 2022 | 9 malam

Kali terakhir saya meluahkan pendapat dalam program terbuka adalah empat tahun lepas (lebih kurang). Antara tahun 2015 hingga 2018, saya menghasilkan beribu kandungan untuk menyampaikan maklumat kepada sahabat-sahabat.

Saya juga pernah menjadi pembaca berita (mencuba nasib) untuk menarik minat rakyat supaya menonton kandungan berita dari sosial media (bukannya dari saluran TV yang dimonopoli UMNO ketika itu).

Dalam PRN Johor, 66% pengundi menyatakan mereka mendapat berita politik dari media sosial. Sedekad yang lalu, penyokong pembangkang sering mengeluh mereka tidak dapat menyampaikan maklumat kerana TV3 milik UMNO ketika itu.

Malangnya, setelah kita berusaha meyakinkan rakyat untuk mencari maklumat yang pelbagai dari sosial media supaya tidak dimonopoli parti pemerintah, kita pula yang tempang dalam bab menghasilkan kandungan dan memberi penerangan. Akhirnya, kita tewas teruk dalam beberapa siri pilihanraya terkini.

Itulah maksud saya kita kena kembali kepada landasan perjuangan dan gerak kerja kita. Kita sampai ke Putrajaya dalam tahun 2018 kerana kita tidak pernah penat berusaha meyakinkan rakyat untuk berubah, termasuklah berubah ke arah kandungan media yang lebih adil.

Berbekalkan semangat #berlarianak, In Sha Allah saya akan mula ke udara (errrr ke internet) semula seperti sebelum PRU14.

Saya beruntung kerana usaha ini turut didukung oleh Sdri Nurul Izzah Anwar. In Sha Allah beliau akan membakar semangat sahabat-sahabat yang mula patah semangat sebab rekod perjalanannya lebih kental dari kita semua.

Sesi "Terus Terang" (yang terpaling) ini akan dimudahcara oleh pengendali asal siri #terusterang semasa kempen PRU14 dahulu, Sdr Syed Ibrahim Syed Noh yang kini adalah Ahli Parlimen Ledang.

Sesi ini akan disiarkan serentak secara live di Facebook saya dan Izzah, di YouTube dan di Twitter Spaces.

In Sha Allah saya jawab secara terpaling terus terang soalan-soalan yang sering berlegar, contohnya saya merajuk (ha3) dan bagaimana kita boleh bangkit kembali menghadapi PRU15.

Jumpa hari Sabtu ini (19 Mac 2022) 9 malam.

Mohon sebarkan!

 

RAKYAT TERPAKSA PECAH TABUNG PERSARAAN SENDIRI RM10,000 KWSP AKIBAT KEGAGALAN KERAJAAN KAWAL KOS SARA HIDUP



1. Amat menyedihkan apabila rakyat terpaksa pecah tabung persaraan atas kegagalan kerajaan mentadbir dan membantu ringankan beban pasca COVID. Kerajaan juga gagal mengawal kos sara hidup.
2. KWSP hanya melibatkan 15.1 juta ahli dengan hanya 7.6 juta ahli yang aktif. 3.8 juta tenaga buruh dalam sektor informal tanpa perlindungan sosial (KWSP, PERKESO etc). Bagaimana nasib mereka yang tiada KWSP? Apa pelan kerajaan?
3. 6.1 juta ahli KWSP hanya mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000. Adakah ini bermakna mereka terpaksa mengeluarkan keseluruhan simpanan untuk menampung kos sara hidup?
4. Purata baki simpanan untuk pencarum KWSP dalam kategori B40 (69% daripada jumlah pencarum) hanyalah RM1,005, manakala purata baki simpanan untuk M40 (10% daripada pencarum) ialah RM25,000. Setakat Disember 2021, hanya 27% pencarum mencapai tahap simpanan asas (simpanan mencukupi utk tidak bersara dlm kemiskinan). Macam mana nak bersara?
5. Pada 2040, sebanyak 25.4% populasi Malaysia yang akan berumur 60 tahun ke atas manakala pada 2060, sebanyak 54.5% yang akan berumur 60 tahun ke atas.
Bagaimana persediaan Malaysia ke arah pelan persaraan rakyat?
YB DS Salahuddin Ayub
Timb Presiden AMANAH
May be an image of 1 person and text

‘Duit yang dicuri disimpannya dalam bank, kekalkan Melayu susah biar bergantung pada bantuan’

 


Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad menegaskan kadar bunga atas pinjaman yang dibuat atas nama 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dijamin oleh kerajaan Malaysia adalah sebanyak RM2.7 bilion setahun.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam itu, kerajaan terpaksa bayar sebanyak RM7 juta sehari untuk menguruskan kadar bunga sahaja.

“Daripada RM32 bilion yang diperolehi daripada 1MDB, RM3.2 bilion ‘dimakan’ oleh Najib, disimpan oleh Najib, dicuri oleh Najib. Yang Jho Low pula (curi) RM5.9 bilion.

“RM3.2 bilion ini kalau kita simpan dalam bank, ambil bunga saja, katakan paling rendah pun empat peratus setahun, dah RM160 juta setahun.

“Maknanya, sebulan dia boleh belanja lebih RM10 juta. Duit yang dicuri dan disimpannya dalam bank, boleh dapat RM160 juta setahun,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam Bicara YB Khalid Samad (Siri 146) menerusi saluran Jom Channel malam tadi.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu mengulas pendedahan ejen Biro Penyiasatan Pusat (FBI), Erin Van Dorn di Mahkamah Persekutuan di Brooklyn, New York di Amerika Syarikat (AS) pada 14 Mac lalu.

Van Dorn dilapor berkata, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low didakwa mencuri AS$1.42 bilion (RM5.98 bilion) daripada tiga transaksi bon yang diatur oleh bank pelaburan, Goldman Sachs untuk dana kekayaan Malaysia.

Ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes melibatkan bekas pegawai bank Goldman, Roger Ng yang didakwa bersubahat dalam penyelewengan 1MDB, Van Dorn mendedahkan bahawa Najib mengaut AS$756 juta (RM3.2 bilion) daripada AS$6.5 bilion (RM27.4 bilion) yang diperoleh dalam tawaran bon manakala anak tirinya, Riza Aziz yang juga rakan Jho Low meraih AS$238 juta (RM1.01 bilion).

Mengulas lanjut, Khalid berkata, “jahatnya Najib” apabila dengan rakyat menghulurkan wang sehingga pengundi memuji dan terhutang budi.

“Dia masuk kampung boleh bagi duit pada makcik-makcik. Terima kasihlah Datuk Seri. Baiklah Datuk Seri Najib bagi duit.

“Bila mengundi semua undi Najib sebab baik bagi duit. Bukan duit dia pun. Kita yang kena tanggung.

“Itu yang kena RM7 juta sehari tanggungan ke atas bunga sahaja. Jahatnya Najib ni,” tegasnya.

‘Cash is king’

Dalam masa sama, Khalid menegaskan bahawa masyarakat Melayu kekal dalam keadaan susah akibat pendekatan ‘cash is king’ iaitu pemberian wang tunai untuk membeli sokongan atau merasuah.

Hal itulah, katanya, yang ditentang pihak Pakatan Harapan dan parti pembangkang lain.

“Oleh sebab Umno adalah Umno, dia nak tutup hal ini, dia beritahu pada orang Umno, sokonglah nak pilihan raya. Inilah dasar yang dikatakan ‘cash is king’ yang dibawa oleh Najib.

“Dia rompak. Dia guna duit rompakan itu. Dia boleh beli sokongan daripada rakyat kerana dia tahu orang Melayu dalam kesempitan ekonomi yang dihasilkan oleh dia dan dasar-dasar yang dia lakukan.

“Kekalkan orang Melayu dalam keadaan susah dan miskin serta bergantung pada bantuan dan sumbangan-sumbangan yang dia beri.

“Inilah yang jahatnya strategi dan pendekatan yang dipakai oleh Najib dan Umno. Inilah sebab yang kita tentang mereka daripada dulu hingga sekarang,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar rakyat menyedari bahawa tindakan Najib sememangnya membebankan negara.

Tambahnya, pendedahan terbaharu oleh ejen FBI di AS pada 14 Mac lalu itu bukti yang tidak harus dinafikan oleh mana-mana pihak.

“Kita harap rakyat akan sedar bahawa sebenarnya memang dia memang membebankan negara dengan tindakan-tindakannya itu.

“Ini pendedahan yang baru. Tiada orang boleh nafi kononnya yang curi duit itu (1MDB) adalah Roger Ng dan Tim Leissner.

“Najib yang ambil. Leissner dan Ng dapat sampingan-sampingan saja. Ratusan juta (ringgit) mungkin tetapi bukanlah berbilion-bilion seperti diperoleh Najib dan Jho Low,” kata Khalid lagi.


LANTIK MB JOHOR: SEPATUTNYA IKUT AMALAN DEMOKRASI SEMPURNA


KENA LAGI KALI INI- INI LAH KENAPA PAS KINI DIPANDANG LEKEH


Exco Perak diperintah bayar Guan Eng RM250,000 atas dakwaan bertudung

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Lim Guan Eng berkata, catatan dibuat Razman Zakaria itu bersifat
 memfitnah dan menjejaskan reputasi serta peranannya sebagai Ketua
 Menteri Pulau Pinang ketika itu.

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi memerintahkan seorang Exco Perak membayar ganti rugi RM250,000 kepada Lim Guan Eng dan membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung satu catatan Facebook yang disifatkan memfitnah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Razman Zakaria, yang juga Ketua PAS Perak, dalam catatan Facebook pada 18 Nov 2017 mendakwa Lim dan kerajaan Pulau Pinang menyokong larangan pekerja hotel memakai tudung.

Lim yang memfailkan saman terhadap Razman berkata, catatan itu direka-reka bertujuan mencemarkan reputasinya dan menggambarkannya tidak menghormati Islam dan budaya Melayu.

Dalam keputusan dibuat Pesuruhjaya Kehakiman, Amarjeet Singh pada Isnin, Razman diperintahkan membayar Lim RM150,000 sebagai ganti rugi am dan RM100,000 sebagai ganti rugi teruk dan teladan.

Amarjeet turut mengarahkan Razman membuat permohonan maaf secara terbuka di Facebooknya dalam tempoh 14 hari dan perlu “tag” akaun Facebook Lim pada catatan tersebut.

Razman juga diperintahkan tidak mengulangi kenyataan itu di Facebook dalam apa cara sekalipun pada masa akan datang.

Amarjeet mengarahkan Lim dibayar kos berjumlah RM15,000.

Lim sebelum ini memberi keterangan bahawa catatan Razman itu bersifat memfitnah dan menjejaskan reputasi serta peranannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu.

Beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pekerja hotel beragama Islam dilarang memakai tudung, katanya.

Peguam Murelidharan M Navaratnam dan Felix Lim mewakili Lim, manakala Mohd Harris Mohan Abdullah mewakili Razman.

KLEPTOKRASI LIABILITI NEGARA


Roger Ng merupakan satu-satunya pegawai bank Goldman Sachs yang dibicarakan berhubung penjarahan dana 1MDB, didakwa bersubahat dengan Jho Low dan bekas bosnya Tim Leissner dalam penipuan besar-besaran itu. Leissner mengaku mengambil US$60 juta (kira-kira RM251.8 juta) dari 1MDB, dan menggunakan US$10 juta (kira-kira RM41.8 juta) wang 1MDB membeli sebuah rumah di London untuk bekas kekasihnya, Datuk Rohana Rozhan, sebagai hadiah bagi menutup mulutnya yang kononnya memeras ugutnya.




NAJIB KALAH LAGI


Bagaimanapun, menurut Maimun, peguam Najib telah memfailkan permohonan mereka pada saat akhir pada 2 Disember dan masih memfailkan hujah jawapan walaupun pada malam pendengaran Mahkamah Rayuan mengenai permohonan bukti tambahan. Katanya, Najib memfailkan permohonan keterangan tambahan tersebut begitu hampir dengan tarikh keputusan mengenai rayuan substantif.




MASA SEMAKIN SUNTUK


Menurut laporan media, bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak akan memohon Mahkamah Persekutuan supaya kes seleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC), dibicarakan semula. Peguambela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhujah bahawa, Hakim Mohd Nazlan yang mendengar perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini sepatutnya menarik diri daripada mendengar kes Najib.



OOOWHHH ADA KAITAN DENGAN NAJIB RUPENYA YA

 

MB Johor terbaharu, Onn Hafiz Ghazi ni, ada kaitan dengan Najib. Bukan setakat ikatan saudara, malah dalam kes 1MDB sekali.

Kalau tengok cara, tak mustahil budak ini akan jadi proksi Najib. Mungkinkah kunjungan Najib ke istana tempohari untuk perkara ini?

Rakyat Johor mungkin tak perasan. Johor ni lain sikit. Nak jadi MB bukan mesti dapat sokongan Adun. Tapi... (Terdengar bunyi gari lak. Tak jadi la nak habiskan ayat). Guane boh?

Raja Gelap





KATAKAN TIDAK PADA DAP. DULU YA SEKRANG TIDAK LAGI JIKA SERING CAMPURTANGAN RUMAH ORANG

 

Bila Farhash sindir Rafizi, mereka ni senyap. Bila penyokong Rafizi serang balas (bukan Rafizi sendiri tau), mereka pun tanya kenapa menyerang sesama sendiri? Kenapa tak boleh cakap elok-elok.

Bila Guan Eng menganjing Rafizi, mereka senyap lagi. Tapi bila penyokong Rafizi (sekali lagi, bukan Rafizi) serang balas, mereka bising bising sebab serang parti sahabat. Suruh pergi serang UMNO.

Kenapa ada double standard? Kenapa Rafizi boleh diserang tapi yang menyerang Rafizi tu tak boleh pula kita serang balas?

Aku bab serang UMNO ni dah lebih 20 tahun dah aku buat. Dari zaman YahooGroups ke zaman blog sampailah zaman Facebook ni. Tapi selama-lama itu aku tak pernah pun serang DAP. Bela tu selalu.

Tapi bila DAP setia kepada orang yang jadi punca kejatuhan PH dulu, takkan nak bela juga? Dan bila DAP serang pemimpin yang aku hormati, atas sebab yang salah, takkan aku nak diamkan hanya semata-mata kerana DAP komponen PH?

Kalau kita dalam bersahabat pun, kalau sampai kawan kita tu tunjal kepala adik kita, kurang ajar kepada ahli keluarga kita, adakah kita diamkan semata-mata sebab dia kawan kita? Dayus sangat!

Paling penting, kalau dia sahabat kita, adakah dia tergamak untuk berbuat kurang ajar atau buli adik kita? Perbuatannya itu adalah indikasi jelas yang dia tak berminat pun nak jadi sahabat kita.

Menghargai dan menghormati sahabat itu penting. Tapi hormat ini mutual. Dua hala. Kita hormat pada orang yang hormat kita. Kalau orang biadab, kita masih nak diamkan, itu bukan hormat tapi dungu.

Sekalipun nak jaga persahabatan, biarlah dengan orang yang ikhlas nak bersahabat. Kalau sahabat kita sengaja buat perkara yang sakitkan hati kita, baik tinggalkan saja sahabat tu. Guane boh?

Raja Gelap

 

LAAAA.....MB JOHOR CYBERTROOPER NAJIB ....

 


PH HADAPI TUGAS BERAT JIKA PARLIMEN DIBUBARKAN .

 

mohd shah rim


BN sudah pasti akan mencadangkan pada Agong agar Parlimen dibubarkan dgn kadar segera..

Berdasarkan kecenderungan Istana, aku rasa sudah pasti permohonan BN akan diluluskan dgn senang hati. Covid ke tak itu bukan isu lagi, asalkan BN dgn ajinomoto Demi Kestabilan Politik yang minta dibubarkan, akan diluluskan.

PH bakal berhadapan tugas yang amat berat jika Parlimen dibubarkan dan jika Istana menitahkan semua negeri perlu turut serta dalam proses demokrasi..

Sampai disaat ini, PH masih belum pulih dari demam di Johor, masih mahu mencari titik berbezaan dari mengutamakan persamaan. Kelemahan ini dihidu musuh politik, malah turut dijadikan bahan ucapan oleh Tok Mat di PAU semalam.

Menyerang musuh disaat musuh berada dalam situasi yang lemah..kata Tok Mat... tak sakit ke hati bila lawan politik menjadikan PH bahan ujikaji mereka..??

Sebagai penyokong tegar PAKATAN HARAPAN, aku berharap Sdr Anwar Ibrahim, Sdr Lim Guan Eng dan Sdr Mohd Sabu yang merupakan tokoh pemimpin PH menerima realiti wujud kekurangan dan kelemahan strategi politik untuk bersaing dgn BN dan melakukan perubahan, bukan bersaing memberi alasan.

Isu LOGO yang dibangkitkan sdr Lim Guan Eng antara punca kekalahan PH di Johor adalah fakta, dia menyatakan perkara yang betul, malah aku sedari awal juga tidak bersetuju dgn langkah PKR bertanding guna logo sendiri kerana merugikan dari segi strategi, ntah siapa punya idea gila tu, aku pun tak kenal.. TAPI sdr Lim Guan Eng juga perlu akui, keputusan PKR itu telah diluluskan bersama oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan, jika tidak setuju, nyatakan dari awal lagi, DAP tidak bersetuju dgn langkah PKR bertanding guna logo sendiri..

Perpaduan yang rapuh antara parti PAKATAN HARAPAN..amat jelas dimata pengundi, PKR dan MUDA sukar menerima antara satu sama lain, macam mana nak harapkan undi jika rakyat pun tak yakin PH pilihan terbaik untuk mereka..?? Malah tak nampak ada kerjasama yang mengabungkan PH dipilihan raya Johor, PKR berkempen sendiri, DAP dan AMANAH pula berkempen bersama MUDA sehinggalah hari hari terakhir kempen barulah ketiga pemimpin muncul bersama, tapi damage dah berlaku... rakyat tak nampak kewibawaan PH sebagai sebuah gabungan yang layak mewakili mereka.

Walaupun aku boleh menulis secara menjilat pemimpin seolah PH gabungan yang tiada kekurangan, it's against my principle yang aku pertahankan selama ini. Secara jujur, kekurangan dan kelemahan PH ni bukanlah bersifat permanent atau kekal, terlalu banyak peluang dan ruang untuk diterima pengundi semula, jadi hentikan mencari kelemahan satu sama lain, cukuplah dgn apa yang berlaku di Melaka dan Johor..

Sebagai penyokong, aku amat yakin PH adalah pilihan terbaik untuk negara dan rakyat, sebuah gabungan yang benar benar mewakili seluruh warganegara, gabungan ini perlu dipertahankan untuk memberi pilihan pada rakyat yang menolak politik perkauman serta yang mengunakan sentimen bangsa dan agama untuk meraih undi dan sokongan semata mata.

 

NAK BUAT PEMILIHAN PUN TAKUT ?

 

Ada gerakan ‘bayar’ akar umbi desak pemilihan sebelum PRU, kata Zahid




facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mahu semua pihak
 dalam Umno bersatu hati untuk berdepan PRU15. (Gambar Bernama)

Kuala Lumpur: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat gerakan yang “membayar” akar umbi supaya pemilihan parti diadakan sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, gerakan itu turut turun ke kawasan dan Perhimpunan Agung Umno (PAU), selain menghadiri perhimpunan agung sayap Pemuda dan Wanita.

“Dalam PRN Johor dan Melaka juga mereka turun jumpa G7 (tujuh perwakilan yang dipilih dalam mesyuarat bahagian) bayar. Saya tahu. Ini dunia tanpa sempadan, saya tahulah.

“Lupakan itu semua, yang penting kita bersatu hati untuk menghadapi PRU bersama-sama. Saya yakin mereka tiada sebarang motif, ini kawan-kawan saya, saya kenal. Sekilas ikan di air, saya kenal jantan betina,” kata Zahid dalam ucapan dasarnya sempena PAU 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).

Semalam, Pemuda Umno mengusulkan kepada pucuk pimpinan tertinggi supaya pemilihan parti diadakan hanya selepas setiap kali PRU berlangsung.

Asyraf berkata, Pemuda tidak seharusnya terpengaruh dengan usaha memaksa pemilihan parti disegerakan.

Zahid turut berkata, sebanyak 186 bahagian daripada 190 bahagian yang telah bermesyuarat bersetuju agar pemilihan parti diadakan selepas PRU.

“Sudah menjadi kelaziman sebelum ini bahawa pemilihan parti diadakan selepas PRU. Bertahun-tahun ia diamalkan. Adakah wajar kita mengubah tradisi ini? Janganlah kita memakai kasut sebelum menyarung stokin,” tegasnya di hadapan 2,666 perwakilan dari seluruh negara

Zahid turut mengumumkan bahawa pemilihan parti akan diadakan 29 Dis ini berdasarkan tarikh akhir yang ditetapkan oleh parti dengan persetujuan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Beliau berkata, dalam PAU, wajib bagi kepimpinan mendengar suara akar umbi termasuk meminta mandat baharu yang diperolehi melalui PRU15.

“Janganlah guruh berdentum namun tidak setitis pun hujan turun. Untuk itu kita mengharapkan untuk kembali kepada rakyat, serahkan kepada mereka, berilah mandat baharu kepada kita.

“Ketika orang sayang kita, sambutlah kasih sayang itu, jangan ditagih kasih itu selepas ia hilang, makin bertangguh makin melaratlah rakyat, makin padamlah parti kita, betul?” katanya disambut sorakan daripada perwakilan .

Dalam pada itu, Zahid turut menasihati semua pemimpin yang berhasrat bertanding supaya masuk ke gelanggang pemilihan secara “bersih” tanpa menggunakan politik wang untuk mendapatkan jawatan.

Beliau turut bersikap terbuka agar semua jawatan dalam parti dicabar secara adil.

“Siapa pun boleh bertanding, termasuklah jawatan Presiden… kalau Tok Mat (Timbalan Presiden Mohamad Hasan) berani, bertanding. Jawatan Timbalan Presiden, kalau berani.. lawanlah Tok Mat.

“Tiga jawatan Naib Presiden lawan! Kita tak takut … jangan gunakan duit, jangan. Budaya ini buruk,” katanya.

Di hadapan semua perwakilan, Zahid turut mengakui menerima laporan bahawa terdapat beberapa kumpulan yang sedang melobi untuk jawatan dalam parti.

“Bukan saya tak tahu. Sekarang pun sudah ada berpasang-pasangan, ada cai, saya tahu. Jangan ingat Presiden tak tahu. Presiden pernah jadi Menteri Pertahanan tau, ada pasukan perisik di bawahnya, Presiden pun pernah jadi Menteri Dalam Negeri, ada SB (cawangan khas) di bawahnya.

“(Saya) tahu, siapa kartel managernya, siapa ‘chief manager’, siapa ‘financial’, saya tahu. Cukup … cukup, kita tunggu dulu. Penyatuan parti untuk PRU itu paling utama,” tegasnya.


(function() { var d = document, w = window; w

JANGAN MAIN-MAIN DENGAN ANWAR, PARA MENTERI HARUS SAMA PANTAS SEPERTINYA

  Anwar Ibrahim sudah berusia 75 tahun, tetapi tenaga dan kecergasannya seperti tidak pernah tua. Melihatnya berjalan saja pun sudah ternamp...