Sungai Bentong di Pahang lepasi paras bahaya


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Paras air Sungai Benus di Bentong telah melimpah melepasi jalan, manakala kawasan Kampung Kemasur juga telah dinaiki air (FB Bomba Pahang)

PETALING JAYA: Paras air sungai di Pahang kini mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya susulan hujan lebat berterusan sejak petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang dalam kenyataan di Facebook memaklumkan paras air Sungai Benus telah melimpah melepasi jalan, manakala kawasan Kampung Kemasur turut dinaiki air.

Setakat ini, di Kampung Kemansur hujan dilaporkan masih lebat dan bomba sudah menyelamatkan lima lelaki dewasa, empat wanita dewasa dan seorang kanak-kanak selepas melakukan rondaan n rondaan.

Bomba mengingatkan agar penduduk setempat sentiasa peka dengan keadaan semasa dan laporkan sebarang kecemasan kepada pihak berwajib untuk mendapatkan bantuan.

Sementara itu, laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan, stesen Sungai Bentong di Kuala Marong, Pahang mencatatkan bacaan 90.15 m melebihi paras bahaya berbanding bacaan normal iaitu 86 m.

Sementara itu, stesen Sungai Skudai di Kampung Laut, Johor Bahru turut merekodkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu 3.19 m berbanding 1.0 m bacaan normal.

Terdahulu, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat bagi 10 negeri di semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak sehingga jam 2 pagi nanti.


No comments: