MARKAS PAS DI ROBOH AKIBAT BERLAKUNYA PERPECAHAN?


Berita ini juga mengejutkan. Akibat kecewa dgn keputusan "chai" pemilihan Muktamar Pas ke-61 semaal.


Kelantan  4 Jun 2015, sebuah Markas Pas Cawangan Kg Telok Bachok dirobohkan pagi tadi,  dan bendera Pas turut dibakar. Menurut maklumat ianya berpunca akibat dari perselisihan dalaman parti PAS yang dikatakan berlakunya pertembungan paling hebat dalam sejarah pemilihan PAS. 

Ianya juga dikaitkan dengan kecenderungan berlakunya adu domba dan gelaran yang diberikan terhadap profesional dan progresif yang dilihat lebih kehadapan dlam soal permasalahan dalam negara setakat ini. Golongan progresif biasanya menjuarai kehadapan bersama rakan pakatan yang lain ketika Umno sedang disak dengan berbagai skandal, sedangkan puak ulamak dilihat memperlekehkan golongan ini dengan panggilan Jebon,anwarinas,dan berbagai gelaran sehinggakan ianya menimbulkan polemik politik malahan menjadi viral mengecam untuk PAS keluar dari gabongan Pakatan Rakyat setelah apa yang berlaku? Mohon orang Bachok beri pencerahan. 
 



Apa pandangan sahabat2....
Setelah golongan ini dihina,dikeji,dilabel dgn pelbagai gelaran sblm proses pemilihan dijalankan....

 LIHAT POSTING DIBAWAH...INI YANG MENYOKONG ULAMAK........
Sehari dua ni sy tengok dan dengar anjing menyalak sakan sangat...tak tahu lar lah anjing anjing tu menyalak sebab apa
Menyalak kepada org lain sedangkan tuan dia ada...pelik kan?sebab apa ya?
Sebab lapar?sebab kurang kasih sayang?sebab sakit?
Bagi sy,anjing anjing tu menyalak sebab mabuk!!!
MABUK KETUM!!!!


DAN INI PULAK SATU CADANGAN YANG LAIN...PAS TERBAHAGI KEPADA 3 SEKARANG

Setuju atau tidak dengan penubuhan PASMA sebagai parti politik untuk bersama PKR,DAP memperkuatkan Pakatan Rakyat (PR).

Perwakilan PAS tak puas hati NGO bantu mangsa banjir

Perwakilan PAS tak puas hati NGO bantu mangsa banjir
Perwakilan PAS tak puas hati NGO bantu mangsa banjir

Perwakilan PAS tak puas hati NGO bantu mangsa banjir

Perwakilan PAS Wilayah Persekutuan hari ini membidas kumpulan dalaman parti yang dilihat “bersaing” dengan kerajaan Kelantan untuk membantu mangsa banjir membina semula kehidupan mereka.

Kamaruzaman Mohamad dalam perbahasan ucapan dasar presiden di Muktamar PAS ke-61 berkata kumpulan demikian memberi imej buruk kepada kerajaan negeri dan cuba mencari nama untuk diri sendiri.

“Mutakhir ni, ada pergerakan seperti bersaing dengan jemaah sendiri untuk membina nama sendiri. Apabila Kelantan banjir, wujud NGO daripada jemaah sendiri bersaing dengan kerajaan negeri untuk menunjuk seolah-olah kerajaan negeri lemah uruskan tragedi banjir,” katanya ketika bercakap di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Kuala Selangor, pagi ini.

Beliau turut menyalahkan “media baru” yang menyerlahkan usaha NGO itu sekali gus memberi gambaran buruk kepada kerajaan PAS Kelantan.

“Media baru memperlekehkan kita, seolah-olah kerajaan pasca Nik Aziz lemah dan tak boleh tangani bencana ni. Sepatutnya kita bekerjasama dengan jemaah kita untuk buktikan kita lebih baik daripada kerajaan BN,” katanya.

Pada 22 Mei lalu, The Malaysian Insider melaporkan mengenai Impian Kelantan, projek pembinaan semula rumah dan kampung di Kelantan yang diusahakan DAP dan PAS, Pemuda DAP serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) selepas banjir teruk melanda negeri itu, Disember tahun lalu.

Dilancarkan pada 31 Januari lalu di Kota Baru, DAP sendiri mengeluarkan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk membangunkan Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang.
Antara penyokong utama projek itu di Pasir Tumboh adalah bekas calon PAS untuk kerusi Parlimen Kota Baru, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah yang menguruskan projek itu menerusi NGO Cakna UT.

Sementara, Impian Kelantan sendiri dipengerusikan bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

MAHATHIR PULA KENA HENTI CAKAP

前首相马哈迪被“请”下台?
Posted by :榴莲台 DurianFM.com: on Thursday, June 4, 2015

Perjuangan Islam Melayu khianati amanat Nik Aziz Nik Mat

Perjuangan Islam Melayu khianati amanat Nik Aziz Nik Mat

Perjuangan Islam Melayu khianati amanat Nik Aziz Nik Mat

Perjuangan Islam Melayu khianati amanat Nik Aziz Nik Mat

PAS jatuh ke dalam budaya perjuangan yang telah dikuburkan oleh kepimpinan ulama sejak 1980an, iaitu perjuangan ‘Islam Melayu’ atau lebih mudah disebut di pihak Umno sebagai Ketuanan Melayu.

Pemimpin yang menang dalam Muktamar ke 61 terdiri daripada ustaz yang dikatakan amat kuat berpegang kepada Islam tetapi sebenarnya mereka lebih mengutamakan Melayu. Para ustaz ini, seperti kata pemikir PAS Dr Zuhdi tidak senang dengan DAP yang lebih memperjuangkan bukan Melayu.

Zuhdi dalam satu kenyataannya menyebut mengenai perjuangan Umno yang mengutamakan Melayu membolehkan parti itu menang majoriti mudah di parlimen. PAS sekiranya ingin menjadi parti memerintah perlulah mencontohi strategi Umno .

Perjuangan assabiyah

Kenyataan seperti itu sama sekali tidak selari dengan perjuangan tokoh besar PAS Nik Aziz Nik Mat yang sejak 1980an konsisten menyebut ‘Islam dulu baru Melayu’. Islam amat penting dan perjuangan Islam akan memastikan Melayu, Cina serta India mendapat keadilan dan kesaksamaan.

Perjuangan Ketuanan Melayu sejak zaman Hadi Awang menjadi penceramah bebas di madrasah dan masjid di Terengganu telah difatwakan PAS sebagai assabiyah. Perjuangan mengutamakan Melayu dianggap sesat dan antara yang lantang menghentam kesesatan Umno ketika itu adalah Hadi sendiri.

Tidak tahu bagaimanakah pada usia senja ini Hadi boleh terpengaruh dengan pemikiran mentah Zuhdi yang masih hingusan dalam politik.

Mengutamakan Melayu juga tidak wujud dalam falsafah perjuangan Fadzil Noor serta tokoh senior Hassan Syukri. Kesemua mereka mengesahkan perjuangan berasaskan Melayu bukan sahaja tidak menepati kehendak Islam tetapi telah diamalkan PAS sejak awal penubuhannya.

Tidak berkembang

Negeri yang berjaya diperintah secara Melayu adalah Kelantan sahaja. PAS tidak mampu berkembang ke negeri-negeri lain. Bangsa bukan Melayu sangsi dengan parti yang mengutamakan agama dan kemudian bangsa.

Kebijaksanaan Nik Aziz ialah menyerlahkan Islam itu untuk semua bangsa. Maka stigma PAS parti untuk kaum tertentu dihakis daripada minda bukan Islam.

Apakah yang mampu ditawarkan PAS kepada orang Melayu? Tidak lain adalah agama. Sejak merdeka orang Melayu kebanyakannya telah terbiasa dengan budaya beragama Umno. Tidak ada masalah bagi Melayu mengambil corak beragama longgar seperti sekarang dan membenarkan Umno membawa pelbagai kemajuan untuk negara.

Era reformasi

Jika hujah bahawa PAS telah mempunyai ahli 1.3 juta ahli. Menunjukkan Melayu semakin minat terhadap agama maka hujah itu boleh dipertikaikan. Sebagai parti politik, ahli yang masuk PAS bukan kerana ingin menguatkan kefahaman agama. PAS pula tidak mempunyai kuliah mingguan secara kelompok di rumah ahli-ahli atau pun perkumpulan dakwah seperti Tabligh untuk membuktikan ahli yang masuk itu mengutamakan agama.

Kebanyakan ahli PAS masuk ketika era Reformasi. Mereka marah kepada kerajaan BN. Ahli PAS sebelum reformasi hanya 400,000 kurang daripada ahli PKR hari ini. Pada 1999 – 2000 sahaja PAS mampu menambah 200,000 ahli baru. Bermakna ahli yang masuk lebih kepada matlamat politik.

Sebaik sahaja PAS mahu berjuang mengutamakan agama dan Melayu maka tidak mustahil mereka akan mengalih sokongan kepada parti lain.

Perjuangan ulama

Corak perjuangan ulama sangat mudah. Sokong rejim BN sehingga pilihan raya. Ulama tidak akan mengecam BN sebaliknya menegur dan menasihat secara halus sebagaimana yang disarankan oleh kitab fatwa abad ke 7 lalu.

Ulama ketika itu berfatwa sedemikian kerana menegur khalifah dengan tunjuk perasaan akan menyebabkan rakyat dibunuh. Fatwa seperti itu tentulah tidak boleh digunakan dalam sistem demokrasi.

Tunjuk perasaan sebagaimana dipimpin Mat Sabu selama ini akan diganti dengan himpunan ceramah serta solat hajat di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Kritikan pedas kepada pemerintah akan diganti dengan artikel panjang lebar dalam Harakah lengkap dengan ayat dan hadis.

Siapakah yang akan tertarik dengan perjuangan politik semacam itu? PAS telah bertukar sepenuhnya kepada gerakan dakwah. Tiada roh politik dalam parti yang tidak lantang mengkritik kerajaan.

Seolah-olah Malaysia setanding dengan kerajaan Barat yang amat berkebajikan kepada rakyat. Parti politik masuk pilihan raya hanya untuk memperbaiki polisi awam, kesihatan, pekerjaan dan hal-hal yang teknikal.

Menyanggah realiti

Sedangkan realiti dalam negara ini sangat buruk. Rekod hak asasi setaraf negara Afrika. Kadar rasuah mengulangi korupsi era Suharto di Indonesia. Rakyat diperah menjadi mesin ATM melalui cukai GST.

Melayu yang sedar serta progresif tidak akan bergabung dengan PAS melaksanakan perjuangan lembut seperti itu. Manakala Melayu tidak sedar diri tentu akan terus bersama Umno kerana alergi dengan pendekatan agama.

Dua tahun daripada sekarang Melayu akan melihat PAS kembali ke zaman para ustaz seperti 1980an. Tidak mampu mencanai politik semasa dan lesu. Melayu juga tidak akan meminta PAS memperjuangkan isu Melayu kerana Umno lebih baik. Parti itu memerintah dan mempunyai peruntukan.

Isu kemiskinan

Isu utama Melayu adalah kemiskinan, tiada peluang pekerjaan, pendidikan, perniagaan kecil-kecilan dan sebagainya. PAS tiada kewangan untuk membantu hal-hal pembangunan. Malah kerajaan negeri pimpinan PAS di Kelantan juga adalah antara negeri paling miskin di Malaysia.

Melayu anak Kelantan kebanyakannya berhijrah ke Pantai Barat dan tidak kurang bekerja di syarikat milik Cina DAP yang dimusuhi PAS.

Hasil daripada muktamar ke 61, PAS menuju ke alam fantasi dan mengarut. Sedikit cahaya di hujung terowong ialah kesediaan Hadi melepaskan jawatan dan melantik Tuan Ibrahim sebagai presiden baharu.

Namun tidak banyak yang boleh dibuat kerana Tuan Ibrahim dikepung oleh pelbagai pemimpin Melayu PAS yang sesetengahnya berjuang senada dengan Perkasa.

GEGARAN GEMPA DI RASAI DI SABAH

JAM 715 TADI.....ADA SESIAPA PUNYA MAKLUMAT


updates gambar ihsan bernama...RANAU adalah pusat gegaran..

 

MALAS FIKIR SEBAB ITU NAJIB DAN HADI MENANG

Najib, Hadi akan terus memimpin kerana Melayu malas berfikir

Datuk Zaid Ibrahim berkata kaum Melayu mudah terpedaya dengan imej yang dipaparkan pemimpin seperti Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Jun, 2015.Datuk Zaid Ibrahim berkata kaum Melayu mudah terpedaya dengan imej yang dipaparkan pemimpin seperti Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Jun, 2015.
Orang Melayu akan terus mengundi pemimpin seperti Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mereka malas dan tidak suka berfikir, kata bekas menteri Umno, hari ini.

Dalam satu posting di blognya, Datuk Zaid Ibrahim berkata di bawah pimpinan Najib dan Hadi, Malaysia akan mempunyai "imej yang baik, pandai putar, tetapi kurang kukuh".

"Kaum Melayu menentukan siapa pemimpin Malaysia dan menurut (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad, orang Melayu malas. Saya bersetuju dengan beliau. Melayu tidak suka untuk berfikir, itulah sebab wujudnya pemimpin sedia ada seperti Najib dan Hadi Awang yang menarik minat mereka," katanya.


Zaid berkata, Najib yang juga perdana menteri, sangat memahaminya dan sebab inilah mengapa beliau tidak peduli untuk memberikan penjelasan sebenar mengenai isu kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Beliau hanya perlu memberitahu orang Melayu jika anda tidak suka cara saya, anda boleh pergi. Melayu gemarkan cara begitu dan sebab itulah mereka bertahan dengannya," kata bekas menteri undang-undang itu.
Najib yang dilanda masalah menghadapi kritikan paling buruk sepanjang kariernya, diketuai penyokong beliau yang kini menjadi pengkritiknya, Dr Mahathir menggesa beliau meletakkan jawatan berhubung skandal 1MDB itu, kes pembunuhan Altantuya Sharibuu dan pelbagai isu lain.

Bagaimanapun, perdana menteri enggan meletak jawatan, mendakwa beliau masih mendapat sokongan rakyat dan ahli-ahli Umno.

Hadi, yang cuba mengekalkan jawatannya sebagai presiden PAS dalam muktamar partinya minggu ini, juga akan menang besar kerana beliaulah menyebabkan pelaksanaan hudud dan berterusan menyerang DAP, ramal Zaid.

"Undang-undang dan perniagaan Islam mempunyai masa depan cerah di Malaysia. Perniagaan Islam, seperti industri halal, pengumpulan zakat dan pelaburan wakaf, akan dikorporatkan lagi. Membuat untung, bukan kerohanian akan menjadi keutamaan kepada Jakim dan majlis agama negeri lain. Membuat keuntungan besar merupakan suatu yang Islamik.

"Kemenangannya (Hadi) bermakna hudud akhirnya dapat dilaksanakan di negara ini," katanya.
Mempersendakan Hadi, Zaid berkata walaupun orang Melayu berfikir tentang masalah negara, mereka hanya mahu satu penyelesaian untuk memperbetulkan semua masalah, seperti yang dijanjikan presiden PAS kepada mereka.

"Hadi menjanjikan itu kepada mereka. Penyokong beliau menubuhkan institut untuk mengkaji pandangan beliau. Beliau hanya mempunyai satu pandangan: Hudud," katanya.

"Masa depan Malaysia tidak bergantung kepada orang bukan Melayu kerana mereka tidak mempunyai sebarang kuasa sebenar apabila tiba hal mengubah pemimpin negara. Mereka tidak boleh berada dalam PAS atau Umno kerana kedua-dua pihak hanya mengalu-alukan ahli Melayu, tetapi mereka tidak mampu atau tidak boleh untuk berfikir. "

DAP baru-baru ini mengumumkan akan memutuskan hubungan dengan Hadi, menyatakan kecenderungan beliau membuat keputusan unilateral dan berterusan tidak hadir di mesyuarat majlis kepimpinan PR.
Hubungan PAS dalam PR tegang sejak tahun lalu selepas Hadi secara terbuka menentang Langkah Kajang PKR dan pakatan gabungan bagi calon menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

PAS membawa hudud di Kelantan pada awal tahun ini mengeruhkan lagi hubungannya dengan PKR dan DAP, yang menentang pelaksanaan undang-undang jenayah Islam itu dengan alasan ia tidak termasuk dalam polisi bersama pakatan.

Melukiskan masa depan yang gelap bagi bukan Melayu di negara ini, Zaid berkata mereka hanya akan menjadi pembayar cukai, menyamakan mereka dengan golongan dhimmi yang tinggal di wilayah Islam pada zaman khalifah.

"Orang bukan Islam boleh mengamalkan agama mereka, tetapi hanya setakat yang dibenarkan oleh ulama Islam. Mereka boleh melupakan hak-hak mereka di bawah Perlembagaan.

"Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi sudah mati. Masa depan akan terus ditentukan oleh pemimpin seperti Najib dan Hadi Awang. Malaysia akan mengimport pakar yang memberitahu cerita yang bagus, memahami rakyat akan menerimanya bulat-bulat.

"Ahli perniagaan akan terus membeli aset kerajaan secara murah dan kemudian menjualnya pada keuntungan yang besar. Malaysia akan terus menjadi berita tentang perhambaan manusia dan semua keburukan yang dibawanya," katanya.

Zaid berkata, Malaysia akan mempunyai infrastruktur terbaik tetapi akan terus bergantung kepada pinjaman daripada orang-orang Arab dan juga akan berada pada kedudukan tinggi dalam ranking rasuah walaupun menganjurkan persidangan dunia mengenai akauntabiliti dalam pejabat awam.

"Jika suatu perkara tidak berhasil, lebih banyak lagi aset kerajaan boleh disuntik. Angka dan statistik boleh mengancam orang Melayu, jadi seni spin akan digunakan pada masa depan Malaysia.

"Di bawah gabungan Tok Guru Hadi Awang /Najib, semakin ramai umat Islam akan kehilangan hak-hak asasi dan kebebasan mereka, dan ramai yang akan ke penjara kerana 'tidak Islamik'.  Ada juga yang mungkin kehilangan anggota badan mereka kerana mencuri makanan dan basikal, tetapi bukan kerana mencuri 'unit' dan menempatkannya di Kepulauan Cayman. Inilah masa depan Malaysia," katanya. – 4 Jun, 2015.